Ahad, 22 Julai 2012

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


Saran NGO UMNO Tuntut Hak Royalti <b>Kelantan</b> | Royalti <b>Kelantan</b>

Posted: 26 May 2011 07:07 AM PDT

Kehadiran tidak lebih daripada 150 orang yang menggelarkan mereka sebagai NGO dengan singkatan OMBAK telah memenuhi perkarangan Kota Darulnaim pagi tadi. Kehadiran mereka adalah bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan atas tuntutan penjelasan berkenaan Ladang Rakyat.

Rombongan ini telah disambut oleh Setiausaha Sulit Menteri Besar dan YB Timbalan Speaker. Tiada kekecohan yang melampau dilaporkan. NGO yang menggunakan baju merah berlambangkan 1Malaysia itu mula memenuhi perkarangan Kota Darulnaim sekitar jam 9 pagi dan bersurai sekitar jam 11.00 pagi setelah menyerahkan memeorandum tersebut kepada wakil Menteri Besar.

YB Dato' Husam Musa ketika diminta mengulas berkenaan demonstrasi itu merumuskan tindakan itu sebagai agenda memburuk-burukkan imej kerajaan negeri kerana kertas memorandum yang diserahkan tidak ada kaitan langsung dengan tuntutan rakyat tetapi lebih bersifat propaganda atas kepentingan parti politik tertentu.

YB Dato' Husam juga sempat menyarakan agar jika benar rakyat Kelantan mahu menuntut hak dan keadilan untuk rakyat, maka beliau mempelawa kesemua pendemonstrasi untuk bersama-sama kerajaan negeri menuntut hak royalti minyak Kelantan sebagaimana yang diperolehi Terengganu.

Kesemua ini dinyatakan oleh YB Dato' Husam ketika mengadakan konvoi penyerahan enam kunci rumah Dhuafat di Dun Jelawat, Pasir Tumbuh dan Salor bermula jam 12.00 tengahari dan berakhir jam 6.00 petang di ketiga-tiga tempat tersebut. Berita penuh sebagaimana tulisan di gegarkelantan.net

UMNO Berselindung Disebalik NGO Pertikai Ladang Rakyat

KUBANG KERIAN( Pasir Tumboh ),- 16.Mei – Tindakan pemuda Umno Kelantan yang sanggup menyerahkan memorandum yang dikenali " Memorandum Rakyat" dengan berselindung di belakang NGO Orang Muda

Berpadu Anti Korupsi Kelantan(Ombak) kepada Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dikesali Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan Datuk Husam Musa.

Husam yang juga merupakan exco negeri berkata walaupun mereka menggunakan NGO tersebut tetapi hakikatnya ialah datang dari sebuah parti politik yang mempunyai kepentingan mereka sendiri.

" Mereka ini tak perlulah mengadakan demontrasi, kerana kalau ikut memorandum tersebut tidak disebutpun masalah rampas tanah rakyat, jadi masalah rampas tanah tidak berbangkit,jadi kenapa perlu adakannya"ujar beliau.

Beliau juga berkata daripada mereka mengadakan demontrasi seperti itu, lebih baik mereka sama-sama dengan negeri dalam menuntut royalti petroleum dari Pusat kerana Terengganu yang mempunyai persoalan yang sama sudahpun mendapat kembali hak rakyat mereka.

Husam yang ditemui di majlis penyerahan rumah Dhuaafat di Kampung Kubang Kacang, Pasir Tumboh berharap rakyat tidak akan mudah tertipu dengan agenda politik umno masa kini. Turut hadir Adun Pasir Tumboh Ahmad Baihaki Atiqullah. Ketika berucap di majlis penyerahan tersebut, Husam berkata umno Kelantan semakin kalut kerana mereka sering menimbulkan pelbagai isu. Penerima rumah dhuaafat gembira menerima anugerah kerajaan negeri.

" Dalam isu Bazaar Tok Guru, pemimpin mereka bagaikan mencurah api kepada masalah rakyat sedangkan mereka tidak boleh berbuat apa-apa, malah dalam masa yang sama Tok Guru telahpun berjaya menyiapkan Bazaar tersebut dan Alhamdulillah kini peniaga di kedua-dua arked tersebut mula sedar telah ditipu dan Bazaar Tok Guru akan beroperasi dalam masa terdekat ini" katanya lagi.
Satu lagi isu yang dibawa umno masa kini ialah permasalahan bekalan air bersih, Husam menjelaskan kerajaan Kelantan telah dipinggirkan dalam mendapatkan geran, malah negeri lain telah diberi ribuan juta dalam bentuk geran tersebut, Kelantan hanya diberi pinjaman mudah dan terpaksa dibayar bersama faedahnya.

" tuan-tuan seharusnya faham, umno kini semakin kalut dan baru-baru ini telah memberi persetujuan untuk Presiden MCA datang berjumpa Tok Guru untuk minta lesen judi dan ini menggambarkan umno begitu ghairah untuk mendapatkan lesen judi tersebut" katanya lagi.

Sementara itu penduduk yang menerima rumah dhuaafat melahirkan rasa terharu di atas kesudian kerajaan membina sebuah rumah setelah kediaman mereka musnah dalam kebakaran tahun lepas.

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


Mudah Iklan: TANAH UNTUK DIJUAL <b>DI KOK LANAS</b> - Mudah Iklan

Posted: 22 Jul 2012 08:13 PM PDT

Kategori*: Properties
Negeri*: Kelantan
Web Site: http://
No.Tel: 0199008213
Email: azie89.alynahaqim@yahoo.com.my
Price: RM150 000.00
Tajuk Iklan*: TANAH UNTUK DIJUAL DI KOK LANAS
Isi/Kandungan Iklan*: TANAH UNTUK DIJUAL SELUAS 0.4040he.Lokasinya berdekatan dengan politeknik Kota Bharu dan dataran KADA KoK Lanas.
Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya di talian >0199008213(Kak Nah).tq..
Gambar: TANAH.jpg
:
:

Visitor IP: 49.125.252.115

Powered by EmailMeForm

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


Tiada alasan lagi tolak daratkan minyak <b>di Bachok</b> | Royalti Kelantan

Posted: 10 Jun 2012 06:49 PM PDT

KOTA BHARU: Tidak ada sebab lagi untuk Kerajaan Pusat menolak tuntutan pendaratan gas ke Pantai Bachok oleh kerajaan negeri apabila Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V turut menyokong tuntutan itu.

Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan, (Royalti) Nazri Deraman, berkata menolak tuntutan pendaratan gas oleh kerajaan negeri dan rakyat Kelantan, turut disokong oleh baginda pada pembukaan rasmi Persidangan Dun Kelantan Penggal ke lima baru-baru ini.

"Ini bererti, kegagalan mendaratkan gas dan petroleum itu seumpama mengingkari baginda yang juga Timbalan Yang di Pertuan Agong.

"Ini kerana baginda juga turut bersetuju dan menuntut perkara yang sama kepada kerajaan Pusat disamping menandatangani plak yang turut tertera titah baginda,"ujar Nazri lagi.

Beliau berkata demikian kepada media dalam sidang medianya tengahari tadi, di khemah Ekspo Pertanian.

Menurut Nazri, kerajaan Persekutuan seharusnya memberi perhatian terhadap titah baginda berhubung sokongan baginda berhubung pendaratan gas disamping menuntut royalti oleh kerajaan dan rakyat di negeri itu.

Pada 5 Jun lalu, Sultan Muhammad ke-V berkesempatan menandatangani plak sokongan menuntut pendaratan gas di zon industri petroleum Pantai Bachok, di bawah titah baginda sendiri sempena sidang Dun Kelantan baru-baru ini.

Plak berkenaan disediakan gabungan Royalti yang turut tertera potret dan titah baginda.

Pada masa yang sama Nazri memberitahu pihaknya akan mensasarkan lebih 150,000 tandatangan rakyat Kelantan untuk tujuan yang sama disamping menuntut royalti.

"Sehingga kini kami telah memperolehi lebih 60,000 tanda tangan rakyat negeri ini,"ujarnya.

Bagaimanapun katanya, selain Sultan Kelantan dan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tengku Razaleigh Hamzah, Presiden Kafa, Tan Sri Anuar Musa juga telah menandatangani tuntutan itu baru-baru ini.

Tambahnya, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemain bola sepak Kelantan, ikon anak muda negara Ustaz Azhar Idrus adalah antara kenamaan yang turut menandatangani menyokong tuntutan yang sama.

Nazri seterusnya memberitahu, Walk for Royalti akan diadakan pada 7 Julai ini bermula di Stesyen Bas Kota Bharu bermula jam 2.00 petang.

"Acara santai berjalan kaki ini akan melibatkan perjalanan sejauh tiga kilometer sambil mengedarkan risalah berkaitan tuntutan royalty.

"Pada masa yang sama logo khas 'R' akan dilancarkan sebagai simbolik kepada Royalti,"ujarnya.


Harakahdaily

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


NIK AZIZ SEMBAH GAMBAR SENDIRI...? - Pengundi Baharu

Posted: 17 Jul 2012 12:58 AM PDT




Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya Dun Manek Urai, Dato' Wan Rahim Wan Abdullah menegaskan poster Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mempunyai nilai komersil yang tinggi bagi menarik pengundi. Misalnya di Manek Urai, Wan Rahim terkejut apabila ada seorang imam di masjid Mukim Manek Urai menganggap seolah-olah mendapat pahala apabila memandang poster Tuan Guru Nik Aziz. - Haprakdaily
PengundiBaharu: Patutlah totok-totok PAS tampal steaker Nik Aziz di kereta. Dapat pahala.

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


ADUN <b>Wakaf Bharu</b>: Rakyat sokong debat Najib – Anwar

Posted: 28 May 2012 08:17 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]KOTA BHARU: ADUN Wakaf Bharu Che Abdullah Mat Nawi mengulangi sokongannya bersama rakyat Wakaf Bharu terhadap debat PM Najib Razak bersama Anwar Ibrahim semasa di perasmian Konsert Gema Belia Islam ...

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


Bicara Juara Rakyat: Kerajaan PAS abai rakyat <b>Kelantan</b>

Posted: 21 Jul 2012 07:11 PM PDT

Terima kasih buat penduduk di Peti Undi Gaal bersama JKKK kerana telah berjaya menganjurkan gotong royong menukar atap rumah Abdul Manaf (Pok Nah).

Tanpa mengira fahaman politik Poknah terus di bantu, sepatutnya kerajaan Negeri Kelantan di bawah PAS perlu mendahului dalam membantu ahli PAS ini.

PokNah merupakan penyokong tegar PAS tetapi di nafikan haknya, rumah yg dhaif tidak terbela, keluarga yg ramai juga tidak terbela malah tidak tersenarai sebagai penerima Dividen Ladang Rayat.

Alhamdulillah, rumah PokNah tidak tiris lagi jika hujan turun, Ramadhan dan Syawal kali ini di sambut dengan gembira. Di harap pihak PAS tidak menangguk di air yang keruh selepas ini dengan mangaku mereka la pembela nasib PokNah seperti kes kes sebelum ini.

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


JALAN PULANG

Posted: 22 Jul 2012 12:29 AM PDT

DAP hari ini mengecam tindakan parti kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dilihat turut menggunakan anggota pasukan polis daripada Unit Cawangan Khas (Special Branch) untuk membantu BN beroleh kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Setiausaha Agung parti berkenaan, Lim Guan Eng (gambar) menegaskan, tindakan BN menggunakan Cawangan Khas juga dilihat sebagai alat politik untuk melemahkan keyakinan umum kepada Pakatan Rakyat.

"DAP tidak mempunyai pengetahuan tentang penyusupan komunis dan tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan elemen komunis," kata Ahli Parlimen Bagan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Lim turut mencabar Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein untuk mengemukakan bukti bagaimana elemen komunis telah meresap ke dalam DAP.

"Adakah menteri dalam negeri berani untuk mengarahkan Cawangan Khas untuk menunjukkan bukti kepada rakyat bagaimana komunis telah menyusup ke dalam DAP?

"Jika Hishamuddin gagal melakukan demikian, maka sebenarnya Cawangan Khas yang sudah disusup oleh Umno!" tegas Lim yang juga Setiausaha Agung DAP.

Ketua Menteri Pulau Pinang ini lagi turut menjelaskan, "taktik terdesak ini tidak berbeza daripada Umno yang mempersoalkan kesetiaan DAP terhadap Malaysia.

Laporan media sebelum ini menyebut, Ketua Penolong Pengarah E2 (M) dalam Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Cawangan Khas, Mohd Sofian Md Makinuddin telah dilaporkan berkata bahawa terdapat elemen JI yang cuba menyusup masuk PAS sementara elemen komunis cuba menyusup ke dalam DAP.

Mengulas lanjut, Lim menegaskan, tindakan Mohd Sofian yang mengeluarkan kenyataan secara terburu-buru tanpa merujuk kepada DAP menunjukkan Cawangan Khas sangat yakin untuk menyerang DAP walaupun tanpa asas yang kukuh.

"Dengan memilih untuk membuat pengumuman awam tanpa terlebih dahulu memaklumkan pucuk pimpinan DAP, Mohd Sofian dan Cawangan Khas berkelakuan tidak profesional dan tidak bertanggungjawab.

"Ini tidak lain dan tidak bukan adalah tindakan oportunis politik oleh Cawangan Khas untuk membuat serangan tidak berasas ke atas DAP tanpa menunjukkan bukti," tambah Lim lagi.

Selain itu, Lim turut mempersoalkan tindakan Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin, yang sepatutnya ditangkap dan didakwa kerana ingin memulihkan semangat komunisme dengan menubuhkan sekretariat untuk bekerjasama dengan Liga Pemuda Komunis China (CYL) pada Oktober 2009.

"Berbanding dengan dakwaan susupan komunis ke dalam DAP, sekretariat tetap antara CYL dan Pemuda Umno adalah hubungan langsung yang dilakukan secara disedari dengan persetujuan penuh Khairy Jamaluddin.

"Pegawai atasan Cawangan Khas seperti Mohd Sofian harus meletak jawatan kerana gagal bertindak terhadap Khairy dan Pemuda Umno yang menjalin hubungan langsung dengan CYL tetapi sebaliknya memilih untuk mencari 'bayang-bayang komunis' yang tidak wujud dalam DAP," tegasnya lagi.

Tambah Lim lagi, cubaan mengaitkan DAP dan Komunis adalah politik ketakutan yang ditimbulkan Umno untuk menakutkan orang Melayu supaya terus menyokong Umno dan BN.

"Kempen memburuk-burukkan oleh Cawangan Khas terhadap DAP ini adalah sebahagian daripada taktik 3D Umno iaitu 'denial' (penafian hubungan komunis mereka sendiri), 'dirty tactics' (taktik kotor untuk menakut-nakutkan pengundi) dan 'deception' (penipuan untuk menghubungkan PR dengan puak pelampau dan komunis)," tambahnya.

Lim bagaimanapun turut menjelaskan, taktik terdesak sepertiini tidak lagi berguna, kerana rakyat jelasnya tidak lagi mahu hidup dalam kegelapan.

"Rakyat ingin hidup dalam pencerahan dengan martabat keinsanan, integriti, kebebasan maklumat, kebenaran, keadilan dan demokrasi."

Fakta: Umno-APCO Dan Komunis

29 JUN - Utusan Malaysia menjerit dengan tajuk akhbar semalam "Komunis resapi Bersih" dengan dakyah ciptaannya: "Ancaman terhadap keselamatan negara melalui gerakan komunis yang kini meresapi demonstrasi haram, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berada pada tahap membimbangkan".

"Pada tahap membimbangkan" kerana ada orang pakai t-shirt merah imej gambar Che Guevara?

Andaian palsu oleh lidah rasmi UMNO itu dibuat berdasarkan tangkapan polis terhadap 30 ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dalam perjalanan untuk menyertai ceramah politik yang tidak ada kena-mengena dengan Bersih 2.0.

Polis pula, selain menahan anggota PSM bersama Ahli Parlimennya Dr Michael Jeyakumar, turut merampas t-shirt berwarna merah dan risalah-risalah parti; dan kemudian menuduh mereka yang ditahan dengan dakwaan cuba "memerangi Yang di-Pertuan Agong" dan "menghidupkan semula fahaman komunis".

Sikap hipokrit yang berselindung di sebalik amalan kuku besi ini lah yang memperlihatkan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional sebagai pemerintah komunis zalim sebagaimana yang biasa dilakukan oleh regim-regim komunis pada era Perang Dingin dahulu.

Pemerintahan zalim ala Joseph Stalin, Mao Zedong dan Fidel Castro itu kini menjadi amalan UMNO-BN, terutamanya sejak pengumuman dibuat untuk rakyat Malaysia berhimpun secara aman melalui Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Sehingga semalam, lebih 80 orang ditahan di seluruh negara, kebanyakannya kerana memakai t-shirt kuning yang mempunyai tulisan Bersih 2.0.

UMNO rakan seperjuangan Parti Komunis China

Mungkinkah amalan zalim dan kejam ini dipelajari oleh UMNO melalui hubungan akrabnya dengan Parti Komunis China yang dikatakan kagum dengan corak pemerintahan UMNO?

Dalam laporan UMNO Online pada 20 Oktober 2010, Ketua delegasi Parti Komunis China (PKC), Huang Xiangyao, yang berkunjung ke Malaysia telah melahirkan keyakinan kepada UMNO yang menjadi tunjang kepada pemerintahan negara.

Ketua delegasi komunis itu berminat untuk belajar bagaimana UMNO mentadbir negara. Kenyataan ini disambut baik oleh Setiausaha Agung UMNO Tengku Adnan Mansor yang gembira dengan hubungan erat kedua-dua parti.

Dalam pertemuan itu juga, UMNO berkongsi maklumat dengan PKC tentang organisasi UMNO dan persiapan UMNO pada waktu itu untuk menghadapi dua pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri Galas, Kelantan dan Parlimen Batu Sapi, Sabah.

Laporan laman web UMNO itu tidak pula mendedahkan butir-butir penerangan tentang isu-isu politik Malaysia yang diceritakan kepada PKC.

Sepanjang pemberontakan komunis di negara ini pada 1948-60, dan kemudiannya serangan gerila diteruskan sehingga perjanjian damai 1989, PKC memberi sokongan penuh kepada Parti Komunis Malaya (PKM).

Mungkin Tengku Adnan lupa tentang hal itu apabila dengan bangganya mengumumkan bahawa PKC dan UMNO telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di Beijing, 5 Ogos 2010.

"Sewaktu mengadakan perbincangan, menterinya memaklumkan bahawa mereka amat kagum terhadap cara UMNO menangani masalah perkauman dan ingin mempelajari daripada kita bagaimana mengatasi masalah-masalah berkaitan etnik yang wujud," kata Tengku Adnan.

Malaysia juga mempunyai hubungan rapat dengan negara-negara lain, terutamanya dalam hal-ehwal perdagangan dan pelaburan, tetapi jarang kedengaran UMNO mengadakan MoU antara parti di negara-negara berkenaan.


Walau pun akrab dengan hubungan dagang dengan negara-negara Barat, tidak pernah kedengaran UMNO mengadakan MoU dengan Parti Demokrat atau Republikan di Amerika Syarikat, atau dengan Parti Konservatif, Buruh atau Liberal Demokrat di Britian; mengapa MoU diadakan dengan rejim komunis di China?

Malah, Tengku Adnan dipetik sebagai berkata UMNO berminat menghantar Pemuda dan Puteri UMNO untuk mempelajari cara-cara PKC melaksanakan program mereka.

Regim komunis China tangkap pejuang hak asasi

Apa yang mereka pelajari? Rejim komunis China hanya membenarkan satu parti sahaja memerintah, iaitu PKC, dan sebarang bentuk penentangan adalah dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan dalam negara.

Menurut laporan Amnesty International 2010, kebebasan media, hak berhimpun secara aman dan hak menubuhkan persatuan dikekang di China. Pejuang-pejuang hak asasi dipenjarakan, didakwa di mahkamah, ditahan di rumah dan ada juga laporan tentang aktivis-aktivis hak yang "hilang".

Rejim komunis juga cuba mengawal internet dengan menggubal undang-undang sekatan serta menutup laman-laman web yang dituduh memburukkan sistem politik negara, memutarbelitkan sejarah PKC dan memecahbelahkan perpaduan kaum.


Pada Disember tahun lalu, rombongan ibu pejabat UMNO yang disertai beberapa Ahli Majlis Tertinggi UMNO serta ahli Exco Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO telah melawat China untuk berkongsi pengalaman demi mengekalkan persefahaman dan kerjasama dengan PKC.

Mereka mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin PKC yang memberi banyak maklumat jelas tentang parti dan regim komunis di China.

Komunis Vietnam kongsi pengalaman dengan UMNO

Selain PKC, Parti Komunis Vietnam juga gembira dengan hubungan mesra bersama UMNO dan mahu berkongsi pengalaman dengan UMNO sebagai parti dominan dalam kerajaan BN.

Laporan laman web UMNO menyebut bahawa delegasi Akademi Parti Komunis Vietnam yang diketuai oleh Setiausaha Agungnya Dr. Nguyen Minh Tuan ke ibu pejabat UMNO pada Januari 2010 teruja dengan pemerintahan UMNO-BN di Malaysia.

Dr. Nguyen dipetik sebagai berkata komunis Vietnam ingin berkongsi pengalaman, khususnya tentang bagaimana UMNO menjaga masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia.

Dalam pertemuan pada awal tahun lalu itu, delegasi komunis Vietnam diberi penerangan tentang perjuangan UMNO oleh Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, seorang tokoh UMNO yang dijatuhkan hukuman denda oleh mahkamah kerana kesalahan menyebarkan video lucah baru-baru ini.

Apakah yang UMNO pelajari dari regim-regim komunis itu? Apakah UMNO telah diresapi komunis dan ejen-ejen asing?

Dan jika yang dipelajari itu baik, apakah ia sudah membuka hati UMNO dan kerajaan BN untuk menghormati hak asasi rakyat, hak bersuara, hak berhimpun secara aman, hak menuntut pilihan raya diadakan secara bebas, adil dan bersih?

Perang Dingin global sudah lama berakhir. Komunisme telah ditolak oleh warga dunia. Yang ada pun hanya cebisan sejarah lampau.

Momok komunisme hanya propaganda basi UMNO. Yang pemimpinnya amat bimbang sekarang ialah suara rakyat Malaysia yang sudah bosan dan tidak tahan lagi dengan politik kotor, rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan api perkauman. – Roketkini.com

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


HOMESTAY NIAGA: Senarai Homestay/Rumah Rehat <b>Di Kelantan</b> <b>...</b>

Posted: 10 Jul 2012 04:59 PM PDT

Seri Anggerik Rest House.
PT 475, Bt.3, Jln.Krai, Wakaf Che Yeh, 15100 Kota Bharu.
Banglo setingkat/3 bilik
013-9816538,
RM 150-230/Bergantung kepada hari, musim dan tempoh.
Lengkap untuk 15-18 orang. Semua bilik tidur a/c.
Rumah Tamu Nur Fatin
Taman SBJ Wakaf C. Yeh, Kota Bahru
Banglo Setingkat
012 9588242
RM200- RM250
Berdekatan dengan pasar borong Wakaf Che Yeh(60 meter). Suasana aman dan selesa.Kelengkapan penuh.

Rumah Tumpangan Budi
Kg. Budi, Jln. Tawang, Kota Bharu.
Rumah Teres
019-9111963 (Zaman), 019-9899148 (Ku Na), 09-7647134
1 Bilik + 1 Bilik Air = RM70/Hari, 2 Bilik Tidur + 2 Ruang Tamu + 2 Bilik Air = RM 120/Hari, 3 Bilik Tidur + 2 Ruang Tamu + 3 Bilik Air = RM 180/Hari.
Di Jalan Utama K.Bharu-Tawang. 6KM K.Bharu, 5KM K.Kerian/HUSM, 8KM Airport Pkln Chepa, 2KM rumah Tn Guru Menteri Besar. 1 KM dr Mesin ATM terdekat(7 Eleven). Berdekatan dgn pekan Kota Jembal, Tawang, Sering, Binjai, Pkln Datu, Jejuluk.

Homestay Desa
Dekat Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan
Banglo /3 bilik
Cikgu Din 013-9207364 / 018-9009104 / ashida07@streamyx.com
RM 150.00
Bilik utama h/dingin. WiFi, TV, peti sejuk, pemanas air, dapur memasak, kelengkapan dapur, bahan untuk minuman, selimut, tuala dan tilam serta bantal untuk kemudahan 20 orang. Berperabot penuh.

Kondominium
Kota Bharu
2 bilik
0139461309
RM 250/Day
Mengadap stadium. Ruang selesa dan memuaskan.

Rumah Tamu Al-ukhuwwah
3902 Batu Dua, Jalan Kuala Krai 15150 Kota Bharu Kelantan
Banglo-3 bilik(2 bilik air-cond), 3 bilik air(berasingan)
09-7482971, 013-9822733
200/hari
Kemudahan memasak, TV, Peti Sejuk, microwave dan sterika. Ruang parking berpagar

Kayumas Homestay
Lot 1511, Lorong Surau Kota 2, 15100 Kota Bharu
Chalet studio
013-9367393/019-2708867
RM90 per night
4 units fully furnished chalet studio with wifi access. 3km from center of Kota Bharu, 1km from Famous Pasar Borong Wakaf Che Yeh. Easy to go Rantau Panjang, Pengkalan Kubor and etc. GPS coordinate. Garmin:N: 06° 05.288´, E: 102° 13.596´. Nokia map:N: 6° 5´ 17.3",E: 102° 13´ 35.8"

Aiza Homestay
PT181,Desa SBJ,Beta Hilir,Kota Bharu Kelantan
Rumah teres 3 bilik
0199716232/aidi_wako@hotmail.com
RM130 sehari
Mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik air. Persekitaran yang selamat. Terletak dalam kawasan perumahan SBJ Dewan Beta (rumah teres 1 tingkat) yang diawasi oleh pengawal keselamatan selama 24 jam. Dekat dengan Pasar Borong Wakaf Che Yeh, Rantau Panjang, Bandar Kota Bharu

Homestay McNa
Jalan Lundang, Kota Bharu
Semi D / 4
0197768708 / homestaymcna@yahoo.com
RM 230
Rumah yang selesa dan berdekatan dengan kedai makan dan kedai runcit. Dari Homestay nak ke bandar Kota Bharu mengambil masa tidak lebih dari 15 minit.

Homestay Warisan
Taman Tiong, Kg Tiong
Bungalow
0125091307
RM150.00/permalam
Bungalow 3 bilik dengan separuh perabut, 15 minit ke KB, 7 minit ke Wakaf Che Yeh, 30 minit ke Rantau Panjang. 00000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000
Guest House and Homestay
RM 150.00 SEHARI....

-Air-Cond (Penghawa Dingin)
-Penginapan di Kota Bharu,
-3 Kilometer berdekatan dengan Bandar Kota Bharu.
-3 Kilometer berhampiran dengan Airport Kota Bharu.
-2 Tingkat
-4 Bilik
-2 Bilik Air
-1 Dapur
-1 Balkoni
-Perpustakaan Mini
-Ruang yang selesa untuk Satu atau Dua Keluarga
-Keselamatan Dijamin KRS Tanjung Mas.
-Beras Siam disediakan dengan percuma untuk dimasak dan dimakan.
-Peralatan memasak dapur gas dan periuk pinggan dan lain2.teh uncang dan lain2
-

Jika berminat,boleh la menghubungi Hajah Puan Emylia di talian 013-9869097 untuk rundingan sewaan dan tempahan.NEGO.


Hussin Palace
Lot 2030 Paya Rambai, Jalan Bayam Kota Bharu Kelantan
Rumah Semi-D 3 bilik tidur
0199961960
RM180
Fully furnished house :-)

Rumah dua tingkat
318 Kg redang, Jalan PCB, Kota Bharu, Kelantan
Dua bilik tidur, satu ruang tamu
013-9694664/ adzi65@yahoo.com.my
RM 150.00 satu malam
Penginapan selesa, berdekatan Kota Bharu, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB).Aircond (master bedroom), peti sejuk, kipas setiap bilik, ruang tamu, balkoni, tv. Surau/masjid, restoran, mini market, kedai borong, klinik berdekatan.

Rumah Rehat As Sakinah
PT 621(NO 47) Taman Damai Perdana SBJ Wakaf Che Yeh Kelantan
Teres 2 tingkat/ 4 bilik
012-9011726/9011736/fazlialias@yahoo.com
RM150-300
Lokasi yang strategik berhampiran dengan Pasar Wakaf Che Yeh (60 meter)dan ke bandar Kota Bharu.

Zan'Guest House
Lot 189,Kg,Belukar,Tapang,Jln.Hospital,Kota Bharu
Rumah Teres,3 bilik.
0139084300,0139201668
RM50.00- 80.00/bilik. RM150.00/hari/malam.
10 minit dari bandar Kota Bharu, berdekatan dg JPJ, Komplek Belia, USM Kubang Kerian

Pelangi Homestay
Condominium Pelangi No.10 Tingkat 18 Blok B
Service apartment/3bilik
014-5050181/mohdrahmani@hotmail.com
RM250-RM300
Nikmati panorama Sg. Kelantan, skyline & sunset di hujung pelangi Bandaraya Kota Bharu. Hanya berjalan kaki ke Masjid Muhammadi, Gerbang Kota Budaya, Pasar Siti Khadijah, Bazaar Buluh Kubu, Parkson/Giant dll. Dilengkapi kemudahan condo b'taraf 5 bintang, swimming pool,gym,playground.

Mak Dah Homestay
Hilir Pasar Borong Wakaf Che Yeh, Jalan Kuala Krai 15100 Kota Bharu, Kelantan
Rumah Biasa/3 bilik
017-5872145/017-9160339
RM150/hari
Rumah tumpangan berhadapan Pasar Borong Wakaf Che Yeh. Hanya 2-4 minit berjalan kaki ke Pasar Borong. Rumah memang selesa dan berbaloi untuk keluarga yang ramai.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alamat homestay/guest house :
Lot 1671 Kg. Demit ,
Kubang Kerian Kelantan

Kemudahan:
Rumah banglo 2 tingkat dilengkapi dengan
- 4 bilik tidur ( bilik utama air cond), 2 di bawah dan 2 di atas
- beberapa ruang rehat (ruang sembahyang)
- 4 bilik queen bed
- bantal dan toto disediakan
- 1 ruang dapur luas dan lengkap dengan dapur gas, peti sejuk, cerek letrik,
periok nasi letrik, set cawan dan pinggan manggkuk
- 1 set sofa, TV dan alas kapet

Penginapan selesa, sesuai untuk :
o percutian keluarga,
o percutian berkumpulan,
o rombongan merisik, meminang dan perkahwinan – dekat dengan masjid Ismail Petra, Kubang Kerian.
o 1km dari HUSM (Hospital, Kubang Kerian)
o Lokasi yang strategik dengan IPT – dekat dengan UMK,MRSM PC, MRSM Pasir Tumbuh, Kolej Jururawat HUSM
o 13km ke lapangan terbang P Chepa

Berdekatan dengan (5-20 minit) :
* Pusat Bandar Kota Bharu
* Bandar Baru Kubang Kerian
* Stadium Sultan Muhammad ke-IV
* Universiti Malaysia Kelantan
* Institut Pendidikan Guru, Pengkalan Chepa
* Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra
* Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)
* Hospital Raja Perempuan Zainab II
* Hospital Pakar Perdana

Kemudahan berhampiran :
* Pasaraya (Nirwana, Mydin, Bilal, Billion)
* Restoran (Nasi Kerabu Golok, Ikan Bakar, dsb)
* Stesen Minyak (Petronas 300m)
* Seven Eleven
* Bank

Kadar sewa berpatutan : Untuk sebuah rumah hanya RM 240.00 termasuk hari minggu, hari cuti am, cuti sekolah
Hubungi: 019-9698711 - Kak Yah ( Talian Utama)
09-7655987 (Rumah)
019-9498072 - Abg. Nan

Guest House and Homestay
CIRI-CIRI YANG KAMI TAWARKAN

Kami menawarkan sebuah rumah kediaman yang selesa dan selamat yg dapat
menampung 15-25 orang dewasa pda harga yang berpatutan.Antara ciri yang kami
tawarkan : 3 bilik tidur dgn katil Queen size dgn kemudahan aircond setiap
bilik ,Mesin basuh,peti sejuk,Stereka,set sofa,set meja makan,set barbeque,TV
Astro,Heater dlm bilik air serta kolah dalam bilik mandi.

Lokasi yang amat berdekatan dengan medan selera, pusat pelancongan , klinik,
shopping kompleks, pasar besar dan sebagainya.Terletak di Jalan Che Hussin
iaitu 0.5 km dari pusat bandar Kota Bharu serta 100 meter dari Pejabat
kerajaan(Wisma Persekutuan)dan stadium malah 5 minit masa perjalanan untuk ke
pusat membeli-belah spt KBMALL,Tesko ,Billion dan Pasar Siti Khatijah.

Lokasi kami- Jalan Che Hussin Kota Bharu Kelantan

Lokasi GPS

Latitude 6 07 19.71N
Longitude 102 14 56.43E

KADAR SEWAAN = RM 220 SEMALAMAN

Sebarang pertanyaan boleh hubungi En.Rozani di talian 0139202778


Pesona Homestay
5476-B Jln Bayam Kota Bharu Kelantan
Banglow / 3 Bilik
+60139202778,0139800036 / rozanimohdnoor@yahoo.com
RM220 sehari
Rumah kediaman yang selesa dan selamat yg dapat menampung 15-20 orang dewasa pda harga yang berpatutan. Hubungi En.Rozani 0139202778(Fully furnished). Lokasi pusat bandar.

Aleesya villa
Belakang Ani Sup Utara , Berek 12 , Jln Hospital 15200 Kota Bharu Kelantan
Double Story Semi D
60169223073 / aramycash@yahoo.com
RM 300 Sehari
2km dari pusat bandar Kota Bharu. 4 bilik tidur & 3 berhawa dingin. Peti sejuk,dapur,mesen basuh,mandian air panas,TV,laman letak kereta luas disediakan.Semua bilik fully furnished dgn katil bersaiz Queen.

Rumah Tamu
Jln. Hamzah,Kota bharu
4 Bilik
019-9061292 - Jamal
Rm 50
Ada aircond/kipas. Bersebelahan dgn KB Mall, dekat dengan TESCO, depan Kolej Jururawat Masterskill.

Rumah Tamu
15 Jln 3, Tmn Baiduri, jln Tumpat Kelantan
Rumah teres 3 bilik
0192845874
100 satu malam
Kami menyediakan kelengkapan seperti berada di rumah sendiri dgn sewa yg murah, amat strategik, hanya 3km ke Kota Bharu, 9km Pasir Mas, 5km ke Pengkalan Kubur.

Kondominium Pelangi
Tkt 15, Blok A, Kondominium Pelangi, Jln Post Office Lama, KB
Apartment/4 bilik
0199824590 Rusli
RM250/day
Menghadap Sg. Kelantan, berhampiran Masjid Negeri, Bazar Buluh Kubu dan pusat bandar. Kolam renang, 24 jam security, fully aircond, water heater, TV, iron, refrigerator.

UI Kondo Homestay
B12-08, Kondominium Pelangi Mall, 15200 Kota Bharu Kelantan
Kondominium / 3 bilik
019-9009535/uimpiana@yahoo.com.my
RM200-RM300
Terletak di tengah bandar Kota Bharu, kondominium lengkap dengan perabut, dan kemudahan kondo yang lain.

Homestay Tok Ayah
Kota Bharu, Kelantan
2 bilik
013-3806257
RM200/day
Terletak di tepi jalan utama Jln Sultan Yahya Petra. Perjalanan 7 minit ke bandar Kota Bharu, Balai Islam Lundang, Masjid Kubang Kerian, Hospital Universiti Sains Malaysia. 10 minit ke Wakaf Che Yeh, 25 minit ke Pekan Rantau Panjang.

Rumah Tamu DWZ2
120 Jln.Dato Lundang, Kota Bharu
Banglo 2 tingkat / 5 bilik
019-9889422, ananazhar@gmail.com
RM150-00 sehari
5 bilik (2 a'con), 2 bilik air, katil untuk 10 orang, ruang tamu, dapor, microwave/petiais/tv/pemanas air/parking untuk 10 kereta. Belakang Dee Carpet Dato Lundang. GPS:N6-6.326\' E102-15.698\'

Mahligai Bonda
PT 398, Lorong Sekolah Menengah Naim Lilbanat, Kota Bharu
Rumah/Dorm
Hj.Anafi 019-9833677 / Hjh Zairani 013-9037555
RM 80-300
Penginapan ekonomi untuk keluarga. Harga boleh runding. Lokasi yang strategik untuk ke pusat bandar Kota Bharu dan Wakaf Che Yeh

Rumah Tamu Anjung Desa
Kg. Pasir Kota, Jalan Pintu Geng, Kota Bharu, Kelantan
3 bilik (bilik utama berhawa dingin)
Cikgu Din ( 013-9207364)
Rumah Tamu bersuasana desa, menyediakan perkhidmatan WiFi dan Astro, peti sejuk, mesin basuh. Ruang tamu dan ruang dapur yang luas. Jarak dari Pasar Borong Wakaf Che Yeh hanya 1km dan dari Bandar Kota Bharu hanya 3.5 km

Guest House and Homestay
CTNUR Homestay merupakan sebuah penginapan yang selesa dan selamat di mana homestay kami dapat menapung 15-20 orang dewasa .Lokasi kami yang strategik ,terletak 0.5km dari pusat bandar Kota Bharu.

Antara kemudahan yang kami tawarkan :

-2 bilik tidur / katil queen size dengan kemudahan aircond setiap bilik.
-2 bilik air,
-Ruang tamu,Ruang makan dan Ruang Keluarga yang selesa,
-Tempat letak kereta yang luas (8 buah kereta)
-Tilam/Toto tambahan ,bantal tambahan.
-TV, peti sejuk, kettle jug,iron board,mesin basuh auto dan peralatan makan.

Kadar sewaan : RM150 semalaman

Untuk pertanyaan sila hubungi:

Pn. Nor Aini : 0139236787
En. W.Ahmad Kamil : 0129603243 Guest House and Homestay
Banglo setingkat dan 2 Tingkat.Penginapan ekonomi untuk bilik dan Dorm.Muat 80 orang dalam satu masa.Dilengkapi aircond,waterheater,Pemanas air,pingan-cawan,TV,Petiais,waterheater dan semua bilik air didalam.Kemudahan restoren bersebelahan untuk sarapan pagi,Buffet,bungkus untuk group serta ruang parking luas untuk kereta dan bas.HANYA 5-10 minit ke Pusat Bandar,Pasar Borong Wakaf Che Yeh,HUSM Kubang Kerian,Stadium Sultan Mohd IV.Berdekatan Sek Men Naim Lilbanat,Masjid Telipot,Mayban,Istana Mahkota,Billion Shopping Centre.Bilik Besar:6-8 orang RM 150,Bilik sederhana 4-5 orang RM 120,Dorm A 24 orang-RM 350,Dorm B:16 orang- Rm 250 ALAMAT:PT 398,Lorong Embi,Jalan Telipot,15150 Kota Bharu.Hubungi :0199833677/0139037555 Yus Restoren 09-7476427.Amat sesuai untuk keluarga,kumpulan besar dan bas rombongan.


SR Homestay
255 P , Lorong Hj. Pak Noh, Jalan Bayam, 15200 Kota Bharu
2 Unit rumah teres (A: 4 bilik + 1 Ruang Tamu + 3 Bilik Air) dan (B: 3 Bilik + 1 Ruang Tamu + Dapur + 2 Bilik Air)
Kak Yah - H/P : 012-9453650 / 09-7435696 / 09-7446803
Unit A: Rm250.00/Hari Unit B:Rm 200.00/Hari

Rumah Rehat Normanis
Tingkat 10, kondominium Pelangi Mall, Jalan Pejabat Pos Lama, Kota Bharu
Kondominium
Azma 0139432400
Sewa rm 200/day boleh runding berdasarkan berapa lama mau sewa.

Rumah Tamu Intan Sofia
Perumahan KUB Cendana,Kg Chica,Jln Pasir Puteh,16150 Kota Bharu,Kelantan
Terrace single storey-3 rooms
Che Ros/019-3892962
RM 150-200/house depending on stay duration and season (open for booking now.starting operate on May,2009)

Sutera Guest House
Jalan Hospital Kota Bharu
Single storey house, 3 rooms, 2 bathrooms, living room and kitchen area
016-9515380 / 019-9932850 / 09-7655863
RM45-65/room RM150/house (perday) 10minutes drive to Kota Bharu City Centre

Orange Guest House.
Lot 1934, Jalan Pintu Geng, 15100 Kota Bharu, Kelantan
3-rooms Bungalow Single Storey
Zawawi (012-9007629)
RM200/night (negotiable)

Guest House and Homestay

Kami menyediakan sebuah homestay @ rumah tumpangan (seperti didalam gambar)yg sesuai untuk sekeluarga bermalam & bersantai. Kemudahan yg disediakan:

1) Mempunyai 3 bilik tidur (2 berhawa dingin) & 2 bilik air berasingan.
2) Mempunyai dapur untuk memasak (peti sejuk, dapur & kemudahan memasak)
3 )Lengkap dengan barang perabot & peralatan elektrik.
4) Kelengkapan tambahan sekiranya ramai seperti toto, bantal dan sebagainya.

5 minit sahaja untuk ke Pasar Borong Wakaf Che Yeh. Persekitaran yg selamat, selesa & aman. Harga sewaan untuk 1 hari adalah RM200 (boleh dirunding).
Sesiapa yg berminat, sila hubungi 019-9911573 (Che Jah) @ 013-9741817 (Ejie).
Sekian. Terima kasih.



Mekar Villa.
Km 4, Jln. Sultan Yahya Petra, Kota Bharu.
Bunglow
013-9151003/tuanmasor@yahoo.com
RM 250.00 per day

03 di perupok - Google Blog Search

03 di perupok - Google Blog Search


Bicara Juara Rakyat: PELAJAR TERIMA WANG EHSAN

Posted: 21 Jul 2012 06:06 PM PDT

Seramai 108 penerima daripada Parlimen Bachok menerima Wang Ihsan yang diadakan  pasa 21 Julai 2012 bertempat di Dewan Haji Hussin, Perupok, bagi menampung perbelanjaan di IPTA. Bagi penuntut peringkat Ijazah memperolehi RM800.00, Diploma RM500.00 dan Matrikulasi RM300.00.

Majlis yang diadakan ini adalah kali ke 11 yang bermula pada tahun 2011. Diharapan dengan pemberian Wang Ihsan ini sedikit sebanyak boleh membantu meringankan beban pelajar tersebut.


ads