Rabu, 13 Julai 2011

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


HEBAHAN RANCANGAN TEMPATAN <b>KUALA KRAI</b> JULAI 2011 |

Posted: 10 Jul 2011 07:57 PM PDT

Kajian Rancangan Tempatan Jajahan (RTJ) Kuala Krai disediakan mengikut peruntukan seksyen seksyen 12(1), Akta 172 dimulakan pada September 2010. Kajian ini akan menghasilkan Laporan Rancangan Tempatan yang merupakan dokumen perancangan yang mengandungi pernyataan bertulis dan cadangan pembangunan guna tanah secara terperinci.

Kawasan kajian meliputi keseluruhan Jajahan Kuala Krai terletak di tengah Negeri Kelantan bersempadan dengan Daerah Besut, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang. Keluasan kawasan kajian ialah 227,670.01 hektar yang meliputi tiga buah daerah iaitu Batu Mengkebang, Olak Jeram dan Dabong. Kawasan kajian mempunyai dua Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Daerah Kuala Krai (Batu Mengkebang dan Olak Jeram) dan Majlis Daerah Dabong (Dabong)

Prose penyediaan RTJ Kuala Krai  telah dan akan melalui beberapa peringkat dan perlu dihebahkan kepada orang awam untuk mendapatkan input bagi memantapkan lagi Rancangan Tempatan ini. Pencapaian sehingga Julai 2011 RTJ Kuala Krai berada di peringkat Draf RT Cadangan Awal. Hasil penemuan dan strategi pembangunan yang menentukan hala tuju Jajahan Kuala Krai ini dirumuskan seperti berikut:

  • Perletakan dan hubungan wilayah member impak pembangunan kepada jajahan ini.
  • Kawasan tumpuan pembangunan meliputi petempatan utama Kuala Krai, Guchil, Pahi, Manek Urai dan Laloh.
  • Petempatan Dabong dan Kemubu dijangka membangun berasaskan potensinya yang akan melengkapi hierarki dan senario pembangunan bandar.
  • Kawasan industri akan tertumpu di Batu Jong dan aktiviti ternakan burung walit dijangka berkembang pesat di jajahan ini.
  • Tumpuan khas sekitar pertanian pada penanaman buah-buahan, sayur-sayuran, getah serta pengekalan kawasan padi.
  • Sebahagian besar jajahan ini merupakan KSAS meliputi tanah tinggi, hutan, air terjun dan elemen-elemen semula jadi lain yang memberi sumbangan besar kepada sector pelancongan di peringkat tempatan, negara dan antarabangsa.
Posting ini telah diposkan dalam Main dan tag , . Menanda permalink.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


ini cerita Atiqah: Kelas Continental Cake <b>di Kota Bharu</b> pada 9 <b>...</b>

Posted: 25 Jun 2011 02:46 AM PDT



PERHATIAN KEPADA SEMUA KAWAN-KAWAN DI KOTA BHARU

teringin tak nak belajar:

kek russian black & white

kek opera

kek chocolate indulgence

kek italian rainbow

tarikh: 9 Julai 2011
tempat: Pengkalan Chepa, berhampiran Sejahtera Inn
fees: RM250
masa: 9 pagi - 4 petang (jangkaan tamat)
method: demostrasi

JOM SEMUA KITA SAMA-SAMA JOIN! tqah pun nak join jgk..tgh cari orang untuk cukupkan kuota..kalau takde orang, kak ni tak boleh buat kelas.. :(

jom ramai-ramai! peluang keemasan ni. bukan selalu ada kelas mcm ni kat Kelantan.


Terima kasih daun keladi sebab sudi baca entri ini

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


Tok Janggut Siber: Masjid Beijing <b>di Rantau Panjang</b>

Posted: 27 Jun 2011 07:17 PM PDT

Masjid besar Rantau Panjang kini lebih dikenali sebagai Masjid Beijing. Masjid yang berwarna putih merah ini diberi jolokan sebegini kerana rekabentuknya yang menyerupai bangunan-bangunan yang terdapat di negara China.

Walaupun masjid ini telah lama dibuka untuk para jemaah mendirikan solat lima waktu, namun perlu diingatkan kepada pelancong-pelancong yang bermusafir ke Rantau Panjang, terutama pada hari jumaat, bahawa solat fardhu Jumaat belum lagi diadakan di masjid ini.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


NAQIBAH HASSAN: Hello Kelantan !!

Posted: 13 Jul 2011 06:14 AM PDT

Hye and assalamualaikum . Last week sebelum balik poly aku singgah rumah ex rumate aku Eja dekat Kelantan . Ni second time aku pergi Kelantan kalau x sebelum ni dengan parents aku . Ni aku pergi sorang sorang jek . hm Kelantan ? welll.. best la jugak . Barang pon boleh tahan murah . Aku kat sana shopping jugak haha . Act , Eja ajak aku datang rumah dia sebab nak celebrate birthday adik dia and anak sedara dia yang comel tuh hehehe . So alang alang balik poly sekali je la . Hm apa pon thanks to Eja sebab invite aku ke rumah dia yang lawa tu hehe . Sayang kau . and aku enjoy sangat kat sana . 

Ni lah tempat aku dekat dalam train KTM . Aku amik bahagian katil yang berharga RM55 . 

Posing sikit hehe . Suroh kakak depan amik gambar 

Mari minum dulu !!

Stesen Keretaapi Wakaf Bharu

Taxi Services

Sesampainya di wakaf bharu

Suasana di wakaf baharu

Preparation sebelum majlis

Me and Eja

PeaCE

Me and aqeef

Eja and Aqeef

sorry guys gmbr blur hehe

Family




Kelantan best . Thanks Eja :))

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


Datuk Solah Mat Hasan anak <b>Kelantan</b> hebat « Persada

Posted: 12 Jul 2011 09:20 PM PDT

SEBAGAI pegawai nombor 1 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan amat sibuk dengan tugasan di pejabatnya di Putrajaya, beliau sibuk melayan stafnya dan orang luar. Beliau sesekali dicelah dengan deringan telefon bimbit serta siri khidmat pesanan ringkas (SMS). Lumrah bagi seorang pemimpin.

Dalam keadaan sibuk itu, Solah meminta wartawan ini tunggu sebentar agar dapat membereskan kerja-kerja satu persatu. Walaupun sibuk, Ketua Pengarah JPJ itu tidak pernah menghampakan wartawan serta sesiapa sahaja yang ingin menemuinya.

Sifat-sifat mesra beliau begitu mendekatkan diri dengan orang ramai termasuk wartawan ini.

Apabila peluang tiba untuk menemuramah Solah, soalan pertama terpacul dari mulut: "Adakah ini merupakan cita-cita Datuk sejak kecil lagi?

Solah menidakkannya. "Saya ingin menjadi askar kerana saya suka berlawan, semangat mahu berlawan dan suka berjuang," katanya secara spontan sehingga wartawan ini tergamam mendengar jawapan itu.

Lantas ditanya kenapa beliau tidak merealisasikan cita-citanya itu. Solah terdiam seketika.

Jawapan awalnya amat ringkas iaitu "Amat menyentuh perasaan". Agaknya beliau tengah menyusun butiran penjelasannya.

Bila penjelasan lanjut diberikan, segala misteri di sebalik cita-citanya yang tidak tertunai itu beransur-ansur terungkai satu persatu.

Titik peralihan, jelas Solah, ialah apabila beliau lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan gred satu. Malah beliau merupakan pelajar terbaik di daerah Pasir Puteh ketika itu.

"Saya cuba masuk ke Universiti Pertanian Malaysia kerana ingin menjadi petani moden. Namun, saya kena sahkan sijil-sijil (peperiksaan) dulu dan hanya Pegawai Daerah (DO) yang boleh lakukan," katanya.

Solah dibesarkan dalam sebuah keluarga petani yang miskin di Kampung Gaal, Pasir Puteh, Kelantan. Beliau ialah anak kampung sejati yang menanam tembakau, menanam padi serta menjala, menjual ikan dan menjual buah-buahan tempatan.

Beliau bijak orangnya dan menunjukkan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik sejak sekolah rendah lagi.

Untuk mendapatkan pengesahan sijil-sijil tersebut, Solah berkata, dia menyediakan telur ayam, kelapa yang dibersihkan dengan daun mempelas, beras pulut yang dituai dari bendang sebagai buah tangan kepada pegawai terbabit nanti.

"Selepas solat Maghrib, saya bersama ibu bapa saya menaiki beca roda tiga dari Kampung Gaal ke pusat bandar di Pasir Puteh.

"Perjalanan sehala adalah kira-kira dua batu dan memakan masa sejam. Saya berdiri sepanjang perjalanan sementara ibu bapa duduk kerana ruang terhad," katanya sambil menambah bapa saudaranya yang bekerja sebagai tukang kebun di rumah Pegawai Daerah itu membuat temu janji tersebut.

Pertemuan itu bagaimanapun meninggalkan kesan yang amat mendalam terhadap jiwanya.

Memori lampau itu amat mengusik hati Solah sehingga beliau yang tabah serta bengis bagi mereka yang tidak mengenalinya "tewas" apabila mengimbaunya.

Air mata yang berlinangan turun membasahi pipinya. Tangannya menyeluk poket untuk mendapatkan sapu tangan cepat-cepat bagi menyeka air mata yang berguguran.

"Terdapat dua perkara yang mengganggu emosi saya. Pertama, Pegawai Daerah terbabit tidak menghargai kejayaan saya memperolehi Gred 1 kerana dia langsung tidak mengucapkan tahniah.

"Keduanya, dia tidak usik pun buah tangan tersebut sebaliknya menyuruh saya meletakkannya di anak tangga," ujarnya dengan suara yang terketar-ketar kerana kesedihan yang teramat sangat.

Apa tidak sedihnya, Solah membuat persiapan buah tangan itu sejak seminggu. Perjalanan sejam pergi, dan sejam balik

Tetapi perjumpaan hanya kurang daripada lima minit. Lebih mengaibkan, Pegawai Daerah itu tidak menjemput mereka masuk ke rumah.

Semasa dalam perjalanan pulang, Solah masih ingat ibu bapa dan dirinya diam membatu sepanjang perjalanan kerana terpukul dengan layanan tersebut.

"Dalam benak saya, okey, anda tidak menghormati ibu dan bapa saya kerana saya orang kampung."

Bermula dari detik itu, beliau berjanji tidak akan jadi askar.

"Pertamanya, saya berikrar akan melanjutkan pelajaran ke universiti. Keduanya, bila saya bekerja, saya akan berada di kerusi pegawai daerah itu atau lebih tinggi dan akan buka pintu kepada sesiapa sahaja," tegas Solah.

Justeru, mulai hari pertama bekerja, Solah mengakui beliau tidak pernah menolak sesiapa yang ingin berjumpa dengannya.

Patutlah pintu pejabatnya di Putrajaya sentiasa terbuka luas kepada pengunjung!

Jika diselak zaman persekolahan menengah lagi, semangat berkobar-kobar untuk melawan situasi sudah terbit.

Solah berkata, beliau tidak dapat memohon biasiswa persekutuan kerana borang permohonan hanya diberikan kepada anak-anak cikgu, polis dan kerani.

Katanya, dia mengetahui perkara itu selepas kawan-kawan serta kenalannya yang berjaya mendapat biasiswa itu merupakan anak-anak inspektor polis, kerani dan guru.

Ini menguatkan lagi azamnya untuk 'menewaskan' mereka dalam bidang pendidikan. Biasiswa tersebut bernilai RM15 sebulan yang dimasukkan dalam buku akaun.

"Kawan yang mendapat biasiswa pernah belanja tengok wayang 25 sen untuk filem kelas ketiga ketika itu," katanya.

Akhirnya, Solah mendapat gred pertama manakala kawan-kawannya mendapat gred dua.

//mstar.com.my

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


belog CIK WAN : food village (chim chum) at <b>pengkalan chepa</b>

Posted: 15 Jun 2011 06:33 AM PDT

assalamualaikum~


sempena hari lahir abah yang ke 61 ni, kitorang g makan kat food village kat pengkalan chepa...
siyes best! makan sampai kenyang, bayaran hanya rm16.00 untuk satu kepala sahaja...
apa lagi, saya ni kuat bebenor makan sekarang ni...sampai mak kata muka dah bolat..:(


p/s: ada ubat untuk bujurkan muka tak? HAHA





by the way, selamat ulang tahun abah...saya sayang abah!

nak buat suprise kek secret recepi kat abah tapi mak kata tak payah la beli..abah makan sikit jer kek lagipun orang dalam rumah ni memang dah kencing manis!

enjoy the food so much >.<


 somtam ni dibuat dari BETIK jer...dan campuran2 nya...siyes sangat best! tapi saya tak tahan pedas :(
 

wan nur elle jasmin...Go minmin Go...

xleh duk diam ini budak..isk3

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search

03 di wakaf che yeh - Google Blog Search


Herman Blog: Makan-Makan Dengan Geng Kelas <b>Di Wakaf Che Yeh</b>

Posted: 12 Jun 2011 09:20 AM PDT

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/253678_10150228935032929_693757928_7193686_51786_n.jpg

dari kiri kerol, mat we dan ambo. Tiada dalam gambar oh, jo dan payeh. Esok kawe upload gambar puak demo.

Salam.

Alhamdulillah semalam dari berjumpa dengan geng-geng sekelas masa kat upsi dulu. Sungguh hepening beb. Rancangan ni diatur awal oleh kawan baik ambo, mat we.

Lebih kurang 845 PM bertolak gi ambik Mat We kat rumah mak mertua dia kat Tendong and then terus pecut ke Wakaf Che Yah. Takut terlewat kan.

Sampai sana Jo dan Oh dah ada. Tengok air dah separuh nak habis hahaha.. Biasa geng ni yang sampai lewat, kali ni diorang yang tunggu kami pulak.

Lepas tu Pokyeh dengan Kerul sampai. Hati dah berbunga beb, dok kecoh satu group yang Pok yeh nak belanja kami. Order la chiken cop dengan kopi jantan. orang lain wat hal lain, ikut nak makan dan minum apa kan.

Banyak benda yang dapat dibualkan bersama. pasal kerjaya, keluarga, kenangan bersama masa belajar dulu dan banyak lagi la. topik banyak berkisar pasal kami dan kawan-kawan yang kat rumah sewa kat taman bernam dulu la. seronok jugak kan. lama-lama tak jumpa, bila jumpa sekali. tuuuuuuu dia no.. Opsss... hahaha...

Ok la. last bila nak bayar, ingatkan Pok Yeh nak belanja tapi hampeh.. Oh jugak la yang belanja kami. pakat-pakat dengan kawan yang lain.

Ok la geng, lain kali kami plan nak makan kat tempat lain pulak. Tempat yang laki special. Jo ada tempat baik punya hehehe....

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search


Billy Info: Taman Tema Arab City, <b>Melaka</b>

Posted: 10 Jul 2011 10:01 PM PDT

Arab City yang dikatakan pertama seumpamanya di dunia, merupakan satu usaha berani yang akan melihat saluran tanah di pulau indah, Pulau Melaka berubah menjadi destinasi pelancong-bertemakan Arab bertaraf dunia yang menawarkan kombinasi sempurna iklim yang harmoni, budaya, makanan,glamor, mewah, hiburan dan mesra rakyat.

Arab City adalah inisiatif  pertama seumpamanya, dan Malaysia telah dipilih sebagai negara dari mana visi untuk Arab City akan menjadi kenyataan. Konsep Bandar Raya Arab adalah untuk berkhidmat sebagai jambatan antara dunia Arab dan negara tuan rumah, dan di peringkat yang lebih besar sebagai pautan untuk menubuhkan dan menggalakkan peluang pelancongan, hubungan perdagangan dan pertukaran kebudayaan pada skala global.

Fakta ringkas:

  • Ia di bangunkan di Pulau Melaka dan disebahagian tanah tebus guna di persisiran pantai Melaka. 
  • Projek ini dibangunkan hasil usaha sama antara syarikat pemaju, Golden Corporate Heritage Sdn Bhd (GCH) dan kerajaan Melaka. GCH yang berpangkalan di Kuala Lumpur merupakan usaha sama antara rakan kongsi Dubai, Arab Saudi dan Malaysia. Syarikat itu mempunyai pejabat cawangan di Dubai dan Arab Saudi dengan kepentingan dalam hartanah, perdagangan serta minyak dan gas.
  • Projek bernilai RM250 juta ini akan mempunyai tiga lokasi utama iaitu Pulau Melaka, Klebang dan Sungai Melaka (Kampung Jawa).  
  • Ia diterapkan dengan unsur-unsur kebudayaan masyarakat Arab dengan menyediakan muzium Mesir Kuno, taman tema, teater, spa untuk golongan lelaki dan wanita serta 20 restoran makanan asli Arab, persisiran berpasir oasis, bazar dan gerai kraftangan.
  • Fasa pertama projek itu di Pulau Melaka dijangka siap Disember 2011 manakala keseluruhan projek dijangka siap pada 2013.

Gambar sekitar tapak pembinaan:
sumber: http://malaysiawaterfront.blogspot.com, http://www.skyscrapercity.com

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads