Isnin, 26 Mac 2012

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


Interaktif <b>Bunut Payong</b> | BLOG - BLOG PARTI PAS

Posted: 01 Mar 2012 07:40 AM PST

Klik IKLAN Dibawah Untuk Lebih Info
Klik IKLAN Dibawah Untuk Lebih Info

Tengku Mahkota Rasmi Tahun Melawat Kelantan 2012

Posted: 29 Feb 2012 09:26 AM PST

Salmah Mat Husain,23 Feb 2012
KOTA BHARU, 23 Feb: Tengku Mahkota Kelantan akan mewakili Sultan Muhammad Ke-V merasmikan Tahun Melawat Kelantan (TMK@12) pada 2 Mac ini.

Acara yang bakal bermula 9.00 malam pada sesi sebelah malam itu akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar) memberitahu, program penuh bermakna itu akan diserikan dengan persembahan hiburan.

"Kita menjemput artis tidak asing lagi, Papa Rock Malaysia Ramli Sarif, artis Indonesia Opic dan Kumpulan Nasyid Al-Walid bagi mewarnai majlis yang penuh gemilang ini," ujarnya.

Katanya, akan turut serta Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta pimpinan kerajaan negeri untuk sama-sama memeriahkan majlis ini.

Takiyuddin juga turut menambah, pada 2 Mac juga berlangsung acara majlis kuliah yang berpusat di Medan Ilmu yang bermula sejak jam 8.00 pagi.

Menurutnya, ceramah agama akan disampaikan pendakwah terkenal, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz dan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bermula jam 9.30 pagi.

"Manakala di Medan Ilmu juga motivasi terkenal Ustaz Azhar Idrus bakal menyampaikan kuliah 'Perdana Belia' kira-kira jam 5.00 petang.

"Malah khutbah Jumaat khas yang bertajuk Pelancongan Adalah Sunnah akan disampaikan di semua masjid di seluruh negeri ini," ujarnya.

Ketika ditanya berhubung perkembangan pelancong yang mengunjungi negeri ini dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, beliau berkata ianya begitu membanggakan.

Katanya, maklumat yang diperolehi dari Pusat Penerangan Pelancongan (TIC), memberitahu perkembangan begitu positif apabila kadar kehadiran pelancong begitu bertambah berbanding biasa pada tempoh yang sama tahun lalu.

Tegasnya, perkembangan itu dapat dilihat sewaktu musim cuti Tahun Baru Cina dan cuti umum baru-baru ini.

"Kita menjangkakan dengan perkembangan awal ini target kita untuk mencapai kedatangan pelancong ke negeri ini antara 5.8 juta hingga 6 juta orang akan berjaya," ujarnya.

Klik IKLAN Dibawah Untuk Lebih Info
Klik IKLAN Dibawah Untuk Lebih Info

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


MatKilau Penang: ANWAR MAIN BELAKANG LAGI <b>DI MACHANG</b> <b>...</b>

Posted: 25 Mar 2012 05:15 PM PDT


Fitnah terbaru Anwar semasa berceramah di Machang Bubuk Pulau Pinang.Apa punya uttt la peliwat tegar nie,Mungkin ini kerana video adegan seks terlampau terbarunya bakal keluar dipasaran kot lepaih nie dalam masa terdekat.Sesudah la Pak Sheik dok menyebarkan fitnah terhadap PM,bukan ada bukti pun dakwaan yang hang buat nie.Kesian MKP tengok dekat rakyat Machang Bubuk nie dok kena pekena pembohong dengan peliwat tegar saja.

Berita nie pulak dikarang oleh wartawan fitnah maloyakini pulak tue.Gendut betina sekor nie pun bukan faham sangat apa yang anwar kata.Sudah banyak kali telah dikantoikan oleh MIM.blogger hebat penang tue.......Nak habaq mai baru nie susan dalam blognya ada menyatakan sifat perkauman diantara mamak penang.saja MKP tak mau cerita lagi benda nie bagi hint dulu.tunggu masa yang sesuai MKP keluarkan cita bertapa rasisnya betina gendut nie.Cover program Anwar nie hanya mahu imbuhan saja yang pasti diberi oleh anwar"..........

MKP Ayat Sempoi ; MKP cabar anwar tunjuk bukti apa yang dinyatakan.

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


Kerajaan <b>Kelantan</b> sudah sedia jumpa Umno <b>di</b> mahkamah

Posted: 24 Mar 2012 12:25 AM PDT

KOTA BHARU, 24 Mac: Kerajaan Negeri Kelantan sudah bersedia bertemu dengan pihak tertentu di mahkamah dalam isu 'Tanah Rizab Melayu Kelantan' yang didakwa tergadai.

Ini kerana dakwaan tersebut jelas satu pembohongan, kata ADUN Bunut Payung yang juga Exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.

"Dakwaan Umno bahawa Tanah Rizab Melayu Kelantan tergadai adalah bohong sama sekali.

"Bahkan mereka cuba memutar belitkan fakta kepada rakyat jelata," kata beliau yang merupakan seorang peguam.

Mengulas isu terkini pada ceramah isu-isu pilihan di Pintu Geng, Dun Bunut Payung malam tadi, beliau menegaskan, "Dan lihatlah, kita jumpa di mahkamah."

Turut berucap pada majlis itu Speaker Dewan Negeri Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Laporan media baru-baru ini memetik dakwaan Umno bahawa pemerintahan Kerajaan Kelantan selama 20 tahun telah menggadai tanah milik Melayu di negeri ini, yang terletak dalam Tanah Rizab Melayu, bahkan dijual kepada syarikat bukan Bumiputra atas nama pembangunan selain pajakan.

Takiyuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri  berkata dakwaan itu menunjukkan Umno 'seolah-olah tidak faham'  tentang Tanah Rizab Melayu di Kelantan.

"Tapi sebenarnya mereka buat-buat tidak faham,  bertujuan untuk mengelirukan rakyat Kelantan, bahawa seolah-olah Kerajaan Negeri telah menggadai Tanah Rizab Melayu," katanya.

Beliau yang juga Penolong Setiausaha  Agung PAS Pusat berkata mengikut undang-undang negeri, Enakmen Tanah Rizab Melayu Kelantan Tahun 1930 tidak sama dengan Tanah Rizab Melayu di negeri lain termasuk Pahang, Perak, Perlis dan Johor.

Mengikut undang-undang , Tanah Rizab Melayu di negeri lain bahawa semua tanah dalam negeri berkenaan "tidak rizab Melayu", melainkan beberapa tempat saja.

"Tetapi di Kelantan, semua tanah di Kelantan adalah Tanah Rizab Melayu, kecuali beberapa tempat.

"Ini bermakna, di Kelantan lebih banyak Tanah Rizab Melayu," katanya.

Mengikut  Enakmen Tanah Rizab Melayu Kelantan Tahun 1930, Tanah Rizab Melayu di Kelantan adalah semua tanah di Kelantan, kecuali Daerah Batu Mengkebang, Kuala Krai (Daerah Penggawa).

Daerah Galas, Gua Musang, Daerah Temangan, Machang (kecuali Lot No. 183 sehingga Lot No. 193 dan juga 126 sehingga Lot No 223 Pekan Temangan).

Bahagian-bahagian di dalam Seksyen 6, Seksyen 7, Seksyen 9, Seksyen 10 dan Seksyen 11 Bandar Kota Bharu.

"Itu saja. Ini bermakna, sedikit di Kuala Krai (Batu Mengkebang) dan sedikit di Gua Musang.

"Yang tidak menjadi Tanah Rizab Melayu ialah Daerah Galas saja dan di Temangan, Machang (kecuali beberapa lot di mana tidak semua Daerah Temangan itu bukan Tanah Rizab Melayu).

"Kesimpulannya, di Kelantan ini Tanah Rizab Melayu adalah kira-kira 75 peratus, manakala Tanah Tidak Rizab Melayu pula tidak lebih daripada 25 peratus," beritahu beliau.

Beliau mengulas dakwaan Umno Tanah Rizab Melayu telah dijual kepada bukan Melayu.

"Bahawa di Kelantan ini, Undang-Undang Tanah adalah  'unique', berlainan dengan di tempat lain," jelasnya.

Mengulas lanjut, Takiyuddin mendakwa sejak 1990 tidak pernah Kerajaan Pusat tidak 'menindas' Kerajaan Negeri khususnya dari segi pembangunan dan sumbangan kewangan yang 'sepatutnya' diberikan kepada Kerajaan Kelantan.

Namun dalam urusan tanah, Kerajaan Negeri menggubal dasar bahwa mana-mana syarikat yang hendak melabur di negeri ini tanpa mengira sama ada dari syarikat Bumiputra atau bukan Bumiputra atau syarikat 'setengah-setengah' Bumiputra dengan bukan Bumiputra yang mahu melabur di negeri ini adalah dialu-alukan.

Mengikut dasar negeri, syarikat yang melabur di Kelantan mesti bekerjasama dengan syarikat Kerajaan Negeri atau pun Badan-Badan Negeri termasuk Yayasan Islam Kelantan (YIK), Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN), Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan Perbadanan Ladang Rakyat.

"Kita syaratkan bahawa pelabur berkenaan mesti bekerjasama dengan syarikat dan agensi Kerajaan Negeri selain memberi 30 peratus keuntungan kepada Kerajaan Negeri, manakala 70 peratus kepada pelabur berkenaan.

"Dan tanah berkenaan tidak pernah diberi oleh Kerajaan Negeri kepada syarikat pelabur, dan itu cara kerajaan kita, ianya tidak bercanggah dengan undang-undang.

"Manakala taraf tanah pajakan berkenaan masih lagi 'taraf Tanah Rizab Melayu', tidak berubah,"terang beliau.

Sikap Kerajaan Negeri dalam isu tanah berbeza dengan Umno.

Beliau mendakwa Umno bukan saja tidak 'memberi tanah' kepada bukan Bumiputra, bahkan kepada Bumiputra pun Umno 'memilih bulu' sama ada berkaitan dengan Pengerusi Perhubungan Umno atau Ketua Bahagian walau pun itu berlaku sesama Umno.

Oleh itu, tegas Takiyyddin, dakwaan Umno bahawa Tanah Rizab Melayu tergadai itu adalah bohong sama sekali, bahkan cuba memutar belit fakta.

Kelantan negeri paling banyak mempunyai Tanah Rizab Melayu di negara ini iaitu kira-kira 95 peratus daripada keseluruhan 1,492,200 hektar keluasan negeri.

Media mendakwa status quo Tah Rizab Melayu di Kelantan yang selama ini dilindungi Enakmen Tanah Kelantan 1930 kini semakin banyak tanah berkenaan dipajak kepada syarikat bukan bumiputera, dengan tempoh pajakan mencecah 99 tahun.

Dakwaan itu menyebut ianya dilakukan sejak 20 tahun lalu oleh kerajaan PAS Kelantan selepas mendapat kelulusan daripada Exco bertanggungjawab, atas alasan pembangunan.

Menurut dakwaan, antara kawasan terbabit ialah Tanah Rizab Melayu di tapak projek Pembangunan Lembah Sireh, Bandar Baru Tunjong, Muzium Pasir Pekan, Pelabuhan Darat Kuala Krai, pusat beli-belah KB Mall, Tune Hotel serta Ladang Rakyat.

Laporan itu menyebut semua Tanah Rizab Melayu yang dipajak itu membabitkan ratusan hingga ribuan hektar yang asalnya berstatus tanah pertanian dengan bayaran premium sangat rendah seperti tanah seluas 400 hektar diluluskan kepada pemaju bukan Bumiputera bagi membangunkan projek Lembah Sireh dengan bayaran premium hanya RM1 juta sahaja.

Sementara itu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) baru-baru ini didakwa membuat laporan polis terhadap 'Kerajaan Pas Kelantan' mengenai dakwaan banyak tanah Rizab Melayu didakwa terancam selepas dipajakkan kepada syarikat bukan Bumiputra.

Perkasa juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


Portal Rasmi Pejabat Pegawai Kebajikan Pelajar <b>Kelantan</b> Mesir (P <b>...</b>

Posted: 25 Mar 2012 11:29 PM PDT

Makluman kepada Ahli KPKM, pendaftaran masuk ke Kolej Kediaman Wisma Sultan Muhammad Ke V telah DITUTUP buat sementara waktu sebagai persediaan Menyambut Ketibaan Pelajar Baru 2012.

Pendaftaran masuk akan dibuka semula selepas urusan penempatan pelajar baru selesai, harap maklum.

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


Sk Kubang Kerian 2: Jasamu Disanjung Cikgu Pn.Hjh Midah

Posted: 21 Mar 2012 08:44 PM PDT

Selangkah Terkedepan...Di Era Globalisasi...
Sk.Kubang Kerian 2- Tanggal 22 Mac 2012,Satu majlis persaraan telah diadakan di Dewan Harmoni.Puan Hjh Midah dilahirkan di sebuah pondok yang terletak bersebelahan dengan Pasar Segar, Kubang Kerian. Beliau merupakan anak ke dua dalam sebuah keluarga sederhana, tetapi kaya dengan budi bahasa. Beliau telah mendapat didikan awal si SKKK 1, kemudian meneruskan pengajian sehingga tingkatan 6. menamatkan pengajian di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bharu.Beliau mula mengajar di SMK Chukai, Kemaman, Terengganu pada tahun 1978, memegang jawatan sebagai warden Asrama perempuan di samping menjadi AJK PIBG, jurulatih tarian sekolah dan jurulatih Bola Tampar. 
        Beliau bertemu jodoh dengan seorang jejaka pilihan yang bergelar guru iaitu AB.Wahab b. Salleh, yang juga sama sama bertugas di sekolah itu.Setelah sembilan tahun bertugas di perantauan, barulah kembali bertugas di negeri tumpah darah tercinta iaitu di SK. Demit ,1987.
Tahun 2000, beliau berhijrah ke SK Kubang Kerian 2.

Beliau mengajar tahun 5 (PDL) dan tahun 6 (UPSR) selama 30 tahun. Sanggup berhempas pulas dan berpenat lelah dengan dengan kelas tambahan siang dan malam, demi kecermelangan murid dan menjulang gahnya nama sekolah.Beliau pernah ditawarkan sebagai Penyelia Petang di SK. Belimbing, Tanah Merah, tapi demi cintakan murid tahun 6, Tawaran itu ditolak.
Antara Sumbangan Cikgu Puan Midah adalah :
*Pemeriksa kertas BM Penulisan UPSR (LPN)dari tahun 2000-2007, kemudian menarik diri atas alasan kesihatan.Ketua Panitia BM selama beberapa tahun disekolah ini, juga pernah menjadi setia usaha BM.
*Beliau pernah menjadi Bendahari PIBG dari tahun 2000 – 2004,yang mana PIBG sekolah pada masa itu pernah di nobatkan sebagai JUARA di negeri kelantan.
*Beliau menjadi jurulatih syair selama 2 tahun berturut turut yang berjaya menjadi johan di negeri Kelantan


*Beliau juga pernah menjadi jurulatih bercerita yang berjaya ke peringkat kebangsaan pada tahun lepas.
           Sekarang beliau telah bergelar nenek kepada dua orang cucu, daripada anak sulung perempuan yang juga seorang guru.
 










Maut Selepas Hantar Anak | Detik Perubahan

Posted: 25 Mar 2012 09:15 PM PDT

KOTA BHARU- Seorang bapa yang baru menghantar anaknya ke sekolah maut selepas keretanya dirempuh dari arah bertentangan dalam kemalangan yang berlaku di Kampung Demit, semalam.

Kejadian yang berlaku pada jam 7.15 itu menyebabkan mangsa, Ludin Ismail, 45, yang memandu kereta jenis Dahaitsu Charade maut di tempat kejadian dipercayai tersepit.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa yang memandu dari arah Kubang Kerian ke Panji dirempuh kenderaan Honda Accord yang dikatakan memotong beberapa kenderaan lain dari arah bertentangan.

"Kenderaan itu tidak sempat masuk ke laluannya semula, sehingga menyebabkan dia merempuh kereta Kancil di bahagian sisi kanan dan kenderaan mangsa di bahagian depan. Mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan disahkan meninggal di tempat kejadian, manakala pemandu kereta Kancil mengalami kecederaan ringan dan dirawat di HUSM," katanya semalam.

Dalam pada itu, isteri mangsa, Zarina Abdul Rahim, 40, berkata, sebelum kejadian, suaminya itu sempat membasuh kereta milik adiknya dan beria-ia hendak menghantar anak, Rizal,13 ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panji menggunakan kereta.

"Saya rasa pelik kerana sebelum ini dia selalu menghantar dua anak saya, Rizal, dan Mohd Ridzuan, 12 menaiki motosikal namun pada hari kejadian dia tekad hantar anak menaiki kereta. Saya rasa tidak sedap hati pada mulanya, namun tidak endahkannya dan tidak sangka ia petanda ajalnya," katanya ketika ditemui di bilik forensik Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Katanya, suaminya seorang yang kelakar dan suka bergurau, tetapi sebelum kemalangan itu dia berubah menjadi pendiam melainkan berbincang mengenai perkara penting sahaja.

"Saya menerima berita suami terlibat dalam kemalangan selepas terlelap di kerusi menunggu yang pada kebiasaannya akan pulang kira-kira jam 7.45 pagi, namun kira-kira jam 9, saya dikejutkan dengan panggilan telefon mengatakan suami terlibat kemalangan dan berada di bilik mayat HUSM," katanya. Jenazah dituntut keluarga mangsa untuk di kebumikan di kampungnya di Pengkalan Kubor, Tumpat selepas solat zohor. – Sinar Harian

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


Siti Zailah | Home: Ceramah <b>Di</b> Kg Sokor <b>Tanah Merah</b>

Posted: 26 Feb 2012 07:10 PM PST

[unable to retrieve full-text content]CERAMAH DI KG.BELIMBING DUN BUKIT PANAU · Ijtima' DMP Kawasan Gua Musang · Ceramah dalam Parlimen Bachok di Kg Pauh Lima · Ceramah Di Kg Sokor Tanah Merah · AMANAT PIMPINAN MENJELANG PRU13 ...

03 di ketereh - Google Blog Search

03 di ketereh - Google Blog Search


.: Rencana Sabtu

Posted: 16 Mar 2012 05:43 PM PDT

Analisa:
Mampukah Umno Tawan
Lapan Kerusi Parlimen Kelantan

Telah menjadi pengetahun umum Umno Kelantan mensasarkan lapan kerusi parlimen termasuk yang dimiliki sekarang ini dalam pilihan raya umum akan datang.

Kerusi-kerusi yang menjadi sasaran Umno dan tumpuan kerja sedang diperkuatkan, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Ketereh dan Bachok. Dua kerusi lagi yang dimiliki sekarang Gua Musang dan Jeli.

Umno seakan sudah yakin kerusi Gua Musang dan Jeli berada dalam tangan mereka. Ketokohan penyadang kerusi Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (foto) menjadi modal tunai dan keyakinan itu kepada Umno.

Namun kerusi Gua Musang bagaimana pun masih di persimpangan dan menjadi teka teki. Sekiranya Tengku Razaleigh Hamzah dinafikan untuk bertanding atas tikit BN, lebih 100 peratus kerusi Gua Musang tidak akan menjadi milik Umno lagi. Ada usaha oleh pemimpin budak-budak di Gua Musang yang tidak mahu Tengku Razaleigh bertanding atas tikit Umno dan mahu anak raja itu nyah dari parti Melayu yang dikaguminya itu.

Sekiranya pemimpin Umno Kuala Lumpur terikut-ikut dengan angin tohor dan politik 'anak kucing lembek tengkuk' dengan desakan budak-budak itu ia bakal memberi naas dan mimpi buruk buat Umno Kelantan. Mungkin untuk pertama kalinya Umno akan kehilangan kerusi teras dan keramat mereka di Gua Musang. Catatan: sejak kerusi parlimen itu wujud (dulunya atas nama Hulu Kelantan) ia tidak pernah dirasai oleh Pas atau mana-mana parti kecuali Umno.

Berbeza dengan Jeli yang kini disandang oleh Mustapa Mohamed, dengan gerak kerja, penambahan pengundi mendadak di Jeli khususnya dari kalangan tentera, Mustapa dijangka dengan senang akan memenangi kerusi berkenaan.

Pun begitu Mustapa tentu tidak dapat duduk diam sehingga selesai hari mengundi kerana beliau pernah tewas di Jeli pada tahun 1999, dikalah oleh Apandi Mohamad. Air yang tenang jangan mudah disangka tiada buaya. Mustapa tidak pernah melupai ini dan kekalahannya kepada Apandi itulah menyebabkan beliau terus menjadikan Jeli sebagai kampung halaman dan bandar metropoliton utamanya berbanding kampung asal Bachok.

Kenapa tidak, walaupun dia menginap dan tidur di Bukit Tunku, Kuala Lumpur - rumah kediaman rasmi, tetapi hati dan jiwanya tetap di Jeli.

Atas kertas sehingga hari ini Jeli menjadi kerusi denak bagi Umno seperti Pengkalan Chepa, dan Kubang Kerian yang menjadi kerusi denak buat Pas. Menurut nisbah (modal) hari ini 2 : 1. Dua untuk Pas dan satu untuk BN.

Dan sekiranya kedua-dua kerusi ini Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian juga akan dirampas Umno, ini bermakna seluruh kerusi parlimen dan state di Kelantan akan jatuh ke tangan Umno. Boleh jadi Umno akan menyapu bersih kesemua kerusi parlimen dan state mengulangi peristiwa 1990 yang dicatat Pas - Semangat 46. Tetapi ia sangat mustahil.

Bagaimana pun kelebihan tetap kepada Pas, di mana Pas mempunyai peluang 55 peratus berbanding Umno di kerusi; Kota Bharu, Rantau Panjang, Pasir Mas, Tumpat, Kuala Krai serta Pasir Puteh. Yang menjadi masalah kepada Pas yang bergabung dengan Pakatan Rakyat ialah kedudukan tiga buah kerusi dimiliki PKR, Tanah Merah, Ketereh dan Machang.

Peluang PKR untuk mengekalkan kerusi-kerusi ini pada masa ini di bawah 49 peratus. Ketiga-tiga kerusi inilah yang menjadi tumpuan utama Umno. Umno sangat berharap sekiranya mereka dapat merampas kerusi PKR ini jikapun gagal memerintah Kelantan ia sudah satu kejayaan kubra, kerana kerusi itu akan dapat menimbus beberapa kerusi yang bakal hilang di Johor, Pahang, Negeri Sembilan serta Sarawak.

Sebenarnya Umno lebih obses untuk merampas tiga kerusi berkenaan disamping mengekalkan dua kerusi yang sedia ada daripada merampas Kelantan. Hakikatnya Umno memerlukan enam hingga lapan daripada 14 kerusi parlimen dan Umno lebih rela melepas Kelantan kepada Pas daripada kehilangan kerajaan Persekutuan.

Apakah asas menyebabkan Umno yakin akan berjaya mengambil alih tiga kerusi milik PKR itu? Ada beberapa faktor dalaman dan luar yang membantu Umno. Antaranya ialah organisasi PKR itu sendiri lemah. Selama ini pun jentera pilihan raya Pas yang membantu PKR. Tanpa Pas PKR tidak dapat berbuat apa-apa. Pas Kawan Rapat (PKR).

Selain itu ketandusan PKR mempunyai ramai pemimpin menjadi penyebabnya. PKR Kelantan hidup seolah 'bawang dalam lekar' di mana ia berakar tetapi akar tidak sampai ke bumi. Ditambah pula dengan kelemahan keseluruhan PKR itu sendiri termasuk di peringkat nasional. Tidak ada plan atau startegi khas yang diilhamkan oleh PKR pusat bagaimana untuk PKR Kelantan menyuburkan diri. Dalam kata lain PKR Kuala Lumpur tidak berbuat apa-apa untuk menambah hebat PKR Kelantan.

Pas pula hanya membantu dalam menggerakkan jentera pilihan raya atau memberi jentera mereka membantu calon PKR semasa pilihan raya. Bantuan secara menyeluruh di luar pilihan raya termasuk sama-sama berikhtiar untuk mempertahankan Kelantan dengan cara memberi keyakinan dan peluang berpatisipasi dalam jentera pilihan raya kepada PKR tidak begitu kelihatan dan serius.

Padahal dalam kawasan di mana ada kerusi ditandingi PKR, Pas sepatutnya bersepakat membentuk jentera bersama. Sayang sikap nafsu nafsi (individualistik) masih berlaku dalam hal ini. Selalu kendengaran alasan diberikan PKR tidak ada ahli dan tidak banyak cawangan. Soalnya macam mana parti itu untuk mendapat ahli kalau tiada bantu dan diajak kerjasama. Lainlah kalau pemimpin PKR seperti Dr Wan Suhaimi Wan Daud di Pasir Mas yang aktif memugarkan PKR siang malam tanpa mempedulikan apa orang kata dan mengharap pujian.

Faktor-faktor lain ialah tokoh yang akan dikemukakan oleh PKR dalam pilihan raya akan datang menjadi faktor kenapa Umno berharap sangat akan merampas tiga kerusi parlimen itu. Di parlimen Machang khabarnya Saifuddin Nasution Ismail tidak lagi akan bertanding di situ. Beliau akan dihantar pulang ke Kedah untuk bertanding di Kulim-Bandar Baru kemudian memimpin PKR Kedah.

Peninggalan Saifuddin satu kekosongan buat PKR. Umno sudah menghitung kekosongan ini akan memberi peluang kepadanya. PKR tiada calon berkelayakan dan berpengaruh di Machang mengganti tempat Saifuddin. Keadaan inilah menyebabkan Umno optimis mereka akan dapat merampas kerusi Machang.

Demikian juga di Tanah Merah, kedudukan ahli parlimen, Amran Abdul Ghani dikatakan kurang bertenaga dan tidak berkeupayaan untuk mengekalkan kerusi Tanah Merah. Kekurangan pengalaman dan sebagai orang politik baru menyebabkan Amran kurang berjaya menonjolkan dirinya sebagai pemimpin berpengaruh dan bervisi di Tanah Merah.

Keadaan ini menyulitkan lagi apabila ada perebutan sesama sendiri. Tidak semua ahli PKR Tanah Merah berada di belakang Amran. PKR di Tanah Merah berpecah lebih dari dua firkah. Dalam pada itu ada pula unsur-usnur cuba mengkhianti kedudukan Amran bila mana ada usaha untuk menyingkirkan Amran dan diganti dengan muka baru (sebenarnya muka lama dah tidak laku lagi) tertentu.

Gerak kerja memburuk Amran supaya ia tidak dipilih menjadi calon sedang dilaksanakan penuh tektikal. Satu laporan mengenai pencapaian beliau katanya sudah berada di tangan penasihat parti. Amran dirumuskan sebagai calon yang berpotensi untuk kalah. Tidak menjadi masalah kalau Amran hendak ditukar atau dirihatkan tetapi lakulah dengan penuh berhikmah dan tidak mengemukakan laporan yang diambil di warung kopi sebelah kiri landasan kereta api sahaja.

Dibimbangkan calon yang berminat hendak kerusi Tanah Merah itu akan mengalami kekalahan lebih besar dari Amran kalau dia diberi peluang tanpa membuat persiapan rapi dan persefahaman dengan Amran. Iya, Amran mungkin kecil dan dianggap mentah, tetapi si mentah inilah yang sanggup menggadaikan diri untuk menjaga maruah PKR dalam pilhan raya 2008 dulu. Kalau diharapkan kepada orang dewasa, tokoh perniagaan hebat awal-awal lagi menolak kerana kurang yakin dia akan menang.

Sesuatu budi dan pengorbanan besar Amran yang tidak diketahui ramai ialah apabila beliau menolak tawaran jutaan ringgit agar meninggalkan PKR. Ini adalah pengorbanan besar Amran. Kalau beliau 'terpesil mata' dengan wang ringgit sudah tentu dia akan menyeberang pengkalan.

Demikian halnya kerusi Ketereh. Kedudukan Abdul Aziz Kadir (foto) kini tidak seselesa tahun 2008. Setelah tiga tahun lebih jadi wakil rakyat, rakyat sudah dapat melihat Aziz luar dan dalam. Orang sudah mengenali senyum dan tawanya. Sejauh mana keupayaan Aziz sudah dapat dinilai oleh rakyat. Sekiranya Aziz tidak mengambil tindakan segera membaiki beberapa kecacatan kecil yang ada, kerusi Ketereh dalam bahaya. Aziz walaupun dia adalah Pengerusi PKR Kelantan tetapi pembawaannya tidak lebih sebagai ahli jawatan kuasa surau sahaja. Tidak agresif.

Nasib Aziz bergantung kepada keadaan. Sekiraknya Umno terus meletakkan Annuar Musa untuk berhadapan dengan Aziz, kerusi itu masih selamat. Tetapi apakah Mustapa Mohamed akan teruja dengan pencapaian Annuar dalam bolasepak untuk dijadikan sandaran Umno di Ketereh? Kalau jawabnya ia, insyaAllah Aziz masih mampu berdepan dengan bekas menteri yang pernah disiasat SPRM itu. Dalam konteks Annuar di Ketereh rakyat tidak melihat kejayaan duniawi beliau tetapi rakyat lebih melihat dosa peribadi dan syaksiah pengerusi KADA itu sendiri.

Dari sudut ini walaupun Aziz tidak sepengalaman Annuar pernah menjadi menteri tetapi tidak banyak membantu Kelantan, tetapi Aziz mendahului Annuar dari soal keperibadian dan syaksiah ini. Peribadi Aziz jauh lebih baik dari peribadi Annuar Musa. Aziz tidak pernah dilibatkan dengan apa-apa skandal dan siasatan pihak berkuasa. Tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana wanita termasuk isteri orang. Kalau bertanding untuk mendapatkan peribadi yang baik Aziz akan menang.

Soal besarnya kini, apakah persoalan yang disebut tadi dapat diatasi oleh PKR di ketiga-tiga kerusi itu tadi? Kalau PKR gagal; gagal meletakkan calon sama hebat dengan Saifuddin di Machang, gagal meletakkan calon lebih baik dari Amran di Tanah Merah, dan Aziz kalau gagal memperbaiki kelemahan kecil yang ada dalam masa tersisa, ini bermakna apa diidam-idamkan BN untuk merampas ketiga-tiga kerusi itu akan menjadi kenyataan.

Adapun kerusi-kerusi lain peluangnya seperti dinyatakan di atas tadi. Tetapi Pas juga tidak perlu beriba tangan kerana di antara kerusi yang dimiliki sekarang ada yang boleh bertukar tangan kepada BN kalau percaturan dan calon diturunkan tidak selayaknya. Kerusi-kerusi Pas dalam bahaya ialah, Kuala Krai, Bachok, Rantau Panjang, Pasir Mas dan Pasir Puteh. [wm.kl.9:12 am 17/03/12]

ads