ads

Ahad, 11 September 2011

03 di manek urai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di manek urai - Google Blog Search


800 penumpang keretapi panik sebuah koch terbakar – – Blog <b>...</b>

Posted: 10 Sep 2011 11:26 PM PDT

GUA MUSANG: Saat cemas dilalui 800 penumpang Ekspres Senandung Wau, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam perjalanan dari Tumpat ke Kuala Lumpur selepas sebuah daripada 14 kocnya terbakar berhampiran Stesen Keretapi Merapoh, dekat sini, malam kelmarin.


Kejadian jam 11.30 malam itu memaksa pemandu tren memberhentikan kenderaan di stesen berhampiran bagi mendapatkan bantuan anggota bomba dan penyelamat, sekali gus memadamkan kebakaran koc yang memuatkan generator elektrik serta hawa dingin.

Difahamkan, keadaan cemas itu menyebabkan penumpang bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri sebaik tren menghampiri stesen terdekat, termasuk ada yang nekad terjun di kawasan itu kerana terlalu panik.

Senario itu disaksikan penduduk setempat sebaik tren berhenti secara mengejut apabila kebanyakan penumpang berebut-rebut terjun dari koc kerana bimbang api yang membakar gerabak membawa alat berkenaan di bahagian belakang merebak ke koc lain.

Bagaimanapun, koc yang terbakar dapat dikawal sepasukan anggota bomba sukarela di Kampung Merapoh dalam masa 15 minit sebelum dibantu sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang yang tiba 16 minit kemudian.


Kerja keras anggota bomba membolehkan perjalanan diteruskan sejam kemudian dengan meninggalkan koc terbakar itu di Stesen Keretapi Merapoh sebelum menyambung koc gantian generator elektrik dari Stesen Kuala Lipis.

Menurut penumpang, Salamah Alias, 28, kejadian itu mengejutkan penumpang hingga memaksa mereka terjun dari koc penumpang bagi menyelamatkan diri sebaik kereta api berhenti.

Katanya, insiden disedari selepas terdengar bunyi bising penumpang lain mengenai kebakaran sebuah koc, menyebabkan dia secara spontan mengambil beg pakaian dan melompat keluar sebaik koc berhenti di stesen terdekat, "Boleh dikatakan semua penumpang bertempiaran lari dan terjun dari koc kerana masing-masing takut api merebak ke koc penumpang lain.

"Bagaimanapun, kami bersyukur kerana tindakan cepat sepasukan bomba sukarela Kampung Merapoh memadam kebakaran menyebabkan keadaan kembali reda dan penumpang menaiki semula kereta api," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Bomba Sukarela Kampung Merapoh, Rossraman Abdul Majid berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang ternampak kereta api ekspres itu terbakar jam 11.30 malam.


Katanya, dia bersama lima anggota dengan sebuah jentera bergegas ke tempat kejadian untuk memadam api yang marak membakar koc dan berjaya mengawalnya dalam masa 15 minit.


"Sebaik tiba di tempat kejadian, ada penumpang panik dan terjun dari koc untuk menyelamatkan diri hinggakan kita terpaksa meminta mereka bertenang.


"Malah, ada penumpang terjun ke dalam parit di tepi landasan kereta api, namun semua penumpang menaiki semula koc sejam kemudian untuk meneruskan perjalanan," katanya.


Dalam kejadian bulan lalu, 300 penumpang Ekspres Senandung Timuran, KTMB dalam perjalanan dari Tumpat ke Johor Bahru cemas selepas tren dinaiki merempuh dua ekor gajah dalam kejadian di Kilometer 407.5, Bukit Abu-Manek Urai, di sini.


Dalam kejadian jam 10.40 malam itu pemandu tren terpaksa memberhentikan kenderaan secara mengejut namun tidak sempat mengelak ibu dan anak gajah yang melintasi landasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

03 di bunut payong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di bunut payong - Google Blog Search


Interaktif <b>Bunut Payong</b>: Kelantan sasar 5.8j pelancong

Posted: 02 Jul 2011 09:11 PM PDT

KOTA BHARU - Dijangka 5.8 juta pelancong dari dalam dan luar negara akan mengunjungi Kelantan tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kedatangan pelancong dijangka meningkat berbanding 5.3 juta tahun lalu, memandangkan tarikan yang ada di negeri ini.

"Kelantan destinasi yang tidak asing lagi bagi pelancong, kerana ikon sebagai syurga makanan yang dimiliki selain seni budaya dan warisan terunggul yang dimiliki," katanya selepas merasmikan Pesta Nasi 100 di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini, kelmarin.

Menurutnya, pesta makanan itu termasuk dalam komponen utama carnival seni budaya dan makanan negeri Kelantan.

"Pesta Nasi 100 ini merupakan acara tahunan yang akan dimasukkan dalam kalendar pelancongan negeri," katanya.

Menurutnya, Nasi 100 mempunyai dua erti iaitu merujuk kepada 100 jenis nasi dan yang kedua melibatkan 100 jenis bahan ramuan yang digunakan untuk menjadikan nasi lebih enak serta berkhasiat untuk dinikmati.

Takiyuddin berkata, pesta kali ini mendapat sambutan menggalakkan pelbagai pihak termasuk hotel bertaraf lima bintang, pemilik- pemilik restoran dan individu yang mahir dalam bidang masakan.

"Selain itu, kerajaan negeri dalam rangka menghidupkan kembali Tahun melawat Kelantan bermula tahun hadapan selepas hampir tiga tahun dihentikan, dan kita mengharapkan agar ia menjadi penyumbang kepada usaha kerajaan untuk menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini," katanya

03 di galas kelantan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di galas kelantan - Google Blog Search


Orang Asal luar <b>Kelantan</b> mengundi <b>di Galas</b>

Posted: 10 Nov 2010 01:10 AM PST

KOTA BHARU, 10 Nov: Agak luar biasa apabila peratusan keluar mengundi di Dun Galas pada pilihan raya kecil 4 November lalu meningkat kepada 83 peratus, sedangkan banyak pusat pengundi berada di pedalaman Kelantan.

Malah lebih meragukan lagi apabila enam pusat pengundian membabitkan penduduk Orang Asal meningkat lebih 90 peratus, sedangkan kedudukan mereka jauh di pedalaman.

Lebih menghairankan lagi banyak bas dilihat di pusat-pusat pengundian di pos Orang Asal pada hari mengundi.

Menurut sumber, bas terbabit digunakan bagi mengangkut pengundi Orang Asal yang dipercayai tinggal di luar Kelantan untuk datang mengundi di Galas.

Ini kerana katanya, penduduk Orang Asal yang tinggal di pendalaman Kelantan tidak boleh diangkut menggunakan bas memandangkan ia hanya boleh dihubungi kenderaan pacuan empat roda.

Kehadiran begitu banyak bas di pusat pengundian menimbulkan banyak tanda tanya. Lagi pun kesemua penempatan Orang Asal dikawal Jabatan Hal Ehwal Orang Asal sejak bekas Adun Galas, Chek Hashim Sulaima sakit tenat.

Mengulas perkembangan tersebut Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, peratusan keluar mengundi sehingga 83 peratus merupakan suatu pencapaian yang luar biasa memandangkan kedudukan Galas di kawasan pedalaman.

"Ini jarang berlaku di kawasan orang kurang celik mengenai politik. Kawasan hulu Kelantan di mana kesedaran politik masih lagi rendah.

"Mungkin ada sesuatu yang cuba disembunyikan apabila pengundi di kalangan Orang Asal hampir kesemua keluar mengundi.

"Sedangkan di tempat orang yang celik politik pun tidak sampai sehingga 83 peratus keluar mengundi. Ini tentunya meragukan," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Pada pilihan raya kecil tersebut jumlah keluar mengundi sebanyak 83 peratus, sedangkan di Batu Sapi yang juga terletak di pedalaman Sandakan hanya 61 peratus.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, lebih menghairankan lagi apabila ada menteri awal-awal lagi sudah memberitahu akan menang banyak.

"Kalau sekadar kata menang sahaja tak apa. Ini seolah-olah menggambarkan mereka sudah tahu apa yang akan berlaku berdasar gerak kerja awal yang dilakukan," katanya.

03 di machang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di machang - Google Blog Search


Maharaja Lawak Sepah Akan Berlawak <b>Di Machang</b> | KelantanFC <b>...</b>

Posted: 30 Jun 2011 12:00 AM PDT

Kemeriahan Karnival The Red Warriors di Padang SMK Machang makin dirasai setelah juara Maharaja Lawak b_250_200_16777215_0_http___2.bp.blogspot.com__diPGZ-oQJCw_SZ14j6DvzAI_AAAAAAAAHQE_wLjpjSauhy8_s1600_sepah.jpgpertama kumpulan Sepah akan turut dibawa ke program bersama perdana menteri ini. Pelbagai acara istimewa disusun rapi pihak penganjur bagi memastikan karnival ini mendapat sambutan ramai dan menarik perhatian barisan kepimpinan negara yang hadir untuk terus berbakti kepada rakyat Kelantan dan kemajuan bolasepak Kelantan.

Selain pada kumpulan Sepah, pengunjung juga akan dihiburkan band indie anak Kelantan Secretype yang popular dengan lagu kombinasi Ultra Kelate The Red Mania pada pukul 2 petang. Rekaan stadium baru idaman semua peminat The Red Warriors turut dipamerkan buat julung kali untuk tatapan perdana menteri dan seluruh rakyat Kelantan.

Maghilah pakat gi kelih replika stadium baru, kumpulan Sepah dan Band Secretype ni……..

260945_100001870036702_894260_q.jpgTan Sri Annuar Musa :MAHARAJA LAWAK DAN BAND SECRETYPE AKAN TURUT MERIAHKAN ACARA TRW BERSAMA YAB PM JAM 2PTG 2 July DI MACHANG…DATANG DGN MEMAKAI JERSEY TRW….anda munkin memenangi hadiah!!!

ANDA INGIN MELIHAT GAMBARAN ARKITEK/REKABENTUK DAN LOKASI STADIUM BOLASEPAK BARU KLATE DAN KAMPUS ALHAMRA RED WARRIORS ACADEMY?….KUNJUNGILAH GERAI PAMERAN TRW DI KARNIVAL TRW MACHANG PD HARI SABTU 2 July…..YAB PM AKAN TURUT MELIHATNYA…TQ PM!!…ATAS KEPEDULIAN DAN TERUS CAKNA PD TRW…..

Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo…..Gomo Kelate Gomo

Related posts:

  1. Perdana Menteri Dijangka Rasmi Karnival The Red Warriors di Machang
  2. Sepah Dibuang @ Membuang Diri?
  3. Karnival Hari Keluarga The Red Warriors Akan Turut Disertai Penaja Rasmi
  4. Kelantan Akan Pertahankan Misi Ke Final
  5. Tiada Kompromi Dan Akan Terus Didakwa

03 di gua musang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di gua musang - Google Blog Search


PAS <b>Gua Musang</b> sedia hadapi PRU bila-bila masa <b>...</b>

Posted: 07 Sep 2011 08:54 PM PDT

Oleh : Hasnan Yahya

Abdullah menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak

GUA MUSANG ( Galas ) 8.Sept – Biarpun tarikh sebenar Pilihanraya Umum ke 13 belum mendapat tandanya, namun persiapan bagi menghadapinya terus diperkemaskan oleh jentera PAS Kawasan Gua Musang.

Menurut Yang Dipertua PAS Gua Musang, Ustaz Abdullah Hussin PAS Gua Musang sudahpun membuat persiapan bermula dengan menyusun jentera parti di peringkat cawangan dan Unit Peti Undi (UPU).

Beliau ditemui di majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri peringkat Kawasan Gua Musang di perkarangan Markaz PAS baru-baru ini.

Abdullah berkata dengan adanya 63 cawangan di tiga Dun dan 44 UPU, PAS Gua Musang kini semakin mantap dan bersedia menghadapi pelbagai isu yang dicanangkan oleh umno-BN.

" setakat ini, kita sentiasa bersedia untuk memberi penjelasan kepada rakyat di Gua Musang terutamanya dalam isu pengambilan tanah bagi pembangunan Ladang Rakyat dan begitu juga dalam isu pemilikan tanah oleh masyarakat orang asli"ujar beliau.

Adun Galas dari BN, Abdul Aziz turut hadir.

Beliau juga berkata di sepanjang bulan ramadhan baru-baru ini, jentera parti telah turun padang bertemu penduduk di keseluruhan cawangan dan sentiasa mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Abdullah yang juga merupakan Penyelia Parlimen berkata kerajaan telah bersetuju untuk membuka ruang kepada peneroka di Tanah Rancangan Kesedar Jeram Tekoh, Renok dan Meranto untuk mengemukakan permohonan memiliki tapak penempatan yang diduduki sekarang.

" Alhamdulillah, ramai peneroka telah faham hasrat kerajaan negeri yang ingin membantu mereka bagi mendapat milik kekal tapak rumah tersebut dan sehingga kini sudah ramai diantara mereka yang mengemukakan permohonan di pejabat tanah Gua Musang"katanya lagi.

 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved