Rabu, 16 Januari 2013

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


Jawatan Kosong 2012 <b>di</b> Kolej Komuniti <b>Kok Lanas</b>

Posted: 29 Sep 2012 12:00 AM PDT

jawatan kosong 2012 kolej komuniti kok lanas

Jawatan Kosong 2012: Secara rasminya Kolej Komuniti Cawangan Kok Lanas telah  dirasmikan dengan sempurnanya pada 14 Oktober 2005 oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia YB Dato' Dr.Hj.Shafie bin Mohd Salleh bertempat di Kolej Komuniti  Cawangan Kok Lanas. Kolej Komuniti Cawangan Kok Lanas adalah sebuah institusi pendidikan dan latihan dibawah pengurusan induk Kolej Komuniti Kuala Terengganu. Kolej Komuniti Cawangan Kok Lanas mula beroperasi pada 1 Jun 2005 dengan menumpang  bangunan di Politeknik Kota Bharu. Pada 1 April 2009 Kolej Komuniti Kok Lanas telah berpindah ke premis tetap di Jalan Pangkal Kalong,Ketereh,Kelantan dan setahun kemudian Kolej Komuniti Pasir Mas dan Kolej Komuniti Jeli secara rasmi menjadi Kolej Cawangan kepada Kolej Komuniti Kok Lanas.

Kolej Komuniti Kok Lanas mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan secara sambilan/sementara.

1.Jawatan: Pensyarah Sambilan Harian (Terapi Kecantikan dan Spa)

Syarat-syarat:

a) Ijazah Sarjana Muda @ diploma dalam bidang Terapi Kecantikan dan Spa atau

b) Sijil-sijil Kemahiran yang berkaitan dengan Terapi Kecantikan dan Spa.

2.Jawatan: Pensyarah Sambilan Harian (Dandanan Rambut)

Syarat-syarat:

a) Ijazah Sarjana Muda @ diploma dalam bidang Dandanan Rambut atau

b) Sijil-sijil Kemahiran yang berkaitan dengan Dandanan Rambut.

Calon-calon hendaklah mengemukakan resume dan permohonan tersebut hendaklah sampai ke Kolej Komuniti Kok Lanas; di alamat

Kolej Komuniti Kok Lanas
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
16450 Ketereh, Kelantan.
(UP: Puan Shuhaila binti Ibrahim)
Tel:09-7880400 Fax:09-7880401

Hanya calon yang layak akan dipanggil untuk ditemuduga.

Sebarang pertanyaan, sila berhubung Puan Shuhaila Ibrahim di talian 09-7880400.

* Jawatan Kosong 2012 di Kolej Komuniti Kok Lanas *

You can leave a response, or trackback from your own site.

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


Tupperware Online Malaysia: 4 Orang New Director Nov <b>...</b>

Posted: 21 Dec 2012 06:12 PM PST

Salam semua
telah 2 tahun saya berkecimpung dalam dunia Tupperware iaiatu jatuh bulan 12 tahun 2010.. kini saya kagum dengan 2 orang director yang muncul bulan ini dengan jayanya.. dan bulan ini sangat istimewa.. kerana sekaligus 3 orang director muncul dan bulan november seorang muncul.. maka director saya setakat ini sudah berjumlah 19 orang.. alhamdulillah.. dengan usaha gigih.. kita sama - sama akan berjaya.. chaiyokk...

4 orang director ini 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan..

 1. Nama kamarul di Jelawat, Kelantan .. memang tidak asing lagi dengan ramah dan petah bercakapnya. itulah yang membuatkan pelanggan yang ingin memberi 1 unit tupperware berubah membeli 10 unit. dengan bimbingan M'clong sebagai upline. kamarul berjaya mengumpul 23 ribu sales bulan lepas dan seterusnya layak menjadi director bulan Novemver 2012. pada bulan disember 2012- kamarul telah pun mengumpul 10 ribu dan mahu ke Bangkok bersama - sama dengan team power.. dasyat kan..
ayuh kita sama sama ke bangkok..

2. Abdul salam ahmad atau nama pena atau fb nyer iaitu Thabrani - memang seorang yang gigih berusaha.. teknik yang digunakan iaitu mengumpul order dengan rakan niaga dan teman - teman yang dekat.. dan selepas itu, perniagaan dan jualannyer semakin meluas hingga boleh mendapat 18 ribu dalam 2 bulan cabaran DIQ. memang hebatkan.. seorang lelaki yang menguasi bidang wanita.. saya pernah jumpa salam sekali sahaja semasa celebration advance sales di flaminggo hotel. salam sekarang menginap di Terengganu. semoga salam dan aidil (upline) akan terus success..

3. Hainie Zackrie.. yang berasal dari Sarawak.. meskipun hanya berbual beberapa kali sahaja di talifon dan berhubung di fb. hainie ternyata mudah faham dan mempunyai strategi yang tersendiri. dia menggunakan teknik sistem KUTU yang dibuat di kawasan perumahannya. alhamdulillah.. hainie semakin hebat dan mampu menghasilkan 17 ribu dengan teamnya. semoga hainie terus berkembang dengan downline yang hebat - hebat..


4. Kak Lah atau Rosilah Wok - memang seorang yang rajin melayari Facebook. memang sikap ramah di facebook dan sering bertanya tentang cara dan tips meniaga memang sangat gigih.. maka kegigihan kak lah membuah kan hasil bila mana berjaya menjadi director bulan ini dan seterusnya bakal melayakkan kak lah menjadi anatara director yang boleh ke bangkok dengan percuma.. tahniah kak lah dan juga Jun @ M'clong..

Tasya Amir: Last week Kenduri <b>di Jelawat</b>, Esok kat Taman Ria.

Posted: 18 Mar 2011 06:45 PM PDT

Malam ni, kami baru je balik dari majlis Marhaban.
Esok kenduri lah. Majlis ni kat Taman Ria.
Photo pengantin kat bawah ni, selepas majlis
akad nikah last week, yang berlansung di Masjid
Taman Ria. Tiga kali makan kenduri lah. Kenduri
makan masa hari akad nikah, lepas tu makan-makan
di Majlis Doa selamat dan Marhaban, esok pulak
Kenduri Kahwin. Ahad nanti berarak ke Majlis
Kenduri belah Pengantin Lelaki pulak.
 
Lokasi: Taman Ria, Sungai Petani
Rumah: Pak Ndak Shid
Pengantin: Nurul Amira
Kakak Kak Laila dan Kak Nadia

Minggu lepas punya kenduri di Jelawat Kelantan,
tak sempat nak ambik photo banyak-banyak.

Jadual berarak dari Pasir Tumbuh ke Jelawat
sepatutnya pukul 12 tgh hari. Tapi tertangguh tiga
jam pasal hujan lebat. Tiba di Pekan Jelawat pukul
3.30 petang. Rombongan Ayah Nik dari Tanah
Merah tersangkut kat jam dua jam. Banyak
kemalangan di Ketereh katanya.

Kat bawah ni la... photo kami semasa makan
kenduri di Jelawat. Cuaca hujan tak berenti,
jadi photo nye tak berapa elok. Tak sempat
nak ambik banyak-banyak kerana Abang
Amir asyik sakit perut. Cirit dari pagi sampai
malam. Cari tandas merata tempat. Kat Jeli, Tanah
Merah, Kota Bharu dan Jelawat.

Lokasi: Pekan Jelawat, Bachuk
Rumah: Pengantin Lelaki
Besan kepada Ngah Usop, Banggul Besi

Lepas ni pun ada lagi Pesta Kenduri Kahwin.
Meriah sungguh, maklum lah musim cuti. Masing
masing berebut nak buat majlis kenduri.
Tasya tumpang gembira dan seronok. Lagi pun
dapat ramai kawan baru.
See you....

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


Perjalanan Hidup Ulamak Kelantan - Pusat Rawatan Islam Darul Naim

Posted: 05 Jan 2013 12:04 AM PST



               HAJI ABDULLAH TAHIR BUNUT PAYONG (1897-1961)
Salah seorang ulama' besar negeri Kelantan yang masyhur  alim dalam ilmu fiqh. Pendiri Pondok Bunut Payong yang terkenal di seluruh semenanjung itu. Seangkatan dengan Hj. Ali Pulau Pisang, Hj. Yaakub Lorong Gajah Mati, Hj. Saad Kangkong, Hj. Ahmad Batu Tiga Repek,  Hj. Salleh Pedada dll.
Dilahirkan di Kg. Sireh, Kota Bharu pada 20 Muharram 1315 bersamaan 20 Jun 1897. Bapanya, Hj. Ahmad bin Mohd Zain yang berasal dari Kg.Chepa,Kedai Lalat pernah berkhidmat sebagai imam tua di Masjid Langgar, Kota Bharu (berkhidmat sehingga 1920)
Sesudah berguru selama 15 tahun dengan Tok Kenali, beliau belayar ke tanah suci Makkah untuk mendalami pengajiannya. Antara lain mengikuti kuliah Tuan Mokhtar Bogor, Sheikh Said al-Yamani, Sheikh Mohd Ali al-Maliki dan beberapa tokoh yang lain lagi.
Sekembali ke Kelantan, beliau diminta menyertai kumpulan tenaga pengajar Halaqat Kitab di Masjid  Muhammadi, Kota Bharu. Bagaimanapun, khidmatnya tidak lama kerana pada 1931, beliau memulakan kegiatan keguruannya sendiri di Bunut Payong yang di beri nama Madrasah Ahmadiah. Madrasah ini kemudian terkenal ke seluruh pelosok semenanjung Melayu sebagai  pusat pengajian pondok yang berprestasi tinggi di Kelantan.
Di pondok Bunut Payong inilah Tuan Guru Hj. Abdul Tahir mengajar kitab hingga ke akhir hayatnya. Beliau terkenal sebagai seorang tok guru yang tekun mengajar serta mengamalkan disiplin diri yang tegas.
Kerana  kegigihannya yang sedemikian, maka tidak  peliklah jika Pondok Bunut Payong berjaya melahirkan ramai murid  berilmu tinggi seperti Hj. Hussain Rahimi, Hj. Nik Man Sg. Budor, Hj. Abdul Aziz Pasir Tumbuh, hj. ISMAIL Padang Lepai,  Hj. Abdullah Kok  Lanas,  Hj. Omar Kubang Bemban, Hj. Abdul Rahman  Slow Machang, Hj. Wook Lubok Chekok, Hj. Noor  Teliar, Hj. Sulaiman Siram, Hj. Daud Bukit Bunga, Hj. Yaakub Kelong, Hj. Ghazali Pulau Chondong,Hj.  Zakaria Selising, Hj. Osman Perlis, Hj. Ahmad Kodiang,  Hj. Yahya joned Gurun,  Hj. Ibrahim Bongek, Hj. Abdul Wahid Sungai Udang, Hj. Hussain Umbai, Hj.  Ahmad Relai, Hj. Hasanuddin Berhala Gantang, Hj.  Ismail Phuket, Hj. Ghazali Mundok.
Kerana ketokohannya juga beliau dilantik menganggotai Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam Kelantan beberapa penggal (seawal 1932).Kematian fuqaha' ini pada pukul 7.20 pagi Selasa 4 Rabiulawal 1381 bersamaan  15 Ogos 1961 menyebabkan negeri Kelantan kehilangan seorang  tokoh ilmuan yang menerangi budaya ilmu dan dakwah Islamiahnya.
                Kawasan Tanah Perkuburan Bunut Payong, Sebelah Belakang Masjid Mukim Bunut Payong                                          Kubur Allahyarham Tuan Guru Hj Abdullah Tahir Bunut Payong Barisan Ahli Jemaah Ulama' Majlis pada tahun 1964 (Juga antara anak murid Tuan Guru Hj Abdullah Tahir    Bunut Payong seperti Tuan Guru Hj Husein Rahimi, Tuan Guru Hj Abdul Aziz, Pondok Pasir Tumboh,
                                           Tuan Guru Hj Ghazali Pulau Chondong dll)
          Kubur Tuan Guru Hj Husein Rahimi, Anak Menantu  & Anak Murid
                           Tuan Guru Hj Abdullah Tahir Bunut Payong
   Kubur Hjh Che Som, iaitu Anak Perempuan Tuan Guru Hj Abdullah Tahir     Bunut Payong & juga Isteri Kepada Tuan Guru Hj Husein Rahimi

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


HERO KECIK: Jambatan Baru <b>Manek Urai</b>... Kalah pun Janji tetap <b>...</b>

Posted: 15 Jan 2013 10:47 PM PST

Pembinaan jambatan bagi menghubungkan Kampung Manek Urai Lama dan Baru di sini akan siap sepenuhnya pada April ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, perkembangan itu sekali gus membuktikan kesungguhan Barisan Nasional (BN) dalam melaksanakan janji yang dibuat.
Beliau berkata, kerja-kerja pembinaan jambatan yang melibatkan kos RM15 juta itu berjalan dengan lancar walaupun mengalami beberapa masalah teknikal yang perlu diselesaikan.
"Tiga bulan lagi penduduk di kawasan ini akan dapat mengunakan jabatan itu sekali gus menyangkal tuduhan pemimpin Pas sebelum ini yang mendakwa projek itu hanya janji palsu BN ketika kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.
"BN tetap melaksanakan janji biarpun kita tewas pada pilihan raya kecil itu. BN terus komited membantu rakyat di kawasan itu setelah sekian lama diabaikan oleh Pas," katanya selepas Majlis Jamuan Rakyat di Kampung Manek Urai Lama, di sini semalam.
Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Abdul Rahman dan Ketua Pemuda Bahagian, Tuan Aziz Tuan Mat.Dalam majlis itu, Mustapa turut meluangkan masa beramah mesra dengan kira-kira 2,000 penduduk setempat yang hadir.
Ketika kempen Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai pada 2009, BN menjanjikan pembinaan jambatan baru bagi menghubungkan Kampung Manek Urai Baru dan Lama, pengubahsuaian Masjid Temalir dengan kos RM600,000 dan pembinaan pusat sukan dan rekreasi di Manjor sebanyak RM300,000.
Kesemua janji itu dilaksanakan walaupun calon BN, Tuan Aziz tewas dalam pilihan raya kecil itu dengan majoriti 65 undi, biarpun sebelum ini kawasan DUN itu merupakan kubu kuat Pas.
Sementara itu, Ramzi berkata, segala janji yang dibuat BN di kawasan itu dilaksanakan, sekali gus menutup mulut mereka yang sering menabur fitnah mengatakan BN membuat janji palsu.
Katanya, Pas sepatutnya berasa malu kerana tidak dapat membantu penduduk di kawasan itu biarpun diberi mandat untuk memerintah selama 22 tahun.
"Semua janji yang dibuat ditunaikan, ini membuktikan kita tidak bercakap kosong untuk membantu rakyat di sini," katanya. Utusan

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Perhitungan <b>Di Kota Bharu</b> Medan Terbaik Bangkit Dari Permulaan <b>...</b>

Posted: 14 Jan 2013 04:46 PM PST

Kota Bharu bakal menjadi tumpuan peminat bolasepak tempatan malam ini dengan berlangsungnya pertembungan juara trebel musim lalu, Kelantan menentang barisan bintang dari selatan iaitu Johor Darul Takzim FC.

Permulaan kedua-dua pasukan di awal musim setakat ini tidaklah begitu meyakinkan. Tuan rumah Kelantan sekadar mencatatkan satu kemenangan tipis dan satu kekalahan. Begitu juga dengan DTFC, selepas tewas kepada Pahang di perlawanan pembukaan, pasukan kendalian Fandi Ahmad ini hanya mampu menang 1-0 keatas Perak walaupun berkelebihan 2 pemain diatas padang.

Barisan bintang Darul Takzim masih belum dilihat 'bersinar' sepenuhnya

Barisan bintang Darul Takzim masih belum dilihat 'bersinar' sepenuhnya

Situasi ini pastinya meresahkan peminat kedua-dua pasukan. Justeru, perlawanan malam ini menjadi medan terbaik untuk Bojan Hodak dan Fandi untuk membawa semula pasukan ke landasan yang tepat dalam misi mengukuhkan lagi kedudukan dalam liga.

Tambah menjadikan perlawanan malam ini lebih 'panas' semestinya kehadiran semula Nurshahrul Idlan Talaha ke Kota Bharu. Penyerang kebangsaan yang juga Pemain paling Bernilai 2012 ini diangkat sebagai hero bagi peminat The Red Warriors selepas membantu Kelantan menjulang 3 piala.

Namun, penghijrahannya ke Darul Takzim sehingga menimbulkan isu tebus kontrak Matyo dengan KAFA membuatkan peminat Kelantan sedikit kecewa dengan pemain kelahiran Besut ini.

Selain Matyo, turut kembali pulang ke Kota Bharu malam ini ialah Nurul Azwan Roya. Kelibat Matyo, Nurul Azwan serta gandingan bintang seperti Muslim Ahmad, Safiq Rahim, Dani Guiza, Aidil Zaquan dan Simone Del Nero menjadikan pasukan bergelar Harimau Selatan ini sebagai pilihan untuk memungut 3 mata malam ini.

Namun begitu, harus diingat Kelantan mempunyai kelebihan beraksi dihadapan ribuan penyokong setia mereka ditambah pula pemain-pemain mereka pasti mahu menebus kembali kekalahan kepada T-Team sebelum ini menerusi kemenangan keatas Dari Takzim FC. Rekod cemerlang mereka di kubu sendiri juga pastinya memberi petanda buat Fandi Ahmad bahawa anak buahnya akan menghadapi kesukaran sepanjang 90 minit beraksi nanti.

Sandaran Kelantan dijangka terletak pada bahagian tengah mereka dengan kapten pasukan Badri Radzi, Indra Putra dan Shakir Shaari akan menggalas tanggungjawab ini. Selain itu, peminat tempatan turut akan menumpukan perhatian kepada Keita Mandjou, penyerang import Kelantan yang dikecam hebat akibat prestasi hambarnya yang setakat ini masih belum mampu meledak sebarang jaringan.

Dalam pada itu, 5 lagi perlawanan Liga Super turut berlangsung antaranya Pahang menentang Negeri Sembilan di Kuantan, PKNS FC menerima kunjungan LionsXII di Shah Alam, Terengganu menentang Selangor, ATM bertemu T-Team dan juga Perak menentang Felda United di Lumut.

Related posts:

  1. Asia Dream Cup Medan Terbaik Pelumba Muda Asia Pamer Kehebatan Asia Dream Cup ibarat mimpi menjadi kenyataan buat para pelumba...
  2. "Kami akan bangkit" – Azraai Khor Tewas tipis 1-0 dalam aksi pertama suku akhir Piala Malaysia...
  3. PKNS FC Sasar Kelompok Enam Terbaik "Pihak pengurusan telah meletakkan sasaran untuk berada di dalam enam...
  4. Syafiq 'Bolter' Terbaik Syafiq Syazwan telah diumumkan sebagai pemenang pertandingan Puma evoSpeed Best...
  5. PKNS FC Sasar 5 Tempat Terbaik Liga Musim 2013     Tanggungjawab besar bakal digalas barisan pemain dan pegawai...

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


Rumah Banglo 2.5 Tingkat <b>Di</b> Kampung <b>Gaal</b>, Pasir Puteh <b>Kelantan</b> <b>...</b>

Posted: 13 Jan 2013 04:51 PM PST

Home Information

Price: RM350,000 Address: Kg Gaal
Type: Sale City: Pasir Putih
Bedrooms: 7 State: Kelantan
Bathrooms: 4 County: Malaysia
Area: 10980 Sq. Ft. Zip Code: 16150

Property Description

Details rumah:

Rumah banglo 2.5 tingkat di Kampung Gaal, Pasir Puteh Kelantan untuk dijual.

7 Bilik. 1 Loteng. 4 bilik air. 2 Ruang tamu.

Lantai ruang tamu marble. Bilik semua besar.

Rumah dan halaman rumah yang sangat luas. Sesuai utk dijadikan homestay atau duduk sendiri utk keluarga besar.

Gambar luar rmh. Boleh hubungi saya utk tengok rmh.

Harga yang sangat murah berbanding harga pasaran. Standard harga Pasir puteh RM 330,000 utk rmh banlo bersaiz 1300 sq ft Cuma 3 bilik + 2 bilik air.

Rumah dijual dgn hati yg sangat berat kerana:

1. Menyelesaikan hutang ayah – Overdraft bercagar dgn bank

2. Komitmen anak2 yg bekerja diluar Kelantan. Anak yg masih ada di kg, akan berhijrah ke luar

3. Ayah jatuh sakit dan tinggal di rmh lain , manakala ibu sudah meninggal dunia.

Masalah yang mungkin timbul:

1. Pembeli perlu menyelesaikan OD dgn bank.

2. Nama tanah ada 4 (adik beradik ayah). Slps urusan pecah tanah selesai, barulah boleh buat urusan tukar nama.

Harga Jual : RM 350,000

Saiz tanah : 1 ekar bagi 4. (perlu diukur semula utk details)

Saya mencari pembeli yg betul2 berminat untuk membeli.

Sila hubungi saya untuk urusan tgk rumah, saya ada di KL .

Mariati Sulaiman

016-3132748

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Jln-Jln Masuk Kg <b>di Negeri Kelantan</b> - Monier Mat Din

Posted: 15 Nov 2012 09:20 PM PST


Alhamdulillah, 11 hb Nov baru-baru ini, mengambil sempena cuti Hari Keputeraan Sultan Kelantan, NGO Wargakilang telah diberi masa dan kelapangan untuk mengadakan projek amal masuk kampung bagi membantu keluarga miskin dan susah di Negeri Kelantan.

Sebut nama negeri Kelantan, sebenarnya saya sendiri rasa phobia nak pi join kawan-kawan buat kerja amal bantu org2 miskin di sana. Bukannya apa, dua tiga minggu lepas bila kami war-warkan aktiviti kami itu di beberapa buah website, blog dan mailing list, kami ada menerima email-email sinis yang mengambil kesempatan untuk mempolitikkan niat murni kami itu; dikatakan bahawa itu semua adalah salah rakyat Kelantan sendiri yang silap memilih pemimpin mereka.

Saya pun tak tau nak kata apa sebab kalau sungguh nak sembang bab politik, dua minggu lepas saya dan kwn-kwn ada masuk ke beberapa buah kg pedalaman di negeri Perak yang diperintah oleh parti politik yang berlawanan dgn parti yang memerintah Kelantan, saya tengok miskin di situ lebih kurang sama teruknya dgn kemiskinan di tempat lain di seluruh negara.Ini antara gambar yg sempat saya rakamkan waktu masuk kg di negeri Perak ini.


Bukan tujuan nak memburukkan sesiapa tetapi untuk menyatakan bahawa dlm isu kemiskinan ini kita semua seharusnya lebih terbuka, PAS ka dia UMNO ka dia, mereka semua adalah sanak saudara kita – yang WAJIB kita bantu tak kira siapa. Ok, stop kat sini bab politik.

Ini saya nak kongsi pengalaman kami Jln-Jln Masuk Kg bagi bantuan di negeri Kelantan baru-baru ini. Sekali lagi, bukan niat nak memburukkan sesiapa tapi sebab nak kongsi cerita agar boleh dijadikan iktibar bersama.

Sempena Maal Hijrah hari ini (1 Muharam 1434) saya nak petik kata-kata orang alim yg memetik hadith Nabi SAW yg antara lain menyatakan bahawa Tiada Lagi Hijrah selepas pembukaan kota Mekah, yang ada ialah Jihad dan Niat. Kami menyimpan harap mudah-mudahan usaha rakan-rakan kami di NGO Wargakilang membantu org2 miskin setakat kemampuan yg kami ada ini akan dpt dikategorikan sebagai Jihad untuk membantu mereka yang punya satu shahadah seperti kita (tak kira apa parti), dan mudah-mudahan NIAT ikhlas kami ini tidak disalah-erti dan dipolitikkan oleh mana-mana pihak selepas ini.

Saya yang pertama kali berpeluang masuk ke kg-kg di pedalaman Kelantan ini rasa amat teruja kerana kg-kg di sana agak jauh berbeza berbanding dgn kebanyakan kg di negeri Kedah, negeri kelahiran saya ini.

(Deretan hampir 20 buah kereta membelah keheningan kg di pedalaman Kelantan) (Antara rumah terpencil di pinggir desa) (Melawat 2 buah rumah keluarga miskin di sebuah kg pedalaman yang dikaitkan dengan Lagenda Putri Saadong) (Bagi menjimatkan masa, barang-barang dipunggah keluar dan diagih-agihkan kepada beberapa keluarga secara serentak di pusat agihan yang telah ditetapkan) (Kanak-kanak antara yang paling gembira dgn sumbangan ini, dapat biskut/goodies berbagai rasa)
(Antara penerima sumbangan ialah seorang insan OKU yang tidak mampu bekerja menyara keluarga, terpaksa bertongkat ke sana sini) (Dua orang adik beradik, Che Nab dan Che Jah, dua org insan OKU yang cacat penglihatan turut menerima sumbangan) (3 keluarga penerima sumbangan sedang bergambar dengan Activist Wargakilang berbaju oren.)

Di tengah berbaju hijau ialah En Ismail OKU Bisu dan ibunya Tok Esah yang tinggal berdua bersama Ismail dan seorang lagi anak beliau, Zakaria 28 tahun yang bekerja mengambil upah memanjat pokok kelapa – suatu profesyen pekerjaan yang hanya terdapat nun jauh di kg-kg pedalaman.

Antara insan istimewa yang saya temui dalam perjalanan kami masuk kg di negeri Kelantan ini ialah Tok Nab, seorang wargamas sebatang kara yang tinggal sendirian di sebuah bangsal kayu usang di belakang kilang serunding.

Saya katakan istimewa, kerana betul-betul sebelum kami singgah di rumah beliau, saya menerima SMS secara tiba-tiba dari adik bongsu saya dari Kedah. Beliau menulis:

" Slm, klau jumpa org tua2 yg miskin mintk sat tolong doakan adik dpt istri yg solehah dan cpt dpt jodoh"

Ha ha ha, ini dah personal dah ini. Bukannya apa, adik saya yg berusia 27 tahun kerja Technician kilang ni selalu bersama kami di WK cuma kali ini tidak dpt turut serta. Sudah jadi benda biasa bagi kami mendengar cerita-cerita mistik daripada rkn2 yg selalu ikut kami masuk kg ini, antaranya ialah kisah benar dua pasangan suami isteri yang dikurniakan cahaya mata setelah sekian lama berkahwin, melalui doa org-org miskin yg mereka temui dlm perjalanan mereka bersama WK ini.

(Tok Nab ghoyat dia nak solat dulu. Kami masuk jumpa beliau ini selepas Tok Nab dah habis solat)

Hebat org tua ini, walaupun hidup miskin sebatang kara dan dirinya sendiri uzur dimamah usia, namun dalam apa-apa hal Tuhan didahului dan Solat diutamakan. Moga doa Tok Nab utk adik saya itu akan menjadi.

Turut menerima sumbangan ialah seorang insan Fakir Miskin Kedana yg dipanggil orang sebagai Mat Jali.

(Mat Jali dan Ibunya sewaktu team Wargakilang membuat riki sebelum ini) (Mat Jali sedang menikmati jamuan di tempat agihan sumbangan – t.kasih semua)

Kami juga turut menyampaikan sumbangan Kerusi Roda kepada seorang OKU lumpuh di sana.

(Adik Nurul bersama kerusi Roda sumbangan rakan kami di Wargakilang)

Semua sekali ada 35 keluarga yang menerima sumbanga kami itu. Dalam ramai-ramai penerima tersebut, hati saya paling tersentuh dengan keluarga Pn Rahana dalam gambar di bawah ini.

(Pn Rahana bersama 6 daripada 7 orang anak-anaknya dan ayah mereka, bekas pak guard yg jatuh nyanyuk dan tak mampu bekerja mencari nafkah untuk mereka sekeluarga)

Anaknya yang sulung (tiada dlm foto) adalah seorang pelajar pintar; dapat 9A dlm PMR yang lalu, namun dek kerana kemiskinan keluarga memilih untuk bersekolah di sekolah biasa. Tiap-tiap hari kayuh basikal sejauh 6 km ikut jln short cut ke sekolah.

Di kampung ini, saya ditakdirkan berpeluang bersembang panjang dengan Poksu Aziz, salah seorang jiran mereka yang agak prihatin. Menurut Poksu Aziz, sudah 2 kali beliau melihat dan mendengar sendiri Pn Rahana minta nak beli beras 2 kilogram (lebih kurang RM5) di kedai runcit berdekatan. Berapa banyaklah sangat beras 2kg untuk 7 orang anak. Poksu Aziz tak sampai hati, terus minta tauke kedai itu bagi beras hat satu kampit 10kg kpd Pn Rahana, dan beliau sendiri yang membayarnya.

Bagi meringankan perbelanjaan rumah agaknya, maka kami lihat di rumah beliau ada timbunan kayu api dan juga dapur kayu yang diguna untuk masak berselang-seli dengan dapur gas.


Menurut Poksu Aziz, anak-anak Pn Rahana semuanya ini hari-hari pergi sekolah tak bawa duit. Ada sekali itu Pn Rahana ada duit lebih sikit, dihulurkannya RM1 kpd si kakak sulung yg dpt PMR 9A itu. Kakak ini cakap:

"Mak, simpanlah duit ini, bagi kat adik-adik. Saya tak apa, jgn risau pasal saya, mak bagilah kat adik-adik buat belanja sekolah mereka!!"

Sedih, tak tau nak kata apa bila saya dengar Poksu Aziz cerita macam tu.

Bila saya renung semula gambar beras 4 lima kampit dalam gambar Pn Rahana dan keluarganya ini, saya dapat rasakan betapa LEGA nya hati beliau sebab selepas ini, sekurang-kurangnya untuk 2 tiga bulan mendatang, insyaallah beliau tak perlu lagi menebal muka nak gi beli beras timbang kilo. Terima kasih banyak-banyak di atas sumbangan kalian semua. Walaupun nampak sikit, tapi banyak sebenarnya buat Pn Rahana dan anak-anaknya ini.

Kepada anda yang membaca, khususnya anak-anak Kelantan, jika ada kelapangan bantulah keluarga yg ada potensi ini. Anak sulungnya pintar dan insyaallah adik-adiknya yang lain pun pintar juga. Sayang benar sekiranya BENIH yang baik yang sedang tenggelam timbul di pinggir sungai ini, yang masih mampu kita gapai dengan tangan, dibiarkan hanyut begitu saja dibawa deras arus kemiskinan. Bantulah mereka.

Moga Allah SWT akan permudahkan urusan tuan/puan yang tak putus-putus memberi sokongan dan kerjasama dalam agenda kita semua membantu anak-anak bangsa, setakat yang kita sama-sama terdaya ini.

(Group foto sebahagian drpd peserta expedisi JJMK Wargakilang Kelantan 2012)

Terima kasih semua.
moniermatdin@yahoo.com
16.11.12
http://www.moniermatdin.blogspot.com
http://www.facebook.com/wargakilang

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search


SELAMAT MEMULAKAN TUGAS <b>DI</b> TAHUN 2013 ~ Ucapan Dato <b>...</b>

Posted: 01 Jan 2013 09:00 PM PST

Assalamualaikum,  Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Saya ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Tahun Baru 2013" kepada semua warga KPT.

Saya berdoa agar kehadiran tahun baru ini akan membawa kesejahteraan, kesihatan tubuh badan, kemurahan rezeki dan kegembiraan kepada kita semua. Pada masa yang sama saya ingin menyeru kepada semua warga KPT untuk kita bersama-sama membulatkan tekad serta iltizam bagi menambah nilai dan prestasi diri,  Bahagian, Jabatan serta KPT selaras dengan aspirasi dan visi bersama  iaitu menuju ke arah  GREAT MOHE, yang mana akhirnya akan menyumbang ke arah mencapai GREAT NATION.

2.  Bagi merealisasikan hasrat tersebut, saya amat berharap kita dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan lebih gigih, passionate, penuh integriti, mempunyai nilai bersama untuk bermuafakat, saling menghormati serta bersedia untuk bekerja sebagai satu pasukan yang kental. Dalam konteks ini, kita perlu sama-sama merancang dan melaksana strategi dan program yang lebih berimpak tinggi. Pada masa yang sama kita juga perlu meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian dan menghasil "outcome" yang dihasratkan.

3.  Semoga dengan usaha ini kita akan dapat menjenamakan KPT sebagai agensi yang memacu kegemilangan ilmu, pembangunan modal insan yang boleh memartabadkan negara bangsa serta menyumbang ke arah kemakmuran dan kesejahteraan Negara, sejajar dengan amanat YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Pengajian Tinggi yang telah disampaikan sebelum ini dan amanat tahun 2013 yang bakal disampaikan pada awal tahun ini.

Sama-sama kita gemilangkan KPT dan semua agensi-agensi di bawahnya.

Terima kasih.

Ikhlas dari saya,

DATUK AB RAHIM MD NOOR

Ketua Setiausaha

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


DATUK TAMRIN GHAFAR <b>DI TANAH MERAH</b>....PANASSS <b>...</b>

Posted: 07 Jan 2013 12:01 AM PST


EEEEIIII TAK MALUUUU....BIASALAH ORANG UMNO...MUKA TEBAL....

PAKDOE ALLAN

ads