Rabu, 30 Oktober 2013

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


Peruntukan RM 1.6j Bagi Pembangunan Infrastruktur <b>Di Kok Lanas</b> <b>...</b>

Posted: 11 Aug 2013 08:30 PM PDT

KOTA BHARU - Kerajaan Pusat menyalurkan peruntukan hampir RM1.6 juta bagi melaksanakan projek pembangunan infrastruktur di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kok Lanas.

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kok Lanas, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, peruntukan tersebut membabitkan pembangunan infrastruktur serta pembinaan rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Menurut beliau, setakat ini beberapa perkara telah dilaksanakan di kawasan terbabit sebagai tanda terima kasih di atas kepercayaan dan sokongan padu rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Untuk Majlis Daerah Ketereh (MDK), sebanyak 11 projek telah dilaksanakan yang membabitkan peruntukan sebanyak RM1.5 juta daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

"Peruntukan berkenaan digunakan untuk membangunkan kawasan tersebut seperti menaik taraf lampu stadium, lampu jalan serta longkang," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Program Ihsan Ramadan dan Aidilfitri di sini baru-baru ini.

Md. Alwi berkata, DUN Kok Lanas juga telah menerima peruntukan sebanyak RM200,000 daripada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri Kelantan.

"JPP menyalurkan peruntukan tersebut di bawah program baik pulih infrastruktur bagi membaiki jalan-jalan kecil dan ia sedang dilaksanakan membabitkan 10 batang jalan di kawasan DUN Kok Lanas," katanya.

Kata Md. Alwi, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga kebajikan rakyat di kawasannya dan pelbagai usaha telah dilakukan bagi menyediakan kemudahan untuk keselesaan bersama.

"Selain pembangunan infrastruktur, saya juga telah menerima peruntukan untuk membina tujuh buah rumah di bawah projek PPRT berharga RM45,000 sebuah.

"Peruntukan itu sudah diagihkan dan saya akan berusaha menyediakan lebih banyak lagi rumah PPRT bagi membantu golongan yang memerlukan," katanya

Tambah beliau, keperluan terhadap rumah mampu milik kini semakin mendesak memandangkan harga rumah yang cukup tinggi dan tidak mampu dimiliki oleh pasangan muda yang baru berkahwin.

"Mereka tidak mampu membeli rumah yang kini rata-ratanya berharga RM100,000 ke atas menyebabkan masalah ini masih tidak dapat diselesaikan. Saya jangka di kawasan DUN Kok Lanas sahaja kita memerlukan hampir 4,000 buah rumah kos rendah dan ini adalah perkara yang telah lama saya perjuangkan," katanya.

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


Program DSAI <b>Di Manek Urai</b> « Demi Rakyat - Anwar Ibrahim

Posted: 05 Jul 2009 10:08 PM PDT

PROGRAM DSAI DI MANEK URAI

SELASA 7 JULAI 2009

CERAMAH PERDANA :

TEMPAT : KAMPONG CHUCHUH PUTERI

MASA : 9.00 â€" 12.00 MALAM

PENCERAMAH : 1. YAB TUAN GURU NIK AZIZ NIK MAT

2. YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

3. YB DATO’ HUSAM MUSA

4. YB DATO’ SERI NIZAR JAMALUDDIN

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


Sekolah Kebangsaan <b>Bunut Payong</b>, Kota Bharu,Kelantan <b>...</b>

Posted: 10 Oct 2013 05:31 AM PDT

Perkhemahan Perdana pertama yang melibatkan hampir 200 orang murid dari tahun 4, 5 dan 6 ( semua murid tahap 2 ) telah diadakan dikawasan sekolah. 
Pelajar mendengar ceramah dari penceramah jemputan. sama-sama menyanyikan lagu-lagu nasyid bersama penceramah .


Antara aktiviti yang dijalankan adalah ikatan dan simpulan yang mengikut stesyen.
                                          Kedudukan khemah-khemah yang teratur.
Selain ikatan dan simpulan, pelajar juga menyertai 'dinamika games'
Aktiviti penyelesaian masalah.
Pertolongan cemas yang ditunjuk cara oleh guru-guru yang terlibat.

Ucapan penutup oleh guru besar.
Penyampaian cenderahati untuk peserta perkhemahan.





              Hidangan nasi lemak untuk murid,sebelum pulang ke rumah masing-masing.

Guru-guru sentiasa berada di sekolah disepanjang perkhemahan, bagi memastikan kelicinan perjalanan perkhemahan.






Guru-guru bersama-sama menyediakan masakan mengikut menu yang telah ditetapkan.

Gotong-royong membersihkan kawasan memasak.



Kami warga Sk Bunut Payong amat berbangga dengan kejayaan program ini.Program ini secara tak langsung, dapat merapatkan hubungan kami warga SKBP, baik dikalangan guru mahupun murid-murid.

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


<b>Rantau Panjang</b>: Abdullah Pertahan Jawatan Ketua | AZMY <b>...</b>

Posted: 19 Oct 2013 03:48 AM PDT

Penyandang Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim mempertahankan jawatannya dalam keputusan tidak rasmi yang diperoleh kira-kira pukul 5.45 petang ini.

Abdullah memperoleh 309 undi, diikuti bekas timbalannya, Datuk Shaari Mat Hussain 255 undi dan bekas Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Mohd Zain Ismail, 205 undi.

Dua lagi pencabar yang kurang dikenali, Mohamad Che'l hanya menerima 11 undi dan Din Mamat, 12 undi.

Sebanyak 12 undi rosak daripada 825 perwakilan yang mendaftar pada Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Rantau Panjang yang diadakan di Kolej Kemahiran Tinggi Mara di sini. - UTUSAN

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


Murtabak Daging <b>di Wakaf Bharu</b> | JAAKECHIK.COM

Posted: 19 Jul 2013 05:00 AM PDT


Murtabak Daging Wakaf Bharu
Murtabak Daging Wakaf Bharu... sedappp weiii... rege? rege pada hari biasa murah jer RM2.00. tapi bila dah dah masuk bulan puasa nih.. rege murtabak dah naik ke RM2.50-RM3.00. hihihi.. tapi suka punya pasal tetap beli jugak kan.. nak buat sendiri memang konfem tak gheti. kang kalo dipaksa buat kang, bukan jadik murtabak, jadi kebab pulak... kekeke... tapi kalo jadi kebab okey lagi lah kan? kalo jadi cekadak?? uuuuu... nanges sebulan!!

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Gaji Rakyat <b>Kelantan</b> Terendah ? Sabah <b>Negeri</b> Termiskin Malaysia?

Posted: 08 Sep 2013 06:20 PM PDT

Sabah-VS-Kelantan

Jikalau anda masih ingat lagi Datuk Seri Najib pernah menegaskan (SEPERTI DI SINI) tahun lepas (tahun 2012) yang mana negeri Sabah bukan lagi negeri termiskin tetapi negeri Kelantan adalah negeri termsikin di Malaysia. Hari ini…..

Secara rasminya negeri Sabah yang terkenal dengan sumber alam semula jadinya seperti balak yang bermutu tinggi dan minyak serta gas diumumkan sebagai negeri termiskin di Malaysia.

Sabah Termiskin MalaysiaKOTA BHARU 8 Sept. – Purata pendapatan bulanan isi rumah rakyat Kelantan adalah yang terendah jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain pada tahun lalu.

Berdasarkan hasil kajian Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan, purata pendapatan bulanan isi rumah rakyat negeri ini ialah RM3,168, diikuti Kedah RM3,425 serta Perlis (RM3,538).

Jumlah tersebut amat rendah berbanding purata bulanan pendapatan isi rumah bagi Malaysia iaitu sebanyak RM5,000.

Pada masa yang sama, Kelantan merupakan negeri kedua termiskin dengan jumlah kemiskinan sebanyak 2.7 peratus manakala Sabah di tangga terbawah dengan 8.1 peratus pada 2012.

Bagaimanapun Kelantan mencatatkan penurunan yang drastik sejak 1990 yang ketika itu mencatatkan kadar kemiskinan sebanyak 29.6 peratus.

Sumber : Utusan Malaysia

Apa yang Berita Semasa perhatikan adalah, GLC dilihat kurang berminat untuk melabur di Kelantan. Berita Semasa tidak pasti apa sebabnya. Contohnya perledangan kepala sawit. Tanah terbentang luas di Kelantan tetapi GLC sanggup melabur di negara lain yang banyak risikonya contohnya di Indonesia dan Afrika. Akhirnya, apa yang jadi sekarang? Banyak tanah-tanah persendirian terpaksa pajak kepada syarikat persendirian termausklah syarikat non bumiputra.

Sebelum ini, pernah tercetusnya kontroversi apabila rakyat negeri Johor dicop sebagai rakyat termiskin di Malaysia dek kerana kos sara hidup di sana yang terus melambung tinggi akibat kemasukan & pembangunan bertali arus yang banyak dikhususkan untuk rakyat Singapura berbelanja berbanding rakyat Kelantan seperti laporan Berita Semasa (DI SINI)

Apa kata anda terutamanya rakyat Kelantan dan Sabah apabila negeri anda menjadi negeri termiskin di Malaysia dan juga merupakan rakyat yang menerima gaji terendah di Malaysia?


ads