Ahad, 8 Julai 2012

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


[free_4_your_ads] Rumah banglo <b>di kelantan</b>-<b>jelawat</b>

Posted: 08 Jul 2012 09:42 AM PDT

 

"Hey Guys, use this link http://www.lifebytheinch.com it is the
same as going to Amazon.com nothing changes. Same products and services
delivered from Amazon @ 10-50% off. Give it a shot and FORWARD it to all your
friends as well as theirs. You will love it and while doing so contributing to
a great charity without spending a Pennie more!!!

http://michaelfkatz.com/
"It is not your Aptitude but your
Attitude that determines your Altitude"
Michael Katz
Email Mkatz289@att.net
Cell 718 930 8817

--- On Sun, 7/8/12, Money Received <billionspeoples@yahoo.com> wrote:

From: Money Received <billionspeoples@yahoo.com>
Subject: [free_4_your_ads] Rumah banglo di kelantan-jelawat
To: free_4_your_ads@yahoogroups.com
Date: Sunday, July 8, 2012, 1:35 AM

Rumah banglo di jelawat kelantan ingin dijual

keluasan tanah 0.3428 hektar- RM350,000

harga boleh runding....

alasan untuk jual kerana ingin membuat rumah berdekatan dengan keluarga

berminat sila sms 0192376913 -[sms dahulu]

[Non-text portions of this message have been removed]


Wang Ihsan RM9 Juta Untuk Baik Pulih Rumah <b>Di Kelantan</b>

Posted: 30 Jun 2012 10:35 AM PDT

Kategori Pembela Rakyat, Kata Di Kota

Wang Ihsan RM9 Juta Untuk Baik Pulih Rumah Di Kelantan

BACHOK, 30 Jun – Kerajaan pusat menerusi pemberian Wang Ihsan memperuntukkan RM9 juta untuk membaik pulih 4,500 buah rumah rakyat miskin di Kelantan dalam tempoh terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, pengagihan itu akan disalurkan menerusi 45 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Setiap DUN akan memperolehi RM200,000 untuk diagih-agih kepada penduduk miskin yang layak," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan berjumlah RM337,000 kepada 448 mangsa ribut di kawasan DUN Jelawat di sini, hari ini.

Bencana yang melanda di beberapa kampung sejak sebulan lalu itu memusnahkan kebanyakan rumah penduduk terutama bahagian bumbung yang diterbangkan angin kencang yang berlaku dalam beberapa minit.

Turut hadir pada majlis yang dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Negara Cawangan Kelantan itu ialah Timbalan Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Bachok, Datuk Dr Ilias Hussin.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, mereka yang layak akan ditentukan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di kawasan masing-masing.

Beliau berkata, setiap mereka yang layak akan mendapat peruntukkan yang dianggarkan RM2,000 setiap rumah untuk membaik pulih seperti atap, dinding dan papan lantai.

Awang Adek berkata, pemilihan itu tidak berdasarkan kepada pegangan politik seseorang sebaliknya ia ditentukan oleh kelayakkan sebenar bagi meringankan beban mereka.

Berita Bertarikh 1 July 2012 (2 Minggu Lalu) Pada 1:35 AM

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


Mat Sabu pulih semangat penduduk <b>Manek Urai</b>

Posted: 21 Feb 2012 02:56 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA KRAI, 21 Feb: Peristiwa cemas penduduk di Dun Manek Urai pada Julai 2009, diserang umpan kebendaan kini semakin dilupakan. Sebaliknya hari ini mereka bangkit mengumpulkan semula kekuatan lama, ketika ...

03 di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search


aku.scandal: gunung stong/<b>dabong</b>

Posted: 04 Jul 2012 01:49 AM PDT

                                                               
Mendaki ke gunung stong yang sangat meriah skali .kami bertolak pukul 4.00 sampai pukul 7.00. kami sembahyang di dabong . selepas sembahyang kami makan di kedai berikut.Dan bertolak  ke gunung stong pukul 12.00 hingga 3.00. kami amat sronok prgi ke gunung stong. Dan apabila sampai ke tiga tempat iaitu kem baha,gunung stong dan gunung ayam .. Selepas itu kami ke kem baha untuk berehat dan berkemah di situ.. selepas sampai ke kem baha kami berehat,mandi dan sembayang. Dan hari ke dua kami mendaki ke gunung ayam iaitu tempat main air.Satu kumpulan bawa mestin dan makanan untuk berkelah ke gunung ayam. apabila sampai ke gunung ayam kami mandi di tempat yang selamat. selepas mandi kami makan dan berehat . Duduk di gunung ayam pukul 12.00 sampai pukul 2.00 sebab hari dah nak hujan . Sampai pukul 2.00 kami bertolak semula ke kem baha . malan tersebut . malan itu malan kita . malan kita ada buat satu sorang kena cerita tentang mari ke gunung stong dan apa kaedah ke gunung stong,buat pelakon dan menyanyi .. dan sape2 tak buat kene berdiri di hutan .. hahaha takut .. Dan beberepa orang dah kene .. Selepas itu,hari ke tiga dah nak balik mandi2 dan bertolaklah pukul 12.00 sampai ke bawah pukul 2.15 . Selepas sampai ke bawah dan berehat di situ . kami berkupul di tempat berikut . pukul 5.00 kami balik dalam pukul 8.00 kami sampai ke stesen kereta api... sekian terima kasih

03 di machang - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


.: Rencana Khas

Posted: 20 Jun 2012 12:00 AM PDT

Calon-Calon Umno Di Pasir Puteh

Umno Pasir Puteh menjadi bahagian pertama di Kelantan yang sudah selesai uktamadkan calon-calon untuk ke empat kerusi di kawasan parlimen itu iaitu, kerusi Parlimen Pasir Puteh, dan empat Dun, Gaal, Limbongan, Semerak dan Selising.

Senarai nama-nama yang bertanding di kerusi-kerusi berkenaan sudah pun berada dalam fail "beres" atas meja presiden parti di Ibu Pejabat Umno Kuala Lumpur. Pengerusi Umno Kelantan Mustapa Mohamed juga dikatakan merestui calon-calon berkenaan.

Kerusi parlimen yang sebelum ini menjadi rebutan beberapa nama sudah muktamad dengan bekas ketua bahagian Kamaruddin Mohd Noor akan diberikan tanggungjawab untuk merampas kerusi berkenaan. Walaupun pencalonan Kamaruddin mendapat tentangan khasnya dari ketua bahagian Zawawi Othman, namun atas kehendak Kuala Lumpur, Zawawi dikatakan terpaksa akur.

Pemilihan Kamaruddin katanya atas naluri Udin anak Yassin. Ha Najib Razak juga bersetuju kalau Kamaruddin dicalonkan. Pemilihan Kamaruddin salah satu sebab berdasarkan kepada latar belakang pendidikan dan syaksiah beliau yang dikatakan jauh lebih baik dari Zawawi yang sebelum ini hanya guru sekolah rendah sahaja.

Zawawi menentang pencalonan ini kerana beliau dikatakan lebih melihat pencalonan itu bakal memberi cabarannya di masa datang dalam hirerki kepimpinan Umno Pasir Puteh. Rata-rata berpendapat sekiranya Kamaruddin terpilih menjadi calon menyebabkan dia akan kembali memimpin Umno Bahagain Pasir Puteh dan ini paling diktakuti Zawawi berbanding kalah dalam pilihan raya. Zawawi pula lebih selesa menjadi ketua bahagian kerana dengan kedudukan itu beliau dapat mengendalikan peruntukan yang disalurkan menerusi Umno Pasir Puteh.

Sebagai gantiannya Zawawi dicadangkan bertanding di Dun Semerak untuk bertemua dengan Wan Hassan Wan Ibrahim. Walaupun Zawawi memilih Gaal sekiranya tidak dapat Parlimen Pasir Puteh tetapi ada usaha termasuk dari Kuala Lumpur mencaturkan supaya Zawawi bertanding di Semerak. Perletakkan Zawawi di itu adalah untuk 'membunuh' kerjayaanya dalam politik.  Cara paling baik bagi membunuh Zawawi di Pasir Puteh ialah dengan meletakkan bertanding di kerusi yang sukar dimenangi.

Bila-bila masa dan di lihat dari celah mana sekali pun Zawawi tidak akan mampu untuk mengalahkan Wan Hassan yang dilihat sebagai wakil rakyat Pas yang ampuh di Pasir Puteh. Isu perceraian Wan Hassan dengan isteri keduanya yang cuba dijaja tidak berbekas langsung. Wan Hassan pula dilihat calon Pas yang sesuai untuk mengekangkan kemaraan Zawawi. Gedebe lawan gedebe.

Gaal yang menjadi kerusi pilihan kedua untuk Zawawi akan diserahkan kepada muka baru seornag doktor giri, Dr Sumardi Hassan. Sumardi dikatakan anak tempatan yang mempunyai kualiti untuk menjadi calon. Selain dari mempunyai keluarga besar doktor gigi ini juga dikatakan mempunyai latar belakang pendidikan Islam. Beliau pernah menuntut di Pakistan. dan berperwatakan sedarhana dan mesra rakyat.

Kemungkinan kalau Pas tidak memindahkan Nik Mazian Nik Mohamad di Gaal, kemungkinan kerusi ini akan dimenangi mudah oleh Sumardi. Justeru Pas perlu mencari jalan terbaik untuk menyelamatkan Dun Gaal. Setakat ini timbalan Yang Dipertua Pas Pasir Puteh, Yuganu Yunus dikatakan telah disebut-sebut untuk mengganti tempat Nik Mazian di Gaal.

Manakala di Limbongan pula Umno akan mempertaruhkan timbalan ketua bahagiannya Rujahan Salleh. Berlaku perebutan tiga calon untuk Dun Limbongan ini dari Umno, bekas wakil rakyat Che Min Che Mat yang juga dikenali dengan "wakil rakyat 30 sen",  Wan Mohd Najib dan Rujahan Salleh.

Rujahan juga pernah bertanding namun tewas. Bagaimana peluang Rujihan untuk nertanding di Limbongan cerah mmancar  apabila beliau jauh lebih muda berbanding Che Min dan Wan Najib yang sudah hampir lupus tempoh dan ditutupi senja limun.

Di Selising pula Umno telah hampir pasti meletakkan pegawai startegi Umno Sukri Salleh yang juga Naib Ketua Umno Pasir Puteh. Zukri yang bermasalah dengan ketua bahagian selama ini mendiamkan diri dan banyak memonitorkan jarum politiknya di Pasir Puteh dari Kuala Lumpur. Walaupun Ybekas wartawan Utusan Yazid Othman dikatakan berminat, tetapi Zukri dilihat lebih berpeluang memandangkan hubungan baik beliau dengan salah seorang orang kanan Najib Razak.

Kedudukan ini menjadikan Zukri lebih berpeluang. Bagi Umno Selising bukan kawasan yang diimpikan tetapi tidak mustahil kalau Zukri diturunkan dan Pas pula gagal mencari pengganti Saiful Bahari kemungkinan kerusi itu boleh berpindah tangan. Kekuatan yang ada kepada Zukri ialah beliau memiliki keluarga besar di Selising.

Nama-nama disebut itu sudah pun dimuktamadkan. Ia boleh berubah sekiranya ada perkembangan-perkembangan terkini yang mungkin akan dilakukan oleh Zawawi. Umno Pasir Puteh dan masyarakatnya juga sudah faham dengan cara Umno bahagian itu berpolitik. Peristiwa penghantaran mesej kepada Fuad Zarkasi sewaktu timbalan menteri pelajaran itu turun ke Pasir Puteh menjelaskan akan kesamsengan politik di bahagian itu. [wm.kl.2:58 pm 20/06/12]

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


~ - MENJELANG PRU12 - Gambar penamaan calon <b>di</b> Parlimen <b>...</b>

Posted: 27 Feb 2008 06:47 PM PST

SEARCH

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Perisik Rakyat®: Pendaratan Hasil Bumi <b>Negeri Kelantan</b> ke Luar <b>...</b>

Posted: 23 Jun 2012 08:09 PM PDT


Kenyataan Media Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak & Gas ke Negeri Kelantan (ROYALTI)

Pendaratan Hasil Bumi Negeri Kelantan ke Luar Negeri Kelantan.

Merujuk kepada laporan akhbar Utusan Malaysia 22hb. Jun, 2012 bertajuk: PETRONAS Labur 15.6 Billion.

Pihak ROYALTI ingin menuntut penjelasan daripada PETRONAS berkenaan Laporan Akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian, bahawa PETRONAS akan melabur USD5.2 Billion (RM15.6 Billion-Utusan, RM16.64 Billion-Berita Harian) bagi pembangunan Projek Lembangan Melayu Utara (Malay North Basin) dalam tempoh 5 tahun akan datang yang membabitkan pengeluaran Rizab Gas sekitar 1.7 Trillion kaki padu di kawasan Perairan Negeri Kelantan, iaitu di Blok PM302, Blok PM325 dan PM326B yang membabitkan pembinaan saluran paip sepanjang 300 kilometer dari Pelantar Carigali dalam Perairan Negeri Kelantan ke Kerteh, Terengganu. Mengapa Gas yang dicarigali dalam Perairan Negeri Kelantan perlu didaratkan ke Kerteh, Terengganu?

Pihak ROYALTI ingin mencadangkan agar pembinaan hab pengumpulan, pemprosesan dan pengangkutan gas serta pembinaan paip saluran dibina bagi didaratkan ke Negeri Kelantan kerana jarak Blok PM301 yang berada dalam Perairan Kelantan adalah lebih dekat berbanding ke Kerteh.
Jarak kawasan Carigali yang dinyatakan (PM302, PM325 & PM326B) ke Pantai Senok, Bachok (kawasan yang dirizab untuk Pendaratan Gas oleh Kerajaan Negeri Kelantan sejak tahun 1990-an) hanya sekitar 140-160 km sahaja berbanding ke Kerteh sejauh lebih kurang 300 km.

Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan kos yang sangat tinggi dan impak ekonomi yang sangat baik kepada pertumbuhan Ekonomi Negeri Kelantan dimana sekiranya Gas didaratkan di Negeri ini (Kelantan) ia dapat membuka peluang pekerjaan yang bukan sedikit bagi Golongan Profesional & juga separa Profesional.

Mengambil kira contoh projek pembangunan Loji Pemprosesan minyak dan gas yang di rancang pembinaannya di Pengerang, Johor, dijangkakan akan membuka peluang pekerjaan kepada hampir 4500 golongan Profesional manakala bagi golongan separa Profsional pula, sekurang-kurangnya 8500 berpeluang untuk berkongsi manfaat hasil dari peluang pekerjaan dalam bidang Minyak dan Gas dan secara tidak langsung ia akan meningkatkan KDNK Negeri Kelantan selari dengan Konsep Federalisme Negara.

Mohd. Hishamuddin bin Ghazali
Setiausaha Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (ROYALTI)
23hb. Jun, 2012

ads