Selasa, 26 Februari 2013

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


Homestay Damai Rest House, <b>Kok Lanas</b>, Kelantan - The Best <b>...</b>

Posted: 14 Sep 2012 08:16 PM PDT

Anda orang Kelantan? Kalau bukan orang Kelantan, jom jalan-jalan ke Kelantan! Tapi kali ni bukan nak bercerita pasal jalan-jalan di Kelantan. Ini cerita pasal raya hari tu. Tahun ni kami sekeluarga beraya di Kelantan dulu. Biasenya beraya di Kuala Kangsar dulu baru ke Kelantan. Tapi, tahun ni special sikit sebab rumah nenek di Kelantan tengah renovate, jadinya tak cukuplah anak-beranak semua nak duduk dengan selesanya sebab ini adalah major renovation. Tengah-tengah rumah je yang ada. Bilik-bilik tidur semua tengah renovate. Dengan itu, ayahanda mengajak sekali duduk di homestay, so kenalah raya kat Kelantan dulu. Kalau kitaorang balik kemudian, kenalah cari tempat sendiri, rugilah pulak kan...hehe... lagipun dah lama tak beraya di Kelantan dulu, so apa salahnya tukar selera. Asyik beraya di Kuala Kangsar je dulu kan...macam ke Cameron hari tu, kami sekeluarga dengan ayah, umi, adik lelaki suami isteri dan 2 lagi adik yang masih bujang tu duduk sekali satu rumah di Homestay Damai Rest House ni. Sape-sape yang berminat, bolehla hubungi nombor di atas.
Rumah teres 2 tingkat ni terletak di salah satu kawasan perumahan di Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan. Senang je nak cari, landmarknya berhampiran dengan Pasaraya Econsave.

Jom explore di sekitar kawasan rumah...

Ini adalah pemandangan di pintu masuk rumah. Ada set kerusi kayu untuk rehat-rehat seisi keluarga
Kita tengok dulu di bahagian tingkat bawah rumah ni - ruang tamu dan dapur. Seperti yang anda dapat lihat dalam gambar, tuan rumah ada menyediakan peti sejuk, pinggan mangkuk dan sedikit teh dan gula untuk minum-minum. Sesetengah rumah ada disediakan mesih basuh jugak, tapi rumah ni takde ye. Kalau nak membasuh, kena sendirian berhadlah...hehe...tapi, kalau nak membasuh pun, tempat penyidai kain pun takde. Tapi, kalau nak membasuh jugak, gantunglah dekat grill luar rumah ataupun di pintu pagar. Itu jelah option yang ada. Kalau nak gosok baju, takde masalah, iron dan iron board ada disediakan juga.

Ini pula bilik tidur di tingkat bawah - bilik kami sekeluarga. Ada air-cond tapi takde kipas. So, takde option lain, kalau panas, kena pasang air-cond jugak. Bilik air di luar bilik. Bilik ni terletak berhampiran dengan dapur. Kiranya, keluar je bilik tu terus ke dapur.
Kita ke tingkat atas - master bedroom. Dilengkapi bilik air, air-cond dan kipas sekali.
Ini pulak bilik kedua dan ketiga di tingkat atas. 2 bilik ni berkongsi 1 bilik air. Kedua-dua bilik ada kipas sahaja dan katil double-decker. Ada ruang tamu kecil juga di atas, bolehla untuk letak-letak barang, kalau barang banyak. Kalau nak lepak tak sesuai sebab takde kipas.
Komen - secara keseluruhan memang selesa duduk kat umah ni. Sesuai untuk seisi keluarga yang ramai. Keadaan rumah dan bilik air yang bersih dan dijaga dengan baik. Tiada sebarang kerosakan alat elektrik ataupun ketiadaan air. Semua kemudahan yang disediakan memang berbaloi dengan harga RM400.00 untuk 3 malam.  

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


Tuan Guru Haji Abdullah Tahir <b>Bunut Payong</b> (1897-1961)

Posted: 23 Apr 2012 08:33 PM PDT

بِسْــــمِ اﷲِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SALAH seorang ulama' besar negeri Kelantan yang masyhur alim dalam ilmu fiqh. Pendiri Pondok Bunut Payong yang terkenal di seluruh semenanjung itu. Seangkatan dengan Hj. Ali Pulau Pisang, Hj. Yaakub Lorong Gajah Mati, Hj. Saad Kangkong, Hj. Ahmad Batu Tiga Repek, Hj. Salleh Pedada dan lain-lain.

Dilahirkan di Kg. Sireh, Kota Bharu pada 20 Muharram 1315 bersamaan 20 Jun 1897. Bapanya, Hj. Ahmad bin Mohd Zain yang berasal dari Kg. Chepa, Kedai Lalat pernah berkhidmat sebagai imam tua di Masjid Langgar, Kota Bharu (berkhidmat sehingga 1920)

Sesudah berguru selama 15 tahun dengan Tok Kenali, beliau belayar ke tanah suci Makkah untuk mendalami pengajiannya. Antara lain mengikuti kuliah Tuan Mokhtar Bogor, Sheikh Said al-Yamani, Sheikh Mohd Ali al-Maliki dan beberapa tokoh yang lain lagi.

Sekembali ke Kelantan, beliau diminta menyertai kumpulan tenaga pengajar Halaqat Kitab di Masjid Muhammadi, Kota Bharu. Bagaimanapun, khidmatnya tidak lama kerana pada 1931, beliau memulakan kegiatan keguruannya sendiri di Bunut Payong yang di beri nama Madrasah Ahmadiah. Madrasah ini kemudian terkenal ke seluruh pelosok semenanjung Melayu sebagai pusat pengajian pondok yang berprestasi tinggi di Kelantan.

Di Pondok Bunut Payong inilah Tuan Guru Hj. Abdul Tahir mengajar kitab hingga ke akhir hayatnya. Beliau terkenal sebagai seorang tok guru yang tekun mengajar serta mengamalkan disiplin diri yang tegas.

Kerana kegigihannya yang sedemikian, maka tidak peliklah jika Pondok Bunut Payong berjaya melahirkan ramai murid berilmu tinggi seperti Hj. Hussain Rahimi, Hj. Nik Man Sg. Budor, Hj. Abdul Aziz Pasir Tumbuh, Hj. Ismail Padang Lepai, Hj. Abdullah Kok Lanas, Hj. Omar Kubang Bemban, Hj. Abdul Rahman Slow Machang, Hj. Wook Lubok Chekok, Hj. Noor Teliar, Hj. Sulaiman Siram, Hj. Daud Bukit Bunga, Hj. Yaakub Kelong, Hj. Ghazali Pulau Chondong, Hj. Zakaria Selising, Hj. Osman Perlis, Hj. Ahmad Kodiang, Hj. Yahya joned Gurun, Hj. Ibrahim Bongek, Hj. Abdul Wahid Sungai Udang, Hj. Hussain Umbai, Hj. Ahmad Relai, Hj. Hasanuddin Berhala Gantang, Hj. Ismail Phuket, Hj. Ghazali Mundok.

Kerana ketokohannya juga beliau dilantik menganggotai Jemaah Ulama' Majlis Agama Islam Kelantan beberapa penggal (seawal 1932). Kematian fuqaha' ini pada pukul 7.20 pagi Selasa 4 Rabiulawal 1381 bersamaan 15 Ogos 1961 menyebabkan negeri Kelantan kehilangan seorang tokoh ilmuan yang menerangi budaya ilmu dan dakwah Islamiahnya

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


Tuesday, 26 February 2013 - Shafie Nor

Posted: 26 Feb 2013 07:53 AM PST

Jumlah mangsa banjir dipindah terus meningkat

KOTA BHARU, SELASA, 26 Februari, 2013: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Kelantan terus meningkat lebih sekali ganda kepada 477 orang pada malam ini berbanding pada sebelah petang kira-kira 200 orang.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, jumlah terbanyak yang dipindahkan adalah di Kuala Krai iaitu 257 orang diikuti Tanah Merah (111), Pasir Puteh (97) dan Machang (12).

Mereka terdiri daripada 110 keluarga yang dipindahkan di 10 pusat pemindahan.

Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang terus meningkat naik melepasi bahaya iaitu 9.95 meter (bahaya 9 meter) manakala di Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah turut melepasi paras yang sama 17.15 meter (bahaya 16 meter).

Banjir yang mula melanda Kelantan hari ini turut meragut dua nyawa pelajar Sekolah Menengah Temangan yang masing-masing berumur 15 dan 13 tahun ketika bermain air banjir.

Tiada jalan utama yang ditutup kepada laluan setakat ini dan Kelantan dilaporkan masih mengalami hujan yang sesekali lebat


308 dipindahkan ke enam pusat pemindahan di Perak

IPOH: Seramai 308 penduduk dari beberapa penempatan di tiga daerah iaitu Manjung, Perak Tengah dan Larut, Matang dan Selama (LMS) dipindahkan ke enam pusat pemindahan susulan banjir kilat, sejak petang semalam.

Daerah Perak Tengah paling teruk terjejas apabila 190 penduduk terdiri daripada 39 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan, diikuti 70 mangsa dari daerah Manjung dan 48 mangsa dari LMS.

88 penduduk Kg. Ampar Tenang, Kg. Lalang dipindah

SEPANG: Seramai 88 mangsa terpaksa dipindahkan akibat banjir kilat sedalam kira-kira semeter melanda Kampung Ampar Tenang dan Kampung Lalang di sini selepas hujan lebat lebih sejam petang tadi.

Timbalan Penolong Pengarah Bomba (Operasi) Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan sepuluh penduduk yang terperangkap pada kira-kira 5.40 petang.

Beliau berkata, lima pegawai dan 38 anggota dari Balai Bomba Cyberjaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dikerah ke tempat kejadian bagi membantu memindahkan mangsa.

"Tujuh warga emas dan tiga bayi, termasuk seorang pesakit angin ahmar, berjaya diselamatkan dalam operasi tersebut," katanya ketika dihubungi.

Mohd. Sani tidak menolak kemungkinan jumlah mangsa yang dipindah bertambah memandangkan operasi menyelamat masih dijalankan, dan dibantu anggota Jabatan Perkhidmatan Awam serta Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Katanya, semua mangsa ditempatkan di Dewan Orang Ramai Ampar Tenang dan Dewan Orang Ramai Kampung Lalang.  


9 sekolah di Kelantan ditutup esok akibat banjir

KOTA BHARU: Sembilan sekolah di Kelantan di sekitar Rantau Panjang akan ditutup esok akibat banjir yang turut melanda beberapa jajahan di negeri itu.

Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan, Hussain Awang berkata, ia membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang; Sekolah Menengah Agama Kerajaan (SABK) Diniah, Bongor; Sekolah Kebangsaan (SK) Rahmat; SK Kok Pauh; SK Kampung Baru; SK Kubang Kuau; SK Baroh Pial; Sk Lubok Stol dan SK Rantau Panjang.

Beliau berkata, 17 sekolah lagi turut digenangi air dan pelajar dibenar pulang awal hari ini demi keselamatan mereka.

"Pelajar sekolah berkenaan dibenarkan pulang lebih awal mulai 9.55 pagi hingga 12.35 tengah hari," katanya kepada Bernama menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Katanya, sekolah tersebut melibatkan kawasan pentadbiran empat Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) iaitu Kuala Krai, Machang, Tanah Merah dan Pasir Mas.

Hussain berkata, dua sekolah di kawasan PPD Pasir Puteh dijadikan pusat pemindahan mangsa banjir iaitu SK Kamil melibatkan sembilan mangsa dan SK Canggal sebanyak 20 orang.


109 penduduk di Pasir Puteh, Tanah Merah dipindah kerana banjir

PASIR PUTEH: Sebanyak 20 penduduk Kampung Daram Buaya, Gaal di sini terpaksa dipindahkan malam tadi selepas kediaman mereka ditenggelami banjir.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh berkata, mangsa meliputi enam keluarga itu ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Changgai di sini.

"Pihak kami menjangka lebih ramai lagi akan dipindah berikutan hujan lebat sejak semalam masih berterusan sehingga pagi ini," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tinjauan Bernama di beberapa kawasan rendah di sini mendapati penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Semerak sedang bersedia untuk berpindah berikutan paras air di sungai itu semakin meningkat.

Sementara itu, di TANAH MERAH, 89 penduduk dipindah ke tiga pusat pemindahan banjir pagi ini selepas hujan lebat menyebabkan banjir melanda kampung mereka.

Menurut portal rasmi banjir negeri Kelantan, mereka terdiri daripada 22 keluarga di Ulu Kusial dan Bukit Panau, ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kulim, SK Bukit Panau dan Dewan Padang Kijang.

Dua sungai di Kelantan telah melebihi paras amaran iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang iaitu 9.14 meter, manakala Sungai Semerak di Pasir Puteh pula 21 meter.

Laluan Kilometer 11, Jalan Pasir Mas-Pohon Tanjung-Rantau Panjang di Kampung Siram turut ditutup kepada kenderaan ringan.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini dan keadaan cuaca di seluruh Kelantan pagi ini dilaporkan mendung dengan sesekali hujan lebat.

20 penduduk di Pasir Puteh dipindah 

PASIR PUTEH: Sebanyak 20 penduduk Kampung Daram Buaya, Gaal di sini, terpaksa dipindahkan malam tadi selepas kediaman mereka ditenggelami banjir.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh berkata, mangsa meliputi enam keluarga itu ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Changgai, di sini.

"Pihak kami menjangka lebih ramai lagi akan dipindah berikutan hujan lebat sejak semalam masih berterusan sehingga pagi ini," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tinjauan Bernama di beberapa kawasan rendah di sini mendapati penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Semerak sedang bersedia untuk berpindah berikutan paras air di sungai itu semakin meningkat.

SK Kampung La di Hulu Besut ditutup

BESUT: Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung La di Hulu Besut di sini terpaksa ditutup hari ini berikutan ramai pelajar dan gurunya tidak dapat hadir ke sekolah ekoran beberapa jalan ke sekolah itu dinaiki air antara 0.6 meter hingga 1.3 meter.

Laluan terbabit ialah di Kilometer (Km) 27, Jalan Jerteh-Keruak dekat Sungai Patong dan di Km13 dekat Kampung Gertak Jerbun.

Pegawai Pelajaran Daerah Besut, Ab Halim Hassan ketika dihubungi Bernama berkata, sekolah itu diberikan kebenaran cuti berganti.

Katanya, beliau juga dimaklumkan ramai guru yang mengajar di Sekolah Menengah Bukit Payong, SK Tenang, SK Panchor dan SK Keruak di daerah itu juga tidak dapat pergi ke sekolah masing-masing dan terpaksa melapor diri di sekolah berdekatan yang tidak terjejas dengan banjir.

Ini berikutan jalan ke Hulu Besut dari Jerteh dinaiki air di beberapa tempat seperti di Kampung Gertak Jerbun, Pasir Akar dan Lepang Kejor di Darau, katanya.

"Sekiranya keadaan banjir didapati bertambah buruk, pihak sekolah perlu mengambil langkah segera bagi mengisytiharkan cuti bagi sekolah mereka," katanya.

Sementara itu, tinjauan ke beberapa lokasi di Kampung Pasir Akar mendapati paras air yang naik akibat limpahan Sungai Besut sejak petang semalam masih tidak berubah.

Penduduk dilihat memantau keadaan paras air sungai sebelum bertindak untuk berpindah di pusat-pusat pemindahan yang disediakan. - BERNAMA

03 di tumpat - Google Blog Search

03 di tumpat - Google Blog Search


Subhanallah! - Ayam berkaki empat <b>di Tumpat</b> (GAMBAR) - ! TAO <b>...</b>

Posted: 13 Sep 2012 06:48 AM PDT

TAOTAUAJER - Ayam berkaki empat adalah kejadian yang jarang-jarang kita jumpa. Di tumpat Seorang suri rumah nyaris memasak kari ayam berkaki empat apabila dia terbeli ayam pelik yang mempunyai empat kaki pada 10 SEPT lepas.
Dua daripada kakinya tumbuh di bahagian punggung ayam tersebut.

Hasnah Yahya, 48, berkata, dia membeli ayam itu di sebuah gerai menjual ayam di Chabang Tiga Berangan di sini, untuk dijadikan kuah roti jala pada hari raya kedua lalu.
"Saya ke gerai ayam itu membeli dua ekor ayam untuk dijamu kepada sanak saudara.
"Masa membeli ayam ini memang saya tidak perasan ia mempunyai empat kaki.
"Mungkin masa itu ramai pelanggan, beratur panjang juga saya untuk mendapatkan dua ekor ayam ini, cuma seekor sahaja yang berkaki empat," katanya.
Bagaimana pun Hasnah berkata, dia menyedarinya selepas menyediakan rempah di dapur untuk memasak kari ayam dan ketika menyiang ayam terbabit dia terpegang kaki ayam itu.
"Terkejut saya seketika dengan penemuan pelik ini kerana seumur hidup saya ini pertama kali saya melihat ayam berkaki empat.
"Tetapi sayang ia sudah disembelih, kalau tidak mungkin ayam ini akan dipelihara," katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, walaupun sebelah kaki ayam itu terpotong, dia tidak meneruskan hasratnya untuk memasak kari ayam pada hari tersebut.
"Saya batalkan niat untuk memasak kari ayam berkaki empat ini kerana khuatir tidak berselera untuk menjamah.
"Ayam pelik ini seberat dua kilogram yang dibeli dengan harga RM10 diberikan kepada saudaranya dan sehingga kini masih disimpan di dalam peti sejuk," katanya.

TAOTAUAJER : Memang jarang berlaku kejadian macam nie... jarang-jarang nak jumpa ayam yang berkaki empat. Ayam tu cacat la kot tu yang boleh ade kaki lebih. Ini lah Kehebatan Kekuasaan Allah yang mencipta segenap alam. - Koleksi Kejadian Pelik dan Luar Biasa.

03 di ketereh - Google Blog Search

03 di ketereh - Google Blog Search


yang ku dengar dan ku lihat: Ustaz Mat Harun dan Lembu UMNO

Posted: 21 Jan 2013 07:39 AM PST

Saya sempat menzairahi sahabat lama dalam UMNO iaitu Ustaz Mat Harun Ab.Rahman, di kampung Tegayung, Aril, Melor. Ustaz Mat Harun adalah Jawatankuasa UMNO Bahagian Ketereh yang mana Tan Sri Anuar Musa adalah Ketua UMNO Bahagian manakala YB. Haji Alwi adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian.
Kedua-dua orang pemimpin UMNO Bahagian Ketereh ini sedang giat menampilkan diri untuk dicalun sebagai calun  Parlimen Ketereh. Perlu diingat Parlimen Ketereh buat masa ini dipunyai oleh YB.Aziz Kadir dari parti Parti Keadilan Rakyat PKR yang mana pada pilihanraya umum ke 12 tahun 2008 Tan Sri Anuar Musa di kalahkan.
Tahun 2004 kerusi Parlimen Ketereh adalah milik UMNO apabila Haji Alwi mengalahkan Ustaz Mohamed Mustapha penyandang pada tahun 1999. Ustaz Mohamed Mustapha berjaya mengalahkan Tan Sri Anuar Musa yang mana pada waktu itu Anuar Musa adalah seorang menteri. 
Rakyat Ketereh masih menunggu berita, siapakah UMNO akan memberi tanggongjawab bagi mengalahkan YB.Aziz Kadir pada pilihanraya yang ke 13 nanti kerana UMNO sedang membuat ramalan bahawa salah satu kerusi yang mereka akan menang adalah kerusi Parlimen Ketereh. Dan apabila saya turun kebawah minggu lalu adalah didapati UMNO masih mengigau di Ketereh.
Cita-cita dan kerja keras UMNO untuk merampas kerusi Parlimen Ketereh hanya sebagai 'gembar gembur' sahaja kerana rakyat Ketereh sudah tahu akan berlaku permainan wayang oleh tokoh-tokoh UMNO di Ketereh apabila bermulanya penamaan calun pilihanraya. Kedudukan YB.Aziz Kadir tidak tergugat.
Kedudukan politik Ketereh seperti 'paund sembeleh lembu' apabila sampai masanya ahli-ahli UMNO yang berpihak kepada calun yang diangan-angan untuk bertanding tapi tidak dicalunkan oleh UMNO mereka akan bersedia untuk mengalahkan calun yang tidak disukainya ibarat lembu disembelah diatas paund.
Kisah lembu juga terjadi terhadap Ustaz Mat Harun yang mana beliau telah ditimpa 'kecelakaan' sebulan lalu apabila lembu yang dipelihiranya telah menjadi ganas dengan tiba-tiba dan 'merembah' beliau sehingga luka parah dipaha dan terpaksa dimasukkan ke wad di hospital HUSM.
Sebelum balik saya bersama beliau dan rakan2 saya yang lain dibawa kekandang lembu untuk melihat dari dekat lembu yang ganas itu yang mana lembu itu saya namakan lembu UMNO kerana mangsanya adalah ahli jawatankuasa UMNO., dan saya sempat berselora, lembu yang tak kenal orang ini patut disembeleh sepertilah pemimpin yang tak peduli kepada anak buahnya patut disembeleh dalam pilihanraya ini. Kami ketawa beramai-ramai.

ads