Ahad, 9 Disember 2012

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


this is my story...: Zuwarie dan Sarah <b>di Chiku</b> 02, Gua Musang <b>...</b>

Posted: 08 Sep 2011 09:19 AM PDT

Sekali lagi, kami mendapat mandat dari Negeri Kelantan untuk mengabadikan hari indah untuk pasangan Zuwarie dan Sarah bertempat di Chiku 02, Gua Musang Kelantan.
Majlis Akad pada 31 ogos 2011 dan bersanding di keesokkan harinya... Dan di sini antara hasil Foto pada hari-hari tersebut.
Berbekalkan Seunit Nikon D7000, Speedlite SB600, lense 50mm 1.8 dan wide angle 11-16mm Tokina, saya harap anda berpuas hati :)










03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


Sejarah Ringkas Pembinaan Masjid Mukim Padang Enggang

Posted: 20 Nov 2012 05:19 PM PST

Masjid adalah lambang syiar Islam, ia merupakan pusat yang menghubungkan antara hamba dengan Penciptanya. Masjid bukan saja tempat solat berjemaah, tetapi juga sebagai pusat pendidikan, pengajian keagamaan dan aktiviti kemasyarakatan yang secara tidak langsung dapat mengeratkan ukhwah islamiyyah sesama manusia.
Pada tahun 1931, Tuan Guru Haji Abdullah Tahir  telah mendirikan Madrasah Ahmadiah di Bunut Payong. Pusat pengajian itu kemudiannya terkenal sebagai Pondok Bunut Payong.  Tuan Guru Haji Abdullah Tahir  merupakan seorang ulama besar negeri Kelantan yang masyhur alim dalam ilmu fiqh.   Pelajar-pelajar pondok Bunut Payong bukan saja terdiri daripada anak tempatan, tetapi ramai juga yang datangnya dari Johor, Perlis, Melaka, Pulau Pinang, Pahang serta pelajar-pelajar dari Thailand dan Indonesia.

Pak Su masih ingat beberapa pelajar Pondok Bunut Payong  yang cemerlang dan menonjol dalam pengajian dan sering diberi peluang oleh Tuan Guru mengajar dalam pondok secara bergilir.  Mereka ialah Hj Abdul Shukor dari Bangkok, Hj Budin dari Sumatera, Ustaz Abdul Rahman dari Perlis, Hj Husin Rahimi dari Pasir Puteh, Hj Mat Besi Berani dari Bukit Marak, Hj Abdul Aziz dan abangnya Hj Mustapha dari Limbat, kedua-duanya menjadi pengasas Pondok Terusan Pasir Tumboh dan Ustaz Fadhil dari Johor yang  selepas itu menjadi menantu Tuan guru.

Beberapa orang anak mukim Padang Enggang  turut serta belajar ilmu agama di Pondok Bunut Payong  yang jaraknya 3 km dengan kampong Padang Enggang. Ilmu yang yang mereka perolehi, mereka ajarkan pula kepada penduduk dan begitulah seterusnya.  Pada ketika itu, penduduk mukim Padang Enggang menunaikan solat  hanya di sebuah surau kecil bersebelahan tanah perkuburan (kubur surau). Di surau ini jugalah kanak-kanak belajar mengaji Al-Quran. Selain dari itu, kanak-kanak ini juga diajarkan asas Fardhu Ain secara teori dan amali.


Bermulanya pembinaan Masjid Mukim Padang Enggang  apabila Haji Abdullah Wan Ahmad (Pak Lah Kedai Wakaf Che Yeh) telah mewakafkan tanah seluas 0.5 ekar untuk didirikan sebuah masjid pada  pertengahan tahun 1950an.  Hasrat beliau untuk melihat tertegaknya masjid di Mukim Padang Enggang tidak kesampaian, beliau  terlebih dahulu telah dijemput  mengadap illahi semasa mengerjakan fardhu haji di Mekah.
Pada tahun 1959 sebuah jawatankuasa pembinaan masjid telah di tubuhkan oleh Allahyarham Ahmad bin Ismail (Imam Tua) yang bertindak sebagai pengerusi, Allahyarham Cikgu Ahmad Ibrahim (Pakcik Che Gu)  sebagai bendahari yang pada masa itu adalah Guru Besar Sek. Keb. Mulong, Allahyarham Pauzi Ahmad (Pelajar di Pondok Bunut Payong) sebagai setiausaha dan beberapa orang penduduk yang mewakili setiap kampung dalam Mukim Padang Enggang. Kampung-kampung tersebut adalah Kampung Wakaf Che Yeh, Kampung Padang Enggang, Kampung Padang Darat, Kampung Telok Chat, Kampung Rupek, Kampung Baru, Kampung Ijok, Kampung Seterpa, Kampung Jelasin, Kampung Air Deras dan Kampung Tini.



Antara aktiviti dan perancangan yang dilakukan oleh AJK  untuk memulakan pembinaan Masjid Mukim Padang Enggang:
1)      Membuat kutipan wang dari rumah kerumah. Tugas ini dilakukan oleh semua AJK yang mewakili kawasan masing-masing dalam Mukim Padang Enggang.
2)      Mengadakan jamuan teh sambil menderma dilakukan di tapak masjid tersebut.
3)      Mendapat sumbangan kewangan sebanyak RM1,000.00 dari  Dato Asri Muda yang merupakan wakil rakyat kawasan tersebut.
4)      Husin Musa sawmill telah dipersetujui oleh majoriti AJK sebagai pembekal barangan keperluan untuk pembinaan masjid dengan kaedah pembayaran yang fleksible.
Masjid Mukim Padang Enggang dengan keluasan lantai 2,100 kaki persegi (42' X 50') dapat menampung jemaah seramai 250 orang. Pada peringkat awal, solat jumaat juga disertai oleh jemaah wanita untuk memenuhi ruang masjid yang agak besar dibandingkan dengan bilangan makmun yang tidak ramai. Pelbagai inisiatif telah dilakukan untuk menarik jemaah mengimarahkan masjid. Pada masa itu bilangan guru agama amat terhad tambahan pula aktiviti kebudayaan mendapat tempat dihati penduduk. Walaupun begitu usaha membesarkan masjid terus dilakukan dari masa kesemasa  dengan mengambil kira bilangan penduduk mukim yang semakin bertambah dan minat mencari ilmu agama dikalangan mereka juga semakin meningkat.

Pak Su dilantik sebagai AJK Pembinaan Masjid Mukim Padang Enggang pada tahun 1959. Paksu diberi tanggungjawab menjaga  urusan  pembinaan masjid, kebetulan pula Pak Su bekerja di Jabatan Kerja Raya, Kota Bharu dan mempunyai sedikit kemahiran dalam kerja-kerja pertukangan kayu dan binaan bangunan. Pak Su aktif  sebagai AJK selama 53 tahun tanpa henti dan berada dibawah 5 orang imam bermula dari 1959 hingga sekarang. Imam -imam tersebut adalah seperti berikut:
1) Allahyarham Ahmad Bin Ismail (Tok Ayah)
2) Allahyarham Pauzi Bin Ahmad (Tok Imam Pauzi)
3) Ustaz Yassin (Tok Imam Yassin)
4) Ustaz Haji Hanafi Bin Mohamad (Tok Imam Napi)
5) Ustaz Haji Abdul Halim Bin Mat Isa (Imam Tua sekarang)

Alhamdulillah, dengan berkat kesabaran dan usaha berterusan oleh AJK masjid, bilangan jemaah dewasa dan kanak-kanak  yang datang ke Masjid Mukim Padang Enggang semakin bertambah. Mereka mengimarahkan masjid setiap waktu  untuk melakukan solat berjemaah, iktikaf, berzikir, membaca Al-Quran, mengikuti majlis-majlis ilmu dan menjayakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan serta apa jua program yang mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada penduduk mukim Padang Enggang dan kepada umat islam keseluruhannya.
Wallahu a'lam

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Hotel mewah <b>di Kota Bharu</b> Kelantan | Hotel di Kelantan

Posted: 29 Sep 2012 12:00 AM PDT

Hotel 4 5 bintang di Kelantan

Jika anda mempunyai bajet lebih dan ingin menginap di hotel mewah bertaraf 3, 4 dan 5 bintang di Kelantan, terdapat 5 buah hotel yang boleh dipilih di sekitar Kota Bharu.

Hotel-hotel ini merupakan hotel bertaraf antarabangsa dan sering menjadi pilihan pada mereka yang sukakan keselesan, layanan dan servis paling memuaskan. Juga menjadi pilihan organisasi mahupun jabatan mengadakan program serta kursus di sini.

Berikut kami senaraikan hotel mewah bertaraf 3, 4 dan 5 bintang yang boleh didapati di sekitar Kota Bharu, Kelantan.

Anda sangat digalakkan untuk membuat tempahan hotel secara online di laman web seperti Agoda kerana kadar online adalah lebih murah daripada walk-in dan tempah online adalah lebih mudah lagi menjimatkan.

Hotel Renaissance

Hotel Rennaisance Kota Bharu

Hotel Renaissance Kota Bharu, merupakan satu-satunya hotel bertaraf antarabangsa 5 bintang di Kelantan. Rekabentuk dan struktur bangunan 20 tingkat ini menunjukkan hotel ini sebagai mercu hotel mewah di Kelantan yang boleh dijadikan penginapan untuk pelbagai urusan.

Lihat maklumat lanjut dan tempah Hotel Renaissance secara online dengan kadar istimewa.


Hotel Grand Riverview

Hotel Grand Riverview

Hotel Grand Riverview merupakan hotel bertaraf 4 bintang yang terletak di tepi sungai Kelantan. Lokasinya yang sangat strategik di tepi sungai Kelantan adalah satu faktor yang menjadikan hotel ini sebagai pilihan kebanyakan pelancong.

Menginap di hotel ini membolehkan anda berjalan kaki sahaja untuk ke tempat menarik seperti Padang Merdeka, Kampung Kraftangan, Kota Ismail Petra, Tambatan Diraja dan banyak lagi. Baca review CutiKelantan.com untuk hotel ini.


Hotel New Pacific

Hotel New Pasific

Hotel New Pacific terletak di Jalan Pengkalan Chepa, tidak jauh dari bandar Kota Bharu. Kedudukan hotel ini membolehkan anda senang untuk akses ke Lapangan Terbang Sultan Ismail dan tempat-tempat menarik lain dengan menaiki kenderaan.

Lihat maklumat lanjut dan tempah Hotel New Pacific secara online dengan kadar istimewa.


Hotel Crown Garden

Hotel Crown Garden

Hotel Crown Garden yang bertaraf 3 bintang ini terletak agak strategik dan berdekatan dengan bandar Kota Bharu. Persekitaran hotel ini menarik dan kemudahan yang disediakan juga selesa.

Lihat maklumat lanjut dan tempah Hotel Crown Garden secara online dengan kadar istimewa.


Hotel Crystal Lodge

Hotel Crystal Lodge terletak berdekatan dengan Hotel Grand Riverview dan tidak mengadap Sungai Kelantan. Namun, hotel ini sentiasa menjadi pilihan di musim cuti sekolah kerana lokasinya yang tidak sibuk tidak seperti di tengah bandar Kota Bharu.

Lihat maklumat lanjut dan tempah Hotel Crystal Lodge secara online dengan kadar istimewa.

Setiap hotel yang dipaparkan di atas mempunyai keistimewaan tersendiri. Antara faktor lain yang menentukan pemilihan anda unuk menginap adalah seperti adanya kolam mandi, kemudahan parkir kenderaan, WiFi, Tv LCD/HD/LED dengan Astro ataupun satelit dan kafe retoran yang menyediakan pelbagai pilihan makanan.

Selamat Bercuti di Kelantan Darul Naim.

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


Banglo <b>di Wakaf Bharu</b> | Azmiral.com

Posted: 08 Dec 2012 03:13 AM PST

2 unit banglo di Wakaf Bharu,belakang SK Kubang Batang.

Lokasi
- Lokasi yg strategik hanya 200m ke jln besar Wakaf Bharu ke Pengkalan Kubu
- 200m ke Tadika
- 300m ke SK Kubang Batang
- 800m ke masjid Kubang Batang
- 3.7km ke Balai Polis Wakaf Bharu
- 5 minit ke Wakaf Bharu

Harga mengikut keluasan rumah

  1. 1200kp – RM234,000
  2. 1400kp – RM251,000
  3. 1600kp – RM274,000
  4. 1800kp – RM288,000

Design dan plan rumah mengikut citarasa dan pilihan pembeli. KLIK DI SINI untuk melihat contoh pelan dan rekabentuk.

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


<b>Rantau Panjang</b> | Membeli-belah <b>di</b> Kelantan

Posted: 25 Mar 2012 09:02 AM PDT

beli belah di rantau panjang

Pada artikel kali ini, kami ingin mendedahkan review dan panduan di pusat membeli-belah yang boleh dikatakan paling popular di Kelantan, tidak lain dan tidak bukan adalah di pusat bebas cukai Rantau Panjang.

Review ini adalah berdasarkan pengalaman dan pandangan penduduk setempat yang sememangnya sudah lali dengan pekan Rantau Panjang ini.

Secara umumnya, nama Rantau Panjang memang tidak asing lagi memandangkan ia adalah tempat membeli belah yang tersohor di Kelantan.

Dibuka seawal jam 8 pagi hingga 6 petang. Pada waktu cuti sekolah, pekan Rantau Panjang adalah antara yang paling sibuk dan paling sesak di Kelantan. Waktu puncak adalah antara jam 11 tengahari hingga 4 petang. Pasar inilah yang paling popular dan paling sesuai jika anda ingin membeli barangan yang murah dari negara jiran, Thailand.

Apa yang boleh didapati?

Barangan yang terdapat di sini adalah sama dengan barangan yang dijual di satu lagi tempat membeli belah lain iaitu di Pengkalan Kubor. Tetapi, di Rantau Panjang terdapat lebih banyak pilihan dan sesetengah barang lebih murah dari Pengkalan Kubor.

Di sini, anda boleh mendapat barangan negara jiran seperti toto, jersi bola, seluar jeans levis, kasut, beg tangan, periuk belanga, tikar, tudung bawal, pinggan mangkuk, kuali dan pelbagai lagi. Pendek kata "macam-macam ada".

Jersi bola dan sportwear

Jika anda pengemar jersi bola, inilah tempatnya. Walaupun barangan imitation ataupun tiruan, kualiti kainnya amat baik dan seakan-akan original. Malah jika diperhatikan, tumpuan muda mudi khususnya lelaki pastinya akan shopping jersi bola seperti jersi kelab Barcelona, Manchester United atau Chelsea umpamanya. Pastikan anda memilih jersi gred A dan maklumkan kepada pekedai.

Harga jersi di Rantau Panjang adalah yang paling murah di Kelantan. Jika dibandingkan dengan baju original yang dijual di butik Al-Ikhsan contohnya, harga disini berkali ganda lebih murah. Sedangkan kualiti kain tidak jauh berbeza dan selesa memakainya.

Harga jersi-jersi tersebut memang susah untuk ditawar di sini kerana harga yang diletakkan memang murah dari tempat lain. Namun ada sesetengah kedai mengenakan harga yang agak tinggi. Jadi jangan terus beli, sebaliknya survey harga terlebih dahulu. Anda akan dapat melihat perbezaan ketara antara kedai, ada sehingga RM10 bezanya!.

Pastikan mendapat jersi yang dibeli di dalam plastik yang dilipat dengan kemas.

Jangan tak percaya, kebanyakan peniaga online mengambil barangan di Rantau Panjang dan menjualnya dengan keuntungan sehingga 50%.

Kedai jersi murah Rantau Panjang

Antara lubuk jersi paling murah terletak di dalam paling hujung di lorong Bazar Mimi

Jersi bola di rantau panjang

Pelbagai jenis jersi dari kelab luar dan dalam negara

jersi bola di rantau panjang

Jersi bola Harimau Malaya

Pinggan Mangkuk

Pelbagai jenis pinggan mangkuk pelbagai jenama dan jenis yang diimport dari luar negara boleh anda dapati di sini. Dari jenama Vantage, Corelle, Tefal, Corningware, Visions, Pyrex dan pelbagai lagi.

Pastikan barangan bukan tiruan dengan bertanya kepada penjual terlebih dahulu. Dari segi harga amat berpatutan dan ketika terdapat sale, harganya memang murah.

Pada waktu cuti sekolah, biasanya pekedai akan menawarkan promosi dan diskaun untuk sesetengah barangan.

Kedai Pinggan Mangkuk di Rantau Panjang

Kedai pinggan mangkuk berjenama di Rantau Panjang

Corningware di Rantau Panjang

Set pinggan Corningware yang popular

Periuk Belanga

Pelbagai jenis periuk tempatan dan dari Thailand

 

Periuk dan kuali import berjenama Tefal

Disini juga anda boleh mendapatkan periuk dan kuali import terutamanya jenama Tefal. Anda boleh mendapatkan barangan ini dengan harga yang istimewa. Dijual dengan pelbagai saiz dan pilihan.

Harga di sini tidak jauh beza di Pulau Langkawi, dan jika dibandingkan dengan yang dijual di pasaraya, disini lebih murah.

Kuali Tefal Rantau Panjang

Kuali Tefal original dari Perancis

Periuk,  kuali tempatan, toto dan bantal

Periuk belanga yang di jual di sini memang banyak. Bergantung kepada saiz, jenis dan kualiti. Jenama yang famous adalah periuk cap helang dan kuali cap buaya.

Oleh kerana terdapat banyak kedai yang menjual barangan ini, seperti biasa survey terlebih dahulu.

Toto dan bantal adalah barang yang berbaloi dibeli bila ke Rantau Panjang. Jenama toto yang paling famous dan berkualiti adalah  Greentex. Selain itu anda juga boleh dapatkan jenama Sweeten dan Narita.

Kualiti kain yang digunakan untuk toto jenama Sweeten kurang berkualiti berbanding Greentex. Jadi, sebab itu harganya lebih murah.

Kedai murah di Rantau Panjang

Deretan kedai yang dicadangkan. Kawasan ini agak lapang dan tidak berbumbung.

Periuk cap buaya di Rantau Panjang

Periuk cap buaya

Barangan kanak-kanak

Semestinya banyak. Bantal, baju, selimut, patung berwatak Upin Ipin, Ben10, Nemo, Doraemon, Ultraman dan sebagainya memang banyak disini. Belilah sebagai kenangan untuk anak anda.

Barangan seperti ini mesti pilih yang masih baru kerana banyak yang warnanya sudah pudar kerana terdedah kepada panas akibat peniaga meletakannya diluar kedai.

Makan-makan di Rantau Panjang

Apabila membeli belah di Rantau panjang, jangan lepaskan peluang untuk mencuba makanan special dari Thailand yang tidak terdapat di tempat anda.

Terdapat pelbagai jenis juadah mahupun resipi istimewa yang terdapat di sini dan ia berselerak di seluruh tempat  membeli belah di Rantau Panjang.

Bila berkunjung ke Rantau Panjang, tidak perlulah memperuntukkan masa yang lama untuk makan. Cukup sekadar makan dan minum untuk menambah tenaga dan membasahkan tekak sahaja. Kerana anda datang ke Rantau Panjang untuk shopping sakan bukan?

Menu yang wajib dicuba jika berkunjung ke sini adalah seperti mee celup, pulut ayam, baba ais krim dan pelbagai jenis 'lokcing' / hotdog.

Makan di Rantau Panjang

Mee sup dan pulut durian menu pembuka selera sementara menunggu keluarga bershopping

Hot dog di Rantau Panjang

Pelbagai jenis hotdog dan satey ikan mesti dicuba dalam perjalanan pulang

Baba Ais Krim Rantau Panjang

Baba Ais Krim. Dijual diatas basikal. Mengandungi pulut, jagung, roti dan kacang. Wajib cuba

Barang yang anda dibeli kena cukai?

Sepanjang penduduk tempatan yang kerap membeli belah di Rantau Panjang, tidak pernah pula ditahan oleh pihak Kastam walaupun nombor plat kereta penulis bukan plat Kelantan. Kalau ditahan pun mereka tidak pernah membuka bonet, hanya bertanya apa yang dibeli.

Barangan yang dikenakan cukai adalah barangan buatan Thailand seperti toto, beras,  pinggan mangkuk dan sebagainya (itupun jika dibeli dalam kuantiti yang sangat  banyak dan dibeli secara borong).

Jangan risau, kebarangkalian anda dikenakan cukai hanya sedikit sahaja. Sekadar beli untuk keperluan tidak mengapa. Kalau beli terlampau banyak pun, pandai-pandai la sorok-sorok sikit barang yang dibeli.

Cukai di Rantau Panjang

Papan tanda cukai 10% tidak termasuk beer dan rokok

 

Peniaga cekik darah

Ya, sekarang ni heboh dikatakan pelawat mula merundum dan terdapat aduan dari pembeli terhadap segelintir peniaga mengenakan harga yang melampau semasa cuti sekolah. Alasan mereka, masa inilah peluang untuk kaut keuntungan lebih memandangkan orang dari luar Kelantan akan berpusu-pusu ke sini.

Antara ciri-ciri peniaga sebegitu adalah seperti mereka susah untuk tawar menawar dan kurang mesra dengan pelanggan. Anda dinasihatkan tidak membeli di kedai seperti itu.

Peniaga cekik darah, wajib dipulaukan. Untuk itu, perlu banding-bandingkan antara kedai ke kedai sebelum membeli sesuatu barangan.

 

Tips membeli belah di Rantau Panjang

  • Bawa orang Kelantan supaya lebih mudah dan senang untuk tawar menawar, ataupun mereka yang boleh 'kecek kelate' (cakap loghat kelantan). Kalau tiada pun tidak mengapa, anda boleh praktikkan beberapa tip yang disediakan untuk mendapatkan harga yang istimewa dan mengelakkan dari dikenakan harga tidak masuk akal.
  • Tawar menawar terus dengan tauke kedai.
  • Pergi ke kedai tumpuan yang ramai pembeli dari kalangan penduduk tempatan. Jika tidak mahu membuang masa survey harga di Rantau Panjang, cari sahaja kedai yang mana ramai pembelinya dari kalangan warga tempatan. Peluang anda berjumpa kedai paling murah sangat cerah.
  • Elakkan datang ke sini pada hari Jumaat dan Sabtu terutamanya pada waktu petang kerana pada waktu inilah waktu yang paling sesak dan sukar untuk tawar menawar, membeli pun tidak tenang dengan orang ramai, ditambah pula terik panas.
  • Masa sesuai untuk membeli-belah adalah jam 8 pagi hingga 12 tengah hari. Pada waktu ini pengunjung belum ramai, jadi pekedai biasanya akan melayan anda jika anda ingin merunding harga sesuatu barang. Datang lebih awal lebih baik kerana lebih banyak masa dapat diperuntukkan untuk survey segenap kedai di Rantau Panjang bagi mendapatkan harga yang terbaik.
  • Perlu diingat, pekedai letih melayan karenah pembeli untuk tawar menawar, berkomunikasilah dengan pekedai dengan berhemah dan beramah mesra lah dengan mereka.
  • Anda penat dan lapar semasa membeli belah disini? Usah risau. Anda akan dapati kedai makan sangat banyak. Anda disarankan untuk singgah dimana-mana kedai makan disini. Masakan Kelantan + Siam banyak disediakan oleh kebanyakan kedai makan. Pasti anda berasa teruja untuk mencubanya.

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


UMNO Online - BN Tidak Gentar Siapa Pun Calon Lawan <b>Di Galas</b>

Posted: 04 Oct 2010 04:51 AM PDT

Kategori PRK Galas

BN Tidak Gentar Siapa Pun Calon Lawan Di Galas

SINGAPURA 7 Okt. – Barisan Nasional (BN) tidak gentar dan bersiap sedia untuk menghadapi sesiapa pun calon yang akan diletakkan oleh parti lawan dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Galas di Kelantan pada 4 November ini.

Ketua Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata:" yang pasti ialah kita akan meletakkan calon yang terbaik yang boleh membawa kemenangan kepada BN di Galas."

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian di sini apabila diminta mengulas oleh pemberita Malaysia mengenai kenyataan Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan II Datuk Husam Musa di Kota Baharu semalam tentang ura-ura parti itu hendak meletakkan Orang Asli sebagai calonnya bagi pilihanraya kecil itu.

Mustapa berada di sini kerana menghadiri dan menyampaikan ucapan utama di persidangan dua hari yang dihadiri kira-kira
600 pemimpin perniagaan tempatan dan antarabangsa di Pusat Persidangan Bandaraya Raffles yang bermula hari ini.

Mustapa juga berkata beliau akan berjumpa dengan Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, yang juga Pengarah Pilihan Raya Umno dan BN pada pilihan raya kecil itu, dalam tempoh terdekat ini untuk berbincang bagi merangka
program-program yang akan dilaksanakan semasa kempen pilihanraya kecil itu.

Mengenai siapa calon BN yang akan diletakkan pada pilihan raya kecil Galas itu, Mustapa berkata adalah terlalu awal untuk menjangkakan calonnya.

Mustapa yang juga Timbalan Pengarah Pilihan raya Umno dan BN pada pilihan raya itu menggesa supaya semua pihak jangan terlalu ghairah untuk membuat spekulasi.

Kerusi kawasan Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, dari parti PAS, pada 27 Sept lepas.

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia di Kuala Lumpur semalam juga telah menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu ialah pada 26 Okt ini dan pengundian pada 4 Nov.- BERNAMA

Berita Bertarikh Pada 7 October 2010 4:49 PM

03 di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search


DEPARTURES BY UDEYISMAIL: Sambungan Gemas gie <b>Dabong</b>

Posted: 23 Nov 2012 03:40 AM PST

UDE_6689 Selepas 1 jam kami terkandas di stesen Gemas, keretapi mula bergerak menuju kearah laluan ke pantai timur, melalui Bahau, Negeri sembilan. Disebabkan tersalah membeli tiket, kami terpaksa bersengkang mata sambil layan adik kecik didepan seat kami yang seronok menyanyikan lagu Maher zain, pandai betul budak-budak sekarang nie, menghafal lagu-lagu maher zain dalam english. Bagi yang berniat untuk bawa family, aku cadangan korang memilih gerabak yang ade tempat tido dan jangan ambik tempat duduk macam kitorang, nak pulak bagi yang bawak barang banyak-banyak, laluan memang agak sempit sikit. Disebabkan mata susah untuk lelap, so ke hulu hilir la aku dengan kamera ditangan, kalau perut terasa lapar, berjalan la kami ke cafe yang ade dalam train tu. Waktu perjalanan kami tak semeriah pada musim cuti-cuti, kalau musim cuti rasenya ramai yang sanggup berdiri. Bagi yang berminat dalam photography rasanya memang sesuai untuk korang semua rekodkan apa yang berlaku sepanjang perjalanan, walaupun malam, ini tidak menghalang kita untuk mengambil gambar didalam train. Pukul 3.00 pagi, keretapi yang kami naiki berhenti untuk turunkan penumpang dan mengambil penumpang di mentakab, walaupun waktu 3.00 pagi, masih ramai penumpang di mentakab  yang menaiki keretapi ke kelantan. Masa untuk keretapi berhenti bagi setiap stesen yang dijadualkan pada time table adalah lebih kurang didalam 10-20 minit. Mata mula mengantuk, so kalau dah mengantuk ubatnya adalah tido, walaupun kurang selesa, bagi menyimpan tenaga untuk hari esok, aku terpaksa berehat untuk seketika waktu. Selepas stesen mentakab, keretapi akan berhenti di jerantut, kuala lipis, merapuh. Pukul 7.00 pagi celik mata daripada tido, kami telah pon sampai di Jajahan gua musang,kelantan dan selepas itu, keretapi akan berhenti di Dabong. Untuk pengetahuan am pada semua, Dabong terletak di jajahan kuala krai dan pekan dabong terletak 155 km daripada kota bharu,Dabong terkenal di kalangan pelawat sebagai pintu masuk ke destinasi-destinasi ekopelancongan di Kelantan. Disebabkan kami leka mengambil gambar dalam keretapi, kami terlepas station, sepatutnya kami akan turun di dabong. Ikut pada pelan seterusnya kami terpaksa turun di Kuala Krai dan alhamdulillah kami tak terlepas stesen lagi. UDE_6257 Kenapa kami kena turun di dabong dan Kuala krai ?, Daripada dabong atau kuala krai, kami akan mengambil "shuttle train" ataupun keretapi lompat yang mana keretapi tu akan berhenti di kesemua stesen-stesen kecik, kalau kita lihatkan stesen yang terdapat disepanjang perjalanan, stesen kecik itu merupai tempat menunggu teksi atau bas. Untuk membeli tiket "shuttle train" kami boleh membeli melalui kaunter yang terdapat distesen atau diatas keretapi. Mengikut info "shuttle train ni baru dirasmikan pada 3 mei 2010, mengantikan keretapi lama sebelum nie, rasenya kalau dapat naik keretapi lama sebelum shuttle train yang berair cond, aku rase perjalanan lebih menarik lagi. Apa yang best sangat shuttle train ?, kami memilih untuk menaik shuttle train nie, bagi merasai kehidupan sebenar rakyat kelantan yang menggunakan shuttle train nie sebagai pengangkutan utama. Didalam shuttle train nie, kita boleh tengok macam-macam karenah orang, boleh tengok mak cik-mak cik yang nak berniaga, diorang terpaksa usung semua barang-barang masuk ke dalam keretapi. Bagi pelajar-pelajar sekolah, ade sesetengah daripadanya, diorang ke sekolah terpaksa menggunakan keretapi, ada daripadanya terpaksa tinggal di asrama, bila ditanya adik-adik kita yang belajar dikawasan tu, diorang terpaksa bangun awal pagi untuk mendapatkan pengangkutan keretapi shuttle train, pukul 4.00 pagi lagi dah kena tunggu keretapi datang. Suasana memang meriah didalam train, meriah dengan suara orang-orang tua dan kanak-kanak dan orang kelantan jugak agak peramah. UDE_6476 Shuttle train beroperasi 2 kali sehari, dari arah tumpat ke dabong dan dari Kuala lipis ke Tumpat. Kami tidak dapat meneruskan perjalanan ke tumpat atas sebab perlukan rehat secukupnya dan terpaksa turun di Stesen wakaf baru yang berdekatan dengan kota bharu. Ketibaan kami disambut oleh 2 orang rakan daripada kelantan, iaitu Pok cik dan Ayie. Diikutkan plan sebenar kami akan berehat di bag packer hostel yang berdekatan, tapi atas pelawaan rakan, kami menetap di gegey studio milik pok cik. Terima kasih kerana sudi tumpangkan kami di gegey studio. UDE_6647 Plan perancangan kami belum berakhir, kami menyambungkan perjalanan kami dengan berpatah balik ke Dabong daripada wakaf baru, seawal pukul 3.30 pagi, kami bersiap sedia untuk menyambungkan perjalanan kami ke dabong dengan menaiki keretapi yang paling awal, keretapi yang bertolak daripada tumpang. Seawal pagi distesen keretapi wakaf baru, kami boleh lihat orang ramai mula sibuk dengan mengangkut barang-barang dan ada daripadanya adalah peniaga.Pukul 4.00 pagi keretapi betul-betul datang tepat pada waktu yang ditetapkan. Sepanjang keretapi berhenti di setiap perhentian kami boleh tengok adik-adik yang nak ke sekolah dan untuk makluman, keretapi akan berhenti pada setiap perhentian, walaupun perhentian tersebut tidak ada orang. UDE_6814 UDE_6759 UDE_6770 UDE_6822 UDE_6414 Didalam train macam-macam gambar yang dapat kami ambik, ade diantaranya terpaksa menuaikan solat subuh di atas keretapi, ade yang sempat lelapkan mata sebelum sampai ke destinasi. Pengalaman ini, boleh dikatakan pengalaman yang berharga, yang kami susah untuk dilihat dimana-mana tempat, walaupun tidak sehebat di india atau di pakistan, kami patut berbangga dengan setiap apa yang ada di tanah air kita sendiri, rasa syukur dengan setiap kemudahan yang kita anda, kalau dibandingkan dengan di india, orang terpaksa berebut-rebut untuk menaiki keretapi, ade sesetengahnya terpaksa duduk di kelas paling hujung, iaitu seat atas bumbung keretapi. Aku menyimpan niat, satu hari nanti aku akan ke moscow untuk menaiki pengalaman perjalanan dengan trans siberian atau trans mongolia yang akan menuju ke beijing dan aku banyak membaca buku-buku yang berkaitan dengan travelogue penulis-penulis yang merasai pengalaman penjelajahan daripada moscow ke beijing yang memakan masa yang agak lama untuk sampai. UDE_6405 UDE_6379 UDE_6330 Bagi yang berminat untuk merasai pengalaman sebegini, aku sarankan korang buat la persediaan yang rapi, walaupun kita berada di negara sendiri. Kami menamatkan perjalanan kami sampai ke Dabong dan berpatah balik ke Wakaf baru semula. Perjalanan kami adalah singkat, kami pulang semula ke wakaf baru untuk bersiap sedia untuk pulang semula ke kuala lumpur dengan menggunakan keretapi express. Walaupun tidak sehebat mana cerita ni, sekurang-kurangnya aku dapat berkongsi dengan semua pembaca dan insyallah, nantikan travelogue yang akan datang, mungkin dengan cerita-cerita yang lepas yang akan aku kongsikan semula tentang kisah perjalanan aku selama berada di tanah air sendiri mahupun negara orang, apapun ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua rakan-rakan di kelantan, terutama sekali pada Pok cik, ayie & muin, kerana sudi membantu kami selama kami berada dikelantan, jumpa lagi jika ada masa yang diizinkan, terima kasih juga kepada KTMB malaysia

ads