Ahad, 30 Disember 2012

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


Cinta Travel: KAWASAN BEBAS CUKAI <b>RANTAU PANJANG</b>

Posted: 27 Nov 2012 11:09 PM PST


RANTAU PANJANG, KELANTAN

Mengenai Rantau Panjang

Bandar Rantau Panjang adalah terletak bersempadan dengan Sungai Golok, Thailand merupakan pintu keluar – masuk dan pusat membeli belah yang utama di Jajahan Pasir Mas khususnya dan Negeri Kelantan amnya. Jaraknya hanya 25 km dari bandar Pasir Mas dan 40 km dari bandar Kota Bharu.
Rantau Panjang merupakan tempat kawasan bebas cukai yang kedua di Kelantan selepas Pengkalan Kubor Tumpat Kelantan. Bagi mereka yang gemar membeli belah barang-barang seperti pakaian, periuk, pinggang mangkuk, set tilam, dan sebagainya disini lah syurga membeli belah terbesar di Pantai Timur.
 
 Kemudahan Di Rantau Panjang
Bagi mereka yang baru saja menjejak kaki ke Rantau Panjang, tidak perlu risau mengenai kemudahan awam yang terdapat disini. Dari segi tempat letak kereta Majlis Daerah Pasir Mas menyediakan tempat yang lapang untuk meletakkan kereta dan bas persiaran/pelancongan. Kemudahan seperti surau dan tandas juga di sediakan di kawasan sekitar Pekan Rantau Panjang ini. Kemudahan seperti bank juga terdapat seperti ATM (Mybank). Jadi musim sekolah ini merupakan peluang bagi mereka yang gemar bercuti untuk membeli belah sambil makan angin di negeri Cik Siti Wan Kembang.
 
Masjid Yang Unik berlatar belakangkan pembinaan masjid di cina juga dibina di Pekan Rantau Panjang ini.

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


The Red Colony: <b>Kelantan galas</b> misi sukar <b>di</b> Paroi

Posted: 03 Jul 2012 03:36 AM PDT


KOTA BHARU – Hanya 16 pemain ke Seremban. Itulah jumlah pemain yang dibawa oleh Kelantan dalam meneruskan misi memburu tiga mata apabila berhadapan Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini.
Nasib malang terus menimpa The Red Warriors, selepas kehilangan Obinna Nwaneri dan Mohd Nurul Azwan Roya kerana mengumpul tiga kad kuning, pengendali pasukan, Bojan Hodak terus pening kepala apabila giliran Norshahrul  Idlan Talaha pula terpaksa disisihkan kerana mengalami kecederaan.
"Saya tidak ada banyak pilihan. Itu sahaja yang kami ada tetapi misi memburu tiga mata perlu diteruskan. "Perlawanan ini cukup penting dan kita datang ke Seremban untuk meraih tiga mata.
"Separuh kekuatan pasukan kita hilang. Tetapi saya tidak boleh berputus asa dan perlu memandang ke depan. "Baki empat perlawanan cukup penting dan saya perlu menyuntik sedikit motivasi kepada pemain untuk mereka membawa  pulang tiga mata ke Kota Bharu," katanya kepada Sinar Harian semalam.
Ketiadaan penyerang kebangsaan memaksa jurulatih dari Croatia itu menyenaraikan Muhammad Ramzul Zahini bergandingan dengan Mohd Norfarhan Muhammad setelah peluang penjaring terbanyak Kelantan dengan tujuh gol  setakat ini, Mohammad Ghaddar untuk diturunkan masih samar.
"Dia (Mohammad Ghaddar) dan Piya (Mohd Badhri Radzi) masih 50-50 untuk diturunkan tetapi saya tetap bawa mereka ke sana. "Saya tidak bimbang kerana pemain muda seperti Khairul Izuan (Rosli) juga boleh beraksi dengan baik,"  katanya.
Dalam pada itu, Hodak tidak menganggap penggantungan tiga tonggak skuad Jang iaitu Jean Emmanuel Effa Owona, Rashid Mamud dan Mohd Aliff Samsuddin memberi laluan mudah kepada anak buahnya untuk mengganas di Paroi.
"Jangan cepat memandang rendah pasukan lawan. Mereka pasti mahu bangkit setelah tewas 1-2 kepada PKNS FC tempoh hari. "Ketika itu Mohd Shukor (Adan) tidak beraksi dan malam ini dia kembali bersama Negeri Sembilan.
"Begitu pun pemain veteran, Idris (Abdul Karim) yang boleh mengemudi jentera mereka dengan baik. "Saya akan mengarahkan S Subramaniam atau Mohd Rizal Fahmi (Ab Rosid) mengawal ketat ayam tambatan mereka, Mohd Shakir  (Ali) dalam pertemuan malam ini," katanya.
Untuk rekod, Kelantan berjaya menewaskan Negeri Sembilan 2-1 dalam pusingan pertama di Kota Bharu pada 4 Mac lalu menerusi gol kemenangan S Chanturu pada minit-minit akhir perlawanan. 


03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


.: Masa Depan Pas <b>Kelantan</b> 20 Tahun Akan Datang

Posted: 23 Dec 2012 08:36 PM PST

RENCANA KHAS                                                                                               

Pengenalan:

Selalu orang bertanya siapa akan memimpin Kelantan selepas Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Ada beberapa nama disebut-sebut tetapi tiada siapa pula berani menegaskan nama disebut itu akan jadi MB. Ironisnya pula Timbalan Menteri Besar Kelantan, selalunya akan ternafi ditengah jalan. Keadaan ini menjadi kenan dan menyebabkan persoalan siapa MB selepas Nik Aziz menjadi tanda tanya. Catatan kecil ini akan cuba merungkaikan permasalahan. "

Walaupun Tokguruku Nik Abdul Aziz Nik Mat nekad untuk berjuang sampai ke akhir hayatnya dalam PAS, dan sanggup mati di atas kerusi pemerintah atas alasan kerana Umno berdegil mempertahankan doktrin sekularismenya, tetapi hakikatnya beliau akan berhenti juga bila sudah sampai masanya nanti. Masa untuk itu sebenarnya sudah terlalu hampir dan rapat. Mengenai semangat dan nekadnya tidak siapa boleh menafikan. Saya sendiri yakin dia akan meneruskan nekad murni itu. Mungkin cita-citanya 'syahid' dalam perjuangan adalah rahsia yang tidak terucap kepada umum dan menjadi rahsia peribadinya.

Walaupun selepas pilihan raya ke- 13 nanti beliau dikatakan tidak akan meneruskan tugasnya, sebagai MB, tetapi saya percaya selagi Nik Aziz mampu mengangkat tangannya ke atas untuk angkat sumpah, beliau akan terus menjadi MB. Alasannya mudah, PAS masih memerlukan dia.

Apakah selepas ini, kalau tertakdir PAS menang besar, alasan ataupun keperluan itu masih berlaku; PAS mahukan Tokguru? Firasat saya mengatakan ia tetap akan berlaku.

Sebabnya tidak akan ada sesiapa tergamak untuk mengatakan; Tokguru, silalah berhenti locing sudah berbunyi. Tidak akan ada walaupun beliau sangat letih dan berhajat begitu untuk menyudahi game seterusnya dan menamatkan permainan. Bukankah ini satu penganiayaan dan zalim? Ketaksuban dan rasa sayang kepadanya begitu tinggi. Kerana itu bila ada yang tersalah cakap, atau ikhlas cakap memberi nasihat orang itu akan menjadi mangsa kritikan dan dicemuh.

Adun Gaal Nik Mazian Nik Mohamad telah memberi pandangan secara umum mengenai keadaan wakil-wakil rakyat yang tidak sihat atau sering uzur agar berundur secara terhormat. Maksud beliau jauh sekali untuk dituju kepada tokguru, namun apa yang terpaksa diterima dicemuh dan disalah anggap kononnya beliau menasihati tokguru. Begitulah tangkasnya persepsi umum sesetengah orang PAS dalam menjaga dan menghormati tokguru.

Sama-sama kita menanti dan menyusuri perjalanan ini yang tidak begitu berliku sangat. Sebenar tidak menjadi masalah apakah selepas pilihan raya umum ke -13 nanti tokguru hendak terus memegang jawatan MB atau tidak, itu bukan perkara pokok. Apa yang hendak disuluh menerusi tulisan kecil ini ialah bagaimanakah PAS dalam tempoh 20 tahun lagi sesudah mahaguru itu tiada? Saya akan cuba menyuluh perkara ini sebagai persiapan melihat futuristik jemaah bernama PAS.

Untuk... membuat perhitungan kewujudan sesuatu empayar dan pengaruh peribadi kita ambil atau meletakan tempoh itu selama 20 tahun. Dalam tempoh ini boleh dijadikan periode jaya atau gagal seseorang pemimpin itu. Masa selama ini cukup munasabah. Allahyarham Mohd Asri Muda merupakan orang pertama mencipta empayar dan menguasai Kelantan menerusi PAS. Walaupun PAS di zamannya memerintah Kelantan selama 18 tahun tetapi Asri terus memimpin PAS selepas itu hinggalah tahun 1982. Asri meninggalkan 'cekandi' perjuangan PAS kepada Nik Aziz selepas tahun 1982.

Tokguru pula sudah melangkah ke tahun 28 sebagai ketua PAS Kelantan dan berjaya membentuk kerajaan selama 22 tahun. Dari segi jangka masa ternyata Nik Aziz lebih cemerlang dan gemilang berbanding Asri. Apalah rekod kedua-dua pemimpin itu akan terpecah di masa akan datang?

Dalam tempoh lebih 20 tahun Asri menguasai PAS beliau berjaya melahirkan beberapa nama yang menjadi pemuka PAS. Antara nama-nama itu ialah Wan Ismail Wan Ibrahim, Abdul Halim Abdul Rahman, (kedua-dua bekas MB Kelantan), Muhammad Nasir (MB), Omar Muhammad, Allahyarham Wan Mohamad Jamil, Zahari Awang dan lain-lain.

Malahan kalau hendak diambil kira Nik Abdul Aziz sendiri lahir dizamannya. Asrilah yang melahirkan Nik Aziz dalam persada politik. Asrilah yang memperkenalkan Nik Aziz pertama kali dalam arina politik dengan menjadikan beliau sebagai calon pada pilihan raya kecil Pengkalan Chepa tahun 1967. Tetapi disebabkan pengakhiran Asri bukan bersama PAS menyebabkan jasa dan budi Asri terhadap Nik Aziz ini jarang dikenang orang. Kemarahan dan kebencian kerana sentimen mengambuskan segala-galanya.

Sejarah telah mencatat Asri sudah meninggalkan legasi dalam hidupnya dengan terzahirnya Nik Aziz sebagai MB sama dia suka atau tidak atau pun sama ada orang ikhtiraf (mengenang) jasa Asri ini waima pun tidak. Walaupun mereka berbeza politik dan Asri tidak pun pernah berjabat tangan secara rasmi dengan Nik Aziz mengucap tahniah kerana menjadi MB, tetapi hakikat mereka ada kaitan tidak boleh dinafikan. Bukti itu sejarah saja boleh mendedahkan dan sejarah juga tidak boleh direka kerena kalau direka ia akan merosakkan sendi dan saraf sejarah. Tokguru sendiri tidak boleh menafikan realiti ini.

Kerja dan amanah perjuangan sudah diberesi oleh Asri apabila Tokguru muncul menjadi wira baru di Kelantan dan penyambung kepada perjuangan PAS. Lebih memberangsangkan lagi wira baru ini berjaya meletakkan nama Kelantan dan PAS di persada alam, ia merupakan kehebatan PAS dan peribadi Nik Aziz sendiri yang juga tentunya terbenih dari Asri. Atas kehebatan itulah menyebabkan orang semacam menjadi gila dengan tokguru ada kalanya terkeluar dari lunas-lunas sepatutnya kalau pun tidak sampai syirik.

Persoalan kini, bagaimana pula dengan Nik Aziz? Orang tidak perlu persoal dalam tempoh 22 tahun dia menjadi MB, tetapi orang akan menilai ke depan bagaiman 20 tahun akan datang. Siapakah yang akan memimpin PAS Kelanhtan dan menjadi hero 20 tahun akan datang? Yang akan menjadi legasi kepada tokguru seperti legasi Asri melahir beliau sehingga memimpin Kelantan dan menjadi MB lebih lama darinya.

Bersambung ke siri (2). [wm.kl. 12:17 t/hari 24/12/12]

03 di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search


Jalan-Jalan <b>Di</b> Malaysia: Kampung Biak, <b>Dabong</b>, Kelantan

Posted: 14 Dec 2012 05:52 AM PST




Gambar ini diambil semasa berkhidmat di Ladang Fokus Bonanza. Untuk sampai ke kampung ini anda perlu menaiki perahu dari Kampung Kandek.

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search


pru 13: pr menikus <b>di jeli</b> dan gua musang? - kembali mencari

Posted: 16 Dec 2012 05:06 AM PST

Kerusi BN yang dijamin selamat oleh PAS dan PR Kelantan ialah kerusi Parlimen Jeli dan Parlimen Gua Musang.Kedua dua kerusi ini tidak menjadi sasaran oleh PR walaupun BN mensasarkan 7 kerusi PR yang lain di Kelantan.Pelik juga bila memikirkan cita cita besar PR nak tawan Putrajaya ini ,PR tidak mensasarkan untuk memenangi kedua dua kerusi ini tetapi PR juga seolah olah membiarkan BN kuasai kerusi ini dan memberi ruang kepada BN untuk mensasarkan 7 kerusi Parlimen yang lain di Kelantan.
PR mensasarkan Putrajaya sebagai harapan mereka dalam PRU 13 kali ini untuk sekian kalinya.Bila sasaran takluk Putrajaya diletakkan maka tidak boleh tidak kerusi kerusi Parlimen yang ditandingi oleh PR perlu di menangi sebanyak mungkin.Kehilangan satu kerusi disetipa negeri bermakna 14 kerusi yang hilang oleh itu pihak PR sepatutnya mensasarkan tiada satu pun kerusi yang tidak dapat mereka tawani.

Mendasari kehendak berkobar kobar pihak PR ini kawe merasa sedikit sangsi dengan kesungguhan pihak PR di kelantan untuk menuju ke matlamat tersebut.Berpaksikan perkara tersebut kawe tidak dapat melihat kesungguhan yang nyata dari mereka dalam memastikan tiada kerusi Perlimen yang terlepas ke tangan BN di  Kelantan.Tiada minat yang ditunjukkan oleh PR Kelantan untuk menawan kerusi Jeli dan Gua Musang apatah lagi untuk berusaha untuk memastikan Ku Li dan Stopa berputih mata dalam PRU 13 nanti.

Pihak PAS awal awal lagi tanpa usaha telah menyerahkan kedua kedua kerusi tersebut kepada BN dengan alasan tidak mampu untuk menang.Mengaku kalah sebelum bertempur boleh merentap semangat rakyat untuk membantu PR tawan Putrajaya.Rakyat akan hilang keyakinan jika kesungguhan untuk berjuang dikalangan PR gagal diserlahkan.

Memberi kemenangan mudah kepada Ku Li merupakan satu kesilapan yang terancang dilakukan oleh PAS kelantan dalam PRU 13 nanti.Pihak PAS seharusnya peka bahawa terdapat kumpulan kumpulan tertentu dalam UMNO sendiri yang mahu melihat Ku Li kecundang di Gua Musang.Dalam erti kata lain rakyat Gua Musang telah mula menolak Ku Li.Jika kesempatan ini tidak diambil oleh PAS bahawa Gua Musang adalah kerusi yang boleh menyumbang utk takluk Putrajaya maka perkataan yang wajar kawe lafazkan untuk PR Kelantan adalah LEMAH daya fikir.

Dikala Najib berkira kira dalam ragu ragu untuk meletakkan Ku Li semula di Gua Musang kerana takut kerusi tersebut hilang dari penguasaan BN ,PAS pula melihat Ku Li sebagai gergasi yang tidak boleh ditewaskan selamanya oleh mereka.Masih ada sedikit ruang masa untuk PAS aturkan strategi mereka memastikan Parlimen Gua Musang milik PR.

Begitu juga dengan kerusi Jeli ,tiada usaha langsung dari PR untuk menghalau Stopa dari selesa di jeli. PAS hanya GAH melabelkan Stopa lemah ,Stopa hina rakyat Kelate , Stopa kejam kepada Rakyat kelate , Tapi hakikat sebenarnya PAS masih takut dengan kekuatan Stopa di Jeli .Hinggakan bayang Stopa di Jeli pun PAS tidak berani untuk memandangnya.

Jika kedua dua kerusi ini pihak PR tidak ada keyakinan untuk menawannya JANGAN bermimpilah untuk mengajak rakyat tawan Putrajaya.Stopa di Jeli dikhabarkan bukanlah kuat sangat TAPI pihak PAS tiada tokoh atau calon yang boleh di ketengahkan untuk menewaskan Stopa.

Pihak PAS sewajarnya menampilkan 2 orang calon yang bertaraf calon menteri PR jika tawan Putrajaya nanti. Husam Musa wajar dipertaruhkan untuk menentang Stopa di Jeli.Siapa di Gua Musang untuk nyahkan Ku Li??

Pihak UMNO tidak mensasarkan dalam PRU 13 ini untuk tawan Kerajaan Kelantan dari PAS kerana mereka lebih berminat untk pertahankan Putrajaya sahaja.Namun begitu mereka tetap sasarkan Parlimen Kota Bharu dan Rantau Panjang sebagai milik mereka sebagai pengagah semangat.

ads