Selasa, 10 September 2013

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Aug 2013 12:00 AM PDT

4 Penjenayah Sempat Sahur Di Rumah Peneroka FELDA

GUA MUSANG – Empat penjenayah sempat bersahur di rumah sebuah keluarga yang dipecah masuk sebelum mereka bertindak melarikan wang tunai dan barangan kemas bernilai kira-kira RM15,000 di Rancangan Felda Chiku 1 di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, penjenayah berkenaan turut bertindak kejam dengan mengikat tangan lima anggota keluarga berkenaan sebelum meninggalkan mereka.

Menceritakan detik cemas itu, Ab. Hani Mamat, 38, berkata, kejadian berkenaan disedari isterinya, Hasro Mohzin, 34, yang ternampak kelibat penjenayah berkenaan sedang berlegar-legar di ruang tamu ketika mereka sedang tidur di situ.

Kata beliau, isterinya kemudian memaklumkan kepadanya sebelum dia bangun dan pergi ke arah penjenayah berkenaan.

"Tiba-tiba suspek mengeluarkan parang dan mengacukan ke leher saya sebelum mengikat tangan saya, isteri dan seorang adik ipar, Azizul, 21, serta mengarahkan kami duduk di ruang tamu.

"Pada masa sama, dua daripada suspek masuk ke bilik bapa mertua saya, Mohzin Abdullah, 60, yang sedang nyenyak tidur. Dia cuba melawan tetapi tidak berdaya lalu diikat tangannya bersama ibu mertua, Ramlah Arifin, 51, dan seterusnya kami dikumpulkan di ruang tamu," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Menurut Ab. Hani, kesemua suspek kemudian merampas barang kemas dipakai ibu mertua, wang tunai berjumlah RM4,000, beberapa utas rantai emas dan dua buah komputer riba.

"Mereka kemudian pergi ke dapur dan makan juadah yang kami sediakan untuk bersahur sebelum bergegas keluar menerusi pintu dapur.

"Mengikut dialek percakapan, empat penjenayah itu dipercayai warga Indonesia," katanya.

tetapi kami semua bernasib baik tidak diapa-apakan walaupun menerima beberapa kali ugutan jika berbuat bising," katanya.

Mohzin berkata, kejadian itu merupakan kali ketiga melibatkan keluarganya termasuk dua daripadanya berlaku pada tahun ini.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian berkenaan dan siasatan lanjut akan dijalankan. – Utusan Malaysia

Artikel disiar pada July 24, 2013 - 3:51 pm oleh Nor Azlina Shaari

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


DATUK NIK SAPEIA: PRU 13 PPP mendapat DUN <b>Manek Urai</b>

Posted: 28 Mar 2013 09:44 PM PDT

PPP diberi kepercayaan kepimpinan Barisan Nasional untuk meletak calon di DUN Manek Urai untuk mewakili Barisan Nasional dalam PRU 13. Penghargaan ini diberi berdasar segala usaha yang telah dilakukan oleh peminpin dan ahli PPP khususnya di Parlimen Kuala Krai untuk menambat sokongan rakyat tempatan. Berkat kerja dan program2 yang dilaksanakan oleh PPP Kelantan mendapat sambutan yang hangat oleh rakyat Kuala Krai terutama di DUN Manek Krai. Oleh itu PPP Kelantan diberi kepercayaan untuk mengetengahkan calon untuk DUN Manek Urai dan PPP telah menyerah tugas itu kepada Ketua Wanita PPP Kelantan , Datin Dr Suriani Yahya.

Datin Dr Suriani binti Yahya atau dikenali dikalangan penduduk Manek Urai sebagai Datin Su atau Dr Su, tidak asing bagi penduduk Manek Urai. beliau sentiasa bersama sama mengendali program 2 PPP yang di adakan di Kuala Krai khususnya di Manek Urai bersama Datuk Nik Sapeia Nik Yusof , Naib Presiden PPP Malaysia merangkap Ketua perhubungan PPP Kelantan.

Buat julung kali PPP kelantan mendapat sebuah kerusi untuk bertanding di Negri Kelantan. Memadangkan Dr Su merupakan calon boleh menang atau winnable candidate maka dengan semangat juang yang tinggi dan doa kehadrat Illahi agar mendapat restu PPP Kelantan melancar kempen pilihan raya dengan merasmi Pusat Bantuan PPP/BN DUN Manek Urai di Kg Laloh  pada 3/3/13 dibanjiri oleh sekitar 4000 penduduk DUN Manek Urai.

Beberapa program susulan telah diadakan di beberapa kampung termasuk Kg Peria Baru Kg Manek Urai Lama, Kg Peria. Kehadiran disetiap majlis perjumpaan amat memuaskan dengan kehadiran melebihi 500orang , dan mereka memberi sokongan padu pada Datuk Nik Sapeia dan Datin Su. Insya Allah PPP kelantan akan berusaha hingga berjaya menawan DUN Manek Urai sebagai usaha untuk Barisan Nasional memerintah Negri Kelantan Negri Tuanku Cik Siti Wan Kembang.























Siemens MelayuMaju: Gambar Jambatan <b>Manek Urai</b> tetap <b>di</b> bina <b>...</b>

Posted: 06 Apr 2013 07:30 AM PDT

Penduduk <b>Manek Urai</b> ingat jasa Tuan Aziz | The Malaysian Times

Posted: 24 Apr 2013 01:05 AM PDT

KUALA KRAI, 24 April: Ketika pilihan raya kecil Manek Urai pada 2009, nama Tuan Aziz Tuan Hamat@Tuan Mat tidak asing lagi kepada pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Walaupun tewas kepada calon PAS Mohd Fauzi Abdullah dengan majority hanya 65 undi, ia tidak menyekat Tuan Aziz daripada berusaha menunaikan janji untuk membawa pembangunan ke DUN berkenaan.

Ini antara lain dizahirkan melalui projek yang keseluruhannya bernilai jutaan ringgit seperti pembinaan jambatan baharu di Kampung Manek Urai Lama berharga kira-kira RM15 juta, pembesaran Masjid Temalir (RM600,000) dan pusat sukan dan rekreasi di Kampung Manjor (RM300,000).

Ketiga-tiga projek yang dilihat besar ertinya kepada penduduk itu kini hampir siap.

Dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei ini, Tuan Aziz merupakan calon BN bagi kerusi Parlimen Kuala Krai yang akan menentang penyandang daripada PAS, Dr Mohd Hatta Mohd Ramli.

Merangkumi empat DUN iaitu Mengkebang, Guchil, Manek Urai dan Dabong, Parlimen Kuala Krai mempunyai 63,101 pengundi dengan Melayu 93.9 peratus, diikuti Cina (4.4 peratus), India (1.33 peratus) dan lain-lain (0.22 peratus).

Penduduk Kampung Manek Urai Lama, Mohd Zamzuri Alias, 45, melahirkan rasa syukur kerana Tuan Aziz terpilih sebagai calon BN untuk Parlimen itu.

"Kami masih ingat jasanya yang telah mengubah keadaan di Manek Urai. Kami tidak mahu lagi tersilap pilih kerana kami mahukan pemimpin yang boleh membawa perubahan," katanya.

Warga emas dari Kampung Temalir, Yusof Abu, 70, berkata pemilihan Tuan Aziz untuk bertanding di Manek Urai dulu dianggapnya sebagai 'rahmat' yang telah membawa kepada pembesaran Masjid Temalir.

"Kalau dulu hanya berapa puluh jemaah sahaja boleh bersembahyang, kini beratus orang boleh sembahyang sekali. Kami akan pilih Tuan Aziz dan percaya melaluinya banyak lagi perubahan akan dibawa," katanya.

Bernama melaporkan, Tuan Aziz, 43, ketika ditemui berkata beliau percaya lebih 63,000 pengundi di Parlimen itu akan membuat pilihan bijak dengan memilih parti yang benar-benar mampu membawa pembangunan buat mereka.

"Ini amanah besar buat rakyat di sini. Saya berjanji akan berkhidmat dengan cemerlang untuk membawa perubahan lebih besar jika BN dipilih mewakili Parlimen ini," katanya.

Tuan Aziz berkata yang lebih penting ialah memastikan peluang pekerjaan bagi golongan muda dan menjadikan Kuala Krai yang terkenal dengan industry perladangan lebih berdaya saing.

Beliau membayangkan lebih banyak kilang akan diwujudkan bagi memastikan golongan muda mendapat pekerjaan tanpa perlu lagi berhijrah ke kawasan atau negeri lain.

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), kerajaan Persekutuan yang diterajui BN telah membawa pelbagai projek pembangunan bernilai lebih RM620 juta ke Parlimen ini termasuk pembinaan jambatan Sungai Galas berharga RM45 juta, kuarters polis di Sungai Durian (RM25 juta) dan Klinik Kesihatan (RM16 juta), di samping pembinaan beberapa sekolah baharu bernilai RM73 juta.

Di bawah RMK10 pula, lebih RM400 juta diperuntukkan sehingga kini bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan termasuk hospital baharu berharga RM300 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

Projek itu kini dalam proses penyediaan tapak di bandar Kuala Krai. Pelaksanaan projek pembangunan di kawasan Parlimen itu juga dibuat Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Kijang tumbang <b>di Kota Bharu</b>, hari keempat penuh kontroversi

Posted: 31 Aug 2013 08:23 PM PDT

Keputusan penuh kejutan, atau penuh kontroversi? Begitulah persoalan yang bermain di benak fikiran peminat bolasepak tempatan apabila saingan Matchday 4 Piala Malaysia menyaksikan beberapa keputusan di luar dugaan termasuklah kemenangan Lions XII di Stadium Jalan Besar yang 'dibantu' pengadil perlawanan.

Ketika juara bertahan, Kelantan dikejutkan dengan kekalahan 2-3 di laman sendiri kepada Negeri Sembilan, Terengganu turut mencuri tumpuan apabila gol minit akhir Khairul Ramadhan membantu mereka menewaskan Pahang 2-1, tatkala JDT pula dikejutkan dengan kekalahan 1-2 kepada T-Team di laman sendiri.

Kedah yang mencatat tiga keputusan seri sebelum ini pula 'dengan mudah' diratah 4-0 oleh Sarawak, namun perlawanan yang paling hebat diperkatakan adalah antara Lions dan Perak yang mana pengadil, Nafeez Wahab tidak mengesahkan atau 'membatalkan' gol jaringan Paulo Rangel yang dilihat sudah melepasi garisan gol sebelum diselamatkan penjaga gol Lions.

Keputusan lain matchday 4 :

Kumpulan A :

ATM 4-1 Johor
Selangor 1-1 Sime Darby

Kumpulan B
JDT 1-2 T-Team
Felda 1-0 PKNS

Kumpulan C

Kelantan 2-3 Negeri Sembilan
Terengganu 2-1 Pahang

Kumpulan D

Lions 2-1 Perak
Sarawak 4-0 Kedah

(6 GAMBAR)Nora Danish Manis Bertudung <b>Di Kota Bharu</b> |

Posted: 07 Jun 2013 04:27 AM PDT


Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu mengelembu. Abang Nara suka dengan Nora Danish kerana berpegang dengan peribahasa ini. Menghormati undang-undang dan rakyat negeri Kelantan, Nora Danish telah tampil bertudung ketika menghadiri sebuah majlis di Kota Bharu.

nora danish

Sikap menghormati dan memahami Nora Danish ini harus dicontohi oleh kesemua artis-artis tempatan. Pasti peminat Nora Danish makin menghormati dan kagum dengan sikap yang ditunjukkan olehnya. Rakyat Kelantan pun pasti bertambah sayang pada Nora Danish.

telekung

P.S: Telekung travel ini terbaik sangat jika anda ingin pergi berjalan-jalan. Mudah dibawa, kecil dan ringan. Boleh masuk dalam handbag dengan mudah. Hanya RM29 sahaja. Pelbagai saiz boleh didapati. Layari Facebook Gudang.My untuk info lanjut.

nora danish

4 lagi gambar Nora Danish manis bertudung di Kota Bharu dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Nora Danish.

P.S: Toyota Corolla untuk pasaran Amerika Syarikat dilancarkan

nora danish
nora danish
nora danish
nora danish

Baca Yang Ini Pulak:-


MONTERO: VIDEO : KEBAKARAN <b>DI</b> KG SIREH <b>KOTA BHARU</b>

Posted: 06 Sep 2013 12:52 AM PDT

Tujuh buah rumah yang terletak kira-kira 100 meter dari Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan di Kampung Sireh Bawah Lembah di sini hangus terbakar. 
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.50 pagi, 6 Sept. api marak dengan begitu pantas disebabkan hampir kesemua rumah terbabit diperbuat daripada kayu disamping cuaca panas terik. 

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


SUDUT-SUDUT MENARIK,<b>DI</b> SEKITAR SK <b>BUNUT PAYONG</b>

Posted: 22 Jul 2013 12:53 AM PDT






CANTIK.........  Sekolah amat beruntung kerana mempunyai guru besar yang kreatif dan sentiasa mempunyai idea bagi menambahkan keceriaan sekolah.Hampir keseluruhan hasil lukisan adalah dari guru besar sendiri dan cikgu Nik Roseli serta bantuan dari rakan-rakan guru.

gugusan homestay: HOMESTAY <b>BUNUT PAYONG</b> KOTA BHARU

Posted: 30 Jun 2013 09:36 PM PDT

SENARAI HOMESTAY DI BUNUT PAYONG 
SILA KLIK PADA ALAMAT WEB/BLOG UNTUK KETERANGAN LANJUT

Sekolah Kebangsaan <b>Bunut Payong</b>, Kota Bharu,Kelantan <b>...</b>

Posted: 29 Jun 2013 01:54 AM PDT


Pada pagi ini - 29 hb Jun 2013, 12 orang wakil pelajar dari SK Bunut Payong, telah mewakili sekolah untuk program kawanku buku 2013 yang diadakan di DBP.Lawatan ke sekitar kawasan di DBP,memberi peluang kepada pelajar meninjau dan memberi pendedahan melalui pelbagai program yang diadakan.

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di galas kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Aug 2013 03:19 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di galas kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Aug 2013 03:36 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di galas kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Jul 2013 03:01 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di galas kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Jun 2013 03:14 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

:: cina islam | 2013 ::: Orang Asal luar <b>Kelantan</b> mengundi <b>di Galas</b>

Posted: 10 Nov 2010 07:34 PM PST

04 Zulhijjah 1431 H
Oleh : Wartawan Kita

KOTA BHARU, 10 Nov: Agak luar biasa apabila peratusan keluar mengundi di Dun Galas pada pilihan raya kecil 4 November lalu meningkat kepada 83 peratus, sedangkan banyak pusat pengundi berada di pedalaman Kelantan.

Malah lebih meragukan lagi apabila enam pusat pengundian membabitkan penduduk Orang Asal meningkat lebih 90 peratus, sedangkan kedudukan mereka jauh di pedalaman.

Lebih menghairankan lagi banyak bas dilihat di pusat-pusat pengundian di pos Orang Asal pada hari mengundi.

Menurut sumber, bas terbabit digunakan bagi mengangkut pengundi Orang Asal yang dipercayai tinggal di luar Kelantan untuk datang mengundi di Galas.

Ini kerana katanya, penduduk Orang Asal yang tinggal di pendalaman Kelantan tidak boleh diangkut menggunakan bas memandangkan ia hanya boleh dihubungi kenderaan pacuan empat roda.

Kehadiran begitu banyak bas di pusat pengundian menimbulkan banyak tanda tanya. Lagi pun kesemua penempatan Orang Asal dikawal Jabatan Hal Ehwal Orang Asal sejak bekas Adun Galas, Chek Hashim Sulaima sakit tenat.

Mengulas perkembangan tersebut Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, peratusan keluar mengundi sehingga 83 peratus merupakan suatu pencapaian yang luar biasa memandangkan kedudukan Galas di kawasan pedalaman.

"Ini jarang berlaku di kawasan orang kurang celik mengenai politik. Kawasan hulu Kelantan di mana kesedaran politik masih lagi rendah.

"Mungkin ada sesuatu yang cuba disembunyikan apabila pengundi di kalangan Orang Asal hampir kesemua keluar mengundi.

"Sedangkan di tempat orang yang celik politik pun tidak sampai sehingga 83 peratus keluar mengundi. Ini tentunya meragukan," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Pada pilihan raya kecil tersebut jumlah keluar mengundi sebanyak 83 peratus, sedangkan di Batu Sapi yang juga terletak di pedalaman Sandakan hanya 61 peratus.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, lebih menghairankan lagi apabila ada menteri awal-awal lagi sudah memberitahu akan menang banyak.

"Kalau sekadar kata menang sahaja tak apa. Ini seolah-olah menggambarkan mereka sudah tahu apa yang akan berlaku berdasar gerak kerja awal yang dilakukan," katanya.

Harakahdaily/-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di galas kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Jun 2013 03:16 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di galas kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Apr 2013 03:39 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di galas kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Feb 2013 03:12 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

PAS MENDAJAL LAGI <b>DI GALAS</b> – Perak Today

Posted: 21 Oct 2010 03:01 AM PDT

Demi memancing undi di DUN Galas, Kerajaan PAS Kelantan telah meluluskan pemberian geran hak milik kepada peneroka-peneroka di kawasan Tanah Rancangan Felda, termasuk di Felda Chiku Satu dan Felda Chikum Dua bagi menjelaskan hutang masing-masing. Menurut sumber, peneroka-peneroka di Tanah Rancangan Felda itu sudah lama menuntut hak milik geran tersebut dari pihak Kerajaan PAS Kelantan. Namun memandangkan bahawa kawasan itu adalah "kubu kuat" Barisan Nasional/UMNO, maka tuntutan tersebut "dipandang sepi" oleh Kerajaan PAS Kelantan.

Berikutan Pilihanraya Kecil DUN Galas, maka dengan tiba-tiba turun "wahyu dari langit" untuk menyegerakan proses tuntutan hak milik geran tersebut. Secara tiba-tiba, segala proses hak milik geran menjadi mudah. Tiba-tiba pihak Kerajaan PAS Kelantan "berbesar hati" untuk memberikan hak milik geran tersebut kepada peneroka-peneroka Felda terbabit.

Kenapa secara "tiba-tiba"? Kerana "tiba-tiba" ada PRK di DUN Galas. Kenapa dulu tidak dipercepatkan proses pemilikan geran terbabit? Kerana ketika itu tiada kepentingan hendak memberikan hak milik tanah kepada rakyat Melayu beragama Islam terbabit. Tambahan pula Tanah Rancangan Felda tersebut didiami oleh rakyat-rakyat marhain yang menyokong Barisan Nasional/UMNO, tentulah ada "double standard"!

Penulis percaya bahawa PAS Kelantan cuba "meniru" gerak kerja BN. Penulis masih ingat ketika Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor tempohari, BN mengumumkan tentang pemberian bantuan dan geran milik tanah kepada rakyat di Hulu Selangor. Mungkin PAS cuba "meniru" strategi ini. Namun, PAS tidak tahu bahawa bantuan dan geran hak milik tanah di Hulu Selangor telah pun diluluskan sebelum PRK Hulu Selangor diumumkan SPRM. Malah ketika itu, BN tidak terfikir pun akan ada PRK di Hulu Selangor. Bantuan dan geran hak milik tersebut diberikan kepada rakyat secara ikhlas tanpa sebarang permintaan sebagai timbal balas. Begitulah BN berbakti kepada rakyatnya.

Namun berbeza dengan PAS di Kelantan, tuntutan oleh peneroka-peneroka Felda di kawasan Gua Musang itu sudah lama dituntut oleh peneroka-peneroka di kawasan itu. Namun mereka bagaikan "putus harapan" untuk terus meminta-minta dari Kerajaan PAS Kelantan yang "pilih bulu". Peneroka-peneroka hanya menyerahkan tuntutan mereka kepada Allah S.W.T. Mereka bertawakkal kepadaNya kerana mereka sedar, dimanalah letakkan mereka berbanding "kasta" puak-puak PAS di Kelantan. Akhirnya alhamdulillah, Allah S.W.T telah mengurniakan PRK DUN Galas sebagai alasan membantu "kezaliman" yang cuba dilakukan oleh PAS Kelantan terhadap mereka.

Penulis melihat ini sebagai rahmat dari Allah S.W.T, bukannya sebagai "budi" dari Kerajaan PAS Kelantan. Jika Kerajaan PAS Kelantan ikhlas mahu berbudi pada rakyat, dari dahulu lagi mereka sudah memberi bantuan kepada golongan marhain di felda-felda ini. Namun mungkin di atas sifat "busuk perut" oleh pemimpin"penganut-penganut agama" PAS ini dan memandangkan Felda adalah "tajaan" dan sumbangan ikhlas dari Barisan Nasional sejak di zaman Allahyarham ayahanda kepada Dato' Seri Najib, Tun Abdul Razak, maka mereka "buat endah tidak endah". Namun, demi kepentingan undi untuk PRK DUN Galas kali ini, PAS serta merta mengumumkan pemberian geran hak milik tersebut? Nampak sangat "ada udang di sebalik batu".

InsyaAllah, biarlah Allah S.W.T sahaja yang menilai segalanya. Biarlah pengundi-pengundi di DUN Galas saja yang menentukannya. Ada penyokong PAS kata, "kalau sayangkan Ku Li, undilah PAS!". Penulis ketawa besar mendengar kata-kata "pujuk undi" tersebut. Apakah dia fikir pengundi DUN Galas itu bodoh seperti mereka? Apakah mereka fikir bahawa Ku Li sebagai Pengarah Kempen BN bagi PRK DUN Galas tersebut akan bersetuju dengan "saranan" mereka? Apakah mereka fikir Ku Li akan membiarkan DUN Galas jatuh sekali lagi kepada PAS dan meng"gadai reputasi"nya sebagai pemimpin UMNO yang bertahap menteri? IQ Ku Li tidak bodoh seperti mereka. Ku Li pastinya akan memastikan prestasinya sebagai pejuang UMNO tidak aka tercalar…

Bersedialah PAS Kelantan. Demi rakyat, BN/UMNO akan kembali mewakili DUN Galas ke Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan. Pastinya wakil rakyat BN/UMNO itu tidak akan terlepas pandang membawa segala permasalah rakyat DUN Galas ke Sidang DUN Kelantan. Dan pastinya dia akan berkhidmat membela nasib rakyat di DUN Galas berbanding di DUN-DUN Kelantan yang lain. YB-YB PAS Kelantan banyak yang "makan gaji buta" dan tidak membantu rakyat di kawasannya. Mereka lebih suka berceramah sambil mengedarkan "tin-tin perjuangan" untuk dimasukkan ke dalam kocek mereka. Apa YB PAS peduli dengan jalanraya yang belubang sana sini? Asalkan kantung poketnya "penuh" dan dapat "tambah bini", itu sudah cukup "kebajikan" kepada mereka. Begitulah PAS dan labu-labunya

BLOG KELANTAN: 03 <b>di galas kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Jun 2013 03:14 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di galas kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 23 May 2013 03:04 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di galas kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 09 May 2013 03:52 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KELANTAN: 03 <b>di galas kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Nov 2012 03:51 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Omegay: Persemadian terakhir fuckatan dan PAS <b>di</b> selatan - Dimensi

Posted: 28 Nov 2012 08:30 PM PST


Lebih tiga tahun lalu yakni pada 14 Julai 2009 seluruh negara tertumpu pada satu pertarungan sengit membabitkan pertembungan satu lawan satu diantara BN dan PAS dalam Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Manek Urai, Kuala Krai Kelantan.
Persaingan sengit yang berpusat di Selatan Kelantan itu walaupun berpihak kepada PAS namun kemenangan yang diperolehinya terlampau tipis hanya dengan kelebihan 65 undi sahaja berbanding 1,352 undi majoriti yang PAS perolehi pada PRU 12 2008.
Bermula dari situ gema kebangkitan Gelombang Merah semakin dirasai sementara di masa yang sama riak resah kerisauan semakin mencengkam kepimpinan PAS di Kelantan.
Kira-kira empat bulan kemudiannya atau lebih tepat lagi pada 4 November 2009, sekali lagi Selatan Kelantan menjadi pentas tumpuan ramai apabila berlaku pertembungan kali kedua membabitkan BN dan PAS, kali ini berlangsung di DUN Galas, Gua Musang.
Kebetulannya baik di PRK Manek Urai mahupun Galas yang lokasinya terletak di Selatan Kelantan ini, kedua-duanya menyaksikan undi sokongan untuk PAS semakin merosot sekalipun jentera pilihanrayanya didokong kuat oleh jentera PR dari PKR dan DAP.
Manakala di pihak BN pula jelas menunjukkan peningkatan undi sokongan yang amat ketara berikutan kembalinya sebahagian penyokong UMNO yang sebelumnya berpaling tadah pada PRU 2008 disamping meningkatnya kesedaran rakyat terhadap kelemahan urus tadbir Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat.
Satu perkara yang agak menarik, kejatuhan PAS di Kelantan pada akhir dekad 70-an dulu juga bermula dari Selatan Kelantan berikutan kebangkitan rakyat negeri ini membantah pelbagai penyelewengan konsesi kayu balak yang telah dilakukan oleh pemimpin PAS dan kroni mereka.
Antaranya termasuklah melibatkan tanah seluas 350,000 ekar tanah di yang digadaikan kepada syarikat Timber & Mine dari Singapura untuk tujuan pembalakan.
Jika dilihat pada senario di atas, kelihatan coraknya hampir sama. Tidak mustahil kejatuhan PAS di Kelantan akan bermula dari Selatan dengan mengambil semangat kebangkitan rakyat sebagaimana diterjemahkan dalam PRK Manek Urai dan Galas.
Sementelah lagi, sebahagian besar rakyat Kelantan semakin sedar kewujudan utama Ladang Rakyat di Gua Musang dan Kuala Krai yang membabitkan keluasan tanah lebih 80,000 ekar sebenarnya berkait rapat dengan konsesi pembalakan yang hanya menguntungkan syarikat Cina DAP dan Cina Singapura yang mempunya hubungan rapat dengan kepimpinan PAS Kelantan.
Sementara itu, dalam konteks politik nasional pula, tika ini PR kelihatan begitu memfokuskan tumpuan mereka ke arah selatan tanahair yakni Johor dengan andaian mereka berpeluang memperalatkan masyarakat Cina untuk menyokong PR dalam PRU 13.
Namun melihatkan kesepaduan sokongan yang diterjemahkan oleh rakyat Johor semasa PRK DUN Tenang di mana menyaksikan undi sokongan untuk BN dari majoriti orang Melayu Islam, Cina dan India semakin meningkat naik, jelas sekali PR bakal menghadapi kesukaran untuk mengekalkan 7 kerusi yang mereka miliki apatah lagi menawan kerusi lain.
Di antara Kelantan dan Johor pula, kedua-dua negeri ini menampilkan satu percanggahan pendirian PR yang ketara di mana, mereka sepakat menyokong pembinaan kilang Petrokimia yang disarankan dibina di Bachok Kelantan, sedangkan di Johor pula pakatan pembangkang begitu lantang menentang pembinaan kilang Petrokimia di Pengerang atas nama penjagaan alam sekitar dan tanah rakyat
Kontradiks sebegini menampakkan agenda perjuangan PR lebih banyak menambah keraguan besar dalam fikiran rakyat apatah apabila ia dilakukan oleh kepimpinan PR dan NGO proksinya hasil dari pembiayaan dan hasutan kiasu Singapura.
Johor adalah nadi kekuatan UMNO dan jantung hati BN malah budaya rakyatnya agak berbeza walau berlainan agama dan bangsa, lagi kuat ia diasak lagi rapat kesepaduan rakyat menentang anasir adu domba pembangkang, sebagaimana dibuktikan melalui PRK DUN Tenang. 
Baik senario Selatan Kelantan mahupun Selatan tanahair yang membabitkan negeri Johor, kedua-duanya juga berkongsi satu rumusan, kejatuhan PAS di Kelantan dan kemusnahan PR pada PRU 13 tidak syak lagi akan bermula dari Selatan. - Beruang Biru

BLOG KELANTAN: 03 <b>di galas kelantan</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Dec 2012 03:17 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Ngeh Wajar Dapat Tanah <b>Di Kelantan</b>

Posted: 23 Dec 2012 10:47 PM PST

MEMANG sekilas pandang artikel ini agak bercanggah dengan artikel yang pertama, tapi skop penulisan kali ini berbeza. Ini ada kena mengena dengan bantahan pelbagai pihak berhubung pendedahan sebuah laman blog pro UMNO baru-baru ini berkaitan dengan pemilikan sejumlah besar tanah oleh pemimpin DAP Perak dari kerajaan Kelantan.

Yang dimaksudkan sudah tentulah Datuk Ngeh Koo Ham yang tadi penulis minta dipecat dari DAP kerana menerima penganugerahan darjah kebesaran Datuk dari raja-raja Melayu.

Tapi itu adalah isu yang sama sekali berbeza dengan yang ini.

Sebetul, kelayakan Ngeh untuk mendapat tanah dari kerajaan negeri Kelantan, tidak perlu dipersoalkan atas beberapa sebab.  Pertama, Ngeh adalah rakyat Malaysia dan layak mendapat tanah dimana-mana bahagian di negara ini secara merit.  Kedua, perolehan tanah itu adalah atas kapasiti syarikat, bukan individu seperti mana tanggapan banyak pihak.

Ketiga, dakwaan yang mengatakan orang luar Kelantan tidak boleh memiliki tanak di Kelantan adalah tidak benar kerana tidak semua tanah di Kelantan berada dalam kawasan Tanah Rizab Melayu dimana orang bukan Melayu tidak boleh memilikinya.

Mengikut maklumat yang disampaikan kepada penulis, hanya 75% tanah di Kelantan berada didalam Tanah Rizab Melayu, baki 25% lagi tidak berada dalam kawasan Rizab Melayu.

Mengikut Enakmen Tanah Rizab Melayu Kelantan Tahun 1930, Tanah Rizab Melayu di Kelantan adalah semua tanah di Kelantan, kecuali Daerah Batu Mengkebang, Kuala Krai (Daerah Penggawa), Daerah Galas, Gua Musang, Daerah Temangan, Machang (kecuali Lot No. 183 sehingga Lot No. 193 dan juga 126 sehingga Lot No 223 Pekan Temangan).

Termasuk hahagian-bahagian di dalam Seksyen 6, Seksyen 7, Seksyen 9, Seksyen 10 dan Seksyen 11 Bandar Kota Bharu.

Selain itu, kawasan-kawasan yang terletak di bahagian selatan (termasuk Gua Musang),  terutama yang telah diberi konsesi kepada Syarikat Pembangunan Duff tidak diisytiharkan sebagai rizab Melayu kerana berpegang kepada peruntukan perjanjian pada 10 Oktober 1900 – iaitu sebelum Enakmen Tanah Rizab Melayu 1930 dikuatkuasakan.

Sementara hampir sebahagian besar tanah di Kelantan tidak boleh dipindah milik kepada bukan Melayu, tanah-tanah yang telah diperolehi sebelum kawasan itu diisytiharkan sebagai rizab Melayu, adalah dikecualikan dari larangan dijual kepada bangsa asing (rujuk Seksyen 13A Enakmen Tanah Rizab Melayu Kelantan).

Perkara itu dikaitkan pula dengan pemilikan lebih 4,000 hektar tanah oleh syarikat yang didakwa dimiliki sepenuhnya (hampir 99%) oleh Ngeh,  Upayapadu Plantation Sdn. Bhd adalah di mukim Relai dalam jajahan Gua Musang!!  Penulis ulang, Gua Musang (sila rujuk Enakmen Tanah Rizab Melayu di atas).

Jadi dimana salahnya Ngeh memiliki tanah di Kelantan kerana kawasan itu memang bukan kawasan Rizab Tanah Melayu yang boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja asalkan mendapat kelulusan dari kerajaan negeri Kelantan, terutama Menteri Besarnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Soal ada orang Kelantan sendiri tidak memiliki tanah, itu soal lain dan tidak langsung ada kena mengena dengan isu yang dibincangkan. Kenapa Ngeh perlu dipersalahkan jika ada orang Kelantan tidak mendapat tanah?  Itu salah sendirilah, siapa suruh tak memohon?

Lagipun tanah ini adalah untuk dibangunkan projek pertanian (selain pembalakan) yang mampu menyumbang semula ke dalam  ekonomi negeri.

Selama ini UMNO juga yang menuduh kerajaan negeri gagal membangunkan ekonomi Kelantan, tapi bila kerajaan negeri membuat usahasama dengan syarikat yang kebetulan dimiliki Ngeh untuk meningkatkan ekonomi Kelantan, UMNO nak bising pula.

Jadi apa yang betul?

Maka itu penulis percaya isu sebenarnya bukan sangat sebab Ngeh memiliki tanah di Kelantan, tapi dakwaan bahawa tanah itu diserahkan kerajaan negeri sebagai balasan untuk melantik Datuk Seri Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar Perak (rasuah).

Walaupun penulis percaya dakwaan tersebut mengarut tapi penulis mendengar DAP mengambil serius mengenainya dan akan mengambil tindakan susulan.  Jadi penulis meminta semua pihak menanti sehingga DAP mengadakan sesi pendengaran sebelum memberikan apa-apa komen.

Artikel Berkaitan:

  1. Anugerah Datuk: DAP Wajar Pecat Ngeh & Teng
  2. Serah Tanah : PAS Anggap Maklumat Palsu
  3. Umno Jual 74 Ekar Tanah Rizab Melayu Di Gombak
  4. MB Selangor: Rizab Melayu Tidak Diusik
  5. Janji Pas Setiap Rakyat Dapat Tanah Jika Menang PRU

mari lihat bagaimana pas menzalimi rakyat <b>di galas</b>, <b>kelantan</b>!

Posted: 27 Oct 2010 08:06 AM PDT


LADANG GETAH DI KAMPONG PULAI

Disebabkan pergantungan punca pendapatan kepada ladang getah yang mereka teroka tetapi belum lagi diberi geran hakmilik, penduduk Cina Kampong Pulai Gua Musang terpaksa memberi undi kepada PAS.

Kg Pulai ini dikatakan telah diteroka orang-orang Cina suku kaum Hakka. Mereka datang untuk melombong emas di kawasan kampung tersebut.

Semasa zaman penjajahan Jepun, kawasan merupakan kubu penting pergerakan komunis. Kedudukannya yang terpencil dan dikelilingi hutan dengan penduduk Cina yang ramai menjadikan ia kawasan penting bagi komunis menggerakkan kegiatan dan mengembangkan pengaruh mereka.

Kemiskinan yang membuat sebahagian penduduk kampong termakan dakyah komunis semasa itu. Penduduk Cina Kg Pulai bukan peniaga besar atau taukeh-taukeh kaya tetapi kebanyakkan adalah penoreh getah.

Mereka menoreh di atas tanah yang diteroka tetapi belum mendapat geran hakmilik. Bergantung kepada sumber kewangan dan keupayaan masing-masing, kebun yang diusahakan seluas dalam 1 – 6 ekar setiap orang.

Ada seramai 54 orang penduduk kaum Cina Kg. Pulai yang telah lama diberi hak milik tanah keatas tapak rumah dan ladang getah yang telah mereka usahakan.

Sejak 2004, sebanyak 30 pemohonan telah berjaya memperoleh geran hak milik tanah berstatus pajakan selama 30 tahun. Kadar bayaran adalah murah sebanyak RM2,800 setiap lot sebesar 6 ekar. Harga semurah ini yang merupakan tarikkan untuk kekal duduk di Gua Musang.

Selama ini penduduk kaum Cina Kg. Pulai mengambil pendekatan 'usaha dulu baru bayar.' Mereka meneroka secara haram tanpa membayar premium kepada Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang. Bayaran dibuat apabila permohonan diluluskan.

                
TANAMAN GETAH YANG TELAH PUN DITUAI HASIL DI KG. PULAI

Selagi permohonan tidak diluluskan, kehidupan mereka tidak stabil dan terjamin. Bila-bila masa, tanah yang mereka bergantung hidup boleh terlepas dari tangan mereka.

Ada lebih kurang 60 orang penduduk yang menunggu kelulusan pemilikan tanah. Kebanyakan mereka merupakan generasi kedua yang memohon penambahan tanah.

KAWASAN PENANAMAN GETAH YANG BARU
 DIUSAHAKAN OLEH PENDUDUK KG. PULAI

Dikatakan sejak pertengahan 2009, semua permohonan tanah telah dibekukan sementara. Ini yang menimbulkan kerunsingan dikalangan pengusaha tanah tersebut.

Kaum Cina di Kg. Pulai tidak condong kepada mana-mana parti politik. Mereka sedar kawasan Gua Musang adalah kawasan Melayu dan kaum Cina tidak akan berupaya menjadi wakil rakyat sini. Mereka tidak memperolehi apa-apa keuntungan untuk menyokong mana-mana parti.

Apa yang penting kehidupan seharian mereka berjalan seperti biasa dan tidak diganggu. Mereka hanya mahu hidup aman dan sejahtera untuk menghidupkan keluarga.

Pembekuan pengeluaran geran halmilik tahun 2009 mewujudkan perasaan bimbang dikalangan mereka. Mereka takut PAS akan ambil balik tanah mereka. Dengan BN tidak dilihat akan ambilalih kerajaan negeri, mereka terpaksa memberi sokongan undi kepada PAS supaya tanah mereka tidak diambil.

Dakyah perang psikologi PAS menggambarkan seolah-olah sekiranya parti BN memerintah, tanah yang diusahakan mereka akan diambil oleh kerajaan BN untuk membangunkan kawasan tersebut. Ini boleh menyebabkan mereka kehilangan ladang getah dan kehilangan punca pendapatan.

PAS turut menabur janji mereka tidak akan mengganggu kawasan penempatan/ladang mereka. Sekiranya ianya berlaku, pihak PAS berjanji akan menggantikan dengan kawasan lain yang mempunyai luas yang sama.

Sudah 10 tahun PAS berjanji akan beri hak milik, sedarkah mereka PAS hanya pandai menabur janji tetapi tidak dikotakan? Ada yang sedar tetapi keadaan hidup menyebabkan mereka terpaksa telan walaupun pahit realitinya.

BN untuk Galas

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


.: Dr Wan Zawawi Tidak Asing <b>di Machang</b> - MsO

Posted: 24 Apr 2013 10:37 PM PDT

BERITA CALON                                                                                                                      

Calon-calon pilihan raya dari semua pihak semakin aktif menjalankan kegiatan menemui pengundi. Mereka akan berusaha menemui seberapa banyak pengundi dalam tempoh seminggu ini bagi memastikan kemenangan. Apa lagi bagi calon baru pertama kali bertanding mereka harus lebih rajin 'meligam' ke seluruh kawasan pilihan raya kerana ramai yang belum mengenali mereka.

Keadaan ini menyebabkan mereka tidak cukup tangan untuk berbuat demikian. Pun begitu bagi memastikan semua rakyat didekati dan mereka bersalam dengan seberapa banyak pengundi soal letih, masa dan tenaga tidak dipedulikan. Sesetengahnya sudah pasti merasakan masa berjalan begitu pantas sekali hampir tidak terkejar.

Kalau sebelum ini mereka dapat bersenang dan tidur sebelum jam 12:00 tengah malam tetapi sejak menajdi calon, jam 3:00 pagi pun belum pasti tidur manakala bangun pula tidak boleh lewat. Semestinya Subuh harus dikongsi dengan pengundi.
Salah seorang calon baru ialah Dr Wan Zawawi Wan Ismail, 52 yang bertanding di kerusi parlimen P 29 Machang. Beliau adalah muka baru yang mengganti tempat Saifuddin Nasution Ismail yang berpindah ke kerusi parlimen Kulim-Bandar Baru Kedah. Walaupun daerah Machang tidak asing lagi bagi Zawawi kerana beliau merupakan anak jati Machang dilahirkan Labok, tetapi tidak semua kampung di Machang pernah disinggahinya. Justeru untuk memastikan ke semua daerah di Machang yang membabitkan tiga DUN, Kemuning, Pulai Chondong dan Temangan dimasuki dia harus bekerja kuat.

Zawawi sudah bergerak menemui orang ramai sejak sebelum penamaan calon lagi. Bahkan sebelum namanya diumumkan secara rasmi dia sudah menghadiri majlis-majlis bersama orang ramai anjuran PAS dan PKR. Bukan apa untuk memastikan dia sempat jelajah ke seluruh kawasan Machang dan mengenali pengundi sebanyak mungkin. Tujuan itu juga bagi memsebatikan beliau degan dunia politik real kerana sebelum ini beliau bergelombang dengan dunia kependidikan sebagai pensyarah kanan di Institiut Ainuddin Baki.

Setidak-tidaknya sehingga ke hari mengundi beliau perlu menyinggah semua tempat atau kawasan sebanyak dua kali atau lebih. Ini tidak menjadi masalah kerana Zawawi mempunyai keluarga besar dan ramai kawan di Machang yang akan menjadi pemandu dan pengiringnya. Rasanya warga akademi di Machang sudah mengenali beliau dan hati budinya. Beliau seorang yang lemah lembut dan berperwatakan pendidik.

Dalam pilihan raya ini Wan Zawawi akan berdepan dengan Jazlan Mohamad dari BN. Mungkin dari segi akademik dan latar belakang pendidikan Dr Wan Zawawi jauh lebih baik dari Jazlan seorang bisnesman, tetapi itu tidak boleh diambil mudah. Di dalam politik kekayaan, pendidikan atau pun darjat seseorang tidak menjadi kemenangan.

Dalam politik latar belakang pendidikan, tahap profesional seseorang bukan menjadi ukuran mutlak. Ada kalanya mereka yang tidak berpendidikan dan lulus setakat SPM pun akan dipandang orang sekiranya pandai mengambil hati pengundi dan mempunyai saksiah yang elok. Yang penting pendekatan, hati budi serta tahu menjaga adat-adat hidup dan beragama akan menjadi modal utama.

Kawasan parlimen Machang mempunyai 59,292. Dalam pilihan raya lalu ia dimenangi oleh Saifuddin Nasution Ismail dari PJKR dengan majoriti 1,820 yang berdepan dengan Sazmi Miah bekas penyandang kerusi berkenaan. Bagi DUN Kemungkin rakan Zawawi ialah calon PAS, Mohd Rosli Ismail, manakala di Pulai Chondong Zulkefli Mamat dan di Temangan Dr Mohd Fadzli Hassan.

Kali ini rakyat Machang dihidangkan dengan dua orang akademis yang berkelulusan Phd, dan seorang Master di mana ini merupakan satu peluang terbaik belum pernah berlaku. Eloklah kalau rakyat Machang tidak melepas peluang untuk memiliki mereka disamping calon-calon lain dari PAS Rosli dan Zulkefli Mamat.  [wm.kl.1:34 pm 25/04/13]

ads