Isnin, 26 September 2011

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


Kemenangan BN <b>di Galas</b> dijangka - LAMAN KL-TODAY.COM

Posted: 05 Nov 2010 01:21 AM PDT

Shaharul Shafie

Apa sebenarnya yang berlaku di Galas? Pastinya Umno dan Barisan Nasional (BN) kini merayakan kemenangan mereka kerana berjaya menambah majoriti sekaligus merampas kerusi kembali tersebut dari lawan mereka iaitu PAS. Sebelum ini, saya tidak menulis sangat mengenai apa-apa perkembangan semasa kempen di Galas mahu pun di Batu Sapi jika dibandingkan semasa pilihanraya kecil di Hulu Selangor dan Sibu kerana saya sudah menjangkakan keputusan  hari ini berdasarkan faktor tertentu.

Di dalam kajian dan kerjaya, saya adalah orang yang menganalisa maklumat dan persepsi serta merekabentuk sistem maklumat sains keputusan bagi melihat kepada faktor-faktor yang sedia ada pada sesuatu perkara yang dikaji di dalam pelbagai bidang termasuklah politik. Terus-terang saya katakan di dalam isu Galas, faktor besar dan jelas memberikan kelebihan bermakna kepada BN dan kekurangan kepada lawannya. Di sini biarlah saya huraikan sebab-sebab mengapa Galas boleh dirampas begitu sahaja oleh Umno.

Sama ada kita sedar atau pun sengaja buat tidak sedar adalah faktor Tengku Razaleigh Hamzah atau dikenali sebagai Ku Li sendiri sebagai pemimpin Umno setempat di Gua Musang. Siapa yang tidak kenal Ku Li di dalam politik negara. Ku Li sudah lama memimpin parti Umno sama ada sebagai pemimpin setempat ataupun di peringkat nasional. Ku Li sudah menjadi ahli Parlimen sejak tahun 1969 lagi ketika Parlimen Gua Musang pernah dikenali sebagai Parlimen Kelantan Barat. Parlimen Gua Musang pula memiliki keluasan parlimen terbesar di negeri Siti Wan Kembang itu. Selain menjadi pemimpin bersifat 'bangsawan' di sana, beliau juga sememangnya layak dianggap pemimpin 'feudal' Kelantan kerana beliau adalah ahli kerabat diraja Kelantan.

Ku Li memainkan peranan besar kemenangan dan bukannya Umno

Ku Li dihormati dan disayangi oleh segenap rakyat Gua Musang. Walaupun Ku Li ditolak di peringkat nasional oleh Umno tetapi bagi Umno Gua Musang, Ku Li adalah 'Presiden' Umno mereka. Sudah banyak kali Umno bahagian itu sendiri mencalonkan Ku Li sebagai calon Presiden Umno ketika pencalonan untuk pemilihan Umno Pusat. Malah Gua Musang menjadi satu-satunya Umno bahagian di Malaysia yang berani mencalonkan beliau. Walaupun pernah 'keluar Umno lama' dan memimpin parti baru iaitu Semangat 46, penduduk Gua Musang tetap bersama dengannya walaupun beliau bertukar baju lain. Umno 'Baru' tajaan Dr. Mahathir (selepas pengharaman Umno pada tahun 1988)melalui Bahagian Gua Musang terus lumpuh apabila Ku Li tidak menyertai Umno Baru dan menubuhkan Semangat 46. Bukan itu sahaja, ia lumpuh gara-gara ahli-ahli Umno 'lama' Gua Musang ketika itu sendiri keluar parti mengikut jejak Ku Li ke dalam Semangat 46.

Walaupun berstatus Presiden Semangat 46 ketika itu, Parlimen Gua Musang terus dipertahankan dan menjalinkan hubungan baik dengan PAS untuk membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Selain itu juga, ketiga-tiga kerusi DUN di bawah Gua Musang turut mengikut rentak dan langkah politiknya. Tidak kira Ku Li mewakili Umno atau Semangat 46, kerusi-kerusi DUN di bawahnya iaitu Galas, Nenggiri dan Paloh tetap kekal mengikutnya. Hanya pada pilihanraya umum yang lepas, Galas terlepas ke tangan PAS gara-gara tsunami politik nasional yang menghempas badai masuk ke wilayahnya. Bukan itu sahaja, adanya ahli-ahli Umno ketika PRU 2008 di Gua Musang tidak terkecuali daripada memberi undi tanda 'protes BN' kepada Pakatan Rakyat (PR) yang akhirnya menyebabkan Galas terlepas tetapi juga menyaksikan penurunan majoriti Umno-BN di parlimen Gua Musang dan di dua lagi kerusi DUN dibawahnya.

Dengan kata lain, selain dari Galas yang pernah menjadi kubu kuat Umno untuk sekian lama, maka tidak mustahil kekuatan kubu lama yang hanya diperintah orang baru tidak sampai tiga tahun boleh kembali kepada pemilik sebelumnya.  Faktor kekuatan Ku Li adalah faktor utama yang sepatutnya lebih awal lagi dilihat sebagai penghalang kepada PAS bagi mengulangi nasib baik kali kedua untuk mengekalkan Galas. Saya yakin PAS sendiri pun tahu betapa kuatnya faktor Ku Li dan sewajarnya mereka bersedia kebarangkalian kemungkinan kalah. Bukannya hendak menafikan faktor kekuatan peribadi Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak kuat di sana tetapi maaf saya katakan, kekuatan Ku Li sememangnya tidak dinafikan lagi hebat di Gua Musang.

Apabila diadakan pilihanraya kecil sebegini, Ku Li pula dilantik oleh Presiden Umno sebagai Pengarah Jentera BN adalah sesuatu strategi Umno Pusat yang betul dan menguntungkan kem Umno sebenarnya. Ku Li berjaya mengemudikan jentera di sana dengan menjadikan pertandingan di sana lebih bersifat persaudaraan dan cuba mengelakkan isu-isu nasional mendominasi politik di sana sepertimana yang pernah berlaku dalam siri-siri pilihanraya kecil sebelum ini. Perlantikan ini amat penting kerana kesemua ahli Umno dapat disatukan dan komponen-komponen BN yang lainnya di Galas untuk membentuk jentera yang kukuh dan bersepadu. Ini adalah kerana Ku Li adalah pemimpin yang diterima oleh semua komponen BN di sana.

Serangan PAS isu orang Asli ke atas Ku Li adalah satu kesilapan

Sepanjang kempen Galas, Ku Li dilihat jelas mengelakkan melakukan serangan peribadi ke atas calon lawan atau ke atas mana-mana pemimpin PAS sebagai bahan kempennya seperti pemimpin Umno yang lain. Malah, dengan bijak Ku Li berjaya menepis pertanyaan para pemberita yang sememangnya sengaja melaga-lagakan para pemimpin parti-parti bertanding semasa tempoh kempen. Dua hari lepas, apabila Ku Li dituduh oleh Pengarah Jentera PAS Galas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai punca kepada masalah penempatan dan hak tanah orang Asli Galas pada ketika ini, Ku Li menjawab dengan jujur dan rendah dirinya tanpa menjadi defensif. Maka, adalah menjadi satu kesilapan PAS juga yang memulakan serangan peribadi yang sewajarnya dielakkan terutamanya ke atas Ku Li kerana penduduk Galas termasuklah ahli PAS Galas yang sebenarnya kawan kepada Ku Li dan mereka juga sangat sensitif dengan sebarang tuduhan ke atas Ku Li. Ini adalah hakikatnya yang sudah berlaku dan mungkin memburukkan prestasi PAS di Galas.

Strategi Ku Li yang turun padang dan redah hutan berjam-jam seharian di Hulu Kelantan (Galas merupakan kawasan DUN yang paling besar saiznya di dalam DUN Kelantan kerana 80 peratusnya adalah kawasan hutan) untuk berjumpa sendiri dengan rakyat ataupun pengundi memberi  menerangkan polisi dan peranan kerajaan di dalam membantu mereka terutamanya Orang Asli akhirnya membuahkan hasil kemenangan ini. Ku Li tidak menggunakan kempennya untuk mengutuk dasar kerajaan negeri PAS sekarang tetapi hanya menyuarakan apa yang BN boleh lakukan untuk mereka sekiranya menyokong calon BN. Tiadanya ceramah skala besar sebagai strategi Umno juga adalah satu tindakan yang dilihat betul dengan digantikan dengan pertemuan rakyat secara kelompok kecil.

Orang Asli penentu penting dengan jumlah hampir 20% pengundi Galas

Perlu diingatkan, selain daripada menjadi kawasan DUN terbesar di negeri Kelantan, Galas juga mempunyai jumlah pengundinya hampir 20 peratusnya adalah pengundi orang Asli. Peratusan itu membawa jumlah pengundi orang Asli seramai 2,000 orang. Berdasarkan keputusan semalam, dipercayai orang Asli di DUN Galas memberikan kemenangan kira-kira 75 peratus kepada Umno dan selebihnya kepada PAS. Dengan peratusan sokongan itu kepada Umno, secara kasarnya kita melihat hampir 1,300 pengundi orang Asli (jika mengambil kira peratusan keluar mengundi bagi orang Asli sama dengan keseluruhan Galas iaitu 82%) memberikan undi kepada Umno.

Jika dilihat dengan majoriti kekalahan PAS sebanyak 1190 undi, jumlah 1,160 undi kepada Umno itu sebenarnya memberi impak yang besar. Jika PAS mampu melakukan strategi terbaik di dalam mendapatkan sokongan orang Asli di Galas, jumlah majoriti kalah mungkin boleh dikurangkan ataupun menang ke atas BN dengan majoriti yang kecil seperti di PRK Manek Urai (perlu dibantu dengan pengekalan undi pengundi Cina di Bandar Baru, Bandar Lama Gua Musang dan Pulai sekurang-kurangnya seperti Pru 2008) .

Calon bekas KESEDAR tarik penyokong kakitangan KESEDAR

Seperkara lagi yang kita perlu akur memburukkan peluang PAS di Galas ialah jumlah pegawai dan kakitangan yang bertugas di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR). KESEDAR merupakan agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan pusat untuk membangunkan wilayah luar bandar yang turut merangkumi keseluruhan Galas dan majoriti daripada mereka sememangnya tinggal di kawasan bandar Gua Musang. Gua Musang sendiri adalah bandar yang berada di dalam DUN Galas. Tidak dinafikan dengan banyak bantuan kerajaan pusat kepada kakitangan kerajaan yang turut melibatkan para kakitangan kerajaan KESEDAR sebagai agensinya, kebanyakan mereka memang cenderung untuk mengundi calon kerajaan lebih-lebih lagi, calon tajaan BN pula adalah bekas kakitangan di KESEDAR yang sememangnya dikenali oleh mereka. Selain itu, Abdul Aziz Yusuf yang pernah bertugas sebagai pegawai KESEDAR pastinya lebih mengenali Galas disebabkan kehendak pekerjaannya yang berhubung dengan rakyat.

Saya tahu ada penganalisa menganggap isu pemberian 'zakat' oleh Menteri Besar kepada tiga orang Asli yang memeluk Islam mungkin adalah antara punca dan juga isu pemberian wang RM250 perbelanjaan pulang kepada anak Kelantan yang berada di luar yang mengundi di Galas untuk pulang ke mengundi. Saya tidak menafikan ada sedikit kesan tetapi tidaklah sehebat faktor kepimpinan dan personaliti Ku Li sendiri. Saya yakin sekiranya bukan Abdul Aziz yang merupakan Setiausaha Umno Bahagian Gua Musang menjadi calon, sesiapa sahaja calon asalkan orang Gua Musang dan tiada masalah akhlak pasti akan menang juga jika diletakkan sebagai calon. Mungkin calon yang lain itu tidak mencapai majoriti yang besar yang diperolehi Abdul Aziz kerana beliau ada faktor KESEDAR. Oleh itu, masalah calon PAS didakwa tidak sesuai di sini tidak wujud yang menyebabkan kekalahan PAS. Malah, PAS telah meletakkan calon yang sesuai tetapi sekali lagi tidak kena pada masa dan tempat. Namun begitu, jika dahulunya, perancangan ada menyebut PAS mungkin meletakkan calon Orang Asli, mungkin keputusan agak berbeza.

Beza PRK dan PRU kepada jentera kempen

Kenapa saya sebut tidak kena pada masa? Pilihanraya kecil dan pilihanraya umum sangat berbeza sifatnya. Banyak tumpuan boleh diberikan kepada pilihanraya kecil dengan wang ringgit, logistik dan strategi boleh dirangkakan dengan berkesan. Namun begitu, apabila berhadapan dengan pilihanraya umum, tumpuan adalah khas kepada manifesto perjuangan parti secara keseluruhan dan mengutamakan politik idea bersifat nasional di dalam kempen. Semasa pilihanraya kecil, isu masyarakat setempat seperti kemudahan asas dan kebajikan setempat tetap menjadi strategi yang bagus untuk dibawa manakala isu nasional kurang relevan. Oleh kerana kesukaran memberi tumpuan strategik kepada kawasanlah menyebabkan Galas terlepas ke tangan PAS semasa PRU 2008. Kini, tanpa menafikan PAS mempunyai peluang untuk menang di Galas, tetapi jalan-jalan menuju mempertahankan kerusi itu adalah amat getir sekali.

Walaubagaimanapun, PR khasnya PAS perlu melihat semula seluruh aspek jentera dan usaha mereka dengan melakukan kajian semula atau post-mortem. Sebelum ini, PAS juga hampir tersungkur semasa pilihanraya kecil Manek Urai pada Julai tahun lepas. Sekali lagi, kerana pilihanraya kecil ini bersifat lokal menyebabkan seluruh tumpuan jentera seluruh negara ke atasnya. Bukan itu sahaja, PRK Manek Urai yang menyaksikan majoriti kemenangan PAS dikurangkan sehingga 65 undi sahaja turut menjadi antara PRK yang panas dan penuh dengan episod yang 'ganas' dalam sejarah kempen pilihanraya negara. Tetapi ketika di Galas, boleh disifatkan sebagai kempen PRK yang paling 'hemah' selepas tsunami 2008. Kalah dan menang menjadi adat dalam mana-mana pertandingan. Jika hari ini kita kalah, esok mungkin akan menang. Jika kita menang pertempuran, tidak semestinya kita menang peperangan. Ambil contoh PRK Ijok pada 28 April 2007 apabila Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR telah tewas kepada Cikgu K. Parthiban dari MIC-BN tetapi tidak sampai tempoh setahun pun, siapa sangka Khalid menang semasa PRU 2008 dan menjadi pula Menteri Besar Selangor.

Kajian semula (post-mortem) di pihak PAS dan BN

Tetapi ingatlah kajian menyeluruh perlu dilakukan bukan sahaja oleh PAS tentang kekalahannya tetapi juga oleh Umno di Gua Musang kerana memenanginya. Terlalu jauh sekali untuk mengandaikan keputusan di Galas sebagai indikasi kepada kemampuan kerajaan PAS boleh ditumbangkan oleh BN pada PRU ke 13. Kajian boleh dilakukan oleh Umno supaya melihat perkara-perkara yang menyebabkan mereka menang dengan majoriti besar kali ini agar mereka tidak mengulangi kesilapan PRU 2004 apabila setelah memenangi dengan hebat sekali dalam sejarah pencapaian BN sehinggakan melupakan janji-janji kepada rakyat. Alamatnya BN selepas itu hampir tersungkur terus semasa PRU 2008 angkara dihukum rakyat dan ahli mereka sendiri yang protes. Nasib baiklah, ada deposit di Sabah, Sarawak dan Johor.

Terpulanglah kepada Umno selama mana mereka hendak merayakan kemenangan ini tetapi usaha kuat dan kesedaran kejayaan ini perlu disedari sebagai amanah dan bukannya 'habuan' daripada rakyat. Mereka boleh menganggap kemenangan ini sebagai satu motivasi di hari hadapan tetapi tetap ingatlah pada prinsip 'kami memilih dan kamu berkhidmat sebagai Yang Berhormat'. Saya pasti Ku Li sendiri sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat sedar akan hakikat ini. Oleh kerana itulah Ku Li sendiri pun sudah bertahan menjadi pemimpin rakyat lebih 40 tahun kerana tahu kerjanya itu penuh dengan amanah.

Survival politik Ku Li dan kesan ke atas Perkasa

Sungguhpun begitu, kesan kemenangan 'jentera' Ku Li bakal memberi kesan kepada Umno pusat lambat-launnya. Suka atau tidak, pasti ada pemimpin pusat yang tidak senang duduk dengan kejayaan Ku Li ini. Kemenangan ini menunjukkan Ku Li adalah watak atau pelaku politik yang masih relevan sebagai seorang pemimpin yang berpengalaman untuk menyumbang kepada proses 'penyembuhan ' Umno dan BN. Usaha Ku Li yang nampak tidak selari dengan kerajaan pusat mengenai isu royalti petroleum kepada negeri Kelantan adalah satu lagi isu yang disimpan oleh semua pihak sepanjang kempen Galas. Kita akan lihat sejauh mana kedudukan kerajaan pusat di dalam bertoleransi dengan ketidakselarasan dengan Ku Li ini dalam isu royalti.

Satu kesan lagi yang nampak selepas ini ialah kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa (Pribumi) yang tidak menyertai PRK Galas kali ini sepertimana mereka menyertai beberapa siri PRK yang lalu dengan menyokong calon dari BN. Perkasa pastinya hilang taringnya dengan kemenangan Umno di Galas kerana selama ini Perkasa cuba menunjukkan betapa pentingnya pertubuhannya itu sebagai punca utama sokongan orang Melayu. Nampaknya, kali ini dengan Presidennya, Datuk Ibrahim Ali yang masih berehat selepas pembedahan jantung perlu mencari jalan baru untuk 'memaksa' Umno melihat Perkasa miliknya itu mempunyai pengaruh yang besar bagi menentukan kelangsungan Umno dalam politik perdana.

Shaharul adalah seorang perunding Sumber Manusia Strategik dan program pembangunan organisasi, Selain itu, beliau juga menulis beberapa artikel analisa perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang diterbitkan di dalam KLToday.com. Beliau boleh dihubungi di rashidzack@yahoo.com

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


Keluarga Pahlawan Tok Janggut Dipinggirkan Kerajaan PAS <b>Kelantan</b>

Posted: 17 Sep 2011 06:37 PM PDT



PASIR PUTEH: Cicit saudara pejuang kemerdekaan, Tok Janggut kini terlantar sakit di rumahnya di Kampung Darang Buaya, Gaal, dekat sini, akibat angin ahmar sejak dua tahun lalu tanpa mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak berkenaan.

Selain menderita sakit lumpuh separuh badan, Sulaiman Ismail, 80, dihimpit kemiskinan dan perlu memakai lampin pakai buang selepas isterinya, Halimah Muda, 74, semakin uzur untuk menguruskannya.

Walaupun pasangan itu tidak dikurniakan cahaya mata, dua anak saudara yang dipelihara sejak kecil, Wan Yusof Wan Ahmad, 24, dan Noriza Mamat, 39, membantu Halimah dalam menguruskan Sulaiman.

Selain Sulaiman, abangnya, Hassan, 85, kini terlantar sakit tua di rumahnya di Kampung Batu Hitam, Gaal.

Sulaiman berkata, dia dan Hassan tidak mahu dilabelkan sebagai 'penumpang populariti' datuk saudara mereka kerana arwah ayah mereka, Ismail, antara cucu saudara paling disayangi Tok Janggut.

Katanya, sepanjang hayat ayahnya, ramai individu, pengkaji sejarah termasuk pihak muzium datang berkunjung ke rumahnya bagi mengkaji perihal kehidupan Tok Janggut, selain turut menjanjikan pelbagai bantuan.

"Namun sehingga kini tiada bantuan dihulurkan, menyebabkan hidup kami berdua ibarat 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'.

"Dulu ketika masih gagah, saya menoreh getah bagi menyara kehidupan keluarga, namun sejak menderita sakit dua tahun lalu, saya tidak mampu melakukan kerja itu, menyebabkan kami bergantung hidup pada Noriza yang kini bekerja sebagai pembantu asrama sekolah," katanya.

Menurutnya, RM300 diperlukan bagi membeli lampin dan juga ubat namun masih tidak mencukupi berikutan kenaikan harga barangan, menyebabkan dia terpaksa menggadaikan barangan kemas isterinya.

"Pernah ada individu menawarkan untuk membeli sebilah keris pusaka milik Tok Janggut dengan harga mencecah puluhan ribuan ringgit, namun saya enggan menjualnya kerana diamanahkan arwah ayah supaya terus menjaganya sebaik mungkin.

"Keris bermata lurus sepanjang 0.3 meter dengan berat 800 gram itu pernah digunakan Tok Janggut ketika menentang askar Inggeris, di mana sarungnya diperbuat daripada kayu Semeru Tunggal manakala hulunya dihasilkan daripada kima, iaitu sejenis spesies siput laut," katanya.

Sementara itu, tinjauan di makam Tok Janggut di hilir Pasir Pekan, Tumpat mendapati hanya dua papan tanda arah iaitu di jalan utama dan jalan masuk ke makam diletakkan oleh pihak berwajib hinggakan pengunjung, terutama dari luar Kelantan, sering tersesat jalan.

Kedudukan makam dari jalan utama dianggarkan sejauh 1.2 kilometer dan pengunjung perlu mendapat petunjuk jalan daripada penduduk kampung jika tidak mahu kenderaan kehabisan minyak.

Jika sebelum ini makam Tok Janggut terbiar hingga kawasan sekitarnya dipenuhi semak, namun ia kelihatan terpelihara sejak pihak muzium membina pagar serta meletakkan batu hiasan di sekelilingnya.

Mengikut fakta sejarah, Tok Janggut atau nama sebenarnya, Mat Hassan Munas dilahirkan di Kampung Saring, Jeram sebelum dibesarkan di Istana Raja Jeram oleh ayahnya yang juga Panglima Tengku Seri Maharaja Jeram.

Tok Janggut mempelajari ilmu pendekar daripada Datuk Mingkong Bujur Legeh manakala didikan agama daripada Panglima Munas sendiri.

Semangat menentang penjajah mendapat sokongan cicit pengasas kerajaan Kelantan iaitu Tengku Besar Jeram.

Kehadiran sekumpulan pejuang dari Pahang yang menjadi buruan Inggeris pada 1890-an sebelum bersembunyi di Jeram turut menyemarakkan semangatnya menentang penjajah.

Antara paling sensitif ialah pengenaan cukai kepala RM1 seorang setahun, pokok buah-buahan tiga sen setahun, kelapa tiga sen setandan dan sireh lima sen sejunjung.

Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram diambil alih seorang pegawai tadbir British dari luar Kelantan dikenali sebagai Latiff bagi menggantikan Tengku Besar.

Pertelingkahan mengenai cukai dan urusan pengutipan cukai terlalu lambat sehingga berlarutan tiga hari menyebabkan Tok Janggut enggan membayar cukai sebelum Latiff mengarahkan satu pasukan polis diketuai Sarjan Sulaiman atau Che Wan bertolak ke Kampung Tok Akib bagi menemui Tok Janggut pada 29 April 1915.

Dalam pertemuan itu, pergelutan berlaku yang menyaksikan Che Wan terbunuh, menyebabkan Tok Janggut dan pengikut setianya semakin bersemangat untuk 'menyerang' Latiff di Pasir Puteh.

Namun, Latiff meloloskan diri ke Kota Bharu sebelum bantuan ketenteraan dari Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dihantar ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915.

Pertempuran sengit berlaku di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh pada 25 Mei 1915 menyaksikan kebangkitan Tok Janggut, menyebabkan Sultan Kelantan pada masa itu merasai dirinya terancam, selain menganggap pejuang kemerdekaan itu sebagai penderhaka.

Bagaimanapun, Tok Janggut menemui ajal dalam pertempuran di Kampung Pupuh sebelum mayatnya dibawa ke Kota Bharu menggunakan kereta lembu yang memakan masa satu hari.

Selepas digantung secara tergantung daripada kaki ke bawah selama beberapa hari di depan istana di Padang Bank atau Padang Merdeka, mayat Tok Janggut akhirnya dikebumikan di hilir Pasir Pekan.

Sumber: Harian Metro



Aduhai... Kasihan sungguh dengan nasib keluarga Pahlawan Tok Janggut (Allahyarham Haji Mohd Hassan) yang dipinggirkan Kerajaan Kelantan tanpa sebarang bantuan... Apa lagi ketika ini PAS sedang giat mengutip derma dari rakyat untuk PRU nanti yang dikatakan sebagai derma jihad...

Tapi apakan daya... PAS lebih mengangkat komunis sebagai wira dan pejuang menentang penjajah berbanding Pahlawan Tok Janggut... Mungkin jika yang terlantar merempat ialah keluarga Chin Peng, Mat Indera atau Rashid Maidin, sudah pasti PAS Kelantan akan bantu dengan segera...

Kepada Datuk Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia... eXception merayu agar Datuk Seri dapat memberikan bantuan sewajarnya kepada keluarga Pahlawan Tok Janggut. Tak perlulah sampai menunggu keluarga Pahlawan Tok Janggut ini merayu-rayu di kaca tv memohon simpati... Sepatutnya Kerajaan Malaysia membantu keluarga Pahlawan Tok Janggut ini... Berapa sangatlah bantuan yang diberikan kepada keluarga Pahlawan Tok Janggut ini... Tidaklah sampai jutaan ringgit, cukuplah sekadar diberikan bantuan rawatan sewajarnya terhadap cicit saudara Pahlawan Tok Janggut serta bantuan kepada keluarga yang kesempitan dengan sewajarnya...

Jika Kerajaan Malaysia mampu menghantar bantuan kemanusiaan ke Somalia, mengapa di Kelantan yang jaraknya lebih dekat dari Somalia tidak boleh? Di harap, bantuan sewajarnya segera diberikan. Sedikit-sebanyak kita menghargai perjuangan Pahlawan Tok Janggut menentang penjajahan...

Hudud Dan <b>Kelantan</b> - Suara Pakatan Rakyat

Posted: 25 Sep 2011 07:49 PM PDT

SELEPAS melawat Kelantan dan memberi taklimat kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, semalam serta mendengar sentimen daripada akar umbi, saya kini boleh meluahkan perkara berikut; yang masyarakat di luar Kelantan tidak boleh menghargai.

Saya akui bahawa apa yang saya lihat dan dengar semasa lawatan singkat itu telah mengubah perspektif saya mengenai isu berkenaan.

1. Hudud adalah tuntutan/hasrat rakyat Kelantan. Tok Guru berada di bawah tekanan dan saya fikir mereka sanggup mengadakan referendum atau pungutan suara bagi tujuan itu.

Berdasarkan sentimen ini, pemimpin Umno di Kelantan mengutuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menolak hukum hudud yang secara tidak langsung membawa makna Umno boleh gulung tikar di negeri itu.

2. Seminar yang dianjurkan itu bukanlah sesuatu yang baru, saya pernah menjadi ahli panel untuk acara Hari Hudud pada tahun-tahun sebelumnya. Ini adalah program tahunan walaupun sebelum Pakatan diwujudkan.

Bagaimanapun bagi tahun ini, media-media milik Umno telah memutar-belitkan isu itu atas sebab-sebab yang jelas: pilihan raya dan berharap ia dapat mengkucar-kacirkan Pakatan. Sebelum ini, Umno langsung tidak mempedulikan Hari Hudud.

3. Tetapi saya berpendapat Najib membuat langkah yang salah. Dengan menolak pelaksanaan hukum hudud, beliau berfikiran bahawa boleh mendapatkan sokongan dan undi masyarakat bukan Islam.

Tetapi Tok Guru bukan bodoh. Mereka mempunyai laman facebook sendiri dan berdasrkan yang diterima, PAS yakin bahawa Umno kini tergugat atau terdedah di kawasan Melayu/Islam. Berdasarkan sambutan di Facebook, tidak ada jaminan bahawa mereka akan mendapat undi bukan Islam. DAP juga membuat kesilapan di sini.

4. Tok Guru telah menyatakan dengan jelas: hudud adalah hanya untuk Kelantan sahaja dan untuk orang bukan Islam. Jadi apa masalah?

Saya telah berkata bahawa dari segi perlembagaan negara, ini tidak ada masalah. Masalahnya adalah dengan pengerusi DAP Karpal Singh dan parti itu yang yang berpegang pada keputusan mahkamah yang hakim itu sendiri – Tun Salleh Abas – mendakwa berlaku kesilapan.

Dan juga, apa yang DAP perkatakan bukan sahaja merupakan satu pandangan yang hanya betul. Ia hanya pendapat. Tidak ada kebenaran mutlak dalam hal ini.

Perkara yang paling penting untuk difahami adalah bahawa perlembagaan tidak melarang pemakaian undang-undang Islam. Malah Najib sendiri mengakui perkara itu sudah ada dalam sistem sekarang. Kini, PAS boleh berkata kepada PM: lakukannya.

5. Najib seolah-olah mengulangi apa yang saya katakan selama ini; bahawa unsur-unsur hudud sudah ada dalam sistem di negara ini.

Persoalannya jika demikian, mengapa menentang PAS berhubung isu itu? Umno sepatutnya membantu dan bukannya menjadi halangan. Atas alasan itu, saya katakan Umno berada dalam bahaya kehilangan undi orang Melayu beragama Islam dalam usaha mereka merayu mendapatkan sokongan masyarakat bukan Islam. Dan masyarakat bukan Islam tidak semestinya mempercayai apa yang dilaporkan oleh media mereka setakat ini. Cuba perhatikan apa yang PAS akan lakukan mulai hari ini berhubung isu berkenaan.

6. Tidak timbul persoalan mengubah dasar Pakatan, seperti yang didakwa oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, LimGuan Eng yang juga adalah setiausaha agung DAP.

Hukum hudud adalah hanya untuk Kelantan dan untuk umat Islam. Malah di Kedah, PAS mempunyai dasar yang berbeza. Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak tegas berkata hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negeri pimpinan PAS itu.

Nampaknya DAP cuba membuktikan bahawa mereka mendahului MCA dan Gerakan dalam usaha menentang hudud. Mereka terlepas pandang hakikat bahawa Nik Aziz hanya mendengar dan bertindak mengikut sentimen akar umbi di negeri itu. Yang DAP lihat dari perspektif ini – sama seperti Umno, MCA dan Gerakan – mengambil pendekatan tidak demokratik. Mereka menolak hudud walaupun ia tuntutan orang ramai dan permintaan seumpama itu dibenarkan oleh perlembagaan.

Di Kelantan, PAS dengan yakin mengisytiharkan bahawa mandat untuk memerintah termasuk mandat untuk melaksanakan hudud. Jadi, pada dasarnya, ini adalah mengenai menghormati permintaan ramai dan bukannya semata-mata melaksanakan hukum hudud atau mengkhianati rakan-rakan Pakatan.

Kita harus ingat bahawa permintaan hudud di Kelantan dilakukan melalui saluran demokrasi. Ini adalah apa yang Umno, DAP, MCA dan Gerakan perlu sentiasa ingat.

7. Saya bersetuju dengan Tok Guru bahawa tiada perubahan dalam sistem atau di dalam polisi. Ia hanya melakukan sesuatu yang boleh didapati dalam kerangka sistem sedia ada . Tetapi sudah tentu beliau menyedari bahawa ini hanya boleh menjadi kenyataan dengan kerjasama dari Umno.

Akta Mahkamah Syariah yang akan mengekang kuasa mahkamah syariah selama ini perlu dimansuhkan dan juga bagi membolehkan agensi-agensi persekutuan seperti polis dan sebagainya menjalankan tugas mereka di sisi undang-undang.

Jika Umno menolak melakukan ini, maka PAS boleh mencanangkan perkara ini ke seluruh negara bagi mendedahkan tembelang sebenar Umno. Selama ini, Umno telah melakukan pelbagai perkara untuk membuktikan bahawa mereka adalah pembela dan pejuang Islam yang sebenar. Antara contohnya, seperti serbuan gereja di Selangor, isu kepala lembu dan sebagainya. Apabila Najib menolak hukum hudud, beliau sebenarnya telah merosakkan semua kerja keras parti dan ahli-ahli Umno lakukan selama ini.

8. Saya fikir PAS bersedia bertarung pada pilihan raya umum akan datang tanpa DAP. Mereka masih mempunyai PKR dan Dewan Phimpun Penyokong PAS (DHPP) mereka sendiri.

Saya tidak pasti jika DAP, MCA dan Gerakan benar-benar mewakili masyarakat bukan Islam. Masalah dengan parti-parti Cina adalah kerana mereka berfikiran hudud tidak boleh diterima meskipun perlembagaan tidak menyatakan demikian.

Golongan berkecuali atau atas pagar di kalangan masyarakat bukan Islam saya fikir adalah rasional, mereka tidak bimbang, khususnya selepas Tok Guru memberi jaminan bahawa hukum hudud akan hanya dilaksanakan di Kelantan dan untuk umat Islam sahaja.

9. Umat Islam liberal? Undang-undang adalah jelas. Malah, sekarang pun, mereka tertakluk kepada undang-undang Islam. Mereka tidak mempunyai hak untuk memilih apa undang-undang.

Perlembagaan negara telah menyatakan dengan jelas bahawa di bawah Artikel 8 (5) bahawa hak sama-rata tidak boleh diguna-pakai. Sebagai contoh, jika orang Islam yang mempunyai hubungan seks dengan persetujuan orang bukan Islam, maka dia akan menghadapi tindakan manakala rakan bukan Islam akan terlepas dan dibebaskan.

10. Nik Aziz berkata, beliau ingin cuba melaksanakan hukum hudud di Kelantan sekarang kerana majoriti umat Islam di negeri itu telah memberikannya mandat. Negeri-negeri lain, katanya, hanya perlu menunggu dan melihat bagaimana Kelantan melakukannya. Jika ia 'baik' dan berjaya, mereka boleh melakukan perkara yang sama.

11. NGO seperti kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, Pembela Islam dan yang lain perlu menyokong Kelantan dalam isu ini. Jika tidak, mereka menghadapi risiko dilabel sebagai boneka atau barua Umno semata-mata.

Artikel Berkaitan:

  1. Takut Hudud Seperti Takut Hantu
  2. Hudud : UMNO Dicabar Nyatakan Pendirian Rasmi
  3. 'Bukan Salah Kelantan Belum Laksana Hudud'
  4. Nik Aziz Perlukan Kelulusan Dap/Pkr Untuk Laksana Hudud Di Kelantan
  5. Nik Aziz Minta Najib Benarkan Hudud

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


Kerani Pentadbiran | eJawatan

Posted: 24 Sep 2011 07:11 PM PDT

Posted On: September 25th, 2011    Job Type: Admin/Clerical    Job Location:

Aura Roboclean (M) Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat mengedar dan membekal Mesin "Hydro Cleaner" yang diimport dari Negara Germany. Beribu pejabat di Cheras, Kuala Lumpur.

Kami ingin menawarkan jawatan sebagai Kerani Pentadbiran di cawangan kami di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Syarat-syarat kelayakan :-

1) mempunyai pengalaman kerja dalam pentadbiran pejabat sekurang-kurangnya 1 tahun.

2) mempunyai semangat kerja yang tinggi & mempertingkatkan kemahiran diri.

3) boleh menggunakan sistem komputer spt MS Word, MS Excel, sistem UBS dll.

4) boleh menghadapi bebanan kerja dalam waktu yang ditetapkan, stress pressure.

5) boleh berdikari dalam menjalankan kerja dan menerima arahan daripada Ibu Pejabat (HQ).

Kepada sesiapa yang berminat bolehlah hubungi En Hyder 012-3972193 untuk temujanji temuduga di pejabat Pengkalan Chepa.

___________________________________________________________________________________

Join Facebook Page kami untuk mendapatkan update terkini jawatan kosong setiap hari!

atau

Dapatkan update tekini jawatan kosong setiap hari melalui email anda!

Dua beranak bergelut dengan dua lelaki yang menceroboh rumah <b>...</b>

Posted: 07 Sep 2011 05:09 PM PDT

No of View :493

 SAUFI menunjukkan pahat yang digunakan oleh penyamun yang memecah masuk rumahnya di Kampung Pulau Gajah Hilir, Pengkalan Chepa, Kota Bharu semalam.

Dua beranak berhadapan detik cemas apabila mereka terpaksa bergelut dengan dua lelaki yang menceroboh rumah mereka di Kampung Pulau Gajah Hilir, Sabak, Pengkalan Chepa dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 pagi itu, Hasmah Ali, 54, tidak cedera namun anak keenamnya, Saufi Jusoh, 28, mengalami luka pada kedua-dua belah tangannya akibat bergelut dengan seorang penjenayah yang bersenjatakan pedang.

Sebelum kejadian, cerita Hasmah, dia baru bangun daripada tidur untuk menunaikan solat Subuh sebelum terkejut melihatkelibat dua lelaki di dalam biliknya.

"Saya menyangka mereka adalah anak-anak saya yang masuk ke bilik sebelum dua lelaki terbabit tiba-tiba menerkam ke arah saya dan cuba menutup mulut saya dengan tangan.

"Saya menjerit sebelum Saufi masuk ke bilik dan menerkam salah seorang lelaki terbabit manakala seorang lagi lelaki melarikan diri melalui pintu dapur," katanya ketika ditemui di rumahnya.

Hasmah berkata, dua penceroboh tersebut tidak sempat mencuri apa-apa barang miliknya termasuk barangan kemas seperti rantai, loket dan gelang yang dipakainya bernilai RM40,000.

"Saya bersyukur Saufi tidak mengalami kecederaan yang serius," tambahnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search


Larian CreaNova mewarnai Karnival Rakyat <b>di Jeli</b> dan Pesta <b>...</b>

Posted: 20 Sep 2011 09:51 PM PDT

Sempena dengan penganjuran Karnival Rakyat dan Transformasi Halal MITI-HDC pada 15-17 September  2011, MPC telah berjaya melaksanakan aktiviti Larian CreaNova di kampus MRSM Jeli.  YB Dato Sri Mustapa Mohamad, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah merasmikan pelepasan Larian ini yang dihadiri lebih kurang 500 peserta.  Acara ini merupakan acara kemuncak pada hari terakhir Karnival dan peserta-peserta adalah terdiri dari pelajar Sekolah Menengah, pelajar Kolej/IPTA/IPTS/Persatuan Belia serta wakil dari Jabatan/Agensi Kerajaan dan masyarakat tempatan.  Turut hadir dalam Majlis Pelepasan ini ialah YBhg Dato Abd Ghafar Musa, Pengarah Kanan MITI selaku Pengerusi Karnival dan En Mohd Razali Hussain, Ketua Pengarah MPC.  Hadiah Pemenang telah disampaikan oleh Ketua Pengarah MPC.  Pihak MPC juga telah di beri kepercayaan untuk memimpin 54 peserta Larian untuk membawa bendera Malaysia dan membarisi perarakan sempena dengan Sambutan Kemerdekaan kali ke 54 serta mengiringi ketibaan YB Menteri untuk Majlis Perasmian Penutup.

Pada hari keesokan juga, program yang sama di buat di Kampus Cawangan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Bachok.  Ia di jalankan sempena dengan Pesta Konvokensyen pertama UMK dan dianjur bersama dengan Jabatan Sukan dan Kebudayaan UMK.  Seramai 250 pelajar baru telah menyertai Larian ini.  Hadiah pemenang telah disampaikan oleh Pengarah Wilayah MPC Pantai Timur, En Kamaruzzaman Kassim.  Turut hadir sama ialah Pengarah Jabatan Sukan dan Kebudayaan UMK, En Ngadiso Darus.

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


Kembara Iftar dan Sahur Amal <b>Kelantan</b> | Yayasan Amal Malaysia

Posted: 19 Aug 2011 12:22 AM PDT

Posted by yayasanamalmalaysia on August 19th, 2011

Sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini, Yayasan Amal Malaysia cawangan Kelantan mengadakan program Kembara Sahur dan Iftar. Program ini akan dijalankan di rumah-rumah orang miskin. Proram ini dimulai dengan Kembara Iftar di DUN Kelaboran & Demit. Untuk Kembara Sahur pula di Amal Kelantan akan melawati DUN Tendong, Kadok & Kok Lanas.

You can leave a response, or trackback from your own site.

03 di ketereh - Google Blog Search

03 di ketereh - Google Blog Search


Rumah Banglo Satu Tingkat <b>di Ketereh</b> – Houses for sale Kelantan <b>...</b>

Posted: 25 Sep 2011 01:10 PM PDT

Ada 2 unit rumah banglo di Dendang, Kg Bechah
Hangus..keluasan 1437 kps..mmg selesa..kawasan yg strategik di kejiranan kampung
sediada..kawasan yg tenang dan nyaman..suasana kampung..tapi meriah..tak sunyi..sapa cepat dia dapat..sbb lepas pembinaan akan
dimulakan dan harga akan dinaikkan.

Contact Seller Email This Post Email This Post

03 di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search


RM1.46bil <b>Pulau Melaka</b> project set to become tourist draw | | kini.my

Posted: 25 Sep 2011 03:52 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]RM1.46bil Pulau Melaka project set to become tourist draw. 27 mins ago. MALACCA: The RM1.46bil troubled Pulau Melaka reclaimed island project is set to become a new tourist and property investment attraction as work to revive it nears ...

Updated News » Blog Archive » RM1.46bil <b>Pulau Melaka</b> project set <b>...</b>

Posted: 25 Sep 2011 03:52 PM PDT

MALACCA: The RM1.46bil troubled Pulau Melaka reclaimed island project is set to become a new tourist and property investment attraction as work to revive it nears completion.

Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam said apart from the existing and new housing and commercial lots, the project would also house several high-end tourism developments.

"Some of the upcoming tourism products include Wild Life Theatre, Malaysia Eye and Theme Park, Cable Car, the Arab City and five-star hotels," he said here yesterday.

Mohd Ali said the restoration involved 1,176 existing commercial units with eight blocks (comprising 228 units) under construction.

"The work progress is encouraging and the restoration is expected to be completed by November," he said.

The state, via Chief Minister Incorporated (CMI) had started work on the abandoned project, off the coast of Banda Hilir in December last year after it took possession of the island project from developers who had failed to revive the project.

Covering some 40ha, the project was launched in mid-1996 by Pulau Berkembar Sdn Bhd Talam Bhd, a subsidiary of Talam Corporation Sdn Bhd, but was abandoned in the late 1990s following the global economic downturn.

A legal tussle ensued when the state government tried to take over.

But there was closure after the Court of Appeal ruled in favour of the state.

One of the issues that needs to be resolved is the problem faced by some 1,000 buyers who were left in the lurch when the project was abandoned several times since its launch in the mid-1996.

As of Sept 20, Mohd Ali noted that 532 original buyers had come forward and had been offered their respective units through new sale and purchase agreements with CMI.

"We urge those who have not come forward to do so before the agreement signing between buyers and CMI on Oct 14.

"After the date, original buyers who do not come forward to sign the new agreement will have their units sold to other interested parties," he said.

ads