Rabu, 5 Oktober 2011

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


Dijual: factry unlocked apple iphone 4G 32GB, BBTorch, Ipad2 <b>...</b>

Posted: 29 Sep 2011 06:25 PM PDT

WE SELL IN PRICE wholesales.
——————————————-
SPECIFICATION:
(ARABIC / Europeans / ASIA / US SPECIFICATIONS) GENERAL NETWORK GSM 900/GSM 1800/gsm 1900
PLATFORM – TRI BAND (GSM900 + 1800 + 1900 MHZ.ANY OF THE PHONES THAT IS NOT IN GOOD CONDITION SHOULD BE RETURN IMMEDIATELY TO U.S. AND WE WILL BEAR THE RETURN charges Replacements AND FOR THE PHONES.

Buy 10 get 4 phones free phones
Buy 5 get 2 phones free phones
Buy 2 phones get 1 phone free
————————————————–
Apple iPhone 4G 32GB ——- $ 350USD
Apple iPhone 4G 16GB ——- $ 300USD
Apple iPhone 3G 32GB —— $ 250USD
Apple iPhone 3G 16GB ——- $ 200usd
Apple iPhone 3G 8GB 150USD ——-$
Apple iPhone 3G 16GB ——— $ 175usd
Apple iPad 2 (2011) with Wi-Fi + 3G 64GB —-$ 450usd
Apple iPad 2 (2011) with Wi-Fi + 3G 32GB —– $ 400usd
Apple iPad 2 (2011) with Wi-Fi + 3G 16GB —— $ 350USD
Apple iPad 64GB (Wi-Fi + 3G) ———$ 250USD
Apple iPad 32GB (Wi-Fi + 3G )———$ 230usd
Apple iPad 16GB (Wi-Fi + 3G) — 200usdBookmark

BlackBerry Torch ——– $ 300USD
BlackBerry Pearl 9105 —–$ 3G 320USD
BlackBerry Pearl 9100 —–$ 3G 310USD
——–$ 300USD BlackBerry Bold 9650
———-$ 200USD BlackBerry 8900
BlackBerry Bold 9000 ——- $ 300USD

CAMERA
Sony Cyber-shot DSC-H20 @ … … … … … .. $ 200
Sony Cyber-shot DSC-HX1 @ … … … … … .. $ 300
Sony Cyber-shot DSC-TX7 (blue) @ … … .. $ 300

Nikon D5000 (with 18-55mm lens) … … …. @ $ $ 500
Nikon Coolpix P100 @ … … … … … … … … … … … .. $ 250
Nikon D90 (with 18-105mm lens) @ … … … … $ 850
Nikon D3000 (with 18mm-55mm lens) @ …. $ 380

Email: nanimobilesltd@hotmail.com
Skype: nanivi83

Other Topics for: Dijual factry unlocked apple iphone

  • ELECTRONICS Promosi4u – Ruang Iklan Percuma
    Category Mobile Phones & Gadgets Listed 2 hours ago. Pelanggan yang terhormat, kami memberikan penawaran khusus kepada para pembeli baru dan pelanggan kami sebagai. Tags: ELECTRONICS Promosi4u – Ruang Iklan Percuma.
  • Mobile Phones & Gadgets Promosi4u – Ruang Iklan Percuma
    Category Mobile Phones & Gadgets Listed September 29, 2011. BlackBerry 9810 Torch is the latest widget in the market. This stunning device by BlackBerry will let you. Tags: Mobile Phones & Gadgets Promosi4u – Ruang Iklan Percuma.
  • free ads posting on birchadvertising
    World Wrestling Entertainment Money In The Bank Ladder Match Ring from Mattel. christmas gifts are happy to present the excellent World Wrestling Entertainment Money In. Tags: free ads posting on birchadvertising.
  • Iklan Malaysia Classifieds Best Free Iklan Internet Percuma Local
    Iklan Malaysia classifieds best free local online classified ads advertisements advertising buy rent sell property jobs company directory listing business opportunities. Tags: Iklan Malaysia Classifieds Best Free Iklan Internet Percuma Local.
  • Indonesia Free Classifieds, Online Classifieds,Post Free
    laptops,Digital Cameras,MP3 Players WTS Brand New Original Apple iphone 4G THE GREATEST AFRICAN WOMAN MIRACLE SPIRITUAL THE PROVEN & RELIABLE SECRETS TO DOG TRAINING !. Tags: Indonesia Free Classifieds, Online Classifieds,Post Free.
  • Pasang Iklan Gratis di iklanbiru
    Jual Busana Muslim Terbaru Roemah Zafirah. menawarkan Lainnya Jual Busana Muslim Terbaru Roemah Zafirah Jual Busana muslim terbaru baju Ghamis muslim. Tags: Pasang Iklan Gratis di iklanbiru.
  • Naza Bestari 206 Promosi4u – Ruang Iklan Percuma
    Description. Call me now 019 2789767 azwan to get free gift. Naza has updated the Naza 206 Bestari with a new bodykit including a rear roof spoiler, door visors, and a new. Tags: Naza Bestari 206 Promosi4u – Ruang Iklan Percuma.
  • Pasang Iklan Gratis di iklanbiru
    Jual Komik Silat Kho Ping Hoo menawarkan lainnya-0 · CARA MEMBUAT WEBSITE masteringcms menawarkan lainnya-0 · Dijual factry unlocked apple iphone 4G 32GB. Tags: Pasang Iklan Gratis di iklanbiru.
  • Rumah dijual di Jogja Situs Iklan Online Gratis
    Other Topics for Rumah dijual Jogja. RumahJogja.Net Bursa Rumah dan Tanah Di Jogja RumahJogja.NET Portal Informasi Properti Rumah Dan Tanah Independen Terlengkap Di Jogja. Tags: Rumah dijual di Jogja Situs Iklan Online Gratis.
  • Blackberry Tag Situs Iklan Online Gratis
    COMPANY NAME VENTURE ELECTRONICS SERVICES We Rendered essential services and Delivery Good working service to all Buyers. We will like to keep on having a Good. Tags: Blackberry Tag Situs Iklan Online Gratis.
  • TANAH PADI LUAS SETENGAH EKAR RM75000 DI JELAWAT Promosi4u
    description. tanah di jelawat untuk dijual - luas setengah ekar - muat 3 lot banglo - untuk dijual segera - harga boleh dirunding - hubungi 017-9842939. Tags: TANAH PADI LUAS SETENGAH EKAR RM75000 DI JELAWAT Promosi4u.
  • TANAH 6 EKAR DI JELI KELANTAN RM350,000 Promosi4u – Ruang
    Iklan yang mungkin berkaitan dengan TANAH 6 EKAR DI JELI KELANTAN RM350,000. Tags: TANAH 6 EKAR DI JELI KELANTAN RM350,000 Promosi4u – Ruang.
  • Avail Beauty FC Bio Sanitary Pad Promosi4u – Ruang Iklan
    Description. Jadilah pengguna dan pengedar produk avail beauty sekarang! bermula dengan pakej agen 2+1 anda bakal peroleh keuntungan sebanyak 60%!produk mudah dijual..setiap. Tags: Avail Beauty FC Bio Sanitary Pad Promosi4u – Ruang Iklan.
  • RUMAH UNTUK DISEWA Promosi4u – Ruang Iklan Percuma
    Description. Rumah teres untuk disewa. Murah, berdekatan dengan kemudahan awam. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Badrul di talian tertera terima kasih.. Tags: RUMAH UNTUK DISEWA Promosi4u – Ruang Iklan Percuma.
  • A kereta lelong Promosi4u – Ruang Iklan Percuma
    Recent Posts. Rm 400 SEHARI DENGAN HANYA MENAIP!!! Dijual factry unlocked apple iphone 4G 32GB, BBTorch, Ipad2 Rah$ia $edut Duit Di Internet $ehingga RM1000 Setiap Hari. Tags: A kereta lelong Promosi4u – Ruang Iklan Percuma.

Terms contain keyword » Dijual: factry unlocked apple iphone 4G 32GB BBTorch Ipad2, Dijual, factry, unlocked, apple, or iphone:

obat menggugurkan janin yg Dijual di apotik, rumah Dijual di perum telaga kahuripan cluster indraprasta, rumah Dijual di bekasi barat, rumah Dijual di telaga kahuripan griya ganesha sawangan, obat kuat oles yang Dijual di apotik, kuwait ads clasificado iphone 4g, nada sms iphone ada yang puya g?, obat untuk menggugurkan kandungan yang Dijual di apotek, ruko Dijual di fatmawati semarang, chihuahua Dijual murah sep 2011, tanah murah Dijual di bogor, nokia 5800 theme – iphone ui, nama-nama obat yang Dijual di apotik tanpa resep dokter yang bisa m..., download myphone exceeding iphone 5800, rumah Dijual dibantul, rumah hook Dijual talaga bestari, membeli jual baru apple iphone 4g 32gb

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


Kemenangan BN <b>di Galas</b> dijangka - LAMAN KL-TODAY.COM

Posted: 05 Nov 2010 01:21 AM PDT

Shaharul Shafie

Apa sebenarnya yang berlaku di Galas? Pastinya Umno dan Barisan Nasional (BN) kini merayakan kemenangan mereka kerana berjaya menambah majoriti sekaligus merampas kerusi kembali tersebut dari lawan mereka iaitu PAS. Sebelum ini, saya tidak menulis sangat mengenai apa-apa perkembangan semasa kempen di Galas mahu pun di Batu Sapi jika dibandingkan semasa pilihanraya kecil di Hulu Selangor dan Sibu kerana saya sudah menjangkakan keputusan  hari ini berdasarkan faktor tertentu.

Di dalam kajian dan kerjaya, saya adalah orang yang menganalisa maklumat dan persepsi serta merekabentuk sistem maklumat sains keputusan bagi melihat kepada faktor-faktor yang sedia ada pada sesuatu perkara yang dikaji di dalam pelbagai bidang termasuklah politik. Terus-terang saya katakan di dalam isu Galas, faktor besar dan jelas memberikan kelebihan bermakna kepada BN dan kekurangan kepada lawannya. Di sini biarlah saya huraikan sebab-sebab mengapa Galas boleh dirampas begitu sahaja oleh Umno.

Sama ada kita sedar atau pun sengaja buat tidak sedar adalah faktor Tengku Razaleigh Hamzah atau dikenali sebagai Ku Li sendiri sebagai pemimpin Umno setempat di Gua Musang. Siapa yang tidak kenal Ku Li di dalam politik negara. Ku Li sudah lama memimpin parti Umno sama ada sebagai pemimpin setempat ataupun di peringkat nasional. Ku Li sudah menjadi ahli Parlimen sejak tahun 1969 lagi ketika Parlimen Gua Musang pernah dikenali sebagai Parlimen Kelantan Barat. Parlimen Gua Musang pula memiliki keluasan parlimen terbesar di negeri Siti Wan Kembang itu. Selain menjadi pemimpin bersifat 'bangsawan' di sana, beliau juga sememangnya layak dianggap pemimpin 'feudal' Kelantan kerana beliau adalah ahli kerabat diraja Kelantan.

Ku Li memainkan peranan besar kemenangan dan bukannya Umno

Ku Li dihormati dan disayangi oleh segenap rakyat Gua Musang. Walaupun Ku Li ditolak di peringkat nasional oleh Umno tetapi bagi Umno Gua Musang, Ku Li adalah 'Presiden' Umno mereka. Sudah banyak kali Umno bahagian itu sendiri mencalonkan Ku Li sebagai calon Presiden Umno ketika pencalonan untuk pemilihan Umno Pusat. Malah Gua Musang menjadi satu-satunya Umno bahagian di Malaysia yang berani mencalonkan beliau. Walaupun pernah 'keluar Umno lama' dan memimpin parti baru iaitu Semangat 46, penduduk Gua Musang tetap bersama dengannya walaupun beliau bertukar baju lain. Umno 'Baru' tajaan Dr. Mahathir (selepas pengharaman Umno pada tahun 1988)melalui Bahagian Gua Musang terus lumpuh apabila Ku Li tidak menyertai Umno Baru dan menubuhkan Semangat 46. Bukan itu sahaja, ia lumpuh gara-gara ahli-ahli Umno 'lama' Gua Musang ketika itu sendiri keluar parti mengikut jejak Ku Li ke dalam Semangat 46.

Walaupun berstatus Presiden Semangat 46 ketika itu, Parlimen Gua Musang terus dipertahankan dan menjalinkan hubungan baik dengan PAS untuk membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Selain itu juga, ketiga-tiga kerusi DUN di bawah Gua Musang turut mengikut rentak dan langkah politiknya. Tidak kira Ku Li mewakili Umno atau Semangat 46, kerusi-kerusi DUN di bawahnya iaitu Galas, Nenggiri dan Paloh tetap kekal mengikutnya. Hanya pada pilihanraya umum yang lepas, Galas terlepas ke tangan PAS gara-gara tsunami politik nasional yang menghempas badai masuk ke wilayahnya. Bukan itu sahaja, adanya ahli-ahli Umno ketika PRU 2008 di Gua Musang tidak terkecuali daripada memberi undi tanda 'protes BN' kepada Pakatan Rakyat (PR) yang akhirnya menyebabkan Galas terlepas tetapi juga menyaksikan penurunan majoriti Umno-BN di parlimen Gua Musang dan di dua lagi kerusi DUN dibawahnya.

Dengan kata lain, selain dari Galas yang pernah menjadi kubu kuat Umno untuk sekian lama, maka tidak mustahil kekuatan kubu lama yang hanya diperintah orang baru tidak sampai tiga tahun boleh kembali kepada pemilik sebelumnya.  Faktor kekuatan Ku Li adalah faktor utama yang sepatutnya lebih awal lagi dilihat sebagai penghalang kepada PAS bagi mengulangi nasib baik kali kedua untuk mengekalkan Galas. Saya yakin PAS sendiri pun tahu betapa kuatnya faktor Ku Li dan sewajarnya mereka bersedia kebarangkalian kemungkinan kalah. Bukannya hendak menafikan faktor kekuatan peribadi Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak kuat di sana tetapi maaf saya katakan, kekuatan Ku Li sememangnya tidak dinafikan lagi hebat di Gua Musang.

Apabila diadakan pilihanraya kecil sebegini, Ku Li pula dilantik oleh Presiden Umno sebagai Pengarah Jentera BN adalah sesuatu strategi Umno Pusat yang betul dan menguntungkan kem Umno sebenarnya. Ku Li berjaya mengemudikan jentera di sana dengan menjadikan pertandingan di sana lebih bersifat persaudaraan dan cuba mengelakkan isu-isu nasional mendominasi politik di sana sepertimana yang pernah berlaku dalam siri-siri pilihanraya kecil sebelum ini. Perlantikan ini amat penting kerana kesemua ahli Umno dapat disatukan dan komponen-komponen BN yang lainnya di Galas untuk membentuk jentera yang kukuh dan bersepadu. Ini adalah kerana Ku Li adalah pemimpin yang diterima oleh semua komponen BN di sana.

Serangan PAS isu orang Asli ke atas Ku Li adalah satu kesilapan

Sepanjang kempen Galas, Ku Li dilihat jelas mengelakkan melakukan serangan peribadi ke atas calon lawan atau ke atas mana-mana pemimpin PAS sebagai bahan kempennya seperti pemimpin Umno yang lain. Malah, dengan bijak Ku Li berjaya menepis pertanyaan para pemberita yang sememangnya sengaja melaga-lagakan para pemimpin parti-parti bertanding semasa tempoh kempen. Dua hari lepas, apabila Ku Li dituduh oleh Pengarah Jentera PAS Galas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai punca kepada masalah penempatan dan hak tanah orang Asli Galas pada ketika ini, Ku Li menjawab dengan jujur dan rendah dirinya tanpa menjadi defensif. Maka, adalah menjadi satu kesilapan PAS juga yang memulakan serangan peribadi yang sewajarnya dielakkan terutamanya ke atas Ku Li kerana penduduk Galas termasuklah ahli PAS Galas yang sebenarnya kawan kepada Ku Li dan mereka juga sangat sensitif dengan sebarang tuduhan ke atas Ku Li. Ini adalah hakikatnya yang sudah berlaku dan mungkin memburukkan prestasi PAS di Galas.

Strategi Ku Li yang turun padang dan redah hutan berjam-jam seharian di Hulu Kelantan (Galas merupakan kawasan DUN yang paling besar saiznya di dalam DUN Kelantan kerana 80 peratusnya adalah kawasan hutan) untuk berjumpa sendiri dengan rakyat ataupun pengundi memberi  menerangkan polisi dan peranan kerajaan di dalam membantu mereka terutamanya Orang Asli akhirnya membuahkan hasil kemenangan ini. Ku Li tidak menggunakan kempennya untuk mengutuk dasar kerajaan negeri PAS sekarang tetapi hanya menyuarakan apa yang BN boleh lakukan untuk mereka sekiranya menyokong calon BN. Tiadanya ceramah skala besar sebagai strategi Umno juga adalah satu tindakan yang dilihat betul dengan digantikan dengan pertemuan rakyat secara kelompok kecil.

Orang Asli penentu penting dengan jumlah hampir 20% pengundi Galas

Perlu diingatkan, selain daripada menjadi kawasan DUN terbesar di negeri Kelantan, Galas juga mempunyai jumlah pengundinya hampir 20 peratusnya adalah pengundi orang Asli. Peratusan itu membawa jumlah pengundi orang Asli seramai 2,000 orang. Berdasarkan keputusan semalam, dipercayai orang Asli di DUN Galas memberikan kemenangan kira-kira 75 peratus kepada Umno dan selebihnya kepada PAS. Dengan peratusan sokongan itu kepada Umno, secara kasarnya kita melihat hampir 1,300 pengundi orang Asli (jika mengambil kira peratusan keluar mengundi bagi orang Asli sama dengan keseluruhan Galas iaitu 82%) memberikan undi kepada Umno.

Jika dilihat dengan majoriti kekalahan PAS sebanyak 1190 undi, jumlah 1,160 undi kepada Umno itu sebenarnya memberi impak yang besar. Jika PAS mampu melakukan strategi terbaik di dalam mendapatkan sokongan orang Asli di Galas, jumlah majoriti kalah mungkin boleh dikurangkan ataupun menang ke atas BN dengan majoriti yang kecil seperti di PRK Manek Urai (perlu dibantu dengan pengekalan undi pengundi Cina di Bandar Baru, Bandar Lama Gua Musang dan Pulai sekurang-kurangnya seperti Pru 2008) .

Calon bekas KESEDAR tarik penyokong kakitangan KESEDAR

Seperkara lagi yang kita perlu akur memburukkan peluang PAS di Galas ialah jumlah pegawai dan kakitangan yang bertugas di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR). KESEDAR merupakan agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan pusat untuk membangunkan wilayah luar bandar yang turut merangkumi keseluruhan Galas dan majoriti daripada mereka sememangnya tinggal di kawasan bandar Gua Musang. Gua Musang sendiri adalah bandar yang berada di dalam DUN Galas. Tidak dinafikan dengan banyak bantuan kerajaan pusat kepada kakitangan kerajaan yang turut melibatkan para kakitangan kerajaan KESEDAR sebagai agensinya, kebanyakan mereka memang cenderung untuk mengundi calon kerajaan lebih-lebih lagi, calon tajaan BN pula adalah bekas kakitangan di KESEDAR yang sememangnya dikenali oleh mereka. Selain itu, Abdul Aziz Yusuf yang pernah bertugas sebagai pegawai KESEDAR pastinya lebih mengenali Galas disebabkan kehendak pekerjaannya yang berhubung dengan rakyat.

Saya tahu ada penganalisa menganggap isu pemberian 'zakat' oleh Menteri Besar kepada tiga orang Asli yang memeluk Islam mungkin adalah antara punca dan juga isu pemberian wang RM250 perbelanjaan pulang kepada anak Kelantan yang berada di luar yang mengundi di Galas untuk pulang ke mengundi. Saya tidak menafikan ada sedikit kesan tetapi tidaklah sehebat faktor kepimpinan dan personaliti Ku Li sendiri. Saya yakin sekiranya bukan Abdul Aziz yang merupakan Setiausaha Umno Bahagian Gua Musang menjadi calon, sesiapa sahaja calon asalkan orang Gua Musang dan tiada masalah akhlak pasti akan menang juga jika diletakkan sebagai calon. Mungkin calon yang lain itu tidak mencapai majoriti yang besar yang diperolehi Abdul Aziz kerana beliau ada faktor KESEDAR. Oleh itu, masalah calon PAS didakwa tidak sesuai di sini tidak wujud yang menyebabkan kekalahan PAS. Malah, PAS telah meletakkan calon yang sesuai tetapi sekali lagi tidak kena pada masa dan tempat. Namun begitu, jika dahulunya, perancangan ada menyebut PAS mungkin meletakkan calon Orang Asli, mungkin keputusan agak berbeza.

Beza PRK dan PRU kepada jentera kempen

Kenapa saya sebut tidak kena pada masa? Pilihanraya kecil dan pilihanraya umum sangat berbeza sifatnya. Banyak tumpuan boleh diberikan kepada pilihanraya kecil dengan wang ringgit, logistik dan strategi boleh dirangkakan dengan berkesan. Namun begitu, apabila berhadapan dengan pilihanraya umum, tumpuan adalah khas kepada manifesto perjuangan parti secara keseluruhan dan mengutamakan politik idea bersifat nasional di dalam kempen. Semasa pilihanraya kecil, isu masyarakat setempat seperti kemudahan asas dan kebajikan setempat tetap menjadi strategi yang bagus untuk dibawa manakala isu nasional kurang relevan. Oleh kerana kesukaran memberi tumpuan strategik kepada kawasanlah menyebabkan Galas terlepas ke tangan PAS semasa PRU 2008. Kini, tanpa menafikan PAS mempunyai peluang untuk menang di Galas, tetapi jalan-jalan menuju mempertahankan kerusi itu adalah amat getir sekali.

Walaubagaimanapun, PR khasnya PAS perlu melihat semula seluruh aspek jentera dan usaha mereka dengan melakukan kajian semula atau post-mortem. Sebelum ini, PAS juga hampir tersungkur semasa pilihanraya kecil Manek Urai pada Julai tahun lepas. Sekali lagi, kerana pilihanraya kecil ini bersifat lokal menyebabkan seluruh tumpuan jentera seluruh negara ke atasnya. Bukan itu sahaja, PRK Manek Urai yang menyaksikan majoriti kemenangan PAS dikurangkan sehingga 65 undi sahaja turut menjadi antara PRK yang panas dan penuh dengan episod yang 'ganas' dalam sejarah kempen pilihanraya negara. Tetapi ketika di Galas, boleh disifatkan sebagai kempen PRK yang paling 'hemah' selepas tsunami 2008. Kalah dan menang menjadi adat dalam mana-mana pertandingan. Jika hari ini kita kalah, esok mungkin akan menang. Jika kita menang pertempuran, tidak semestinya kita menang peperangan. Ambil contoh PRK Ijok pada 28 April 2007 apabila Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR telah tewas kepada Cikgu K. Parthiban dari MIC-BN tetapi tidak sampai tempoh setahun pun, siapa sangka Khalid menang semasa PRU 2008 dan menjadi pula Menteri Besar Selangor.

Kajian semula (post-mortem) di pihak PAS dan BN

Tetapi ingatlah kajian menyeluruh perlu dilakukan bukan sahaja oleh PAS tentang kekalahannya tetapi juga oleh Umno di Gua Musang kerana memenanginya. Terlalu jauh sekali untuk mengandaikan keputusan di Galas sebagai indikasi kepada kemampuan kerajaan PAS boleh ditumbangkan oleh BN pada PRU ke 13. Kajian boleh dilakukan oleh Umno supaya melihat perkara-perkara yang menyebabkan mereka menang dengan majoriti besar kali ini agar mereka tidak mengulangi kesilapan PRU 2004 apabila setelah memenangi dengan hebat sekali dalam sejarah pencapaian BN sehinggakan melupakan janji-janji kepada rakyat. Alamatnya BN selepas itu hampir tersungkur terus semasa PRU 2008 angkara dihukum rakyat dan ahli mereka sendiri yang protes. Nasib baiklah, ada deposit di Sabah, Sarawak dan Johor.

Terpulanglah kepada Umno selama mana mereka hendak merayakan kemenangan ini tetapi usaha kuat dan kesedaran kejayaan ini perlu disedari sebagai amanah dan bukannya 'habuan' daripada rakyat. Mereka boleh menganggap kemenangan ini sebagai satu motivasi di hari hadapan tetapi tetap ingatlah pada prinsip 'kami memilih dan kamu berkhidmat sebagai Yang Berhormat'. Saya pasti Ku Li sendiri sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat sedar akan hakikat ini. Oleh kerana itulah Ku Li sendiri pun sudah bertahan menjadi pemimpin rakyat lebih 40 tahun kerana tahu kerjanya itu penuh dengan amanah.

Survival politik Ku Li dan kesan ke atas Perkasa

Sungguhpun begitu, kesan kemenangan 'jentera' Ku Li bakal memberi kesan kepada Umno pusat lambat-launnya. Suka atau tidak, pasti ada pemimpin pusat yang tidak senang duduk dengan kejayaan Ku Li ini. Kemenangan ini menunjukkan Ku Li adalah watak atau pelaku politik yang masih relevan sebagai seorang pemimpin yang berpengalaman untuk menyumbang kepada proses 'penyembuhan ' Umno dan BN. Usaha Ku Li yang nampak tidak selari dengan kerajaan pusat mengenai isu royalti petroleum kepada negeri Kelantan adalah satu lagi isu yang disimpan oleh semua pihak sepanjang kempen Galas. Kita akan lihat sejauh mana kedudukan kerajaan pusat di dalam bertoleransi dengan ketidakselarasan dengan Ku Li ini dalam isu royalti.

Satu kesan lagi yang nampak selepas ini ialah kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa (Pribumi) yang tidak menyertai PRK Galas kali ini sepertimana mereka menyertai beberapa siri PRK yang lalu dengan menyokong calon dari BN. Perkasa pastinya hilang taringnya dengan kemenangan Umno di Galas kerana selama ini Perkasa cuba menunjukkan betapa pentingnya pertubuhannya itu sebagai punca utama sokongan orang Melayu. Nampaknya, kali ini dengan Presidennya, Datuk Ibrahim Ali yang masih berehat selepas pembedahan jantung perlu mencari jalan baru untuk 'memaksa' Umno melihat Perkasa miliknya itu mempunyai pengaruh yang besar bagi menentukan kelangsungan Umno dalam politik perdana.

Shaharul adalah seorang perunding Sumber Manusia Strategik dan program pembangunan organisasi, Selain itu, beliau juga menulis beberapa artikel analisa perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang diterbitkan di dalam KLToday.com. Beliau boleh dihubungi di rashidzack@yahoo.com

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


TV3 Stesyen TV Portal Pertama - Nasib 3 Beradik Tanpa Dokumen <b>...</b>

Posted: 02 Oct 2011 05:13 AM PDT

02/10/2011 20:13:00

Tiga beradik berusia 10, 13 dan 16 tahun.

Semuanya perempuan dan tidak bersekolah dan tiada dokumen pengenalan diri.

Ibu bapa mereka juga tidak mempunyai dokumen berkenaan.
 
Bapa mereka pernah mendapat pendidikan sehingga tingkatan tiga di sebuah Sekolah Menengah di Pasir Puteh, Kelantan.

Kini anak bongsu mereka mahu bersekolah namun dinafikan peluang kerana sebab yang sama.

Saksikan laporan berikut.

Keluarga ini menyewa rumah di Kampung Kandis di Gaal, Pasir Putih, Kelantan.

Abdul Rahman Hussin, 43 tahun berkerja mengambil upah menoreh getah.

Manakala isterinya suri rumahtangga sepenuh masa.

Sejak usia tujuh tahun anak bongsu pasangan ini,  Zainab, 10 tahun, hanya duduk dirumah dan tidak ke sekolah.

Kini keinginannya untuk bersekolah semakin berkobar.

Bagi melayan keinginan bersekolahnya, Zainab memiliki sebuah buku latihan dan sebatang pensil untuk berlatih sendirian di rumah.

Beliau akui merasa cemburu melihat kawan kawan ke sekolah setiap hari dan mula rasa bersendirian.

ZAINAB ABDUL RAHMAN
Kalau zainab tanya kawan kawan, apa kata mereka?) dia goyak sekolah sedap, pandai ke apa gitu.(Bj: Sekarang zainab tak pergi sekolah apa rasa?)  rugi la tak pergi sekolah (bj: Apa cita cita zainab?) cikgu. (Bj: Kenapa?) boleh ajar budak budak.

Dua lagi kakak zainab,  afiqah, 13 tahun; dan aishah, 16 tahun, kini sudah memasuki alam perkerjaan walaupun dibawah umur 18 tahun.

Afiqah dikatakan berkerja sebagai pengasuh kanak kanak di Kuala Lumpur.

Manakala Aishah pula berkerja berhampiran kampung mereka.

Abdul Rahman berkata Afiqah sudah lama tidak pulang ke kampung kerana gemar dengan kehidupan dikota.

Hakikatnya, beliau mengawini isterinya di Selatan Thailand dan kembali semula ke kelantan setelah Zainab berusia 2 tahun.

ABDUL RAHMAN HUSSIN.
Sebenarnya benda ini sudah lama diusahakan. Tapi main tepuk jari (mereka yang janji untuk menolong tidak bersungguh sungguh). minta tolong pada mereka yang berkenaan, tiada yang mahu membantu dengan ikhlas. Anak macam mana tak sekolah? Sekolah macam gini lah. Tak sekolah. Tak sekolah pondok ke? Tak ada.

Jabatan Pendaftaran Negara, JPN,  Kelantan kami hubungi yang kemudiannya turun ke kediaman pasangan ini.

Dokumen yang diserahkan kepada kakitangan JPN menunjukan ketiga tiga anak pasangan ini dilahirkan di Selatan Thailand.

Sekaligus taraf kewarganegaraan mereka disangsi.

Kes dirujuk ke Putrajaya untuk ulasan.

Dalam pada itu Jabatan Pelajaran Kelantan juga menyemak status kanak kanak berkenaan untuk menentukan mereka layak memasuki alam persekolahan pada usia yang agak lewat.

Menurut Jabatan Pendidikan Kelantan - kesulitan berdepan tiga beradik berkenaan.

Ini kerana ketiadaan dokumen pengenalan sah menyukarkan mereka di daftar untuk bersekolah.

Dalam hal ini - Jabatan Pelajaran Negeri akan menunggu hasil semakan Jabatan Pendaftaran Negara mengenai status kerakyatan mereka sekeluarga.
 
JPN, pula dalam kenyataan nya menjelaskan keluarga Abdul Rahman Hussin bukan warga negara Malaysia.

Beliau, isteri dan ketiga tiga anaknya adalah warga Thailand yang menetap di Pasir Putih untuk sekian lama.

Justeru, dokumen kelahiran anak anak mereka sepatutnya dikeluarkan oleh pihak berkuasa Thai.

Sekaligus, mereka berstatus pendatang.

Kesudahannya, Zainab, Afiqah dan Aishah tidak boleh memasuki alam persekolahan di negara ini.

Kisah keluarga Abdul Rahman bukan eksklusif.

Ramai lagi yang senasib seperti mereka tanpa dokumen sah.

Sekian, laporan kali ini.

Hantarkan aduan ke aduan rakyat at tv3.com,my.

Dan lengkapkan nya dengan nama, alamat dan nombor telepon.

Sehingga bertemu lagi minggu depan, saya Jaffry Azman, Aduan Rakyat, TV3, ambil berat.

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


Pertemuan Aidilfitri lebih 1500 ahli UMNO <b>Tanah Merah</b> meriah

Posted: 11 Sep 2011 04:08 PM PDT

You are here: Home / Politik / Pertemuan Aidilfitri lebih 1,500 ahli UMNO Tanah Merah meriah

TANAH MERAH 11 Sept. – Lebih 1,500 ahli UMNO Bahagian Tanah Merah menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Perjumpaan Hari Raya Aidilfitri Bersama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1 di sini malam tadi.

Walaupun hujan, majlis yang turut dihadiri oleh Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz itu tetap berlangsung dalam suasana meriah.

Mustapa dalam ucapannya berkata, melalui pertemuan tersebut, ia boleh dijadikan medan untuk mengatur pelbagai strategi di kalangan ahli dan pemimpin di bahagian tersebut khusus untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Sempena bulan yang mulia ini, kita manfaatkan sepenuhnya pertemuan dalam sebuah keluarga besar pada malam ini untuk sama-sama berjuang dan menyemarakkan semangat Gelombang Merah yang begitu berkobar-kobar kini.

"Situasi ini hendaknya berterusan untuk meraih sebanyak mana ahli baru dan mengekalkan kesetiaan ahli lama," katanya.

Pada majlis tersebut, Mustapa yang diiringi isteri, Datin Seri Kamarzan Ahmad meluangkan masa bertemu dan beramah mesra dengan semua tetamu.

Ikmal Hisham ketika ditemui pula berkata, pertemuan dalam majlis tersebut akan dapat mengakrabkan lagi hubungan semua ahli UMNO di bahagian itu.

"Semua ahli begitu bersemangat untuk bersama-sama di dalam majlis ini walaupun persiapan hanya mengambil masa dua hari. Kejayaan pertemuan pada malam ini dibantu oleh 1,300 orang ahli Jalinan Rakyat (JR).

"JR yang dilantik ini mempunyai peserta di kalangan ahli baru dan lama antara tujuh hingga 10 orang. Mereka bergerak pantas untuk menyebarkan apa juga maklumat termasuk menjayakan majlis pada malam ini. Kumpulan tersebut turut bersama-sama membangkitkan semangat Gelombang Merah bagi menghadapi pilihan raya nanti, " ujarnya.

Sementara itu, Ikmal memberitahu, pihaknya akan mengagih-agihkan kelengkapan alat tulis kepada 2,400 calon peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula minggu hadapan.

"Alat tulis yang bernilai RM15,000 itu akan diserahkan kepada semua sekolah di Tanah Merah untuk diserahkan kepada calon peperiksaan," katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

03 di pasir mas - Google Blog Search

03 di pasir mas - Google Blog Search


Muslimeen United: KATAK YANG AKAN `MATI KATAK&#39; <b>DI PASIR MAS</b>

Posted: 04 Oct 2011 03:45 PM PDT

SERONOK rasanya bila mendengar khabar bahawa kemungkinan besar Berahim Al-kataki akan bertanding di Pasir Mas di dalam Pilihanraya Umum akan datang. Dengar ceritanya bos PERKOSA ini akan menggunakan lambang `dacing Baghdad' di dalam pilihanraya itu nanti.

Aku tidak peduli samada dia guna lambang apa sekali pun asalkan bukan lambang mata, bulan atau roket. Dia mahu guna lambang katak puru pun tiada masalah, asalkan dia ada `telor' untuk bertanding di situ. Dan, calon paling menarik dan syok untuk kita lihat memijak `raja katak' ini sehingga `mati katak' tidak lain tidak bukan, Mat Sabu Perwira yang memperjuangkan pencen untuk waris-waris polis yang bekerja dengan British di Bukit Kepong puluhan tahun yang lalu. Tiada masalah, jika Komunis yang `bersara' pun boleh dapat tanah, takkan Polis yang bekerja dengan penjajah tidak layak dapat pencen. Tahniah, Mat Sabu.

Berbalik semula kepada kisah katak Pasir Mas ini. Dia pernah cakap, jika dia menjadi Menteri Dalam Negeri, dia akan cabut bulu-bulu Mat Sabu dari kepala sampai hujung kaki. Wah, bukan main hebat si puru PERKOSA ini. Memang beliau hebat, bukankah sewaktu Perhimpunan BERSIH baru-baru ini beliau berada di hadapan sekali? Aku nampak dia bersilat sambil menghunus keris telanjang tanpa sarung seperti logo parti Umporno itu.

Aku harap Umporno kasi peluang pada katak puru Pasir Mas ini bertanding. Kita mahu saksikan bagaimana seksanya katak untuk `mati katak'. /wfauzdin.blogspot.com

Majlis Ilmu <b>di</b> Pondok Lubuk Tapah, <b>Pasir Mas</b> « Pusat <b>...</b>

Posted: 04 Oct 2011 08:46 AM PDT

Posted by epondok di Oktober 4, 2011

Berikut ialah penambahan kepada jadual majlis ilmu Sempena hol Habib Abdullah al-Haddad di Kelantan

Tarikh : 6 Oktober 2011 (Khamis)

Masa  : Lepas solat zohor

Tempat : Masjid Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas

Penceramah : Habib Taufiq b Abdul Qader as-Saqqaf (Ulama' Indonesia)

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir beramai-ramai

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


renungan: Tengku Razaleigh dan <b>Gua Musang</b>

Posted: 28 Sep 2011 06:39 AM PDT

ANTARA calon veteran UMNO dan Barisan Nasional (BN)
yang pasti terpilih bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke 13
nanti tentunya wakil Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Tidak mungkin senarai nama Ku Li akan tercicir dari senarai
calon BN yang akan bertanding kelak. Siapakah yang layak
bertanding di Gua Musang selain Ku Li ?

Sejarah menunjukkan Ku Li telah menang bertanding di situ
di atas tiket parti berbeza. Di atas tiket BN dia menang selesa.
Bila Ku Li berada di luar UMNO dan mengasaskan parti Semangat 46
dan bergabung dengan PAS dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU)
dia terus menang di Gua Musang dengan majoriti besar.

Di Gua Musang pengundi tidak lagi memandang bentuk
parti lagi, mereka hanya kenal ketokohan putera dari istana
itu. Kekuatan pengaruh Ku Li di situ tidak boleh digugat
sesiapapun.

Malah sekiranya Ku Li mahu bertanding atas tiket bebas
dan menggunakan lambang kunci dan payungpun beliau
akan menang.

Barangkali, selagi Ku Li sihat dan panjang umur beliau
tetap akan mempertahankan kerusinya yang dipegang
hampir empat dekad. Hanya keuzuran dan maut sahaja
yang mampu menghalang Ku Li untuk terus menjadi wakil
rakyat di Gua Musang.

Namun sayang kelibat Ku Li hanyalah setakat di Gua Musang.
Di luar Gua Musang Ku Li ibarat singa tua patah kuku dan
bukan menjadi ancaman mangsa sekitarnya.

Justeru Ku Li tidak ada peranan besar di pusat dan
Majlis Tertinggi parti. Seolah kedudukan beliau dalam
parti dipinggirkan.

Ini dapat difahami kerana tokoh seperti Ku Li, kalau
diberi "half chance' beliau pasti akan mencabar kepimpinan
parti.

Beliau pernah mencabar Mahathir dan Musa Hitam bagi
jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO, tetapi
semua tewas.

Beliau juga pernah mencuba bertanding melawan Pak Lah
bagi jawatan Presiden; namun terpaksa menarik diri ekoran
kekangan syarat pencalonan dari Bahagian yang tidak mencukupi
 yang dikehendaki parti.

Ku Li dalam hati kecilnya terus mengidam jawatan Perdana Menteri.
Namun suasana dalam UMNO tidak akan mengizinkan beliau
mencapai cita-citanya itu.

Sengat dan bisanya hanya di Gua Musang itulah !!!

ads