Khamis, 9 Jun 2011

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


GEGEGURL: Hari mggu <b>di chiku</b>...

Posted: 11 Feb 2011 11:54 PM PST

          Hujung minggu ni aku xblk umh family aku...biasa nya klu datang je ari kamis msti aku nk blk...tp mggu ni xde pl rase nk blk...hehehe..
oppss...lupa nk bgtau aku ni kerja kt Felda Chiku 1, Gua Musang...emm..kira jauh la jg ngn umh family aku...klu naik bas henti-henti (bas mini) kne tukar 4 kali bas tau...adui...penat n leceh tukar2 bas ni...yang paling aku tension bila bas xikut masa...haru jd nye..pasti aku smp mlm kt kg aku....
         Aku cuti jumaat n sabtu...smlm aku ngan housemate bgn pagi2 lagi...kitorng plan nk pegi joging...hehehe..pas smyg subuh terus kitorng kuar umh...yg xtahan nye joging pakai selipar jepun...ahahaha..dh lame xjoging ni..bila dh joging huiii...pnt nye yg amat..abis skt 1 badan...tp xpe la kami enjoy....joging kn baik utk kesihatan so kawan2 yg lain ptt amalkan joging ni...blk dr joging kami mkn nasi abis sebungkus..mcm xpecaya plk...mcmne nk kurus ni....:))
         Tghari pl kami masak2...member aku beria nk buat gulai ayam..so kami pn buat la..aku tulun sediakan bahan utk msak je...yg lain tu member aku la yg buat...aku plk goreng ikan je...bkn aku xpndai tp al mklum la xbiasa buat...kihkihkih....
        ni aku share kt sni gmbr gulai ayam ni....sedap beb..xcaye cuba rase.....:)

                                                  




kira menjadi jg la gulai ayam ni....hehehe
      Petang pl kami lepak2 je kt umh smbil tgk tv smp la ke mlm...byk nye aku taip kt sni...xsangka pl aku yg menulis..hehehe Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Bola persahabatan Malaysia-Myanmar <b>di Kota Bharu</b> 18 - Utusan Malaysia

Posted: 07 Jun 2011 11:12 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Bola persahabatan Malaysia-Myanmar di Kota Bharu 18 Jun. 07/06/2011 7:13pm. KUALA LUMPUR 7 Jun - Bagi memberi peluang kepada peminat di luar Lembah Klang menyaksikan perlawanan bertaraf antarabangsa, Persatuan Bolasepak ...

shameel iskandar: Skuad negara menentang Myanmar <b>di Kota Bharu</b>

Posted: 08 Jun 2011 03:34 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Jutaan maaf kerna tidak mampu mnegunjungi blog sahabat2 blogger sbb internet terlampau perlahan, sebagaimana perlahannya pergerakkan kenderaan di Kota Bharu sekarang ini, gara-gara cuti persekolahan. ...

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


Lot Bazar Tok Guru kecil atas kehendak persatuan

Posted: 04 May 2011 09:03 PM PDT

KOTA BHARU, 27 April: Sejak lebih setahun lalu Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB dan Persatuan Arked Uda mendakwa saiz lot niaga di Bazar Tok Guru sempit dan mahal.

Sedangkan mereka lupa saiz lot tersebut diputus berdasar kepada kehendak persatuan kerana mahu kesemua peniaga ditempatkan di tingkat bawah.

Buktinya terkandung dalam minit mesyuarat pada 20 Januari 2010. Ketika itu persatuan diwakili Abdul Salim Ahmad dan Wan Lokman Wan Salleh.

Keluasan asal setiap lot di tingkat bawah 12 x 10 kaki persegi dan jumlah lot sebanyak 107 unit. Namun persatuan tetap mahu 415 peniaga berniaga di tingkat bawah.

Ekoran desakan itu menyebabkan kerajaan negeri mengarahkan pemaju menambah jumlah lot di tingkat bawah bagi memenuhi kehendak peniaga.

Lot tersebut akhirnya dikecilkan kepada 8 x 6 kaki persegi dan memuatkan 368 lot.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, keluasan setiap lot di tingkat bawah sudah dipersetujui wakil-wakil peniaga pada mesyuarat yang diadakan pada 20 Januari 2010.

"Sebelum itu jumlah lot di tingkat bawah memang luas iaitu 12 x 10 kaki persegi iaitu sebanyak 107 unit.

"Tetapi apabila semua peniaga mahu berniaga di tingkat bawah, jadi kita kecilkan kepada 8 x 6 kaki persegi sehingga memuatkan 368 unit.

"Inilah punca yang menyebabkan saiz lot menjadi kecil kerana kesemua peniaga mahu tingkat bawah. Dan keluasan itu sama dengan saiz lot di Pasar Lama MPKB," katanya pada persidangan media di pejabatnya hari ini.

Hadir sama dua anggota Exco, Datuk Anuar Tan Abdullah, Datuk Takiyuddin Hassan, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, Nazran Muhamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan, Ir Mustafa Salleh.

Turut dijemput hadir pada mesyuarat terseebut Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB, Salim Ahmad, Pengerusi Persatuan Peniaga Arked Uda, Borhan Mohd Nor dan dua lagi peniaga.

Sebelum ini Salim dilaporkan berkali-kali mendakwa saiz lot di Bazar Tok Guru sempit.

Persatuan itu juga membawa isu tersebut kepada Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustafa Mohamed, namun kehendak peniaga terperap begitu sahaja, hanya sekadar mengisi ruang di halaman akhbar.

Timbalan Menteri Besar menegaskan lagi wakil peniaga terbabit bersetuju dengan keluasan 6 x 8 kaki persegi.

"Pengerusi persatuan bersetuju saiz 6 x 8 kaki persegi, dia boleh terima dan cuma beritahu mahu keselesaan.

"Dia juga ada kata tak selesa hendak hisap rokok pun tak sedap dan barang yang dijual melimpah ke luar, sedangkan kita sediakan setor di tingkat bawah," ujar Takiyuddin.

Ahmad berkata, hari ini kerajaan negeri telah putuskan untuk memberi tawaran terakhir kepada peniaga Pasar Lama MPKB dan Arked Uda untuk berpindah ke Bazar Tok Guru melalui PMBK.

Menurutnya kerajaan negeri bersetuju dan melayani hasrat peniaga-peniaga dengan tawaran harga sangat kompetitif iaitu RM63,000 di tingkat bawah dan satu Bazar Tok Guru.

Pembeli di tingkat bawah hanya perlu membayar mulai tahun kedua. Mereka dibenar berniaga secara percuma selama setahun.

Manakala pembeli di tingkat satu hanya perlu membayar pada tahun ketiga.

"Tawaran itu hanya sah sehingga 31 Mei ini dan kalau ada yang belum sempat mendaftar sehingga tarik tersebut kita beri tawaran sehingga akhir Jun depan dengan harga RM70,000.

"Selepas 31 Mei segala urusan pinjaman bank peniaga perlu mengurus sendiri," katanya.

Beliau juga berkata, mulai 1 Julai depan tiada lagi harga diskaun diberi dan peniaga ditawar pada harga asal iaitu RM92,000 di tingkat satu dan RM88,000 di tingkat bawah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


CATATAN SI MERAH SILU: Menjejak kegemilangan lama Pantai Timur <b>...</b>

Posted: 17 May 2011 07:59 AM PDT

Sekitar 7 pagi Selasa 28 Disember 2010. Selepas puas berehat di sebuah hotel budget di tengah bandar Rantau Panjang saya keluar menghirup udara pagi. Kelihatan stesyen bas dan teksi di hadapan.

Zoom in. Bangunan-bangunan tinggi di bandar Golok yang terletak di selatan negara Thailand seperti memanggil-manggil kami masuk. Tapi elok juga saya berjalan kaki beriadah melihat Rantau Panjang dahulu. Lihat artikel An early look at Rantau Panjang town centre di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.

Dalam berjalan-jalan itu terlihat sebuah masjid yang sebaris dengan rumah kedai. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Mahmoodi, Rantau Panjang di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).

Saya juga sempat pergi lagi ke bahagian Sungai Golok yang terdekat dengan pusat bandar Rantau Panjang. Selain melihat orang berulang-alik mengangkut barang antara negara (antarabangsa le jugak, hehe) saya ingin memastikan sekali lagi keadaan bandar Golok dari warga tempatan, apakah selamat dikunjungi ataupun tidak. Lihat Sungai Golok at Rantau Panjang town centre.

Apabila naik balik ke pusat bandar kelihatan orang sudah mula berniaga makan pagi.

Saya terus berjalan kaki ke timur bandar.

Singgah lagi sebuah masjid. Lihat Masjid (Mosque of) Al-Hidayah, Rantau Panjang.

Hampir jam 9 baru anak-anak dan isteri sedia untuk berjalan.

Sarapan dahulu di stesyen bas dan teksi.

Keluar dari bandar (ke pekan? Tulis sahaja bandar lah...) Rantau Panjang.

Kami ingin melawat Masjid Beijing.

Inilah kali pertama saya juga isteri dan anak-anak sampai ke sini.

Ternyata ia sebuah masjid yang amat menarik.

Rekabentuk dari negeri Cina ini memang unik.

Ini pula gambar anak kedua kami Haziq cuba memanjat masuk naik ke menara masjid.

Tapi dia berani naik setakat itu sahaja kerana tangga besi asyik bergoyang sedangkan masih lagi agak jauh untuk sampai ke atas, perlu melalui bahagian yang gelap pekat. Saya sendiri agak seriau naik ke atas kerana ada beberapa bahagian tangga yang terasa begitu licin berminyak. Namun saya gagahkan dan beranikan jua naik sampai ke atas. Lihat hasilnya di Views from the tower of Masjid Beijing.

Ini pula keadaan di dalam dewan utama solat. Untuk lebih banyak gambar masjid lihat Masjid Beijing (The Beijing Mosque).

Puas melihat masjid kami pun mengorak langkah untuk menyeberangi sempadan masuk ke Golok.

Jika sebelum ini saya agak was-was juga apabila mendengar kata-kata Cikgu Najib bahawa keadaan di Golok lebih teruk dari Takbai akibat pertempuran antara polis dan tentera Thailand dengan puak pemisah yang inginkan wilayah Melayu Patani bebas dari cengkaman penjajah, tetapi apabila mendengar 'laporan' dari warga tempatan malam sebelumnya juga awal pagi, saya menjadi yakin keadaan cukup terkawal untuk membawa anak isteri...

Malah selepas meletakkan kereta di satu tempat yang dikira selamat kami berjalan kaki sahaja melihat bandar Golok.

'Laporan' keadaan dari warga tempatan boleh dijadikan sandaran, selain itu kami berserah kepada Allah.

Sekurang-kurangnya dapatlah juga saya membawa isteri dan anak-anak berjalan-jalan di selatan Thailand. Dapat juga menghilangkan rasa kecewa isteri kerana tidak dapat membawa mereka ikut sama mengikut Cikgu Najib masuk ke Patani nanti.

Hmm. Ada juga 'Jalan Pusat Makanan Murah'...

Tiba-tiba Al-Rasyid merajuk. Dia mahu berjalan sendiri dan tidak mahu dipimpin.

Habis menonong ikut sukahati dia aje nak jalan ke mana, nak sentuh apa. Lihat Walking in the southern Thailand town of Golok.

Setelah puas berjalan keliling bandar Golok kami singgah berehat sebentar di sebuah masjid. Lihat Sebuah masjid di tepian Sungai Golok (A mosque besides the river Golok.

Kami pun kembali ke Malaysia, terus ke pusat bandar Rantau Panjang.

Untuk perjalanan seterusnya kami perlu ke timur Rantau Panjang. Bersambung nanti...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


Video kekecohan <b>di</b> Pilihanraya Kecil <b>Galas</b> – Ketua Polis <b>Kelantan</b> <b>...</b>

Posted: 04 Nov 2010 06:49 AM PDT

sumber- www.youtube.com/user/BHonline1

Proses pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas hari ini dicemari dengan pergaduhan, dipercayai berpunca daripada provokasi penyokong PAS yang memasuki kawasan khemah Barisan Nasional (BN) untuk meraih undi di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seri Wangi, di sini.

Dalam kejadian pada 8.15 pagi, sekumpulan penyokong PAS telah memasuki kawasan di sebelah BN, menyebabkan penyokong BN meminta mereka supaya keluar dari kawasan itu.
Seorang saksi, Mahmud Ismail, 56, berkata keengganan penyokong PAS untuk berpindah ke kawasan khemah parti mereka mencetuskan insiden maki-hamun antara kedua-dua pihak sehingga menyebabkan penyokong PAS mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penyokong BN.
"Reaksi daripada kata-kata kesat itu mendorong penyokong BN hilang sabar dan berlakunya pergaduhan antara kedua-dua pihak namun tiada kecederaan serius berlaku berikutan kepantasan polis bertindak," katanya.

Dalam tempoh beberapa minit, polis tiba bersama empat trak kecil dan beberapa anggota Pasukan Penggempur Ringan untuk meleraikan pergaduhan itu.

Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Kontijen Sarawak Datuk Ahmad Soffian Md Yassin yang juga Timbalan Pengarah Operasi Markas Taktikal Polis (Martek) DUN Galas, berkata pihaknya telah mengarahkan kedua-dua penyokong parti supaya bersurai dan berada di khemah parti masing-masing.

"Kita juga telah menggantung garisan kuning polis untuk membuat sempadan bagi membahagikan kawasan kedua-dua penyokong parti itu dan tiada sebarang tangkapan dibuat," katanya. – BERNAMA

petikan-berita harian

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di dabong - Google Blog Search

03 di dabong - Google Blog Search


Gemas gie <b>Dabong</b> : Thousand Step Forward

Posted: 29 Nov 2010 01:12 PM PST

Posted on November 29, 2010

Gemas gie dabong

22 november 2010. Pada tahun 2008, saya pernah menceritakan pengalaman dalam perjalanan daripada kuala lumpur ke bangkok tidak lama dulu dan pada tahun ini saya mengambil keputusan buat kali ke 2, merasai perjalanan penggunakan keretapi daripada gemas ke dabong.

Dengan perancangan awal dan jadual sepanjang perjalanan telah diatur lebih awal, info-info daripada sahabat dikuala lumpur jugak menjadi info sokongan saya untuk meneruskan hasrat untuk merasai pengalaman menaiki keretapi ke kelantan dan ini adalah kali pertama dalam hidup saya menggunakan perkhidmatan keretapi, iaitu wau express yang akan bertolak daripada kl sentral ke tumpat, kelantan.

Keputusan untuk membeli tiket boleh dikata last minit. Saya ke kl sentral untuk mendapatkan tiket ke kelantan pada hari yang sama dan mujur la tiket masih lagi boleh dibeli dikaunter. Apa yang boleh saya katakan tentang service daripada KTM, diharapkan pihak KTMB malaysia dapat memperbaiki mutu perkhidmatan dan service kepada pelanggan, untuk mendapatkan tiket, penumpang terpaksa menunggu lama dan services e-ticketing pada masa sekarang adalah kurang memuaskan dan tidak menyenangkan pengguna

Jadual keretapi wau express akan bertolak pads 8.30 malam dan dijangka sampai pada pukul 9.40 pagi di tumpat, tapi destinasi yang dirancang, kami akan turun ke dabong untuk menaik perkhidmatan local train "shuttle" yang digunakan oleh rakyat kelantan terutama sekali bagi mereka yang tinggal di dabong sehingga ke tumpat. Dengan info daripada rakan-rakan, dengan menggunakan perkhidmatan shuttle train, anda boleh melihat sendiri situasi yang jarang berlaku dalam kehidupan harian kita, contohnya, mak cik-mak cik terpaksa menggunakan shuttle train untuk ke pasar untuk berniaga

Perjalanan kali ini disertai oleh dua rakan saya iaitu nizam dan syazwan. Masing-masing berminat untuk menyertai saya dalam trip ke kelantan. Kebetulan pulak saya ade beberapa tugasan yang perlu dibuat semasa berada dikelantan nanti

Harga bagi tiket yang kami beli adalah rm43 sehala, tiket untuk second class, tiket sudah dibeli tetapi ada kesilapan dan salah paham yang berpunca daripada saya. Kami ingatkan untuk harga tu, kami dapat tempat duduk yang berkatil, tapi sebenarnya adalah, tempat duduk biasa.

Saya bertolak daripada rumah di bandar tasik permaisuri menggunakan lrt dan akan ke kl sentral menggunakan star daripada masjid jamek ks kl sentral. Bagi pengelakan daripada masalah parking kereta.

Masalah yang timbul pada malam tu, kami tertinggal keretapi  nak ke tumpat. Berpunca daripada kelewatan diri sendiri yang mengakibatkan kami tertinggal keretapi yang akan bergerak ke Kelantan. Dengan hanya 3 minit lewat, kami tertinggal keretapi, pada masa tu amat-amat kecewa, persediaan dah pon dibuat tapi sayangnya tertinggal keretapi. Untuk tidak berputus asa, kami terus tanya pada abang yang bertugas pada hari tu, boleh atau tak kalau kami kejar keretapi yang terlepas tu. Mengikut jadual atau time table yang ade pada kami waktu tu, apa yang kami tahu, keretapi akan mengambil masa 1 jam untuk sampai ke stesen di seremban, apa yang kami dapat tau dari petugas KTM pada hari tu, jika drive ke seremban, kemungkinan kami dapat naik daripada seremban, agak mustahil jugak kalau kami dapat kejar keretapi tu ke seremban, memandangkan kami ke KL sentral dengan menggunakan public transport pada masa tu, sekali lagi kami check time table yang ada pada kami, time table menunjukkan, keretapi akan sampai ke seremban pada pukul 10 malam dan perhentian seterusnya adalah stesen di tampin, keretapi express akan sampai di pekan tampin pada pukul 10.45 malam. dengan pengiraan masa, kami yakin, kami dapat mengejar keretapi sampai sebelum sampai di tampin. Kami nekad pulang semula ke Bandar Tasik permaisuri untuk mengambil kereta dan terus memandu ke tampin. Dengan serta merta kami terus memandu ke tampin dengan menggunakan lebuhraya utara selatan, waktu tu, fikir sempat atau tak sempat jek, dengan kelajuan 140 km kami berharap akan sempat sampai di stesen tampin. Dalam perjalanan kami ke tampin, ade 1 benda yang menghalang kami untuk memecut laju, dalam kelajuan, suhu enjin naik dan membuatkan kami terpaksa memandu kereta secara pelahan bagi mengelakkan daripada enjin panas.

Pukul 10.30 malam, kami tiba di susur keluar alor gajah tampin, hati terase lega dengan harapan kami sempat sampai di stesen keretapi tampin. Dalam keadaan senang hati kami tiba-tiba bertukar menjadi cemas kembali, laluan jalan yang kami ikut itu akan melintasi landasan keretapi, diantara jalan alor gajah dan tampin, gate laluan keretapi ditutup bagi memberi laluan kepada keretapi yang akan melintas, rupa-rupanya keretapi yang kami kejar telah pon melintasi kami, dalam hati pada waktu tu, memang kami terlepas lagi keretapi yang kami akan naik. Dengan berfikiran positif, kami yakin sekali lagi dapat sampai ke stesen dan dapat menaiki keretapi express tu dan kali ke 2 kami dihalang oleh gate laluan keretapi, bebetul berdepan dengan stesen keretapi tampin, saya terus turun daripada kereta dan bertanyakan kepada pengawal laluan yang bertugas di pondok gate, "abang sempat tak kalau saya nak naik keretapi nie?", abang tu nampak mcm nak tolong, tapi dia cakap, dia tak dapat nak tolong disebabkan kereta kami berada dibelakang kereta yang lain, kalau kereta kami bebetul berhadapan dengan gate, mungkin dia dapat membantu kami untuk buka gate tu dan aku cuba tanya sekali lagi pada abang penjaga gate tu, "abang kalau saya kejar keretapi nie ke gemas, sempat ke tak ?, abang tu bgtau, kemungkinan dapat kalau kami bawak laju. Keretapi laju sebab dia memang ade khas jalan dia, kereta nie kena tempoh lori slow, kena tempuh trafik light. Dengan nekad sekali lagi, kami terus mengejar keretapi tu sampai ke gemas. terpaksa memandu laju melalui kawasan kampung, ade trafik light terpaksa kami redah jugak.

UDE_6017

UDE_6097

Kami sampai di pekan Gemas pada 11.30 malam dan mengikut time keretapi, keretapi akan  sampai di stesen Gemas pada pukul 11.45 malam. Alhamdulillah, kami bebetul sempat untuk menaiki keretapi daripada gemas, so kereta memang kena parking di gemas untuk sementara waktu. kami sampai 15 minit awal sebelum keretapi sampai di stesen Gemas, sempat la kami untuk menjamah apa yang patut di Stesen gemas. Setelah keretapi sampai, kami terus naik ke gerabak. Waktu lalu didepan stesen, ade kedengaran suara daripada pekerja KTM "iskk budak-budak nie daripada KL nie" mungkin dia terkejut tengok kami kejar keretapi daripada KL kot. Dengan masa yang kami ada, kami terus naik ke gerabak mengikut tiket yang kami beli. Satu lagi kesilapan yang aku buat, aku pulak tersalah beli tiket, aku terbeli tiket tempat duduk biasa dan aku ingatkan second class tu ade tempat tido, kira salah cakap, sepatutnya seond class tempat tido, apapun redha la dengan duduk kat tempat sempit.

UDE_6118

UDE_6165

Pukul 11.45 mengikut jadual yang ada pada kami, sepatutnya keretapi dh mula bergerak, tapi keretapi belum lagi bergerak-gerak, dengan cabin yang panas, mcm tak ade aircond, membuatkan perjalanan kami tersangkut dan terpaksa menunggu selama 1 jam dalam cabin, so terpaksa la tunggu KTM repair aircond.

UDE_6120

UDE_6208

UDE_6216

UDE_6707

Pukul 1.00 pagi, keretapi mula bergerak daripada landasan dan alhamdulilah aircond pon dah sejuk, so time kami untuk lelapkan mata seketika sebelum sampai di Mentakab. Dengan halangan dan kecuaian diri sendiri akan memberikan pengajaran dan diharapkan perkara tersebut tidak akan berulang lagi, rasa macam cerita movie plak, scene kejar keretapi, kami juga beruntung sebab kejadian ni berlaku dinegara sendiri, kalau terjadi benda nie kat luar, memang susah la kan. Apapun cerita ini belum habis sampai setakat ni, so lepas nie ken tunggu sambungan cerita kami, apapun cerita ini akan bersambung tidak lama lagi lagi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


<b>Kelantan</b> gah : N9 Kini

Posted: 06 Jun 2011 07:26 PM PDT

Atasi Terengganu kekal persada liga, Selangor kembali ceria baham Perlis

KELANTAN membuat satu langkahan besar ke arah memburu mahkota kejuaraan Liga Super dengan merakamkan kemenangan penting 3-0 ke atas pencabar terdekat, Terengganu di Stadium Sultan Ismail pada hari yang menyaksikan Selangor bangkit garang untuk berpesta gol membaham Perlis 7-1 di halaman sendiri, malam tadi.

Anak didik buah Datuk M Karathu yang turun sebagai pendahulu dengan hanya kelebihan jumlah jaringan, bermula agresif untuk menjarakkan diri daripada pesaing terdekatnya itu. Selepas tujuh minit, pelawat berjaya merobek gawang tuan rumah menerusi Khairul Izuan Rosli.

Terengganu beroleh peluang menyamakan kedudukan pada minit ke-23 menerusi Abdul Manaf Mamat, tetapi percubaannya berjaya diselamatkan penjaga gol kedua Kelantan, Shahrizan Ismail yang beraksi cemerlang menggantikan penjaga gol nombor kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat.

Selepas rehat, penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha menambah derita Terengganu dengan dua gol hampir sama selepas melepasi benteng pertahanan untuk hanya berdepan satu lawan satu dengan penjaga gol, Sharbinee Allawee pada minit ke-72 dan 90.

Di Stadium JCORP, Pasir Gudang, Perak gagal mempertahankan kedudukan di tangga keempat liga selepas jatuh ke tangga kelima apabila sekadar seri 1-1 dengan Johor FC yang kekal di tangga kelapan.

Serangan bertali arus tuan rumah membuahkan hasil pada minit ke-22 selepas Azizan Baba bijak yang menerima umpanan Mohd Riduwan Maon bijak melencongkan bola melepasi jangkauan penjaga gol, Mohd Nasril Nourdin.

Pada separuh masa kedua, penantian Perak untuk mencari gol penyamaan menjelma pada minit ke-87 selepas Akmal Rizal menanduk bola masuk untuk memastikan keputusan terikat 1-1.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan menumpaskan T-Team 4-0 hasil jaringan S Kunanlan (m-1), Firdaus Azizul (m-22, penalti m-42) dan Hairuddin Omar (m-46) manakala di Stadium MBPJ Kelana Jaya, tuan rumah FELDA United tewas 2-1 kepada Kedah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Macam Ni Lah: <b>kelantan</b> benam terengganu 3 - 0 / keputusan liga super

Posted: 06 Jun 2011 10:27 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]KELANTAN membuat satu langkahan besar ke arah memburu mahkota kejuaraan Liga Super dengan merakamkan kemenangan penting 3-0 ke atas pencabar terdekat, Terengganu di Stadium Sultan Ismail pada hari yang menyaksikan Selangor bangkit ...

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Buaya-Merah: (Gambar) Bendera <b>Kelantan di</b> buat Skirt Pendek

Posted: 31 May 2011 12:12 AM PDT


Ini lah wajah sebenar orang-orang Kelantan yang terkenal dengan jolokkan negeri serambi mekah..bendera pun boleh di jadikan tempat alas punggungSkirt pendek lagi dan aurat entah ke mana..

Menteri besarnya bukan main puji rakyat Kelantan semua ada didikan agama islam yang tinggi tapi bila di stadium…Tudung dah tak pakai…

Bendera negeri sewajarnya di hormati bukannya di keji letak kat punggung.

Kerana itu lambang maruah rakyat sesuatu negeri..Maruah kesultanan negeri Kelantan…Maruah orang Melayu Islam

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


Anak Seberang: Alhamdulillah. Orang Kampung Nik Aziz (<b>Pengkalan</b> <b>...</b>

Posted: 02 May 2011 10:05 AM PDT

Seorang pelajar Diploma Seni Kulinari Universiti Teknologi Mara cawangan Dungun, Terengganu yang sebelum ini mengaku menukar agama kepada Kristian, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini bahawa dia sudah insaf dan kini kembali memeluk Islam.

Berikutan pengakuan itu, Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty memerintahkan Mohamad Fariz Ilham Mohd Zulkifli, 19, dari Pengkalan Chepa, bersembahyang jemaah di tempat pengajiannya serta melaporkan kehadiran kepada Imam masjid itu selama enam bulan, berkuat kuasa hari Isnin.

Mohd Fariz Ilham juga diarah melaporkan diri di Pejabat Agama Dungun setiap minggu, manakala pasport antarabangsanya diserahkan kepada mahkamah.

Abu Bakar turut membatalkan perintah menempatkan Mohd Fariz Ilham di Pusat Bimbingan Akidah Kuala Kubu Baharu di Selangor selepas berpuas hati dia mampu membaca al-Fatihah dengan baik, selain mengucap dua kalimah syahadah dan beristighfar.

Pada 24 April lalu, Mohamad Fariz dirujuk oleh keluarganya ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan selepas mengaku keluar dari Islam dan memeluk agama Kristian.

Mahkamah Tinggi Syariah kemudian mengarahkan dia ditahan reman selama seminggu selepas menerima permohonan bagi mendapatkan perintah tegahan percubaan keluar dari Islam.

Permohonan itu menyebut Mohamad Fariz, yang menggunakan nama samaran Tyrone, mula berjinak-jinak dan menghadiri upacara gereja sejak 3 Dis 2010 serta mengaku berhasrat menukar agama di luar negara.

Pada prosiding hari ini, Mohamad Fariz memberitahu mahkamah dia sudah insaf selepas ditahan reman di Penjara Pengkalan Chepa.

Dia juga merayu agar mahkamah tidak menempatkkannya di pusat bimbingan akidah kerana masih menuntut.

Pendakwaan terhadap Mohd Fariz dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Syarie Kanan Zaini Sulaiman mengikut Seksyen 102(3) Enakmen Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994.

AS; Harap Fariz Insaf Dan Kembali ke Pangkal Jalan.

Alhamdulillah, Kerajaan Malaysia Begitu Mengambil Berat dan mengambil Tindakan Pantas dalam menangani isu-Isu Murtad.

Kalau Harapkan Orang kampung, Duk jaja Serambi Mekah ke Hulu Ke Hilir la keje Dia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kurnia Guest House: Rumah Tamu <b>di Pengkalan Chepa</b>

Posted: 22 Apr 2011 09:13 AM PDT

Rumah teres 2 tingkat - 4 bilik, 3 bilik air

Berhadapan dengan padang golf  ( pemandangan yg menarik)

Rumah ada pagar dan bergrill

Ruang parking yg luas



Terletak di kawasan yang strategik  
  • 7 km dari bandar Kota Bharu     
  • 3 km dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Pgkln Chepa  
  • 7 km dari HUSM
  • 1 km dari Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu
  • 2 km dari Universiti Malaysia Kelantan
  • Berdekatan dengan Pantai Timur Hypermarket
  • Kawasan 100% Melayu 
  • Rumah baru siap 

Rumah dilengkapi dengan :
  • 2 bilik tidur dengan katil double
  • 2 bilik tidur dengan katil single
  • semua bilik dilengkapi kipas
  • toto (narita ) tambahan di sediakan



  • Ruang tamu yang luas untuk keselesaan keluarga walaupun ramai
  • TV , seterika dan board di sediakan
  • Sofa dan meja makan disediakan

  • Ruang dapur  ( boleh memasak )
  • Peti sejuk, dapur gas, cerek
  • mesin basuh 
  • Sewa : RM250 /hari  ( satu rumah ) - boleh dirunding jika menginap  2 hari dan ke atas....
  • Jika berminat hubungi  kami di talian 0199808895@ 0124976989 dan berurusan dengan DIN.



Full Feed Generated by
Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


Warga <b>Tanah Merah</b> dpt Tiket Free - Piala FA

Posted: 05 Jun 2011 07:08 PM PDT

p/s: sungguh tok adill.....warga pasir puteh lagu mana?

3,000 tiket percuma Piala FA untuk warga Tanah Merah

KUALA LUMPUR - UMNO bahagian Tanah Merah akan mengedarkan tiket percuma perlawanan akhir bola sepak Piala FA antara Kelantan dengan Terengganu mulai hari ini.

Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Ikmal Hisham Abd. Aziz berkata, sebanyak 3,000 tiket akan diberikan kepada warga Tanah Merah di luar Kelantan khususnya di Lembah Klang yang telah mendaftar sebagai pengundi di kawasan Parlimen Tanah Merah.

''Pemberian tiket percuma ini membuktikan komitmen berterusan UMNO Bahagian Tanah Merah dalam memberikan sokongan padu kepada pasukan Red Warriors.

''Pada tahun lalu UMNO Bahagian Tanah Merah juga memberikan tiket percuma bagi warga Tanah Merah menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Negeri Sembilan yang menyaksikan pasukan Red Warriors muncul juara,'' katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, langkah UMNO Bahagian Tanah Merah memberikan tiket percuma perlawanan akhir Piala FA adalah satu keistimewaan dan pengiktirafan kepada warga Tanah Merah, yang terpaksa mencari rezeki di rantau orang.

''Selain itu ia juga sebagai menghargai sokongan anak-anak Kelantan khususnya dari Tanah Merah kepada pasukan Red Warriors.

''Melalui pemberian tiket percuma ini, ia diharapkan bukan sahaja akan memeriahkan lagi perlawanan akhir itu tetapi juga akan memberikan semangat kepada pasukan Kelantan untuk berjuang habis-habisan bagi memastikan Piala FA berada dalam genggaman,'' katanya.

Sehubungan itu beliau menggesa semua warga Tanah Merah untuk merebut peluang keemasan ini, memandangkan pemberian tiket tersebut adalah terhad dan berasaskan kepada konsep 'siapa cepat, dia dapat'.

Beliau berkata, tiket-tiket boleh diambil mulai pukul 12 tengah hari di Perodua Noble Twin (M) Sdn.Bhd, Lot 1039, Jalan Enggang, Taman Keramat, Kuala Lumpur.

''Warga Tanah Merah yang layak juga dibenarkan membeli satu tiket tambahan dengan harga RM30,'' katanya.

Keterangan lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi talian 03-42510955 atau hubungi Encik Zulkifli di talian 0192599909.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads