Khamis, 7 Februari 2013

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


PAPISMA Cawangan Kelantan: Home Visit <b>di Bunut Payong</b>

Posted: 07 Feb 2012 12:31 AM PST

3 Feb 2012 - PAPISMA Kelantan dijemput bersama-sama Skuad Kito Cakna menjalankan aktiviti Home Visit di sekitar kawasan Bunut Payong.
Program bermula seawal jam 9.30pagi dibahagikan kepada tiga kumpulan kecil. Sebanyak 10 buah rumah berjaya dilawati. Rata-rata penghuni rumah telah berumur dan penghidapi penyakit seperti stroke, kencing manis, jantung dan kesan akibat kemalangan. 





03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


Berita Harian | &#39;Messi&#39; sertai SMK <b>Rantau Panjang</b>

Posted: 03 Feb 2013 02:19 PM PST

Selepas teliti dokumen Sufian dibenarkan

Kota Bharu: Impian remaja yang pernah digelar 'Messi Malaysia', Sufian Mat, 17, untuk kembali bersekolah akhirnya tercapai apabila menerima surat kebenaran bersekolah daripada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan, di sini, semalam.

Surat itu disampaikan Timbalan Pengarah JPN, Zahari Daud disaksikan Penolong Pengarah Unit Perhubungan dan Pendaftaran JPN, Rahimi Mohamed serta Penyelia Kanan Disiplin Hal Ehwal Murid (HEM) JPN, Mohd Fauzi Ismail dan bapa saudara remaja itu, Halim Yaakob, 45.


Lapor di SMK Rantau Panjang

Zahari berkata, dengan surat kebenaran itu, Sufian boleh melaporkan diri di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang sama ada mulai semalam atau hari ini.

Katanya, Sufian akan mula bersekolah di tingkatan lima dan menjadi tanggungjawab pihaknya membantu remaja berkenaan untuk meneruskan pelajarannya.

"Selepas meneliti dokumen diserahkan kepada JPN, Sufian dibenarkan bersekolah dan dia sendiri memilih belajar di SMK Rantau Panjang yang berdekatan dengan rumah keluarganya," katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan surat kebenaran kepada Sufian di pejabat JPN di sini, semalam.

Sementara itu, Sufian berkata dia akan memanfaatkan peluang belajar semula itu bagi meneruskan cita-citanya mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selain terus menggilap bakatnya dalam sukan bola sepak.
"Saya cukup bersemangat menyambung semula persekolahan ditinggalkan sejak lebih setahun lalu, peluang ini tidak akan saya sia-siakan. Saya berterima kasih kepada JPN Kelantan kerana memberi kebenaran kepada saya untuk belajar semula," katanya.

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


Rumah Dipecah Masuk, ADUN <b>Wakaf Bharu</b> Kerugian RM25,000 <b>...</b>

Posted: 07 Feb 2013 08:01 AM PST

 Saleha bersama Che Abdullah yang juga Adun Wakaf Bharu memberi keterangan kepada Pegawai Penyiasat IPD Tumpat, Inspektor Firli Fairulyzan Arias Yahaya.
TUMPAT, 6 Feb –  Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi, Datuk Che Abdullah Mat Nawi kerugian RM25,000 apabila rumahnya di Taman Mimi, Wakaf Bharu dipecah masuk awal pagi semalam.

Isterinya, Datin Saleha Yaakob berkata, dia percaya kejadian itu berlaku antara jam 4 pagi hingga 4.30 pagi ketika dia sekeluarga sedang tidur nyenyak.


"Ini kejadian yang ketiga kali rumah kami dipecah masuk sejak mendiami rumah ini  lapan tahun lalu. Akibat kejadian itu wang tunai RM500, gelang emas, cincin perkahwinan saya dan cincin pusaka lesap dikebas pencuri tersebut," katanya.


Saleha berkata, dia menyedari rumahnya dimasuki pencuri kira-kira jam 5 pagi selepas bangun dari tidur untuk menunaikan solat subuh.


"Saya perasan laci almari terbuka, lalu saya memeriksa dan mendapati bekas tempat simpanan cincin hilang.


"Curiga dengan kehilangan cincin tersebut, saya periksa semua tingkap dan pintu dan syak ada pencuri masuk. Mungkin pencuri itu panjat balkoni dan masuk melalui tingkap bilik tidur di tingkat atas," katanya.


Menurutnya, beg tangannya yang mengandungi wang RM500 yang hilang itu dijumpai di belakang rumah, ditinggalkan pencuri bersama dokumen penting yang lain.


Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Sharipudin Yusof ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.


"Siasatan dilakukan untuk mengenal pasti suspek dalam kejadian tersebut," katanya.

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search


Perhimpunan Bantah PAS : Petanda Rakyat <b>Kelantan</b> Tuntut <b>...</b>

Posted: 03 Feb 2013 04:20 AM PST

alt

JELI, 3 Feb - Kebangkitan rakyat Kelantan membantah pentadbiran kerajaan negeri pimpinan PAS yang gagal menyelesaikan pelbagai masalah termasuk isu tanah dan bekalan air bersih menjadi petanda rakyat mula sedar dan mahukan perubahan.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata masih belum terlewat bagi rakyat Kelantan membuat perubahan itu dengan memilih kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU)ke-13.

"Apa yang perlu, kita (anggota Umno dan BN) memperkukuh parti untuk menghadapi pilihan raya tidak lama lagi," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada majlis pelancaran program 'My Beautiful Malaysia' peringkat Parlimen Jeli, di sini, Ahad.

Lebih 3,000 penduduk terdiri daripada masyarakat setempat dan pelajar sekolah menyertai program itu yang dilancarkan serentak di seluruh negara.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, mengulas penganjuran beberapa perhimpunan dan demontrasi rakyat secara aman termasuk oleh pertubuhan bukan kerajaan sejak akhir-akhir ini berhubung apa yang dilihat sebagai kegagalan kerajaan negeri menyelesaikan isu-isu berkenaan.

Semalam, kira-kira 2,000 orang mengadakan perhimpunan secara aman bertema 'Selamatkan Bumi Kelantan' di Pasir Pekan, Tumpat, sebagai bantahan kepada kerajaan negeri yang didakwa merampas tanah rakyat untuk diberi kepada syarikat asing untuk dimajukan. Mustapa, yang juga Anggota Parlimen Jeli, menegaskan anggota Umno dan B Nmesti bekerja kuat dan memperkasakan semangat perjuangan untuk memenangi pilihan raya umum kali ini.

ads