ads

Rabu, 4 April 2012

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


Majlis Penyerahan Bangunan <b>Di</b> Bawah Pelaksanaan Kementerian <b>...</b>

Posted: 19 Jan 2012 08:30 AM PST

Majlis penyerahan projek siap membina Pondok Polis dan Sebuah Rumah Berkembar Setingkat di Behrang Ulu Slim River,Perak dan Projek Siap Membina Pondok Polis Jelawat Kelantan di bawah pelaksanaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) oleh Y.B Tan Sri Mahmood bin Adam (KSU) Ketua Setiausaha kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).   

Majlis penyerahan projek siap telah diadakan di Bilik Sidang Media Aras 11,Blok D1.Turut menghadirkan diri pada majlis penyerahan projek siap di bawah pelaksanaan Kementerian Dalam Negeri yang mewakil Polis Diraja Malaysia iaitu Y.Bhg Dato' Pengarah Jabatan Logistik Bukit Aman dan wakil kontraktor Ibamshah Sdn.Bhd iaitu En.Awang Bin Tuah dan wakil daripada Terra Vista Engineering Sdn.Bhd iaitu En.Shamsul Aswadi bin Muhamad.

, ,

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


rumah <b>di</b> kelantan: teres setingkat <b>di</b> MORAK <b>WAKAF BHARU</b> <b>...</b>

Posted: 19 Mar 2012 07:28 AM PDT

14 unit terse setingkat di masih dlm pembinaan

lokasi
*berhampiran sek agama morak
*700mete dari jalan utama
*berhampiran taman perumahan LPT

spesifikasi bangunan
*fully tiles
*syiling kapur
*mengunakan air aksb & jalan berturap

tidak termasuk kos guaman
deposit rm1000 tanda jadi

maklumat lanjut boleh hubungi sya zaibudin mustafa 013-9395009

terima kasih




03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


Kerajaan Pas Kelantan Gagal Lihat Keistimewaan <b>Pengkalan Chepa</b>

Posted: 04 Apr 2012 03:00 AM PDT


Ketua UMNO bahagian Pengkalan Chepa, Dali Husin melihat penduduk di kawasan itu mengalami kerugian yang cukup besar setelah kegagalan kerajaan negeri membangunkan kawasan berkenaan yang mempunyai banyak keistimewaan.

Menurut beliau walaupun kawasan tersebut merupakan kawasan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ianya masih lagi gagal dibangunkan sebaik mungkin yang menyebabkan penduduk hilang keistimewaan walaupun kawasan tersebut berpeluang meningkat maju.

"Penduduk Pengkalan Chepa sebenarnya rugi besar sebab dulunya kawasan ini ketika di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) merupakan salah satu kawasan perindustrian. Sebut sahaja Pengkalan Chepa inya satu kawasan untuk memberikan kemudahan kepada rakyat mendapatkan peluang pekerjaan. Dulu mempunyai banyak kilang besar…hari ini kebanyakannya dah tutup….Kenapa berlaku sedemikian?

"Ini merupakan kegagalan kerajaan negeri….. pertamanya kegagalan menyediakan insentif kepada pelabur, keduanya menyediakan prasarana. Bahkan 'airport' itu hasil sumbangan kerajaan persekutuan.

"Di Pengkalan Chepa kerajaan pusat bina kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia untuk beri kemudahan kepada nelayan kita mendaratkan ikan tetapi gagal…. kerana apa…kompleks ini gagal kerana muara airnya cetek. Kerajaan negeri tidak dapat menyelesaikan masalah ini yang akhirnya pelaburan begitu besar seolah-olah hari ini menjadi gajah putih tidak berdaya maju dan inilah kegagalan kerajaan negeri," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Katanya lagi banyak kawasan strategik di Pengkalan Chepa tidak digunakan serta dibangunkan dengan sebaik mungkin oleh kerajaan negeri pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Kita dulu mempunyai Pantai Cahaya Bulan yang merupakan kawasan industri pelancongan yang mana menjadi tarikan kapada pelancong….tetapi hari ini kawasan ini mula tidak dikenali lagi.. sebab apa …gagalnya kerajaan negeri nak mengurus tadbir untuk menjaga kawasan strategik yang ada di Pengkalan Chepa. Begitu juga kawasan kilang kita," katanya.

Tambah beliau sepatutnya kawasan berkenaan yang merupakan kawasan Menteri Besar dimajukan dengan pembangunan yang pesat dan berdaya maju.

"Secara lebih jelas kalau kita bandingkan apabila kawasan ini adalah kawasan MB, sepatutnya menggambarkan ianya satu kawasan kemajuan. Contohnya di Terengganu….Datuk Seri Idris Jusoh daripada Besut ketika menjadi MB Terengganu membangunkan kawasan berkenaan.

"Besut dulunya yang jauh ketinggalan hari ini membangun dengan pesat. Begitu juga di Perak… Gerik dulu tidak dikenali tetapi apabila Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali menjadi MB maka Gerik dimajukan dan menjadi jalan utama penghubung antara pantai Timur dan Utara. Tetapi di Kelantan kawasan MBnya hidup segan mati tidak mahu…itulah realitinya yang berlaku kepada kita," katanya.

Serentak itu beliau memberikan jaminan sekiranya rakyat Kelantan khususnya di Pengkalan Chepa berani melakukan perubahan, insyaallah akan ada pembaharuan di negeri berkenaan dan Pengkalan Chepa.

"Insyallah, kita cukup yakin jika rakyat memberi kepercayaan terutama di Pengkalan Chepa ini, kita akan cuba membuat lonjakan baru dengan penstrukturan semula kawasan ini untuk melihat ianya memberi faedah kepada rakyat Kelantan terutama di kawasan ini untuk sama-sama membangunkan Pengkalan Chepa.

"Kita mempunyai kemudahan yang cukup lengkap, cuma bagaimana kaedah untuk kita memajukan dan dengan sokongan padu pucuk pimpinan pusat, Kelantan termasuklah Pengkalan Chepa ini akan berubah wajah," katanya. -MediaUMNO

03 di tanah merah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di tanah merah - Google Blog Search


Gambar Mangsa Renjatan Eletrik <b>Di Tanah Merah</b> Semalam cc <b>...</b>

Posted: 01 Apr 2012 03:01 AM PDT


Pembetulan, mangsa bukan penyokong Pas...harap laporan diperbetulkan.

Menurut info dari Kelantan, Pemimpin Bahagian Tanah Merah Datuk Ikmal dan juga Pemimpin Umno Negeri Datuk Awang Adek sudah menziarahi mangsa.
Gambar rujuk FB Datuk Awang Adek

Berita klik sini http://www.hmetro.com.my/articles/2matikenakaran/Article/artikelMA
Semoga arwah dicucuri rahmat Allah dan mendapat syafaat Anbiya Awliya...
Oleh ADNAN MOHAMAD
am@hmetro.com.my

TANAH MERAH: Hasrat dua sahabat memasang bendera sebuah parti politik yang diikat pada buluh di papan tanda amaran talian voltan tinggi milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan berakhir dengan tragedi apabila maut selepas terkena renjatan elektrik di Kampung Tengah Bukit Panau, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam, Rosli Husssin, 47, dari Kampung Tengah Bukit Panau dan Mohd Daisan Ibrahim, 37, dari Kampung Kusial Baru, di sini, dikatakan tercampak dan meninggal dunia di tempat kejadian selepas terkena renjatan elektrik akibat buluh digunakan bersentuhan dengan kabel elektrik TNB berkuasa 500 kiloVolt (kV).

Sebelum kejadian, Rosli dan Mohd Daisan, masing-masing bekerja sebagai kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Tanah Merah dan penoreh getah, pergi ke kawasan papan tanda itu bersama tiga lagi rakan dengan membawa sebatang buluh sepanjang 12 meter yang dipercayai baru ditebang.

Ketika cuba mengikat buluh itu pada papan tanda berkenaan, ia bersentuhan dengan kabel elektrik TNB yang berada pada ketinggian sembilan meter, menyebabkan mereka terkena renjatan elektrik.


Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing untuk dikebumikan, petang semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Sent from my Samsung Galaxy Tab

03 di pasir mas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

03 di pasir mas - Google Blog Search


Perigi Timur: Kelantan Hebat?? Mati DiTembak Dalam Kereta <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 03 Apr 2012 10:07 PM PDT

Pasir Mas - Seorang pemuda mati manakala rakannya cedera di tangan apabila seorang penunggang motosikal melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta yang mereka naiki di Rantau Panjang dekat sini, hari ini.
Gambar: ANGGOTA polis memeriksa kenderaan yang terbabit dalam kejadian tembakan di Rantau Panjang, Kelantan, hari ini. Seorang pemuda maut manakala rakannya cedera di tangan apabila seorang penunggang motosikal melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta yang mereka naiki. - Foto Jauhariatul Akmal Johar

Ketika kejadian pada 11.15 pagi itu, Mohamad Nazuri Mohd Zain, 24, dari Kampung Kubang Panjang, Lemal, di sini menaiki kereta yang dipandu rakannya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata siasatan awal mendapati mangsa yang duduk di bahagian penumpang hadapan, ditembak penunggang motosikal berkenaan semasa kereta itu melalui Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Rantau Panjang.

"Rakan mangsa kemudian memecut kereta ke pekan Rantau Panjang dan berhenti di hadapan gerai mee milik ibu mangsa.

"Hasil pemeriksaan mendapati dua tembakan mengenai mangsa, satu di bahagian rahang kiri dan satu di bahagian dada sebelah kiri," katanya dalam SMS kepada BERNAMA di sini, hari ini.

Jalaluddin berkata, rakan mangsa yang cedera ringan di tangan kiri turut ditahan untuk siasatan dan beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sementara itu, kakak Mohamad Nazuri, Sahera, 29, berkata beliau tidak menyangka individu yang terbaring dan berlumuran darah di dalam kereta di depan kedai ibunya adalah adiknya.

"Saya melihat Proton Wira di depan kedai emak dan ingatkan kereta pelanggan yang ingin membeli beras, saya hampiri dan melihat seorang lelaki berlumuran darah di kerusi depan dalam keadaan terbaring.

"Selepas saya melihat mayat itu dengan teliti, baru saya dapat cam ia adalah adik saya...saya segera meminta ayah menghubungi polis," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini. - BERNAMA

 

BLOG KELANTAN

Copyright 2010 All Rights Reserved