Ahad, 13 Januari 2013

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


BN BUKA 541 BILIK GERAKAN PRU <b>DI KELANTAN</b> ~ Perigi Timur

Posted: 13 Jan 2013 06:28 AM PST


KOTA BHARU -- Barisan Nasional (BN) Kelantan akan membuka 541 bilik gerakan pilihan raya di negeri ini bulan depan.

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata selaras dengan pembukaan bilik gerakan itu, 2,000 Pusat Daerah Mengundi (PDM) akan melaksanakan gerak jentera pilihan raya dengan lebih agresif.

"BN Kelantan sudah bersiap sedia. Gerak kerja dan perang saraf akan ditingkatkan demi memastikan perjalanan pilihan raya berjalan sempurna.

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


pru 13: bn intai peluang <b>di kota bharu</b> dan rantau <b>...</b> - kembali mencari

Posted: 17 Dec 2012 07:05 AM PST

Beberapa hari yang lalu kawe dikejutkan oleh satu panggilan telefon dari seorang sahabat yang bertanyakan perihal kebenaran mengenai kemungkinan Ahli Parlimen Kota Bharu tidak mahu bertanding untuk pertahankan kerusi tersebut kerana mahu memberi laluan kemenangan kepada calon BN dari UMNO disitu.Mungkin sahabat kawe terkejut dan tidak percaya dengan berita yang beliau dengar tersebut dan kawe berfirasat beliau ingin mendengar komen kawe mengenai perkara tersebut. Untuk tidak menghampakan harapan beliau kawe hanya berkata mungkin ada kebenaran jika satu luahan DWR mahu diambil kira tidak lama dahulu . DWR pernah berkata secara terbuka bahawa beliau sudah tidak mahu lagi bertanding di Parlimen Kota Bharu dan beliau juga ada beritahu secara terbuka bahawa beliau telah menerima tawaran dari MB Selangor untuk membantu PKR di Selangor mengekalkan kerajaan dalam Pru 13 nanti.
Sebelum kawe melanjurkan diri untuk membongkar rahsia sebenar apa yang berlaku di kerusi Parlimen Kota Bharu ,kawe ingin bawa sedikit cerita dari Parlimen Rantau Panjang .Walaupun sebenarnya kawe tidak  bernafsu dengan bingkisan cerita dari daerah sempadan Siam itu sebenarnya . Kawe menjadi teruja setelah mendapat tahu bahawa pihak UMNO di Kelantan mahu kerusi Parlimen tersebut dimiliki oleh BN dalam PRU 13 untuk mencukupkan sasaran mereka memenangi 9 Parlimen di kelantan dalam pru 13 nanti.
Amat bagus untuk UMNO mensasarkan Parlimen Rantau Panjang untuk dimiliki oleh BN kerana dalam PRU 12 yang lalu pihak PAS menghina UMNO disitu dengan hanya meletakkan calon wanita sahaja untuk memberitahu pimpinan umno pusat bahawa perbalahan dalaman UMNO Rantau Panjang tidak akan selesai sehingga kiamat.Mungkin bila UMNO mensasarkan Parlimen Rantau Panjang sebagai mesti dimenangi oleh BN adalah satu langkah untuk mempercepatkan proses kiamat itu berlaku.Sasaran UMNO untuk memenangi kerusi tersebut adalah semata mata untuk membina sekuman harapan supaya UMNO RP meredakan diri dari perbalahan dalaman bagi menghadapi PRU 13 nanti pada pandangan kawe.
Di Parlimen Kota Bharu satu ketika dahulu diwar warkan akan berlaku pertandingan tiga penjuru yang melibatkan PAS.BN dan KITA. Zaid Ibrahim mempunyai satu dendam yang panjang dengan Fatmi di Kota Bharu dan perkara ini merupakan rahsia umum.Zaid akan memastikan Fatmi kecundang dengan apa cara sekalipun di Kota Bharu.Pernah gempar di seluruh negara bahawa PAS akan beri laluan kepada KITA untuk Zaid balas dendamnya terhadap Fatmi tetapi kegemparan tersebut segera di nafikan oleh pihak PAS.
Dalam pertaruhan ini musuh sebenar BN di Kota Bharu bukanlah PAS tetapi Zaid yang memusuhi Fatmi.KITA akan sokong PAS untuk jatuhkan Fatmi dan BN menjadi mangsa dendam Zaid kepada Fatmi.Betul dan benar KITA bukan sebuah parti yang sekuat UMNO di kelantan tetapi kekuatan peribadi Zaid sudah cukup untuk membantu BN kalah kepada PAS di Kota Bharu.Amat logik disini jika DWR mengambil sikap tidak memusuhi Fatmi tetapi membiarkan permusuhan Zaid dan Fatmi berlarutan.
Kenapa YDP Kota Bharu menyerahkan calon Parlimen Kota Bharu kepada TYDP untuk membantu Fatmi menolong BN memenangi kerusi tersebut?
PAS Rantau Panjang boleh tidur lena dan sesekali boleh menyeberangi ke seberangan sana untuk menikmati Som Tam di Golok sementara menunggu loceng PRU 13 di bunyikan. PAS akan selesa lagi di Rantau Panjang dan DWR tidak perlu dijadikan percaturan seperti PRU 12 untuk bertanding di Parlimen tersebut kerana kekuatan Kak Lah sebagai ahli Parlimen di puji serata oleh rakyat Rantau Panjang.Parlimen Kota Bharu dalam PRU 12 bukanlah milik DWR sebenarnya ,itu mereka yang mengetahui ceritanya .Tapi hari ini Kota Bharu dalam cengkaman beliau.
Memang benar secara terbuka DWR menyuarakan hasrat beliau untuk tidak lagi bertanding dalam PRU 13 nanti ,beliau nyatakan pendirian ini secara terbuka dilaman laman sosial dan pernah menyatakan semasa beliau berada di tanah suci. Tidak cukup dengan itu DWR juga dengan tegas mengatakan di depan TGNA bahawa YB Dato Takiyuddin adalah calon yang paling sesuai untuk mengantikan dirinya di Kota Bharu .
Mengapa pihak UMNO memerlukan Fatmi dibantu atau diberi laluan oleh DWR untuk BN memenangi Parlimen Kota Bharu dan mengapa pula DWR patut bantu Fatmi? Kawe tidak mahu jawab persoalan itu sebaliknya kawe serahkan kepada pihak UMNO merungkaikan perkara tersebut jika terdetik dihati mereka bahawa kemungkinan itu akan berlaku.
Pada kawe UMNO dan Fatmi tidak memerlukan EHSAN DWR untuk mereka beri kerusi tersebut kepada BN.Minta ehsan dari DWR bermakna UMNO akui Fatmi itu lemah.Apakah UMNO lemah di Kota Bharu? Apakah dengan ketiadaan Zahid masih lagi menjadi ketakutan kepada Fatmi? Apakah ketiadaan DWR sebagai lawan masih lagi menghantui Fatmi? 
Apapun bagi kawe langkah UMNO mensasarkan kerusi Parlimen Kota Bharu sebagai milik BN dalam PRU 13 adalah satu langkah yang tepat.Dan penarikan diri DWR untuk bertanding semula di Parlimen Kota Bharu juga satu langkah yang patut untuk dirinya tetapi amat tidak patut untuk PAS membiarkan perkara itu berlaku.Kawe yakin dengan keupayaan Dato Taki untuk berkhidmat di dewan rakyat nanti dengan kebolehan serta kelayakan yang beliau miliki. Tapi rata rata orang Kota Bharu terasa curiga dengan kebolehan beliau untuk berkhidmat kepada rakyat Kota Bharu.
Jaddik rahsia sebenarnya yang cuba diambil kesempatan oleh UMNO dengan mengatakan DWR beri laluan kepada Fatmi untuk BN menang kerusi Kota Bharu adalah DWR beri ruang kepada Fatmi untuk beri khidmat kepada orang Kota Bharu yang tidak berjaya dilakukan oleh Fatmi jika DWR masih berlegar legar di kawasan Kota Bharu.UMNO tahu Dato Taki tidak mampu untuk menawan hati pengundi Cina di Kota Bharu ,UMNO tahu Dato Taki tidak mampu melayani kerenah kerenah pengundi yang selalu minum kopi di kedai kedai kopi sekitar Kota Bharu.Kemampuan ini juga tiada pada Fatmi sebenarnya.
Apakah Cina di Kota Bharu lebih selesa dengan Dato Taki atau lebih mesra dengan Dato Fatmi setelah Bapak Perhubungan kaum di Kota Bharu turun dari singgahsana??

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


bekas pentaksub pas b kesal mengkafirkan <b>...</b> - media shah alam

Posted: 12 Jan 2013 05:42 PM PST


Amat Haji Hadi  yang telah memecah belah umat Islam  bukan sahaja menjadi mimpi ngeri kepada bekas penyokong Pas malah ingauan itu masih dirasai biarpun Nik Husin Man telah meninggalkan ketaksubannya pada Pas.
Nik Husin Man ,68 ,dari Kampung Gaal Pasir Puteh Kelantan menceritakan detik-detik ketaksubannya sebelum meninggalkan Pas.
Usahkan menikmati juadah nasi gulai daging padang sahaja sudah jijik apa lagi untuk menghidu aroma masakan gulai dari jiranya yang menyokong Umno.
Itulah antara contoh yang boleh di ambil darilaporan akhbar mingguan hari ini.sebelum meneruskan cerita ini.MSA ingin menceritakan bagaimana  bapak aku  dikafirkan  oleh penyokong Pas  secara membabi buta,malah babipun tak sebegitu rupa.
Bapak aku merupakan  seorang guru  mengajar alquran secara percuma kepada anak-anak kampung  kelahiran  aku.Pada ketika  aku   sudah remaja  dan tahu berfikir berlaku satu peristiwa yang memang pedih untuk diceritakan.
Dahsyatnya  pentaksub PAS walaupun anak-anak mereka menimba ilmu  dengan  bapak  aku,namun begitu  tetap juga dikafirkan kerana bapak  aku  adalah penyokong Umno.
Pada satu masa sebelum zohor .Aku  sedang lepak-lepak  di laman rumah,tetiba ada pentaksub Pas datang pulangkan  daging lembu  yang dibelinya  dari  seorang peniaga kerana tahu daging lembu yang dibelinya adalah sembelihan bapak aku.
Pentaksub Pas  tersebut berkata: dia  tak boleh makan  daging lembu yang disembelih oleh orang  Umno  kafir . kafir  sembelihanya haram dimakan,setelah dicampakkan daging itu dihadapan bapak aku,.. dia pulang dengan  tidak bersalam.,,itulah kurang hajarnya..kini dia telah meninggal dunia,,siapa yang tanggung dosanya menyakitkan hati  orang tua aku,
 Memang kebiasanya  bapak  aku  jadi tukang sembelih  haiwan  halal  kepada beberapa orang peniaga  daging  beragama Islam dikampung-kampung terdekat.
Itulah sedikit kisah bagaimana  bapak yang membesarkan  aku dikafirkan.malah  ketika si pentaksub Pas  yang aku ceritakan dalam keadaan  nazak,,anak-anaknya membaca  surah yasin  qalamullah yang dipelajarinya dari bapak aku...Memang hampeh terung puak-puak  pas berok.
Mai kita sambung dengan cerita Nik Husin Man  yang berpegang kuat kepada amanat haji hadi sepanjang aktif sebagai ahli jawatankuasa Pas dikampung  Gaal Pasir puteh Kelantan
Ketika itu katanya,mana-mana jiran yang menyokong umno dianggapnya sebagai golongan  yang menentang Islam,sekaligus dicap sebagai kafir serta tidak boleh dijadikan sahabat.Bukan setakat jiran menjadi mangsa Amanat Haji Hadi.bapak mertua saya sendiri yang menyokong umno pun saya tidak hormati.Termasuk adik beradik saya yang tidak sefahaman dengan saya,'katanya ketika ditemui .
Pengakuan nik Husin itu adalah rentetan daripada pendedahan yang dibuat oleh  bekas aktivis tegar pas,zainol Ismail atau dikenali sebagai C.N  Al- Afghani bahawa puluhan ribu penyokong pas masih berpegang dengan Amanat Haji Hadi.
Nik Husin Mendakwa,Orang UMNO yang dianggap kafir juga dipulau oleh keseluruhan penghuni pondok pengajian agama di Gaal termasuk tidak hadir untuk sembahayang jinazah,majlis tahlil, atau majlis kenduri.
Dulu saya anggap orang umno kafir dan kini giliran saya pula dikafirkan oleh penyokong tegar Pas selepas nekad meninggalkan pegangan Amanat Haji Hadi serta menyesali ketaksuban bersengkongkol  dengan parti yang memecah belahkan umat Islam.
Menurutnya Umno dikafirkan kerana menjalinkan kerjasama politik dengan parti MCA,MIC,namun tiada pula hukum kafir apabila Pas sendiri berkerjasama malah tunduk tuntutan DAP termasuk isu-isu yang melibatkan kepentingan agama islam.

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


PAS MENDAJAL LAGI <b>DI GALAS</b> – Perak Today

Posted: 21 Oct 2010 03:01 AM PDT

Demi memancing undi di DUN Galas, Kerajaan PAS Kelantan telah meluluskan pemberian geran hak milik kepada peneroka-peneroka di kawasan Tanah Rancangan Felda, termasuk di Felda Chiku Satu dan Felda Chikum Dua bagi menjelaskan hutang masing-masing. Menurut sumber, peneroka-peneroka di Tanah Rancangan Felda itu sudah lama menuntut hak milik geran tersebut dari pihak Kerajaan PAS Kelantan. Namun memandangkan bahawa kawasan itu adalah "kubu kuat" Barisan Nasional/UMNO, maka tuntutan tersebut "dipandang sepi" oleh Kerajaan PAS Kelantan.

Berikutan Pilihanraya Kecil DUN Galas, maka dengan tiba-tiba turun "wahyu dari langit" untuk menyegerakan proses tuntutan hak milik geran tersebut. Secara tiba-tiba, segala proses hak milik geran menjadi mudah. Tiba-tiba pihak Kerajaan PAS Kelantan "berbesar hati" untuk memberikan hak milik geran tersebut kepada peneroka-peneroka Felda terbabit.

Kenapa secara "tiba-tiba"? Kerana "tiba-tiba" ada PRK di DUN Galas. Kenapa dulu tidak dipercepatkan proses pemilikan geran terbabit? Kerana ketika itu tiada kepentingan hendak memberikan hak milik tanah kepada rakyat Melayu beragama Islam terbabit. Tambahan pula Tanah Rancangan Felda tersebut didiami oleh rakyat-rakyat marhain yang menyokong Barisan Nasional/UMNO, tentulah ada "double standard"!

Penulis percaya bahawa PAS Kelantan cuba "meniru" gerak kerja BN. Penulis masih ingat ketika Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor tempohari, BN mengumumkan tentang pemberian bantuan dan geran milik tanah kepada rakyat di Hulu Selangor. Mungkin PAS cuba "meniru" strategi ini. Namun, PAS tidak tahu bahawa bantuan dan geran hak milik tanah di Hulu Selangor telah pun diluluskan sebelum PRK Hulu Selangor diumumkan SPRM. Malah ketika itu, BN tidak terfikir pun akan ada PRK di Hulu Selangor. Bantuan dan geran hak milik tersebut diberikan kepada rakyat secara ikhlas tanpa sebarang permintaan sebagai timbal balas. Begitulah BN berbakti kepada rakyatnya.

Namun berbeza dengan PAS di Kelantan, tuntutan oleh peneroka-peneroka Felda di kawasan Gua Musang itu sudah lama dituntut oleh peneroka-peneroka di kawasan itu. Namun mereka bagaikan "putus harapan" untuk terus meminta-minta dari Kerajaan PAS Kelantan yang "pilih bulu". Peneroka-peneroka hanya menyerahkan tuntutan mereka kepada Allah S.W.T. Mereka bertawakkal kepadaNya kerana mereka sedar, dimanalah letakkan mereka berbanding "kasta" puak-puak PAS di Kelantan. Akhirnya alhamdulillah, Allah S.W.T telah mengurniakan PRK DUN Galas sebagai alasan membantu "kezaliman" yang cuba dilakukan oleh PAS Kelantan terhadap mereka.

Penulis melihat ini sebagai rahmat dari Allah S.W.T, bukannya sebagai "budi" dari Kerajaan PAS Kelantan. Jika Kerajaan PAS Kelantan ikhlas mahu berbudi pada rakyat, dari dahulu lagi mereka sudah memberi bantuan kepada golongan marhain di felda-felda ini. Namun mungkin di atas sifat "busuk perut" oleh pemimpin"penganut-penganut agama" PAS ini dan memandangkan Felda adalah "tajaan" dan sumbangan ikhlas dari Barisan Nasional sejak di zaman Allahyarham ayahanda kepada Dato' Seri Najib, Tun Abdul Razak, maka mereka "buat endah tidak endah". Namun, demi kepentingan undi untuk PRK DUN Galas kali ini, PAS serta merta mengumumkan pemberian geran hak milik tersebut? Nampak sangat "ada udang di sebalik batu".

InsyaAllah, biarlah Allah S.W.T sahaja yang menilai segalanya. Biarlah pengundi-pengundi di DUN Galas saja yang menentukannya. Ada penyokong PAS kata, "kalau sayangkan Ku Li, undilah PAS!". Penulis ketawa besar mendengar kata-kata "pujuk undi" tersebut. Apakah dia fikir pengundi DUN Galas itu bodoh seperti mereka? Apakah mereka fikir bahawa Ku Li sebagai Pengarah Kempen BN bagi PRK DUN Galas tersebut akan bersetuju dengan "saranan" mereka? Apakah mereka fikir Ku Li akan membiarkan DUN Galas jatuh sekali lagi kepada PAS dan meng"gadai reputasi"nya sebagai pemimpin UMNO yang bertahap menteri? IQ Ku Li tidak bodoh seperti mereka. Ku Li pastinya akan memastikan prestasinya sebagai pejuang UMNO tidak aka tercalar…

Bersedialah PAS Kelantan. Demi rakyat, BN/UMNO akan kembali mewakili DUN Galas ke Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan. Pastinya wakil rakyat BN/UMNO itu tidak akan terlepas pandang membawa segala permasalah rakyat DUN Galas ke Sidang DUN Kelantan. Dan pastinya dia akan berkhidmat membela nasib rakyat di DUN Galas berbanding di DUN-DUN Kelantan yang lain. YB-YB PAS Kelantan banyak yang "makan gaji buta" dan tidak membantu rakyat di kawasannya. Mereka lebih suka berceramah sambil mengedarkan "tin-tin perjuangan" untuk dimasukkan ke dalam kocek mereka. Apa YB PAS peduli dengan jalanraya yang belubang sana sini? Asalkan kantung poketnya "penuh" dan dapat "tambah bini", itu sudah cukup "kebajikan" kepada mereka. Begitulah PAS dan labu-labunya

03 di ketereh - Google Blog Search

03 di ketereh - Google Blog Search


(JKP) Zon 4 MDKPI - Majlis Daerah <b>Ketereh</b>

Posted: 12 Jan 2013 11:34 AM PST

Majlis Pelancaran Dan Perasmian Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 4 Majlis Daerah Ketereh telah diadakan pada 21 RabiulAkhir 1432H bersamaan 26 Mac 2011 di Taman Anggerik, Kok Lanas. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang DiPertua Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam YM. Tengku Azmi bin Tengku Jaafar.  Turut hadir di majlis ini ialah Setiausaha Majlis Daerah Ketereh, Ahli-ahli Majlis Daerah Ketereh, pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Ketereh serta penduduk setempat. Antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan mewarna, pertandingan tarik tali, persembahan dikir barat, pameran dan ekspo serta forum perdana.

Majlis Pelancaran Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 4 MDKPI
 

Majlis Pelancaran Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 4 MDKPI

ads