Ahad, 19 Februari 2012

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


Pelajar MRSM Dikhuatiri Lemas <b>Di Machang</b>

Posted: 26 Nov 2011 06:41 PM PST

MACHANG – Seorang pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai dikhuatiri lemas di Sungai Kemuning di sini ketika bermain bersama-sama rakannya, Sabtu.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang Nordin Yahaya berkata Mohd Alif Razuan Azman, 15, dikatakan bermain di sungai itu kira-kira 4 petang semalam.

"Mangsa yang tidak pandai berenang, terus dihanyutkan arus deras dan gagal diselamatkan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata gerakan mencarinya yang disertai 30 anggota Bomba dan Penyelamat Machang, Pasukan Pertahanan Awam (JPAM) dan dibantu unit skuba serta pasukan sukarelawan bomba dilancarkan sebaik kejadian itu dilaporkan.

Gerakan itu menggunakan enam buah bot penyelamat dengan menumpukan tidak jauh dari kawasan yang dilaporkan hilang. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

03 di gaal kelantan - Google Blog Search

03 di gaal kelantan - Google Blog Search


Bola Sepak: Terengganu, <b>Kelantan</b> mara

Posted: 19 Feb 2012 01:03 AM PST

PENYERANG Terengganu, Joseph Kalang Tie (tengah) diasak dua pemain Polis pada saingan pusingan pertama Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.
Juara Piala FA 2010 NS pula disingkirkan Johor FC
PENYANDANG juara Terengganu melangkah mudah ke pusingan kedua saingan Piala FA tetapi bakal berdepan cabaran getir bertemu Perak selepas ini, selepas membelasah Polis 4-0 dalam saingan awal di Kuala Terengganu, malam tadi.
Ketika naib juara Kelantan dipaksa berhempas pulas sebelum menang 2-1 ke atas Sarawak ketika masa tambahan kecederaan, juara 2010 Negeri Sembilan pula terpaksa mengucap selamat tinggal lebih awal apabila dikejutkan Johor FC 1-2 di gelanggang sendiri.
Terengganu yang beraksi tanpa dua tonggak pertahanan Olimpik kebangsaan, Muslim Ahmad dan Zubir Azmi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, memulakan langkah mempertahankan kejuaraan apabila penjaring terbanyak Liga Super musim lalu, Abdul Hadi Yahaya membuka tirai jaringan buat skuad Mat Zan Mat Aris pada minit ke-10 selepas menyempurnakan sepakan sudut Ismail Faruqi.

Abdul Manaf Mamat menambah dua gol untuk meletak Terengganu selesa di depan, mula-mula hasil umpanan cantik Abdul Hadi ke dalam kotak penalti yang mudah disudahi pada minit ke-38 sebelum menggegar sekali lagi pada minit ke-65.

Francis Forkey Doe memastikan Terengganu menang besar apabila melepasi benteng lawan sebelum menggelecek Al Husairi untuk gol keempat pada minit ke-80.

--- BERITA HARIAN

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


Homestay <b>di Pengkalan Chepa</b> : Semua Homestay

Posted: 27 Jan 2012 10:40 AM PST

Kasih Teratai Homestay

Lot 4363 , Taman Sri Setia , Pengkalan ChepaKelantan.

Lengkap dengan peralatan rumah dan perkasasmemasak,setarika dan seliumut serta bantaltambahan disediakan. muat untuk 2-3 keluarga

Terletak di kawa. perumumahan yang berkejirananbaik. Bermpiran dengan kedai makan , kedaiserbanika 7 E, stesen Minyak.

Jarak perjalanan :

5 minit ke UMK & bandar pengkalan Chepa
8 minit ke Airport
15 minit ke kota Bharu
30 minit ke pasar wakaf Che Yeh

kadar sewa :
1 hari 1 malam RM 160

sekiranya melebihi 3 hari penginapan , hargadiskaun akan diberikan.

Contact Mariana Muhammad

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Malaysia Flip Flop: Six Prime Ministers have ignored <b>Kelantan</b>

Posted: 19 Feb 2012 09:54 AM PST

.:::ENAM PERDANA MENTERI TELAH GAGAL:::.

Sekiranya benar Kelantan negeri Miskin mengikut kata PM Najib Razak, maka ini bermaksud benar-benar gagalnya enam orang perdana menteri, kerana negeri Kelantan ini adalah salah satu negeri dalam gabungan 14 negeri di dalam persekutuan tanah melayu atau malaysia...AMACAM JADI TAK COUNTER BACK AYAT CAM GINI?. SEBARKAN...!!!..k.b.t-jkk ki3https://www.facebook.com/hassanhayastani1 <---KEMAH DEMO
Why is PAS blamed for everything that is done wrong by BN?  Kelantan has oil fields to make all Kelantanese millionaire but the Federal Government as usual takes all the revenue and does not share.  Whatever fallen crumbs are distributed among UMN0 Kelantan Elites and Kelantan Royal Household.  So of course Kelantan is poor.  


People in Sabah must be naive to believe Najib will ensure development after giving their votes to BN for 54 years and getting nothing in return.  YES, DEVELOPMENT WILL EVENTUALLY COME IN A SIX FEET by TWO FEET HOLES.

Sabah <b>Negeri</b> Termiskin <b>Di</b> Malaysia, Bukan <b>Kelantan</b>!

Posted: 18 Feb 2012 03:10 PM PST

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidn Yasin sepatutnya merasa malu kerana Sabah yang kaya dengan hasil mahsul bumi, tetapi menjadi negeri termiskin di Malaysia, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.

"Sabah di bawah Umno yang masih ketinggalan, nombor satu miskin dan diikuti oleh negeri Terengganu. Kedua-dua negeri ini Umno yang memerintah dan mempunyai minyak, tetapi rakyatnya makan taik minyak.

"Sedangkan Kelantan yang diperintah oleh PAS, menduduki nombor enam, kemajuannya jauh berbeza dengan negeri yang Umno perintah.

"Sepatutnya Tan Sri Muhyiddin kena merasa malu, kenapa Sabah yang kaya dengan hasil mahsul bumi, tetapi menjadi negeri termiskin di Malaysia?" soalnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Idris juga membidas Muhyiddin yang membuat kenyataan bahawa "kalau harapkan PAS untuk membawa kemajuan seperti mengharapkan bulan jatuh ke riba.

Katanya, kenyataan timbalan presiden Umno itu bersifat emosi dan sebenarnya sebagai cubaan menutup janji Umno yang belum tertunai di pilihan raya kecil Manek Urai, yang lalu.


Seandainya benar seperti yang dilaporkan oleh Rontog Daily yang memetik berita dari Merdeka Review, sememangnya ia adalah sesuatu yang amat malang.

Penafian yang dibuat dalam bentuk enggan membenarkan penyiaran dokumentari tentang kedaifan serta kemiskinan di Sabah, akan hanya membuatkan rakyat yang sebenarnya hidup dalam alam realiti berbanding angka dan gelembong besar pemimpin, bertambah marah terhadap kerajaan sedia ada.

Walaupun sebahagian besar persepsi bahawa Sabah adalah negeri termiskin di Malaysia tidak benar, memandangkan kebanyakan masyarakat miskin di negeri tersebut merupakan golongan pendatang haram dari negara-negara jiran, namun sesuatu yang tidak dapat dinafikan ialah, prasarana di negeri tersebut masih terlalu jauh kalau dibandingkan dengan yang terdapat di Semenanjung.

Berbeza dengan negeri-negeri lain di Semenanjung, Sabah dan Sarawak adalah negeri berautonomi yang mempunyai corak pentadbiran yang berbeza sungguhpun kebanyakan peruntukan datangnya dari Putrajaya.

Kemiskinan masyarakat bukanlah sesuatu yang wajar disorok. Sebaliknya ia perlu didedahkan agar tindakan dapat diambil untuk mengatasi masalah.


Walaupun cuba dinafikan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di Sabah, terdapat banyak kepincangan yang sehingga kini masih belum berjaya diatasi oleh kerajaan negeri. Bekalan air, elektrik, jalan raya, bahkan liputan telefon dan Internet juga merupakan sebahagian daripada kepincangan yang banyak menyusahkan orang luar yang datang ke Sabah.

Anehnya kebanyakan wakil-wakil rakyat Sabah, walaupun sepenggal kelihatan cukup kaya dan sangat kaya.

Alasan saiz Sabah yang lebih besar berbanding mana-mana negeri di Semenanjung sebenarnya tidak cukup kuat untuk banyak pihak mempersoalkan, ke mana hala peruntukan pembangunan digunakan di Sabah.

Setidak-tidaknya, Sabah sepanjang mengasaskan kewujudan Malaysia bersama-sama Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu, sudah pun mempunyai jajaran dan jalinan jalan raya yang baik.

Perjanjian Malaysia tidak memungkinkan Kerajaan Pusat turut campur tangan dalam urusan pembangunan Sabah, namun nampak gayanya perubahan itu perlu dibuat demi kesejahteraan penduduk serta rakyat Sabah.

Tiada gunanya rakyat Sabah memiliki ahli-ahli politik yang sangat bijak berpolitik tetapi pada masa yang sama, mereka masih kekal ketinggalan berbanding rakyat di negeri-negeri lain.

Setidak-tidaknya, rakyat tempatan Sabah tidak perlu keluar dari negeri itu berhijrah ke Semenanjung semata-mata untuk mencari rezeki atau tidak perlu lagi malu dengan anak-anak kecil yang tidak mampu bersekolah seperti dalam dokumentari yang dipancung dan dilarang siar itu!


03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search


<b>Kelantan</b> Tetap Dapat Pembangunan | Detik Perubahan

Posted: 02 Feb 2012 02:07 AM PST

Rakyat Kelantan perlu sedar sudah terlalu banyak peruntukan yang diberikan kerajaan persekutuan dalam usaha membangunkan negeri ini.

Untuk Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) sahaja kerajaan persekutuan telah pun membelanjakan sebanyak RM1.086 bilion untuk melaksanakan projek-projek pembangunan di Negeri Kelantan.

Peruntukan itu telah dibelanjakan sejak 2001 sehingga September 2002 menerusi pelbagai agensi dan kementerian dan kerajaan persekutuan ketika itu amat berpuas hati dengan pencapaian tersebut dan meminta Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) menyegerakan usaha meneruskan projek-projek yang dikenal pasti di Kelantan.

Antara projek-projek yang telah dilaksanakan oleh jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pendidikan melibatkan perbelanjaan RM895 juta, Kementerian Kerja Raya (RM880 juta), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (RM527 juta), Kementerian Pertanian ((RM141 juta), Kementerian Pembangunan Usahawan (RM96 juta) dan Kementerian Kesihatan (RM93 juta).

Ia merupakan senarai jabatan-jabatan besar yang telah menggunakan peruntukan tersebut bagi melaksanakan projek-projek pembangunan di Kelantan telah dikenal pasti.

Pada 2007 kerajaan persekutuan meluluskan projek tebatan banjir bernilai RM1.7 bilion yang akan dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) akan membantu mengatasi masalah banjir yang dihadapi rakyat negeri ini.

Projek tebatan banjir itu merupakan salah satu projek utama yang dirangka Kerajaan Persekutuan untuk kepentingan rakyat dengan matlamat mengurangkan ancaman bencana yang dihadapi penduduk di enam jajahan di negeri ini di samping membolehkan lebih luas tanah pertanian diusahakan.

Projek tebatan banjir sungai Kelantan di Tambatan Diraja  Kota bharu

Projek tebatan banjir sungai kelantan di tambatan Diraja Kota Bharu

Selain itu kerajaan persekutuan juga telah membelanjakan sebanyak RM370 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan infrastruktur di Kelantan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, peruntukan tersebut membuktikan bahawa Kerajaan Pusat yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengabaikan Kelantan walaupun negeri ini di bawah pemerintah Pas.

Peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan persekutuan itu turut melibatkan kerja-kerja pemantauan dan menaik taraf jalan Lojing-Gua Musang dan Simpang Pulai-Lojing membabitkan kos sebanyak RM33 juta.

Bantuan pembangunan daripada kerajaan persekutuan itu tidak berhenti di situ malah diteruskan sehingga kini. Buktinya dalam pembentangan Bajet 2011 negeri ini turut mendapat pelbagai projek pembangunan sepanjang tahun.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, ia termasuk bantuan sekolah agama rakyat, subsidi pertanian dan projek pembinaan jalan kampung yang membabitkan peruntukan RM696 juta di seluruh Semenanjung.

Daripada jumlah itu Kelantan dijangka mendapat peruntukan terbesar berasaskan keperluan berbanding dengan negeri lain.

Malah Kelantan turut mendapat faedah dalam projek membaik pulih 12,000 unit rumah golongan miskin dan miskin tegar di seluruh negara yang membabitkan peruntukan berjumlah RM300 juta.

Pembangunan ketara yang diberikan kerajaan persekutuan jelas dilihat dalam proses pembangunan Jeli yang dahulunya merupakan sebuah kawasan pedalaman yang sunyi namun kini telah berubah menjadi sebuah bandar yang pesat membangun.

Pelbagai nikmat kemudahan dan prasarana seperti jalan empat lorong, masjid bandar Jeli, bangunan ruang niaga, astaka Bandar Jeli, dewan Balora, Kompleks ICQ Bukit Bunga dan pelbagai lagi.

Jeli dilihat bakal menjadi hab pendidikan di Kelantan kerana Bandar itu akakn dilengkapi dengan kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Politeknik Jeli serta Sekolah Menengah Sains Jeli pada tahun depan.

Sebut sahaja dari sekecil-kecil sekolah sehingga ke peringkat tertinggi semuanya ada di daerah ini. Buat masa ini, Jeli telah dilengkapi dengan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Kolej Komuniti.

Sementara tiga projek itu yang sedang dilaksanakan, bakal mengubah wajah jajahan Jeli yang selama ini kelihatan terpencil, sekali gus merancakkan pelbagai aktiviti pembangunan di sini.

Hab pendidikan turut disokong oleh kemudahan infrastruktur asas yang sedang giat dilaksanakan di jajahan tersebut seperti Projek Memperelok Jalan Gua Musang-Jeli membabitkan kos RM53 juta.

Sektor pendidikan ternyata memberikan impak yang besar kepada ekonomi masyarakat sekeliling seperti kewujudan Kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Taman Bendahara, Pengkalan Chepa, Kota Bharu yang telah menyumbang RM17.16 juta kepada masyarakat setempat pada tahun pertama beroperasi 2007.

UMK

Jumlah itu terus meningkat kepada RM26.77 juta pada 2008 dan RM54 juta pada 2009.

Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan, Makhtar Mustapha berkata, kesemua projek itu membuka peluang yang amat luas kepada rakyat Kelantan terutama penduduk di Jeli dalam bidang perniagaan untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Kampus UMK Jeli yang bernilai RM37.5 juta menjadi kenyataan dan ia menunggu masa untuk disiapkan sepenuhnya pada April tahun depan.

UMK mampu menampung lebih 800 pelajar dan 200 tenaga pengajar lengkap dengan kemudahan termasuk masjid, blok pentadbiran dan fakulti. Kampus ini juga secara tidak langsung memberikan peluang kepada anak-anak tempatan untuk melanjutkan pelajaran.

Politeknik Jeli pula dibangunkan dengan kos RM103 juta di kawasan seluas 49.6 hektar yang kini dalam proses pembinaan dan dijangka siap pada tahun depan.

Kerajaan persekutuan juga turut memberikan perhatian serius dalam aspek keagamaan, pada tahun lepas sahaja lebih RM4.8 juta disalurkan ke jajahan melalui peruntukan khas Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Peruntukan Projek Infrastruktur Asas dan Peruntukan Dana Khas Kerajaan Persekutuan.

03 di tumpat - Google Blog Search

03 di tumpat - Google Blog Search


<b>Tumpat</b>, Kelantan: Ziarah Nenek. | Teratak Usang

Posted: 16 Feb 2012 08:00 AM PST

Assalamualaikum,
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia.
Hari ini aku tak dapat nak pos sambungan kisah Imam Bukhari. Tak sempat nak taip. Mengikut perancangan, selepas ambil puteriku yang sulung di Tabika, kami akan terus bertolak ke Kajang Sebidang, Tumpat, Kelantan untuk menziarahi tok Mek (tok mertua) yang sakit.
Kakak ipar bersama tok Mek, 2009.
Menurut kata kakak iparku, tok kat kampung sakit. Jadi mak mertuaku dari Perlis telah balik ke Kelantan, kakak ipar dari Johor juga mungkin dalam perjalanan ke Kelantan dan kami akan menyusul dari Perak ke Kelantan.
Biasanya setiap kali Raya Haji, kami beramai-ramai akan berkumpul di rumah tok di Kelantan. Oleh kerana raya tahun lepas aku baru lepas pantang, hanya mak mertuaku sahaja yang balik ke Kelantan. Sebulan sebelum tu (dalam bulan puasa), tok terjatuh dari tangga.
Aku pernah bertanya usia tok tapi aku dah terlupa berapa usianya. Walaupun dah di mamah usia namun mata tok masih terang sampaikan tahi lalat yang kecil-kecil di kain pun tok boleh nampak.
Kalau balik ke Kelantan, pastinya chalet tok jadi tumpuan. Walaupun kecil dan serba kekurangan, kami lebih selesa di sana. Kalau dah penuh dan padat dengan saudara-mara, aku dan hubby akan menyewa di Pandai Cahaya Bulan (PCB) untuk semalaman.
Ini la rumah tok dengan 2 bilik tidur.
Tok biasanya akan tidur di rumah anaknya (Mak Long) di depan rumah ini. Jadi kami la yang akan duduk dan masak di rumah tok. Mak mertuaku lebih selesa masak di rumah tok. Kadang-kala barang keperluan di bawa khas dari Perlis.
Rindu tapai Kelantan...(tiba-tiba ja), rindu juga nak kutip biji janggus depan rumah tok.
Dah 3 tahun tak jengok tok. Esok malam mungkin kami akan sampai ke Destinasi, InsyaAllah. Perjalanan mengambil masa 7 jam dari Hilir Perak ke tanah Cik Siti Wang Kembang. Doakan semuanya baik-baik sahaja dan tak lupa juga untuk tok yang sedang sakit, moga cepat sembuh. Liputan internet mungkin tiada di sana. Aku dijangka akan berada di Tumpat sehingga hari Ahad ini. Jumpa lagi.

03 di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search


Mengapakah <b>Pulau</b> Besar Tidak <b>Di</b> Bangunkan <b>...</b> - Blog <b>Melaka</b> Daily

Posted: 09 Feb 2012 07:18 AM PST

[+] Kongsi Artikel di Facebook Anda

images 6 Mengapakah Pulau Besar Tidak Di Bangunkan???Adakah Betul Terdapat Misteri Di Pulau Besar??Jom Baca

Seperti semua sedia maklum Melaka pada masa kini telah mempergiatkan aktiviti pembangunan di seluruh bandaraya dan luar bandar pun begitu kenapa Pulau Besar yang air cantik dan pemandangan yang indah kurang mendapat perhatian kerajaan untuk tujuan pelancongan..Di situ sajalah pantai di Melaka yang masih jernih jika mahu di bandingkan dengan-dengan pantai yang ada di Melaka…

images 11 Mengapakah Pulau Besar Tidak Di Bangunkan???Adakah Betul Terdapat Misteri Di Pulau Besar??Jom Baca

Mungkinkah terdapatnya cerita-cerita seram yang pernah tercetus satu masa dulu?? Adakah terdapat kubur lama yang telah menjadi pemujaan orang tidak bertanggungjawab?? Ini semua mungkin boleh di elakkan jika suasana Pulau Besar di ubah sedikit demi sedikit…

images 21 Mengapakah Pulau Besar Tidak Di Bangunkan???Adakah Betul Terdapat Misteri Di Pulau Besar??Jom Baca

Buatlah seperti Pulau Langkawi contohnya kenapa kuburnya tiada pemuja tegar???sedangkan ianya juga mempunyai kubur lama dan ada juga misterinya tersendiri…Jika tidak dapat mengubahnya terus cukuplah sekadar menarik pelancong ke pulau ini..

images 3 Mengapakah Pulau Besar Tidak Di Bangunkan???Adakah Betul Terdapat Misteri Di Pulau Besar??Jom Baca

Biarlah mereka yang balik ke tempat masing-masing membawa cerita yang baik mengenai Pulau Melaka..Jom lihat gambar-gambar yang indah dari Pulau Besar Melaka

images 4 Mengapakah Pulau Besar Tidak Di Bangunkan???Adakah Betul Terdapat Misteri Di Pulau Besar??Jom Baca

images Mengapakah Pulau Besar Tidak Di Bangunkan???Adakah Betul Terdapat Misteri Di Pulau Besar??Jom Baca

::P/S:Tidak salah jika kerajaan Melaka melabur pada Pulau Besar kerana ianya berpotensi untuk lebih maju..Dapat jugalah mengurangkan kesesakan di bandar Melaka kerana hanya tertumpu pada pusat bandar sahaja..Sediakanlah kemudahan yang asas bagi memudahkan pelancong datang ke Pulau Melaka…

ads