Sabtu, 20 Ogos 2011

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search


PAS <b>Mengkebang</b> » Blog Archive » Ada Hasrat Terselindung <b>Di</b> Sebalik <b>...</b>

Posted: 14 Dec 2008 01:41 AM PST

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) melihat kenyataan Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam di Kota Bharu bahawa Kerajaan Negeri Melaka menarik balik larangan kakitangan agensi kerajaan negeri itu mengadakan lawatan rasmi ke Kelantan sebagai mempunyai hasrat yang terlindung. Ini kerana beliau sendiri terpaksa datang ke Kelantan khususnya menjelang pemilihan UMNO untuk mencari penyokong dan mendapatkan undi daripada perwakilan UMNO di negeri ini.

Pihak DPPNK tidak dapat mengelak daripada meragui keihklasan beliau di dalam hal ini apabila beliau menyatakan bahawa sebab larangan pada tahun 2000 itu adalah kerana kononnya sikap pemimpin PAS yang menuduh ahli UMNO sebagai tidak Islam sedangkan ianya adalah tidak benar sama sekali.

Penarikan ini hanyalah sebahagian daripada kempen beliau untuk memenangi kerusi Timbalan Presiden UMNO. Ini kerana sejak tahun 2000 sehingga sekarang, pemimpin yang sama memerintah Kelantan. Apakah kali ini beliau berasa berpuas hati dengan sikap pimpinan negeri ini yang mengikut pengamatan beliau tidak lagi bersikap sebagaimana yang beliau nyatakan itu.

Ataupun beliau cuba menonjolkan diri beliau sebagai seorang pemimpin yang bersikap terbuka dan sentiasa memantau perkembangan politik di negeri-negeri lain khususnya yang diperintah oleh pembangkang bagi melayakkan beliau dipilih sebagai Timbalan Presiden UMNO walaupun beliau tidak mempunyai jawatan di dalam kerajaan persekutuan.

Pihak DPPNK menyifatkan Dato' Seri Mohd Ali sebagai seorang pemimpin yang hipokrit dan pengampu besar di dalam UMNO kerana negeri-negeri lain walaupun ketika itu diperintah oleh UMNO/BN tetapi tidak pernah melarang kakitangan mereka mengadakan lawatan ke Kelantan.

Walaubagaimanapun pihak DPPNK tetap menyambut baik penarikan ini dan mendoakan agar Dato' Seri Mohd Ali Rustam diberikan hidayah oleh Allah S.W.T untuk kembali kepada landasan Islam yang sebenar.

Abdul Latif bin Abdul Rahman

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

Merangkap ADUN Mengkebang

Tags:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search


Tol <b>Di Kelantan</b>: Belum Pun Memerintah Dah Mungkir Janji | Kumpulan <b>...</b>

Posted: 13 Aug 2011 04:20 AM PDT

PAS sudah memerintah Kelantan selama 21 tahun, bukan satu jangka masa yang singkat tu ya.  Bayi yang lahir pada tahun Nik Aziz angkat sumpah buat pertama kali sebagai Menteri Besar Kelantan pada 1990, kini sudah berusia 21 tahun, dan masih menatap wajah Nik Aziz sebagai Menteri Besar.

Arus pembangunan yang begitu pesat di negeri-negeri selain Kelantan sepanjang tempoh tersebut begitu pesat sekali, Kelantan terpinggir dan tidak banyak berubah.  Termasuk yang tidak berubah itu ialah Menteri Besarnya yang kita yakin sekali akan pegang jawatan tersebut hingga mati!

Tapi bukan itu yang nak penulis kongsikan hari ini.

Tulisan penulis hari ini adalah merujuk kepada kenyataan Husam Musa, Exco Kerajaan Negeri Kelantan beberapa hari lepas mengenai cadangan pembinaan lebuhraya bertol 4 lorong menghubungkan Kota Bharu dan Kuala Kerai sejauh 63km, agak sedikit mengelirukan penulis.  Keliru kenapa?  Kejap lagi penulis terangkan.

Kata Husam, lebuhraya tersebut akan dibina oleh pihak swasta melalui konsep penswastaan (tiru kerajaan BN) setelah kerajaan pusat tidak meluluskan peruntukkan untuk membina lebuhraya tersebut yang dijangka bernilai RM 1.9 billion.

Disini yang penulis keliru tu sebab Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS beria-ia nak hapuskan tol di seluruh Malaysia kalau berjaya memerintah kerajaan persekutuan besok.  Janji ini dinyatakan secara jelas dalam buku Jingga yang dikeluarkan mereka.

Tapi PAS pulak nak membina lebuhraya bertol?  Macam mana sekejap kata nak hapuskan tol di seluruh negara tapi buat lebuhraya baru di Kelantan, kena tol?  Ini bukan penulis sorang saja yang keliru, rakyat jelata turut keliru sama.

Apa justifikasi Husam nak mengenakan tol?  Bukankah kerajaan PAS kerajaan berkebajikan kononnya, bagi free sajalah.

Untuk pengetahuan pembaca, dalam soal peruntukkan tidak diluluskan ini, tidak timbul soal tidak adil atau balas dendam kerana memang kerajaan persekutuan tidak pernah membelanjakan duit rakyat untuk tujuan membina lebuh raya dimana-mana negeri pun (termasuk yang diperintah BN).

Semua lebuhraya di Malaysia adalah dibina oleh pihak swasta melalui konsep penswastaan yang sekarang nak ditiru oleh PAS.  Sekadar menyebut beberapa, lebuhraya utara selatan dibina oleh pihak PLUS, Lebuh Raya Pantai Timur oleh MTD Prime Sdn Bhd dan LEKAS oleh Lebuhraya Kajang Seremban Sdn Bhd

Memang sekarang PLUS dimiliki kerajaan melalui Khazanah, tapi itu hanya berlaku pada 2002 (setelah lebuhraya siap), sebelum itu PLUS dimiliki oleh Kumpulan Renong milik Tan Sri Halim Saad.  Bila ambil alih, bukan aset saja yang dimiliki kerajaan tapi hutang juga, maka itu kutipan tol untuk lebuhraya utara selatan diteruskan.

So, apa cerita sekarang?  PAS bina lebuhraya dengan kerjasama pihak swasta, boleh kutip tol, kerajaan BN tak boleh?  Itu hal yang pertama, apa hal pulak dengan janji nak menghapuskan tol dalam buku Jingga tu?

Petikan Buku Jingga Mengenai Tol

Ini untuk rakyat nilaikan tahap kebolehpercayaan puak-puak ini.  Macam-macam yang negatif dituduh kepada kerajaan BN dalam isu tol ini tapi rupanya depa pun buat perkara yang sama juga, bukan setakat itu saja, justifikasi yang digunakan pun sama macam kerajaan BN (penswastaan).

Ini belum lagi kita sebut soal kemampuan kewangan, kebolehan, keupayaan, syarikat mana dan sebagainya ya, baru cerita tol saja ni.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


Perbanyak amalan kebajikan dibulan mulia – Menteri Besar <b>Kelantan</b> <b>...</b>

Posted: 04 Aug 2011 05:11 PM PDT

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengingatkan umat Islam agar memperbanyakkan amalan kebajikan termasuk menderma bagi membantu mereka yang terkena musibah.

Gesaan itu juga turut disaran kepada masyarakat bukan Islam memandangkan amalan tersebut dapat meringankan bebanan masyarakat yang susah terutama yang terkena musibah.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menziarahi mangsa kebakaran Siti Azlina Muhamed, di Kampung Chicha, dekat sini, kelmarin.

Turut menziarahi mangsa, anggota exco kerajaan negeri, Abdul Fatah Mahmod, Adun Demit, Muhammad Mustapha, Setiausaha Sulit Menteri Besar, Rosdi Abdullah serta lain-lain pimpinan.

Menurutnya, amalan bantu membantu termasuk menziarahi golongan itu telah menjadi amalan Nabi Muhammad s.a.w. sebelum dilantik menjadi Nabi lagi.

"Ini kerana dengan amalan ziarah serta membantu mereka dapat menghiburkan mereka yang ditimpa musibah. Datang tanpa membawa sebarang sumbanganpun tak apa andainya tidak mampu tanda simpati kita.

"Hari ini orang lain terkena musibah, esok luas mana tahu keluarga kita pula, ini tanggungjawab kita umat Islam dan bermasyarakat," ujarnya.

Pada masa yang sama beliau berharap mangsa kebakaran terbabit bersabar menerima ujian Allah pada 1 Ramadan lalu itu kerana ianya tidak menimpa secara sia-sia, sebaliknya ada hikmah yang lebih besar menanti.

Sementara itu, Azlina tidak dapat menahan sebaknya sewaktu menerima kunjungan Tuan Guru di tapak kebakaran kerana terharu dengan kunjungan mengejut dari Menteri Besar itu.

Ibu kepada empat orang anak itu melahirkan rasa gembira dan terharu di atas kunjungan Tuan Guru yang langsung tidak diduganya itu.

Selain itu, beliau turut menerima sumbangan dari kakitangan Air Kelantan Sdn Bhd yang disampaikan oleh Komunikasi Korporat, Azhari Abdul Rahman.

Pada petang 1 Ramadan lalu, kediaman Siti Azlina yang turut dihuni oleh 11 orang anggota yang lain termasuk enam orang adik beradiknya hangus dijilat api.

Enam orang adik beradiknya yang berusia antara 11 hingga 21 tahun turut mendiami rumah ini sejak kematian ibu bapanya beberapa tahun lalu.

Beliau bersama suami Mohammad Nazri serta adik beradiknya yang lain menumpang sementara rumah saudara sepupunya, Rohani Mohd Zain.

//HARAKAHDAILY.NET

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search


Lot banglo strtegik <b>di</b> kg gemang <b>jeli</b> – Land for sale <b>Kelantan</b> <b>...</b>

Posted: 08 Aug 2011 02:09 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]rapat dengan jalan besar...kawasan perumahan..kaw tinggi..dekat denan umk.mrsm,masjid dan klinik kg gemang...paqsti menguntungakan..rm 36k.

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


JuAngHinggaTiTisaN: Gua Madu, Tarikan Istimewa Ke <b>Gua Musang</b>

Posted: 16 Aug 2011 12:52 AM PDT

GUA MUSANG: Gua Madu yang terletak di Kampung Batu Papan di pinggir bandar Gua Musang kini semakin terkenal kerana inap desanya mendapat sambutan baik terutama daripada pelancong luar.

Adalah menjadi kemestian kepada pengusaha inap desa di kampung itu membawa pelancong melawat gua batu kapur untuk menyingkap sejarah dan keunikannya.

Gua Madu mendapat namanya kerana terdapat banyak sarang lebah yang menghasilkan madu dalam gua berkenaan. Adalah dipercayai Gua Madu adalah guayang menjadi tempat terbesar bagi lebah membuat sarang di negeri ini.

Pelancong boleh melihat sendiri beberapa sarang lebah dan bekas lilin yang terhasil daripada madu, dipercayai berusia puluhan tahun yang masih melekat didinding gua berkenaan.

MADU MENITIK

Menurut penduduk, jika bernasib baik, pelancong akan dapat melihat madu yang menitik daripada sarangnya dan kesan pencari madu terutama di beberapa pokokbesar di sekeliling gua sebagai tempat memanjat untuk mendapatkan sarang lebah.

"Kerana begitu banyak sarang lebah, maka dipanggil penduduk setempat sebagai Gua Madu dan kerana sukar untuk mendapatkan madu di dinding gua yang bahaya,ramai pencari madu sudah tidak ke sini lagi," kata Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKP) Batu Papan, Zamri Zakaria.

Wartawan Bernama yang berkesempatan melawat gua berkenaan turut teruja melihat beberapa sarang lebah itu yang tergantung tinggi di batuan gua berkenaanserta kesan lilin lebah di sekitarnya.

GUA MADU TEMPAT PERSEMBUNYIAN KOMUNIS

Gua Musang pada satu ketika dahulu sememangnya terkenal sebagai tempat persembunyian komunis berdasarkan kepada keadaan geografinya yang banyakterdapat gua batu kapur yang sangat strategik untuk bersembunyi.

Gua Madu adalah satu lokasi persembunyian anggota komunis yang dijadikan markas mengatur strategi.

Seorang penduduk, Latiff Awang, 64, yang juga antara penduduk terawal di Kampung Batu Papan itu pernah beberapa kali terserempak dengan anggota komunisberhampiran gua berkenaan.

"Mereka tidak pernah menakutkan penduduk sekitar dan menjadikan Gua Madu sebagai tempat bersembunyi atau transit sebelum meneruskan perjalanan ke tempatlain," katanya.

Latiff berkata, pernah pada satu ketika beliau terserempak dengan beberapa anggota komunis berkenaan dan diminta oleh mereka untuk membeli barangantermasuk ubat.

"Saya pernah terserempak dengan anggota komunis, paling ramai ketika itu adalah tujuh orang. Masa itu anggota komunis berkenaan tidak bertindak ke atassaya, cuma meminta bantuan untuk membeli ubat-ubatan di bandar lama," katanya.

Dalam Gua Madu itu sebenarnya terdapat beberapa ruang yang dijadikan tempat menyimpan barangan, tempat bermesyuarat dan tempat penginapan.

"Nak masuk ke dalam gua ini memang sukar dan terdapat beberapa tingkat ruang yang dijadikan seperti bilik kepada anggota komunis," katanya.

Beliau berkata disebabkan faktor keselamatan pelawat atau pelancong tidak dibenar memasuki ruang dalam gua berkenaan kecuali di satu bahagian gua yangkini dijadikan sebagai surau untuk bersolat.

Di pintu masuk gua itu kini dipasang pagar besi bagi mengelakkan pengunjung memasukinya selain dikhuatiri boleh dijadikan tempat menagih dadah dan maksiat.

Surau itu juga dilengkapi ruang mengambil wuduk dan lantainya dipasang jubin bagi memudahkan pengunjung untuk bersolat.

Kedinginan air melalui celahan batu gua itu begitu menyegarkan bila membasuh muka atau mandi manda di tempat yang disediakan oleh penduduk kampung.

KAMPUNG BATU PAPAN KINI SEMAKIN TERKENAL

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan dengan kerjasama pendudukkampung telah bekerjasama untuk menjadikan Kampung Batu Papan sebagai lokasi persinggahan utama pelancong ke Gua Musang.

Sejak awal 1980 lagi, beberapa peruntukan telah disalurkan oleh Kesedar seperti menjaga Gua Madu dengan dilengkapi prasarananya terutama tandas awam dankedai makan.

JPS pula telah membina satu jambatan gantung merentasi sungai untuk ke gua berkenaan serta pengindahan tebing sungai bagi mencantikkan lagi suasana ke guaberkenaan.

Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan pula menyalurkan peruntukan melalui Kementerian Pelancongan bagi menarik minat seberapa ramai pendudukkampung itu menjadikan rumah mereka sebagai inap desa.

Kini terdapat 180 buah rumah dijadikan inap desa dan dijadikan lokasi hampir lebih 1,000 pelancong asing seperti Jerman, Amerika Syarikat, Jepun dan rantauASEAN untuk berkunjung ke kampung itu.

"Harga yang kami tawarkan kepada pelancong sangat istimewa dan anda boleh berunding untuk kadar sewa termasuk makan dan minum serta pakej merasai hidup diperkampungan," kata Zamri.

Kampung itu juga pernah dinobatkan sebagai Inap Desa Terbaik Kelantan beberapa tahun lepas dan disenaraikan dalam kalendar pelancongan sebagai tempatutama untuk dilawati di Kelantan terutama jika ke Gua Musang.

Di kampung itu juga terdapat beberapa buah kolam ikan yang dibina oleh penduduk kampung bagi menarik minat pelancong.

"Alhamdulillah Kampung Batu Papan dan Gua Madu ini semakin terkenal dan dapat menjana pendapatan kepada penduduk kampung ini," katanya.

Mereka yang berminat untuk menerokai kawasan ini boleh menghubungi Zamri di talian 019-9123400. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

renungan: <b>Gua Musang</b> : Kubu kuat Ku Li

Posted: 11 Aug 2011 07:48 AM PDT


BILA Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dan beberapa bekas menteri menubuhkan Angkatan Amanah Merdeka atau Amanah; sebuah NGO yang bertujuan menegur dan memperbaiki kelemahan kerajaan, masa depan beliau dalam Pilihanraya Umum ke 13 menjadi tanda tanya.

Ini ditambah lagi dengan spekulasi mengatakan pihak pembangkang telah menawarkan beliau untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang. Sehingga kini Ku Li membisu dan tidak memberi sebarang respon.

Apakah Ku Li akan bertanding dan mempertahankan kerusinya di Gua Musang atas tiket Barisan Nasional (BN) ?

Satu hakikat yang harus diterima ialah Gua Musang merupakan kubu kuat Ku Li hampir tiga dekad. Tidak ada calon yang boleh mengalahkan beliau di situ. Bila Ku Li berada dalam parti Semangat 46 dan bergabung dengan PAS dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU), beliau menang di Gua Musang dengan majoriti yang besar.

Dan bila Ku Li kembali pada UMNO dan bertanding atas tiket BN, sekali lagi beliau berjaya memenanginya dengan selesa. Begitu juga dalam pilihanraya kecil di Galas beberapa bulan dahulu beliau menjadi Pengarah Pilihanraya BN menewaskan calon PAS dengan majoriti selesa.

Jelas Ku Li begitu berpengaruh di kawasan Gua Musang; di mana Galas berada di dalam kawasan parlimen tersebut.

Jadi, Ku Li tidak bimbang penglibatannya dalam Amanah dan desas-desus dia akan menjadi Ketua Pembangkang tajaan Pakatan Rakyat. Kerana beliau tahu kedudukkan beliau sebagai wakil di Gua Musang tidak akan tergugat.

Status Ku Li sebagai ahli parlimen tidak sama dengan status Datuk Ibrahim Ali sebagai wakil rakyat di Pasir Mas. Ibrahim Ali menang di kawasan itu di atas ehsan PAS. Pada PRU 13 nanti PAS tidak akan memberi laluan mudah pada Presiden Perkasa itu.

Ibrahim Ali tidak dapat menandingi pengaruh dan kekuatan Ku Li di Gua Musang dengan pengaruhnya di Pasir Mas. Ku Li tetap akan menang di kubu kuatnya itu, hatta dia bertanding di atas tiket Bebas.  Manakala nasib Ibrahim Ali dalam PRU 13 nanti masih menjadi tanda tanya. Apa yang jelas beliau tidak mungkin dapat mempertahankan kerusi Pasir Mas itu lagi.

Pada PRU 13 UMNO pusat dan negeri tidak mempunyai banyak pilihan melainkan terpaksa memilih Ku Li mempertahankan kerusi di Gua Musang. Bagi Ku Li, barangkali beliau tidak peduli; apakah UMNO akan memilihnya atau tidak, beliau tetap bertanding di kubu kuatnya, Gua Musang. Kerana hingga kini tidak ada calon yang mampu menumbangkannya di situ.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

03 di pulau melaka - Google Blog Search

03 di pulau melaka - Google Blog Search


Travelog aie & sha: Kembara Ramadan 1: <b>Pulau</b> Besar, <b>Melaka</b>

Posted: 11 Aug 2011 01:05 AM PDT

Jam 12.30 tengah malam, kami masih di Pakli Kopitiam sambil menghirup kopi putih panas dan bercerita tentang gosip pengembaraan, satu setengah jam sebelum kami bergegas pulang ke rumah bagi mengisi sehelai dua pakaian dan sedikit barangan peribadi ke dalam beg untuk ke Melaka awal pagi itu.
Keputusan yang dibuat dalam masa singkat. Semuanya hanya kerana timbul persoalan di mana lokasi untuk berbuka puasa pada hari berikutnya (Ahad). Kami dan Arai, bertiga ketika itu, terus sahaja bersetuju apabila timbul idea untuk membuat road trip bagi mengisi kekosongan pada hujung minggu itu.

Beberapa tempat disenaraikan; 1) Gunung Brincang, Cameron Highland, 2) Kuala Gandah, Pahang, 3) Bukit Fraser, Pahang dan 4) Pulau Besar, Melaka. Setelah mempertimbangkan kesemuanya dari segi kos, jarak perjalanan, tempat-tempat yang menjadi tarikan dan lokasi yang majoriti kami belum pernah jejak, kami akhirnya memilih Pulau Besar di Melaka, atau juga dikenali sebagai pulau keramat.

Untuk mengisi kekosongan yang boleh dimuatkan seorang lagi di dalam 'kancil' kami, Arai cuba menghubungi Ja dan tanpa banyak soal, Ja terus bersetuju menyertai kami.

Tepat jam 2.30 pagi, kami pun bertolak dari Shah Alam menuju ke arah selatan. Sengaja kami memilih jalan lama, tidak mengikut lebuhraya. Bagi kami ,road trip akan jadi lebih bermakna jika melalui jalan-jalan lama. Kami memang sukan bersusah-payah, sengaja menolak keselesaan di lebuhraya.

Banting-Port Dickson-Melaka, itulah panduan yang digunakan untuk sampai ke destinasi kami. Sepanjang perjalanan ke Banting, jalan raya yang dilalui masih elok dan diterangi lampu jalan. Namun sebaik sahaja memasuki kawasan Morib menuju ke Port Dickson, jalan raya mula tidak stabil, berlubang sana-sini, suasana pula sangat gelap kerana tiada lampu di sepanjang bahu jalan dan banyak selekoh merbahaya perlu ditempuhi.

Kami akhirnya tiba di pekan Port Dickson pada pukul 5 pagi. Kami berhenti di sebuah gerai makan di tepi jalan untuk bersahur dan menyegarkan badan.

Selesai bersahur, kami meneruskan perjalanan ke arah Melaka. Kami kemudian singgah di Masjid Suluk Duku, Masjid Tanah untuk menunaikan solat Subuh. Selesai solat kami mengambil keputusan untuk berehat dan lelap sebentar.

Jam 8.30 pagi, kami bingkas bangun untuk meneruskan perjalanan. Lebih kurang sejam kemudian, kami pun tiba di Jeti Anjung Batu, transit untuk ke Pulau Besar. Dari sini, kami menaiki feri dengan harga tiket RM14 seorang untuk pergi dan balik.

Terdapat satu lagi cara untuk ke Pulau Besar iaitu dengan mengambil bot laju di Jeti Umbai. Tapi harga yang dikenakan berkali-kali ganda lebih mahal.

Hanya lebih kurang 15 minit sahaja yang diambil untuk merentas Selat Melaka sebelum sampai di Pulau Besar. Di jeti, sudah ada beberapa van penumpang yang sudah menunggu. Menurut salah seorang pemandu, sebanyak RM100 dikenakan untuk dibawa menjelajah satu pulau. Kami tak punya bajet sebanyak itu, maka kami pun mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja.

Lebih kurang lima minit berjalan, kami tiba di pintu masuk Muzium Pulau Besar. Setelah berbincang, kami pun bersetuju untuk masuk ke dalam muzium tersebut. Tiket bagi seorang adalah RM5, rasa macam mahal pula!

Muziumnya tidaklah sebesar mana namun cukup untuk memberi gambaran sebenar tentang keseluruhan Pulau Besar. Manurut salah seorang penjaga muzium itu, Pulau Besar memang terkenal dengan amalan-amalan dan kisah-kisah mistik. Pulau ini juga menjadi tumpuan pengamal-pengamal silat dari dulu sampai sekarang untuk menuntut ilmu. Menurut satu sumber, di pulau inilah Hang Tuang lima bersaudara mempelajari ilmu persilatan.

Selain itu, Pulau Besar juga dikatakan sebagai salah satu lokasi terawal penyebaran agama Islam di Nusantara. Individu yang bertanggungjawab membawa Islam ke Pulau Besar adalah Sheikh Omar Abdul Qadir yang digelar Sultanul Ariffin. Gelaran itu membawa maksud 'penghulu orang-orang yang arif'. Beliau juga merupakan keturunan ke-18 Rasulullah S.A.W dari nasab keturunan Saidina Hassan (r.a).

Sultanul Ariffin berasal dari Baghdad dan meninggal dunia pada usianya 58 tahun. Jenazahnya disemadikan di pulau itu dan makamnya menjadi antara tempat yang paling kerap dikunjungi orang-orang luar.

Makam Sultanul Ariffin tidak jauh dari muzium. Hanya lebih kurang 10 minit berjalan kaki. Tiba di makam, kami berasa agak terkejut kerana dalam ramai-ramai yang yang menziarahi makam itu, rata-ratanya adalah orang India yang beragama Hindu. Pelik, orang-orang India memenuhi makam tersebut, mereka duduk seperti duduk diantara dua sujud, dan bertafakur. Kelihatan banyak bunga yang berwarna-warni bertaburan di sekeliling makam dan berpuluh-puluh botol plastik berisi air diletakkan di hujung makam. Pelik bin hairan!

Bersebelahan dengan makam tersebut, terdapat sebuah surau kecil. Di hadapan pintunya, kelihatan dua lelaki yang sudah separuh usia sedang berehat di anak tangga, memerhatikan sahaja gelagat orang-orang yang datang ke makam tersebut. Kami merasakan salah seorang lelaki itu pasti dapat menjawab segala persoalan yang terbuku di dalam hati kami.

Jangkaan kami tepat, salah seorang daripada dua lelaki itu menggelarkan dirinya sebagai Tok Ramli. Beliau merupakan penjaga di surau tersebut dan sudah menetap di situ selama lebih sepuluh tahun.

Tak perlu bertanya, Tok Ramli seakan-akan sudah tahu akan hajat kami. Dia terus sahaja membuka cerita tentang serba sedikit sejarah di Pulau Besar. Kemudian dia menyentuh tentang beberapa makam yang terdapat di pulau itu. Memang terdapat banyak makam di sini. Ada makam Tok Janggut, makam Nenek Kebayan, makam Tok Putih, makam Tujuh Beradik dan beberapa makam yang lain. Namun kesahihan makam-makam itu tak dapat dipastikan oleh sesiapa pun. Ini diakui sendiri oleh Tok Ramli.

Setiap makam, mempunyai dua atau tiga cerita berlainan yang berasal dari sumber yang pelbagai. Terpulang kepada masing-masing sama ada mahu percaya atau tidak. Namun berkenaan makam Sultanul Ariffin, makam tersebut benar-benar ada keramat. Makam itu juga menjadi antara makam paling popular berbanding makam-makam lain yang terdapat di Pulau Besar. Mungkin disebabkan status yang dipegang oleh Sultanul Ariffin.

Akhirnya Tok Ramli pun menyentuh tentang perkara yang menjadi persoalan di hati kami. Manurutnya, memang ramai orang bukan Islam yang datang ke pulau itu akan bertandang ke makam Sultanul Ariffin untuk memohon hajat. Mereka akan mengisi air ke dalam botol yang diambil dari sebuah perigi berdekatan dan meletakkannya di hujung makam sebelum memulakan sesi berhajat. Air itu dibiarkan beberapa minit, sehingga dipastikan sudah cukup meresap berkat daripada makam tersebut, barulah mereka mengambilnya semula dan dibawa pulang.

Namun bilang Tok Ramli, kita orang Islam jangan diikut melakukan perkara sama. "Tapi, kenapa kita biarkan mereka berbuat begitu di kubur orang Islam, lebih-lebih lagi kepunyaan seorang tokoh dalam Islam?" tanya Ja. Tok Ramli terdiam sebentar, namun kemudian dia kembali membuka mulut. "Sepanjang saya berada di sini, dah ada lebih lima orang yang dah masuk Islam. Semuanya pun bermula dari amalan syirik itu," jawabnya dengan tenang. Tetapi masih belum cukup meyakinkan. Namun kami rasakan cukuplah sampai di situ, mungkin ada perkara yang disembunyikan Tok Ramli daripada kami. Atau Tok Ramli sendiri tiada jawapannya.

Kami meminta diri untuk ke tempat lain pula, membawa hati yang masih tertanya-tanya. Kami kemudian berjalan mengikut persisiran pantai sehingga kami tiba di makam Nenek Kebayan. Perkara yang sama berlaku, beberapa orang India beragama Hindu sedang mengelingi makam tersebut dan khusyuk berdoa.

Berdekatan makam itu, kami terlihat akan adegan seorang wanita separuh usia seperti sedang mengubati seorang pesakit. Kami cuba bertanya pada salah seorang di situ, apa yang sedang berlaku dan siapa makcik tua yang seperti dukun itu. Menurut seorang lelaki India yang begitu ramah apabila disapa, makcik tersebut merupakan keturunan Nenek Kebayan, seorang dukun yang hidup pada zaman Sultanul Ariffin dan pernah mengubatinya. Makcik itu yang dikatakan mempunyai ilmu yang diturunkan oleh Nenek Kebayan, sedang merawat seorang remaja lelaki yang kehilangan bapa, agar dipertemukan semula dengan bapanya.

Aneh, memang aneh. Kami baru berjalan tidak sampai separuh dari pulau itu, tetapi kami telah bertemu dengan pelbagai perkara aneh.

Sebenarnya banyak lagi tempat yang dikatakan menarik terdapat di pulau ini. Antaranya ialah, Perkampungan Bunian, Istana Bunian, Tasik Bunian, Gua Yunus, Keramat Ular, Batu Belah, Tasik Biawak, Pokok Disula, Perigi Nenek Musallima dan beberapa tempat yang lain.

Kalau berhajat untuk berjumpa dengan orang bunian, datanglah ke pulau ini. Mereka memang betul-betul ada di sini.

Kami tidak boleh berada lama di Pulau Besar, kami sepatutnya berada di jeti pada pukul 12.30 tengah hari untuk kembali semula ke tanah besar sebab kami memang merancang untuk berbuka puasa di bandar Melaka. Namun nasib kami agak malang kerana ketika tepat jam 12.30 kami tiba di jeti, feri sudahpun berlalu pergi. Menurut seorang pemandu van yang mengambil penumpang di jeti, feri hanya akan datang semula pada pukul 4.30 petang. Namun jika terdapat ramai orang di Jeti Anjung Batu yang mahu ke Pulau Besar, feri boleh kembali pada bila-bila masa sahaja.

Maka dengan perut yang sedang kelaparan dan mata yang sembab kerana mengantuk, kami pun terpaksa melabuhkan badan di tepi pantai. Melihatkan kami yang sedang kepenatan lebih-lebih lagi di bulan puasa, tuhan akhirnya mengembalikan feri ke Pulau Besar pada jam 2.30 petang. Syukur Alhamdulillah...

Dalam perjalanan dari Jeti Anjung Batu ke bandar Melaka, kami singgah di beberapa masjid lama untuk sembahyang dan menghayati seni binaannya. Antaranya ialah Masjid Jamek Kampung Umbai Pantai, Masjid Al- Khairiah Kampung Teluk Mas dan Masjid Qariah Alai.

Kami tiba di Jonker Walk dalam jam 4 petang. Jalan yang penuh nostalgia, terasa seperti kembali ke zaman klasik Melaka. Jonker Walk memang tidak pernah membosankan. Banyak perkara yang boleh dilihat dan dihayati. Kisah tentang Jonker Walk pernah kami tampilkan di sini, jadi tak perlulah kami bercerita panjang tentang lokasi ini yang juga dikenali sebagai Jalan Hang Jebat.

Selepas hampir dua jam di Jonker Walk, kami pun beredar untuk mencari tempat berbuka puasa. Tiada bazar Ramadan yang berdekatan, kami kemudian mengambil keputusan untuk mencari di tempat lain.

Arai selaku pemandu ketika itu akhirnya menemukan pasar Ramadan yang terletak berdekatan dengan Melaka Sentral. Kami membeli makanan masing-masing sebelum ke dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) untuk berbuka di sana.

Seronok dan puas walaupun hanya sehari kami melakukan road trip. Kejayaannya diraikan pula dengan berbuka puasa beratapkan langit yang menjingga, berdindingkan angin sepoi-sepoi bahasa dan berlantaikan anak tangga simen yang dingin.

Selepas berbuka, kami bergegas ke Masjid Al-Alami yang terletak di dalam kawasan Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh untuk solat maghrib. Masjid yang masih agak baru dibina ini mengekalkan ciri-ciri seni bina masjid-masjid lama yang banyak terdapat di Melaka iaitu berkonsepkan pagoda.

Jam 8.30 malam, kami bergerak pulang ke Shah Alam menggunakan lebuhraya Utara-Selatan. Perjalanan kali ini lebih singkat, hanya lebih kurang dua jam memandu, kami akhirnya tiba semula di 'markas, Pakli Kopitiam, pekena kopi panas secawan sebelum dahulu pulang ke rumah masing-masing untuk berehat dan qada' tidur.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Taman Tema Arab City Akan Dibuka <b>Di Melaka</b> | ! Oh New Beb !

Posted: 11 Jul 2011 05:30 PM PDT

Nak menang laptop? Lihat iklan daripada Intel, PUSH YOUR BUSINESS FURTHER! Klik dan isikan butiran anda. Pihak intel akan menghubungi anda nanti.Senang Bukan?Jom menang!
Arab City yang dikatakan pertama seumpamanya di dunia, merupakan satu usaha beraniyang akan melihat saluran tanah di pulau indahPulau Melaka berubah menjadi destinasipelancong-bertemakan Arab bertaraf dunia yang menawarkan kombinasi sempurna iklimyang harmoni, budaya, makanan,glamor, mewah, hiburan dan mesra rakyat.
Arab City adalah inisiatif  pertama seumpamanya, dan Malaysia telah dipilih sebagai negara dari mana visi untuk Arab City akan menjadi kenyataan. Konsep Bandar Raya Arab adalahuntuk berkhidmat sebagai jambatan antara dunia Arab dan negara tuan rumah, dan di peringkat yang lebih besar sebagai pautan untuk menubuhkan dan menggalakkan peluangpelancongan, hubungan perdagangan dan pertukaran kebudayaan pada skala global.
  • Ia di bangunkan di Pulau Melaka dan disebahagian tanah tebus guna di persisiran pantai Melaka. 
  • Projek ini dibangunkan hasil usaha sama antara syarikat pemaju, Golden Corporate Heritage Sdn Bhd (GCH) dan kerajaan Melaka. GCH yang berpangkalan di Kuala Lumpur merupakan usaha sama antara rakan kongsi Dubai, Arab Saudi dan Malaysia. Syarikat itu mempunyai pejabat cawangan di Dubai dan Arab Saudi dengan kepentingan dalam hartanah, perdagangan serta minyak dan gas.
  • Projek bernilai RM250 juta ini akan mempunyai tiga lokasi utama iaitu PulauMelaka, Klebang dan Sungai Melaka (Kampung Jawa).  
  • Ia diterapkan dengan unsur-unsur kebudayaan masyarakat Arab dengan menyediakan muzium Mesir Kuno, taman tema, teater, spa untuk golongan lelaki dan wanita serta 20 restoran makanan asli Arab, persisiran berpasir oasis, bazar dan gerai kraftangan.
  • Fasa pertama projek itu di Pulau Melaka dijangka siap Disember 2011 manakala keseluruhan projek dijangka siap pada 2013.

Gambar sekitar tapak pembinaan:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

ads