Khamis, 8 September 2011

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


Tanah Muat 20 Unit Kedai <b>Di Bachok</b> – Land for sale Kelantan <b>...</b>

Posted: 28 Aug 2011 02:00 PM PDT

Tanah tepi jalan besar sebelah Petronas
Jelawat.Dekat dengan UMK yang akan di buka tak
lama lagi.Tanah padi tapi dah ubah syarat ke
bangunan perniagaan.Tanah memanjang ikut jalan dan
boleh muat 20 unit kedai 20×40 tapi kena tambun
atau tiang tinggi.Hubungi 012-9098822.

Contact Seller Email This Post Email This Post

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Zaid Ibrahim Bertanding <b>di Kota Bharu</b>? | Khabar Kota Bharu

Posted: 21 Aug 2011 12:57 PM PDT

Oleh Senawi Musa

PENGKALAN CHEPA – Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim tidak menolak kemungkinan untuk merebut kembali kerusi Parlimen Kota Bharu pada pilihan raya umum akan datang.

Desas-desus ada menyatakan bahawa beliau sedang berunding dengan Pas supaya diberi laluan untuk bertembung satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) yang hampir pasti akan diwakili oleh Datuk Haji Mohd. Fatmi Che Salleh.

Ia dikuatkan dengan kemunculan Zaid pada majlis bersama perantau yang dianjurkan oleh Kerajaan Pas Kelantan di Stadium Kelana Jaya beberapa hari sebelum Ramadan lalu.

Bagaimanapun sumber menyatakan rundingan tersebut sukar untuk menjadi kenyataan kerana Pas tidak mahu melepaskan kerusi yang menjadi kubu kuatnya biarpun penyandang kerusi tersebut Datuk Wan Abdul Rahim dilihat menghadapi masalah kerana popularitinya yang semakin menurun.

Zaid yang ditemui selepas Majlis Sumbangan Hari Raya Yokuk sedang berfikir untuk bertanding sama ada di Kelantan atau Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

"Lepas raya nanti saya akan lihat bagaimana, tempat mana yang lebih mudah tetapi saya percaya pilihan raya tidak akan diadakan dalam tempoh terdekat.

"Kita parti pembangkang, yang bertanggungjawab dan membantu perkara-perkara yang menguntungkan rakyat dan bukan bangkang sebab kita pembangkang, kalau ada benda yang baik kerajaan buat saya akan sokong juga, kita parti bebas, bertanggungjawab dan menentang rasuah," katanya.

Bagaimanapun beliau menolak alasan untuk membalas dendam dan ingin bersemuka dengan Mohd. Fatmi sekiranya bertanding di Parlimen Kota Bharu.

"Saya dalam politik tidak ada benda itu semua, saya ingin berjuang untuk kesejahteraan rakyat bukannya berseteru dengan orang ramai," katanya.

–KHABAR KB

Tags: , , , , , , , ,

03 di manek urai - Google Blog Search

03 di manek urai - Google Blog Search


Tren Merempuh 2 Ekor Gajah <b>Di</b> Kuala Krai | Segalanya Disini. . .

Posted: 21 Aug 2011 07:00 PM PDT

Expired On 6 Sept 2011Expired On 21 Sept 2011Expired On 29 Sept 2011Expired On 28 August 2011Expired On 6 Sept 2011
PAKEJ A - Banner 550x60 (Full/Booking Now !) / 70K Pengunjung Sehari - RM100/Month
KUALA KRAI: Kira-kira 300 penumpang Ekspres Senandung Timuran, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang dalam perjalanan dari Tumpat ke Johor Bharu cemas selepas tren dinaiki merempuh dua ekor gajah dalam kejadian di Kilometer 407.5, Bukit Abu-Manek Urai, di sini, kelmarin.


Kejadian kira-kira jam 10.40 malam itu, menyebabkan pemandu tren terbabit terpaksa memberhentikan kenderaan secara mengejut sebelum terpaksa melanggar ibu dan anak gajah terbabit yang dilihat sedang melintasi landasan berkenaan.

Pengurus Kanan Unit Komunikasi Korporat KTMB, Fazil Ismail berkata, situasi mencemaskan itu menyebabkan perjalanan tren terbabit tergendala kira-kira enam jam sebelum meneruskan perjalanan kira-kira jam 4.30 pagi sebaik koc digantikan dengan yang lain.

"Kejadian berlaku ketika tren KTM berada antara Bukit Abu ke Manek Urai. Ketika itu, dua ekor gajah berkenaan dilihat sedang melintas jalan menyebabkan tindakan memberhentikan kenderaan terpaksa dilakukan bagi mengelak kejadian tidak diingini.

"Meskipun pemandu lokomotif sudah membunyikan hon, tetapi berikutan jarak terlalu hampir menyebabkan berlaku rempuhan sebelum kedua-dua gajah terbabit maut, termasuk anak gajah terbabit tersepit di bawah koc, manakala ibunya pula tercampak ke dalam gaung," katanya ketika di temui di lokasi kejadian, semalam.


Katanya, berikutan kejadian itu, pihaknya terpaksa menggunakan khidmat lokomotif dari Tumpat untuk membawa keluar tren berkenaan ke Kuala Krai, sebelum perjalanan diteruskan.


"Kami terpaksa menggunakan khidmat jengkaut untuk mengeluarkan anak gajah terbabit selepas tersepit di bawah lokomotif selepas terseret kira-kira 700 meter menyebabkan lokomotif berkenaan mengalami kerosakan sebelum ditunda ke Kuala Krai.

"Sebaik tiba di stesen terbabit, perjalanan kemudian diteruskan seperti biasa, manakala kejadian berkenaan tidak mendatangkan sebarang kecederaan kepada penumpang," katanya.
Penduduk Kampung Slow Pak Long, Norzawawi Mohd Nor, 37, berkata kemalangan membabitkan dua ekor gajah itu diketahui kira-kira jam 9 pagi sebelum dia bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat situasi sebenar.

Klik ads diatas sebagai sumbangan anda

Advertise [RM15]: Kaki wayang review cerita filem movie terbaru
Advertise [RM15]: Pembekal baju f1 korporat tempah printing t shirt
Advertise [RM15]: Direktori bisnes online jual beli malaysia
Advertise [RM15]: Sihat, Anggun Dan Langsing !
Advertise [RM15]: Eh,eh,.. Apa tu peliknya..
Advertise [RM15]: Tidak Perlu Mencari Orang,Kongsi Keuntungan Bersama
Advertise [RM15]: Hanya bermodalkan rm100 , anda juga boleh berjaya !

03 di bunut payong - Google Blog Search

03 di bunut payong - Google Blog Search


Interaktif <b>Bunut Payong</b>: Kelantan sasar 5.8j pelancong

Posted: 02 Jul 2011 09:11 PM PDT

KOTA BHARU - Dijangka 5.8 juta pelancong dari dalam dan luar negara akan mengunjungi Kelantan tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kedatangan pelancong dijangka meningkat berbanding 5.3 juta tahun lalu, memandangkan tarikan yang ada di negeri ini.

"Kelantan destinasi yang tidak asing lagi bagi pelancong, kerana ikon sebagai syurga makanan yang dimiliki selain seni budaya dan warisan terunggul yang dimiliki," katanya selepas merasmikan Pesta Nasi 100 di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini, kelmarin.

Menurutnya, pesta makanan itu termasuk dalam komponen utama carnival seni budaya dan makanan negeri Kelantan.

"Pesta Nasi 100 ini merupakan acara tahunan yang akan dimasukkan dalam kalendar pelancongan negeri," katanya.

Menurutnya, Nasi 100 mempunyai dua erti iaitu merujuk kepada 100 jenis nasi dan yang kedua melibatkan 100 jenis bahan ramuan yang digunakan untuk menjadikan nasi lebih enak serta berkhasiat untuk dinikmati.

Takiyuddin berkata, pesta kali ini mendapat sambutan menggalakkan pelbagai pihak termasuk hotel bertaraf lima bintang, pemilik- pemilik restoran dan individu yang mahir dalam bidang masakan.

"Selain itu, kerajaan negeri dalam rangka menghidupkan kembali Tahun melawat Kelantan bermula tahun hadapan selepas hampir tiga tahun dihentikan, dan kita mengharapkan agar ia menjadi penyumbang kepada usaha kerajaan untuk menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini," katanya

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

03 di wakaf bharu - Google Blog Search


Homestay Suasana Desa <b>Wakaf</b> Che Yeh |

Posted: 23 Mar 2011 06:40 PM PDT

Artikel kali ini penulis ingin memberi sedikit review berkenaan dengan homestay yang paling murah serta selesa yang berada di sekitar Kota Bharu, Kelantan iaitu di Wakaf Che Yeh. Nama homestay tersebut adalah Homestay Suasana Desa. Jika anda datang dengan jumlah yang ramai (sampai 20 orang!!) pun boleh muat tinggal di homestay ini. Sangat luas, sangat selesa dan pelbagai kemudahan lengkap. Harganya hanyalah RM150 untuk satu malam. Bayangkan jika anda berkongsi seramai 5 orang? Berapa je kena bayar untuk seorang? Sangat murah bukan? Dan sudah tentulah ia sesuai dengan ahli keluarga atau rakan-rakan dengan jumlah yang ramai.

Homestay Suasana Desa Kota Bharu

Homestay ini berdekatan dengan Pasar Wakaf Che Yeh(1km ). Suasananya pula amat menenangkan. Serta kawasan parking kereta yang tersangat lah luas. Nak masuk 5 kereta pun tiada masalah.

Tempat Parking

Ruang dalaman.. tilam juga disediakan, hampar kat ruang tamu ni boleh tidur 10 orang.

Ruang tamu

Sumber gambar dari http://homestayindah.blogspot.com/

Jika berminat, hubungi nombor di bawah untuk tempahan, jangan lupa cuba tawarkan harganya, mana tahu boleh kurang lagi.

• 013-9207364 (Cikgu Aminuddin)
• 018-9009104 (Cikgu Ashida)
• 09-7431542 (Rumah)

Atau layari http://homestayindah.blogspot.com/ untuk maklumat lebih lanjut. Cepat buat tempahan hari ini juga kerana homestay ini memang sentiasa penuh terutamanya pada musim cuti sekolah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


03 di pengkalan chepa - Google Blog Search

03 di pengkalan chepa - Google Blog Search


Dua beranak bergelut dengan dua lelaki yang menceroboh rumah <b>...</b>

Posted: 07 Sep 2011 05:09 PM PDT

No of View :305

 SAUFI menunjukkan pahat yang digunakan oleh penyamun yang memecah masuk rumahnya di Kampung Pulau Gajah Hilir, Pengkalan Chepa, Kota Bharu semalam.

Dua beranak berhadapan detik cemas apabila mereka terpaksa bergelut dengan dua lelaki yang menceroboh rumah mereka di Kampung Pulau Gajah Hilir, Sabak, Pengkalan Chepa dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 pagi itu, Hasmah Ali, 54, tidak cedera namun anak keenamnya, Saufi Jusoh, 28, mengalami luka pada kedua-dua belah tangannya akibat bergelut dengan seorang penjenayah yang bersenjatakan pedang.

Sebelum kejadian, cerita Hasmah, dia baru bangun daripada tidur untuk menunaikan solat Subuh sebelum terkejut melihatkelibat dua lelaki di dalam biliknya.

"Saya menyangka mereka adalah anak-anak saya yang masuk ke bilik sebelum dua lelaki terbabit tiba-tiba menerkam ke arah saya dan cuba menutup mulut saya dengan tangan.

"Saya menjerit sebelum Saufi masuk ke bilik dan menerkam salah seorang lelaki terbabit manakala seorang lagi lelaki melarikan diri melalui pintu dapur," katanya ketika ditemui di rumahnya.

Hasmah berkata, dua penceroboh tersebut tidak sempat mencuri apa-apa barang miliknya termasuk barangan kemas seperti rantai, loket dan gelang yang dipakainya bernilai RM40,000.

"Saya bersyukur Saufi tidak mengalami kecederaan yang serius," tambahnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search


Karnival Rakyat Usahawan <b>Kelantan di Jeli</b> 15 September ini <b>...</b>

Posted: 05 Sep 2011 07:23 PM PDT

Bagi mempromosi barangan keluaran usahawan Kelantan, satu karnival – Karnival Rakyat dan Transformasi Halal – akan diadakan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Jeli pada 15 sehingga 17 September ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata karnival itu adalah satu usaha untuk membantu memperkenalkan pelbagai produk usahawan di Kelantan, terutama produk halal seterusnya membantu meningkatkan taraf ekonomi usahawan terbabit.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis jamuan Raya warga Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Kelantan dan usahawan, Bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Katanya 150 gerai akan disediakan pada karnival itu yang menyediakan pelbagai barangan dan produk termasuk makanan, kraftangan serta kosmetik halal.

Aktiviti lain yang akan diadakan termasuk kenduri rakyat, forum perdana, seminar dan bengkel untuk para usahawan, program mewarna untuk kanak-kanak dan pameran burung ketitir.

Sebelum itu, Mustapa, yang ditemui pada majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri di Pejabat Umno Pasir Mas di sini berkata Umno Kelantan yakin mampu memenangi sekurang-kurangnya 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada pilihan raya umum akan datang dan seterusnya mendirikan kerajaan baru di negeri ini dengan syarat jentera parti yang ditubuhkan dapat berjalan dengan lancar.

"Semalam, kita bermesyuarat peringkat Badan Perhubungan Umno negeri dan saya mengulangi keyakinan sasaran kita boleh memenangi sekurang-kurangnya 23 kerusi sekiranya kita mantapkan jentera."

"Itu keyakinan kita tetapi jangan leka dan terlalu yakin diri, yang penting kita kena rapat dengan rakyat," katanya.

– BERNAMA

03 di pasir mas - Google Blog Search

03 di pasir mas - Google Blog Search


Laluan bertingkat <b>di Pasir Mas</b> siap

Posted: 23 Aug 2011 08:43 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Mohd Nor Yahya PASIR MAS, 23 Ogos: Laluan bertingkat melintas landasan kereta api di sini kini siap sepenuhnya, sedangkan jalan bertingkat di Jalan Hamzah dan jambatan Sultan Yahya Petra kedua bernilai RM150 juta belum pun ...

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


PAS <b>Gua Musang</b> sedia hadapi PRU bila-bila masa <b>...</b>

Posted: 07 Sep 2011 08:54 PM PDT

Oleh : Hasnan Yahya

Abdullah menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak

GUA MUSANG ( Galas ) 8.Sept – Biarpun tarikh sebenar Pilihanraya Umum ke 13 belum mendapat tandanya, namun persiapan bagi menghadapinya terus diperkemaskan oleh jentera PAS Kawasan Gua Musang.

Menurut Yang Dipertua PAS Gua Musang, Ustaz Abdullah Hussin PAS Gua Musang sudahpun membuat persiapan bermula dengan menyusun jentera parti di peringkat cawangan dan Unit Peti Undi (UPU).

Beliau ditemui di majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri peringkat Kawasan Gua Musang di perkarangan Markaz PAS baru-baru ini.

Abdullah berkata dengan adanya 63 cawangan di tiga Dun dan 44 UPU, PAS Gua Musang kini semakin mantap dan bersedia menghadapi pelbagai isu yang dicanangkan oleh umno-BN.

" setakat ini, kita sentiasa bersedia untuk memberi penjelasan kepada rakyat di Gua Musang terutamanya dalam isu pengambilan tanah bagi pembangunan Ladang Rakyat dan begitu juga dalam isu pemilikan tanah oleh masyarakat orang asli"ujar beliau.

Adun Galas dari BN, Abdul Aziz turut hadir.

Beliau juga berkata di sepanjang bulan ramadhan baru-baru ini, jentera parti telah turun padang bertemu penduduk di keseluruhan cawangan dan sentiasa mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Abdullah yang juga merupakan Penyelia Parlimen berkata kerajaan telah bersetuju untuk membuka ruang kepada peneroka di Tanah Rancangan Kesedar Jeram Tekoh, Renok dan Meranto untuk mengemukakan permohonan memiliki tapak penempatan yang diduduki sekarang.

" Alhamdulillah, ramai peneroka telah faham hasrat kerajaan negeri yang ingin membantu mereka bagi mendapat milik kekal tapak rumah tersebut dan sehingga kini sudah ramai diantara mereka yang mengemukakan permohonan di pejabat tanah Gua Musang"katanya lagi.

03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di pasir puteh - Google Blog Search


Laman Rasmi Misi Cakna Palestin: Lensa media: Cakna Palestin <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 04 Aug 2011 06:19 PM PDT

2011 © Hakcipta Terpelihara Sekretariat Misi Cakna Palestin. Design By Akhi Muaz

ads