03 di bachok - Google Blog Search |
- HIKMAH IV <b>di</b> Kandis, <b>Bachok</b> - Himpunan Kedaulatan Melayu Islam <b>...</b>
- HIKMAH IV <b>di</b> Kandis, <b>Bachok</b> - Pembukaan yang mendebarkan
- Panas Dan Terkini! Penerima BR1M <b>Di Bachok</b> Dipaksa Bersumpah <b>...</b>
HIKMAH IV <b>di</b> Kandis, <b>Bachok</b> - Himpunan Kedaulatan Melayu Islam <b>...</b> Posted: 21 Mar 2013 10:45 AM PDT Tamat sahaja persembahan teater nasyid oleh kumpulan PETRI saya meminta MC, Cik Saidatul Shahera agar memanggil hadirin masuk ke bawah rumah untuk memulakan acara secara rasmi. Ketika itu sudah 10.44 pagi. Kalau ikut jadual perasmian harus dimulakan dengan selawat pembukaan oleh sahabat kami Sheikh Raja Aman al-Kubra jam 9.45. Sheikh Raja Aman yang merupakan pemimpian tariqat Naqsyabandiyah-Zainiyah yang berpengkalan di Kuala Lumpur telah membuat selawat pembukaan pada HIKMAH I, II, III. Tapi kali ini beliau tidak muncul. Saya tidak mendapat berita dan tidak dapat menghubunginya. Setakat saya tahu Raja Aman telah ke Tanah Arab untuk menunaikan umrah dan dijadualkan kembali 11 Mac. Sebelum pergi umrah 2 minggu sebelumnya beliau memberitahu akan datang dengan kapal terbang ke Kelantan untuk HIKMAH IV kemudian cepat-cepat kembali ke Lembah Klang untuk menghadiri majlis hol almarhum Sheikh Abdul Qadir al-Jilani di Masjid Besi, Putrajaya yang bermula petang itu. Nampaknya beliau tidak dapat mengejar kedua-dua acara kerana kepenatan atau keuzuran lalu memilih yang lebih dekat. Apapun saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sanggup menyokong acara kami selama ini. Dengan itu saya meminta MC agar terus mengumumkan ucapan alu-aluan oleh Encik Norhaiza Nordin, seorang dari dua pengarah Akademi Nik Rashiddin. Saya diberitahu buat masa ini Norhaiza adalah pengukir dan pakar seni kayu yang paling terkemuka di Malaysia, menggantikan gurunya arwah Nik Rashiddin yang telah meninggal dunia beberapa tahun lalu. Namun beliau juga tiba-tiba tidak dapat datang lalu menghantar wakil. Saya diberitahu beliau telah dipanggil ke istana, saya tak tahu istana mana, mungkin Istana Negara untuk menolong perkara berkaitan seni dan ukiran. Oh. Lantai bawah rumah dijadikan bahagian utama untuk membuat pembentangan. Selain itu peserta atau hadirin boleh duduk di bawah khemah. Habis kata-kata aluan oleh wakil pengarah tiba giliran saya sebagai presiden dan pengasas HIKMAH untuk membuat ucapan pengenalan tentang pertubuhan dan acara. Tentunya saya tidak dapat mengambil gambar diri sendiri... Tamat ucapan sampailah masa untuk memulakan sesi pembentangan. Ketika itulah saya meminta seorang pemimpin tariqat, Sheikh Halit Osmanli untuk membacakan doa selamat. Beliau merupakan seorang pemimpin Tariqat Naqsyabandiyah-Haqqani yang bertanggungjawab ke atas murid dan ahli di selatan tanah air. Berasal dari Singapura dan masih warga sana beliau kini menetap di Johor Bahru. Sheikh Halit pertama kali terlibat dengan HIKMAH apabila muncul di HIKMAH III di Lumut 27 Januari 2013. Sheikh Raja Aman memperkenalkan beliau kepada saya sebagai seorang pemimpin tariqat yang disegani. Abang beliau Sheikh Lokman yang mukanya hampir serupa memimpin jemaah antarabangsa di New York, USA. Tetapi Halit menyuruh pembantunya pula ke hadapan melaungkan azan sebelum ia disambung dengan doa ringkas. Dalam gambar ini kelihatan Sheikh Halit memakai jubah dan serban di kiri. Di hadapan kelihatan Puan Rosnawati, balu kepada Nik Rashiddin. Beliau adalah pemilik rumah dan seorang lagi pengarah ANR, menggantikan tempat suaminya setelah meninggal. Puan Rosna atau Kak Wati adalah pembentang pertama sesi pagi. Kertas kerja beliau yang bertajuk "Motif Langkasuka Dalam Kesenian Melayu" boleh dikatakan serupa dengan persembahan yang dibuat pada Forum Kurator (kalau tak salah ingatan itulah namanya) yang saya lihat di Muzium Negara, Kuala Lumpur lebih setengah tahun lalu. Ketika itulah saya pertama kali mengenali nama beliau dan tahu tentang kewujudan Akademi Nik Rashiddin. Kemudian baru saya tahu nama beliau dan arwah suami juga ANR agak tersohor di kalangan para pelajar dan pengamal seni terutama pengukir kayu. Siapa sangka beliau boleh jadi rapat dengan kami dan HIKMAH boleh diadakan di ANR? Oh. Kalau ada yang bingung ANR ni rumah ke akademi saya rasa biarlah disebut ia mengandungi kedua-duanya sekali. ANR sendiri adalah sebuah badan bukan kerajaan yang dibentuk untuk menyokong aktiviti seni sedangkan premisnya didirikan di dalam tanah persendirian Nik Rashiddin yang diwarisi Kak Wati. Tanah tersebut adalah seluas 5.5 ekar dengan rumah yang bersambung dengan bangunan pejabat dan Galeri Nik Rashiddin terletak di dalam kawasan berpagar1.5 ekar. Lihat artikel Berkat Tok Kenali untuk menjayakan HIKMAH IV di Akademi Nik Rashiddin 16 Mac yang dibuat 3 minggu lalu untuk mendapatkan gambaran kedudukan bangunan. Isi galeri boleh dilihat pada artikel Galeri (Gallery of) Akademi Nik Rashiddin di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Pada bawah galeri terdapat sebuah dewan kecil untuk mengadakan seminar. Pada mulanya ia mahu dijadikan tempat pembentangan tetapi setelah diperhatikan betul-betul, ruangan bawah rumah terasa lebih sesuai untuk itu. Dewan kecil pula dijadikan tempat pameran dan jualan barangan seperti buku juga senjata tradisional Melayu. Maka sambil pembentangan berjalan ada pula yang memilih untuk berlegar-legar di dewan. Dah jadi perangai saya susah nak diam di satu tempat. Saya suka melihat acara dari pelbagai sudut. Ketika sedang meninjau-ninjau itulah isteri saya memberitahu seorang anak kami teringin untuk menunggang kuda. Kuda-kuda ini kami dapati dari orang kampung sekeliling yang memang membela kuda seperti halnya orang membela lembu dan kambing di tempat lain. Peserta dan hadirin HIKMAH IV boleh menunggang kuda setelah membeli kupon RM5 lalu dibawa keliling padang oleh anak-anak tempatan yang sudah sedia mahir dan arif tentang kuda. Ini adalah satu ciri unik rakyat Kelantan di mana sesetengah mereka sudah pandai menunggang kuda sejak kecil, tidak seperti di Kuala Lumpur misalnya di mana cuma orang berduit atau mereka yang berasal dari keluarga berada sahaja mampu menunggang kuda, biasanya di kelab-kelab eksklusif dengan yuran keahlian yang mahal. Kak Wati sendiri selama ini cuma melihat dari jauh sahaja kuda-kuda yang ada di luar rumahnya. Ketika saya sampai ke ANR pagi Jumaat baru beliau pergi melihat lebih dekat... apabila diajak oleh saya untuk melibatkan penduduk tempatan membawa kuda memeriahkan acara. Kembali ke tempat pembentangan. Ketika gambar ini diambil jam 12.05 tengah hari pembentang kedua, Puan Harleny Abdul Arif baru sahaja bercakap tentang "Gunungan Mihrab dan Mimbar Pantai Timur : Stailisasi Motif dalam Ragam Hias". Beliau adalah seorang peminat seni yang cekal mengembara hingga ke seluruh Alam Melayu, sampai ke Aceh, Kalimantan, Jawa, Sulawesi dan pelbagai tempat lagi mengkaji pelbagai perkara berkaitan terutama mihrab dan mimbar masjid lama. Harleny kini sedang menghitung hari untuk menerima ijazah PhD. dalam bidang berkaitan. Beliau yang pernah bertugas sebagai guru selama beberapa tahun baru sahaja diangkat menjadi seorang penolong pengarah di Kementerian Pendidikan, dalam satu jabatan yang ditugaskan untuk menentukan isi kurikulum seni di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Pernah membentang pada HIKMAH I dan HIKMAH II, Harleny adalah antara orang paling setia menyokong misi HIKMAH mendaulatkan Melayu dan Islam. Kalau ikut atur cara asal kertas kerja beliau harus dimulakan jam 11 dan tamat 11.30. Sudah disebut dalam artikel HIKMAH IV di Kandis, Bachok - Pembukaan yang mendebarkan kenapa jadual boleh lari begitu jauh. Adalah menjadi tugas saya untuk memastikan acara kembali jadi terkawal sambil semua pembentang yang hadir (ada yang terpaksa menarik diri pada saat akhir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan) dapat mempersembahkan kertas kerja mereka sehingga tamat. Saya yakin keadaan masih terkawal kerana ada ruang lompong masa seperti rehat 15 minit sebelum pembentangan pagi, rehat 15 minit selepasnya dan jarak masa ke Zuhur yang boleh digantikan dengan pembentangan. Sekali lagi saya tergerak merayap ke padang. Kali ini seekor kuda agak besar berwarna coklat gelap baru sahaja dibawa masuk dan saya diminta menunggang. Oh. Penyertaan kuda-kuda dari kampung-kampung sekitar ini diatur oleh seorang anak muda baru lepas sekolah yang memimpin Persatuan Kuda Amatur Kelantan. Bagi saya anak muda bernama Faris ini kira pangkat anak tapi biarlah dipanggil adik. Beliau mendapat tahu saya ada meminta anak-anak tempatan agar menolong memeriahkan majlis dengan membawa kuda-kuda mereka berjalan. Rupa-rupanya sebelum itu beliau telah mendapat tahu saya ada menghubungi Persatuan Aktivis Berkuda Kelantan (PERKUDA) yang lebih besar untuk mendapatkan penyertaan pasukan berkuda lalu mengambil inisiatif sendiri untuk menghubungi saya. Biar diberitahu saya pernah sekali dua menghadiri kelas menunggang kuda tetapi itu adalah lebih 10 tahun lalu, ketika saya masih menjadi wartawan sukan di akhbar berbahasa Inggeris The New Straits Times. Antara sukan diliputi adalah ekuestrian atau sukan berkuda. Saya selalu mengikut pelbagai acara dalam bidang itu dan pernah mengenali (serta dikenali) nama-nama besar seperti adik-beradik Ambak (Qabil, Quzier dan Quzandria) atau 3Q, Wan Zaleha Radzi dan Datuk Awang Kamaruddin. Malah tidak keterlaluan dikatakan saya pernah diakui sebagai wartawan suratkhabar paling terkemuka dalam bidang ini. Walaupun saya tidak pandai menunggang ini tidak menjadi masalah kerana yang penting adalah saya tahu tentang pelbagai jenis acara berkuda seperti showjumping, eventing, dressage dan endurance. Secara rata wartawan suratkhabar memang kurang pengetahuan tentang ini. Yang pandai adalah wartawan majalah khas berkuda dan seingat saya di Malaysia ini sebenarnya tidak ada majalah khas kuda yang bercetak. Yang ada cuma majalah on-line atau maya di Internet. Disebabkan pengiktirafan atas kebolehan diri inilah Awang Kamaruddin pernah membawa saya ke serata Peranchis selama hampir 2 minggu melawat ladang-ladang kuda dari luar Paris hingga ke sempadan Sepanyol dan pantai Laut Mediterranean. Beliau yang ketika itu menerajui Kelab Bukit Kiara sedang berusaha untuk menjadi juara dunia dalam bidang endurance dan saya dibawa untuk melihat beliau bertanding dalam satu acara antarabangsa. Sambil itu beliau dan sejumlah peminat/aktivis bidang mengharapkan saya agar dapat mengangkat bidang endurance yang ketika itu kurang dikenali di Malaysia ke persada yang lebi tinggi. Kini setelah beberapa lama, setelah saya meninggalkan bidang kewartawanan rasmi penghujung 2001 (sekarang saya masih boleh dikira wartawan tidak rasmi, masih boleh meneruskan liputan secara profesional jika mahu kerana sudah cukup kelayakan, diakui dan masih dikenali mereka yang pernah bertugas sama) Awang Kamaruddin bukan sahaja telah menjadi menjadi juara dunia malah berjaya menarik Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk menjadi peminat tegar endurance, ketika baginda masih menjadi Yang di-Pertuan Agong. Lihat beberapa artikel lama tulisan saya dalam akhbar NST yang ada disertakan dalam blogspot BERPETUALANG KE ACEH... Endurance 1Equestrian endurance in France Equestrian sports gaining ground? Saya cuma sempat mengikuti satu dua kelas menunggang kerana satu, sentiasa sibuk dengan kerja. Kedua, saya tidak mampu untuk mengikut kelas penuh yang mahal harganya. Masalah ini boleh diatasi dengan mudah jika saya adalah jenis orang yang boleh dibeli. Disebabkan pengalaman berurusan dengan pelbagai pihak dari semua lapisan masyarakat sehingga ke istana bukan sekali dua saya dihidangkan peluang untuk menjadi kaya-raya jika sahaja sudi menurut rentak pihak tertentu. Dalam kerja sebagai wartawan saya ditemukan dengan para pemimpin dunia. Hampir tiap hari saya berjumpa menteri kabinet, ada masanya terus dengan perdana menteri. Tapi itu secara rata dalam kapasiti formal. Dalam kapasiti tanpa protokol saya pernah diperkenalkan dengan Sultan Selangor sekarang ketika baginda masih lagi Raja Muda, di sebuah kelab kapal layar yang terkemuka dan sangat eksklusif. Ketika meliputi permainan polo di sebuah kelab ternama pula saya diperkenalkan dengan Raja Muda Perlis sebelum baginda menjadi Raja dan Yang di-Pertuan Agong lalu diajak duduk minum sama. Rata-rata mereka yang terlibat dalam dunia kuda di Kuala Lumpur adalah jutawan belaka. Tentu sahaja saya ada peluang maju membuat duit apalagi saya sendiri memiliki ramai saudara-mara yang sudah sedia kaya-raya. Namun saya ini jenis orang yang rebel, melawan, tidak berapa suka ikut peraturan dan sistem. Saya jenis orang yang tidak berminat pada harta tetapi lebih menghargai ilmu, kejujuran dan pengalaman hidup. Satu dua kelas kuda yang sempat saya ikuti itu pun disebabkan menemani bekas isteri yang seronok mendapat tawaran belajar menunggang kuda secara percuma oleh pasukan polis berkuda yang baru diasaskan untuk menjaga Putrajaya, ketika pusat pentadbiran negara itu masih lagi dalam pembinaan, banyak lagi hutan dan ladang kelapa sawit. Kami juga pernah ditawarkan kelas-kelas percuma oleh kelab-kelab kuda tetapi saya tak terima kerana tidak mahu terhutang budi. Kalau dengan polis berkuda kira ok sedikit sebab mereka adalah badan kerajaan yang ditugaskan untuk menjaga keamanan. Itupun saya berhenti apabila mendapat tahu ketua polis berkuda itu sebenarnya berniat untuk mendapatkan perkhidmatan saya untuk menyokong seorang hartawan tertentu. Dengan sedikit pengetahuan yang ditinggalkan lebih 10 tahun itulah saya perlahan-lahan mendapatkan rentak dan rasa sambil adik Faris memimpin kuda di sekeliling padang. Selepas itu saya cuba menunggang sendirian keluar dari kawasan ANR. Namun saya tidak boleh menunggang lama kerana hujan pula turun. Selain itu saya harus kembali pada acara. Tiba-tiba teringat apabila saya mula mencipta nama dalam bidang kewartawanan dan dikenali ramai orang atasan, timbul pula berbagai fitnah yang sangat mengecewakan. Ah. Cukuplah. Kita cerita sahaja pasal HIKMAH... Gambar ini diambil jam 12.16 tengah hari. Ketika ini sudah muncul kumpulan persilatan Gayung Makrifat yang datang 25 orang, satu kehadiran yang tak disangka. Sebelum ini saya setakat tahu seorang ahli mereka telah menyatakan di Facebook akan datang. Tak sangka pula tiba-tiba muncul satu kumpulan malah bersungguh-sungguh mahu membuat persembahan. Saya cakap nanti akan dilihat ketika mana yang elok untuk mereka masuk. Saya mahu memastikan dahulu semua pembentangan dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang terkawal. Biar sesi pagi dan tengah hari dapat ditamatkan sebelum Zuhur atau tidak terlewat sangat. Ketika itu pembentang ketiga Mohd. Zahamri Nizar sedang bercakap tentang "'Seni Khat Melayu' : Penerokaan Identiti Dalam Manuskrip dan Seni Ukir Melayu". Beliau yang sedang melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah sarjana ataupun masters merupakan aktivis seni rupa Melayu dari Pertubuhan Pengkarya Seni Kuala Lumpur dan Selangor. Seperti Harleny beliau adalah penyokong kuat HIKMAH, pernah membentangkan kertas kerja pada HIKMAH I dan II. Ikut atur cara asal selepas pembentangan Zahamri ada rehat 15 minit. Selepas itu baru sesi pembentangan tengah hari bermula. Sebaliknya saya meminta MC agar mengumumkan dan memanggil terus pembentang seterusnya, Mohammad Iddham dari Kelab Pencinta Sejarah Kelantan. Idham mengetuai sejumlah anak muda Kelantan yang aktif menggali sejarah yang tersembunyi terutama melibatkan negeri mereka. Tajuk pembentangan yang tertera pada atur cara adalah "Sejarah dan Tempat-tempat Signifikan di Kelantan : Langkasuka, Empayar Chermin hingga ke Zaman Raja K'Umar'. Namun kelihatan beliau memilih untuk bercakap lebih banyak tentang terowong bawah tanah yang baru ditemui di Palekbang tahun lepas, satu kawasan luar bandar menghala ke Tumpat. Katanya terowong itu ada kena mengena dengan kerajaan-kerajaan lama. Selepas itu tiba giliran Tuan Haji Ismail Sulaiman, presiden Persatuan Pencinta Sejarah Puteri Saadong. Beliau bercerita tentang dinasti Raja Jembal yang pernah memerintah negeri Kelantan hingga ke raja perempuannya yang sangat terkenal iaitu Puteri Saadong, anak angkat kepada seorang lagi raja perempuan terkenal, Cik Siti Wan Kembang. Mengikut jadual asal, pembentangan beliau harus tamat jam 1.15 sedangkan kita tahu sesi pembentangan pagi pun bermula sudah terlewat sejam. Namun saya dapati pembentangan ini dapat ditamatkan sekitar 1.30, taklah jauh sangat dari apa yang dirancang. Bolehlah rehat tengah hari untuk solat Zuhur dan makan diteruskan. Kalau tak salah ingatan semasa pembentangan tentang Puteri Saadong itulah saya mendapat gerak agar persembahan Silat Gayong Makrifat diadakan waktu rehat. Peserta boleh mengambil makanan kemudian duduk melihat. Ah. Ni satu lagi benda yang tak dirancang. Ikut rancangan dan bajet asal kami tidak mampu menyediakan makanan untuk peserta. Malah kami terpaksa meminta sejumlah kawan untuk menanggung atau menyediakan sedikit makanan untuk para pembentang, moderator, urus setia dan mereka yang membuat persembahan. Tetapi beberapa hari sebelum acara kami mendapat sedikit bantuan kewangan yang asalnya mahu digunakan untuk sarapan dan makan tengah hari mereka yang berpenat-lelah menjayakan acara. Masuk waktu rehat kami mendapati ada lebihan makanan yang cukup untuk menampung semua peserta! Maka itu tanpa dirancang muncullah persembahan silat sambil orang makan. Beberapa hari kemudian apabila kembali ke Kuala Lumpur dan melihat perkembangan di FB baru saya tahu kumpulan persilatan ini telah lebih awal menyatakan mahu membuat persembahan pada HIKMAH IV. Pemimpin kumpulan, Ahmad Nahzaruny atau dikenali sebagai Datuk Nahza telah meninggalkan update di FB HIKMAH pada hari Jumaat jam 5.49 pagi, sehari sebelum acara untuk memberitahu tentang ini. Pada waktu tersebut saya pula sedang bersedia untuk solat Subuh di Masjid Mukim Kuala Kandis kira-kira 300 meter dari ANR. Ketika itu saya dan keluarga serta seorang kawan baru sahaja sampai setelah beberapa jam saya memandu dari Lembah Kelang. Terima kasih diucapkan kepada Persatuan Seni Silat Gayung Makrifat kerana sudi menawarkan diri memeriahkan acara. Sungguh, acara-acara HIKMAH itu penuh hikmah. Walaupun seringkali berlaku gangguan atau halangan tak terduga yang membawa lari atur acara muncul pula perkara-perkara tak dijangka untuk menjadikan majlis sesuatu yang sangat berharga buat mereka yang hidup mata hatinya... |
HIKMAH IV <b>di</b> Kandis, <b>Bachok</b> - Pembukaan yang mendebarkan Posted: 19 Mar 2013 08:53 AM PDT Bismillahirrohmanirrohim. Pada artikel Akademi Nik Rashiddin sedia untuk menyambut tetamu HIKMAH IV hari Sabtu yang dibuat 4 hari lalu telah ditunjukkan sedikit sebanyak persiapan yang dibuat untuk acara keempat HIKMAH. Selepas menjayakan acara di Akademi Nik Rashiddin, Kandis, Bachok hari Sabtu esoknya saya membawa keluarga singgah di Masjid Brunei, Danau Tok Uban dan Cameron Highlands. lewat malam semalam baru kembali ke rumah. Sekarang, setelah terasa sedikit lapang dan cukup rehat biar dimulakan penceritaan tentang acara... Pagi Sabtu 16 Mac, selepas bersiap di homestay berdekatan saya, keluarga dan seorang kawan (kira adik sebenarnya) pun pergi ke ANR untuk HIKMAH IV. Kami sampai sebelum 8.30. Menurut jadual, pendaftaran peserta harus berjalan dari 8-9. Tengok-tengok tak da orang pun datang kecuali kami dan beberapa orang. Berapa lama kemudian barulah kelihatan peserta mula meramaikan majlis. Ketika gambar ini diambil sudah hampir jam 10. Masih banyak tempat kosong sedangkan mengikut jadual, pada jam 9-9.45 harus sudah ada dua persembahan silat dan satu persembahan teater nasyid. Pada jam 9.45 pula patut ada selawat pembukaan yang menandakan acara secara rasminya akan bermula. Sebaliknya kumpulan pelajar sekolah di bawah Persatuan Silat Gayung Kelantan yang katanya berminat untuk membuat persembahan tak muncul lagi, begitu juga kumpulan Silat Minangkabau negeri ini yang katanya akan membuat persembahan berdasarkan tarian Randai. Melihat realiti keadaan hati saya berdebar-debar. Saya cuma boleh berharap terdapat cukup peserta untuk memeriahkan. Memikirkan bahawa HIKMAH adalah kumpulan sukarela yang tidak memiliki dana, tidak dapat membayar apa-apa kepada sesiapa, tidak dapat menanggung kos minyak kereta pembentang, pembuat persembahan dan sebagainya saya sedia akur jika orang tidak dapat muncul. Walaupun HIKMAH telah menjayakan tiga acara yang agak besar iaitu di Shah Alam 4 November 2012 diikuti Melaka 25 November dan Lumut 27 Januari 2013 kami sentiasa sedar siapalah kami mahu mengharapkan agar orang datang menyokong kami sentiasa? Jangankan orang yang baru berurusan, kawan-kawan yang sudah setia bersama HIKMAH selama ini termasuk yang sudah hadir ke ketiga-tiga acara HIKMAH sebelumnya pun ramai tak dapat muncul kali ini. Dalam hati berdebar-debar melihat kekurangan saya harus akur dengan keadaan. Ada beberapa sebab ramai yang biasa dengan kami tidak dapat muncul. Satu sebabnya adalah pada petang hari Sabtu itu akan bermula majlis hol Sheikh Abdul Qadir al-Jilani di Masjid Besi, Putrajaya yang biasanya dihadiri beribu hingga berpuluh ribu orang. Saya sendiri akan memilih untuk ke situ kalau tahu lebih awal kerana pernah pergi ke edisi-edisi sebelumnya. Saya memang suka suasananya dengan majlis dipimpin ramai ulamak-ulamak besar Ahlul Bait dari seluruh dunia, jauh sungguh bezanya dengan majlis kami yang tak seberapa. Tapi apa boleh buat? Setelah sudah diatur segalanya untuk mengadakan HIKMAH IV di ANR 16 Mac baru saya dapat tahu tentang majlis hol tersebut. Kemudian esoknya hari Ahad, satu seminar anjuran seorang kawan mahu diadakan di Shah Alam. Tentu lebih mudah bagi kawan-kawan lain di Lembah Klang menghadiri majlis tersebut berbanding berpenat-lelah berkejar ke Kelantan mengeluarkan belanja sendiri untuk minyak kenderaan, makan minum dan penginapan. Satu lagi keadaan yang menghalang pernyertaan adalah para pelajar sekolah di seluruh Kelantan harus bersekolah hari itu untuk menggantikan cuti yang diberikan semasa perayaan hari raya Cina. Maka anak muda yang masih bersekolah tidak dapat datang, begitu juga mereka yang bertugas sebagai guru malah ibu bapa yang harus mengambil dan menghantar anak ke sekolah juga jadi terhalang. Selain itu muncul sejumlah cabaran dan dugaan yang seolah menjadi lumrah bagi HIKMAH. Sahabat kami Din Mahidin, seorang guru silat yang biasa menyertai pertandingan antarabangsa bercadang mahu membawa sejumlah pemanah untuk membuat demonstrasi memanah dari atas kuda tetapi beliau dikhabarkan kematian ibu mertua pagi Jumaat. Apabila Din tidak dapat pergi begitu juga halnya kawan-kawan yang biasa datang sekali dengannya. Tun Farul yang pernah membentang kertas kerja tentang busana tradisional pada HIKMAH II dan membaca sajak pada HIKMAH III pula kemalangan motosikal seminggu sebelum acara. Selepas 5 hari di hospital baru beliau keluar, itupun kata beliau tetap akan datang ke Kelantan. Kemudian tengah hari Jumaat beliau memberitahu tangannya kembali bengkak lalu tidak dapat bergerak jauh. Saya cakap rehat sahaja di Lembah Klang. Petang Jumaat saya mendapat satu lagi perkhabaran yang mendukacitakan. Sahabat lama saya Amirul Haji Mohamad yang telah membuat pembentangan tentang dinar dan dirham pada ketiga-tiga acara HIKMAH sebelum ini harus menarik diri. Menurut beliau segala persiapan telah dibuat malah Amirul telah mula memandu ke Kelantan tetapi harus berpatah balik apabila mendapat perkhabaran kurang enak. Malamnya baru saya dapat tahu beliau kematian seorang ahli keluarga. Namun Amirul memberi jaminan seorang kawannya akan datang dari Pulau Pinang mengambil tempat. Sungguh, setiap acara HIKMAH ada sahaja cabarannya. Beberapa hari sebelum HIKMAH I diadakan di Shah Alam pensyarah dari UiTM yang mahu menjadi MC tiba-tiba diserang penyakit angin ahmar hingga lumpuh sebelah badan. Ketika itu HIKMAH I telah beberapa kali bertukar lokasi, sehingga penggunaan dewan yang dijamin mahu diberikan sebuah universiti terkemuka tempatan boleh dibatalkan 5 hari sebelum acara. Selepas itu sahabat baik kami dari golongan seni, pelakon veteran Maimon Muttallib terseliuh ketika turun tangga meninggalkan acara lalu mendapati badannya terasa lain macam, mata terkedip-kedip tanpa dapat dikawal. Setelah itu Kak Mon didapati menghidap penyakit barah peringkat ketiga lalu tidak dapat menyertai HIKMAH II di Melaka. Tetapi beliau masih sempat mengatur penajaan makanan untuk semua. Beberapa hari sebelum HIKMAH III di Lumut berlangsung kuda kesayangan seorang penternak di Teluk Inta mati diracun lalu beliau tidak jadi membawa kuda-kuda yang masih hidup ke majlis. Pakaian khas yang mahu ditempah untuk saya pula tak menjadi kerana tukang jahit tiba-tiba diserang demam dan jarum asyik patah. Selepas acara timbul bermacam fitnah yang melaga-lagakan kawan-kawan. Seolah ada semacam kuasa ghaib mahu menghalang kami dari terus menjayakan acara. Seperti pada acara-acara sebelum ini, HIKMAH IV juga menghadapi masalah menyiapkan sistem audio-visual pada masa yang ditetapkan. Walaupun pada malamnya saya dan seorang dua kawan tidur lewat untuk memastikan kelancaran bila sampai masanya ada sahaja perkara tak kena. Sistem harus disimpan di tempat selamat selepas diuji pada malamnya, pagi nanti mahu dipasang balik. Tengok-tengok kawan kami yang menyediakan alatan, kawan dari Kota Bahru harus berpatah balik setelah sampai ke Bachok akibat tertinggal tikar yang mahu digunakan. Saya setakat dapat menghidupkan projektor agar sekurang-kurangnya dapat dipancarkan sesuatu, nak pasang sistem bunyi saya tak berapa reti. Ketika gambar ini diambil jam 10.23 kami sudah cukup peserta. Tetapi bagaimana mahu memulakan acara tanpa sistem bunyi? Nasib baik ada satu kumpulan sanggup membuat inisiatif memulakan sesuatu dengan peralatan sendiri. Dengan adanya mereka sekurang-kurangnya terisilah masa buat peserta yang ada. Mereka adalah Persatuan Teater Ruhul Islam (PETRI) dari Kota Bahru di Kelantan. Diketuai saudara Zareer atau lebih dikenali sebagai Zareer Masterchef kerana pernah menyertai program Masterchef di rangkaian televisyen Astro ia menampilkan persembahan tarian simbolik perjuangan berlatarbelakangkan lagu nasyid oleh sejumlah pelajar sekolah maahad. Terus terang cakap ketika mereka memulakan persembahan saya masih tak tahu lagi bagaimana hendak membuka acara lantaran dua lagi kumpulan yang katanya mahu membuat persembahan masih tak muncul-muncul. Sudah disebut tadi, kalau ikutkan sesi persembahan harus bermula jam 9 sedangkan kedatangan orang ramai mula kelihatan nyata mengisi ruang selepas jam 10. Kumpulan PETRI ini sendiri sampai sekitar 9.40 pagi kalau tak salah ingatan. Ketika saya masih terpinga-pinga bagaimana mahu memulakan acara mereka memulakannya sendiri sekitar 10.20. Mereka malah membawa sistem audio sendiri dan memasangnya di kala saya sedang sibuk mengatur perkara di kawasan lantai bawah rumah yang akan dijadikan tempat pembentangan kertas kerja. Tengok tu... siap ada asap. Siap bawa alat pembuat kabus untuk melengkapkan cerita... Pujian harus diberikan kepada kumpulan ini yang menawarkan perkhidmatan tanpa bayaran sejak 3 minggu sebelum acara bermula kalau tak salah ingatan. Selepas itu saya cuma ada berkata setuju dengan tawaran mereka untuk mengadakan persembahan, tidak ada follow-up. Tetapi mereka tetap muncul memegang janji. Oh. Pujian juga harus diberikan kepada dua orang anak muda yang membawa gendang sendiri untuk membuat persembahan selawat di bawah rumah lebih awal lagi iaitu sekitar jam 9. Persembahan mereka tiada dalam jadual atur cara. Nampaknya mereka Allah hantar untuk menunjukkan HIKMAH IV tetap akan berjaya. Ini kerana apabila mendapati seperti tidak ada orang mahu datang awal pagi saya bukan sahaja berdebar-debar malah risau, apakah kali ini acara kami akan dipinggirkan? Maklumlah kami bukan siapa-siapa. Kalau di HIKMAH I kami boleh mengharapkan kehadiran kawan-kawan dari Lembah Klang kerana ia tempat kami, kalau di HIKMAH II di Melaka kami ada kumpulan lain sebagai penganjur bersama. Pada HIKMAH III pula kami mendapat penajaan besar oleh pihak sana yang memiliki dana. Tapi untuk HIKMAH IV kami kembali kepada penganjuran kecil yang agak dhaif, antaranya supaya kami sentiasa ingat asal-usul kami yang kecil-kecilan dan agar tidak ditohmah menjadi alat mana-mana parti politik atau kumpulan berduit. Kalau diikutkan pada kemajuan HIKMAH bergerak sejak ia diasaskan 12 Oktober 2012 kami sudah ada kemampuan untuk mendapatkan penajaan dan dana besar. Tapi kami tidak mahu terikat dengan syarat-syarat yang biasanya muncul apabila menerima pertolongan sebegitu. Pada saya cukuplah pihak ANR dan pengarah serta pemilik premis, Puan Rosnawati sudi menyediakan ruang yang amat cantik diikuti pertolongan sukarelawan tenaga empat kerat dan sedikit sumbangan wang dari sahabat-sahabat yang menyokong HIKMAH terutama Kelab Pencinta Sejarah Kelantan. Antara nama utama yang memberikan pertolongan dari Kelantan harus disebut adalah saudara Che Helmi atau nama Facebooknya PD Naim juga saudara Nuri dan Ustaz Halim Bashah. Berbalik pada dua anak muda yang membawa gendang untuk berselawat. Sayang, saya terlupa mengambil gambar. Mereka datang dari Perlis dan dari cara berpakaian mereka saya percaya mereka adalah ahli kumpulan Tariqat Naqsyabandiah-Haqqani pimpinan Sheikh Nazim dari Cyprus, kumpulan yang khalifahnya Sheikh Raja Asman Shah ibni Sultan Azlan Shah telah kembali ke rahmatullah tahun lepas. Ketika menulis ayat tadi isteri saya ada di sebelah lalu memberitahu persembahan gendang dan selawat itu ada direkodkan dalam video, insyaallah akan dikongsikan nanti. Untuk artikel ini cukuplah diberitahu bahawa kemudian akan datang lagi satu kumpulan membuat persembahan tanpa saya duga, tentunya tidak ada dalam atur cara. Sesungguhnya bukan senang untuk membuat satu acara boleh tahan besar seperti diadakan HIKMAH tanpa sokongan jentera kerajaan/parti politik/dana besar/kumpulan-kumpulan established dan perkara-perkara serupa apa lagi berturut-turut dalam masa yang singkat. Tanpa pertolongan dari Allah melalui pelbagai cara samada nampak atau tak nampak, nyata mahupun ghaib mustahil HIKMAH dapat mengadakan acara pertamanya HIKMAH I dengan jayanya pada 4 Nov iaitu setelah ia baru 3 minggu diasaskan... tiga minggu kemudian dapat pula mengadakan HIKMAH II yang telah diisytiharkan sebagai salah satu program kerajaan negeri Melaka. Siapa sangka sebulan setengah selepas itu pula dapat mengadakan acara lebih besar di Lumut? Pada mereka yang menyangkakan kalau saya yang tidak seberapa ini boleh membuat acara-acara sebegini tentunya mereka boleh buat yang lebih baik tetapi ternyata tak menjadi juga saya sarankan muhasabahlah diri dan keadaan. Dalam hal kedudukan bagaimanakah pertolongan Allah dari arah tak disangka boleh sampai? Bagaimanakah sesuatu yang kita rancang begini boleh berubah jadi begitu tetapi tetap menimbulkan kebaikan? Sesungguhnya dokongan yang saya dapat untuk menjayakan HIKMAH bukan baru muncul setahun dua tetapi adalah hasil mujahadah seumur hidup terutama dari pelbagai pengembaraan mencari sejarah dan salasilah yang mula dilakukan secara aktif dan sepenuh masa penghujung 2001. Itulah HIKMAH. Setiap sesuatu yang berlaku ada HIKMAHnya. Kepada Engkau ya Allah kami berserah. Nanti hari lain saya sambung bicara... |
Panas Dan Terkini! Penerima BR1M <b>Di Bachok</b> Dipaksa Bersumpah <b>...</b> Posted: 21 Feb 2013 07:58 PM PST Hafiz Musa Penerima BR1M di Bachok dipaksa bersumpah dgn nama Allah utk sokong Umno... ini kalilah Pertahan Kelantan bersama PAS, Ubah Putrajaya kepada PR...! Artikel berkaitan POLITIK |
You are subscribed to email updates from di bachok - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |