Sabtu, 24 Mac 2012

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search

Blog Felda: felda <b>chiku</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2012 12:00 AM PST

KOLEKSI LENCANA SEKOLAH ABAH: Lencana Sekolah / School <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2012 05:29 AM PST

Sekolah Kebangsaan Sri Chiku (2) atau nama ringkasnya SK Sri Chiku (2), merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Felda Chiku 2.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sri Chiku (2) memiliki 108 pelajar lelaki dan 131 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 239 orang. Ia mempunyai seramai 24 orang guru.2009

Sekolah Kebangsaan Sri Chiku (2)
Felda Chiku 2
18300, Gua Musang
Kelantan, Malaysia

Telefon = 6099284230
Fax = 6099284231

# Lencana ini merupakan sumbangan daripada pihak admin fb dari Sekolah Kebangsaan Sri Chiku 2, Gua Musang , Kelantan.

# Diterima oleh KOLEKSI LENCANA SEKOLAH ABAH pada 20 Feb 2012.

# Jutaan terima kasih  diatas sumbangan ini. 

# Sumbangan lencana ini adalah hasil daripada maklumbalas pihak sekolah di Facebook Koleksi Lencana Sekolah..

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

Blogger @ CBC <b>Jelawat</b>: SELAMAT DATANG

Posted: 24 Mar 2012 05:55 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Blog ini berkenaan latihan yang ada di PJK J. Posted by PJK ... PJK Jelawat: Bachok, Kelantan, Malaysia: Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) Jelawat menawarkan perkhidmatan jalur lebar dan Wi-Fi kepada komuniti setempat.

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search

Kerajaan Kelantan sudah sedia jumpa Umno <b>di</b> mahkamah

Posted: 24 Mar 2012 12:25 AM PDT

KOTA BHARU, 24 Mac: Kerajaan Negeri Kelantan sudah bersedia bertemu dengan pihak tertentu di mahkamah dalam isu 'Tanah Rizab Melayu Kelantan' yang didakwa tergadai.

Ini kerana dakwaan tersebut jelas satu pembohongan, kata ADUN Bunut Payung yang juga Exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.

"Dakwaan Umno bahawa Tanah Rizab Melayu Kelantan tergadai adalah bohong sama sekali.

"Bahkan mereka cuba memutar belitkan fakta kepada rakyat jelata," kata beliau yang merupakan seorang peguam.

Mengulas isu terkini pada ceramah isu-isu pilihan di Pintu Geng, Dun Bunut Payung malam tadi, beliau menegaskan, "Dan lihatlah, kita jumpa di mahkamah."

Turut berucap pada majlis itu Speaker Dewan Negeri Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Laporan media baru-baru ini memetik dakwaan Umno bahawa pemerintahan Kerajaan Kelantan selama 20 tahun telah menggadai tanah milik Melayu di negeri ini, yang terletak dalam Tanah Rizab Melayu, bahkan dijual kepada syarikat bukan Bumiputra atas nama pembangunan selain pajakan.

Takiyuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri  berkata dakwaan itu menunjukkan Umno 'seolah-olah tidak faham'  tentang Tanah Rizab Melayu di Kelantan.

"Tapi sebenarnya mereka buat-buat tidak faham,  bertujuan untuk mengelirukan rakyat Kelantan, bahawa seolah-olah Kerajaan Negeri telah menggadai Tanah Rizab Melayu," katanya.

Beliau yang juga Penolong Setiausaha  Agung PAS Pusat berkata mengikut undang-undang negeri, Enakmen Tanah Rizab Melayu Kelantan Tahun 1930 tidak sama dengan Tanah Rizab Melayu di negeri lain termasuk Pahang, Perak, Perlis dan Johor.

Mengikut undang-undang , Tanah Rizab Melayu di negeri lain bahawa semua tanah dalam negeri berkenaan "tidak rizab Melayu", melainkan beberapa tempat saja.

"Tetapi di Kelantan, semua tanah di Kelantan adalah Tanah Rizab Melayu, kecuali beberapa tempat.

"Ini bermakna, di Kelantan lebih banyak Tanah Rizab Melayu," katanya.

Mengikut  Enakmen Tanah Rizab Melayu Kelantan Tahun 1930, Tanah Rizab Melayu di Kelantan adalah semua tanah di Kelantan, kecuali Daerah Batu Mengkebang, Kuala Krai (Daerah Penggawa).

Daerah Galas, Gua Musang, Daerah Temangan, Machang (kecuali Lot No. 183 sehingga Lot No. 193 dan juga 126 sehingga Lot No 223 Pekan Temangan).

Bahagian-bahagian di dalam Seksyen 6, Seksyen 7, Seksyen 9, Seksyen 10 dan Seksyen 11 Bandar Kota Bharu.

"Itu saja. Ini bermakna, sedikit di Kuala Krai (Batu Mengkebang) dan sedikit di Gua Musang.

"Yang tidak menjadi Tanah Rizab Melayu ialah Daerah Galas saja dan di Temangan, Machang (kecuali beberapa lot di mana tidak semua Daerah Temangan itu bukan Tanah Rizab Melayu).

"Kesimpulannya, di Kelantan ini Tanah Rizab Melayu adalah kira-kira 75 peratus, manakala Tanah Tidak Rizab Melayu pula tidak lebih daripada 25 peratus," beritahu beliau.

Beliau mengulas dakwaan Umno Tanah Rizab Melayu telah dijual kepada bukan Melayu.

"Bahawa di Kelantan ini, Undang-Undang Tanah adalah  'unique', berlainan dengan di tempat lain," jelasnya.

Mengulas lanjut, Takiyuddin mendakwa sejak 1990 tidak pernah Kerajaan Pusat tidak 'menindas' Kerajaan Negeri khususnya dari segi pembangunan dan sumbangan kewangan yang 'sepatutnya' diberikan kepada Kerajaan Kelantan.

Namun dalam urusan tanah, Kerajaan Negeri menggubal dasar bahwa mana-mana syarikat yang hendak melabur di negeri ini tanpa mengira sama ada dari syarikat Bumiputra atau bukan Bumiputra atau syarikat 'setengah-setengah' Bumiputra dengan bukan Bumiputra yang mahu melabur di negeri ini adalah dialu-alukan.

Mengikut dasar negeri, syarikat yang melabur di Kelantan mesti bekerjasama dengan syarikat Kerajaan Negeri atau pun Badan-Badan Negeri termasuk Yayasan Islam Kelantan (YIK), Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN), Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan Perbadanan Ladang Rakyat.

"Kita syaratkan bahawa pelabur berkenaan mesti bekerjasama dengan syarikat dan agensi Kerajaan Negeri selain memberi 30 peratus keuntungan kepada Kerajaan Negeri, manakala 70 peratus kepada pelabur berkenaan.

"Dan tanah berkenaan tidak pernah diberi oleh Kerajaan Negeri kepada syarikat pelabur, dan itu cara kerajaan kita, ianya tidak bercanggah dengan undang-undang.

"Manakala taraf tanah pajakan berkenaan masih lagi 'taraf Tanah Rizab Melayu', tidak berubah,"terang beliau.

Sikap Kerajaan Negeri dalam isu tanah berbeza dengan Umno.

Beliau mendakwa Umno bukan saja tidak 'memberi tanah' kepada bukan Bumiputra, bahkan kepada Bumiputra pun Umno 'memilih bulu' sama ada berkaitan dengan Pengerusi Perhubungan Umno atau Ketua Bahagian walau pun itu berlaku sesama Umno.

Oleh itu, tegas Takiyyddin, dakwaan Umno bahawa Tanah Rizab Melayu tergadai itu adalah bohong sama sekali, bahkan cuba memutar belit fakta.

Kelantan negeri paling banyak mempunyai Tanah Rizab Melayu di negara ini iaitu kira-kira 95 peratus daripada keseluruhan 1,492,200 hektar keluasan negeri.

Media mendakwa status quo Tah Rizab Melayu di Kelantan yang selama ini dilindungi Enakmen Tanah Kelantan 1930 kini semakin banyak tanah berkenaan dipajak kepada syarikat bukan bumiputera, dengan tempoh pajakan mencecah 99 tahun.

Dakwaan itu menyebut ianya dilakukan sejak 20 tahun lalu oleh kerajaan PAS Kelantan selepas mendapat kelulusan daripada Exco bertanggungjawab, atas alasan pembangunan.

Menurut dakwaan, antara kawasan terbabit ialah Tanah Rizab Melayu di tapak projek Pembangunan Lembah Sireh, Bandar Baru Tunjong, Muzium Pasir Pekan, Pelabuhan Darat Kuala Krai, pusat beli-belah KB Mall, Tune Hotel serta Ladang Rakyat.

Laporan itu menyebut semua Tanah Rizab Melayu yang dipajak itu membabitkan ratusan hingga ribuan hektar yang asalnya berstatus tanah pertanian dengan bayaran premium sangat rendah seperti tanah seluas 400 hektar diluluskan kepada pemaju bukan Bumiputera bagi membangunkan projek Lembah Sireh dengan bayaran premium hanya RM1 juta sahaja.

Sementara itu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) baru-baru ini didakwa membuat laporan polis terhadap 'Kerajaan Pas Kelantan' mengenai dakwaan banyak tanah Rizab Melayu didakwa terancam selepas dipajakkan kepada syarikat bukan Bumiputra.

Perkasa juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search

Piala AFC: Kelantan dibenar beraksi <b>di Kota Bharu</b> | Sokernet

Posted: 14 Mar 2012 10:14 PM PDT

You are here: Home / Asean, Piala AFC / Piala AFC: Kelantan dibenar beraksi di Kota Bharu

Kelantan FA

KELANTAN kini dapat menarik nafas lega apabila Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan perlawanan Kelantan menentang Arema Indonesia pada 4 April depan, akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, perlawanan hanya akan diadakan dengan syarat Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) melengkapkan beberapa kemudahan iaitu bilik doping, bilik kesihatan, lampu limpah, kemudahan Internet untuk media dan beberapa perkara lain.

"Perkara ini kita telah sampaikan kepada PSK dan langkah-langkah sewajarnya sedang dilaksanakan mereka.

"AFC memberi tempoh sehingga 18 Mac ini untuk melaporkan setiap persiapan ditetapkan dan sekiranya memuaskan, perlawanan pada April depan dan 8 Mei menentang pasukan Myanmar, Ayeyawady United boleh berlangsung pada sebelah malam di Kelantan," katanya.

Sebelum ini, perlawanan pertama The Red Warriors menentang Navibank Saigon terpaksa ditukar ke Stadium Nasional Bukit Jalil gara-gara kegagalan stadium di Kota Bharu yang masih dalam proses penambahbaikan.

Kelantan yang beraksi buat pertama kali dalam saingan Piala AFC berjaya memungut mata sulung selepas mengikat pasukan dari Vietnam itu dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Related posts

coded by nessus

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search

A Story to remember: Shopping <b>di Rantau Panjang</b>...puasss

Posted: 19 Mar 2012 05:30 PM PDT

Cerita negeri kelantan masih belum selesai lagi, maklumlah, tak best kalau tak cerita pasal rantau panjang tempah shopping yg murah dan berbaloi ni..
Perjalanan dari kuala kerai ke rantau panjang mengambil masa 1 jam 20 minit, macam biasa kami duk pakai GPS ajer..ape guna ada smart phone, semuanya di hujung jari saja..hehehee...adik aku punya phone la..
sesampai di sini, perkara pertama yg kami nk buat adalah MAKAN..hehe..lagik sekali NASI SUP menjadi pilihan kami semua..
Sila abaikan muka aku yg penat tu, baru bangun tido terus carik makan
encik suami yg setia mendukung si hariz
pilihan baju buat aku sakit ati, sb saiz payah nk carik..huhu

ni boxer muah thai..mahal tau RM48
kalau mintak kurang mungkin RM45 kot

serius berbaloi beli jeans kat sini..kuali kain ok jugak
Hasil shopping kat sini, mmg macam2 yg kami dapat beli, smpaikan kat kastam kami kena bayar cukai..huhu, sib baik tak mahal sangat cukai tu
Pengajaran kalau nk bershopping kat sini,, mestilah kene siapkan duit shopping dan jgn follow sgt GPS yg ada, smpai ke dabong kami lalu masa nk balik KL..serius seram, dh la kete penuh..takut jugak kalau apa2 terjadi kat kami.. 
"Terima kasih ya Allah!! kerana melindungi perjalanan pergi dan balik kami"
Cuaca panas, tapi tidak mengecewakan kami, sebab kat tepi gerai-gerai tu ada org jual aiskrim...harganya dalam RM2.00 sahaja, dan rasanya mmg SEDAP la sgt.. kalau pg sana lagi, wajib cari pakcik ni..
ice krim di smpingnya ada , kacang, coklat, jeli, kek, jagung dan macam-macam..

sekian untuk entri di negeri cik siti wan kembang...mmg tak sia-sia perjalanan jauh kami semua..
bak kata hariz.".terbaik la ibu"

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

03 di wakaf bharu - Google Blog Search

rumah <b>di</b> kelantan: teres setingkat <b>di</b> MORAK <b>WAKAF BHARU</b> <b>...</b>

Posted: 19 Mar 2012 07:28 AM PDT

14 unit terse setingkat di masih dlm pembinaan

lokasi
*berhampiran sek agama morak
*700mete dari jalan utama
*berhampiran taman perumahan LPT

spesifikasi bangunan
*fully tiles
*syiling kapur
*mengunakan air aksb & jalan berturap

tidak termasuk kos guaman
deposit rm1000 tanda jadi

maklumat lanjut boleh hubungi sya zaibudin mustafa 013-9395009

terima kasih

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search

Kerajaan <b>Kelantan</b> sudah sedia jumpa Umno <b>di</b> mahkamah

Posted: 12 Mar 2012 12:00 AM PDT

KOTA BHARU, 24 Mac: Kerajaan Negeri Kelantan sudah bersedia bertemu dengan pihak tertentu di mahkamah dalam isu 'Tanah Rizab Melayu Kelantan' yang didakwa tergadai.

Ini kerana dakwaan tersebut jelas satu pembohongan, kata ADUN Bunut Payung yang juga Exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.

"Dakwaan Umno bahawa Tanah Rizab Melayu Kelantan tergadai adalah bohong sama sekali.

"Bahkan mereka cuba memutar belitkan fakta kepada rakyat jelata," kata beliau yang merupakan seorang peguam.

Mengulas isu terkini pada ceramah isu-isu pilihan di Pintu Geng, Dun Bunut Payung malam tadi, beliau menegaskan, "Dan lihatlah, kita jumpa di mahkamah."

Turut berucap pada majlis itu Speaker Dewan Negeri Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Laporan media baru-baru ini memetik dakwaan Umno bahawa pemerintahan Kerajaan Kelantan selama 20 tahun telah menggadai tanah milik Melayu di negeri ini, yang terletak dalam Tanah Rizab Melayu, bahkan dijual kepada syarikat bukan Bumiputra atas nama pembangunan selain pajakan.

Takiyuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri  berkata dakwaan itu menunjukkan Umno 'seolah-olah tidak faham'  tentang Tanah Rizab Melayu di Kelantan.

"Tapi sebenarnya mereka buat-buat tidak faham,  bertujuan untuk mengelirukan rakyat Kelantan, bahawa seolah-olah Kerajaan Negeri telah menggadai Tanah Rizab Melayu," katanya.

Beliau yang juga Penolong Setiausaha  Agung PAS Pusat berkata mengikut undang-undang negeri, Enakmen Tanah Rizab Melayu Kelantan Tahun 1930 tidak sama dengan Tanah Rizab Melayu di negeri lain termasuk Pahang, Perak, Perlis dan Johor.

Mengikut undang-undang , Tanah Rizab Melayu di negeri lain bahawa semua tanah dalam negeri berkenaan "tidak rizab Melayu", melainkan beberapa tempat saja.
"Tetapi di Kelantan, semua tanah di Kelantan adalah Tanah Rizab Melayu, kecuali beberapa tempat.
"Ini bermakna, di Kelantan lebih banyak Tanah Rizab Melayu," katanya.
Mengikut  Enakmen Tanah Rizab Melayu Kelantan Tahun 1930, Tanah Rizab Melayu di Kelantan adalah semua tanah di Kelantan, kecuali Daerah Batu Mengkebang, Kuala Krai (Daerah Penggawa).
Daerah Galas, Gua Musang, Daerah Temangan, Machang (kecuali Lot No. 183 sehingga Lot No. 193 dan juga 126 sehingga Lot No 223 Pekan Temangan).
Bahagian-bahagian di dalam Seksyen 6, Seksyen 7, Seksyen 9, Seksyen 10 dan Seksyen 11 Bandar Kota Bharu.
"Itu saja. Ini bermakna, sedikit di Kuala Krai (Batu Mengkebang) dan sedikit di Gua Musang.
"Yang tidak menjadi Tanah Rizab Melayu ialah Daerah Galas saja dan di Temangan, Machang (kecuali beberapa lot di mana tidak semua Daerah Temangan itu bukan Tanah Rizab Melayu).
"Kesimpulannya, di Kelantan ini Tanah Rizab Melayu adalah kira-kira 75 peratus, manakala Tanah Tidak Rizab Melayu pula tidak lebih daripada 25 peratus," beritahu beliau.
Beliau mengulas dakwaan Umno Tanah Rizab Melayu telah dijual kepada bukan Melayu.
"Bahawa di Kelantan ini, Undang-Undang Tanah adalah  'unique', berlainan dengan di tempat lain," jelasnya.
Mengulas lanjut, Takiyuddin mendakwa sejak 1990 tidak pernah Kerajaan Pusat tidak 'menindas' Kerajaan Negeri khususnya dari segi pembangunan dan sumbangan kewangan yang 'sepatutnya' diberikan kepada Kerajaan Kelantan.
Namun dalam urusan tanah, Kerajaan Negeri menggubal dasar bahwa mana-mana syarikat yang hendak melabur di negeri ini tanpa mengira sama ada dari syarikat Bumiputra atau bukan Bumiputra atau syarikat 'setengah-setengah' Bumiputra dengan bukan Bumiputra yang mahu melabur di negeri ini adalah dialu-alukan.
Mengikut dasar negeri, syarikat yang melabur di Kelantan mesti bekerjasama dengan syarikat Kerajaan Negeri atau pun Badan-Badan Negeri termasuk Yayasan Islam Kelantan (YIK), Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN), Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan Perbadanan Ladang Rakyat.
"Kita syaratkan bahawa pelabur berkenaan mesti bekerjasama dengan syarikat dan agensi Kerajaan Negeri selain memberi 30 peratus keuntungan kepada Kerajaan Negeri, manakala 70 peratus kepada pelabur berkenaan.
"Dan tanah berkenaan tidak pernah diberi oleh Kerajaan Negeri kepada syarikat pelabur, dan itu cara kerajaan kita, ianya tidak bercanggah dengan undang-undang.
"Manakala taraf tanah pajakan berkenaan masih lagi 'taraf Tanah Rizab Melayu', tidak berubah,"terang beliau.
Sikap Kerajaan Negeri dalam isu tanah berbeza dengan Umno.
Beliau mendakwa Umno bukan saja tidak 'memberi tanah' kepada bukan Bumiputra, bahkan kepada Bumiputra pun Umno 'memilih bulu' sama ada berkaitan dengan Pengerusi Perhubungan Umno atau Ketua Bahagian walau pun itu berlaku sesama Umno.
Oleh itu, tegas Takiyyddin, dakwaan Umno bahawa Tanah Rizab Melayu tergadai itu adalah bohong sama sekali, bahkan cuba memutar belit fakta.
Kelantan negeri paling banyak mempunyai Tanah Rizab Melayu di negara ini iaitu kira-kira 95 peratus daripada keseluruhan 1,492,200 hektar keluasan negeri.
Media mendakwa status quo Tah Rizab Melayu di Kelantan yang selama ini dilindungi Enakmen Tanah Kelantan 1930 kini semakin banyak tanah berkenaan dipajak kepada syarikat bukan bumiputera, dengan tempoh pajakan mencecah 99 tahun.
Dakwaan itu menyebut ianya dilakukan sejak 20 tahun lalu oleh kerajaan PAS Kelantan selepas mendapat kelulusan daripada Exco bertanggungjawab, atas alasan pembangunan.
Menurut dakwaan, antara kawasan terbabit ialah Tanah Rizab Melayu di tapak projek Pembangunan Lembah Sireh, Bandar Baru Tunjong, Muzium Pasir Pekan, Pelabuhan Darat Kuala Krai, pusat beli-belah KB Mall, Tune Hotel serta Ladang Rakyat.
Laporan itu menyebut semua Tanah Rizab Melayu yang dipajak itu membabitkan ratusan hingga ribuan hektar yang asalnya berstatus tanah pertanian dengan bayaran premium sangat rendah seperti tanah seluas 400 hektar diluluskan kepada pemaju bukan Bumiputera bagi membangunkan projek Lembah Sireh dengan bayaran premium hanya RM1 juta sahaja.
Sementara itu Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) baru-baru ini didakwa membuat laporan polis terhadap 'Kerajaan Pas Kelantan' mengenai dakwaan banyak tanah Rizab Melayu didakwa terancam selepas dipajakkan kepada syarikat bukan Bumiputra.
Perkasa juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Hrkh

di negeri kelantan - Google Blog Search

di negeri kelantan - Google Blog Search

<b>Negeri Kelantan</b> Seindah Namamu: Oki Setiana Dewi

Posted: 10 Mar 2012 06:24 AM PST

http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/41391_100000284467391_5085_n.jpgArtis itu memulakan ucapan dengan kata-kata yang sangat menyentuh hati nurani: Pertama kali aku datang ke Kelantan, lantas aku jatuh cinta pada Tok Guru, seorang yang luar biasa, zuhud dan sentiasa merendah diri.

Ribuan khalayak, majoritasnya anak muda yang memenuhi gedung Kelantan Trade Centre (KTC) malam itu diam seketika saat mendengar kata-kata yang dilontarkan artis cantik yang melakonkan peran Ustazah Ana dalam filem "Ketika Cinta Bertasbih" Oki Setiana Dewi.

Khalayak sepertinya terpukau bila sang artis pujaan mereka dengan suara penuh kelembutan memuji negeri Kelantan dan Menteri Besarnya, Tok Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sekali pandang mungkin orang tersalah tanggapan, apakah ia benar-benar seorang artis filem dan sinatron terkenal Indonesia, kerana penampilannya tidak seperti majoritas artis-artis lain yang sering mendedahkan aurat, sebaliknya Oki Setiana Dewi mengenakan jilbab labuh mentutupi sehingga paras dadanya. Bertambah cantik dan ayu bila dipadankan dengan baju warna unggu yang dipakai malam itu.

"Oki memakai jilbab bukan disebabkan mahu menghadiri acara "Bicara Selebriti" yang dianjurkan Kerajaan Negeri Kelantan, di Kota Bharu, tapi Oki memakai jilbab sejak usia 16 tahun dan sebelum berlakon filem" tutur Oki.

Ketika usianya 16 tahun ia bertekad mahu menjadi seorang solehah, meskipun ia menyedari ilmu agamanya sangat minimum ketika itu. Namun telah tertanam dalam hati nuraninya satu perasaan bahawa perjalanan hidupnya kini menuju Allah SWT. Memakai kerudung adalah satu perintah agama, untuk menjaga keselamatan wanita, justeru tiada alasan untuk muslimah mengingkarinya.

Sehingga jika datang keinginan untuk melakukan hal-hal yang ditegah agama, ia teringat kerudung yang dipakainya, lantas tak jadi melakukannya. Kata Oki yang ketika itu tinggal di Batam, Riau bersama orang tuanya.

Namun memakai jilbab atau kerudung dalam usia muda pastinya banyak cabaran. Pernah orang bertanya, kenapa sih kamu pakai kerudung, bukankah itu pakaian Arab? Oki lantas menjelaskan, ini bukan pakaian Arab tapi pakaian Islam bagi muslimah. Beritahu Oki di acara bicara Selebriti malam itu.

Oki sejak dari kecil bercita-cita mahu jadi artis, namun setelah berubah ke jalan Allah dengan memakali kerudung dalam usia 16 tahun, ia merasakan peluangnya untuk menjadi artis tertutup rapat. Cita-citanya harus dikuburkan kerana mana ada direktor filem mahu mengambil wanita yang memakali kerudung sebagai artis. Lantas Oki bercita-cita pula mahu menjadi guru.

Selanjutnya, kata Oki "Suatu hari, tanpa diduga, terima telefon dari direktor filem. Kamu ditawarkan berlakon filem. Belum usai percakapan, Oki beritahu, aku sekarang memakai jilbab. Mana bisa…Jawab direktor. Bisa!"

Mendengar tawaran itu, cita-citanya mahu jadi artis filem seperti hidup kembali. Ia berlari ke musolla lantas mengadu kepada Allah SWT. "Ya Allah, aku sekarang sedang berlari menuju-Mu. Manakala rezeki juga di tangan-Mu. Jangan persulitkan rezekiku lantaran jilbab ku ini. Namun paling penting, apakah dengan pekerjaan ku (rezeki) sebagai pelakon filem kelak akan berpaling dari-Mu?

Oki diterima berlakon untuk filem "Ketika Cinta Bertasbih" yang diangkat dari novel Islami terkenal hasih karya Habiburrahman El-Shirazy dan diberi peranan sebagai ustazah Ana. Filem itu bukan saja diminati di Indonesia, bahkan Malaysia.

Menurut Oki, maklum balas yang diterimanya selepas publik menonton filem KCB, ramai remaja perempuan mula memakai kerudung. Ini adalah kesan positif yang diterima mereka lewat filem itu. Dan ini merupakan salah satu dari uslub dakwah.

Mengakhiri "Bicara Selebriti" Oki mendeklamasi sebuah puisi terkait dengan pengalamannya selama 4 hari di Kelantan dan kesempatan berjumpa dengan Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediaman rasmi Tok Guru, di JKR 10.

Negeri Kelantan Seindah Namamu

Tanah Serendah Sekebun Bunga

Negeri Tadahan Wahyu

Cik Siti Wan Kembang

Cukup indah namamu

Seindah negerimu

Duhai

Wajahmu nan indah

Persis Jeddah

Yang pernah ku lewati

Taat menjunjug al-Quran

Teguh menggalas syariat

Yang tidak pernah goyah

Tersentuh hati kudus ku

Lantaran aku di sini

Biar tidak pernah ku duga

Bertemu seorang ulama'

Yang dicintai rakyatnya

Lalu…

Kuntum rindu yang lama tersimpan

Terubat jua akhirnya

Biar sekelumit Cuma

Beruntung rakyatnya

Menumpang teduh seorang ulama'

Yang lembut… tapi tegas beribadat

Yang pengasih…namun tidak goyah

Pada percikkan kealpaan dunia

Pasti aku merindui mu lagi

Entah kapan bisa diubati

Cuma setitis doa bisa ku titip buatmu

Moga sejahtera selamanya

Memacu

Membangun Bersama Islam

Moga kita bertemu kembali

Selama berada di Kelantan, Oki juga meluncurkan buku novel terbaru beliau selepas novel pertama Melukis Pelangi di Perpustakaan Negeri Kelantan. Manakala pada pagi Jumaat Oki menghadiri kuliah mingguan Tok Guru di Medan Ilmu, Kota Bharu.

Seperti kata moderator pada malam itu, pengacara undangan dari TV Hijrah, Amim Idris, Negeri Kelantan sejak dulu menjadi tempat artis-artis yang berhijrah kepada kehidupan lebih Islami meluahkan perasaan dan isi hati mereka untuk dikongsi bersama bagi menghidupkan dakwah Islamiyyah dan memantapkan iman.

Tahniah penganjur khususnya YB Ustaz Ahmad Bhaiki Atiqullah.

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

03 di jeli kelantan - Google Blog Search

Karnival Halal <b>Di Jeli</b> Mulai Esok

Posted: 21 Mar 2012 11:46 PM PDT

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Halal Industry Development Corporation (HDC) akan menganjurkan Karnival Keusahawanan Halal dan Gaya Hidup Sihat di Jeli, Kelantan bermula esok.

HDC melalui satu kenyataan memberitahu, program dua hari tersebut dijangka menerima kunjungan seramai 10,000 orang sekali gus bakal memeriahkan karnival di Sekolah Kebangsaan Jeli 1 itu.

"Karnival ini juga bagi mempertingkatkan kedudukan ekonomi Rakyat dan Negara menerusi pembangunan usahawan tempatan serta meningkatkan penglibatan usahawan dalam industri halal.

"Ia selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan Hab Halal Global menjelang tahun 2020," kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, matlamat lain Karnival Keusahawanan Halal dan Gaya Hidup Sihat untuk mewujudkan peluang perniagaan dan menggalakkan keusahawanan melalui penglibatan industri yang lebih tersusun sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan yang baru.

Tambah kenyataan itu, peserta yang mengambil bahagian dalam kanival itu termasuk Pengusaha Kecil dan Sederhana (PKS), agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, ahli akademik serta mereka yang mempunyai minat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai industri halal.

Jelas kenyataan itu, para pengunjung karnival akan diberi peluang berinteraksi dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pemilik PKS untuk mengetahui maklumat terkini mengenai pembangunan Halal dan garis panduan untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan Halal.

Lebih menarik, kata kenyataan itu, karnival ini turut diisi dengan aktiviti-aktiviti rakyat seperti wayang kulit, pameran gasing, sukaneka rakyat dan persembahan aerobik.

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

03 di tumpat - Google Blog Search

03 di tumpat - Google Blog Search

Perigi Timur: HILANG!!!!!! PELABUHAN <b>TUMPAT</b> SIAP IKUT <b>...</b>

Posted: 20 Mar 2012 11:41 PM PDT

Pekan Tumpat tersohor dengan paling miskin di Malaysia...mana pelabuhan yang dijanjikan?? 

Rakyat Tumpat bangga apabila Nik Aziz mengumumkan dua projek besar akan dibangunkan di Tumpat, iaitu Bandaraya Islam Pengkalan Kubur dan pelabuhan Tumpat. Sekarang sudah 16 tahun berlalu, sebuah tongkang pun tak nampak apa lagi kapal dagang.
Pelabuhan Klang dibina oleh BN...Nik Aziz boleh tiru yang ni!!  

Kerajaan Negeri akan membina Pelabuhan di Tumpat yang bernilai (RM360 juta) Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Sumber Manusia, YB Ustaz Ahmad berkata demikian sebagai menjawab soalan YB Ustaz Nasuruddin Haji Daud (PAS - Meranti) pada persidangan Dewan Undangan Negeri, 26 Oktober lalu 1996.
Apakah tercapai hajat rakyat Kelantan untuk mempunyai sebuah pelabuhan yang benar2 wujud? Tetapi kalau di lihat dari beberapa gerakan oleh beberapa NGO untuk menukarkan Kerajaan pas Kelantan kepada BN besar kemungkinan akan berjaya. Tetapi bukan satu pergerakan yang mudah untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang di terajui selama 22 tahun.
Pada pandangan PT segelintir dari manusia dalam gerakan yang kononnya ingin membawa perubahan di Kelantan hanyalah berangan-angan selain bermimpi di siang hari. Perjuangan yang jelas hanya untuk kepentingan peribadi dan rakan - rakan dengan menggunakan platform parti adalah berlaku kepada sebahagian besar gerakan Umno di Kelantan. 

Namun demi nasib rakyat Kelantan supaya tidak tertipu dengan 'badut rakyat' ini dan kuasa memilih pemerintah berada di tangan kita. Pastikan PRU13 tidak berlalu sia-sia, tidak kira bila ia menjelma. Bijak memilih, negara bersih. Wallahualam!!!! —

PROJEK DAERAH ASEAN « Pandangan Razak

Posted: 15 Mar 2012 07:14 PM PDT

Oleh Muhamad Razak Idris

Disiar Berita Harian, 15 Mac 2012

Setiap kali pulang ke Tumpat, penulis sering merasai kelainan daerah ini. Ia bukan sekadar daerah kelahiran,namun ialah sebuah 'daerah ASEAN'. Untuk itu, tulisan ini ingin mencetuskanidea kepentingan untuk negara kita menggerakkan penubuhan 'Daerah ASEAN'sebagai salah satu dari program ke arah pembentukan Komuniti ASEAN menjelang2015.

Gagasan pembentukan Komuniti ASEAN telahdicetuskan oleh Indonesia pada tahun 2003. Pada cadangan awal, proses pembentukan komuniti ini akan direalisasikan sepenuhnya pada tahun 2020. Namun,melihat kepentingannya, pemimpin ASEAN bersetuju agar gagasan ini dipercepatkanpada 2015. Pada Sidang Kemuncak ASEAN ke 17 di Vietnam, ketua-ketua negaraAsean telah memperakukan Pelan Induk Kesalinghubungan ASEAN.

Dalam pelan ini, tiga bidang utama dikenalpasti penting diberi tumpuan iaitu politik dan keselamatan,ekonomi dan sosio-budaya. Untuk itu, usaha menyeluruh digerakkan dalam bentuk rancangandan program meliputi aspek fizikal, institusi dan hubungan rakyat ke arahpembentukan Komuniti ASEAN 2015.

Terdapat banyak usaha dan gerakan telah dijalankan bagi merealisasikan gagasan ini. Salah satunya ialah Sidang Kemuncak ASEAN yang menghimpunkan para pemimpin Asean secara berterusan. Sidang ini ialah wadah persefahaman menerusi rundingan bagi menjaga kepentingan bersama ASEAN.Dasar-dasar penting dan perjanjian kerjasama sering dimeterai antara negara ASEAN dalam pelbagai aspek kemasyarakatan dan kenegaraan.

Jelas, persefahamanantara ketua-ketua negara Asean amat jitu sekali sejak akhir-akhir ini.Sekurang-kurangnya tidak terdapat sebarang 'perang mulut' terbuka antara pemimpin ASEAN sekiranya timbul perselisihan kerana mereka memilih ruang dialogdan perundangan yang diiktiraf bagi merungkai kekusutan. Penganjuran Sukan SEA adalah antara usaha yangamat berkesan ke arah pembentukan Komuniti ASEAN 2015. Acara ini berjayamenimbulkan rasa dan semangat kesamaan seluruh rakyat ASEAN sebagai sebuahkomuniti. Ia wajar diteruskan dengan lebih rancakmelibatkan kelab-kelab kecil di negara-negara Asean supaya penyertaan lebih meluas dan menyeluruh.

Salah satu lagi program yang wajar dirancangdan dijayakan pada masa depan yang amat berkaitan dengan gagasan ini ialahprojek penubuhan 'Daerah ASEAN'. Projekini boleh dikategorikan sebagai program strategik peringkat mikro dalam aspekpembangungan ekonomi dan sosio-budaya rakyat Asean. Menerusi Daerah ASEAN, usahapembentukan Komuniti ASEAN 2015 digerakkan di peringkat akar umbi rakyat ASEAN.

Daerah ASEAN dalam konteks ini boleh difahami sebagai sebuah ruang komuniti yang diwujudkansebagai wadah pertemuan aktif rakyat ASEAN membabitkan segenap lapangankehidupan mereka. Dalam kata lain, proses penjelmaan idea persefahaman dan rasakekitaan rakyat ASEAN yang telah diperakukan di peingkat dasar dan pelan kerja, kini diterjemahkan dalam bentuk amali di dalam sebuah kehidupan yang sebenar didalam satu kawasan yang dikenali sebagai 'Daerah ASEAN'. Menerusi daerah ini ,rakyat ASEAN digerakkan untuk saling berhubungan secara aktif dan terbuka berasaskan prinsip kerukunan hidup sebagai sebuah komuniti di dalam kehidupankejiranan, pekerjaan, pendidikan, kesukanan dan kebudayaan secara berterusandan penuh kesedaran.

Model sebuah Daerah ASEAN boleh dilihat dalam kehidupanmasyarakat di Tumpat. Daerah ini memiliki beberapa ciri yang unik. Dari segi lokasi, Tumpat terletak bersempadanan denganThailand. Ia dipisahkan oleh Sungai Golok yang juga merupakan antara laluan masuk utama masyarakat dari selatan Thailand ke Malaysia. Menarik lagi, Tumpat,dari segi populasi penduduknya berwajah ASEAN. Selain penduduk Melayu yang merupakan majoriti, Tumpat mempunyai ramai penduduk berketuruan Siam yangberagama Buddha. Beberapa Wat atau tempat ibadat Buddha boleh didapati dengan jelas di Tumpat. Penduduk berketurunan Cina juga ramai. Mereka hidup penuh harmoni.

Di Tumpat, terdapat kawasan bebas cukaiPengkalan Kubur. Ia adalah lokasi perniagaan yang mempertemukan rakyat Asean dari Thailand dan Malaysia. Kawasan perniagaan ini menjadi sumber rezeki tidak sahaja penduduk Tumpat, malah masyarakat di Selatan Thailand terutamanya. Tumpa tjuga memiliki kawasan rekreasi iaitu Pantai Seri Tujuh. Ia adalah tempat tumpuan pelancong.

Dengan segala keunikan dan potensi yangdimiliki, Tumpat adalah antara contoh sebuah daerah bercirikan ASEAN yang harus dimanafaatkan bagi pembangunan projek Daerah ASEAN. Menerusi rancanganpembangunan menyeluruh dan terancang kita akan diperlihat nanti secara praktik ideaKomuniti Asean 2015 yang dirangka di dalam sebuah kehidupan sebenar di sebuah Daerah ASEAN. Kita yakin terdapat banyak lagi daerah-daerah strategikdan unik yang boleh dipilih sebagi model Daerah ASEAN terutama di kawasan sempadanlain seperti Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand dan Filipina.

Model-model Daerah ASEAN ini akan menjadi pemangkin kepada proses interaksi yang bermakna rakyat Asean setempat dalam pelbagai bidang kehidupan. Menerusi projek Daerah ASEAN, proses pembentukanKomuniti ASEAN 2015 akan menjadi lebih rancak dan meriah kerana penglibatan langsung segenap lapisan rakyat AASEAN.

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search

Siti Zailah | Home: Ceramah <b>Di</b> Kg Sokor <b>Tanah Merah</b>

Posted: 26 Feb 2012 07:10 PM PST

[unable to retrieve full-text content]CERAMAH DI KG.BELIMBING DUN BUKIT PANAU · Ijtima' DMP Kawasan Gua Musang · Ceramah dalam Parlimen Bachok di Kg Pauh Lima · Ceramah Di Kg Sokor Tanah Merah · AMANAT PIMPINAN MENJELANG PRU13 ...

03 di perupok - Google Blog Search

03 di perupok - Google Blog Search

YM Paduka Ayahnda Uda: Berada <b>di perupok</b> Bachok kelantan

Posted: 09 Feb 2010 11:14 PM PST

Menjlis perkahwin Abg Long samurai bergambar ayahanda pak uda, ayahandaPutra,ayahanda Sedi Lipan ,Ayahanda Pak Nik askar,Ayahanda Lee Tanah MerahDan Kanda Udi

03 di kelaboran - Google Blog Search

03 di kelaboran - Google Blog Search

MURID SKST2 <b>DI</b> MTQ ZON <b>KELABORAN</b> - BERSAMA MEMBINA <b>...</b>

Posted: 21 Mar 2012 10:23 PM PDT

Pada 20.3.2012 iaitu 2 hari yang lalu sekolah SKST2 telah menyertai majlis tilawah al-quran , bercerita dan nasyid  yang telah diadakan di Sk Berangan 1. Dalam acara ini sekolah menyertai semua acara keculai pertandingan nasyid. Ini kerana masalah teknikal yang tidak dapat diatasi.
SKST2 hanya memenangi naib johan hafazan, manakala acara lain  tidak mendapat apa-apa tempat.Namun kami warga sekolah mengucapkan syabas atas daya usaha mereka yang  melatih dan
kesungguhan peserta menyertai pertandingan ini amat kami hargai.
 Dalam majlis ini, adik Maisarah Shukri tahun 5 NIlam telah mendapat naib Johan dalam acara hafazan Al-Quran Juz Amma.( gambar atas )

                    Adik Roslina ( acara Tilawah) adik Sahirah bercerita  dan Maisarah (Hafazan)
bergambar di pentas sebaik acara berakhir.

HOK SENGOTI: AKAD NIKAH

Posted: 15 Mar 2012 07:42 PM PDT

Malam tadi selesai fasa pertama, iaiatu majlis akad nikah di Masjid Mukim Kelaboran. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, adinda saya sah menjadi isteri kepada Wan Szalizan Ramli. Dan sekarang kami sibuk menyiapkan majlis kenduri untuk hari ini. 

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search

Gerakan pinggir Ku Li <b>di Gua Musang</b>

Posted: 14 Mar 2012 04:06 AM PDT

GUA MUSANG, 14 Mac: Legasi Umno Gua Musang di bawah Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) yang kini melewati 43 tahun mungkin tidak mampu bertahan lagi ekoran muncul suara-suara sumbang di bahagian berkenaan kebelakangan ini.

Malah sekarang muncul pihak yang menggelarkan mereka sebagai Kumpulan 16 secara terang-terangan mengharapkan anggota parlimen terbabit berundur.

Anggota Jawatankuasa Umno Gua Musang, Abdul Wahab Yunus tampil mendedahkan perkara itu berkata, sudah sampai masanya Ku Li berundur dan tidak lagi mempertahankan kerusi parlimen Gua Musang pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

"Pembangunan Gua Musang bukan lagi hasil usaha Ku Li, tetapi sejak PAS mentadbir Kelantan sehingga kini melewati tahun ke-22 pembangunannya saya lihat lebih pesat.

"Saya tidak nampak lagi apa peranan ahli Parlimen Gua Musang sekarang. Bantuan kerajaan pun lebih banyak disalur agensi-agensi kerajaan pusat seperti Kesedar," katanya ketika ditemui sini.

Baru-baru ini media tempatan melaporkan Tengku Razaleigh tetap mahu mempertahan kerusi parlimen Gua Musang biar pun tidak dicalonkan Umno.

Hasrat Ku Li itu turut mendapat sokongan Adun Galas, Abdul Aziz Yusof yang juga Setiausaha Umno Gua Musang.

Abdul Wahab yang mendakwa mengetuai ketua-ketua cawangan Umno Gua Musang berkata, Ku Li akan berdepan kesukaran lagi mempertahan parlimen tersebut kerana popularitinya semakin menurun.

Sebelum ini Ketua Pemuda Umno Gua Musang, Datuk Bazlan Baharuddin pernah dilapor mahu mencabar kedudukan Ku Li pada pemilihan Umno akan datang.

Difahamkan Bazlan juga mendapat sokongan Ketua Wanita Umno Bahagian, Senator Hazani Mohd Noor dan dikatakan bergabung pula dengan bekas Adun Galas, Saupi Deraman.

(ikuti berita lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)

RAKYAT MARHAEN: Gerakan pinggir Ku Li <b>di Gua Musang</b>

Posted: 14 Mar 2012 07:27 AM PDT

ads