Ahad, 11 Ogos 2013

03 di kelaboran - Google Blog Search

03 di kelaboran - Google Blog Search


BLOG KELANTAN: 03 <b>di kelaboran</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Jul 2013 03:31 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Perigi Timur: Adun Pas <b>Kelaboran</b> - Mat Jaki Dakwa UMNO & BN <b>...</b>

Posted: 17 Jun 2013 05:36 AM PDT

KOTA BHARU - Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Lanas Datuk Seri Mustapa Mohamed meminta penyokong kerajaan negeri Kelantan agar menjaga adab susila dengan tidak membuat tuduhan melulu ketika berbahas pada persidangan Dun. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata penyokong kerajaan perlu mengemukakan bukti tanpa berhujah kosong yang kononnya Barisan Nasional (BN) telah melakukan penipuan pada PRU13 lalu.

"Saya mendengar dengan penuh minat tetapi biarlah ada adab dalam tegur menegur itu. Biarlah ada bukti dalam membuat segala tuduhan itu," kata Mustapa ketika mencelah pada perbahasan titah ucapan Sultan Kelantan pada persidangan Dun di sini, hari ini.

Ketika itu Mohd Zaki Ibrahim (Pas-Kelaboran) yang sedang membahaskan usul berkenaan telah menuduh Umno dan BN melakukan penipuan pada pilihan raya umum lalu di Kelantan.

Mohd Zaki yang merupakan bekas timbalan speaker Dun mendakwa BN telah memberikan pil kuda dan arak pada petugas parti terutama pada golongan muda dan bukan Islam pada pilihan raya umum itu.

Tuduhan Mohd Zaki itu kemudiannya menimbulkan kemarahan ketua pembangkang, Datuk Nozula Mat Diah (BN-Paloh) apabila bingkas bangun membantah dakwaan yang dianggap berat itu dan menyifatkan tuduhan Mohd Zaki itu sebagai sesuatu yang `gila babi'.

Keadaan menjadi panas seketika apabila Mohd Zaki meminta Nozula menarik balik perkataan itu sambil tidak membenarkan ketua pembangkang itu mengganggu perbahasannya.

Keadaan panas itu kemudiannya berjaya ditenteramkan Speaker Abdullah Ya'kub dan Mohd Zaki kemudiannya meneruskan perbahasannya.

Nozula selepas itu yang diberi peluang membahaskan titah ucapan Sultan Kelantan itu meminta kerajaan negeri agar bekerjasama dengan kerajaan Pusat untuk terus membangunkan Kelantan.

"Kerajaan Pusat menyalurkan peruntukan kepada semua rakyat Kelantan tetapi yang kita sedih kerajaan negeri memberikan bantuan pada warna baju yang menyokong mereka sahaja," katanya.

Beliau berkata Pas sudah matang dalam mentadbir Kelantan sejak 1990 dan sepatutnya tidak perlu lagi menyalahkan kerajaan Pusat yang kononnya masih menganaktirikan negeri itu.

Nozula juga memuji sikap Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob yang dilihatnya lebih bersopan dalam mengeluarkan kenyataan berbanding dengan sesetengah Adun Pas yang sering mengeluarkan kenyataan celupar.

"Ini pemimpin yang sangat kita hormati dan apa pun kita perlu bersama-sama membantu membangunkan rakyat Kelantan dan jangan merugikan mereka," katanya.

Sikap lemah lembut Ahmad itu juga turut mendapat pujian Datuk Abdul Aziz Derashid (BN-Kuala Balah) yang yakin kepimpinannya jauh berbeza daripada mantan menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang didakwanya sering mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads