Ahad, 13 April 2014

03 di bachok - Google Blog Search

03 di bachok - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: 80 orang guru <b>di Bachok</b> dipindahkan sekolah <b>...</b>

Posted: 08 Apr 2014 02:59 AM PDT

Anggota Parlimen Pakatan Rakyat mendakwa lebih 80 guru di daerah Bachok, Kelantan dipindahkan sekolah atas alasan politik.

Merujuk kepada dokumen bocor kepada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), NGO yang dekat dengan PKR, mereka mendakwa langkah itu diambil semata-mata guru itu penyokong Pakatan atau berkahwin dengan penyokongnya.

Naib Presiden PKR Tian Chua turut membacakan dokumen itu yang antaranya menyebut guru yang ditukarkan itu sebagai "penyokong setia parti pembangkang", "mengibarkan bendera parti pembangkang" dan "suami terlibat mengetuai konvoi kereta PAS".

Turut bercakap di lobi Parlimen Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Bachik) yang berkata, perkara itu mungkin kecil kerana hanya berlaku di Bachok,

Bagaimanapun, katanya, beliau percaya ia berlaku di seluruh negara dan akan mendedahkan maklumat lanjut berkaitan kemudian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads