Jumaat, 25 Februari 2011

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Utusan Online - Keluarga

Posted: 25 Feb 2011 01:20 PM PST

Utusan Online - Keluarga


Pengiktirafan tertinggi

Posted:

Pengiktirafan tertinggi

Pengiktirafan tertinggi

Oleh ABD. HALIM HADI
halim.hadi@utusan.com.my


Gambar bertajuk Metropolis oleh jurugambar Belanda, Martin Roemers, memenangi tempat pertama bagi Kategori Kehidupan Harian Cerita Gambar. - REUTERS


SEKEPING gambar mampu menceritakan segalanya bahkan cukup untuk mengembalikan kisah-kisah yang sudah luput dari ingatan dan lebih bernilai daripada seribu perkataan.

Selepas penciptaan kamera pertama sekitar 1800-an, kaedah merakam gambar berkembang pesat sehingga melahirkan satu cabang seni iaitu fotografi.

Diperkukuhkan dengan teknologi digital, fotografi kini memainkan peranan yang cukup penting dalam kehidupan seharian manusia.

Namun kemajuan teknologi yang banyak membantu pada masa sama menjadikan persaingan semakin sengit.

Di kalangan pengamal dan peminat fotografi, bulan Februari adalah masa yang paling dinanti-nantikan untuk menyaksikan paparan imej-imej terbaik dari seluruh dunia. Satu daripadanya adalah yang merangkul gelaran terbaik antara yang terbaik.

Anugerah World Press Photo yang merupakan pengiktirafan fotografi paling berprestij baru-baru ini menobatkan jurugambar, Jodi Bieber sebagai pemenang World Press Photo of the Year bagi pertandingan 2010.

Potret menyayat hati wanita muda Afghanistan yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga menewaskan lebih 100,000 keping gambar yang dihantar oleh 5,846 jurugambar dari 125 buah negara pada tahun lalu.

Gambar terbitan Majalah Time, Bibi Aisha yang kehilangan hidung dan telinga akibat dicantas oleh suaminya menceritakan kesengsaraan hidup wanita itu dengan penyampaian yang cukup 'kuat'.

Ia disifatkan sebagai satu lagi potret terbaik selepas gambar gadis bermata hijau dari Afghanistan petikan jurugambar tersohor, Steve McCurry.

Gambar juara 2011 oleh jurugambar wanita dari Afrika Selatan itu dipilih selepas memenangi hadiah tempat pertama di dalam kategori Potret. Pertandingan kali ke-54 baru-baru ini dibahagikan kepada 10 kategori yang setiap satu dipecahkan kepada penyertaan tunggal dan gambar bercerita.

Kategori terdiri daripada berita utama, berita umum, individu dalam berita, sukan dan aksi, laporan sukan, isu semasa, kehidupan harian, potret, seni dan hiburan dan alam sekitar.

Proses penilaian yang memakan masa selama dua minggu dilakukan oleh 19 juri berpengalaman terdiri daripada jurugambar profesional, editor gambar dan wakil dari agensi gambar seluruh dunia dengan pelbagai latar belakang.

Dengan kemenangan itu, Bieber menerima habuan wang tunai bernilai 10,000 pound (RM49,000) dan hadiah tajaan penganjur bersama berupa kamera digital Canon dan jam tangan Maurice Locroix.

Bieber yang telahpun memenangi lapan hadiah World Press Photo (pelbagai kategori) sebelum ini berkata, kemenangan itu membuatkan segala pengorbanannya dalam karier akhirnya berbalas.

"Pencarian gambar terbaik bukan hanya menuntut jurugambar berada di tempat dan masa yang betul malah ia memerlukan usaha yang berterusan.

"Anda tidak akan berhenti selagi anda tidak berjaya memperolehinya," katanya.

Penganugerahan itu menurutnya adalah pengiktirafan tertinggi yang hanya tiba ke pangkuan tuan yang benar-benar meletakkan maruah di dalam pekerjaan mereka.

Sehebat namanya, World Press Photo yang dimulakan sejak 1955 bukan sembarangan pertandingan. Setiap gambar adalah gambar yang merakamkan detik-detik penting di dunia.

Ia adalah perpustakaan tamadun dunia yang merekod peristiwa dari pelbagai aspek kehidupan yang akan dijadikan sumber rujukan politik, ekonomi, hiburan, sukan malah dunia fotografi itu sendiri.

Sebagai penghormatan, pemenang akan 'dibalas' dengan majlis penganugerahan yang diadakan kota ibu pejabat World Press di Amsterdam, Belanda di dalam majlis yang dihadiri menteri, golongan kenamaan dan peneraju dalam bidang itu.

Bukan itu sahaja, gambar-gambar yang menang juga akan dipamerkan di lebih 100 buah bandar di 45 buah negara. Selain itu, gambar bagi setiap kategori juga akan dicetak di dalam buku tahunan yang diterjemah ke dalam enam bahasa utama.

Pertandingan tanpa yuran itu dibuka kepada jurugambar media profesional dan amatur setiap tahun. Bukan sahaja daripada akhbar, malah penyertaan turut membenarkan jurugambar majalah dan agensi dari seluruh dunia untuk turut serta.

Pengasas anugerah berprestij itu, David Burnett berkata, tiada detik-detik yang bersifat peribadi diberi peluang kepada mana-mana penyertaan.

Namun sebelum menghantar penyertaan anda, Burnett, selaku Pengerusi Juri World Press Photo 2011 mempunyai nasihat dan amaran untuk dipertimbangkan.

"Kita menerima beratus ribu penyertaan setiap tahun. Jangan menghantar gambar hanya kerana kamu yang merakamnya.

"Lihat hasil kerja dengan mata yang tajam. Anggaplah diri anda (jurugambar) sebagai pengarang, jangan bazirkan masa kami jika kamu tidak serius," tegasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Arkib fotografi sejagat

Posted:

Arkib fotografi sejagat

Arkib fotografi sejagat


Gambar seorang lelaki menghumban mayat mangsa gempa bumi yang melanda Port-au-Prince, Haiti pada Januari tahun lalu yang dirakam oleh jurugambar, Olivier Laban-Mattei memenangi hadiah pertama bagi kategori Berita Umum Cerita Gambar. – AFP


SEJAK lebih 50 tahun, pertandingan anjuran World Press Photo bukan hanya menampilkan kejayaan fotografi dan kewartawanan malah menjadi arkib penting dalam peradaban manusia.

Kini badan yang berpengkalan di Amsterdam, Belanda itu menyimpan lebih daripada 10,000 gambar yang diiktiraf sebagai yang terbaik tahun demi tahun. Pengiktirafan gambar World Press Photo of the Year bermula pada 1955 iaitu gambar kemalangan pelumba motorcross yang dirakam oleh jurugambar Denmark, Mogens von Haven.

Sebahagian daripada gambar tersebut sudah menjadi imej ikon seperti gambar kanak-kanak perempuan yang berlari dalam keadaan berbogel semasa serangan bom di Vietnam.

Pemilihan pemenang pertandingan tahun 2010 yang diumum tahun ini mempamerkan imej-imej yang penuh dengan kegelapan, kesengsaraan, malapetaka, konflik dan kemusnahan alam. Berikut senarai pemenang tempat pertama mengikut kategori.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 25 Feb 2011 09:07 AM PST

Utusan Online - Johor


Bekerja sambil 'bermain'

Posted:

Bekerja sambil 'bermain'

Bekerja sambil 'bermain'

Oleh AZIZI MAJID
editjohor@utusangroup.com.my


Sebahagian model lego yang siap untuk hiasan di Taman Tema Legoland Malaysia di Medini, Nusajaya, Johor.


NUSAJAYA 24 Feb. - Sewaktu kecil, Zubaidah Abida Haris, 24, gemar menghabiskan masa lapangnya dengan bermain permainan lego bersama rakan-rakannya.

Namun, siapa menyangka gadis lepasan Politeknik Kuching, Sarawak dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal itu kini menjadi salah seorang daripada tenaga kerja bagi membina struktur bangunan lego yang bakal ditempatkan di Taman Tema Legoland Malaysia di Medini, Nusajaya pada 2012.

Beliau yang bekerja sejak setahun lalu tidak menyangka akan menjadi salah seorang daripada tulang belakang untuk menjayakan projek taman tema pertama bertaraf dunia di negara ini.

"Memang sejak kecil saya suka bermain permainan lego bersama keluarga dan kawan-kawan, namun hanya mampu menghasilkan bangunan dan binatang kecil kerana jumlah kepingan lego yang sedikit.

"Tidak sangka pula apabila sudah dewasa, saya masih 'bermain' dengan lego. Namun, kali ini ia menjadi kerjaya dan bangunan yang dihasilkan pula besar serta melibatkan jumlah kepingan lego yang banyak," katanya kepada Utusan Malaysia kelmarin.

Zubaidah berkata, antara model bangunan yang direka olehnya bersama seorang lagi rakan adalah Jalan Segget di Johor Bahru yang mengambil masa keseluruhan kira-kira 550 jam atau dua bulan lebih untuk disiapkan.

Menurutnya, untuk menghasilkan sesebuah bangunan daripada lego, ia memerlukan kesabaran dan ketelitian tinggi supaya ia mengikuti reka bentuk dan ciri-ciri bangunan asal.

Pengalaman sama turut dirasai Mohd. Firdaus Rahiman, 26, yang bertindak sebagai penyelia sejak projek tersebut dimulakan pada awal tahun lalu.

Lulusan Universiti Malaya itu berkata, setakat ini, proses menyiapkan bangunan daripada lego tersebut antara 40 hingga 50 peratus siap dan ia dijangka mencapai tahap 60 peratus menjelang akhir tahun ini.

Beliau berkata, seramai 32 pekerja dan dua penyelia termasuk dirinya terlibat bagi menyiapkan keseluruhan projek tersebut.

"Saya tidak hanya bertindak sebagai penyelia, malah turut terlibat menyiapkan model bangunan Masjid Sultan Abu Bakar dan Menara Tabung Haji tahun lalu.

"Bagi saya, terlibat secara langsung dalam projek sebesar ini merupakan pengalaman yang tidak boleh dicari ganti dan amat menyeronokkan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Operasi Projek Legoland Malaysia, Siegfried Boerst berkata, taman tema itu dijangka siap sepenuhnya pada hujung tahun depan.

Katanya, beliau yakin taman tema itu bakal menerima kunjungan lebih sejuta orang pada tahun pertama operasinya.

"Sasaran ini mampu dicapai berdasarkan beberapa faktor, antaranya kadar kelahiran yang tinggi di sebahagian besar negara Asia termasuk Malaysia," katanya.

Menurutnya, demografi tersebut amat penting dalam perniagaan termasuk taman tema yang menyasarkan pelanggan yang terdiri daripada keluarga yang mempunyai anak berusia dua hingga 12 tahun.

"Selain itu, ia beroperasi sepanjang tahun berbanding beberapa legoland lain yang hanya dapat beroperasi selama lapan bulan kerana musim sejuk.

"Jika ada cabaran sekalipun, hanyalah ketika cuaca panas dan hujan tetapi kita banyak menanam pokok khususnya di kawasan pejalan kaki selain tempat berteduh," katanya.

Legoland Malaysia adalah taman tema legoland keenam di dunia selepas Legoland Billund, Legoland Windsor, Legoland California, Legoland Deutschland dan Legoland Florida.

Legoland Malaysia dibangunkan oleh IDR Resorts Sdn. Bhd., anak syarikat Iskandar Investment bersama Merlin Entertainments dengan kos RM720 juta di kawasan seluas 31 hektar di Medini North.

Pengarah IDR Resorts, Muhammad Zainal Ashikin Muhammad Rejab memberitahu, dianggarkan 1,000 peluang pekerjaan mampu diberikan terutamanya kepada penduduk di kawasan berkenaan apabila taman tema itu beroperasi pada penghujung tahun depan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Transformasi Pasir Gudang

Posted:

Transformasi Pasir Gudang

Transformasi Pasir Gudang

Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my


Hamsan Saringat (dua dari kiri) melihat kandungan buku pelan strategik MPPG sambil diperhatikan oleh A. Rahim Nin (kiri) di Johor Bahru, kelmarin.


JOHOR BAHRU 24 Feb. - Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) menggariskan enam bidang transformasi menerusi pelan Transformasi 1MPPG 2011-2015 sebagai langkah memantapkan lagi perkhidmatan dan pengurusannya.

Yang Dipertuanya, A. Rahim Nin berkata, enam bidang tersebut merangkumi transformasi penyampaian perkhidmatan, pembangunan modal insan, pengukuhan kedudukan kewangan, meletakkan Pasir Gudang di persada antarabangsa, pembangunan mapan dan sasaran persekitaran kehidupan yang kondusif.

Beliau berkata, penyediaan pelan strategi itu mengambil kira senario arus tadbir MPPG kini diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

"Transformasi tersebut adalah hasil kajian semula yang dibuat terhadap Pelan Strategi MPPG 2009-2013 yang disediakan oleh Johor Corporation (JCorp). Pelan tersebut digantikan bagi menentukan visi dan hala tuju MPPG bagi tempoh lima tahun akan datang.

"Setiap transformasi telah ditetapkan beberapa strategi dan diikuti pelan tindakan yang perlu diambil. Malah, setiap satu ditetapkan sasaran dan Indeks Petunjuk Prestasi," katanya pada majlis pelancaran pelan tersebut dan penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang 2010 di sini malam tadi.

Majlis yang diadakan di Hotel The Zon Regency itu dirasmikan oleh Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Johor, Hamsan Saringat yang mewakili Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil.

A. Rahim berkata, keenam-enam transformasi tersebut mampu meletakkan Pasir Gudang di persada dunia yang sememangnya terkenal dengan pelbagai aspek termasuk pelancongan dan pembangunannya.

Malah, kesemua bidang itu juga mampu merealisasikan visi MPPG iaitu menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) yang unggul dan bertaraf bandar raya ternama menjelang 2015.

Beliau berkata, PBT unggul merujuk kepada urus tadbir MPPG yang gemilang dan profesional, menitikberatkan kecekapan yang tinggi, proaktif, agresif dan responsif terhadap kehendak dan keperluan masyarakat.

"Sehubungan itu, saya menyeru warga kerja MPPG agar memberi komitmen penuh terhadap semua pelan tindakan yang digariskan bagi membolehkan visi MPPG tercapai," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Pesona

Posted: 25 Feb 2011 07:04 AM PST

Kosmo Online - Pesona


Warisan unggul keluarga Syria

Posted:

Warisan unggul keluarga Syria

Warisan unggul keluarga Syria

Oleh HAMZAH ABDUL HAMID
hamzah.hamid@kosmo.com.my



SALAH satu daripada kelaziman ketika seseorang itu melancong atau mengembara adalah memikirkan tentang pembelian cenderamata dibawa pulang ke tanah air.

Tidak cukup dengan menceritakan semula pengalaman melancong itu atau melihat hasil rakaman lensa kamera, seseorang perlu tahu mencari ole-ole yang mempunyai nilai berkali-kali ganda lebih estetik berbanding poskad, magnet peti sejuk ataupun rantai kunci.

Selain cerewet tentang harga, ia perlu menepati beberapa kriteria lain seperti nilai autentik, keaslian buatan, kaitannya dengan budaya dan juga keindahannya untuk dimiliki atau dipakai.

Kalau ke Indonesia misalnya, seseorang pasti mahu membeli batik, ke China untuk mencari seramik, atau ke India untuk membeli fabrik sari.

Sewaktu Kosmo! mengikuti agenda lawatan ke Damsyik, Syria, ternyata pertemuan dengan Amira al-Samman, 76, yang gigih mengusahakan warisan seni kebanggaan keluarganya menepati ciri pencarian tersebut.

Wanita warga emas itu tatkala ditemui di bazar seni bersebelahan Citadel Damsyik sedang asyik menukul kepingan-kepingan halus mozek untuk melekatkannya ke dalam rongga yang diukir pada permukaan sebuah peti kayu.

"Kotak mozek ini adalah kraf buatan tangan yang tertua di Damsyik. Selalunya ia tidak dihasilkan di kilang yang besar sebaliknya dijalankan dalam keluarga di bengkel-bengkel kecil," ujarnya yang hanya berbahasa Arab dan sesekali menyelitkan frasa Inggeris untuk menjawab pertanyaan Kosmo!.


AMIRA (kiri) bersama pekerjanya sibuk menguruskan jualan di kedainya di tengah kesibukan bandar lama Damsyik.


Amira sudah lebih 30 tahun mengabdikan dirinya dengan kraf beridentitikan Syria itu. Dia yang menyimpan rahsia kemahiran halus tersebut dalam jalur keluarganya memberitahu, proses membuatnya bermula dengan mencantumkan batang-batang kayu dengan gam khas.

Batang-batang kayu yang dicantum itu adalah mengikut corak yang dikehendaki sebelum dipotong secara melintang setebal kira-kira 2 milimeter bagi mendapatkan kepingan-kepingan mozek.

"Gabungan kayu daripada jenis berlainan seperti kayu pic, kayu ros (rosewood), layu lemon dan kayu walnut memberi tekstur, warna dan aroma yang berbeza," terang Amira.

Seterusnya adalah proses menampal kepingan mozek tersebut ke dalam ruang ukiran pada permukaan kotak kayu. Selain kepingan mozek yang rumit itu, kepingan cengkerang laut turut digunakan.

Cangkerang import

Walaupun kesenian ini diperhalusi dan disempurnakan di Syria, namun bahan-bahan yang digunakan dibawa masuk dari negara lain.

"Misalnya, rosewood ini dari India manakala cangkerang laut ini pula diimport dari Jepun, Hong Kong dan China.

"Kami tidak menggunakan cangkerang laut dari perairan Arab atau Mediterranean kerana ia tidak berapa cantik dan berwarna-warni," ujar wanita gigih itu.

Selain penggunaan playar, tukul kecil, ragum, gergaji kecil dan pahat pengukir, Amira turut cekap menggunakan beberapa peralatan khas lain seperti kertas pasir, pengilat dan kemasan venier untuk menyempurnakan hasil kerjanya.


KUANTITI penghasilan bukan keutamaan Amira kerana wanita ini lebih mementingkan nilai kesenian produk krafnya.


"Langkah mengilatkan cangkerang agak rumit dan sensitif kerana tukang kraf perlu pandai mendapatkan keunggulan warna dan corak semula jadi pada cangkerang itu," terang Amira yang secara purata menghasilkan kira-kira 25 buah kotak mozek sebulan dengan bantuan empat orang anak-anaknya.

Menurutnya yang turut mempunyai kedai di Sepanyol itu, corak geometri Islamik yang dihasilkan pada kotak mozek berbeza mengikut keluarga yang membuatnya. Bagi penilai yang arif, melihat pada perinciannya sudah boleh mengenal pasti pembikinnya.

Selain kotak dekorasi segi empat, seni hiasan itu turut dihasilkan untuk rekaan produk yang lebih besar seperti kotak barang kemas oktagon, peti, kerusi, meja, set catur, bingkai cermin dan banyak lagi.

Bagi kotak yang berdimensi 11 x 11 x 4 sentimeter, ia dijual pada harga sekitar 200 pound Syria (RM13). Kotak yang lebih besar mula dijual pada harga 850 pound Syria (RM55) ke atas, bergantung kepada penggunaan cangkerang laut, reka bentuk, kualiti kemasan dan kerumitan corak.

"Ada juga produk yang mencapai harga beribu-ribu pound Syria. Lazimnya, reka bentuk yang banyak sudut melengkung lebih mahal daripada yang berpermukaan rata.

"Anda mungkin menemui produk yang hampir sama di Turki atau Mesir tetapi ia tidak seteliti buatan Syria. Di negara lain, kepingan mozek hanya ditampal terus di atas permukaan kayu, sedangkan di sini, kami menebuk rongga pada kayu dan 'menanam' mozek ke dalam kayu itu," jelas Amira yang bangga produknya turut mendapat permintaan di Jerman, Perancis dan Amerika Syarikat.

Arus kemodenan

Sama seperti Amira, seorang lagi pengusaha kotak dekorasi mozek, Hassan Harastani, 39, yang menjalankan perniagaannya di Qaymariya Street di bandar lama Damsyik, tidak teruja dengan penghasilan produk itu menggunakan teknologi baru.


Keratan melintang daripada cantuman batang-batang kayu pelbagai jenis menghasilkan kepingan mozek bercorak.


"Industri asli di Damsyik adalah mengenai kemahiran menggunakan tangan. Jika anda melibatkan mesin, hasil kerja anda akan kehilangan nilai spiritualnya. Saya kesal sekiranya lama-kelamaan pelanggan tidak tahu membezakan nilai barangan seni yang mereka beli," luahnya.

Hakikatnya, kebanyakan tukang kraf barangan mozek sudah mula menggunakan peralatan berkuasa tinggi. Menurut mereka, cara itu boleh menjimatkan masa dan wang, meningkatkan produktiviti serta menggandakan keuntungan.

"Hari ini, para pengusaha mereka bentuk produk dalam aplikasi komputer dan rupa fizikalnya sudah diketahui sebelum proses pembuatan selesai. Kerja memotong dan membersihkan kepingan mozek menjadi lebih tepat menggunakan peralatan berkuasa tinggi itu," kata seorang tukang kayu di bazar seni kraf Tekiyeh Al-Suleimaniyeh, Jihad al-Halabi.

Namun bagi penggiat tradisional seperti Amira, dia tidak pernah rasa tergugat dengan kemunculan pengusaha moden sedemikian.

"Ini adalah warisan kebudayaan Syria. Ia perlu terus dihasilkan dengan cara begini kerana penggemar seni yang sebenar tahu membezakannya. Menggunakan mesin mungkin mudah, tetapi kraf buatan tangan memang tiada bandingannya," ungkap Amira.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Semangat larian pelajar khas

Posted:

Semangat larian pelajar khas

Semangat larian pelajar khas


SALAH seorang pelajar pendidikan khas yang berjaya menamatkan larian.


JARUM jam menunjukkan pukul 7 pagi. Suasana hening dan langit membiru di Taman Johor Jaya seolah-olah memberi restu kepada warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Johor Jaya 2, Johor Bahru merealisasikan acara Larian Merentas Desa 1Murid 1Sukan peringkat sekolah.

Pagi itu, Dataran Wawasan sekolah berkenaan dibanjiri dengan pelbagai warna pakaian lebih 1,000 pelajar mengikut rumah sukan masing-masing.

Jika pada hari Sabtu yang lain mereka mungkin enak dibuai mimpi di rumah, tetapi pada Sabtu 12 Februari lalu mereka teruja untuk bangun awal pagi semata-mata bagi menjayakan acara larian itu.

Dengan kehadiran hampir 100 peratus peserta, para pelajar, guru dan kakitangan sekolah menunjukkan komitmen yang tidak berbelah-bahagi demi meniupkan semangat 1Malaysia di samping meningkatkan tahap kecergasan pelajar menerusi acara sukan itu.

Lebih membanggakan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) turut serta bagi memeriahkan acara pada hari itu.


SEBAHAGIAN pelajar daripada kelas pendidikan khas.


Tidak seperti kebiasaan, Larian 1Murid 1Sukan kali ini melibatkan pelajar daripada kelas pendidikan khas. Mereka dibantu oleh guru-guru pendidikan khas yang diketuai Cikgu Salmah Saari.

Walaupun tidak seperti rakan-rakan yang lain, kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan oleh pelajar pendidikan khas ini wajar dicontohi kerana mereka tidak mahu ketinggalan memeriahkan larian itu walaupun diri mereka serba kekurangan.

Menurut Pengetua Cemerlang SMK Taman Johor Jaya 2, Chin Sim Lai, sambutan bagi aktiviti Larian 1Murid 1Sukan itu sangat memberangsangkan.

Ia adalah hasil daripada perancangan yang teliti oleh guru-guru di bawah seliaan Penolong Kanan Kokurikulum, Wan Bidah Wan Salleh.

"Aktiviti ini dapat dijayakan hasil usaha semua pihak lebih-lebih lagi pihak PIBG dan individu serta organisasi luar yang bermurah hati memberikan sumbangan.

"Saya harap acara sebegini dapat memberikan semangat kepada para pelajar untuk menyertai aktiviti kokurikulum selain merealisasikan matlamat kerajaan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi akademik dan kokurikulum," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Sukan SMK Taman Johor Jaya 2, Rosman Rahman memberitahu program tersebut dapat meningkatkan kefahaman pelajar mengenai kepentingan aktiviti sukan dan semangat sayangkan sekolah.


KIPAS angin sumbangan penaja sebagai hadiah untuk cabutan bertuah.


Senamrobik beramai-ramai

Malah katanya, program itu selari dengan matlamat Larian Perdana Mahkota yang diadakan di Dataran Johor Bahru yang berlangsung pada hari yang sama.

Selain larian, para peserta berpeluang melakukan aktiviti senamrobik beramai-ramai dan memenangi cabutan bertuah. Hadiah untuk cabutan bertuah itu disumbangkan oleh pihak PIBG sekolah, syarikat GZAM Butik, N&Z Active Enterprise dan MMA Academy.

Pastinya, pada hari tersebut banyak keletah peserta dapat dilihat. Ada yang berlari dengan penuh semangat bersama rakan-rakan lain yang berbeza warna kulit dan agama.

Malah, ada pula yang 'pancit' tetapi masih berlari-lari anak hingga ke garisan penamat.

Dalam pada itu, pada hari yang sama bertempat di Dataran Majlis Bandaraya berlangsungnya pelancaran program 1Murid 1Sukan dengan salah satu acaranya ialah Larian Perdana Mahkota.

Tujuan larian itu diadakan tidak lain tidak bukan adalah untuk menarik penglibatan secara menyeluruh dan melahirkan pelajar dan guru yang ghairah bersukan.

Ia bertujuan membudayakan sukan melalui program 1Murid 1Sukan dan dalam masa yang sama mengisi dana tabung kebajikan dan pembangunan sukan sekolah negeri Johor.

Acara larian itu dilancarkan oleh Tunku Mahkota Johor, Tuanku Ismail Idris sekali gus membuatkan acara tersebut lebih bermakna.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Interpersonal majikan, pekerja

Posted:

Interpersonal majikan, pekerja

Interpersonal majikan, pekerja


KOMUNIKASI yang baik dengan rakan sekerja membantu meningkatkan prestasi syarikat.


HUBUNGAN interpersonal berkait rapat dengan cara anda berkomunikasi atau berinteraksi dengan seorang yang lain.

Bagi memupuk kemahiran hubungan interpersonal, anda perlu memahami mengenai proses komunikasi berkesan dan prinsip asas perhubungan manusia. Malah anda perlu faham cara untuk mengaitkan diri anda dengan orang lain.

Hubungan interpersonal mempunyai pelbagai peringkat iaitu antara ibu bapa dan anak, antara rakan rapat atau sanak saudara, antara jiran dan orang sekeliling dan paling penting ialah hubungan antara rakan sekerja dan majikan.

Bagi individu yang bekerjaya, asas hubungan interpersonal antara rakan sekerja dan majikan perlu difahami dengan tepat bagi memudahkan segala urusan.

Terdapat empat asas penting yang perlu diberikan perhatian:

1Layanan sebagai seorang manusia: Setiap individu dikeliling anda sama ada kakitangan anda atau rakan sekerja malah majikan anda, semuanya adalah sama seperti anda iaitu masing-masing adalah seorang manusia.


MENDENGAR secara aktif baik dalam hubungan interpersonal di tempat kerja dalam memastikan kelancaran kerja.


Fitrah seorang manusia mahu dilayan sebaiknya sebagai manusia, bukan sebagai binatang atau haiwan yang boleh dicaci maki sesuka hati, biar apa pun kesalahan atau kesilapannya. Seorang manusia mengharapkan agar difahami, diterima, dihormati, disayangi, diberi perhatian, diberi sokongan dan dipercayai. Andai wujud kekurangan dalam item utama layanan ini, hubungan interpersonal yang baik sukar diwujudkan.

2Hormati harga diri orang lain: Asas untuk menghormati harga diri orang lain adalah dengan menjadikan orang tersebut merasakan diri mereka penting.

Perlu telus ketika memberikan maklum balas dalam komunikasi iaitu dengan mendengar dan memberikan perhatian kepada mereka semasa berinteraksi.

Mendengar adalah lebih penting daripada berkata-kata tetapi, perlu pastikan anda tidak mendengar dalam keadaan terpaksa. Luangkan masa namun, andai anda perlu beredar segera, nyatakan dengan baik dan tetapkan temu janji untuk menyambung perbincangan pada masa lain.

Penting! Pandang mereka ketika bercakap, fokus kepada fakta percakapan, beri penghargaan jika perlu dan berikan maklum balas tanpa membuat sebarang tuduhan, kesimpulan atau hukuman kepada yang bercakap.

3Fahami orang lain: Manusia mempunyai satu persamaan iaitu berbeza dengan orang lain. Lantaran, usaha untuk memahami orang lain amat penting dalam hubungan interpersonal. Untuk memahami orang lain, anda perlu bebaskan diri dan minda daripada perkara lain ketika berinteraksi dan fokuskan kepada percakapan yang sedang berlangsung.


FITRAH manusia mahu ditegur dengan cara yang baik tanpa perlu diiringi maki hamun.


Perlu diingat! Anda dan pihak lain adalah unik maka perlu bersedia dan terbuka kepada pertembungan idea dan lihatlah kepada aspek yang positif, bukan negatif.

Hindari daripada mengenali seseorang daripada orang lain sebaliknya kenali orang tersebut dengan sendiri. Berhati-hati dengan perkataan dan nada percakapan anda kerana gaya bahasa serta lenggok percakapan anda boleh disalaherti yang memungkinkan rosaknya hubungan.

4Empati: Untuk mempunyai perasaan empati kepada orang lain, anda terlebih dahulu perlu menghapuskan pemikiran, perasaan dan pengharapan anda kepada seseorang kerana unsur penting dalam empati ialah kepercayaan.

Bagi mempraktikkan sikap empati, langkah-langkah berikut perlu diikuti iaitu:

* Mendengar secara aktif

* Mendapatkan maklumat fakta dan perasaan di sebaliknya

* Mengesahkan kefahaman anda melalui kaedah paraphrasing atau rephrasing (memberi respons berlawanan atau mempersoalkan fakta percakapan)

* Melihat isu dan pandangan melalui kaca mata mereka

* Bersama-sama memahami dan menyelami perasaan mereka dengan bersungguh-sungguh.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Ratu

Posted: 25 Feb 2011 01:05 AM PST

Berita Harian: Ratu


Saham lelaki berusia

Posted: 24 Feb 2011 06:44 PM PST

Ratu

LELAKI muda perlu bersaing dengan lelaki lebih berusia untuk 'menawan' hati wanita. - Gambar hiasan

LELAKI muda perlu bersaing dengan lelaki lebih berusia untuk 'menawan' hati wanita. - Gambar hiasan

Lelaki tua lebih menjadi pilihan wanita muda

SENARIO wanita muda memilih lelaki berusia sebagai pasangan kini seakan menjadi trend. Andaiannya, mungkin mereka ingin mencari jalan pintas dan mudah untuk menikmati kesenangan, kemewahan, meningkatkan status daripada lelaki lebih matang serta berpangkat yang memiliki segala galanya dalam kehidupan.

Perbezaan usia tidak menjadi hal, walaupun ada antaranya layak dipanggil bapa atau datuk. Semua itu diketepikan! Yang penting tidak perlu bersusah payah untuk berusaha keras mendapatkan semua itu, khususnya jika tidak mempunyai sebarang kelulusan tinggi.

"Mereka lebih cool. Lelaki muda sangat menggelabah. Semua benda nak marah langsung tak fikir panjang. Saya pernah bercinta dengan lelaki muda dan sekarang berumur 37. Anda boleh lihat banyak perbezaan antara lelaki muda dan tua. Sebagai wanita, kadang kala bercakap, berfikir atau membuat keputusan tidak menggunakan akal fikiran sebaliknya ikut perasaan. Jika pasangan kita pun sama cara berfikir ia boleh menimbulkan perselisihan sehingga adanya kes pukul, dera dan sebagainya. Tidak seperti lelaki berusia, mereka lebih romantik dan tak menggelabah. Trust me! - Jurutera, Chieha Salihah Hashim

Wanita muda menjadikan aset berwajah cantik, seksi dan manja untuk 'memancing' lelaki tua yang sedia menerima cintanya. Bagi lelaki tua pula, ini pula bagaikan 'pucuk dicita ulam mendatang'. Kalau dah wanita muda yang berperwatakan sebegitu hadir menyerah dalam hidupnya sudah pasti tidak ditolak. Padah yang bakal dihadapi wanita muda bersuamikan lelaki tua atau menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat, sebaik saja berkahwin kemudian tidak diambil kira.

Namun, ada juga wanita muda ini tidak bercadang menjadikan lelaki berusia itu sebagai pasangan hidupnya, tetapi sekadar sebagai 'sugar daddy', 'perempuan simpanan' atau 'kekasih gelap' yang dapat membiayai kehidupannya untuk hidup mewah. Begitu juga dengan lelaki tua ini, tidak semua yang mahu memperisterikannya, cuma ingin mencari 'hiburan'. Tidak dinafikan, bukan saja orang biasa tetapi kaya, ahli politik, pegawai berpangkat tinggi, ahli perniagaan sering kali menjadi sasaran utama wanita muda.

Justeru, dek rupa paras yang lebih menawan dan bijak, ia memberikan satu kelebihan kepada wanita muda mencari lelaki yang 'berstatus' bagi memenuhi keinginan material.

Ahli perniagaan juga seorang ibu, Jenni Aznah-Lander, 40-an, ketika diajukan senario itu, beliau tegas menafikan tidak semua wanita muda begitu, sebaliknya ia terpulang kepada matlamat seseorang itu.
Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatiannya, senario itu agak membimbangkan terutama di bandar besar ada wanita muda menggunakan kelebihan mereka yang cantik, bergaya dan seksi untuk 'memancing' lelaki tua yang kebanyakan sudah beristeri yang antaranya sudah melebihi 30 tahun usia perkahwinan mereka.

"Oleh itu, tidak mustahil, banyak perceraian berlaku membabitkan pasangan tua ataupun warga emas bahana kewujudan orang ketiga yang terdiri wanita muda itu. Senario sebegini secara tidak langsung memberikan impak besar kepada lelaki muda kerana terpaksa bersaing dengan lelaki yang lebih tua. Jika dibandingkan dari segi kewangan dan karier, lelaki muda memang jauh ketinggalan," katanya menerusi e-mel, baru-baru ini.

Jenni berkata, ada banyak sebab mengapa wanita muda lebih tertarik kepada lelaki tua, selain daripada dapat menikmati kekayaan, mereka juga mempunyai sifat romantis, bertolak ansur, tenang, suka mengalah, bergaya dan kehidupan lebih teratur berbanding lelaki muda.

Sementara itu, Pengurus Senior Penjualan Teknologi, Iqbal, Abdul Wahab, 47, berkata tidak dinafikan wanita muda memerlukan kewangan sebagai aset terutama yang hidup di kawasan bandar. Gaya hidup yang tinggi selain semuanya mahal dan harga meningkat, mereka memerlukan seseorang yang memahami apa yang dimahukan dan mampu menjaganya.

"Bagi lelaki yang sudah berumah tangga yang mempunyai kenalan di luar mungkin ia adalah 'trofi' mengenali wanita muda. Tetapi, mungkin hanya atas dasar kerja. Tidak dinafikan juga yang mempunyai hubungan itu atas beberapa sebab, antaranya sudah bosan dengan isteri dan tidak lagi menjaga penampilan untuk suami.

"Isteri yang kurang mengambil hal ehwal suami kerana terlalu sibuk dengan kerja harian atau di pejabat serta mengurus anak dan cucu hingga lupa suaminya juga memerlukan belaian kasih sayang," katanya.

Namun ia bergantung kepada setiap individu untuk memilih pasangan hidup masing-masing. Dalam apa juga keadaan, masing-masing mempunyai alasan tersendiri untuk mencari pasangan. Baik si lelaki tua mahupun wanita muda. Tepuk dada tanya selera.

Komen rambang.

Pelajar Pengurusan Hotel dan Perniagaan, Amy Mimie - "Kebanyakan mereka lebih matang, understanding dan loving,".

Pegawai Perhubungan Awam: Ikaika Zaa - "Mereka akan memastikan wanita muda berasa selamat dan mempunyai kedudukan kewangan yang stabil. Malah mereka lebih matang, memahami dan bijak mengawal perasaan".

Pelajar Universiti, Dyna Latib - "Lelaki tua pandai melayan kerenah, stabil dari segi kewangan, pandai memujuk dan tidak cepat naik angin,".

Pegawai bank, Farah Diba Yusoff - "Matang, easy calm, romantic, rasional, give and take, ada karier, caring, manja, penyayang and more experience. The leader, I just love to be with them in term of stability and comfortability.

Jurutera, Chieha Salihah Hashim - "Mereka lebih cool. Lelaki muda sangat menggelabah. Semua benda nak marah langsung tak fikir panjang. Saya pernah bercinta dengan lelaki muda dan sekarang berumur 37. Anda boleh lihat banyak perbezaan antara lelaki muda dan tua. Sebagai wanita, kadang kala bercakap, berfikir atau membuat keputusan tidak menggunakan akal fikiran sebaliknya ikut perasaan. Jika pasangan kita pun sama cara berfikir ia boleh menimbulkan perselisihan sehingga adanya kes pukul, dera dan sebagainya. Tidak seperti lelaki berusia, mereka lebih romantik dan tak menggelabah. Trust me!


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Lompat kerja'

Posted: 24 Feb 2011 06:30 PM PST

Ratu

Berani atau tidak?

Kes 1:

PUTRI Camelia, 35, sudah tujuh kali bertukar kerja. Bermula sebagai pegawai perhubungan awam di sebuah syarikat pengiklanan, kini berjawatan pengurus besar di sebuah syarikat konglomerat terkemuka negara. Sememangnya wanita yang mempunyai pakej lengkap, cantik, personaliti menarik, berkeyakinan dan lantang ini, seakan tidak pernah puas.

Bagi Putri Camelia, bukan gaji tinggi yang diimpikan kerana beliau memang dilahirkan dalam kalangan keluarga berada, yang semuanya ada, tinggal di banglo besar, kereta mewah berderet di perkarangan rumah dan apa saja boleh didapati dengan hanya memetik jari. Namun, apa yang diperlukan dalam hidupnya ialah ingin berasa puas hati dengan melakukan kerja yang mencabar. Malah, disebabkan pengalaman dan kelulusannya yang ada, beliau juga sering mendapat tawaran bekerja daripada beberapa syarikat.

Kes 2:

HANI Harnyda, 32, juga tidak kurang hebatnya. Beliau sudah lima kali tukar kerja. Beliau lazimnya hanya kekal bekerja di satu-satu tempat, kira-kira dua tahun saja, cuma bezanya bermula dari bawah sebagai kerani biasa di sektor awam.
Bosan dengan suasana tempat kerja, beliau beralih bekerja di sebuah bank sebagai juruwang. Disebabkan tidak tahan bersesak di jalan, dua tahun kemudian beliau berhenti dan meminta jawatan sama di bank lain berhampiran rumahnya, di Cheras.

Sikapnya yang cepat bosan dan tidak mahu gaji pada takuk sama, membuatkan beliau sekali lagi beralih kerja, kali ini ke syarikat perkapalan. Nasibnya baik ditawarkan jawatan pegawai akaun di situ dengan gaji tiga kali ganda daripada sebelumnya.

Selepas dua tahun di situ, Hani Harnyda, bergaduh pula dengan majikannya dan bertindak mencari kerja lain. Kali ini, beliau ingin mencuba bidang lain berbeza daripada yang dilakukan sebelum ini. Nasibnya baik diterima sebagai pegawai eksekutif pemasaran, yang lebih banyak berurusan dengan orang ramai. Setakat ini, peliknya beliau masih bertahan selepas empat tahun di tempat sama.

Kes 3 :

BERBEZA dengan Intan Suzyanna, 40, selain terpaksa berjauhan dengan suami yang bekerja di Ipoh, tangga gajinya sebagai setiausaha agak rendah, beban tugas menimbun, majikan cerewet, suasana tempat kerja tidak menarik, cemburu dan wujud tikam menikam sesama kakitangan.

Intan sebenarnya sudah bosan dengan semua permasalahan itu, namun, dia masih mampu bertahan kerana tidak yakin untuk mencari kerja lain, sedangkan umur semakin meningkat.

Tambahan pula, jika bekerja di tempat baru, lain pula kerenah bakal ditanggungnya. Walaupun bebanan tugas di rumah banyak, terpaksa bersendirian menjaga tiga anak, beliau tetap meneruskan kerja demi menambah pendapatan keluarga.

BERTUKAR atau melompat kerja mungkin tidak asing kepada sesetengah individu. Mereka mempunyai pelbagai alasan untuk melakukannya seperti ingin meningkatkan kerjaya, gaji, pangkat yang tinggi, ingin lebih kebebasan dan cabaran.

Jika diteliti, senario melompat kerja juga semakin hebat pada zaman moden ini berbanding pada dekad sebelumnya. Pembangunan industri pekerjaan dengan pelbagai lambakan jawatan, gaji, insentif dan keistimewaan menjadikan ramai pencari kerja tidak akan `melekat' di kedudukan dan tempat yang sama.

Malah, wanita pada zaman moden ini dilihat lebih berani untuk melompat kerja kerana mereka juga mempunyai banyak kelebihan dan berpendidikan tinggi. `Saham' wanita ini sama ada yang bujang atau sudah berumah tangga tetap tinggi jika masing-masing bijak menggunakan ruang yang ada untuk memajukan diri.

Kini, kewujudan Jobstreet.com.my, memudahkan pencari kerja mendapatkan jawatan bersesuaian dengannya. Malah, memang ada individu yang suka menyelak akhbar untuk mencari kerja. Apa saja bidang pekerjaan ditawarkan dalam laman web itu, mereka daftar. Tidak kurang juga yang suka `test market' untuk lihat sejauh mana `lakunya' mereka dalam pasaran pekerjaan.

Tidak kurang juga bagi mereka yang berkelulusan tinggi dan banyak pengalaman, sering kali menjadi buruan majikan untuk mendapatkan khidmat mereka.

Sementara itu, ada pula individu yang terus setia dengan pekerjaannya dan tidak berfikir untuk melompat kerja kerana tiada alasan berbuat demikian. Dalam situasi lain, ada individu tidak mampu bertahan bekerja di tempat sama, dengan gaji dan pangkat tidak naik, tetapi takut untuk bertukar kerja kerana tidak yakin dengan diri dan pelbagai sebab lagi.

Pada dasarnya, perjalanan dan perkembangan kerjaya seseorang berbeza-beza. Setiap individu mempunyai prinsip tersendiri dalam menentukan perjalanan kerjaya dan bagi mereka yang ingin mendapat pencapaian terbaik akan berusaha melakukannya, termasuk melompat kerja untuk memenuhi impian itu.

Lazimnya, orang yang melompat kerja pasti menghendaki peningkatan dalam kerjaya sama ada dari gaji atau pangkat. Namun, bagi yang tidak bersedia dan tidak mahukan anjakan paradigma dalam hidupnya, dia akan kekal pada tempatnya tanpa sebarang peningkatan.

Pensyarah Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Haslee Sharil Abdullah, berkata perjalanan kerjaya seseorang itu boleh dibahagikan kepada tiga fasa iaitu pada peringkat awal bekerja, pertengahan dan penghujung.

Katanya, pada awal pekerjaan, setiap individu biasanya ingin bekerja kerana ingin menstabilkan ekonominya dan soal gaji menjadi pertimbangan utama bagi memastikan mampu menampung kehidupan seharian khususnya makanan, pakaian serta tempat tinggal.

Pada peringkat awal, individu itu akan berusaha untuk menunjukkan kewibawaannya, meningkatkan pengetahuan dan pengalaman, selain memperkukuhkan keserasian dalam kerjayanya serta sedia mengikut telunjuk majikan.

"Pada peringkat pertengahan, lain pula keutamaannya. Apabila sudah stabil dengan kerjaya mereka mula melihat segala aspek dalam persekitaran kerjanya. Sentiasa ingin mencari yang lebih baik daripada yang diperoleh.

"Jika sudah berumahtangga, mereka akan pastikan gaji mencukupi, jarak dari rumah ke tempat kerja, keanjalan waktu bekerja sesuai bebanan tugas dengan tenaga dicurahkan kepada majikan. Kemudian, mula berfikir adakah gaji diterima berbaloi," katanya.

Akhirnya, kerjaya pada peringkat penghujung, lazimnya, Haslee menambah, individu semakin matang dalam kerjaya, inginkan kebebasan dan mahu lebih kuasa bagi memperkukuhkan kedudukan.

Dengan pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan keyakinan yang ada individu itu akan lebih bersemangat untuk mencari kerja baru demi meningkatkan kerjayanya.

Malah, suasana persekitaran di pejabat, hubungan dengan majikan dan rakan setugas juga memainkan peranan dalam mendorong seseorang untuk melompat kerja.

"Majikan yang tidak bertimbang rasa, susah naik pangkat dan gaji, rakan sekerja yang suka dengki, cemburu, budaya kerja membosankan dan tidak tahan tekanan dengan kerenah itu menguatkan lagi keinginan mencari iklim pekerjaan yang lebih kondusif. Sudah pasti apabila ingin bertukar kerja gaji yang ditawarkan lebih tinggi daripada yang diperoleh sekarang," katanya.

Haslee Sharil berkata, personaliti seseorang yang mudah mesra, berkeyakinan, ada kredibiliti, sukakan cabaran, mahu meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan memperluaskan jaringan hubungan lebih memudahkan memasuki pasaran pekerjaan.

Ada pula wanita (isteri) yang tidak mahu berjauhan dengan suami terpaksa melompat kerja kerana ingin mengikut mengikut suaminya yang ditukarkan ke negeri lain.

"Bagaimanapun, tidak semua individu berani melompat kerja sesuka hati meskipun berhadapan dengan pelbagai masalah dan kerenah di tempat kerja.

"Mungkin tidak yakin pada diri, rendah diri dan tiada motivasi boleh melemahkan semangat mereka untuk menerokai bidang pekerjaan yang baru. Sebab itu, ada yang kita lihat walaupun sudah terlalu bosan kerja yang sama dilakukan sejak bertahun-tahun dan berhadapan dengan tekanan, tetap kekal di situ.

"Tapi jangan membuat sebarang spekulasi kepada individu yang boleh bertahan di tempat sama. Mereka mungkin tidak ada masalah langsung di tempat kerja, berpuas hati dengan gaji dan selesa. Jadi mereka tiada alasan atau faktor pendorong untuk melompat kerja," katanya.

Senario melompat kerja sebenarnya berlaku di mana-mana saja kecuali di Jepun, rakyatnya sangat setia dengan syarikat atau organisasinya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya (UM), Dr Mohd Yahya Mohamed Ariffin, berkata wanita lebih berani melompat kerja berbanding lelaki disebabkan rasa selamat kerana mempunyai suami untuk menampung kehidupan jika berlaku apa-apa berlaku dalam kerjayanya.

Berdasarkan pemerhatiannya, individu yang paling kerap melompat kerja ialah mereka yang bekerja dalam bidang perhubungan awam dan pemasaran.

"Golongan ini lebih ramai jaringan hubungan. Apabila kerap berjumpa dengan pelanggan akan meningkatkan reputasi dirinya sendiri untuk ditawarkan kerja baru," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads