Ahad, 27 Februari 2011

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Kosmo Online - Stailo

Posted: 27 Feb 2011 11:37 AM PST

Kosmo Online - Stailo


Neelofa, Ainaa kejar ilmu

Posted:

Neelofa, Ainaa kejar ilmu

Neelofa, Ainaa kejar ilmu

Oleh SAHLIZAH MOHAMED



MELIHAT dua sosok tubuh genit mereka, masing-masing memiliki rupa paras fizikal yang menarik serta gaya pembawaan diri tersendiri.

Dikurniakan pakej penampilan yang sebegitu, Noor Neelofa Mohd. Noor, 22 dan Shalma Ainaa Bruhanutheen, 20, berusaha untuk memanfaatkan anugerah itu sebaik mungkin.

Sejak berusia belasan tahun, Neelofa dan Ainaa sudah mengorak langkah untuk mencari sumber pendapatan sendiri menerusi pembabitan mereka dalam dunia komersial.

Meskipun tidak menganggap ia sebagai satu tugasan hakiki, kedua-duanya mengakui seronok mengisi waktu dengan aktiviti sedemikian. Tambah mereka, tiada kata dapat menzahirkan rasa puas apabila mendapat hasil daripada titik peluh sendiri.

"Saya mula terlibat dalam bidang komersial sejak berusia 15 tahun. Saya bergerak sendiri kerana ibu bapa mempunyai komitmen kerja masing-masing.

"Meskipun begitu, mereka merestui apa yang saya lakukan. Saya melihat pembabitan ini sebagai salah satu daripada minat. Pada masa yang sama, galakan ibu bapa menjadi pembakar semangat saya," ujar Ainaa.


AINAA (kiri) dan Neelofa merupakan pelapis baru yang mewarnai dunia lakonan dan komersial.


Bagi Neelofa pula, dia mula aktif dalam iklan komersial selepas tamat sekolah iaitu pada usia 17 tahun.

Katanya, kali pertama menghadiri uji bakat, pelbagai perasan kurang selesa timbul di fikirannya termasuk kurang keyakinan diri, segan dan bimbang.

"Saya berasa kekok, tidak tahu nak bergaya depan kamera dan macam-macam lagi. Lama-kelamaan saya mula seronok dan iklan pertama yang saya bintangi ialah untuk jenama Nokia pada tahun 2007.

"Sama seperti Ainaa, saya tidak mendapat tunjuk ajar sesiapa. Memang rasa puas apabila kita menerima habuan atas kesungguhan sendiri. Ketika itu, tiada langsung niat untuk popular memandangkan usia baru belasan tahun," tutur gadis kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu.

Digabungkan bersama dalam sesi fotografi baru-baru ini, baik Neelofa mahupun Ainaa, kedua-duanya saling mengenali antara satu sama lain dan tidak lagi mengadu kekok apabila diminta untuk memberikan aksi di hadapan kamera.

Maju selangkah

Giat membintangi iklan komersial sehingga ke hari ini, Neelofa dan Ainaa turut menyimpan impian untuk menggilap nama mereka di peringkat yang lebih tinggi.

Atas alasan itu, Neelofa membuat keputusan untuk menyertai sebuah pertandingan yang dikelolakan oleh sebuah majalah berbahasa Melayu menerusi pencarian Dewi Remaja 2010.

Mengikuti pertandingan itu hampir dua tahun, Neelofa berjaya mengukir satu lagi fasa indah dalam hidupnya apabila dinobat selaku juara.

"Tidak dinafikan impak kemenangan itu amat bermakna bagi saya walaupun mungkin ada segelintir yang telah mengenali saya menerusi bidang iklan komersial.

"Sebenarnya, saya tidak berapa gemar mahu bertanding atas faktor rupa. Namun, selepas saya menyertainya, saya akui ia secara tidak langsung membantu saya membina personaliti saya seperti sekarang," jelas anak ketiga daripada sembilan adik-beradik ini.

Perjalanan yang sama turut dilalui oleh Ainaa apabila gadis kelahiran Kuala Lumpur ini dijulang selaku pemenang pencari model menerusi majalah berbahasa Inggeris iaitu Cleo pada tahun lalu.


NEELOFA menjuarai pertandingan Dewi Remaja 2010 iaitu pertandingan yang pernah melahirkan bintang seni seperti Scha Al-Yahya dan Datin Annahita Bakavoli.


"Berbanding Neelofa, saya memang mahu menyertai pertandingan tersebut untuk melonjakkan nama saya sekali gus membina platform yang lebih baik untuk masa depan.

"Ketika itu usia saya 19 tahun dan saya memang mencari pendedahan dengan cara yang lain meskipun sudah terlibat dengan dunia komersial terlebih dahulu.

"Saya bersyukur dengan apa yang saya terima selepas itu walaupun ia tidak sepenuhnya seperti apa yang saya gambarkan. Namun, saya tidak pernah menyesal dengan apa yang telah saya usahakan," luah anak kedua daripada empat adik-beradik yang aktif bermain futsal itu.

Bekalan ilmu

Menyedari hakikat bintang mereka tidak akan kekal bersinar selama-lamanya, Neelofa dan Ainaa sudah memperkemaskan bekalan mereka untuk menempuh kehidupan. Banyak yang mereka sedang lakukan demi meniti masa depan yang lebih terancang dan teratur.

Bagi mereka, ke pelosok dunia mana pun mereka pergi, ilmu tetap menjadi keutamaan sebagai bekalan wajib.

Ainaa bakal menamatkan pengajian di peringkat diploma dalam tempoh tiga bulan lagi dalam jurusan pengurusan pemasaran fesyen di Kolej Antarabangsa Raffles di ibu negara.

"Ibu bapa saya sering tegaskan bahawa ilmu penting untuk menjamin masa depan kita. Dalam aliran yang sedang saya kecapi sekarang ini, kita tidak akan selama-lamanya berada di zon yang selesa.

"Justeru, sepanjang tahun ini, saya akan memperlahankan karier komersial saya melainkan tugasan yang melibatkan kontrak. Itu pun kena curi-curi masa.

"Selepas tamat pengajian, saya akan terlibat pula dengan latihan amali selama tiga bulan dan jika semuanya berjalan lancar, saya akan terbang ke Sydney, Australia pada Ogos ini untuk sambung pengajian di sana selama 15 bulan," kata penghias komersial tuala wanita berjenama Laurier itu.


AINAA mula mengorak langkah dalam bidang komersial sejak usia 15 tahun.


Disebabkan Ainaa mengambil jurusan pemasaran fesyen, dia yang gemar mengumpul beg tangan turut menyimpan bercita-cita mahu memiliki jenama sendiri pada suatu hari nanti.

Sementara itu, Neelofa turut bersetuju dengan lontaran pendapat Ainaa, Dia menyifatkan, sehingga ke akhir hayat ilmu tidak akan pernah habis untuk dipelajari.

"Pada saya, sampai mati pun kita tidak akan pernah habis menuntut ilmu. Ilmu itu terlalu luas untuk diperkatakan dan sekarang pun saya tengah belajar banyak selok-belok kehidupan.

"Ilmu merupakan satu-satunya bekalan yang akan kekal menjadi milik kita tidak kira apa pun yang berlaku. Sekarang pun saya sudah mula membuka perniagaan kasut walaupun hanya menumpang di butik ibu di Taman Tun Dr. Ismail.

"Saya ada jenama kasut sendiri iaitu Lofa. Ia hanya kecil-kecilan, namun saya mahu mengembangkan prospeknya hingga ke peringkat yang lebih tinggi," tutur penuntut tahun dua Ijazah Sarjana Muda Perdagangan Pemasaran Antarabangsa, Kolej Universiti Sunway ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mata tampil dramatik

Posted:

Mata tampil dramatik

Mata tampil dramatik


PENYANYI Katy Perry mengaplikasikan solekan smokey eyes sewaktu menghadiri Pre-Grammy Gala & Salute to Industry Icons di California, Amerika Syarikat.


RATA-RATA wanita pada hari ini khususnya remaja gemar tampil dengan teknik solekan mata smokey eyes memandangkan aplikasi solekan tersebut tampak serasi dipadankan bersama busana konsep ranggi dan funky.

Menurut jurusolek bebas, Vee Muhammad, tidak dinafikan pada hari ini kebanyakan anak-anak muda lebih cenderung pada solekan smokey eyes berbanding solekan romantis dan natural.

Teknik sedemikian yang banyak menggunakan warna-warna terang membantu elemen tata rias yang kelihatan dramatik, segar dan menarik.

"Sememangnya diakui teknik solekan smokey eyes sesuai dengan imej remaja yang lincah, ceria, funky dan ranggi. Ia bukan sahaja sesuai dipraktikkan untuk menghadiri parti atau majlis makan malam, malah ideal diaplikasi tatkala bersantai. Apa yang penting ialah teknik aplikasinya.

"Bagi menampil solekan yang lebih versatil, jangan tertumpu kepada penggunaan pembayang mata rona hitam saja. Sebaliknya, pelbagaikan dengan pembayang mata rona biru, ungu, hijau atau coklat. Misalnya, aplikasi lapisan pertama dengan ungu lembut dan diikuti lapisan kedua ungu gelap serta adunkan bersama warna hitam di ekor mata," jelas Vee sambil menunjukkan cara-cara solekan itu pada salah seorang model.

Sementara itu menurut perunding kecantikan jenama kosmetik 4U2, Vie Xanddra, walaupun smokey eyes membantu menyerlahkan wajah tetapi, ia tidak sesuai ke pejabat. Seperti yang diketahui teknik solekan tersebut banyak bermain dengan pembayang mata warna gelap.


GAYA remaja ranggi dan funky terserlah dengan olesan teknik solekan smokey eyes.


"Bagi saya solekan ke pejabat sudah memadai dengan pembayang mata rona lembut. Sebab itu, apabila wanita memilik solekan smokey eyes, maka di bahagian pipi dan bibir perlu menggunakan kosmetik warna-warna lembut. Contohnya, apabila bahagian mata sudah gelap pastikan anda memilih pemerah pipi dan gincu warna merah jambu lembut atau coklat tanah.

"Selain itu, jangan sesekali menyapu pembayang mata warna gelap di bawah mata dengan alasan untuk menampakkan mata yang lebih besar. Kesannya, mata anda tampak terlalu sarat. Sudah memadai jika sekadar menggunakan penggaris mata," katanya ketika ditemui Stailo. - IZYAN LIYANA MOHD. DARIF

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Varia

Posted: 27 Feb 2011 11:25 AM PST

Kosmo Online - Varia


Ayuh raikan kraf Malaysia!

Posted:

Ayuh raikan kraf Malaysia!

Ayuh raikan kraf Malaysia!


ISTERI Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman meneliti kehalusan kain songket di salah sebuah gerai pameran.


MEMASUKI hari keempat, penganjuran Hari Kraf Kebangsaan 2011 (HKK) membuatkan Kompleks Kraftangan Malaysia, Jalan Conlay, Kuala Lumpur tidak putus menerima limpahan pengunjung yang terdiri daripada warga Lembah Klang dan pelancong luar negara.

Bertemakan Kraf Penjana Ekonomi, HKK yang berlangsung dari 23 Februari lalu hingga 7 Mac ini menjanjikan pelbagai produk terbaru dan terbaik daripada usahawan kraf seluruh negara.

Sejak dianjurkan pada tahun 2003, jualan HKK sentiasa menunjukkan peningkatan, bukan sahaja daripada jumlah jualan malahan penyertaan usahawan.

Tahun ini, seramai 500 usahawan dalam bidang tekstil, hasil rimba, hasil tanah, logam dan aneka kraf turut serta dalam HKK. Menurut Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Mohd. Kamil Mohd. Ali, pemilihan tema kali ini berdasarkan sumbangan hasil kraf dalam menjana ekonomi negara.

"Selepas sembilan tahun dilaksanakan, penghasilan produk kraf secara komersial dapat menjana pendapatan dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara," katanya.

Sepanjang 12 hari HKK diadakan, pelbagai program disediakan untuk pengunjung antaranya jualan kraf, pameran kelengkapan rumah, pameran seni ukiran kayu dalam seni bina, pameran dan jualan produk kraf tekaan baru.

Bagi mereka yang belum pernah mengunjungi HKK, kunjungan kali pertama boleh membuatkan mereka jatuh cinta dengan produk kraf tempatan dan seni warisan negara oleh usahawan yang berkampung di kompleks berkenaan.

Promosi khas

Menambahkan lagi warna-warni di hati pengunjung, dua promosi khas telah dirancang iaitu pameran kelengkapan rumah dan pameran seni ukiran kayu dalam seni bina.

Pameran kelengkapan rumah mempamerkan produk kraf untuk hiasan dalaman termasuk produk set ruang tamu, set meja makan, set bilik tidur dan set perabot taman menggunakan medium kayu, buluh, dan rotan.

Lebih membanggakan ia adalah hasil daripada kreativiti tujuh usahawan yang menghasilkan 22 rekaan produk perabot.

Bersempena HKK, sebanyak 40 produk akan dipamerkan seperti birai, panel dinding, jeriji, tingkap, gerbang, sesiku dan pintu hasil kreativiti 16 orang usahawan dari Pahang.

Sebagai memenuhi cita rasa pengunjung yang pelbagai, penggemar produk atau hiasan kontemporari, jangan terlepas berkunjung ke pameran dan jualan produk kraf rekaan baru.

Pameran itu berkonsepkan retro moden melibatkan tema-tema warna retro yang diterjemahkan dalam rupa bentuk kraf moden kontemporari seperti hadiah korporat, produk hiasan rumah dan pejabat termasuklah fesyen dan aksesori.

Dengan 301 rekaan baru yang dihasilkan melalui penglibatan 101 usahawan kraf, ia antara tarikan utama yang menggamit pengunjung ke tapak HKK.

HKK juga bukanlah sekadar festival untuk jualan dan pameran, malah lebih penting, ia diadakan bertujuan memberi pendidikan secara tidak langsung kepada pengunjung.

Menerusi Pameran Kraf Warisan dan Pendidikan Kraf, pengunjung dapat melihat Pameran bertemakan Teknologi Tradisional Pembuatan Kraf Tekstil.

Di bawah kategori tekstil, pengunjung dapat melihat demonstrasi pembuatan batik seperti batik pelangi, blok, lasem dan canting. Begitu juga dengan kraf tenunan seperti songket, tenun Pahang, pua dan dastar, telepok, tekat benang emas serta sulaman keringkam dan Kerawang.


BARANGAN kraf yang diperbuat daripada kayu larik sering menjadi hiasan di hotel dan kediaman.


Tenunan songket

Bagi mereka yang terlibat dalam industri songket ataupun yang meminati seni tenunan songket, mungkin pameran kajian teknik songket oleh Institut Kraf Negara (IKN) dapat menarik perhatian.

Pameran itu mempamerkan kajian songket yang dilaksanakan oleh IKN menggunakan teknik ikat yang meliputi pewarnaan asli dan warna-warni kontemporari.

Demonstrasi Pembuatan Kraf Tenunan yang membawa 10 orang jurudemonstrasi mewakili pelbagai kaum dari empat buah negeri iaitu Sarawak, Pahang, Sabah dan Terengganu serta dari IKN sendiri.

Lebih menarik, HKK turut membuka ruang kepada pengunjung menyaksikan Demonstrasi Pembuatan Tenunan Luar Negara melibatkan penyertaan dari Filipina, Indonesia, Bangladesh, Uzbekistan, China dan Korea.

Kepada peminat hasil kraf, inilah peluangnya untuk mendapatkan hasil kreativiti tempatan yang dihimpun di bawah satu bumbung. Bagi yang baru berjinak-jinak mengenali industri kraf, HKK adalah platform terbaik untuk mengenali keindahan, kesenian, kehalusan dan keistimewaan kraf tempatan sekali gus mendatangkan perasaan cintakan budaya bangsa. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Feminin

Posted: 27 Feb 2011 09:14 AM PST

Utusan Online - Feminin


Kulit wanita Asia sensitif

Posted:

Kulit wanita Asia sensitif

Kulit wanita Asia sensitif

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
Foto Firdaus Latif (PELATIH PERETAK)

Kajian terbaru Akademi Amerika Dermatologi menunjukkan bahawa lebih daripada 50 peratus penduduk Amerika Syarikat mempunyai kulit sensitif.

Dalam pada itu, berjuta-juta orang di seluruh dunia berkata bahawa mereka mempunyai kulit sensitif dan jumlah mereka semakin meningkat.

Ini bukanlah perkara baru di Asia. Ini kerana kulit wanita Asia lebih sensitif kerana ia nipis dan lembut secara genetik.

Menurut Naib Presiden bahagian Perkembangan Teknikal Dermalogica, Dr. Diana Howard, kajian terkini menunjukkan terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kulit alah dan sensitif seperti faktor genetik, gaya hidup seperti tekanan, tabiat pemakanan, prosedur perubatan, kesan alam sekitar dan cuaca panas.

"Bagi mengenal pasti sama anda mempunyai kulit sensitif atau tidak, saya mencadangkan supaya anda perhatikan ciri-ciri fizikalnya seperti kulit yang nipis, tegang akibat kekeringan, bertompok kemerah-merahan, mengelupas dan mudah merah," jelasnya pada majlis pelancaran UltraCalming baru-baru ini.

Dr. Horward menerangkan bahawa secara biologi, kulit akan menjadi alah atau terasa rengsa bersama dengan lapisan epidermis atau lapisan pelindung kulit yang terjejas.

Dr. Howard mengingatkan bahwa kulit yang mudah sensitif, selnya akan rosak secara kekal sekiranya tidak dirawat dan seterusnya akan mengakibatkan masalah kulit yang serius dan penuaan pra matang.

Bagi merawat dan menjaga kulit sensitif, seseorang itu perlulah mengelakkan perkara-perkara yang boleh mengakibatkan alahan seperti membersih dengan terlalu kuat, memicit kulit muka, pengelupasan berlebihan atau terdedah kepada cuaca yang melampau.

Mereka hendaklah menggantikan fungsi perlindungan permukaan kulit dan melindunginya dengan menggunakan produk penjagaan kulit yang lembap dan menggantikan lipid semula jadi serta mengelakkan kehilangan kelembapan dan menghalang agen alahan tanpa mengakibatkan ketidakselesaan.

Dalam pada itu, produk-produk UltraCalming mengandungi kompleks UltraCalming yang sangat berkesan.

Dengan mengekalkan standard formula Dermalogica, semua produk ini bebas daripada bahan yang boleh menyebabkan alahan seperti pewangi dan pewarna dan merawat kulit yang rengsa, kulit yang sangat reaktif dan kulit yang baru selepas pengelupasan.

Setiap produk dalam rangkaian ini mempunyai bahan utama yang membantu melegakan kulit dan mengurangkan ketidakselesaan seperti ekstrak akar Red Hogweed, ekstrak kernel oat, halia dan bisabolol (bahan yang diperoleh daripada Chamomile).

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Dermalogica sila layari www.dermalogica.com.my.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Seleksi beg kembara

Posted:

Seleksi beg kembara

Seleksi beg kembara

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

Lasak dan bergaya - penampilan istimewa Bric's, jenama pilihan beg kembara bertaraf mewah.

Sekali gus menjadikannya salah satu jenama yang dipercayai dan sesuai untuk kembara ketika bercuti dan melancong ke destinasi pilihan.

Bagi penggemar aktiviti lasak, beg kembara ini pasti menjadi pilihan kerana kualiti dan rekaannya.

Mula memasuki pasaran Malaysia pada akhir 2009, koleksi Bric's membentuk identiti tersendiri dengan menggabungkan ketinggian kualiti, daya tahan dan nilai-nilai yang praktikal.

Sejak dibawa masuk oleh Dianomig Sdn. Bhd, himpunan bagasi mewah ini telah mendapat perhatian di pasaran tempatan.

Pelbagai rekaan untuk golongan wanita, lelaki, profesional, remaja dan penggemar fesyen - beg kembara yang ditawarkan sememangnya bermutu tinggi.

Anda boleh memilih sama ada beg perniagaan, kasual, beg sandang belakang, beg wanita dan beg kepit.

Pilihan popular

X-bag antara sebahagian koleksi popular Bric's. Diperbuat daripada kulit dan nilon, koleksi ini menonjolkan gaya menarik dan mengikut trend semasa.

Setiap X-bag akan diberi beg tambahan seperti dompet yang boleh dipadan dengan gaya kasual.

X-bag sesuai digayakan dalam cuaca tropikal dan praktikal untuk pelbagai situasi. Selain digelar beg kembara, wanita yang inginkan gaya ringkas boleh memilihnya untuk ke pejabat atau bersantai.

Selain itu, kebanyakan beg kembara Bric's boleh berputar dan menegak selain diperbuat daripada bahan-bahan bermutu tinggi seperti polister denier, nilon dobi denier untuk beg lembut dan polipropilena, polikarbonat untuk beg keras.

Di sebalik harganya yang mencecah angka ribuan, Bric's juga menghasilkan koleksi mampu dimiliki RM1000 ke bawah.

Koleksi jenama ini boleh didapati di butik Isetan, House of Leather, Eraman & Cuir dan Bangsar Village II.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 27 Feb 2011 09:09 AM PST

Utusan Online - Johor


108 mangsa ribut terima RM60,260

Posted:

108 mangsa ribut terima RM60,260

108 mangsa ribut terima RM60,260

Oleh FARIK SALLEH
utusanjohor@utusan.com.my


RASMAN Ithnain (tiga dari kiri) menyampaikan bantuan bencana alam kepada seorang penerima di Dewan Raya Kampung Felda Simpang Waha, Kota Tinggi, kelmarin.


KOTA TINGGI 26 Feb. - Seramai 108 keluarga dari Kampung Felda Simpang Waha yang rumah mereka dilanda ribut pada Oktober tahun lalu menerima bantuan kerajaan berjumlah RM60,260 di sini semalam.

Bantuan disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain pada majlis yang diadakan di Dewan Kampung Felda Simpang Waha di sini.

Dalam ucapannya, beliau berkata, bantuan itu sebagai tambahan daripada yang diberikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Baitulmal serta pertubuhan-pertubuhan tertentu sebelum ini.

"Bantuan ini diberi kepada mangsa yang tersenarai di bawah JKM. Kejadian ribut dan hujan batu merosakkan kediaman penduduk di sini dan mereka wajar diberi bantuan bagi meringankan beban membaik pulih tempat tinggal masing-masing," katanya.

Dalam kejadian 12 Oktober tahun lalu, sebanyak 141 rumah rosak dan sebahagian daripadanya menerima bantuan.

Justeru, Rasman meminta penerima menggunakan wang bantuan secara berhemah untuk membaik pulih kerosakan rumah.

Seorang penerima, Musa Ngaman, 51, bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan yang mengambil berat masalah dihadapi rakyat.

Jirannya, Faizah Yusof, 54, berkata, walaupun kejadian sudah berlalu lebih tiga bulan, namun keprihatinan kerajaan dapat meringankan beban mangsa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

50 bergotong-royong bersih, cat bangunan PDK Puteri Wangsa

Posted:

50 bergotong-royong bersih, cat bangunan PDK Puteri Wangsa

50 bergotong-royong bersih, cat bangunan PDK Puteri Wangsa


SEBAHAGIAN peserta yang menjayakan program kerja amal di pusat Pemulihan Dalam Komuniti DUN Puteri Wangsa di Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 26 Feb. - Seramai 50 orang menyertai program gotong-royong membersihkan pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa di sini hari ini.

Gotong-royong anjuran Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Johor itu membersih dan mengecat semula bangunan pusat itu.

Ketuanya, Mohd. Nashruddin Daud berkata, seramai 30 kakitangan bahagian tersebut menyertai program itu sebagai kerja amal, di samping mendedahkan fungsi bahagian itu kepada masyarakat.

"Bagi menjayakan program ini, kami memperuntukkan RM1,200 hasil sumbangan ikhlas petugas untuk membeli cat dan barang keperluan lain.

"Ini merupakan tanggungjawab sosial kami untuk sama-sama memenuhi keperluan institusi atau pertubuhan kebajikan seumpama ini," katanya pada program tersebut.

Mohd. Nashruddin berkata, dalam usaha memperkenalkan Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan KDN kepada masyarakat khususnya berkaitan bidang tugas dan fungsinya, beberapa program serupa akan diadakan dalam waktu terdekat.

Sementara itu, Pengerusi PDK Puteri Wangsa, Datin Siti Yusnita Mohd. Yusop berkata, ahli Puteri UMNO, ibu bapa kepada pelatih PDK dan 13 petugas Starbucks turut menjayakan program tersebut.

Beliau berkata, kini PDK berkenaan menampung 32 pelatih yang memerlukan bangunan tambahan membabitkan kos kira-kira RM100,000 bagi menampung 15 pelatih yang berada dalam senarai menunggu.

"Keadaan pusat ini sudah tidak selesa kerana terlalu padat yang pastinya tidak baik untuk perkembangan kanak-kanak kurang bernasib baik," katanya.

Oleh itu, kata Siti Yusnita, pihaknya berharap kerajaan memberi perhatian berhubung keperluan tersebut bagi memastikan kehidupan golongan istimewa itu terus terbela.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kesihatan

Posted: 27 Feb 2011 03:35 AM PST

Utusan Online - Kesihatan


Apendisitis bukan sakit perut biasa

Posted:

Apendisitis bukan sakit perut biasa

Apendisitis bukan sakit perut biasa

Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
bintu.rahman@utusan.com.my



JANGAN makan pedas lagi ya." Itu pesan rakan-rakan kepada Arif (bukan nama sebenar) setelah dia kembali ke pejabat selepas pulih daripada pembedahan membuang apendiks baru-baru ini.

Seperti kebanyakan pembaca, Arif juga pada mulanya tidak mempunyai pengetahuan yang jelas mengenai sakit yang dialaminya.

Sakit perut seakan senak dan kembung pada tanggapannya disebabkan tersalah makan.

Kesakitan itu bermula ketika dia bangun tidur. Perutnya seperti menegang dan rasa kembung di bahagian tengah. Lama kelamaan melarat ke bahagian kanan abdomen dan berlarutan untuk tempoh yang lama. Ketika itu juga dia berasa seperti mual dan tidak berselera menjamah makanan.

Disebabkan kesakitan yang tidak mampu ditahan, dia menggagahkan diri bersendirian ke klinik berdekatan. Selepas diperiksa, doktor mengesahkan dia mengalami radang apendiks (apendisitis) dan terus merujuk kes tersebut ke hospital berdekatan.

Tanpa berlengah, pembedahan dilakukan bagi membuang apendiks yang telah pun bernanah. Arif bernasib baik kerana masalahnya cepat dikenalpasti dan pembedahan dilakukan dengan segera.

Radang apendiks atau disebut juga sakit apendiks merupakan masalah kesihatan biasa yang dialami ramai individu. Pengetahuan yang cetek mengenai masalah ini menyebabkan ramai memandang remeh mengenainya.

Walaupun tidak terlalu serius, apendisitis sebenarnya boleh mengancam nyawa andai dibiar berlarutan.

Dua kali dibedah

Pengalaman seorang lagi bekas pesakit, Mohd (juga bukan nama sebenar)menjalani dua pembedahan akibat apendiks mungkin boleh menjadi panduan.

Seperti pesakit lain, dia juga pada mulanya tidak mengesyaki diri mengalami apendisitis. Pada peringkat awal, dia menahan sakit dengan mengambil ubat herba yang biasa untuk mengatasi sakit perut.

Disebabkan ia langsung tidak menunjukkan kesan malah semakin lama sakit semakin dirasakan, Mohd terus merujuk perkara tersebut ke klinik berdekatan.

Dia yang didiagnos mengalami apendisitis ringan disyorkan menjalani pembedahan laparaskopi apendektomi di hospital berdekatan. Tiga lubang kecil dibuat dan port dimasukkan bagi mengesan serta membuang apendiks. Malangnya kaedah tersebut gagal menemui struktur tersebut. Puas dicuba dan akhirnya dia terpaksa menjalani pembedahan terbuka pula bagi memudahkan apendiks dibuang.

Menurut Dr. Nazri, kes seperti itu bukan satu perkara yang ganjil untuk berlaku.

Keadaan tersebut berlaku disebabkan usus manusia yang tidak tetap dan berlipat-lipat sehingga menyebabkan kedudukan apendiks mungkin dilindungi atau terkebelakang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Laser buang tatu, tanda kelahiran

Posted:

Laser buang tatu, tanda kelahiran

Laser buang tatu, tanda kelahiran

MINGGU lepas saya dikunjungi seorang bapa yang membawa anak terunanya berusia 20-an untuk mendapat rawatan. Bapa itu berusia lingkungan 50-an. Mereka sangat ramah dan mesra. Remaja itu bakal menempuh ujian memasuki sebuah maktab tentera.

Pada mula nya saya agak keliru tentang kunjungan mereka ke klinik aesthetic saya. Jarang sekali saya dikunjungi lelaki anak beranak yang memerlukan rawatan.

Rupa-rupanya masalah remaja itu adalah kerana mempunyai tatu di lengan bahu kanan. Saya memerhatikan tatu tersebut yang bersaiz 6x3 sentimeter. Tatu bergambar tengkorak berwarna hijau gelap jelas kelihatan di lengan kanan teruna tersebut.

Saya difahamkan tatu dibuat oleh kawannya tiga tahun lalu semasa mereka berkunjung ke sebuah tempat membuat tatu di Singapura. Dia menyangka tatu itu akan tanggal sendiri namun tekaannya meleset. Selepas beberapa tahun tatu masih kekal.

Cita-citanya untuk memasuki maktab tentera akan terjejas lantaran keadaan fizikalnya yang bertatu. Dia juga telah dinasihatkan oleh beberapa pegawai yang ditemui supaya membuang tatu tersebut.

Tatu adalah tanda yang kelihatan akibat memasukkan dakwat khas di kawasan lapisan dermis kulit. Oleh kerana dakwat itu diletakkan di kawasan dermis, maka ia kelihatan kekal dan susah untuk dihilangkan. Terdapat teknik memasukkan dakwat menggunakan pen elektrik. Dakwat yang digunakan adalah jenis kekal dan tidak kalis air. Ia masuk sehingga 3mm ke dalam kulit.

Berbeza zaman dulu di mana tatu adalah bersifat adat, kini kegilaan tatu adalah untuk kecantikan. Ramai yang meletak tatu pada kening bagi menggantikan kening asal. Ada juga yang meletakkan tatu pada bibir bagi menampakkan bibir merah dan menarik sentiasa. Di bawah mata juga mereka menggunakan tatu bagi menampakkan mata seakan bercelak.

Kaedah membuang tatu sebelum ini adalah dengan menggunakan cara pembedahan. Ada juga menggunakan asid untuk menghilangkan tatu. Pisau digunakan bagi memotong selapis kulit bagi menghilangkan tatu tersebut. Apabila luka terjadi kulit dibalut dan dibubuh ubat.

Kaedah tersebut bukan sahaja sangat sakit tetapi meninggalkan parut yang hodoh. Penggunaan asid yang kuat menghakis kulit sehingga kulit yang bertatu itu terkupas. Ia juga turut meninggalkan kesan parut yang menggerutu.

Kini terdapat kaedah baru untuk menghilangkan tatu dengan lebih berkesan tanpa meninggalkan sebarang parut.

Kaedah tersebut adalah dengan menggunakan Q-Switched Nd:Yag laser (Medlite C6). Dakwat tatu dihilangkan menggunakan konsep "photo acoustic" yang dihasilkan oleh Medlite C6. Photo acustic bermaksud cahaya laser ini amat selektif kepada kehadiran pigmen.

Apabila laser dipancar di kawasan tatu, pancarannya akan memecahkan dakwat di lapisan dermis kepada partikel lebih halus tanpa merosakkan lapisan atas kulit. Partikel dakwat yang hancur di bawah kulit akan diserap ke dalam badan dan dibuang sebagai bahan perkumuhan atau najis.

Laser jenis ini mampu masuk ke dalam kulit sehingga mencapai ketebalan beberapa milimeter. Tenaga haba yang dihasilkan oleh laser agak perit namun teknik 'coolant' dan menyapu ubat kebas dikawasan yang mahu dirawat menjadikan prosedur ini agak selesa bagi.

Proses ini memerlukan beberapa sesi untuk menghilangkan semua kesan dakwat tatu, tetapi ia sangat berkesan, selamat dan tidak meninggal kan sebarang parut. Faktor tidak meninggalkan parut ini menjadikan Medlite C6 satu kaedah membuang tatu yang digemari ramai.

Cara laser dipancarkan juga adalah mudah. Oleh kerana laser yang digunakan agak terang cahayanya maka pelanggan dan doktor merawat akan memakai cermin mata gelap. Selain daripada itu tidak perlu langkah-langkah lain.

Laser ini juga diguna kan untuk membantu menghilangkan tanda lahir yang sebelum ini tidak boleh dihilangkan. Contoh tanda lahir yang biasa dirawat menggunakan Medlite C6 adalah Nevus of OTA dan Café aulait. Selain itu ia sangat berkesan bagi semua jenis masalah pigmentasi. Dewasa ini pigmentasi biasanya terjadi disebabkan penggunaan kosmetik yang merosakkan sel kulit. Apabila medlite dipancar ia akan memecahkan pigmen menjadikan kulit tampak bersih dan cerah. Kebaikan lain menggunakan medlite adalah kulit akan mengalami peningkatan kolagen membuatkan kulit akan tampak semakin muda.

Laser jenis ini juga mampu menghilangkan bulu roma halus dan mengecilkan pori-pori kulit secara semula jadi. Penggunaannya sebulan sekali membuat kulit tampak halus dan cantik. Oleh itu ia juga sesuai bagi meningkatkan kualiti kulit dan menghalang kedutan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Rekreasi

Posted: 27 Feb 2011 01:29 AM PST

Utusan Online - Rekreasi


Kedamaian Janda Baik di Cherengin

Posted:

Kedamaian Janda Baik di Cherengin

Kedamaian Janda Baik di Cherengin

Oleh MOHD. HAZLI HASSAN
bobo@utusangroup.com.my
Gambar SAIFULLAH MUSTAFA



BERBICARA mengenai 'janda baik', pasti ada yang mengangkat kening tersenyum mendengar nama itu. Ia hanyalah nama sebuah kampung yang terletak di selatan Pahang dan bersempadan dengan Selangor.

Pada mereka yang mengenali Janda Baik pasti akan terkenangkan kehijauan dan kedamaian sebaik sahaja memandu masuk ke kawasan perkampungan Melayu itu.

Sekarang, Janda Baik merupakan destinasi pilihan bagi mereka yang ingin melakukan pelbagai aktiviti riadah terutama bina diri.

Bagaikan tumbuh bak cendawan selepas hujan, kita boleh saksikan pelbagai chalet diwujudkan bagi tujuan tersebut.

Namun sedikit menghampakan kerana kebanyakan chalet tidak mempunyai prasarana yang lengkap untuk menjalankan aktiviti riadah.

Prihatin dengan keperluan itu, anak jati Janda Baik, Mohd. Fauzi A. Latif terdorong untuk membangunkan kawasan kampungnya yang semakin hari semakin padat dengan pelbagai kemudahan yang menawarkan pakej-pakej bina diri.

Malah, dia juga memikirkan kawasan hijau di Janda Baik perlu dibangunkan dengan cara yang betul dan terkawal selepas melihat banyak kawasan lereng bukit diteroka sesuka hati oleh pendatang luar yang menanam halia di situ.

Untuk itu, berbekalkan pengalaman yang ada, dia membeli tanah seluas 4.4 hektar di Kampung Cherengin dan membangunkan sebuah resort bertaraf antarabangsa, Cherengin Hills Convention & Spa Resort dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk 136 bilik penginapan pelbagai saiz termasuk lapan suite dan dua suite perdana.

Terdapat kolam renang, bilik persidangan, kafetaria dan restoran yang menyajikan makanan barat, timur serta beberapa makanan popular penduduk Janda Baik.


MOHD. FAUZI A. LATIF


Menariknya, pelbagai aktiviti boleh dilakukan di Cherengin Hills Convention & Spa Resort dan bukan hanya terbatas untuk riadah atau bina diri.

Bagi mereka yang gemar berekreasi dan sukan lasak, aktiviti memanjat bukit untuk ke Air Terjun Ulu Tampit tersedia di situ.

Menariknya, kepenatan memanjat bukit hilang sebaik menyaksikan air terjun ciptaan Tuhan yang sememangnya mengkagumkan sesiapa saja.

Mengambil masa kira-kira 45 minit hingga sejam perjalanan melalui trek yang sudah disediakan, pengunjung dihidangkan dengan bunyi-bunyian unggas serta deruman air terjun tingkat empat buat pertama kali.

Perjalanan kemudian diteruskan ke air terjun tingkat lima yang mempunyai kolam dan juga kawasan perkhemahan untuk memudahkan pengunjung berehat.

Bagi yang inginkan pengembaraan lebih bermakna, boleh meneruskan perjalanan ke air terjun tingkat tujuh yang pastinya menyajikan satu pengalaman unik ketika merendamkan badan di dalam kesejukan air mineral asli Ulu Tampit.

Untuk ke sana, pengunjung perlu menggunakan pemandu pelancong yang disediakan oleh Cherengin Hills Convention & Spa Resort.

Berehat

Selepas puas menikmati keindahan Air Terjun Ulu Tampit, pengunjung bolehlah berehat di Cafe Tampit dengan merendamkan badan di kolam renang pula.


Cherengin Hills Convention & Spa Resort lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk membolehkan pengunjung selesa bersantai.


Di sini juga disediakan kafe untuk membasahkan tekak atau menikmati hidangan ringan ketika berehat.

Selain itu, banyak lagi tempat menarik yang boleh dilawati ketika berada di Cherengin Hills Convention & Spa Resort antaranya melawat ladang buah-buahan, kolam ternakan ikan, ladang organik yang mempunyai pelbagai sayur dan tumbuh-tumbuhan tempatan selain piknik di Pulau Santap.

Inginkan lebih cabaran, kakitangan rekreasi Cherengin Hills Convention & Spa Resort juga boleh membawa aktiviti mendaki Gunung Nuang atau ke air terjun Kuala Gua.

Keunikan Cherengin Hills Convention & Spa Resort adalah ia terletak di dalam kawasan hijau yang masih terpelihara keasliannya ketika pembinaan resort berkenaan.

Tak hairanlah jika berada di situ, biar pun waktu tengah hari pengunjung masih boleh menikmati udara segar dan sejuk. Pada waktu malam pula ada kalanya suasana nyaman di situ akan mencatatkan suhu sehingga 22 darjah Celsius.

Menurut Mohd. Fauzi, pembangunan Cherengin Hills Convention & Spa Resort juga bertujuan memastikan hasrat membantu penduduk kampung tercapai.


CHERENGIN Hills Resort menawarkan pelbagai jenis bilik.


"Bukan hanya itu, pada waktu-waktu tertentu kami juga akan menyediakan gerai-gerai makanan di depan restoran untuk membolehkan penduduk kampung berniaga pelbagai juadah istimewa yang boleh dinikmati oleh pengunjung," katanya.

Fauzi menambah, matlamat utama resort itu diwujudkan ialah menjadikannya sebagai sebuah pusat sehenti program bina diri dan percutian lengkap.

"Dengan adanya pelbagai jenis bilik hotel yang kami sediakan termasuk kolam renang, bilik persidangan, kafe dan restoran, mereka yang menginap di sini tidak perlu ke mana-mana dan bukan hanya itu, mereka boleh melakukan apa sahaja di sini, lebih-lebih lagi lokasinya yang hampir dengan Kuala Lumpur," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Kesihatan

Posted: 27 Feb 2011 01:29 AM PST

Kosmo Online - Kesihatan


'Rasa kepala macam mahu tercabut'

Posted:

'Rasa kepala macam mahu tercabut'

'Rasa kepala macam mahu tercabut'

Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN


BERAT badan Lia pernah turun daripada 43 kg kepada 20 kg akibat leukemia tahap kritikal yang dihidapinya.


DISAHKAN menghidap leukemia tahap kritikal pada usia 14 tahun dianggap takdir yang paling memilukan buat Noorliameera Johar.

Lantaran penyakit kanser darah yang biasa menjangkiti kanak-kanak itu, kehidupan anak kelahiran Labis, Segamat, Johor ini berubah sama sekali.

Dia yang kini berumur 20 tahun masih dapat merasai kesakitan menjalani pelbagai prosedur rawatan apabila mengingati semula fasa sukar dalam hidupnya itu.

"Ia bermula apabila saya sering sakit di bahagian kiri kepala manakala hidung saya sering berdarah terutama jika berada lama di tempat panas.

"Ayah hanya membawa ke klinik biasa, namun apabila saya kerap sakit, doktor menasihatkan ayah membawa saya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana ada kemungkinan saya menghidap ketumbuhan otak.

"Tidak mahu berlengah, ayah membawa saya menjalani pemeriksaan di sebuah hospital pakar di Batu Pahat. Pakar yang memeriksa mengatakan saya menghidap penyakit hati dan perlu dibedah segera.

"Namun, atas nasihat seorang pakar tulang yang pernah merawat saya, Datuk Dr. Zahir Hussein Kamari, saya enggan dibedah sebaliknya pergi ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk diperiksa dengan lebih lanjut di sana.

Jarum besar

"Pada 25 April 2005, saya jalani pemeriksaan darah di HSA. Selepas lima hari, saya diberitahu hasil daripada ujian tersebut menunjukkan saya menghidap leukemia jenis limfoblastik akut (LLA) iaitu leukemia yang dicirikan oleh limfoblas berlebihan.

"Ketika itu, tahap leukemia saya di tahap kritikal dan doktor menjangkakan saya mampu hidup di antara tiga hingga enam bulan sahaja," katanya.

Lantaran itu, impiannya untuk kembali ke sekolah terpaksa ditangguhkan. Sebaliknya, HSA menjadi rumah kedua bagi mereka tiga beranak.

Setiap hari, selain berehat, bermacam-macam ujian dan pemeriksaan yang perlu dijalani.

Kesakitan yang ditanggung semasa penyedutan tisu sum-sum tulang (BMA), kemoterapi dan radioterapi pernah melenyapkan semangat Lia.

Bersyukur kerana memiliki keluarga yang sangat memahami keadaan dirinya, anak bongsu dari tiga adik-beradik perempuan ini mengaku mereka adalah sumber kekuatannya.

Mana tidaknya, sudahlah seluruh tubuhnya sakit, rawatan yang diberikan juga sangat menyakitkan. Menurut Lia, untuk proses penyedutan tisu tulang sum-sum, jarum yang besar dan panjang digunakan.

"Sakitnya memang tidak tertanggung. Walaupun dibius, saya boleh rasa jarum mencucuk tulang belakang dan menyedut sum-sum tulang.

Muntah hijau

"Kesan daripada itu, hampir dua minggu saya tidak mampu berdiri. Saya hanya mampu berbaring, itu pun secara mengiring di atas katil.

"Prosedur ini saya jalani dua kali sebulan manakala sebulan sekali saya menjalani rawatan kemoterapi di HSA," katanya.

Waktu itu, katanya, badannya sentiasa rasa panas dan kepalanya sangat sakit.

"Sakitnya sampai saya rasa kepala saya mahu tercabut. Setiap kali jalani rawatan, saya akan menangis sampai tak keluar suara.

"Di samping menjalani rawatan kemoterapi, saya juga menjalani rawatan radioterapi di Hospital Pantai di Jasin, Melaka, memandangkan HSA belum memiliki mesin tersebut," kata penuntut semester empat dalam bidang Pengurusan Pejabat di Kolej Unikop, Kuala Lumpur ini.

Beberapa kali menjalani rutin rawatan yang sama, tubuh Lia mula menerima kesan sampingan. Badannya terasa panas, cepat letih dan lembik.

Dia juga hilang selera makan sehingga berat badannya turun mendadak daripada 43 kilogram (kg) kepada 20 kg saja. Ada masanya tekak saya membengkak hingga menyebabkan leher membesar melebihi dagu.

"Walaupun tidak mampu menjamah makanan, saya kerap muntahkan cairan hijau yang rasanya sangat pahit.

"Bayangkan kalau saya terpaksa menjalani prosedur yang sama untuk tempoh dua tahun," katanya yang kini masih mendapatkan rawatan susulan enam bulan sekali di HSA.

Pernah putus asa dan lebih rela mati daripada terus hidup, semangat dan sokongan daripada keluarganya mengembalikan kekuatan untuk dia terus hidup.

"Mereka juga percaya saya mampu melalui semua rawatan ini.

"Lama-kelamaan, timbul kesedaran dalam diri saya. Mengapa saya perlu menyerah kalah sedangkan ayah dan ibu telah berkorban segala-galanya demi memastikan saya mendapat rawatan terbaik.

"Sejak itu, saya kuatkan semangat untuk melawan penyakit ini dan sangat berharap untuk kembali sihat seperti manusia lain," ujarnya yang menolak untuk menjalani rawatan pemindahan sum-sum tulang kerana tidak mahu kakaknya mendapat risiko sakit seperti dirinya.

Bercerita mengenai penyakit leukemia yang Lia hadapi sama seperti menceritakan putaran roda kehidupan keluarganya.

Bukan sahaja leukemia, Lia juga tergolong sebagai orang kelainan upaya (OKU) selepas tiga jarinya terpaksa dipotong akibat tersepit dalam mesin tebu.

"Semasa berumur lapan tahun, saya menolong ayah yang berniaga air tebu. Secara tidak sengaja, saya tergelincir dan berpaut pada mesin tebu tersebut.

Mesin tebu

"Tanpa saya sedari, jari telunjuk, hantu dan manis tersepit dan turut dimesin. Akibatnya, tulang ketiga-tiga jari itu hancur dan perlu dipotong untuk mengelak daripada terus membusuk.

"Selepas saya mendapat leukemia, ayah berhenti berniaga dan sama-sama menjaga saya di hospital bersama ibu.

"Pengorbanan ayah bukan setakat itu. Memandangkan kos rawatan leukemia yang sangat tinggi, ayah sanggup jual tanah dan kebun.

"Sekarang ayah menyara kami sekeluarga dengan mengambil upah sebagai buruh kasar manakala ibu pula tidak bekerja," katanya yang pernah mengemukakan permohonan untuk meminta bantuan daripada pelbagai pihak termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namun tidak pernah dilayan.

Melihat kesusahan yang terpaksa dilalui keluarganya, Lia tekad untuk terus sihat dan maju dalam pelajarannya.

"Saya tidak mahu jadikan kekurangan ini sebagai halangan untuk saya berjaya dan membalas pengorbanan ayah dan ibu," azamnya yang ingin menjadi seorang kaunselor satu hari nanti.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Megabait

Posted: 26 Feb 2011 03:21 PM PST

Utusan Online - Megabait


Memandu guna otak

Posted:

Memandu guna otak

Memandu guna otak

Oleh MOHD. RIDZWAN IMAN
ridzwan.iman@utusangroup.com.my


BRAINDRIVER akan memberi manfaat kepada golongan cacat untuk memandu tanpa menggunakan tangan.


APABILA memandu, gunalah otak." Ia merupakan ungkapan yang selalu kita dengar bagi mengingatkan para pemandu agar tidak memandu sesuka hati, sebaliknya menggunakan akal fikiran ketika berada di jalan raya.

Bagaimanapun, artikel ini bukan ingin memberi panduan memandu menggunakan otak atau pemanduan berhemah tetapi berkongsi maklumat mengenai kajian saintis yang berusaha memperkenalkan kaedah memandu kereta 'hanya menggunakan otak.'

Sememangnya saintis sebelum ini telah berusaha membangunkan pelbagai kaedah atau teknologi untuk membaca gelombang otak dan kemudiannya menterjemahkannya kepada tindakan mekanikal seperti mengawal tangan robot, permainan video dan sebagainya.

Ada juga kajian kawalan telefon dan televisyen yang sedang dijalankan oleh saintis.

Jangan anda tidak percaya, saintis kini juga sedang berusaha membangunkan teknologi bagaimana manusia boleh memandu kereta tanpa menggunakan tangan, sebaliknya hanya mengarahkannya melalui minda!

Aplikasi dikenali sebagai BrainDriver itu akan menghubungkan otak manusia dan komputer yang membolehkan kereta dipandu tanpa perlu memegang stereng.

Penyelidik yang diketuai oleh Raul Rojas, profesor bidang kepintaran buatan di Freie Universitat Berlin, Jerman, menggunakan "Emotiv neroheadset" untuk merekod aktiviti otak pemandu.

Set kepala neuro merupakan alat 'electroencephalography' atau EEG yang pada asalnya dibangunkan untuk kegunaan permainan video oleh syarikat Emotiv dari San Francisco, Amerika Syarikat.

Bagi seseorang pemandu yang ingin menggunakan sistem pemanduan tanpa tangan ini, mereka perlu melakukan beberapa latihan mental terlebih dahulu.

Melalui latihan ini, pemandu akan cuba mengalihkan barangan secara maya (di skrin komputer) dengan hanya menggunakan fikiran dan bukannya menggunakan tetikus.

Pemandu itu akan memakai set kepala Emotiv untuk merekodkan aktiviti mindanya supaya alat itu dapat mengenalinya dengan lebih baik.

Apa yang penting adalah komputer dapat memahami empat arahan penting pemandu iaitu "berhenti, mula, kiri dan kanan."

Dalam satu temu bual, Rojas memberitahu IEEE Spectrum, aplikasi BrainDriver masih di peringkat kajian dan masih tidak boleh digunakan untuk kegunaan di jalan raya.

Bagaimanapun, pembangunan aplikasi antara muka antara manusia dan mesin yang semakin baik akan membolehkan matlamat tersebut dicapai dalam dunia pemanduan.

Bagaimanapun, beberapa ujian yang dijalankan telah membuktikan perkara tersebut boleh dilakukan dan pemanduan tanpa tangan sememangnya boleh dilakukan dengan BrainDriver.

Kajian yang dikenali juga sebagai Projek AutoNOMOS diyakini akan memberikan bentuk pemanduan yang lebih selamat dan mesra alam di masa depan.

Ujian menunjukkan sensor yang dipasang pada kepada pemandu boleh menterjemahkan arahan-arahan mudah yang berkaitan dengan arah, kelajuan dan membrek.

Rojas berkata, sistem komputer yang berada dalam kereta boleh mengenalpasti apa yang dilakukan oleh kereta-kereta lain tetapi ia sukar mengesan arah pergerakan pejalan kaki.

Katanya, projek ini sememangnya leih tertumpu kepada pembangunan teknologi tetapi tidak mustahil ia akan boleh digunakan untuk pemandu-pemandu cacat di masa depan.

Bagi pemandu biasa pula, BrainDriver pula boleh meningkatkan tahap keselamatan seperti mengetahui bila pemandu berasa mengantuk atau tertidur dan kemudiannya mengejutkannya dengan bunyi atau gegaran.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Keluarga

Posted: 26 Feb 2011 01:14 PM PST

Utusan Online - Keluarga


Cita rasa moden di Jengka

Posted:

Cita rasa moden di Jengka

Cita rasa moden di Jengka

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my


PILIHAN klasik kontemporari.


KEGHAIRAHAN menghias rumah konsep-konsep tertentu menjadi 'fenomena' baru khususnya di kalangan penghuni kota.
Minat tersebut sedikit sebanyak dicetuskan dengan kemunculan majalah-majalah laman dan dekorasi di pasaran untuk dijadikan rujukan.

Turut menerima tempias golongan yang tinggal di luar serta pinggiran bandar. Kalau dulu, jika disebut dekorasi kediaman, masyarakat luar bandar memilih gaya hidup seringkas yang boleh.

Memadai sekadar memiliki keperluan asas seperti tilam, katil, televisyen dan almari kecil.

Berbeza sekarang, golongan itu juga dilihat semakin peka dengan dunia hiasan dalaman. Bahkan, mereka turut ghairah menata rias rumah dengan memastikan setiap ruang dari dapur hingga ke kamar beradu, tampil menarik hingga sesetengahnya mengalahkan rumah kelamin.

Sama ada memilih gaya moden , retro, Inggeris, tropika, Bali, ala rumah pelancongan dan sebagainya, yang penting dekorasi memenuhi cita rasa dan mengikut trend semasa.

Menyusuri kawasan Felda Jengka, Pahang, ramai tidak terfikir terdapat pusat perhentian hiasan dalaman merangkumi perabot sofa, set bilik tidur, meja makan dan sebagainya.

Kelengkapan

Pusat sehenti kedai perabot, Ilham Design Furniture (IDF) yang terletak di kawasan luar bandar menjadikannya eksklusif dalam suasana kejiranan berkonsepkan kampung.

Bercirikan reka bentuk moden , IDF mencerminkan pemiliknya, Mejar Wan Munadi Wan Mamat (B) yang dinamik dan sofistikated.

Menarik perhatian penduduk di sekitar Jengka, ia menawarkan pelbagai koleksi kelengkapan rumah daripada yang kecil sehinggalah kepada sebesar-besarnya.

Ditambah pula dengan hiasan dalamannya yang sepadan dengan konsep rumah, pastinya membuatkan tetamu teruja dan kagum dengan sentuhan emas pemiliknya.

Klasik kontemporari dan moden , begitulah konsep percaturan hasil idea kreatif yang popular sekarang.

Bagi mereka yang baru melangkah ke rumah baru, inilah peluang terbaik untuk menyusun kediaman sendiri menjadi cantik dan kelihatan moden dan bergaya. Pelbagai pilihan dan idea hiasan untuk kediaman dengan tema kediaman desa Perancis ke Victoria, gaya Timur, Safari Afrika, gabungan kontemporari dan oriental.

Klasik kontemporari

Sofa berciri moden digabungkan dengan fabrik warna terang menepati ciri klasik kontemporari.

Malah setiap perabot membawa konsep berbeza dengan set sofa paling popular ialah bercirikan moden.

Set bilik tidur diperbuat daripada kayu juga melambangkan ciri klasik, malah meja makan Eropah turut menyerlahkan elemen moden sesebuah kediaman.

Dalam pada itu, setiap katil yang dijual mempunyai pilihan 15 ton warna merangkumi keperluan pasangan suami isteri, kanak-kanak, anak gadis dan pengantin baru.

Ruang makan keluarga boleh direka sendiri menggunakan gabungan warna putih dan hitam amat praktikal.

Secara peribadi, keupayaan Wan Munadi memperkenalkan kediaman mewah khusus untuk warga peneroka yang inginkan konsep moden dan menawan sememangnya mengkagumkan.

Mengakui dekorasi sentiasa mengikut perubahan semasa, Wan Munadi berpendapat orang ramai mula bijak mencari panduan menghias rumah sama ada yang tinggal di kampung mahupun luar bandar.

Memenuhi hasrat tersebut, IDF yang terletak di Bandar Pusat Jengka ini mengalu-alukan kedatangan orang ramai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lelaki pun takut poligami

Posted:

Lelaki pun takut poligami

Lelaki pun takut poligami

KAUM lelaki turut tertarik dengan kisah poligami yang disiarkan beberapa minggu lalu termasuk saya. Namun jangan pula salah sangka, saya bukannya berpoligami atau merancang nak madukan isteri, tetapi sekadar memberi pandangan kerana salah besar kalau anda fikir semua lelaki suka berpoligami.

''Sebenarnya saya tabik pada sesetengah lelaki yang berpoligami, kerana mereka betul-betul mahir, berani, pintar, petah bercakap, pandai merancang dan banyak lagi. Kepada suami yang lurus memang tidak berani berpoligami walaupun dalam hati berkemungkinan ada niat ke arah itu.'' Demikian cerita Yuss dalam e-melnya.

''Saya sudah berkahwin lebih 21 tahun tak pernah terdetik sekalipun dalam hati saya nak berkahwin lagi. Begitu juga kebanyakan lelaki lain yang jumlahnya memang ramai di luar sana. Sebab mereka tahu dan faham tentang masalah yang bakal timbul kalau berpoligami.

''Bab pertama paling besar mematikan hasrat kami nak berpoligami, masalah kewangan. Saya memang tak mampu. Tapi ada kawan cadangkan mengapa jadi bodoh cari saja gadis atau wanita berkemampuan, berpangkat dan berkedudukan, pasti dia ada wang, maka masalah tak mampu tadi boleh diselesaikan. Pasti wanita tadi boleh bantu.

''Tetapi saya fikir satu bab lagi, gadis yang kita nikahi itu pasti hendakkan anaknya sendiri menjadi warisnya. Bab ini lagi berat, sebab bila usia dah meningkat bolehkah saya bangun tengah malam, bergilir jaga anak yang menangis, meragam atau buatkan susu anak, tukar lampin, cuci najis dan lainnya.

Mengandung

'Itu belum masuk bab hantar isteri pergi ke klinik setiap bulan semasa mengandung dan sekali lagi selepas bersalin. Bawa bayi pergi buat suntikan setiap bulan atau pemeriksaan lain jika demam dan sebagainya. Takkan saya nak suruh isteri muda itu pergi sendirian sambil kelek anak yang masih kecil. Tambah segan bila hantar anak ke sekolah rendah, waktu itu orang sebaya kita dah bergelar datuk hantar cucu ke sekolah kita pulak masih hantar anak. Nanti takut tersilap anak kita pun panggil kita datuk kerana terikut kawan-kawan.

''Sekarang anak bongsu saya dah 14 tahun, tak payah nak uruskan apa pun. Saya nak jalan dengan isteri ke mana pun senang, tak ada masalah tinggalkan dia dengan abangnya. Mereka saling membantu. Jadi mengapa saya perlu menyusahkan diri nak kahwin lagi? Bak kata orang tua-tua, kalau tak ada beban mengapa batu nak digalas?

''Selain daripada itu kita juga kena fikir tentang kesihatan kita adakah berada pada tahap baik atau sebaliknya. Kena fikir juga kesihatan isteri baru kita. Kadang tu luaran saja nampak bergetah, dalaman, sebelum jadi isteri kita tak boleh nak ramal.

''Kita kena fikir juga apakah isteri baru kita boleh terima keadaan kita seperti penyakit kita, adakah kita terlalu kuat berdengkur. Apakah dia boleh terima seperti isteri pertama kita? Isteri baru pula, adakah dia suka merajuk, merengus, suka maki hamun, malas atau rajin ke dapur atau mungkin juga ketiak berbau. Belum kahwin memang badan solid, dah beranak nanti macammana? Kalau dia jadi bulat sangat macam mana? Bolehkah kita terima dia.

''Lepas tu kita kena fikir keluarga isteri baru pula macam mana? Bolehkah mereka terima kita yang dah tua jadi menantunya mungkin mertua kita pun dah sebaya kita. Kalau baik sangat lepas kahwin keluarga isteri terus angkut tikar bantal pindah tinggal sekali duduk dengan kita? Apakah kita boleh terima?

''Oleh kerana itu kebanyakan lelaki termasuk saya kami terpaksa berfikir lebih seratus kali kalau nak berpoligami. Banyak benda kena ambil kira. Kalau selama ini isteri seorang sudah memberi kita cukup banyak keselesaan, kesenangan, ketenangan fikiran dan kebahagiaan hidup di dunia mahupun untuk kita beramal buat bekalan akhirat, mengapa kita mesti menyusahkan diri 'mencari batu nak digalas'?

''Jadi kesimpulan yang boleh saya buat jagalah isteri yang ada sekarang sebaik-baiknya. Mana-mana yang kurang tentang isteri kita tu, kita up grade kan sebagaimana yang kita kehendaki. Kalau dia tak pandai makep sebab kita suka tengok wanita cantik bermekap, kita hantar ke salun kecantikan, begitu juga tentang rambutnya.

''Belikan kosmetik yang sesuai supaya dia kelihatan sama seperti wanita lain. Kalau dia sihat dan bagus persembahannya untuk kita juga. Saya nak tanya, berapa kerat suami yang buat demikian untuk kecantikan isteri seperti yang anda kehendaki?

''Ini tidak, sesetengah lelaki kalau tengok perempuan seksi terjegil biji mata . Tapi isteri sendiri suruh pakai jubah, tutup sana tutup sini, muka tampal bedak sejuk, bila isteri buka jubah kita sendiri rasa tak lalu nak dekat, habis macammana? Kenalah melabur sikit kalau nak isteri cantik, wangi macam wanita yang kita suka lihat.

''Dalam pada itu sebagai suami pun kena jaga penampilan, jaga kebersihan diri, dan kesihatan khasnya bila nak bersama isteri, tanya isteri dulu apa kehendaknya, kadang-kadang kita tak perlu pakai modal pun, cukup dengan pakai skil tertentu

''Bila isteri suka baru enjoy. Jangan syok sendiri, isteri belum sampai pun! Lepas tu ada hajat nak poligami. Itu juga salah satu sebab isteri rela bercerai daripada bermadu.

''Orang boleh kata, saya baru kahwin 21 tahun bolehlah cakap, masa depan tak siapa tahu? Memang dalam perkahwinan tak ada jaminan bahagia sampai bila-bila, setidak- tidaknya kita berusaha ke arah itu.''

Demikian pandangan Yuss panjang lebar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads