Isnin, 7 Mac 2011

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Kosmo Online - Varia

Posted: 07 Mar 2011 11:10 AM PST

Kosmo Online - Varia


Pisang tanduk laris di Merlimau

Posted:

Pisang tanduk laris di Merlimau

Pisang tanduk laris di Merlimau

Oleh NIK NURFAQIH NIK WIL


PISANG tanduk berbuah antara 10 hingga 12 biji setandan.


SEKIRANYA anda singgah ke bandar Merlimau, anda pasti tidak akan terlepas pandang pisang tanduk yang bergantungan di deretan kedai buah-buahan di tepi jalan.

Keistimewaan pisang itu ialah ia bersaiz besar hingga ada yang mencapai satu kaki panjang. Ia dikenali sebagai pisang tanduk kerana bentuknya seperti tanduk.

Saiz dan bentuk rupa pisang itu bukan sahaja menjadikannya berbeza daripada pisang-pisang yang lain. Pisang tanduk kebiasaannya mengeluarkan antara 10 hingga 12 biji buah sahaja untuk setandan. Ia berbeza daripada pisang lain begitu juga rasanya.

Kawasan yang dikenal pasti terdapat banyak tanaman pisang ini ialah Kampung Rim, Jasin.

"Pisang ni kalau tanam hasilnya dalam lapan kesembilan bulan baru boleh dapat, walaupun cara tanamnya sama macam pokok pisang lain, tapi itulah...lama sikit nak tunggu hasilnya," kata Pegawai Jabatan Pertanian Daerah Jasin, Mahathir Omar.

Berbanding pokok pisang yang lain, ia hanya mengambil masa antara tiga hingga enam bulan sebelum dituai.

Pendapatan lumayan

Namun, penanam pokok pisang tanduk juga boleh menambah pendapatan apabila anak pokok pisang itu juga mendapat permintaan.

"Selalunya selepas ditebang, satu rumpun pokok boleh menghasilkan 12 hingga 18 anak pokok, jadi ia agak lumayan," katanya bahawa setiap anak pokok pisang itu dijual pada harga RM0.60 sepokok.

Beliau berkata, pisang tanduk semakin terkenal sejak akhir-akhir ini di jasin berikutan daya tahannya terhadap penyakit yang biasa menyerang pisang seperti fusarium wilt dan moko disease.

Bagi membantu petani setempat, Jabatan Pertanian memberi geran RM6,000 bagi setiap 0.4 hektar kepada setiap petani buah-buahan. Ini termasuklah penanam pokok pisang tanduk.

"Geran ini meliputi perbelanjaan yang meliputi baja, racun dan benih, bagaimanapun perbelanjaan selebihnya perlu ditanggung sendiri oleh petani," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah beliau, pisang tanduk menjadi permintaan orang ramai di kawasan Merlimau selepas dikomersialkan untuk industri kerepek dan pisang goreng.

Pembantu di Syarikat Anak Desa AH Kamisah Enterprise yang mengusahakan perniagaan kerepek pelbagai jenis, Rukini Abdul Hamid berkata, penggunaan pisang tanduk secara serius untuk dibuat kerepek oleh syarikatnya bermula sejak tahun 2008. "Pisang tanduk memang kita guna sejak tahun 2002, tapi tidaklah banyak, sebelum ini banyak guna pisang nangka dan pisang nipah, tetapi dah susah nak dapatkan pisang tu sekarang," katanya.

Setiap hari beliau menerima kira-kira lima tandan pisang yang boleh menjangkau berat sehingga 40 kilogram (kg). Kerepek pisang tanduk syarikat itu dijual pada harga RM16 setiap kg.

Syarikat berkenaan memulakan perniagaan sejak 1987 dengan mendapat bantuan di bawah Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT). "Alhamdulillah sekarang berniaga pun agak menjadi walaupun dibuat secara kecil-kecilan," katanya.

Mengenai masa depan permintaan pisang tanduk, seorang pengusaha ladang pisang tanduk, Syed Idrus Syed Abdullah, 43, berpendapat, selagi ada orang yang makan goreng pisang dan kerepek pisang tanduk permintaan terhadap pisang tanduk tidak akan putus.

Sejak tujuh tahun mengusahakan tanaman itu di ladang seluas 16 hektar, beliau belum pernah menghadapi masalah daripada segi pemasaran. "Pasaran ini menjangkau sehingga ke Sepang, Selangor, Johor dan kadang-kadang dipasarkan menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)," katanya menambah bahawa pasarannya masih belum lagi menembusi pasaran luar negara.

Beliau berkata, tanah yang digunakan adalah tanah sawah terbiar dan kira-kira 800 batang pokok ditanam di setiap 0.4 hektar tanah. Syed Idrus berkata, cara penanaman pisang tanduk sama seperti pokok pisang lain.

Saiz pokoknya juga sama. Bagaimanapun, apa yang unik mengenai pokok pisang tanduk itu ialah ia tidak mempunyai jantung.

Impak pilihan raya

Daud Tulus, yang membuka kedai buah-buahan di bandar Merlimau sejak lapan tahun lalu berkata, jualan pisang tanduk daripada orang luar semakin meningkat ekoran adanya pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Merlimau.

"Semalam sahaja satu van dari Pulau Pinang borong, kebanyakan sekarang ni, orang luar lah yang membeli pisang-pisang ni kerana unik kata mereka," katanya yang peramah.

Daud berkata, setiap kg dijual pada harga RM3 dan setiap tandan mempunyai antara 10 hingga 12 biji pisang.

Beliau berkata, selain orang tempatan, kedai beliau turut dikunjungi oleh pelancong dari luar negara yang tertarik dengan keunikan saiz buah berkenaan.

"Kami bekerja tidak henti-henti sejak kempen pilihan raya bermula," kata seorang peniaga goreng pisang tanduk di bandar Merlimau, Mohd. Iskandar Mat, 29.

Beliau yang berniaga pisang tanduk goreng sejak sedekad lalu mengakui tidak menang tangan sejak kempen pilihan raya bermula sehingg hari pengundian kelmarin.

"Selalunya setiap hari boleh dapat dalam RM300 hingga RM400, tetapi sekarang jualannya meningkat tiap-tiap hari," katanya yang enggan mendedahkan pendapatan sebenarnya.

Selain pisang tanduk goreng, gerainya turut menjual cendawan dan ubi goreng.

"Saya jual empat keping pisang goreng ini RM1," katanya.

Seorang suri rumah, Nabilah Abdullah, 25, berkata, pisang tanduk goreng sedap dimakan pada waktu petang bersama keluarga sambil bersembang.

Nabilah yang mempunyai seorang anak berusia enam bulan berkata, pisang tanduk sukar didapati di tempat lain.

"Di sini saja yang senang dapat pisang tanduk goreng, suami saya yang berasal dari Kelantan pun mengakuinya," katanya yang menetap di Kampung Kilang Berapi. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 07 Mar 2011 09:23 AM PST

Utusan Online - Johor


Penjawat awam perlu perbaiki diri

Posted:

Penjawat awam perlu perbaiki diri

Penjawat awam perlu perbaiki diri

Oleh MUHAMMAD ZIKRI
utusanjohor@utusan.com.my

PONTIAN 6 Mac - Kakitangan awam di negeri ini perlu mempunyai keperibadian yang tinggi ketika menjalankan tugas seharian bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang awam dalam mengurangkan jumlah aduan setiap tahun.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Abdul Ghaffar Abdullah berkata, sepanjang tahun lalu sebanyak 1,554 aduan diterima dari pelbagai agensi oleh pihak Biro Pengaduan Awam (BPA).

Katanya, bagi tahun ini sebanyak 238 aduan diterima dengan 133 daripadanya melibatkan jabatan Persekutuan, 99 aduan berkaitan agensi dan jabatan negeri dan enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Daripada jumlah tersebut, 152 aduan atau 63.87 peratus berjaya diselesaikan, manakala bakinya sedang melalui proses siasatan selanjutnya," katanya dalam ucapan perasmian Program Mesra Bersama Rakyat peringkat daerah Pontian di sini, kelmarin.

Turut hadir Ketua Pengarah BPA, Datuk Dr. Tam Weng Wah; Pengarah BPA negeri, R. Marshall Theagarajah; Pegawai Daerah Pontian, Mohamed A. Karim dan ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutuan.

Tambah Abdul Ghaffar, antara aduan yang diterima berpunca daripada aspek teknikal yang boleh diatasi dengan mudah namun sesetengah pegawai didapati gagal untuk menyelesaikan masalah tersebut.

"Bolehlah dirumuskan bahawa kebanyakannya datang daripada kelemahan diri sendiri, sekali gus mencerminkan bahawa penjawat-penjawat awam perlu berusaha untuk memperbaiki diri masing-masing," katanya lagi.

Mengenai program tersebut, Abdul Ghaffar menyifatkannya sebagai memberi peluang kepada orang ramai untuk mengemukakan aduan terus kepada jabatan dan agensi tanpa perlu datang ke pejabat dan sejajar dengan perkembangan semasa.

Kata beliau, persaingan di peringkat global menuntut penjawat awam memberikan perkhidmatan serta komitmen yang tinggi dalam tugasan masing-masing bagi memenuhi kepuasan pelanggan dan meneruskan lagi usaha meningkatkan kualiti.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Habib Jewel teruja taja Pencarian Gadis Johor

Posted:

Habib Jewel teruja taja Pencarian Gadis Johor

Habib Jewel teruja taja Pencarian Gadis Johor


Arif Ziegler Kasaw Abdullah (tengah) bersama sembilan finalis Pencarian Gadis Johor di Johor Bahru, baru-baru ini.


JOHOR BAHRU 6 Mac - Bagi memberi penghormatan kepada pelanggan terutama golongan wanita, syarikat pengeluar barangan kemas terkenal, Habib Jewels Sdn. Bhd. (Habib Jewel) gembira dapat bersama-sama menjadi penaja Pertandingan Pencarian Gadis Johor anjuran akhbar Utusan Malaysia.

Pengurus Cawangannya, Arif Ziegler Kasaw Abdullah berkata, penglibatan tersebut adalah salah satu cara pihak Habib menghargai pelanggan yang kebanyakannya golongan wanita.

Beliau berkata, ia juga sebagai platform untuk mempromosikan fesyen barangan perhiasan wanita kepada golongan remaja.

"Ia satu penghargaan kepada pihak kami atas kerjasama ini. Lagipun program ini adalah tajaan pertama pihak kami pada tahun ini.

''Kami sentiasa menyokong program yang membawa kebaikan kepada semua pihak terutama golongan remaja," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Dalam program yang akan melabuhkan tirainya pada 27 Mac ini, Habib Jewel menawarkan hadiah berupa barangan kemas bernilai RM5,000 kepada tiga pemenang iaitu tempat pertama (RM2,500), kedua (RM1,500) dan ketiga (RM1,000).

Program yang mendapat kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Johor dan Yayasan Warisan Johor itu bermula 9 Januari lalu bertujuan menghargai pembaca setia akhbar Utusan Malaysia khususnya golongan wanita.

Selain itu, ia juga bertujuan mencari gadis yang boleh menjadi ikon dan mewakili Johor dalam memperkenalkan adat, budaya dan warisan negeri ini.

Pemenang akan dinobatkan sebagai Ikon Gadis Johor dan menerima wang tunai RM2,000, barangan kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM2,500 dan tajaan pakej fotografi daripada Wafin Studio.

Keterangan lanjut boleh diperoleh menerusi laman sosial Facebook di alamat www.facebook.com/pencariangadisjohor.

Kesemua 10 finalis tersebut telah melalui beberapa aktiviti termasuk menjual akhbar Utusan Malaysia dan memasak masakan tradisional Johor, asam pedas.

Dalam pada itu, katanya, sempena cuti persekolahan pertengahan Mac ini, satu promosi Fiesta Emas akan diadakan di cawangan Habib Jewel di Angsana Johor Bahru bermula 11 hingga 20 Mac ini.

"Fiesta sebegini merupakan tanda kasih sayang dan penghargaan kami kepada pelanggan. Sehubungan itu semua lapisan masyarakat dijemput hadir dan memeriahkan fiesta tersebut," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Ratu

Posted: 07 Mar 2011 01:30 AM PST

Berita Harian: Ratu


Model lahirkan model

Posted: 06 Mar 2011 07:51 AM PST

Ratu

Wan Norazlina Wan Zainal

Wan Norazlina Wan Zainal

KECENDERUNGAN dalam bidang peragaan sejak usia 15 tahun lagi, membakar semangat Wan Norazlina Wan Zainal untuk meneruskan kerjaya dalam bidang berkenaan. Lantas, tidak mahu bidang itu pupus tanpa kehadiran muka baru, anak kelahiran Pahang berusia 29 tahun itu cekal menyahut cabaran dengan membuka agensi peragaan sendiri.

Wan Norazlina berkata, ketinggian antara faktor utama untuk menjadi model. Minat menjadi asas kedua untuk meneruskan bidang peragaan baik menerusi pertunjukan fesyen atau model iklan untuk media cetak mahu pun elektronik. Antara karier yang mencabar, beliau tidak menafikan ia dapat membina keyakinan, memperbaiki kekurangan diri selain mendisiplinkan diri.

"Saya menceburi bidang peragaan sejak usia 15 tahun lagi dan lebih cenderung pada peragaan pentas (catwalk). Mungkin kerana ketinggian saya pada ketika itu memudahkan saya untuk terbabit dalam bidang ini. "Pembabitan bermula selepas ditawarkan menjadi seorang model ketika berjalan-jalan dengan kawan di pusat beli-belah oleh wakil dari agensi Cinta Modelling bertempat di Bukit Bintang. Individu berkenaan meminta saya hadir uji bakat untuk menjadi model. Saya memberanikan diri untuk mencuba dan layak.
Ketika itu, saya antara peserta termuda dalam agensi berkenaan," katanya.

Sejak itu, Wan Norazlina, belajar cara asas peragaan, baik catwalk mahupun cara beraksi. Dari situ beliau mengumpul portfolio dan penggambaran yang diadakan agensi lain.

"Sebagai orang baru ketika itu, saya banyak belajar dari model senior. Bermula dengan model penggambaran, saya mula mengembangkan sayap ke majalah pula. Antara majalah yang pernah menggunakan perkhidmatan saya ialah Nur, Aniqah serta beberapa lagi majalah fesyen tempatan," katanya.
Tahun ini, genap 13 tahun Wan Norazlina terbabit dalam bidang yang menuntut beliau sentiasa tampil menarik. Beliau mula memberi tumpuan untuk mencurahkan ilmu peragaan dengan mengajar anak muda menerusi pembukaan agensi peragaan kelolaan beliau.

Anak kelahiran Pahang itu berkata, pembukaan Even Glam Agency sejak setahun lalu bagi membantu anak muda berbakat dan mahu berjinak-jinak dalam bidang peragaan. Beliau turut mengajar cara tampil menarik dari segi pemakaian (grooming) serta solekan wajah, selain cara berjalan seperti model.

"Jika diperhatikan, model yang cantik memang ramai, tapi model yang pandai catwalk susah kita nak cari. Kriteria yang perlu ada untuk menjadi seorang model bukan terletak pada kecantikan dan ketinggian semata-mata, tetapi perlu juga ada keyakinan dan keberanian yang kental untuk berhadapan dengan kamera dan juga penonton.

"Matlamat saya membuka Even Glam Agency Modelling ini ialah saya ingin memberi pendedahan kepada muka baru mengenai selok belok dunia di samping memperkenalkan model muslimah yang berkebolehan," katanya yang turut mengakui mencapai kepuasan apabila dapat membina keyakinan, memperbaiki dan mendisiplinkan diri menerusi bidang peragaan.

Namun begitu, tidak ada bidang yang tiada cabarannya. Dalam bidang berkenaan, Wan Norazlina berkata, ketika penggambaran di luar model berdepan dengan keadaan cuaca yang tidak menentu. Panas, hujan walaupun dalam keadaan letih, model perlu memberikan aksi terbaik mengikut kesesuaian tema.

Tiga belas tahun terbabit dalam dunia peragaan, Wan Norazlina pernah terbabit dalam Peraduan Top Muslimah Model 2010 dan pernah ditawarkan mengadakan sesi penggambaran untuk majalah fesyen bersama model senior yang sudah memiliki nama hebat dalam industri.

Beliau turut terbabit menjayakan pertunjukan fesyen Maher Zain hujung bulan lalu.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mata panda

Posted: 06 Mar 2011 07:50 AM PST

Ratu

Lingkaran hitam jejas kecantikan

WAJAH segar, ceria dan cantik bermula dari gaya hidup seharian. Kulit mulus, cerah, licin atau kusam menunjukkan karektor dan sikap seseorang. Kalau rajin, cantiklah kulit, jika malas pula, sebaliknya.

Kulit wajah meliputi semua, termasuklah lingkaran bawah mata. Ada gelap mahu pun sekata. Apabila lingkaran bawah mata menjadi gelap, wajah kelihatan kusam serta tidak bermaya.

Puncanya lingkaran bawah mata menjadi gelap adalah disebabkan beberapa faktor, antaranya pemakanan dan tekanan. Selain itu, ia juga berlaku apabila kulit sering terdedah pada sinaran ultra lembayung (UV) terlalu lama tanpa sebarang perlindungan di samping faktor perubahan usia serta alahan. Pakar kecantikan kulit pernah membincangkan, lingkaran gelap juga boleh terjadi apabila kongesiti pembuluh darah atau penumpukan darah tidak normal. Ia berlaku pada pembuluh tipis yang terletak di bawah kulit atau pada lemak di kantung mata. Kantung mata juga menghasilkan tonjolan persis di bawah mata yang menangkap cahaya.

Sesetengah orang, kantung mata mereka mengalami kongesi vaskular atau penumpukan darah abnormal pada bahagian pembuluh darah dan membuat lingkaran bawah mata tampak biru, ungu atau kehijauan.

Jurusolek jenama terkenal, Bobbi Brown, Jay, berkata bagi memperbaiki kesan hitam pada lingkaran bawah mata, rutin pemakaian produk penjagaan mata sangat penting. Namun, walaupun banyak produk penjagaan mata diperkenalkan di pasaran, ia mungkin tidak akan berkesan jika rutin penggunaannya diabaikan.

Pemakaian produk yang tidak sistematik sekali gus melambatkan proses pemulihan sehingga memaksa wanita terutama yang sentiasa mahu kelihatan jelita menggunakan produk penyamar noda atau concealer dan corrector.
"Kekurangan tidur boleh memburukkan keadaan. Kaedah semula jadi yang boleh membantu mengurangkan pemasalahan itu ialah elakkan minum air terlalu banyak sebelum masuk tidur. Ini kerana apabila bangun pagi, mata akan membengkak.

"Selain itu, pastikan kita mendapat masa tidur dan rehat yang secukupnya.
Cara sapuan produk kulit pada wajah juga tidak boleh terlalu agresif dan kuat kerana amalan menyapu sebarang krim pada mata terlalu kuat boleh menyebabkan kulit cepat berkedut dan bergaris mengikut teknik sapuan," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Bobbi's Secret of the Universe, Bobbi Brown di pusat beli-belah Mid Valley, baru-baru ini.

Sementara menunggu kesan mata 'pulih', tambah pula mahu ke majlis tertentu, corrector dan concealer adalah jalan pantas bagi menutup cela. Justeru, Bobbi Brown memperkenalkan dua produk pembaikpulih, Corrector dan Creamy Concealer, bermula April ini.

Bobbi Brown Corrector berfungsi sebagai pelindung kesan hitam pada lingkaran hitam dan rahsia untuk nampak lebih jelita serta kesan lebih segar pada wajah. Creamy Concealer memberi kesan lembut dan semula jadi pada wajah, yang mengandungi vitamin A, E dan antioksidan.

Kedua-dua produk berkenaan berharga RM90 setiap satu selain Bobbi Brown turut memperkenalkan Creamy Concealer Kit berharga RM135.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pendidikan

Posted: 06 Mar 2011 11:10 PM PST

Utusan Online - Pendidikan


Tutor iLMS kaedah pembelajaran masa depan

Posted:

Tutor iLMS kaedah pembelajaran masa depan

Tutor iLMS kaedah pembelajaran masa depan

Oleh AZMY MOHAMED
pendidikan@utusan.com.my


Sistem e-pembelajaran Tutor iLMS menjadikan proses pembelajaran lebih berkesan kerana keupayaannya menyediakan bahan P&P yang bersesuaian dengan cara pembelajaran setiap pelajar.


Kumpulan Utusan menjadi penyedia pertama sistem e-pembelajaran di Malaysia dan di Asia Tenggara yang dapat menyesuaikan keperluan bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan kehendak gaya belajar setiap pelajar.

Sistem yang dikenali sebagai Sistem Pengurusan Pembelajaran Pintar Tutor (Tutor iLMS) ini merupakan lanjutan kepada Portal Pendidikan di www.tutor.com.my yang dibangunkan oleh Unit Pendidikan Utusan Malaysia pada 2001.

Melalui aplikasi perisian baru yang dibangunkan secara kerjasama dengan Mimos Berhad ini, pelajar perlu menjalani ujian psikometrik terlebih dahulu untuk mengetahui tahap kepandaian pelbagai dan cara pembelajaran yang sesuai dengan dirinya.

Hasil daripada ujian itu, sistem akan menjana profil pengguna dan memadankannya dengan format bahan P&P yang menepati cara pembelajaran pelajar berkenaan.

Perisian Tutor iLMS akan memandu pelajar untuk mengikuti proses pembelajaran secara teratur menggunakan objek pembelajaran yang dipersembahkan mengikut format yang menepati cara pembelajarannya sama ada dalam bentuk teks dan grafik, multimedia, realiti maya atau augmented reality.

Objek pembelajaran disediakan oleh Unit Pendidikan Utusan Malaysia. Manakala Majlis Amanah Rakyat (Mara) pula menyediakan isi kandungan yang merangkumi bahan P&P, keusahawanan serta kerjaya dan latihan.

Tutor iLMS dipasarkan di dalam dan luar negara oleh anak syarikat milik penuh Utusan Melayu (M) Berhad, Perfisio Solutions Sdn. Bhd.

Ia dilancarkan secara rasmi oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya, jumaat lalu.

Projek rintis untuk sistem e-pembelajaran yang sesuai digunakan di dalam serta di luar bilik darjah ini akan dilaksanakan di empat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan di sebuah Institut Kemahiran Mara (IKM).

Selain itu, Tutor iLMS dilengkapi dengan sistem pengurusan pemantau iLMS yang bermanfaat kepada murid, ibu bapa, guru-guru malah hingga ke peringkat jabatan pendidikan negeri dan daerah.

Berbeza dengan sitem e-pembelajaran sedia ada, Tutor iLMS lebih pintar kerana menawarkan teknik pembelajaran mengikut kecenderungan pelajar dan tidak terhad kepada nota dalam talian dan soalan latih tubi sahaja.

Ulang kaji mengikut cara yang sesuai dengan kehendak pelajar ini pasti akan menambah kefahaman mereka terhadap sesuatu topik atau subjek.

Maklumat lanjut tentang Tutor iLMS boleh dirujuk di talian 03-22413055 atau e-mel: yusni@perfisio.com.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Duit syiling bantu pesakit kanser

Posted:

Duit syiling bantu pesakit kanser

Duit syiling bantu pesakit kanser

Majlis Kanser Nasional (Makna) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dan sokongan Bank Negara telah melancarkan Kempen Kutip Syiling Makna 2011 bagi membantu meringankan beban pesakit kanser yang tidak berkemampuan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, dengan mengutip syiling bernilai satu sen dan lima sen yang tidak diperlukan mampu menyelamat lebih banyak nyawa.

"Program yang sudah memasuki tahun keempat itu, mendapat sambutan menggalakkan di kalangan pelajar, guru dan ibu bapa.

"Secara tidak langsung, ia mencerminkan tahap kesedaran sivik dan sikap penyayang terhadap mereka yang kurang bernasib baik," katanya.

Teks ucapannya itu dibacakan oleh Timbalan Pengarah Pejabat Pelajaran Wilayah (Bangsar-Pudu), Jamaludin Abdullah sempena Majlis Pelancaran Kempen Kutip Syiling Makna 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Pudu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Hadir sama, Presiden Makna, Datuk Mohd. Farid Ariffin; Pengurus Jabatan Mata Wang Bank Negara, Raman Krishnan dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Pudu, Norhana Mustapha.

Pada majlis itu juga, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Sacred Heart Chinese Sibu dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katolik telah menerima Anugerah Sumbang Bakti Makna kerana berjaya mengumpul kutipan tertinggi dalam kempen yang lalu.

Menurut Ka Siong, sikap tersebut sepatutnya dipupuk sejak dari awal lagi supaya ia membawa kesan positif kepada masyarakat untuk jangka panjang.

Selain itu, katanya, kempen itu juga dapat mendidik dan memberi kesedaran kepada pelajar tentang bahayanya penyakit kanser dan pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat.

Sementara itu, Mohd. Farid berkata, sejak diperkenalkan pada 2007, kempen tersebut telah berjaya mengumpul lebih RM1.15 juta.

Kata beliau, pada tahun ini disasarkan kempen tersebut berjaya mengumpul RM500,000 bagi membantu membiayai pesakit kanser yang dirujuk kepada Makna di 76 hospital di seluruh negara.

"Pada tahun ini, setiap pemberian RM0.50 akan mendapat satu penanda buku Kempen Kutip Syiling Makna sebagai ganjaran.

"Manakala, sekolah yang menyumbang kutipan tertinggi bagi setiap negeri akan diberikan insentif dengan mengadakan pameran dan ceramah kesedaran kanser di sekolah tersebut secara percuma," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Megabait

Posted: 06 Mar 2011 03:29 PM PST

Utusan Online - Megabait


Panduan untuk IE

Posted:

Panduan untuk IE

Panduan untuk IE


Menggunakan pelayar web Internet Explorer memerlukan pengguna mengetahui status keselmatannya.


Bagaimanakah cara untuk memastikan pelayar web Internet Explorer selamat digunakan?
Dalam program Internet Explorer (IE) terdapat empat bahagian tahap keselamatan yang anda boleh konfigurasikan iaitu bahagian Trusted, Restrict, Internet dan Intranet atau setempat. Ia bergantung kepada zon mana anda mengetahui status keselamatan atau percaya kepada laman-laman web yang akan dilayari menerusi IE.

Konfigurasi ini juga dikenali sebagai zon keselamatan yang boleh dikonfigurasikan dalam menu keselamatan pada program IE.

Konfigurasi ini membolehkan anda melayari laman web di Internet menggunakan program IE dengan lebih selamat.

Seterusnya diperincikan langkah-langkah konfigurasi tersebut iaitu:-

* Klik pada butang Tools yang terdapat pada menu di atas program IE.

* Klik pada butang Internet Options atau Option yang terdapat di menu Tools.

* Apabila tetingkap Internet Options dibuka, klik pada tab Security.

* Di sini anda boleh membuat pilihan untuk salah satu zon keselamatan program IE iaitu sama ada Internet, Local Intranet, Trusted Site atau Restricted Site Zones untuk anda konfigurasikan.

* Untuk mengkonfigurasikan kesemua jenis zon keselamatan tersebut, anda boleh memilih pilihan untuk konfigurasi secara lalai iaitu konfigurasi yang telah ditetapkan oleh pihak Microsoft pada IE sekiranya tidak mahir.

Ini boleh dilakukan dengan memilih dan klik pada menu Default Level untuk setiap zon atau klik pada menu Reset all zones to default level.

* Zon keselamatan yang penting adalah pada zon Internet.

Pada zon ini anda boleh menetapkan tahap keselamatan ketika melayari Internet iaitu sama ada memilih tahap Medium, Medium-high atau High.

* Di samping itu, disetiap zon keselamatan ada pilihan untuk kita konfigurasikan keselamatan pelayar web secara manual atau kendiri iaitu pada menu atau butang Custom Level. Pastikan anda mengetahui berkenaan apa yang anda konfigurasikan pada menu ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Panduan tahap keselamatan pada zon internet IE

Posted:

Panduan tahap keselamatan pada zon internet IE

Panduan tahap keselamatan pada zon internet IE

Medium- Tahap pelayaran web di Internet secara selamat dan ada fungsi-fungsi tertentu boleh dilarikan tetapi akan ada paparan amaran terlebih dahulu seperti memuat turun sesuatu kandungan yang berpotensi tidak selamat.

Tidak akan memuat turun sebarang program komputer yang mempunyai kawalan Active X kecuali dimasukkan konfigurasinya secara manual ke dalam menu Custom Level.

Medium-high- Tahap pelayaran web di Internet secara selamat dan sesuai untuk hampir kesemua laman web yang ada Internet.

Seperti pada tahap Medium, paparan amaran akan ada sebelum sesuatu kandungan yang berpotensi tidak selamat dimuat turun dan tidak akan memuat turun sebarang program komputer yang mempunyai kawalan Active X.

High - Tahap pelayaran web di Internet paling selamat dalam IE. Ia sesuai digunakan untuk menyekat pelayaran laman-laman web yang kandungannya boleh mendatangkan kerosakan kepada komputer.

Konfigurasi keselamatannya secara lalai adalah pada tahap yang maksimum dan dengan itu banyak fungsi lain pelayaran web tidak dapat dijalankan.

Bagi program IE yang versi lama, ia mempunyai tahap seperti Low dan Medium Low. Tahap-tahap ini sudah tidak ada lagi dalam program IE versi yang baru.

Pada menu Internet Options juga terdapat menu atau butang Privacy.

Pada fungsi Privacy ini juga terdapat pilihan tahap keselamatan untuk zon Internet iaitu Accept All Cookies, Low, Medium, Medium-High, High dan Block All Cookies.

Cookies ini adalah satu cara untuk laman-laman web mendapatkan maklumat berkenaan dengan sesiapa sahaja yang melayari laman web mereka.

Biasanya kita set pada pilihan Medium sahaja untuk menu Privacy ini bagi mendapatkan tahap keselamatan pelayaran web yang baik.

Di samping itu, terdapat juga fungsi Sites, Import dan Advance untuk mengkonfigurasikannya secara manual dan lebih spesifik lagi.

Pastikan anda mengetahui tentang apa yang anda konfigurasikan. Terdapat juga fungsi Default untuk anda dapatkan konfigurasi yang telah ditetapkan oleh pihak Microsoft.

Pada menu privacy ini juga terdapat fungsi Pop-up Blocker dan InPrivate untuk mengukuhkan lagi tahap keselamatan pelayar web IE pada bahagian Privacy ini.

Pop-up Blocker akan menghalang mana-mana tetingkap atau window yang akan dibuka secara automatik ketika sedang melayari mana-mana laman web.

Manakala, InPrivate pula terdapat dua fungsi pilihan iaitu InPrivate Filtering dan InPrivate Browsing. Fungsi InPrivate Browsing akan menghilangkan atau tidak menyimpan jejak-jejak pelayaran Internet, Fail sementara, data, Cookies, kata laluan dan kata nama pada pelayar web IE.

Fungsi InPrivate Filtering pula digunakan untuk melihat dan menghalang kandungan web daripada pihak ketiga berada pada bilangan yang banyak ketika sedang melayari sesebuah laman web. Fungsi ini dinyah aktifkan secara lalai dan perlu diaktifkan bagi setiap sesi sekiranya mahu menggunakannya.

Akhir sekali, pastikan program IE yang anda gunakan adalah versi yang terkini dan dikemaskinikan sentiasa menerusi laman web Microsoft.

Inilah perkara-perkara asas keselamatan yang perlu diketahui dalam menggunakan program pelayar web IE untuk melayari laman web di Internet.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Agrobiz

Posted: 06 Mar 2011 03:13 PM PST

Utusan Online - Agrobiz


FRIM perhebatkan industri herba

Posted:

FRIM perhebatkan industri herba

FRIM perhebatkan industri herba

Oleh LAUPA JUNUS


Antara pencapaian FRIM ialah memanfaatkan tumbuhan ubat-ubatan yang diperoleh daripada hutan.


HUTAN menyimpan segala macam jenis herba - tumbuh-tumbuhan yang kini diterokai khasiatnya untuk manfaat manusia sebagai makanan dan juga ubat-ubatan.

Sebab itu, kesungguhan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) membangunkan industri herba sangat tepat pada masanya.

Agensi itu menubuhkan Bahagian Tumbuhan Ubatan yang kemudian dikenali sebagai Bahagian Hasilan Semulajadi pada Februari 2011 untuk memberi fokus kepada kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan teknologi dalam bidang tumbuhan ubatan dan herba.

Bahagian tersebut menggunakan pendekatan pelbagai disiplin dalam melaksanakan penyelidikan untuk membangunkan ekstrak piawai dan produk prototaip daripada tumbuhan ubatan dan beraroma seperti kosmetik, nutraseutikal, makanan berfungi dan fitoperubatan (phytomedicine).

Pengarah Kanan, Bahagian Hasilan Semulajadi FRIM, Dr. Rasadah Mat Ali berkata, FRIM di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mula terlibat dengan penyelidikan tumbuhan herba pada tahun 1995 selepas Kabinet mengarahkan penubuhan Bahagian Tumbuhan Ubatan di FRIM pada April 1994.

"Malah kita merupakan pelopor kepada penyelidikan antioksidan selepas bahagian tersebut ditubuhkan di FRIM pada 1995.

"Sekarang, terdapat sembilan ujian antioksidan yang telah dijalankan.

"Malah, satu ujian baru iaitu Oxygen Radical Antioxidant Capacity (ORAC) telah ditambah ke dalam ujian antioksidan yang sedia ada dalam tahun 2011.

"ORAC adalah ujian antioksidan yang telah diterima pakai seluruh dunia sebagai ujian piawai untuk mengukur aktiviti antioksidan dalam produk nutraseutikal , farmaseutikal dan industri pemakanan," ujarnya.

Sejak itu kata beliau, FRIM telah mengorak langkah memberi suntikan baru kepada industi herba khususnya yang diperoleh dari hutan.

Ini kerana FRIM mempunyai kepakaran dalam pengenalpastian tumbuhan-tumbuhan herba , mencirikannya dan menghasilkan penanda bagi setiap sebatian aktif atau sebatian kimia berguna dalam tumbuh-tumbuhan berkenaan.

Malah berdasarkan pencapaian terkini, FRIM telah berjaya mengumpul 1,078 fitoekstrak dan 35 ekstrak piawai, 100 minyak pati, 85 sebatian fitokimia dan 10,000 kultur actinobacteria dalam perpustakaan hasilan semula jadinya.

Bagi Ketua Pengarah FRIM, Datuk Dr. Abd. Latif Mohmod, kejayaan tersebut sangat penting bagi program pembangunan dalam penemuan sebatian bioaktif dengan nilai teraputik.

FRIM kata beliau, telah berjaya mengenal pasti tumbuhan ubatan yang tulen menerusi usaha pencirian kimia dan morfologi.

Usaha lain ialah menjalankan kajian pemprofailan kimia dan mengenal pasti penanda kimia untuk piawaian ekstrak herba, dan menawarkan 30 ekstrak seumpamanya untuk kegunaan industri.

Pada masa sama, FRIM juga menjalankan penilaian bioefikasi dan potensi bio dan mewujudkan 25 bioasei berkaitan dengan bioteraputik, kegagalan metabolik dan sistem pengenalpastian mikrobial.

FRIM juga mempunyai pangkalan data 564 spesies negatif bakteria aerobik, 480 spesies bakteria anerobik, 619 spesies filamen kulat dan 267 spesies yis serta 19 Methiclin superbug Staphylococcus aureus untuk penyelidikan.

Setakat ini institut berkenaan juga berjaya mengumpul spesimen rujukan untuk 1,147 spesies tumbuhan ubatan dan beraroma.

Kejayaan terbaru ialah mewujudkan konservasi ex-situ tumbuhan dan beraroma dengan lebih daripada 200 spesies di Taman Etnobotani di Kepong dan Stesen Penyelidikan di Maran, Pahang.

Tanaman tersebut termasuk tongkat ali, misai kucing, mengkudu, kacip fatimah, pudina, tutup bumi , kunyit , limau nipis, serai wangi, legundi, kalampayan, asam gelugor, karas, petai dan patawali.

Kejayaan FRIM dalam tempoh yang singkat iaitu sejak 1995 dengan kepakaran 50 penyelidik mengenai herba dan tumbuhan ubatan banyak dibantu oleh kemudahan makmal berteknologi canggih yang dimilikinya.

Sebagai contoh, makmal Pusat Teknologi Herba (HTC) yang dimiliki FRIM dilengkapi peralatan yang sejajar dengan matlamat dan peranannya dalam industri herba.

Peralatan seperti Gas Chromatography Mass Spectrometer (GCMS) untuk pengasingan sebatian, Nuclear Magnetic Resonans (NMR), Thin Layer Chromatography (TLC), High Performance Liquid Chromatography, Fourier transform infrared spectrometer (FTIR) dan Liquid Chromatography Mass Spectrometer (LCMS) antara kelengkapan makmal yang perlu dalam bidang penyelidikan hasilan semulajadi.

HTC pula telah menerima pensijilan Amalan Pengilangan Baik (GMP) untuk pemerosesan ubatan berbentuk kapsul dan tablet daripada Kementerian Kesihatan pada tahun 2007.

Setiap tahun, pusat berkenaan telah membantu 226 pengusaha herba dan pemakanan dari segi khidmat nasihat dan pemindahan teknologi serta menawarkan antara 100 dan 150 perkhidmatan pemprosesan herba.

Ia juga menjadi penghubung penting antara agensi-agensi kerajaan termasuk agensi penyelidikan dan penguatkuasaan dengan pengusaha herba dalam penghasilan produk yang berkualiti tinggi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

FMBIOSIS lahir usahawan

Posted:

FMBIOSIS lahir usahawan

FMBIOSIS lahir usahawan

Salah satu program yang wajar dicontohi yang dicetuskan oleh Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutunan Malaysia (FRIM) Datuk Dr. Abd. Latif Mohmod ialah FMBIOSIS atau Program Pembangunan BioUsahawan Siswazah FRIM- MTDC.

Program tersebut bertujuan melahirkan usahawan dalam bidang biologi hutan yang mana FRIM akan berfungsi sebagai penyedia teknologi .

Sebanyak 10 buah syarikat ditubuhkan bersama Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) bagi mengkomersialkan hasilan penyelidikan dan pembangunan (R&D) FRIM.

FRIM merupakan perintis dalam mewujudkan kerjasama pintar dengan MTDC untuk menubuhkan syarikat yang dianggotai oleh siswazah. Program tersebut telah menjadi contoh kepada beberapa universiti di negara ini dalam menubuhkan program yang sama.

Salah satu produk yang berjaya dibangunkan ialah biskut mesra untuk pesakit diabetes yang dihasilkan oleh Diabetic Cure Sdn. Bhd.

Menurut pengurus syarikat berkenaan, Jacklin Likan ak Bernabes Baie, biskut tersebut memanfaatkan sejenis ekstrak herba yang beliau enggan dedahkan nama dan rumusannya yang tidak menggunakan gula sebaliknya menggunakan stevia.

"Kami memulakan usaha pada 2009 dan saya anggap kejayaan kami menghasilkan produk ini adalah modul yang permata seumpamanya di dunia,'' ujarnya.

Dengan geran RM1.48 juta dibiayai oleh MTDC, pihaknya setakat ini memfokuskan pengeluaran kepada satu produk sebelum beralih kepada produk minuman.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

1 ulasan:

  1. Jadwal Sabong Ayam SV388 22 Oktober 2018 di Situs Judi Sabung Ayam Online Melalui Agen Resmi Taruhan Sabung Ayam Live Asli Thailand.

    Senin, 22 Oktober 2018 – Pada Hari Tersebut Akan Di Laksanakan Berbagai Pertandingan Sabung Ayam Secara Live di Arena Sabung Ayam Thailand, Situs Judi Asal Thailand Yang Sangat Terkenal Dengan Permainan Sabung Ayam Yang Fair dan Menghibur Para Penonton Judi Sabung Ayam.

    Untuk Info Lebih Lanjut Bisa Hub kami Di :
    wechat : bolavita
    line : cs_bolavita
    whatsapp : +6281377055002
    BBM: BOLAVITA

    BalasPadam

ads