Selasa, 15 Mac 2011

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Utusan Online - Johor

Posted: 15 Mar 2011 09:43 AM PDT

Utusan Online - Johor


Minta pantau kawasan Lurah, Kempas

Posted:

Minta pantau kawasan Lurah, Kempas

Minta pantau kawasan Lurah, Kempas

SAYA salah seorang mangsa pecah rumah di kawasan Lurah, Kempas.

Kejadian pecah rumah di kawasan kediaman saya sejak akhir-akhir ini semakin menjadi-jadi. Terbaru, pada 4 Mac lalu, terdapat empat buah rumah telah dipecah masuk pada waktu malam.

Penyamun tersebut begitu berani melakukan jenayah walaupun di tempat terang dengan mengumpil atau memotong jeriji rumah. Apabila saya selidik, pecah rumah kerap berlaku di kawasan Permatang dan Lurah.

Kami syak yang melakukannya adalah orang tempatan. Saya memohon agar polis mengambil tindakan yang sewajarnya.

Saya dapati pada waktu petang, ramai anak muda di bawah umur menunggang motosikal dengan laju tanpa topi keledar, begitu juga dengan aktiviti lumba basikal. Bila diperhatikan, mereka bukan anak-anak penduduk Lurah.

Ramai penduduk di sini telah mengalami kejadian perompak masuk ke rumah. Ada antara mereka diikat, diacu parang dan sebagainya.

Justeru, saya berharap agar pihak polis lebih kerap memantau kawasan ini.

MANGSA ROMPAKAN

Kempas.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anjing liar ancam penduduk

Posted:

Anjing liar ancam penduduk

Anjing liar ancam penduduk


KEHADIRAN beberapa ekor anjing liar di Taman Sri Pulai, Skudai membahayakan keselamatan penduduk setempat khususnya kanak-kanak dan pejalan kaki.


Saudara pengarang,
KEHADIRAN sekumpulan anjing liar di kawasan Taman Sri Pulai, Skudai, Johor Bahru sejak akhir-akhir ini semakin membimbangkan penduduk setempat.

Ini kerana kehadiran kumpulan anjing tersebut membahayakan keselamatan penduduk setempat terutama kepada pejalan kaki dan kanak-kanak.

Kebiasaannya kumpulan anjing liar tersebut akan berlegar-legar di Jalan Meranti dan taman permainan kanak-kanak di kawasan tersebut.

Penduduk mengesyaki kumpulan anjing tersebut tidak mempunyai tuan, menyebabkan haiwan itu bebas berkeliaran di kawasan tersebut.

Penduduk pernah membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) dan kakitangan pihak berkuasa tempatan berkenaan pernah datang untuk meninjau keadaan.

Diharap pihak yang bertanggungjawab mengambil langkah segera termasuk menangkap kesemua anjing itu sebelum kejadian tidak diingini berlaku.

PENDUDUK BIMBANG.

Taman Sri Pulai, Skudai

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - GenK

Posted: 14 Mar 2011 09:38 PM PDT

Kosmo Online - GenK


Rahsia kejayaan atlet pelajar

Posted:

Rahsia kejayaan atlet pelajar

Rahsia kejayaan atlet pelajar

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID



KEMENTERIAN amat berbangga dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh para atlet institut pengajian tinggi (IPT) sama ada yang mewakili negara, negeri mahu pun universiti.

"Kejayaan anda terutama di peringkat antarabangsa berjaya menunjukkan bahawa atlet IPT mampu cemerlang."

Ucapan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin itu pada Majlis Kecemerlangan Sukan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) baru-baru ini sudah cukup menjadi azimat dan semangat buat yang mendengarnya.

Ketika itu, barisan atlet yang cemerlang dalam sukan masing-masing seperti Daniel William Hendry Bego, Chai Fong Yin, Khoo Cai Lin, Hafiz Adzha dan Bryan Nickson Lomas dilihat tekun mendengar. Ada ketikanya, mereka tersenyum simpul dan ada yang berbisik-bisik sesama rakan semeja. Barangkali sedang mengimbau detik kejayaan yang telah dikecapi mereka.

Mohamed Khaled meneruskan perenggan beliau dengan memperincikan kejayaan luar biasa atlet IPT. Kata beliau, pada Kejohanan Sukan Komanwel, New Delhi, India pada Oktober tahun lalu, para atlet IPT berjaya menggondol satu pingat emas, empat perak dan empat gangsa.

Kecemerlangan itu diteruskan pada Kejohanan Sukan Asia di Guangzhou, China apabila mereka menyumbang satu pingat emas, tujuh perak dan dua gangsa.

Tirai 2010 dilabuhkan dengan gilang-gemilang oleh atlet-atlet dari IPT pada Kejohanan Sukan Universiti (AUG) ke-15 di Chiangmai, Thailand. Kontinjen Malaysia merangkul 37 pingat emas, 34 perak dan 43 gangsa di bumi Gajah Putih itu.

"Ini merupakan pencapaian terbaik kita dalam AUG sejak diperkenalkan di luar Malaysia pada tahun 1981 dan yang menariknya, ia melepasi sasaran awal kita iaitu 24 pingat emas," kata Mohamed Khaled dengan nada bangga.

Biasiswa atlet IPT


KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI sedang giat pencari pelapis bagi sukan bertaraf dunia iaitu golf.


Bagi menghargai pengorbanan jaguh-jaguh negara itu, KPT memutuskan untuk memberi insentif kepada mereka yang layak.

Sebelum itu, ujar Mohamed Khaled, ia hanya sekadar token penghargaan dan bukan sama sekali hendak menyamai wang ringgit dengan keringat yang dicurahkan.

"Saya percaya para atlet yang berada di hadapan saya dalam majlis ini bukannya golongan yang mahu mengejar kemewahan, kebendaan atau pun populariti.

"Kamu semua adalah patriot negara yang sanggup merentasi arus cabaran demi menjulang martabat Malaysia di mata dunia," ujar beliau.

Pada tahun ini, Biasiswa Sukan KPT diberi peruntukkan sebanyak RM10 juta berbanding RM5 juta sebelumnya. Seramai 391 orang atlet yang terdiri daripada pelajar terpilih menerimanya.

Kriteria utama penawaran biasiswa ini adalah bersandarkan kepada pencapaian yang cemerlang dalam sukan yang diceburi serta mendapat pengiktirafan daripada Majlis Sukan Negara (MSN).

Daripada aspek kebajikan atlet, Mohamad Khaled mengumumkan skim perlindungan insurans kepada semua para atlet.

Keseimbangan


FORMULA Indeks Utama Prestasi (KPI) dan Sasaran Utama Prestasi (KPT) yang digunapakai berjaya melahirkan atlet sukan yang cemerlang.


Kerajaan menyasarkan sekurang-kurangnya 30 peratus atlet negara terdiri daripada atlet IPT menjelang tahun 2015. Bagaimanapun kerajaan pada masa sama mahu setiap atlet seimbang dalam dunia sukan dan pelajaran.

Justeru, Dasar Pembangunan Sukan IPT (DPSIPT) digariskan. Menerusi DPSIPT, tuisyen dan jadual kuliah anjal yang antara lain memudahkan atlet mengurus latihan atau pertandingan agar mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Masih mempunyai kaitan dengan akademik, Mohamed Khaled berkata, kementeriannya turut memberi tumpuan kepada aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam bidang sukan.

"Pihak kami telah memilih enam penyelidik daripada beberapa IPT untuk menerima geran penyelidikan sukan berjumlah RM400,000," kata beliau.

Pada peringkat awal, satu penerbitan jurnal sukan diharap dapat dihasilkan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dulu pendiam, kini peguam

Posted:

Dulu pendiam, kini peguam

Dulu pendiam, kini peguam

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID


ZAINUL bersama isteri menjadikan peluang mengerjakan umrah dan haji sebagai momen untuk menenangkan jiwa dan muhasabah diri.


BEBERAPA tahun lalu, penulis pernah bersembang dengan seorang peguam. Kami ligat bercerita tentang dengung gendang kes-kes syariah yang kerap menjadi muka depan di dada-dada akhbar.

Masih terpahat dalam ingatan penulis, peguam lelaki itu berkata, kalau mahu isu itu dikupas dengan lebih mendalam, Zainul Rijal Abu Bakar adalah rujukan yang terbaik.

Ujarnya: "Zainul adalah seorang pengamal undang-undang syariah yang hebat dan petah. Beliau berada dalam liganya tersendiri dan sangat dihormati oleh kelompok peguam yang sebaris dengannya."

Cerita berkenaan Zainul Rijal tidak berakhir sampai di situ. Rakan penulis kemudiannya menceritakan tentang betapa terharunya dia apabila Zainul Rijal sanggup menghubungi dan membantunya untuk memberi ulasan berhubung satu kes yang sangat penting ketika itu.

Bertitik tolak daripada itu, penulis melihat peguam syarie itu mempunyai keazaman dan sisi perwatakan yang menarik untuk dijadikan teladan. Maka, pada 3 Februari lalu, Kosmo! berpeluang menemui personaliti tersebut yang juga Presiden, Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM).

Menariknya, peguam berusia 42 tahun itu tidak hanya berbicara soal undang-undang. Sebaliknya, tokoh dalam bidang guaman itu bersetuju untuk berkongsi tentang kehidupan lampaunya.

Seorang pendiam

Dilahirkan di Teluk Intan, Zainul menggambarkan dirinya sebagai seorang yang pendiam dan tidak menonjol di sekolah. Bagaimanapun, pencapaiannya dalam Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 1986 sangat cemerlang.

"Ya, saya memang seorang tak banyak bercakap dan gugup bila bertutur di depan khalayak. Namun, semangat ingin bergelar pengamal undang-undang memang ada sejak saya kecil.

"Tambahan pula, hati saya seringkali berbisik bahawa suatu hari nanti saya pasti akan bergelar peguam meskipun karakter saya sebegitu," ujar Zainul.

Figura itu segera menghuraikan sebab beliau memilih untuk menjadi peguam.

"Dulu, saya lihat tak ramai peguam dalam kalangan orang Islam dan saya berfikiran perlu ada orang Islam yang dapat memperjuangkan tentang undang-undang sivil yang kerap dipraktikkan," jelasnya.

Sesungguhnya, untuk Zainul berada di kedudukan sekarang bukan mudah. Banyak halangan yang berupaya mematahkan impiannya.


DUA foto kenangan dari zaman belajar di UIAM. Segak bersut bersama teman-teman dan ketika bergiat aktif dalam permainan kriket (gambar bawah).


Beliau berterima kasih kepada gurunya, yang disapa sebagai Mohd. Saim kerana bertanggungjawab memujuk bapanya untuk menghantarnya melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Agama Izuddin Shah, Ipoh. Menurut Zainul, pada era 1980-an, sekolah agama diklasifikasikan sebagai sekolah kelas kedua.

"Ramai guru saya di Sekolah Kebangsaan Inggeris Horley Methodist yang membantah keputusan saya masuk sekolah agama kerana takut saya tidak cemerlang.

"Ayah telah buat keputusan tepat. Bila duduk di asrama, saya mula berdikari dan jika tak masuk sekolah agama, barangkali pengetahuan agama saya mungkin berbeza," ujarnya mengimbau kenangan lalu.

Keghairahan bergelar sebagai peguam semakin menjadi-jadi tatkala beliau meneruskan pengajian Kolej Islam Klang, Selangor walaupun pada ketika itu beliau langsung tidak pernah menceritakan cita-citanya kepada orang lain lantaran takut ditertawakan.

Sekali lagi, personaliti itu hampir tewas bergelar pengamal undang-undang kerana beliau ditawarkan mengikuti program Oxbridge dalam bidang perakaunan yang tidak diminatinya.

Bapa beliau, Abu Bakar Yaakub, 83, agak keberatan dengan keputusan itu kerana pada ketika itu tidak ramai anak Melayu yang mempelajari undang-undang.

"Beliau juga tidak mahu saya terlalu mengagungkan undang-undang Inggeris, mungkin beliau mahukan saya mendalami bidang agama kerana saya lulusan sekolah agama.

"Saya tolak dan tanpa disangka saya diterima masuk ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan menamatkan pengajian Sarjana Muda Undang-Undang dengan kepujian kelas kedua atas," ujarnya.

Kes istimewa

Jari tangan dan kedua belah kaki terketar-ketar ketika melangkah ke kamar bicara pada saat beliau mula-mula bergelar peguam. Sebenarnya, sebelum itu, Zainul dilatih menjadi pembantu peguam terlebih dulu oleh ketuanya, K. Manoharan.

Igauan kes pertama yang dikendalikan masih segar di benak fikiran Zainul.

"Saya diberi satu tanggungjawab menguruskan kes jenayah motosikal yang dikhabarkan tiada harapan untuk menang. Namun, kesudahannya adalah sebaliknya apabila kes itu berpihak kepada anak guam kami kerana pihak pendakwa gagal kemukakan bukti teknikal yang kukuh iaitu melalui geran motosikal tersebut.

"Sesungguhnya kemenangan itu membakar semangat dan menjadikan saya lebih berani," imbas beliau.

Perasaan ceria Zainul tiba-tiba merudum tatkala dilontarkan pertanyaan tentang kes yang paling berbekas di hati dan tidak akan dilupakannya sampai bila-bila.

Seawal penceritaan, beliau menitipkan pesan, cerita yang hendak disampaikan bukan tujuan membangga diri.

"Kita sama-sama ambil iktibar," katanya yang penuh muhasabah diri.


ZAINUL sangat berterima kasih kepada isterinya, Norliza dan semua ahli keluarga kerana menjadi tulang belakang kejayaannya.


Sambil bebola matanya memandang tepat di satu sudut rumahnya, beliau mula bercerita: "Ia berlaku di antara tahun 1994-1995 melibatkan seorang penjaga kolam ikan yang baru mendirikan rumah tangga dan pendapatan yang diterimanya sangat murah.

"Setelah dua tiga bulan kerja, dia tidak dibayar gaji. Akibat terdesak, si penjaga kolam itu mencuri ikan di kolam tersebut dan memasak ikan itu untuk mengisi perut. Perbuatannya itu dihidu majikan dan kemudian lelaki itu ditangkap untuk didakwa ke mahkamah," ujarnya.

Memang mencuri itu salah, namun kata Zainul, kemiskinan lelaki itu betul-betul meruntun perasaannya dan rakan peguamnya, Noorhisham Ismail yang kini merupakan seorang Peguam Kanan Persekutuan.

Betapa besarnya kuasa Tuhan, kes itu dibuang gara-gara majikan yang mendakwa si penjaga kolam ini tidak hadir untuk perbicaraan.

"Mungkin dia takut disoal balas oleh kami tentang mengapa beliau tidak membayar gaji pekerjanya itu.

"Saya bersyukur dengan keajaiban itu dan akhirnya kami tolong anak guam kami menyelesaikan masalahnya dan meminta wang untuk kos guamannya.

"Saya berharap kes ini menjadi pengajaran kepada semua orang," pesannya.

Detik masa yang berlalu begitu pantas membuatkan Zainul tidak menduga bahawa beliau kini sudah hampir 20 tahun berkecimpung dengan dunia yang sarat dengan akta, undang-undang dan berdepan dengan sikap manusia yang penuh warna-warni.

Dalam tempoh itu juga, lelaki itu memberitahu, daripada ratusan kes syariah yang dikendalikannya, kes yang membabitkan tuntutan sebanyak RM500 juta oleh seorang bekas isteri tokoh korporat ternama di negara ini merupakan kes paling sukar dikendalikannya.

"Ia agak kompleks kerana membabitkan syarikat, keselamatan dan perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam," ujar Zainul ringkas.

Mistik

Dalam dunia guaman juga, sering dikaitkan dengan kejadian-kejadian mistik. Adakah Zainul pernah menempuh dugaan atau halusinasi yang luar biasa dan yang tidak terjangkau dek fikirannya?

"Secara jujurnya, saya akui pernah mengalaminya dan lebih perit, anak-anak saya juga terkait.

"Pada satu ketika, ketika uruskan satu kes, tiba-tiba anak-anak saya menangis, meracau dan turun naik tangga di antara pukul 2 hingga 6 pagi," katanya yang mengatasi masalah itu dengan hanya berpandukan ayat-ayat al-Quran.

"Saya tidak pernah menyesal berkecimpung dalam dunia guaman kerana perjuangan kita adalah berlandaskan kepada mereka yang berhak.

"Saya juga tak kecewa kalau kalah kerana yang penting kita sudah berusaha sebaiknya," katanya yang mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat isteri dan keluarga beliau yang menjadi tulang belakang di sebalik kerjaya yang sungguh mencabar itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Daripada animasi ke teater muzikal

Posted:

Daripada animasi ke teater muzikal

Daripada animasi ke teater muzikal


TONGGAK utama LKBSM, (dari kiri) Puspha Narayan, Sandra, Hans Isaac, Awie, Atilia, Douglas Lim dan Harith Iskander yang bakal menggegar IB pada 16 Mac ini.


BARANGKALI pada 16 Mac ini, Datuk Mohd. Nor Khalid atau Lat akan ketawa, tersenyum ataupun menitiskan air mata tatkala melihat karakter sisi kecil dan dewasanya dihidupkan di gelanggang teater.

Mungkin ia sesuatu yang tidak dijangka oleh kartunis tersohor itu apabila novel grafik Kampung Boy karya beliau kini diadaptasi ke medium kontemporari yang menjadi tumpuan orang ramai terutama golongan muda.

Teater muzikal itu adalah terjemahan kehidupan Lat pada era 1950-an dan awal 1960-an di sebuah kampung di Lembah Kinta, Perak. Ia merangkumi kehidupan beliau dan keluarganya di luar bandar, budaya serta adat yang diamalkan dalam keluarga.

Plot teater seterusnya akan memberitahu kepada khalayak umum akan latar belakang pendidikan kartunis itu termasuk aktiviti luarnya bersama dengan watak Meor bersaudara yang bersahabat dengannya ketika di sekolah agama.

Pementasan itu turut memaparkan lakonan Lat meninggalkan kampung untuk menghadiri sekolah asrama di Ipoh.

Merentas kaum

Sesungguhnya, perjalanan kepada kisah Lat panjang berjela. Karyanya diterima sesiapa saja tanpa mengira kaum dan agama. Kehebatan kepada naskhah yang dihasilkan oleh kartunis itu dapat diukur apabila ia diterjemahkan ke 15 bahasa utama di dunia.

Siri Kampung Boy kini disiarkan di Astro sebanyak 26 episod dan difahamkan akan disambung lagi dengan 26 episod yang baru.

Melihat kepada perkembangan itu, sememangnya menjadi satu tugas berat kepada pengarah teater muzikal itu yang juga Penerbit Eksekutif Tall Order Production, Hans Isaac.

Hans semasa ditemui mengakui tidak tidur malam demi menghasilkan satu pementasan berskala besar bertaraf lima bintang.

"Saya mengadakan pertemuan dengan Datuk Lat dan telah mengolah sebanyak 15 kali demi memastikan elemen-elemen penting itu digarap sebaiknya ke pentas teater," katanya.

Tambah Hans, para peminat teater turut akan dihidangkan dengan adegan-adegan eksklusif yang tidak terdapat dalam buku karya Lat.


TIDAK mustahil teater berskala besar ini akan diberi ruang untuk dibawa ke pentas dunia seperti di Sydney Theatre atau Broadway.


"Ia diperoleh secara eksklusif daripada penceritaan Datuk kepada kami," katanya.

Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal (LKBSM) direalisasikan dengan usaha sama antara Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dan Tall Order Theater Production dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Teater itu juga mendapat tajaan daripada Kumpulan CIMB, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua), Sapura, Khazanah Nasional Bhd., Kerajaan Negeri Perak dan Kontena Nasional Bhd.

Lebih bermakna, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju menjadi penaung kepada teater tersebut. Beliau dijadualkan akan menyaksikan pementasan itu pada 23 Mac ini.

Sementara itu, tarikan kuasa lakonan dan nyanyian digalas oleh penyanyi dan pelakon, Awie atau nama sebenar, Ahmad Azhar Othman, 42, yang dipilih sebagai teraju utama iaitu sebagai Lat.

Tidak ketinggalan ialah Atilia sebagai Faizah iaitu isteri Lat, Jalil Hamid (Bapa Lat), Omar Abdullah (Pak Samad), Douglas Lim (Franky, kawan baik Lat) dan Sandra sebagai Mrs. Hu.

Secara keseluruhannya, teater muzikan itu membabitkan 26 watak serta 14 lagu baru pelbagai genre muzik yang ditulis oleh Michael Veerapen.

Memetik kenyataan Lat pada sidang akhbar baru-baru ini, beliau berkata, pementasan itu merupakan satu pengiktirafan kepada penggiat seni lukis kartun.

"Sebelum ini, teater lebih menjurus kepada penceritaan kisah hidup pemimpin negara dan seniman tanah air, namun kini Istana Budaya umpama gelanggang pengiktirafan kepada semua penggiat seni," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Komuniti Kita

Posted: 14 Mar 2011 03:38 PM PDT

Kosmo Online - Komuniti Kita


200 sertai pertandingan memancing

Posted:

200 sertai pertandingan memancing

200 sertai pertandingan memancing


sebahagian peserta yang menyertai Pertandingan Memancing Tertutup Kampung Sungai Kelambu, Banting baru-baru ini.


MERIAH. Kira-kira 200 peserta menyertai pertandingan memancing tertutup Kampung Sungai Kelambu, Banting, Selangor yang diadakan buat julung-julung kalinya anjuran Kelab Belia Semarak baru-baru ini.

Dalam pertandingan itu, beberapa kategori dipertandingkan, antaranya ikan terberat, ikan paling pelik dan ikan terkecil.

Pengerusi kelab tersebut, Firdaus Ismail berkata, pertandingan itu adalah program pertama melibatkan penyertaan daripada pelbagai lingkungan umur iaitu dari tujuh hingga 40 tahun.

"Sambutan yang diberikan amat menggalakkan dan kami akan memperbanyakkan program sebegini bagi menggalakkan golongan belia di sekitar kampung ini melakukan aktiviti yang berfaedah di samping mengeratkan hubungan sesama insan," katanya.

Juara pada pertandingan itu, Mohd Afiq Ramzan, 9, berjaya menaikkan ikan keli seberat 150 gram dan menerima wang tunai RM200 beserta hamper.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

JPAM tambah anggota sukarela

Posted:

JPAM tambah anggota sukarela

JPAM tambah anggota sukarela


LOKMAN HAKIM (dua dari kanan) memperkatakan sesuatu mengenai sijil pelatih kursus pertahanan awam di Seremban baru-baru ini.



BERSEDIA. Seramai 117 anggota sukarelawan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berjaya menamatkan kursus asas Pertahanan Awam siri2/2011 di Ibu Pejabat JPAM Negeri Sembilan di Seremban baru-baru ini.

Dalam kursus selama seminggu tersebut para peserta diberi pendedahan asas mengenai teknik menyelamat seperti pertolongan cemas, melawan kebakaran serta kawat kaki.

Pengarah JPAM negeri, Mejar Pertahanan Awam Lokman Hakim Abdul Rahman berkata, pihaknya menyasarkan untuk mendapatkan kira-kira 13,000 anggota sukarela pada tahun ini.

"Kita menyasarkan untuk mendapatkan kira-kira 13,000 anggota bagi mencapai sasaran JPAM untuk mencapai sasaran 400,000 anggota menjelang akhir tahun ini,'' katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SMQW ungguli pertandingan nasyid Maulidur Rasul

Posted:

SMQW ungguli pertandingan nasyid Maulidur Rasul

SMQW ungguli pertandingan nasyid Maulidur Rasul


PELAJAR dari Sekolah Menengah Al-Quran Waddin muncul juara bagi kategori nasyid lelaki dan perempuan, azan dan pertandingan seni khat bergambar kenangan di Masjid Jamek Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru baru-baru ini.



JUARA. Sekolah Menengah Al-Quran Waddin (SMQW) dinobatkan selaku juara keseluruh an pertandingan nasyid sempena Majlis Maulidur Rasul dan Ekspo Produk Halal 2011 di Masjid Jamek Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru baru-baru ini.

Sekolah tersebut muncul juara bagi kategori nasyid lelaki dan perempuan serta menjuarai tempat pertama, kedua dan ketiga bagi kategori azan.

Sebanyak 20 buah sekolah di sekitar daerah Johor Bahru menyertai pelbagai pertandingan tersebut.

Kumpulan nasyid lelaki Sautul Ikhwan dan perempuan Miftahul Raudhah dari SMQW membawa pulang wang tunai serta hamper selepas berjaya mengalahkan 10 buah sekolah lain.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Tabung Haji negeri Johor, Khairudin Ahmad.

Turut hadir menyerikan majlis tersebut ialah kumpulan nasyid terkemuka Rabbani yang memberikan persembahan istimewa untuk para peminat mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads