Selasa, 22 Mac 2011

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Kosmo Online - Varia

Posted: 22 Mar 2011 11:11 AM PDT

Kosmo Online - Varia


Sepetang Bersama Anuar Zain

Posted:

Sepetang Bersama Anuar Zain

Sepetang Bersama Anuar Zain


ANUAR Zain, anak kelahiran Merlimau, akan menghiburkan tetamu Minggu Setiausaha, Permaisuri Hotels & Resort, Ayer Keroh, pada 9 April ini.


KELUNAKAN suara penyanyi Anuar Zain sememangnya memukau. Populariti dan personaliti menarik dimiliki anak seni ini turut menjadikan Anuar Zain antara penyanyi yang mendapat sambutan setiap kali tiba Minggu Setiausaha pada bulan April.

Tidak ketinggalan dalam mendapatkan penyanyi ini ialah Permaisuri Hotels & Resort yang akan mengadakan acara Sepetang Bersama Anuar Zain di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka pada 9 April ini.

Pengurus Besar Kumpulan resort berkenaan, Aswandy Hassan berkata, acara tersebut merupakan percubaan daripada pihaknya untuk memecah tradisi kerana acara gemilang sebegini biasanya diadakan di Lembah Klang.

"Acara julung kali diadakan Permaisuri Hotels & Resort ini bertujuan menyemarakkan lagi industri pelancongan sekali gus mempromosikan pelbagai produk dan destinasi menarik di Melaka.

"Sebagai sebuah syarikat korporat, kami tidak hanya mahu menyasarkan keuntungan tetapi tanggungjawab sosial juga perlu diutamakan untuk kepentingan bersama," katanya.

Aswandy menambah, sebahagian daripada hasil kutipan jualan acara tersebut akan didermakan kepada Yayasan Anak-Anak Yatim Negeri Melaka bagi meringankan beban mereka.

Katanya, Sepetang Bersama Anuar Zain turut mendapat sokongan daripada Tourism Melaka apabila bersetuju menaja pengangkutan untuk peminat-peminat Anuar Zain yang datang dari Kuala Lumpur.

"Bukan sahaja pengangkutan diberi secara percuma malah mereka yang menginap di negeri Melaka berkesempatan mengikuti lawatan ke destinasi menarik di sekitar bandar raya Melaka.

"Permaisuri Hotels & Resort memilih Anuar Zain kerana dia bukan nama asing dalam industri muzik tanah air tetapi cukup dikenali dan mampu menarik ramai peminat untuk turut serta dalam acara ini," katanya.

Ujarnya lagi, Anuar Zain juga merupakan anak jati Melaka kerana berasal dari Merlimau, menjadikan dia amat sesuai untuk dipilih dalam acara itu.

Selain daripada Anuar Zain, dia berkata, acara malam akan dihangatkan dengan gandingan dua pengacara cukup hebat iaitu Nabil Ahmad dan Sharifah Shahira yang pasti menjanjikan audien terus terhibur.

Audien yang hadir pada malam itu turut akan menerima beg hadiah dan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah tajaan Tourism Melaka, JDI Cosmetik dan Brilliant Sense Ads.

Mereka yang berminat untuk menempah tiket untuk acara ini atau ingin mendapatkan keterangan lanjut boleh menghubungi talian 017-313 7115 atau e-mel desmond@permaisuri.com.my. Harga tiket bermula dari RM 188, RM288 dan RM388.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Noraini kongsi tip menjahit

Posted:

Noraini kongsi tip menjahit

Noraini kongsi tip menjahit

Oleh NASRI JAMALUDIN
mohdnasri.jamaludin@kosmo.com.my


NORAINI menunjukkan koleksi buku menjahit langsir dan masakan tradisi Johor yang ditulisnya.


BARISAN kedai tiga tingkat di Jalan Sri Perkasa 2/1, Taman Tampoi Utama, Johor Bahru, Johor tidak jauh bezanya dengan deretan rumah kedai di kawasan-kawasan lain.

Namun, bagi mereka yang pernah mendalami ilmu jahitan terutama langsir, pasti ia memberi satu kenangan abadi seumur hidup.

Salah satu unit kedai di tingkat dua di situ menempatkan sebuah kedai yang juga akademi jahitan kepunyaan Noraini Margono.

Meskipun usia menginjak 55 tahun, anak kelahiran Pontian itu merupakan seorang wanita yang cekal serta gigih dalam memajukan kerjayanya sebagai tukang jahit langsir selain menjadi guru kepada mereka yang berminat mendalami ilmu jahitan.

Lebih menarik, anak ketiga daripada lapan adik-beradik itu tidak lokek untuk berkongsi ilmu bahkan, bersedia memberikan tip-tip yang telah terbukti berjaya melahirkan ramai usahawan hasil tunjuk ajar tersebut.

Malah, bagi membolehkan lebih ramai wanita atau lelaki di luar sana mendalami bidang jahitan beliau menghasilkan empat jilid buku iaitu Cara Mudah Menjahit Langsir bermula sejak 2006.

"Ilham untuk menghasilkan buku ini tercetus apabila saya pergi mengajar jahitan di kawasan pedalaman atau kampung-kampung. Para peserta mengesyorkan kepada saya agar ilmu dan kemahiran saya dibukukan agar lebih ramai orang mendapat manfaatnya.

"Bertitik tolak daripada itu, saya telah menghasilkan buku berkenaan dan saya tidak sangka ia mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai hingga jilid pertama dan kedua telah dicetak sehingga lapan kali," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Bercerita lanjut, Noraini berkata, buku jahitan memang banyak di pasaran negara, namun bagi buku menjahit langsir ia sukar diperoleh.

Justeru katanya, setelah dipasarkan beliau mendapat maklum balas yang baik daripada para pembeli selain, ramai yang mengucapkan terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu hinggakan mereka boleh menjahit langsir sendiri.

Minat

Katanya, kemahiran menjahit langsir yang dimilikinya adalah hasil minat mendalam terhadap bidang tersebut yang digilap ketika berusia 21 tahun lagi.

Pada ketika itu, dia seorang suri rumah sepenuh masa dan menjahit dijadikan aktiviti untuk mengisi masa lapang. Hasilnya, jiran-jiran yang bertandang di rumahnya telah mengupah Noraini untuk menjahit langsir rumah mereka.

Sejak itu, katanya, dia tidak lagi menoleh ke belakang dan terus mendapat pelbagai tempahan, selain dipanggil untuk memberi kelas jahitan terutama kain langsir sekali gus menghasilkan buku.

Pada peringkat awal penghasilan buku tersebut adalah untuk golongan pertengahan, namun Noraini kini mampu tersenyum dan bersyukur kerana ia menjadi pilihan banyak pihak dan peringkat umur.

"Sejak menghasilkan buku dan menyertai pelbagai pesta buku, makin ramai orang berminat untuk membeli buku-buku berkenaan selain datang belajar bersama saya.

"Bukan itu sahaja, saya bersyukur apabila syarikat swasta dan kerajaan telah menjadikan buku-buku jahitan saya sebagai bahan rujukan," katanya yang memberitahu antara yang mengunakan bukunya sebagai rujukan ialah Kolej Komuniti.

Menurutnya lagi, keistimewaan buku-buku tersebut adalah kerana ia disertai gambar-gambar yang memudahkan orang ramai memahaminya selain disertakan tip-tip tertentu.

Katanya, dia tidak menyembunyikan rahsia menjahit langsir kerana niatnya adalah untuk mendidik dan berkongsi ilmu dengan orang ramai.

Selain buku berkaitan langsir, beliau juga menghasilkan buku masakan iaitu Masakan Tradisi Melayu Johor yang diadun berdasarkan pengalaman sendiri.

Orang ramai yang ingin mendapatkan keterangan atau maklumat lanjut berkaitan buku-buku tersebut boleh menghubungi Noraini di talian 019-726 8992 atau melayari laman sosial Facebook Noraini Margono.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 22 Mar 2011 09:31 AM PDT

Utusan Online - Johor


Ikan di Mersing mahal

Posted:

Ikan di Mersing mahal

Ikan di Mersing mahal


Jeti yang menjadi nadi puluhan bot nelayan di Endau setiap hari menaikkan hasil tangkapan, namun harga ikan di daerah Mersing masih mahal.


Saudara Pengarang,

SEBAGAI penduduk Mersing yang dikenali sebagai kawasan perikanan, saya agak hairan kerana harga ikan yang terdapat di pasar-pasar awam di sini lebih mahal berbanding dengan harga di luar.

Lebih menghairankan lagi, kebanyakan ikan yang dijual di pasar tidak segar, walhal ia sepatutnya segar seperti baru dinaikkan dari jeti-jeti di Kuala Sungai Mersing.

Saya juga kerap ke Pasar Endau untuk meninjau harga ikan di sana, manalah tahu kalau-kalau harganya lebih murah, namun sangkaan saya meleset kerana harganya juga tidak seperti yang dihajatkan.

Saya juga mendapati ikan-ikan besar dan segar awal-awal lagi telah disimpan untuk dihantar ke luar. Kami di sini hanya berpeluang merasai ikan segar daripada jenis-jenis yang baik sekiranya ada lebihan untuk pasaran luar.

Sebagai penduduk di kawasan nelayan dan terdapat banyak bot laut dalam, apalah kiranya kami turut menikmati harga yang lebih murah berbanding harga di bandar-bandar besar seperti di Johor Bahru dan Kuala Lumpur.

Kami juga berharap para peraih, tauke-tauke bot tidak hanya memikirkan keuntungan besar semata-mata, sedangkan kami penduduk di sini yang menjadi pelanggan setia setiap hari dianaktirikan.

PENGGEMAR IKAN SIAKAP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DEGIL

Posted:

DEGIL

DEGIL


TINDAKAN segelintir pengguna jalan raya yang meletakkan kenderaan di bahu jalan di Jalan Abiad 1, Johor Bahru menyebabkan kesesakan lalu lintas terutama pada waktu puncak.


Tindakan segelintir pengguna jalan raya yang gemar meletakkan kenderaan di bahu jalan di Jalan Abiad 1, Johor Bahru amat dikesali.

Tindakan mementingkan diri sendiri oleh pengguna jalan raya yang degil itu banyak menyusahkan pengguna yang lain kerana ia menjadikan laluan tersebut bertambah sempit.

Lebih menyakitkan hati apabila tiba waktu puncak, terutama sekali ketika orang ramai mahu pulang ke rumah waktu petang kerana jalan di kawasan tersebut pasti akan sesak.

Kadang kala kenderaan diletakkan sesuka hati di kiri dan kanan jalan sehingga menyebabkan kenderaan lain yang melalui jalan tersebut terpaksa berhati-hati kerana takut kenderaan mereka bergesel.

Apa yang mendukacitakan, di tepi jalan tersebut terdapat kawasan parking yang dibuka oleh Metro Parking, namun mereka tetap tidak mahu meletakkan kenderaan di kawasan yang sewajarnya.

Diharap pihak berkuasa mengambil tindakan saman ke atas kenderaan tersebut memandangkan kenderaan berkenaan diletakkan di kawasan larangan iaitu atas garisan kuning.

PENGGUNA BENGANG

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kesihatan

Posted: 22 Mar 2011 03:05 AM PDT

Utusan Online - Kesihatan


Sayangi jantung anda

Posted:

Sayangi jantung anda

Sayangi jantung anda


Lebihkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk cara pemakanan yang seimbang. - Gambar hiasan


PADA dasarnya, penyakit jantung adalah pembunuh senyap di kalangan wanita yang boleh diibaratkan sebagai bom jangka yang menunggu masa untuk meletup.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Pemantauan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Malaysia 2005/2006, faktor risiko NCD yang jelas, seperti hiperkolesterolemia, kenaikan glukosa darah, obesiti (kegemukan) dan sebagainya adalah lebih tinggi di kalangan wanita berusia 25 hingga 64 tahun berbanding lelaki dalam kumpulan usia yang sama.

Menurut Pakar Perunding Kardiologi, Datuk Dr. Khoo Kah Lin, yang juga Pengarah Yayasan Jantung Malaysia (YJM), penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di kalangan wanita di Malaysia dan di seluruh dunia sejak berpuluh-puluh tahun lamanya.

"Penyakit jantung sentiasa dianggap sebagai penyakit lelaki kerana kaum lelaki mendapat penyakit ini 10 tahun sebelum wanita.

"Wanita dilindungi daripada penyakit jantung oleh tahap estrogen yang tinggi. Bagaimanapun, ini tidak bermakna wanita 'imun' atau lali kepada penyakit ini," jelasnya.

Tambah Dr. Kah Lin, tahap estrogen turun apabila wanita sudah menopaus atau putus haid. Tahap trigliserida dan LDL (kolesterol jahat) di kalangan wanita yang berumur juga naik, bukan sahaja disebabkan menopaus tetapi juga disebabkan kenaikan berat badan dan penuaan. Semua ini menaikkan risiko penyakit jantung di kalangan wanita.

Jadi, sebelum putus haid, risiko wanita mendapat sakit jantung adalah lebih rendah berbanding lelaki.

Namun, keadaan berubah apabila putus haid. Risiko wanita mendapat penyakit jantung kini setara dengan lelaki.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kesedaran umum terhadap kesihatan wanita, khususnya berkaitan kanser payu dara dan kanser serviks (pangkal rahim), telah meningkat.

Kini wanita lebih menyedari tentang penyakit ini dan tahu cara untuk mengambil langkah pencegahan yang perlu untuk menjaga kesihatan mereka.

Tetapi mengapa penyakit pembunuh nombor satu di kalangan wanita ini tidak mendapat perhatian yang sewajarnya?

Inilah yang mendorong Kah Lin berusaha meningkatkan kesedaran di kalangan wanita, khususnya mereka yang berisiko tinggi. Baru-baru ini, Kah Lin sempat ditemuramah tentang usahanya meningkatkan kesedaran sakit jantung di kalangan wanita dan risiko yang dihadapi golongan ini.

Soalan

Walaupun mempunyai jadual tugas yang sibuk, Datuk tetap memainkan peranan aktif untuk menggerakkan kempen Go Red for Women di Malaysia sempena Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac. Mengapa?

Jawapan

Sebagai ahli Persekutuan Jantung Dunia, YJM ingin memainkan peranan dalam usaha menonjolkan penularan penyakit jantung di kalangan wanita. Sebagai seorang pakar kardiologi, saya berpendapat bahawa kesihatan jantung di kalangan wanita patut diberi lebih perhatian.

Wanita menjaga semua orang di keliling mereka, tetapi mereka sering mengabaikan diri mereka sendiri dalam proses menjaga orang lain.

Kempen antarabangsa Go Red for Women bertujuan untuk mengurangkan penyakit kardiovaskular (CVD) di kalangan wanita dengan meningkatkan kesedaran global dan komitmen kepada CVD di kalangan wanita.

Soalan

Bukankah penyakit jantung lebih kerap menyerang lelaki daripada wanita?

Jawapan

Pada umumnya, penyakit jantung memang dianggap menyerang kebanyakan lelaki, malah pakar penjagaan kesihatan profesional sendiri memberi lebih tumpuan kepada lelaki daripada wanita.

Salah tanggapan inilah sebenarnya yang menyebabkan kita perlu mendidik orang ramai amnya dan wanita Malaysia khususnya, tentang serangan penyakit jantung di kalangan wanita.

Seorang dalam setiap empat wanita Malaysia mati akibat penyakit jantung yang juga merupakan punca utama kematian di kalangan wanita. Kematian akibat sakit jantung adalah 2.5 kali lebih tinggi daripada kematian akibat semua penyakit kanser. Malah, dari tahun 1990 hingga 2005, penyakit jantung di kalangan wanita meningkat sehingga 135 peratus.

Soalan

Mengapa kadar kematian wanita yang disahkan sakit jantung begitu tinggi?

Jawapan

Biasanya saiz wanita adalah lebih kecil berbanding dengan lelaki. Ini menyukarkan rawatan, terutamanya apabila menggunakan kaedah angioplasti dan pembedahan bypass kerana saluran darah adalah lebih kecil.

Soalan

Apakah punca utama penyakit jantung di kalangan wanita?

Jawapan

Faktor risiko penyakit jantung adalah sama di kalangan lelaki dan wanita. Faktor yang paling tinggi menyumbang kepada penyakit jantung ini adalah Diabetes Mellitus, yang turut dikenali dengan risiko bersamaan kardiovaskular.

Ini bermakna, sekiranya anda merupakan pesakit diabetes, besar kemungkinan anda mempunyai penyakit jantung. Selain itu, obesiti, kolesterol tinggi, hipertensi, pengambilan lemak secara berlebihan, kurang bersenam, dan merokok turut menjadi faktor penyumbang kepada penyakit jantung.

Tambahan pula, risiko CVD di kalangan wanita menjadi lebih tinggi apabila usia mereka meningkat, disebabkan perubahan fisiologi yang dikaitkan dengan usia pertengahan dan menopaus, iaitu perlindungan semula jadi mereka daripada penyakit jantung.

Estrogen berkurangan apabila putus haid. Namun, wanita lebih muda juga perlu menjaga kesihatan jantung mereka.

Soalan

Saya dapat tahu kesedaran terhadap gejala awal serangan jantung boleh menyelamatkan nyawa. Apakah gejala jelas yang menandakan serangan jantung di kalangan wanita?

Jawapan

Faktor risiko di kalangan wanita adalah sama seperti lelaki, tetapi wanita yang mengalami serangan jantung mungkin tidak menunjukkan tanda amaran seperti lelaki. Angina atau lebih dikenali sebagai sakit dada, adalah tanda amaran awal serangan jantung.

Anda akan rasa himpitan dalam dada secara mendadak yang kemudian merebak ke lengan.

Ini adalah kerana jantung anda tidak mendapat cukup oksigen disebabkan pengumpulan plak dalam arteri jantung. Selain daripada itu, anda akan merasa sakit di bahagian rahang, bahagian depan leher dan juga lengan, terutamanya lengan kiri, kadang-kala sakit pada kedua-dua lengan dalaman. Gejala-gejala yang lain termasuk sukar bernafas dan keletihan.

Soalan

Seperti yang sering dikatakan, pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Jadi, soalan penting ialah bagaimana saya, sebagai seorang wanita, boleh mencegah serangan jantung?

Jawapan

Mengekalkan berat badan yang sihat adalah cara yang berkesan untuk menjaga kesihatan jantung. Amalkan gaya hidup sihat dengan bersenam secara sederhana setiap hari selama 30 minit. Makan secara sederhana dan ambil makanan yang sihat untuk jantung.

Pilih makanan serat tinggi dan rendah lemak dan kurangkan pengambilan garam. Satu lagi langkah pencegahan yang mudah tetapi sangat berkesan ialah berhenti merokok, kerana merokok merosakkan jantung dan saluran darah.

Kawal tekanan darah dan tahap kolesterol andadan ketahui sejarah keluarga anda sama ada terdapat anggota keluarga yang menghidap diabetes, tekanan darah tinggi dan sakit jantung dalam usia muda (bawah usia 55 tahun bagi lelaki dan bawah usia 65 tahun bagi wanita).

Ini seharusnya memberi isyarat amaran awal untuk anda memberi lebih perhatian kepada kesihatan jantung anda.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Ratu

Posted: 22 Mar 2011 01:53 AM PDT

Berita Harian: Ratu


Jangan tengok kartun?

Posted: 21 Mar 2011 06:32 PM PDT

Ratu

pix_gal0
Banyak rancangan tidak sesuai untuk kanak-kanak

"MAMA, Boboy hebat. Tadi dia pukul kawan Mimi sebab dia marah budak tu asyik kacau Mimi. Terror Boboy, macam super hero," cerita Mimi bangga.

Tersentak sekejap ibunya. Tidak dia menyangka selama ini anak perempuannya berusia tujuh tahun itu menjadi `mnagsa' buli di sekolah. Lebih terkejut apabila jalan penyelesaiannya, `diselamatkan super hero', yang bertindak ganas memukul `musuhnya'.

Cerita Mimi, kawannya, Jijo, yang berbadan besar selalu mengusik dan mengambil barangnya. Mujur ada Boboy, rakan sekelas, yang berani dan kuat, memberi amaran dan memukul Jijo sehingga menangis. Menarik nafas panjang sambil memikirkan jalan terbaik untuk memberi penjelasan terhadap insiden yang berlaku di sekolah itu, si ibu memangku anaknya sambil menyikat rambut gadis itu sebelum memulakan bicaranya.

"Mengapa Mimi tak beritahu Mama, Jijo buli Mimi? Mimi boleh cakap dengan cikgu Jijo selalu buli Mimi, nanti cikgu marahlah Jijo. Tak baik pukul orang sayang walaupun niat Boboy nak tolong Mimi.

"Esok, Mimi minta maaf pada Jijo ya. Boboy pun kena minta maaf," jelas ibu dengan lembut sambil mengusap kepala Mimi.

Kanak-kanak sememangnya mentah dalam membuat keputusan. Ini disebabkan pada awal peringkat pembesaran, egosentrik terlalu tinggi dan mereka sukar membezakan tindakan dilakukan mereka adalah betul mahu pun sebaliknya.
Pada masa sama, kanak-kanak juga muda menyerap keadaan sekeliling mereka dan menganggap watak yang dilihat sebagai model berikutan pemikiran mereka masih singkat memerlukan banyak bimbingan dan penerangan.

Selain persekitaran dan keluarga yang memainkan watak utama dalam pembesaran kanak-kanak, lakonan mahu pun karakter yang dihidupkan dalam cerita kanak-kanak juga memberikan impak kepada pemikiran dan tanggapan kanak-kanak.

Kehidupan anak kecil sememangnya tidak boleh dipisahkan dari alam fantasi mereka dan menonton kartun membenarkan mereka meluaskan imaginasi serta kreativiti selain perkembangan otak. Dari situ, mereka belajar untuk berkomunikasi dan menggunakan sistem deria.

Kartun juga meninggalkan pengajaran moral yang boleh diterapkan dalam kehidupan kanak-kanak, sebagai contoh keberanian, bantu-membantu juga saling menghormati.

Malangnya, dalam kebaikan kehadiran kartun, masih terdapat beberapa elemen perlu dipertimbangkan terutama bagi yang berunsurkan kepahlawanan dan lawak.

Ini kerana kartun sedemikian membuatkan kanak-kanak ghairah dan cepat terikut dengan kuasa yang ditonjolkan menerusi kartun seperti keupayaan terbang, kuasa ajaib dan sebagainya, yang mana boleh mengundang kepada masalah lebih besar.

Kartun yang berunsurkan lawak umpamanya, sering memaparkan unsur nakal yang tidak sewajarnya dipertontonkan buat kanak-kanak, termasuk penggunaan bahasa yang kesat.

Seorang guru yang juga ibu, Nurul Huda Mohd Yusof, berkata dia tidak menyekat anaknya untuk menonton rancangan kartun yang diminati, namun memberi syarat dan peringatan supaya mereka tidak terikut-ikut watak kartun itu.

Amat penting, katanya, buat ibu bapa memilih rancangan yang sesuai ditonton anak mengikut usia kerana kanak-kanak belum bijak untuk menilai apa yang baik mahu pun buruk buat mereka.

"Kita maklum kartun adalah minat kanak-kanak dan mereka sering bermain dengan dunia khayalan berlakon menjadi watak, lebih-lebih lagi watak super hero seperti Superman, Spiderman dan Batman.

"Namun kita perlu beringat, walaupun watak yang dilahirkan itu memang bertujuan untuk mengajar kanak-kanak, ia masih mempunyai unsur ganas seperti berlawan, kuasa terbang dan sebagainya, yang mana ia boleh membuatkan kanak-kanak meniru aksi itu.

"Oleh itu, kebebasan yang diberikan kepada anak tetap perlu diawasi dan pada masa yang sama, diberi penjelasan mana yang boleh dan tidak mereka lakukan," jelasnya ketika dihubungi.

Cerita Nurul Huda, dia sering menghabiskan masa menonton bersama rancangan yang digemari anak sambil memantau sama ada rancangan yang ditonton itu sesuai untuk mereka.

"Jika ia bersesuaian, ia juga boleh dijadikan sebagai bahan komunikasi. Jika anak terikut-ikut seperti bercakap kasar umpamanya, jangan terus memarahi mereka sebaliknya beri nasihat dan penjelasan mengapa ia tidak baik. Penting membuatkan anak faham supaya mereka tidak mengulangi kesilapan itu," katanya.

Ramai ibu bapa yang diajukan soalan mengenai kesesuaian rancangan kartun, kecewa dengan unsur ganas yang disiarkan. Malah, banyak watak kartun kanak-kanak menampilkan sikap kurang ajar, suka melawan ibu bapa dan pemalas.

Tidak kurang yang menampilkan unsur lucah seperti watak kartun kanak-kanak Shinchan dan Hagemaru.

Kebanyakan ibu bapa melihat rancangan kartun sebagai bahan tontonan sesuai untuk anak tanpa menyedari rancangan ini juga mengandungi unsur negatif. Pihak penyiar harus peka dengan keadaan ini dan membuat penapisan sewajarnya, malah tidak semua ibu bapa mempunyai masa untuk menonton bersama dan memantau rancangan ini.

Selain itu, kebanyakan kartun yang dialih bahasa juga menggunakan bahasa yang berterabur dan ini memberi kesan negatif pada pembelajaran kanak-kanak.

Seorang ibu memberitahu, kartun yang membawa watak wira berkuasa dan gagah juga membimbangkan dirinya memandangkan kanak-kanak berkemungkinan cuba untuk berlawan walaupun sekadar gurauan.

"Kanak-kanak suka bermain malah sering memainkan watak wira yang digemari mereka bila mereka bergurauTapi, keriangan itu boleh membawa kepada kemalangan yang tidak disengajakan.

"Bagi saya, adalah lebih elok jika pihak berkaitan menekankan penyiaran kartun yang berkonsepkan pembelajaran dengan menggunakan pendekatan menyeronokkan. Ini bukan saja lebih berfaedah tapi menjaminkan keselamatan anak-anak," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pincang sifat kejantanan

Posted: 21 Mar 2011 06:30 PM PDT

Ratu

Bapa bentuk keperibadian anak

KEHADIRAN lelaki yang bergelar bapa dalam sebuah keluarga akan menceria, membahagiakan sekali gus menjadi pelindung buat anak manakala ibu di sisi pula akan melengkapkan kehidupan rumah tangga yang dilayari.

Bertepatan dengan peranan bapa sebagai ketua keluarga, kewujudannya amat diperlukan untuk menjadi pemimpin, 'role model' dan membantu dalam memantapkan perkembangan pembesaran anak sebaik saja dilahirkan hingga meningkat dewasa.

Banyak karektor si bapa mampu mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak dan remaja terutama anak lelaki yang menjadikannya sebagai idola sepanjang perjalanan usia. Bagi anak perempuan pula, sering kali tingkah laku, pergaulan dan cara berpakaian si ibu pula menjadi ikutan mereka. Namun, tidak semua anak bernasib baik dapat menjalani kehidupan dalam sebuah keluarga bahagia serta dilimpahi sepenuh kasih sayang seorang bapa. Macam-macam boleh berlaku hingga menyebabkan anak kehilangan kasih sayang si bapa. Ada anak yang tidak mengenal bapa sejak dilahirkan disebabkan bapanya meninggal dunia ketika dalam kandungan ibunya, manakala ada segelintir berpeluang bermanja seketika dan diragut apabila berlaku perceraian.

Tidak kira sama ada kehilangan itu disebabkan oleh kematian atau perceraian, apa yang pasti, kehadiran bapa amat diperlukan. Cuma bagi kanak-kanak atau remaja yang sudah biasa dengan bapa di sisi dan tiba-tiba tiada, ia memberikan penangan yang pahit dan kejutan dalam hidup, hilang tempat bermanja, tidak lagi dapat berkongsi pelbagai aktiviti yang biasa dilakukan bersama seperti bercuti, membeli-belah, berkelah dan meraikan hari raya atau ulang tahun.

Bagi kanak-kanak yang tidak pernah tahu dan melihat kehadiran seorang ayah, memang tidak mempunyai sebarang memori indah untuk dikongsi atau rasa kehilangan, tetapi kesan terhadap emosi dan kehidupannya tetap ada apabila melihat rakan lain ada bapa.

Ketua Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rumaya Juhari, berkata kehadiran bapa penting dalam institusi keluarga kerana pembabitannya cukup besar terutama dalam menjadualkan perjalanan kehidupan anak dan ketua keluarga.
Katanya, kajian dijalankan mendapati ketiadaan bapa yang disebabkan perceraian memberi kesan lebih mendalam kepada anak lelaki.

"Kehidupan anak lelaki seakan tidak sempurna dan berlaku kepincangan dalam perkembangan fizikal dan mentalnya. Tiada sifat lelaki yang dapat dicontohi dalam rumah itu. Bapa banyak memainkan peranan dalam keluarga. Tingkah laku juga memberi kesan kepada anak. Bapa yang baik akan mewujudkan anak yang baik.

"Malah, kewujudan bapa dapat melegakan anak kerana semua masalah hanya dapat dikongsi dengan ibu atau adik-beradik lain. Pada saat tertentu, remaja lelaki khususnya lebih selesa untuk berkongsi cerita dengan bapa," katanya.

Tanpa bapa, anak lelaki lebih mudah kecewa, pemarah, ganas dan mungkin tiada mempunyai sifat pelindung sehingga boleh menjejaskan pembentukan akhlak.

Ada juga kes, wujud bapa dalam rumah, tetapi kurang pembabitan akibat jarang berada di rumah dan semua urusan membesar serta mendidik anak diserahkan sepenuhnya kepada ibu.

"Bila anak ingin rapat, bapa marah-marah atau tidak mahu melayan kerenah serta berat mulut untuk bercakap, apatah lagi untuk bergurau senda dalam suasana mesra. Jika selalu sangat bapa bertindak begitu, hubungan anak dengannya semakin renggang, boleh diumpama seperti tiada ayah.

"Kita juga sering lihat ramai juga bapa yang tidak prihatin terhadap perkembangan anak dan tidak pernah menghadiri sebarang aktiviti berkaitan majlis atau seminar keibubapaan. Contoh paling lazim, bapa dilihat jarang atau tidak pernah hadir mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru atau mengambil buku laporan peperiksaan anak," katanya.

Semua keadaan itu, sama ada tiada bapa atau bapa tidak berperanan sewajarnya membawa kepincangan kepada institusi keluarga. Justeru, memberi idea kepada Dr Rumaya untuk menghasilkan modul kebapaan, sebagai panduan kepada mendidik anak selain mengungkap peranan lelaki dalam keluarga secara menyeluruh dalam usaha mewujudkan institusi keluarga bahagia.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - GenK

Posted: 21 Mar 2011 09:14 PM PDT

Kosmo Online - GenK


Jasa PLKN kepada pelatih

Posted:

Jasa PLKN kepada pelatih

Jasa PLKN kepada pelatih

Oleh KURNIAWATI KAMARUDIN



KETIKA di alam persekolahan, Muhammad Yassin Musa adalah pelajar yang sangat pemalu dan pendiam. Selain tidak mempunyai keyakinan diri, pergaulan dan pemikiran beliau terbatas hanya pada perkara yang ada di hadapan mata.

Namun, ketika umurnya menginjak 18 tahun, karakter diri, termasuk pemikiran serta pandangannya jauh berbeza dan mampu melihat dari sudut yang lebih luas dan terbuka.

Semuanya adalah hasil daripada ilmu, pemahaman dan pengalaman yang diperoleh selama tiga bulan menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Akui anak kelahiran Gombak, Selangor itu, karakter tersebut terus tertanam dalam dirinya sehingga kini walaupun telah meninggalkan kem latihan hampir enam tahun lepas.

Ketika diminta mengimbas pengalaman mengikuti program PLKN, jurutera di sebuah syarikat perumahan di Shah Alam itu begitu lancar merungkai satu persatu kenangan tersebut seolah-olah bagai terpahat dalam ingatannya.

Mengikuti latihan PLKN siri pertama pengambilan tahun 2004 di Kem Segiri, Lumut, Perak, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Yassin berkata, tempoh yang dilalui terasa amat singkat walaupun pada awalnya agak sukar untuk menyesuaikan diri.

Bersama rakan-rakan yang baru dikenali dari seluruh negara, kehidupan saat menjejakkan kaki ke kem dirasakan kurang menyenangkan tambahan pula dengan kemudahan yang serba kekurangan.

Tidak seperti pelatih PLKN pada hari ini yang mendapat kemudahan kem lengkap, beliau bersama rakan lain ketika itu hanya tidur dalam khemah yang kurang selesa.

Ujar Timbalan Ketua Sekretariat Alumni PLKN Kebangsaan ini, keadaan itu akhirnya menjadi kenangan manis yang sukar dilupakan, malah program yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan Kementerian Pertahanan itu nyata memberi kesan bukan sedikit terhadap dirinya.

"Ketika itu pemikiran saya agak tertutup, maklumlah remaja dan baru pula habis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Tak sangka nama terpilih. Mula-mula masuk macam-macam perkara negatif difikirkan, paling takut jika latihannya berbentuk ketenteraan," katanya.


LATIHAN yang dilalui pelatih PLKN menjurus kepada pembinaan sikap keperibadian individu.


Tidak seperti yang dibayangkan, latihan yang dilalui menjurus kepada pembinaan sikap keperibadian individu dengan menerapkan nilai-nilai positif yang antaranya disiplin diri, semangat patriotisme, bekerjasama dan setiakawan.

Perkara tersebut yang dipelajari dan dihayati sepanjang tempoh berada dalam kem, membantunya menjalani kehidupan hari ini terutama ketika menuntut di institusi pengajian tinggi awam dan alam pekerjaan sekarang.

"Banyak sangat membantu, jika saya tidak mengikuti PLKN, belum tentu saya mampu bercakap seperti ini sekarang dan mungkin bukan seperti yang dilihat hari ini.

"Pembinaan karakter yang saya dapat dalam PLKN telah membina nilai-nilai positif dalam diri yang saya aplikasikan dalam kehidupan dan kerjaya," ujarnya ramah.

Kerja sukarela

Sebaik keluar dari PLKN minatnya kepada kerja-kerja sukarela juga semakin bertambah terutama dalam membantu mereka yang memerlukan.

Menurut Yassin, pengalaman terlibat dalam aktiviti khidmat komuniti yang didedahkan semasa program PLKN memberi inspirasi kepada beliau mengumpul bekas pelatih PLKN melalui penubuhan Kelab Alumni PLKN.

Sebagai presiden, pelbagai usaha dijalankan bagi mengumpul keahlian dalam membina jaringan agar hubungan tersebut tidak terputus.

"Sehingga kini lebih 10,000 bekas pelatih telah mendaftar dalam kelab sejak penubuhan pada tahun 2008 dan kami saling berhubung dan bertanyakan khabar melalui laman sosial," katanya.

Lebih membanggakan usaha yang dilakukan Yassin itu akhirnya mencetus kepada penubuhan Sekretariat Alumni PLKN Kebangsaan yang dikendalikan di bawah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) pada September tahun lepas.

"Program pertama yang dijalankan sekretariat ialah perjumpaan sempena sambutan hari raya pada Oktober tahun lepas di semua kem PLKN seluruh negara.

"Kita berjaya mengumpul lebih 10,000 bekas pelatih PLKN yang datang secara sukarela untuk bertemu rakan yang lain," katanya.

Beliau berkata daripada program pertama itu, beberapa projek turut dirangka dan sumbangan terawal sekretariat alumni ialah membantu mangsa banjir di Kedah dan Perlis pada penghujung tahun lepas.

"Ia melibatkan kira-kira 200 bekas pelatih PLKN seluruh negara. Kesemua mereka menawarkan diri untuk membantu sebaik dimaklumkan tentang program tersebut melalui laman sosial Facebook. Ini juga membuktikan semangat sukarelawan yang diterapkan dalam PLKN masih tertanam di jiwa mereka semua," katanya.

Lebih terbuka


RAMAI pelatih mengakui diri mereka berubah menjadi lebih baik selepas menyertai program PLKN.


Perkara tersebut turut diakui Leong Sook Theng, 20, bekas pelatih PLKN Kumpulan 2 tahun 2006 yang turut bergiat aktif dalam sekretariat alumni PLKN.

Memegang tanggungjawab sebagai Exco Pendidikan, beliau mempunyai visi dan misi untuk membantu bekas pelatih PLKN yang berminat mendapatkan kemahiran dan meningkatkan ilmu pengetahuan.

Seperti Yassin, beliau juga sangat berminat melakukan kerja sukarela dan berasa bangga apabila dipilih JLKN untuk menawarkan khidmat dalam sekretariat alumni.

Katanya, usaha tersebut sebahagian sumbangan yang dapat dicurahkan bagi membalas jasa kerajaan dan JLKN yang membantu membina nilai-nilai positif kepada pewaris negara.

Kecewa dengan cakap-cakap yang menghentam keberkesanan program itu oleh pihak yang tidak memahami aspirasi yang diterapkan, Sook Theng berkata, pihak tersebut perlu datang dan melihat sendiri bagaimana program tersebut dijalankan bagi mengubah pandangan tersebut.

"Mengambil contoh diri saya sendiri, sebelum ikuti program ini, saya seorang yang sangat pentingkan diri, hanya buat hal sendiri dan langsung tidak ambil peduli apa yang berlaku di sekeliling.

"Kawan-kawan pula hanya di kalangan wanita saja dan tidak berminat nak berkawan dengan rakan lain malah berfikiran negatif kepada mereka," katanya.

Anak sulung daripada tiga beradik ini berkata, tempoh tiga bulan mengikuti modul yang ditetapkan iaitu fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti telah mengubah sikap dan pemikirannya itu.

Pergaulan dengan rakan-rakan yang berbeza kaum termasuk dari Sabah dan Sarawak membuatkan saya lebih terbuka, menghormati serta belajar menerima adab dan budaya mereka.

"Modul pembinaan karakter juga telah mengubah sikap pentingkan diri, malah keluarga saya sangat gembira dengan perubahan sikap yang ada ini hingga membuatkan hubungan kami menjadi bertambah rapat," katanya.

Beliau mengakui, modul kenegaraan yang diterapkan dalam PLKN membina semangat patriotisme dalam dirinya dan mengajar beliau untuk bersyukur dilahirkan di bumi Malaysia.

Ujarnya, sebagai sebuah negara unik dengan masyarakat majmuk adalah menjadi tanggungjawab setiap individu untuk menjaga keharmonian dan keamanan yang dikecapi.

Toleransi

"Dulu saya langsung tak ambil kisah tentang perkara ini, namun pendedahan dan pergaulan bersama rakan kaum lain yang datang daripada pelbagai latar belakang membuatkan saya berfikir betapa istimewanya Malaysia," katanya.

Jika setiap rakyat Malaysia mampu mengamalkan sikap toleransi dan lebih terbuka, isu sensitif yang dibangkitkan sejak akhir-akhir ini tidak akan timbul.


LATIHAN fizikal membantu membina generasi yang sihat.


Sementara itu, Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kecil berkata, kajian yang dijalankan JLKN pada akhir tahun 2009 melalui penilaian yang diberikan oleh pelatih, ibu bapa, majikan dan masyarakat membuktikan keberkesanan PLKN.

Beliau berkata, 80 peratus daripada 61,950 responden kajian bersetuju bahawa PLKN membawa perubahan yang positif kepada diri mereka atau anak-anak.

"Kajian itu dibuat selepas lima tahun program PLKN dijalankan dan ia meliputi semua objektif antaranya patriotisme, perwatakan, khidmat masyarakat dan perpaduan.

"Hasil kajian itu juga menjawab soalan pelbagai pihak tentang keberkesanan program tersebut dan menyangkal penilaian negatif yang menyatakan program PLKN tidak berfaedah," katanya.

Katanya, usaha kini giat dijalankan bagi mengumpul bekas pelatih PLKN untuk diserapkan di bawah sekreteriat alumni PLKN sebagai kesinambungan program latihan tersebut.

Dengan cara ini juga akan memastikan bekas pelatih PLKN terus menyumbang kepada masyarakat dan negara melalui program-program yang diatur. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelayar muda menguji Foundation 36

Posted:

Pelayar muda menguji Foundation 36

Pelayar muda menguji Foundation 36

Oleh FAUZI MOHD.
rencana@kosmo.com.my


PARA peserta yang menyertai Klinik Pelayaran Remaja bersama sijil masing-masing di Ri-Yaz Heritage Marina Resort And Spa, Pulau Duyung, Kuala Terengganu baru-baru ini.


SUASANA di bilik itu cukup tenang. Hampir semua mata tertumpu kepada gerak percakapan si tenaga pengajar. Masing-masing giat menulis, takut tertinggal petua mahupun panduan penting sebelum bergelar sang pelayar.

Di luar pula, langkah anak-anak kecil itu makin besar. Mereka melalui jeti kayu dengan seribu pengharapan. Masing-masing bercerita soal taktikal dengan misi menakluk lautan luas.

Sedikit masa lagi, mereka sudah mampu bersorak gembira di atas sebuah kapal layar.

Pengalaman santai tapi berguna itu dilalui 28 peserta muda berusia antara 14 hingga 17 tahun ketika menyertai Klinik Pelayaran Remaja EPIC baru-baru ini.

Klinik yang diadakan saban tahun itu adalah hasil inisiatif Kelab Perbendaharaan Negeri Terengganu (KPNT) dengan kerjasama anak syarikat kerajaan negeri, Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC).

Menjadikan Ri-Yaz Heritage Marina Resort And Spa yang terletak di muara Sungai Terengganu di Pulau Duyung, Kuala Terengganu sebagai medan pembelajaran, 28 anak muda itu diberikan pelbagai pendedahan meliputi latihan teori dan praktikal.

Program selama dua hari bermula 13 Mac itu merupakan kesinambungan daripada program pertama pada Mac tahun lalu yang bertujuan untuk menanamkan minat generasi muda untuk bergiat secara serius dalam sukan pelayaran.

Pengerusi KPNT, Mohd. Huzairil Nizam Ibrahim berkata, klinik itu secara langsung mampu memberi pendedahan kepada anak-anak muda akan cabaran sebenar aktiviti pelayaran.

Lebih menarik katanya, program itu dikendalikan oleh T-Best Events, iaitu agensi yang bertanggungjawab mengurus dan menganjurkan kejohanan kapal layar Piala Monsun setiap tahun.

"Sama seperti tahun lalu, sebanyak empat pasukan telah menyertai klinik ini dan seterusnya menguji kemampuan pasukan dengan Pertandingan Pelayaran Remaja EPIC pada hari keduanya.

"Apa yang menarik, pasukan pelayar muda ini berpeluang untuk menimba pengalaman dengan berlatih menggunakan perahu layar Foundation 36, iaitu perahu yang sama digunakan pelayar dalam kejohanan kapal layar Piala Monsun," katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Empat pasukan yang terlibat ialah Treasury Junior, Permint Junior 1, Permint Junior 2 dan pasukan dari Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Chendering.

Tenaga pengajar profesional

Tambah Mohd. Huzairil, peserta didedahkan dengan aspek asas tentang sukan layar yang merangkumi isu keselamatan dan format pertandingan serta pelbagai jenis perlumbaan dalam lapan sesi program.

Katanya, selain penerangan berbentuk teori di dalam kelas, peserta turut dibawa ke marina bagi menunjukkan sebahagian daripada jenis-jenis kapal yang digunakan untuk kejohanan dan fungsi setiap posisi awak dalam perlumbaan.

"Para peserta akan diajar aspek teknikal, peraturan perlawanan, taktik dan strategi sebelum empat pasukan itu bersaing di antara satu sama lain pada penghujung program.

"Peserta turut didedahkan dengan cara mengawal keadaan semasa dalam kapal dan aspek pengendalian layar dengan baik," jelasnya.

Apa yang penting katanya, program itu menekankan aspek keyakinan dalam diri peserta untuk menghadapi segala cabaran secara berkumpulan dan menunjukkan sikap bertanggungjawab dalam diri masing-masing.

Peserta juga berpeluang untuk belajar secara langsung daripada pelatih yang sememangnya berpengalaman dan telah mencipta nama sebelum ini seperti David Mills yang juga Pengurus Kejohanan Piala Monsun.

Turut diberi kepercayaan menjadi mentor pada program itu, juara Malaysia Match Racing (MMR) 2010, Sean Ong Khong Shing, juara MMR 2009, Hazwan Hazim Dermawan, juara MMR 2008, Nurul Ain Md. Isa dan pelajar Elite dari pasukan kebangsaan, Nik Ashraf Qaedi.

Sementara itu, Pengarah Urusan EPIC, Ramli Shahul Hameed dalam ucapan penutup program itu berkata, pendedahan itu dibuat bagi memberi peluang anak tempatan menunjukkan bakat yang sebelum ini tidak pernah digilap walaupun mempunyai kemahiran.

Katanya, pihak penaja berharap lebih ramai jaguh mampu dilahirkan di peringkat antarabangsa bagi bersaing dengan pelayar luar negara.

"Dengan sokongan kerajaan dan pihak swasta, ia adalah kunci kepada usaha memartabatkan sukan itu. Ia membuka peluang untuk sesi latihan sama ada pada hujung minggu atau setiap kali cuti penggal persekolahan.

"Sekurang-kurangnya mereka mempunyai satu pengalaman pembelajaran yang baru selain daripada tumpuan dalam bidang akademik," katanya.

Dalam pada itu, Mills juga mahu memperbetulkan persepsi masyarakat yang menganggap sukan perahu layar sebagai sukan mahal.

Katanya, peluang kini lebih terbuka dengan segala kelengkapan dan kemudahan yang sudahpun disedia oleh pelbagai pihak.

"Mereka yang berminat serta mempunyai kesungguhan tidak perlu membeli sebuah kapal tetapi, cukup sekadar dengan baju keselamatan dan sepasang sarung tangan," katanya tersenyum.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Biasiswa IELTS ke luar negara

Posted:

Biasiswa IELTS ke luar negara

Biasiswa IELTS ke luar negara


IELTS adalah ujian bahasa Inggeris terkemuka di dunia yang direka untuk menilai keupayaan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris untuk pendidikan, imigresen dan akreditasi profesional.


LIMA warga Malaysia yang menduduki ujian International English Language Testing System (IELTS) dengan British Council bermula sekarang hingga hujung bulan Julai ini menerima biasiswa bernilai AS$3,500 (RM10,675) setiap seorang.

Biasiswa itu sah untuk program ijazah atau pasca siswazah di luar negara dan bertujuan membantu para pelajar dengan yuran pengajian mereka.

Satu daripada lima biasiswa ini akan diberikan secara eksklusif kepada pelajar yang memohon melanjutkan pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi di Amerika Syarikat (AS).

Naib Pengurus Ujian Negara British Council Malaysia, Deep Adhikari berkata, pelajar boleh menggunakan biasiswa itu di mana-mana universiti di luar negara yang mengiktiraf IELTS sebagai salah satu daripada syarat kemasukannya.

"British Council telah lama menyokong calon-calon IELTS selama beberapa tahun. Selain menawarkan kursus persediaan IELTS dan memastikan kemudahan peperiksaan kami adalah di peringkat piawaian tertinggi, kami juga sejak tahun lalu menawarkan calon-calon kami akses secara percuma kepada kursus dalam talian IELTS, Road to IELTS yang boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian masa dan kepesatan belajar mereka," kata Adhikari.

Tambah beliau, biasiswa IELTS British Council adalah satu lagi cara kami memberikan nilai kepada calon-calon IELTS kami.

"Justeru, ini merupakan peluang keemasan bagi warga Malaysia untuk membiayai pengajian luar negara mereka dan satu insentif yang mendorong mereka agar cemerlang dalam ujian," jelasnya dalam satu kenyataan akhbar.

IELTS adalah ujian bahasa Inggeris terkemuka di dunia yang direka untuk menilai keupayaan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris untuk pendidikan, imigresen dan akreditasi profesional. Ia diterima oleh lebih 6,000 institusi di 125 buah negara di seluruh dunia.

Sejumlah 120 pemohon akan disenarai pendek dan dimaklumkan melalui e-mel sebelum 12 Ogos 2011. Pemohon yang telah disenarai pendek perlu membuat pembentangan kepada panel penilaian pada bulan Ogos 2011 untuk memilih lima yang terbaik.

Senarai universiti-universiti yang diiktiraf di seluruh dunia boleh disemak melalui laman web www.ielts.org.

Syarat kelayakan:

* Pemohon mestilah warga negara Malaysia atau sedang menetap di Malaysia.

* Memulakan pengajian ijazah atau lepasan ijazah di luar negara pada tahun 2011.

* Belajar di institusi pendidikan tinggi yang mengiktiraf IELTS sebagai salah satu syarat kemasukan.

* Memiliki skor IELTS yang sah dengan skor keseluruhan minimum sebanyak 6.5 jalur.

* Telah mengambil ujian IELTS terbaru mereka di sebuah Pusat IELTS British Council.

* Telah menduduki ujian ini selepas 1 Februari 2011

* Boleh menyediakan surat penerimaan daripada institusi yang dipilih sebelum 31 Ogos 2011.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Hati

Posted: 21 Mar 2011 08:26 PM PDT

Harian Metro: Hati


Minat mendalam, kerja keras

Posted: 21 Mar 2011 10:35 AM PDT

BUKAN mudah mengubah nasib jika tidak mempunyai keazaman yang kuat untuk berjaya. Alasan itu menjadi pegangan kukuh penerima Anugerah Penjual Nombor Satu Negara Avon peribadi dan kumpulan, Sharmila Ismail, 35, untuk berjaya dalam perniagaan berasaskan produk kecantikan berkenaan.

Ibu kepada empat anak itu sanggup menukar kerjaya bermula daripada pembantu kedai kasut, kerani stesen

minyak dan pegawai akaun untuk mengambil keputusan menjadi suri rumah sepenuh masa. Ketika itu dia memikirkan untuk memberi fokus kepada penjualan barangan kosmetik Avon atas alasan inginkan kerjaya mantap, tetapi pada masa sama, memberi perhatian terhadap rumah tangga.

"Bertitik tolak dari situ, ia membuahkan kejayaan apabila jualan saya mencecah RM350,000 tahun lalu iaitu jumlah tertinggi pernah saya hasilkan.


"Antara usaha mendalami selok-belok membina perniagaan ini, saya perlu bijak memikat pelanggan atau 'downline' supaya kekal dalam kalangan Wakil Avon Terbaik," kata Pengarah Unit Daerah Avon ini ketika diraikan syarikat berkenaan sempena 125 tahun produk kecantikan itu di ibu negara, baru-baru ini.


Menurutnya, Avon membawanya ke beberapa negara seperti Britain, Perancis, Jepun dan Turki serta bakal ke Los Angeles, Amerika Syarikat tahun ini.

Rahsia kejayaan sama turut dikongsi bersama pemenang Pemimpin Jualan Nombor Satu Negara, Kam Poh Yen, 40, dari Perlis.

Kam akui, bidang kosmetik itu berjaya mengubah kehidupannya daripada hanya memiliki motosikal kepada keadaan serba mewah atas kesungguhannya.

"Menerusi peluang diberikan Avon menerusi pinjaman tanpa cagaran, saya memanfaatkan sepenuhnya kredit yang diberi.

"Pada saya, cagaran terbaik adalah diri sendiri iaitu perlu bekerja keras. Atas bimbingan diberikan saya menguatkan semangat untuk bekerja keras sehingga melayakkan diri memperoleh apa yang dinikmati sekarang.

"Melihat kesungguhan saya sehingga taraf hidup berubah, suami kini turut menyokong pembabitan saya. Menerusi Avon, ia membawa saya ke Switzerland dan tahun ini ke New Zealand selain meraih kereta mewah yang tidak pernah saya impikan untuk memilikinya," katanya.

Bukan hanya mereka yang berjaya dalam jualan produk diraikan sempena sambutan berkenaan, pekerja setia serta tenaga kerja yang semuanya menyumbang ke arah unjuran syarikat turut diraikan syarikat berkenaan dengan memilih tema Avon 125 Tahun Meraikan Wanita.

Presiden Avon Malaysia, Mansoor Wan Abdullah, berkata menerusi 450,000 wakil penjual Avon di seluruh negara, 180 rangkaian butik francais serta suntikan modal sehingga RM70,000 untuk memulakan perniagaan, menjadi pemangkin kepada ramai wanita untuk menjana pendapatan lebih bagi meningkatkan taraf hidup masing-masing.

Antara pekerja setia turut diraikan ialah Dayang Sofia Shahadan, 37, yang menaburkan baktinya lebih 15 tahun di syarikat berkenaan.

Dia bermula dari bawah sebagai kerani, namun bangga diberi peluang meningkatkan kemahiran dan kini bertugas di bahagian undang-undang.

"Saya membangunkan kerjaya di dalam syarikat dan bergerak dari satu jabatan ke jabatan lain tetapi diberi peluang mengembangkan potensi diri. Motivasi diberikan pihak atasan mengubah persepsi dan sikap ke arah positif.

"Banyak yang saya pelajari daripada pemerhatian dan pengalaman ini untuk memanfaatkan yang terbaik buat diri dan turut mengamalkan nilai sama untuk keluarga di rumah.

"Tentunya saya juga bangga apabila dihargai syarikat dan sentiasa berusaha memberi yang terbaik kepada syarikat," katanya yang dianugerahkan Etika Perniagaan Avon.

Mendapat anugerah sama, Mazni Mohd Zain, 43, yang bertugas di bahagian akaun mengakui seronok bekerja di sebuah syarikat jualan langsung yang merangkumi pelbagai produk kecantikan dari hujung rambut ke hujung kaki itu.

Katanya, paling seronok bekerja seperti keluarga besar tanpa sebarang tekanan sehingga tidak menyedari sudah menabur bakti lebih 20 tahun di syarikat berkenaan.

Tempoh itu juga membolehkannya menimba pelbagai pengalaman berguna serta sentiasa menjaga penampilan sesuai dengan minatnya yang sukakan aspek kecantikan.

Selebriti yang juga pengacara TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain yang mengikat kontrak selama setahun sebagai duta mempromosikan alat mekap Avon Color, mengakui ia memberi keuntungan berganda kepadanya.

Membesar dengan Avon Cosmetics sejak di kolej membuatkan dia semakin yakin kini untuk bergerak aktif kerana produk itu sentiasa menemaninya ke mana saja.

Pelakon terkenal, Nor Fazura Sharifuddin yang menjadi duta haruman Avon mengakui produk berkenaan mempunyai kelebihan tersendiri kepada kebanyakan mereka yang mementingkan aspek kecantikan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rekaan batik berseni

Posted: 21 Mar 2011 10:19 AM PDT

SEBAIK melihat cadar yang sangat cantik itu bergantungan di pusat pameran Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, hati terus terpikat.

Tampak seperti batik tetapi warna hijau lumut dan cara batik itu disuai padan dan tampalannya membuatkan ramai tertanya-tanya.

"Memang ia batik," kata tuan punya cadar, Roskhadijah Yusup yang menyertai acara tahunan pameran di situ.

Cadar tebal atau comforter lengkap sarung bantal ternyata eksklusif sekali hasil rekaan anak Sabak Bernam, Selangor yang berkelulusan sains biokimia daripada Universiti Malaya.


"Rekaan sebegini sesuai juga digunakan untuk bilik pengantin, mungkin dihias sedikit kilauan seperti benang emas dan jemeki agar ia lebih terserlah sempena hari bahagia. Apa yang penting, coraknya disesuaikan dengan tema majlis," katanya.


Tentu ramai yang berkerut dahi tidak bersetuju batik dijadikan tema bilik pengantin mahupun baju dan tudung pengantin. Namun anda pasti berubah fikiran setelah melihat hasil produk yang dikeluarkan Kaseh Quilt kepunyaan Roskhadijah.

Lazimnya, ramai berpendapat batik tidak sesuai bagi acara gilang gemilang kerana ia dikatakan suram dan tidak berseri seperti sutera, baldu atau songket.

"Tidak, sebaliknya batik adalah rekaan yang sangat unik. Sekiranya kena dengan padanan warna dan mengikut trend terkini, cadar pasti memikat hati. Walaupun batik yang saya gunakan ini sekadar batik sarung biasa, hasil gabungan warna dan rekaan, ia tampil menawan.

"Namun, kerja menghasilkan cadar ini sangat susah kerana ukurannya yang besar dan hiasannya yang rumit.

"Harga jualannya sekitar RM700 hingga RM1,000. Hendak menyiapkan sehelai cadar boleh mengambil masa sebulan," kata Roskhadijah mengenai kesukaran menghasilkan barangan secantik itu.

Asalnya, dunia kreatif sekadar hobi Roskhadijah kerana dia suka kerja jahit menjahit dan kraftangan seperti tampalan pada beg, lukisan dan baju. Unsur batik paling diminatinya kerana sentuhannya sentiasa menjadi.

Berasal dari Sabak Bernam, Selangor, anak kelapan daripada 10 beradik ini pernah bekerja di jabatan kerajaan selama dua tahun tetapi jiwanya mahu bergerak sendiri.

Dia kemudian menubuhkan syarikat membekal barangan hospital dan makmal pada 2005 yang masih beroperasi sehingga sekarang.

Bidang kreatif jahitan dan rekaan tidak boleh dibiarkan pergi begitu sahaja kerana latar belakang Roskhadijah sendiri membuatkannya begitu.

"Emak saya (Datin Rahmah Mohd Lazim) dahulu merupakan guru Kemajuan Masyarakat (Kemas), jadi dunia jahitan dan kraftangan memang sentiasa ada dalam diri saya.

"Melihat bilangan pelanggan semakin meningkat dan hasil produk sudah dikenali, saya bercadang mencari butik sedikit masa lagi dan kini masih beroperasi dari rumah," katanya sambil menambah, memang seronok berniaga dengan sesuatu yang amat disukainya.

Kreativiti wanita yang masih bujang ini memang luas dan rekaannya meliputi beg tangan, beg komputer riba, blaus, jubah, tudung dan pakaian kanak-kanak.

"Untuk gaun kanak-kanak ini, saya menggunakan rekaan tampalan yoyo daripada batik. Ada juga yang digabung dengan dua kain, kain polos dan batik supaya kombinasinya tampil lain.

"Saya memang suka mencari kelainan, bukan hanya pada baju kanak-kanak tetapi kepada blaus wanita dan tudung. Tudung songket dan batik pada bahagian serkup antara produk saya yang paling laku dan sering menjadi pilihan. Harganya sekitar RM35 hingga RM75," katanya.

Mengapa batik yang dipilih Roskhadijah?

"Penambahan batik pada pakaian dan tudung tidak akan ketinggalan zaman kerana ia tradisi kita yang sentiasa dekat di hati.

"Untuk tudung, saya guna batik yang ditempah khas. Ia boleh dipakai ke mana sahaja dan disesuaikan dengan semua jenis baju. Tambahan kristal juga boleh dipelbagaikan," katanya.

Roskhadijah juga sering mengadakan kursus kraf kepada mereka yang berminat. Dari situ, kepandaian yang diperoleh boleh digunakan untuk menambah pendapatan.

"Saya mengajar mereka membuat kraftangan yang boleh ditampal pada pakaian dan tudung kemudian sekiranya hasilnya elok, saya sendiri akan mengupah mereka untuk menghasilkan produk saya," katanya.

Roskhadijah sangat gembira dapat menurunkan ilmunya kepada mereka yang berminat dan kursus kraftangannya sentiasa terbuka pada sesiapa yang berminat.

Walaupun mempunyai pekerja sendiri, dia tidak pernah leka dalam memastikan kualiti produknya terjaga.

"Saya akan pastikan setiap barang yang dihasilkan menepati mutu yang saya tetapkan. Ini supaya pelanggan puas hati dengan barangan saya.

"Supaya batik diterima semua orang termasuk generasi baru, rekaan kena dipelbagaikan terutama untuk fesyen menutup aurat yang berkembang pesat kini. Dengan rekaan dan warna yang menarik, pasti ramai yang mahu memilikinya," katanya yang boleh dihubungi di talian 019-2185865.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Komuniti Kita

Posted: 21 Mar 2011 03:21 PM PDT

Kosmo Online - Komuniti Kita


80 remaja perempuan sertai Kem Remajaya

Posted:

80 remaja perempuan sertai Kem Remajaya

80 remaja perempuan sertai Kem Remajaya


SEBAHAGIAN daripada peserta bergambar selepas majlis perasmian Kem Remajaya di Bukit Mertajam baru-baru ini.


MOTIVASI. Seramai 80 remaja perempuan telah dipilih bagi menyertai Kem Remajaya yang diadakan selama tiga hari dua malam di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Syruz, Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini.

Kem tersebut adalah anjuran Pertubuhan Membina Kapasiti dan Intelek Sosial Malaysia (Pemkis) dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) serta Unit Penyelarasan Pembangunan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

Penasihat Pemkis, L. Krishnan berkata, kem berkenaan yang melibatkan peserta lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bertujuan bagi membentuk elemen positif terhadap pemikiran dan minda peserta berhubung isu-isu di sekeliling mereka.

"Remaja merupakan golongan mudah terpengaruh dengan keadaan semasa.

"Justeru, kita perlu berikan mereka maklumat-maklumat yang tepat berhubung sesuatu perkara terutama isu-isu semasa," katanya.

Perasmian kem tersebut telah disempurnakan oleh isteri kepada Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Puan Sri Fawziah Begum Mohd. Abu Bakar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kempen hijau untuk alam sekitar

Posted:

Kempen hijau untuk alam sekitar

Kempen hijau untuk alam sekitar


AHMAD FUAD (tengah) bergambar bersama peserta Kempen 10,000 Ekspresi Kuala Lumpur Hijau di Kuala Lumpur baru-baru ini.


BERJAYA. Kempen 10,000 Ekspresi Kuala Lumpur Hijau yang dijalankan selama dua bulan lalu dilihat berjaya menyedarkan orang ramai mengenai alam sekitar.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail berkata, kempen tersebut bukan sahaja bertujuan mengumpul dana untuk Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA) malah mendidik orang ramai melestarikan alam.

"Kempen yang diadakan ini juga menggalakkan aktiviti rekreasi dan penjanaan semula ekonomi yang akan membantu Kuala Lumpur menjadi bandar raya yang menarik dan sesuai untuk didiami dan bekerja," katanya selepas majlis penutupan kempen tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis itu Pengurus Besar Hotel Federal, Simon Leong dan Presiden YAWA, Khadijah Abdul Rahman.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Program YPKPK dekatkan diri dengan penduduk kampung

Posted:

Program YPKPK dekatkan diri dengan penduduk kampung

Program YPKPK dekatkan diri dengan penduduk kampung


ZURAIDI (lima dari kiri) bergotong-royong bagi menyiapkan bumbung rumah seorang penduduk miskin pada program YPKPK bersama masyarakat di Kampung Bukit Pak Kuning, Baling baru-baru ini.


KERJASAMA. Hubungan erat penduduk Kampung Bukit Pak Kuning, Kuala Ketil, Baling diterjemahkan pada program Yayasan Prihatin Kemiskinan dan Pendidikan Kedah (YPKPK) bersama masyarakat yang diadakan baru-baru ini.

Program anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Bukit Pak Kuning itu dihadiri kira-kira 500 penduduk dan dirasmikan oleh Pengerusi YPKPK, Zuraidi Rahim.

Pengerusi JKKKP Bukit Pak Kuning, Mokhtar Saidin berkata, pelbagai program yang dianjurkan seperti sukaneka dan pameran agensi kerajaan berjaya menarik kunjungan anak-anak muda di kawasan tersebut.

Katanya, pada program itu, anggota YPKPK bergotong- royong dengan penduduk kampung untuk membaiki rumah seorang penduduk miskin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads