Jumaat, 25 Mac 2011

Edisi Nasional

Edisi Nasional


Kosmo Online - Varia

Posted: 25 Mar 2011 11:17 AM PDT

Kosmo Online - Varia


Asas menjahit tudung likra

Posted:

Asas menjahit tudung likra

Asas menjahit tudung likra

Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF



SEJAK kebelakangan ini semakin ramai golongan wanita yang memenuhi tuntutan agama dengan bertudung. Apatah lagi, apabila fesyen tudung pada hari ini semakin trendy dan stailo, wanita yang bertudung juga mahu anggun dan jelita biarpun bertudung litup.

Jika dibandingkan fesyen tudung sedekad yang lalu, fesyen pada hari ini agak berbeza. Rata-rata wanita bertudung bukan sekadar menitikberatkan soal pakaian yang menutup aurat, malah turut cerewet dalam bab pemilihan tudung.

Situasi itu diakui sendiri oleh pemilik R&R Craft, Che Ku Rozinah Che Ku Abas. Jelas wanita berusia 37 tahun itu, fenomena itu secara tidak langsung mendorong pengusaha tudung menghasilkan tudung dalam pelbagai corak, warna dan bentuk.

"Sebab itu kita lihat hari ini pengusaha tudung semakin bertambah bak cendawan tumbuh

selepas hujan. Mereka berlumba-lumba menawarkan koleksi tudung yang pelbagai. Cuma yang membezakannya ialah harga dan kualiti himpunan tudung berkenaan.

"Menariknya, tudung bukan sahaja beroperasi di butik-butik malah, sudah dijual secara dalam talian terutama dalam kalangan remaja. Namun, segelintir daripada mereka mengeluh kerana harga yang dikenakan daripada pemborong amat tinggi," jelas Che Ku Rozinah atau mesra disapa Kuzi ketika ditemui Kosmo! di Kompleks Belia Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Atas faktor itu, Kuzi yang aktif menganjurkan bengkel kraf tangan dan jahitan mengambil inisiatif menganjurkan bengkel jahitan tudung sedia pakai yang diperbuat daripada kain likra.

Penganjuran bengkel itu bertujuan mengajar asas jahitan tudung likra yang ringkas dan selesa digayakan.

"Sesi teori dan praktikal yang kami tawarkan hanya melibatkan beberapa proses mudah untuk difahami dan dipraktikkan oleh para peserta. Sekiranya peserta berjaya memahami ilmu yang dipelajari dan rajin membaiki mutu jahitan, saya pasti dalam tempoh yang singkat mereka dapat menghasilkan koleksi tudung buatan sendiri sekali gus membuka perniagaan tudung.

"Lagipun yuran penyertaan yang kami kenakan amat berpatutan iaitu RM100. Para peserta hanya perlu datang ke bengkel dengan membawa gunting masing-masing. Selebihnya nota, kain likra 60 inci, mesin jahit dan pola kami sediakan. Ini termasuklah sijil penyertaan dan jamuan ringan," ulas Kuzi yang mengehadkan 80 peserta saja untuk setiap siri. Ia bagi mengelakkan kesesakan dan peluang kepada tenaga pengajar dan 14 orang pembantu memberi tunjuk ajar kepada peserta.

Teknik jahitan dan menggunting

Sementara itu, tenaga pengajar bengkel pada bengkel tudung berkenaan Maizaily Ariffin, 42, menjelaskan, sebelum sesi jahitan tudung dijalankan, para peserta diberi taklimat secara teori. Mereka akan didedahkan dengan proses jahitan yang terlibat dan panduan jahitan tudung yang betul.

"Selepas sesi teori, peserta akan menggunting kain mengikut bentuk pola yang kami sediakan. Dalam menghasilkan tudung likra, individu bebas untuk memilih pola saiz besar, sederhana atau kecil. Tetapi pada bengkel ini kami menggunakan pola saiz sederhana bagi memudahkan proses guntingan dan menjahit tudung," terang Maizaily sambil meneliti jahitan tudung yang dihasilkan para peserta.

Selesai proses menggunting badan tudung, peserta beralih kepada proses menggunting dan membentuk kepala tudung dengan betul dan kemas.

Tidak ketinggalan melakukan teknik menjahit tepi tudung, mencantum kepala tudung dan badan tudung. Bagi mengelakkan tudung likra tampak polos peserta disaran menyerikan tudung dengan hiasan manik atau labuci mengikut cita rasa sendiri.

Secara keseluruhannya, Maizaily berpuas hati dengan perjalanan dan kesungguhan yang dipamerkan oleh para peserta. Tambahnya: "Walaupun segelintir daripada peserta tidak memiliki asas jahitan tetapi mereka menunjukkan komitmen yang bagus. Lihat saja dalam tempoh tiga jam mereka berjaya menghasilkan sehelai tudung sendiri."

Dalam pada itu, peserta dari Kuala Lumpur, Farah Atiqah Muhamad, 22, gembira kerana berpeluang menyertai bengkel jahitan tudung anjuran R&R Craft. Jelas remaja itu, meskipun menyedari bengkel tersebut disertai wanita dewasa, tetapi ia sedikitpun tidak mematahkan semangatnya.

"Sebelum ini saya aktif menjual pelbagai koleksi tudung secara talian. Kebanyakan tudung yang dijual itu saya peroleh daripada pihak pemborong. Tetapi, selepas ini barangkali saya sudah boleh menjual tudung buatan sendiri hasil ilmu yang dipelajari pada bengkel ini.

"Sebenarnya cukup mudah untuk menghasilkan tudung likra. Apa yang penting ialah kuasai teknik jahitan dan pemilihan fabrik likra yang berkualiti," ujar Farah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Johor

Posted: 25 Mar 2011 10:08 AM PDT

Utusan Online - Johor


Galeri Seni Johor suram?

Posted:

Galeri Seni Johor suram?

Galeri Seni Johor suram?

Oleh NURUL HUDA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my


PEMANDANGAN bahagian depan bangunan Galeri Seni Johor yang kelihatan suram.


JOHOR BAHRU 24 Mac – Galeri Seni Johor yang tersergam indah di atas bukit di tepi Lebuh Raya Stulang dan menjadi salah satu mercu tanda di negeri ini sepatutnya menjadi tumpuan terutama kepada pelancong dari dalam dan luar negara.

Entah mengapa, bangunan yang mempamerkan pelbagai hasil lukisan dan karya seni tempatan yang seharusnya dikagumi dan sewajarnya diangkat sebagai satu produk pelancongan kini kelihatan 'sunyi'.

Malah, galeri yang suatu ketika dahulu pernah menjadi kediaman rasmi Menteri Besar Johor Ketiga, Datuk Abdullah Jaafar itu kelihatan suram dan kurang mendapat sambutan sejak dibuka pada 2004 walaupun tanpa sebarang bayaran masuk dikenakan.

Rumah atas bukit yang pernah dijadikan markas tentera Jepun itu hanya meriah dengan kehadiran orang ramai pada masa tertentu sahaja terutama apabila terdapat majlis atau program yang dianjurkan di pekarangan tempat tersebut.

Bagaimanapun, Kurator Galeri Seni Johor, Nor Alisa Abd. Rahman mempunyai alasan tersendiri kepada persoalan tersebut.

"Galeri seni biasanya dikunjungi mereka yang betul-betul meminati seni, berbeza dengan muzium yang mempunyai nilai sejarah dan disebabkan itu ramai orang suka ke muzium.

"Namun, pada masa sama kita sentiasa mempergiatkan pelbagai program di galeri untuk menarik orang ramai mengunjungi tempat ini," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Nor Alisa memberitahu, sepanjang tahun lalu, seramai 6,754 orang mengunjungi galeri tersebut dan jumlah tertinggi dicatatkan pada Oktober iaitu 2,259 orang.

Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak tiga program dianjurkan iaitu Pameran Kurnia Cipta 2010, Pertandingan Melukis Rumah Limas Johor 2010 dan Pameran Simfoni Warna 2010.

Menurutnya, aktiviti yang dijalankan di muzium tersebut lebih menjurus kepada pameran hasil seni lukis dan kraf tangan oleh pelbagai pihak mengikut tema tersendiri setiap dua bulan sekali.

Antaranya, pameran oleh anak jati Johor, tekstil dan rekaan fesyen, sejarah dan koleksi seni Balai Seni Lukis Negara selain sambutan Hari Muzium peringkat negeri.

Nor Alisa yang mula bertugas sebagai kurator sejak 2005 memberitahu, kini pihaknya mengadakan pameran dikenali Foto Bandar Raya Johor Bahru Dahulu dan Kini selama dua bulan bermula 10 Mac lalu hingga Mei ini.

"Pada pameran ini kita memaparkan foto-foto sekitar bandar raya ini yang diambil oleh jurugambar tempatan dan diletakkan bersama koleksi galeri gambar lama tempat yang diambil," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Baiki tiang lampu rosak

Posted:

Baiki tiang lampu rosak

Baiki tiang lampu rosak

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my


SEORANG penduduk menunjukkan tiang lampu jalan yang tidak berpenutup di Jalan Pingai, Johor Bahru, semalam. – UTUSAN/BAAZLAN IBRAHIM


JOHOR BAHRU 24 Mac – Kematian pelajar, Muhammad Naquiddin Mohd. Marzuki, 11, akibat terkena renjatan elektrik dari sebuah tiang lampu jalan semasa bermain bola berhampiran rumahnya di Taman Batu 3, Shah Alam pada 19 Mac lalu masih lagi diingati ramai.

Tidak diketahui di mana silapnya, tiang lampu jalan berkenaan yang sepatutnya berfungsi untuk menerangi kawasan tersebut pada waktu malam akhirnya meragut nyawa seorang budak yang tidak berdosa.

Nasib yang menimpa Muhammad Naquiddin mungkin boleh terjadi kepada orang lain sekiranya isu ini tidak diberi perhatian sewajarnya oleh pihak yang bertanggungjawab.

Ini kerana tinjauan Utusan Malaysia di beberapa kawasan di sekitar bandar raya ini mendapati terdapat tiang lampu jalan yang berada dalam keadaan berbahaya termasuk yang tiada penutup.

Seorang kakitangan kerajaan, Mohd. Farihin Hassan, 29, berkata, tiang lampu berkenaan yang tiada penutup menyebabkan wayar di dalamnya boleh terkeluar selain air boleh masuk ke dalam tiang lampu tersebut apabila hujan.

"Keadaan ini amat berbahaya terutama sekali kepada pejalan kaki kerana mereka sering terdedah kepada bahaya setiap kali melalui jalan yang mempunyai tiang lampu jalan berkenaan.

"Mereka mungkin tersentuh secara tidak sengaja dan perkara yang tidak diingini mungkin boleh berlaku," katanya.

Mohd. Farihin berkata, pihak yang bertanggungjawab digesa agar mengambil tindakan segera dengan menyelenggara semua kerosakan yang terdapat pada tiang lampu jalan di bandar raya ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Pesona

Posted: 25 Mar 2011 07:42 AM PDT

Kosmo Online - Pesona


Kasih sayang terapi urutan

Posted:

Kasih sayang terapi urutan

Kasih sayang terapi urutan



JENAMA produk penjagaan bayi, Johnson's baby, baru-baru ini melancarkan Siri Bengkel Urutan Bayi Touch yang diadakan setiap tahun untuk mendidik para ibu atau bakal ibu mengenai teknik-teknik urutan bayi yang berkesan.

Siri bengkel tersebut akan diadakan dengan kerjasama KPJ Healthcare Berhad, pembekal perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta utama yang mempunyai lebih daripada 20 buah hospital di Malaysia.

KPJ Healthcare akan memberikan sokongan melalui satu pasukan profesional yang akan memberi ceramah dan panduan untuk ibu bapa pada bengkel interaktif dan amali, yang akan diadakan di lapan buah negeri di seluruh Malaysia pada bulan Mei dan Jun tahun ini.

Pengarah Pemasaran Johnson & Johnson Sdn. Bhd., Stanford Guo berkata, urutan amat penting bagi meningkatkan perkembangan bayi.

"Selain pemakanan atau susu ibu, sentuhan seorang ibu mempunyai kesan paling efektif ke atas bayi.

"Sentuhan adalah ekspresi fizikal yang menandakan kasih sayang dan teknik-teknik urutan yang betul terbukti mempunyai kebaikan untuk perkembangan fizikal dan emosi bayi," katanya.

Penyakit misteri

Tambahnya, dalam kaji selidik yang dijalankan pada tahun 1915 di rumah-rumah anak yatim di Amerika Syarikat (AS) mendapati, kadar kematian bayi yang berumur kurang satu tahun adalah hampir 100 peratus.

Kadar kematian yang tinggi itu bukanlah kerana kekurangan makanan yang berkhasiat atau keadaan yang kurang bersih tetapi bayi yang menghidap marasmus iaitu penyakit misteri yang mengakibatkan mereka hilang selera makan, tiada tenaga dan tidak bermaya. Penyakit itu dipercayai berlaku kerana bayi kurang mendapat sentuhan.

"Kajian di hospital Bellevue New York yang dijalankan pada tahun 1938 pula mendapati kadar kematian bayi berumur di bawah umur satu tahun menurun dari 30 peratus kepada kurang daripada 10 peratus apabila para jururawat memulakan rutin harian menyentuh dan membelai bayi.

"Kajian-kajian ini mengesahkan betapa pentingnya sentuhan untuk bayi yang baru lahir dan juga menunjukkan bahawa sentuhan ibu turut melambangkan tanda kasih sayang yang nyata untuk anaknya," kata Guo.

Dalam pada itu, Datuk Dr. Zulkifli Ismail yang membuat pembentangan mengenai kepentingan urutan bayi semasa pelancaran tersebut menjelaskan, susu ibu membekalkan antibodi penting dan khasiat untuk melindungi serta membantu bayi membesar, manakala urutan bayi merangsang perkembangan fizikal dan kesejahteraannya.

"Selain itu, percakapan dan hubungan mata yang dilakukan antara ibu bapa dan bayi semasa mengurut mengeratkan hubungan mereka.


DR. ZULKIFLI (kiri) menunjukkan teknik urutan yang betul kepada ibu-ibu untuk bayi.


"Mengurut adalah cara asuhan dan penyembuhan yang diamalkan oleh pelbagai budaya di seluruh dunia sejak berabad lamanya. Pengamal kesihatan terdahulu telah mencuba untuk memahami bagaimana sentuhan dan urutan boleh memberikan kesan ajaib tetapi tiada penemuan ketara yang diperoleh sehinggalah pada kebelakangan ini," ujarnya.

Dr. Tiffany Field, seorang profesor di University of Miami School of Medicine yang mengetuai Touch Research Institute menemui hubungan antara terapi sentuhan dan manusia. Beliau mendapati banyak kebaikan terutamanya bagi bayi dan kanak-kanak.

Menurut Field, bagi bayi dan kanak-kanak, sentuhan adalah sama penting seperti makan dan tidur. Pada asasnya, terapi sentuhan atau urutan boleh merangsang saraf otak yang membantu penyerapan zat makanan dan mempercepatkan penambahan berat.

Sentuhan turut mengurangkan tahap hormon tekanan dan hasilnya, mempertingkatkan fungsi imuniti.

Berat bertambah

Dr. Zulkifli yang mengguna pakai teknik urutan yang disarankan oleh Touch Research Institute berkata, kajian juga menunjukkan urutan pada bayi mampu mengurangkan tahap dan tempoh kolik pada bayi dan memperbetulkan masalah tidur di kalangan kanak-kanak. Urutan dapat membantu mereka tidur dengan lebih cepat dan kurang terjaga pada waktu malam.

Kajian tempatan yang dijalankan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) antara tahun 2000 dan 2001 ke atas 72 orang bayi jaundis, mengalami peningkatan berat badan pada bayi yang diurut berbanding bayi yang tidak diurut. Ini juga dikaitkan dengan pemberian nutrisi yang lebih baik pada bayi yang diurut.

Kajian tersebut menunjukkan, terapi sentuhan juga membantu bayi pramatang menambah berat badan lebih cepat, memperbaiki fungsi pernafasan kanak-kanak yang menghidap asma dan bagi kanak-kanak diabetes pula bertindak balas positif dengan rawatan mereka.

Acara kemuncak majlis pelancaran tersebut menampilkan Erra Fazira, pelakon dan ibu yang mempercayai bahawa sentuhan ajaib seorang ibu boleh membawa perubahan yang membantu bayi berkembang dalam pelbagai cara yang positif.

Erra yang menyokong urutan bayi menggalakkan semua ibu bapa di Malaysia untuk mengamalkan urutan Touch.

"Sama ada untuk kebaikan fizikal atau emosi, pengalaman mengurut bayi membantu ibu bapa menenangkan fikiran dan berkomunikasi dengan anak mereka, menjadikan mereka lebih yakin dengan kemahiran penjagaan anak dan yang penting sekali, menjadi lebih peka terhadap keperluan anak mereka," katanya.

Untuk menjadikan urutan bayi ini lebih bermakna dan sebagai aktiviti kebiasaan antara ibu bapa dan anak, Johnson's baby mengarahkan penerbitan lagu Touch, boleh didapati dalam bentuk cakera padat (CD) dan akan diberikan kepada ibu bapa yang menyertai bengkel pada masa akan datang.

"Jangan lupa untuk menggunakan minyak Johnson's® baby setiap kali anda mengurut bayi kerana minyak bayi boleh mengurangkan geseran antara tangan anda dan kulit bayi, yang akan memberikan tekanan kepada bayi," pesan Guo.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hidup bermadu secara harmoni

Posted:

Hidup bermadu secara harmoni

Hidup bermadu secara harmoni


PERSEFAHAMAN antara madu itu penting demi menyelamatkan hubungan kekeluargaan dan silaturahim. - Gambar hiasan


MADU itu sinonim dengan rasa yang manis. Namun, bagi kebanyakan wanita, istilah madu sering kali membuatkan mereka berfikir tentang sesuatu yang pahit.

Seperti yang selalu saya tegaskan, untuk menjadikan sesuatu itu manis atau sebaliknya, bergantung sepenuhnya kepada diri kita sendiri. Bak pepatah Inggeris, jika limau itu masam, campurkanlah sedikit gula dan air kelak pasti ia menjadi minuman yang amat sedap.

Sama jugalah dengan hidup bermadu. Ia boleh diharmonikan jika kena pada caranya kerana poligami yang ditetapkan syariat adalah sebagai hikmah, bukan musibah.

Terima ketentuan-Nya

Betullah takdir penentu segala tapi takdir juga berkaitan dengan sikap sendiri. Lantas, jika ditakdirkan anda bermadu tidak kiralah yang pertama atau kedua atau ketiga ataupun keempat, percayalah anda mempunyai tanggungjawab dengan status tersebut.

Tanggungjawab paling utama adalah untuk reda dengan kehendak-Nya. Bagi anda yang menerima hidup bermadu, jangan dilayan kepedihan hati atau menuduh cinta dikhianati.

Jika anda yang 'mencelah' dalam sesebuah perhubungan pula jangan berbangga diri. Sebaliknya anda perlu sedar diri dengan kedudukan anda sebagai 'adik' dan hormatilah 'kakak' anda. Niatkan ikhlas untuk berkongsi dan bukan merampas.

Bersyukur kerana masih disayangi

Jika anda terpaksa menerima kehadiran wanita lain di dalam hidup suami anda, jangan bersedih sebaliknya bersyukurlah kerana anda masih disayangi.

Ya! Jika tiada lagi kasih si suami kepada anda, anda tidak akan dimadukan sebaliknya akan ditinggalkan atau dicerai terus. Ramai wanita di luar sana yang menghadapi kemelut sedemikian - ditinggal dek suami tanpa berita atau peruntukan kewangan semata-mata kerana bertemu cinta yang baru.

Sebaliknya anda masih mempunyai suami di depan mata, masih lagi diberi peruntukan nafkah dan diberikan layanan yang baik.

Jangan bermusuh

Bermusuh bukan saja menyakitkan hati malah menimbulkan amarah dan dendam. Jangan sesekali bermusuh ataupun bergaduh dengan madu anda. Anda dan madu anda mempunyai kedudukan dan taraf yang sama, tiada seorang pun berbeza.

Tidak kiralah anda yang pertama, kedua, ketiga atau keempat, anda sama sahaja. Mempunyai hak sama yang diiktiraf oleh syariat dan diperuntukkan oleh undang-undang.

Tiada yang mendapat lebih keistimewaan walaupun anda berstatus isteri muda atau isteri paling tua. Jika sukar untuk wujudkan hubungan mesra, memadailah jangan membenci antara satu sama lain.

Bersainglah secara sihat

Anda dan madu anda mempunyai satu persamaan iaitu isteri kepada suami anda. Lantas, berusahalah untuk menambat hati suami dengan sebaik-baiknya.

Jangan berebut sebaliknya bersainglah secara sihat. Jangan juga mempertikaikan segala yang diberikan oleh suami kepada madu anda atau segala yang dilakukan oleh suami bersama madu anda.

Berikan kebebasan kepada suami dan madu anda seperti mana anda juga inginkan kebebasan setiap kali suami bersama anda. Tidak perlu fikirkan aktiviti yang mereka lakukan bersama sebaliknya fikirkan aktiviti yang boleh anda lakukan bersama suami ketika tiba giliran anda.

Paling penting, usahakan yang terbaik untuk berikan yang terbaik kepada suami agar kasih sayang suami kekal utuh bersama anda biarpun terpaksa berkongsi.

Percaya keistimewaan sendiri

Jika anda yang pertama, anda paling istimewa kerana anda adalah wanita pertama yang berjaya merebut hati suami anda hingga anda dijadikan suri hidupnya berbanding jutaan wanita lain yang ada ketika itu. Sudah semestinya anda memiliki keistimewaan tersendiri yang membuatkan suami anda memilih anda.

Jangan salah sangka. Walaupun ada wanita lain hadir di antara anda dan suami anda, tidak bermakna wanita itu lebih istimewa daripada anda. Anda tetap unggul dan istimewa lantaran itulah suami anda memilih untuk memberikan anda seorang madu dan bukannya menceraikan anda walaupun setelah hatinya diusik oleh wanita lain. Yang nyata, suami anda masih memerlukan anda di dalam hidupnya.

Jika anda adalah isteri kedua, ketiga atau keempat, jangan merasakan diri anda terlalu istimewa!

Kedudukan anda dengan isteri sedia ada sebelumnya adalah sama sahaja. Tidak kiralah anda lebih berpendidikan, lebih berharta, berkerjaya menarik atau mungkin terasa lebih cantik serta lebih muda, anda belum layak diiktiraf sebagai lebih istimewa.

Hakikatnya, walau di mana pun kedudukan anda, semuanya adalah sama iaitu seorang isteri kepada seorang lelaki. Jadi, anda tidak perlu berasa terlalu cemburu dengan madu-madu anda.

Seperti yang saya jelaskan di awal tadi, setiap daripada anda mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang membuatkan suami anda memilih anda sebagai teman hidupnya.

Mungkin anda pandai memasak, suara anda manja, anda seorang yang kelakar, peramah dan pandai mengambil hati dan entah beribu alasan lagi yang hanya suami anda dan mungkin juga anda mengetahuinya. Kekalkan keistimewaan anda itu dan berusahalah untuk terus menambat hati suami dengan keistimewaan tersebut.

Ingatlah, sifat diri yang peribadi boleh dikekalkan sebaliknya jika anda sekadar menambat hati suami dengan rupa paras yang menawan hati, jangan terkejut jika tiba satu masa, anda dipinggirkan.

Rupa paras yang cantik dan bentuk badan yang menarik tidak akan kekal walaupun sekarang ini terdapat beribu produk dan pusat rawatan kecantikan.

Anda perlukan sesuatu yang lahir daripada dalam diri anda untuk kekal istimewa setanding dengan madu-madu yang lain. Apabila anda sedar keistimewaan diri anda, terimalah juga hakikat bahawa anda dan madu-madu anda juga mempunyai kelemahan tersendiri.

Atas rasa kesedaran ini, Insya-Allah keharmonian dalam perkahwinan poligami akan berjaya dikecapi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Menyalahkan takdir merosakkan iman

Posted:

Menyalahkan takdir merosakkan iman

Menyalahkan takdir merosakkan iman

APAKAH hukumnya menyalahkan takdir tapi sesudah itu dia menyedarinya dan bertaubat di atas kesalahannya itu?

JAWAPAN:

Sebagai seorang Islam, kita wajib beriman kepada qada' dan qadar Allah. Ia merupakan Rukun Iman keenam yang menjadi pelengkap keimanan kita sebagai manusia muslim.

Menyalahkan takdir dibimbangi akan merosakkan keimanan kita. Wajib kita menyedari bahawa Allah Maha Berkuasa dan Maha Perkasa dan setiap yang berlaku di muka bumi ini adalah di bawah ketetapan-Nya.

Hikmah di sebalik semua itu hanya Allah yang Maha Mengetahui dan manusia diseru untuk berfikir atas setiap kejadian. Sehubungan itu, mantapkanlah akidah kita sebagai manusia ciptaan-Nya supaya tidak mudah tergelincir.

Firman Allah Taala: "(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah) Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong dan takbur lagi membanggakan diri." (Surah Al-Hadid: Ayat 23).

Maka, ayat ini mengingatkan manusia jangan terlalu bersedih andai ditimpa kesusahan dan terlalu gembira tanpa rasa syukur andai terima nikmat.

Mohonlah keampunan atas keterlanjuran kita dengan melakukan taubat nasuha dan sentiasa membaca zikir sebagai medium penyucian hati agar lebih mudah menerima setiap kejadian dengan penuh keredaan. Syarat taubat yang diterima Allah ialah :

1. Segera meninggalkan perbuatan tersebut.

2. Menyesal.

3. Tidak mengulanginya.

4. Jika kesalahan itu berkaitan dengan manusia pohonlah maaf daripadanya.

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda: "Jika kamu datang berjalan untuk bertaubat Allah akan menyambutmu dengan berlari." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Berdasarkan hadis ini Allah amat gembira hambanya yang bersungguh-sungguh dalam bertaubat.

Harus nenek susukan cucu

APAKAH hukum nenek menyusukan cucunya?

JAWAPAN:

Pada pandangan syarak, hukum bagi seorang wanita menyusukan bayi yang bukan anaknya adalah harus. Dalam hal ini Islam telah memperakuinya dan tidak pula mengharamkannya.

Ia sebenarnya memberi kemudahan dan keringanan kepada wanita dan memberi kebaikan di samping memenuhi keperluan tertentu seperti ketika ibu bayi itu meninggal dunia atau si ibu itu menghidap penyakit yang menghalang dirinya untuk menyusui anaknya sendiri.

Secara tidak langsung ia memerlukan wanita lain yang boleh menyusukannya untuk meneruskan survival kehidupan anak tersebut.

Dalil yang mengharuskan penyusuan oleh orang lain seperti dijelaskan dalam firman Allah Taala yang bermaksud:

"Dan sebaliknya jika kamu (daripada kedua-dua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah wanita lain menyusukannya." (At-Tolaq: 6)

Dalam dalil lain yang bermaksud:

"Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu". (Al-Baqarah :233)

Jika nenek telah menyusukan cucunya dalam tempoh umurnya di bawah dua tahun dan lima kali kenyang, maka cucu itu telah menjadi anak susuannya. Maka pak cik dan mak ciknya telah menjadi adik beradik susuannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Ratu

Posted: 25 Mar 2011 01:32 AM PDT

Berita Harian: Ratu


Lelaki manja anak emak?

Posted: 24 Mar 2011 07:32 PM PDT

Ratu

Sikap begitu `mendera' teman wanita, isteri

SETIAP kali ingin membuat keputusan, mencari emak. Apa saja masalah yang berlaku - emak; bermanja berlebihan - emak; mencari keputusan untuk hal berkaitan rumah tangga, baik membeli rumah atau perabot - emak; bergaduh dengan isteri juga, mengadu pada emak. Pendek kata, semua yang dibuat emak dibabitkan, walaupun usia bukan muda, malah sudah beristeri dan berkeluarga.

Inikah yang dikatakan anak emak? Istilah berkenaan bukan baru kita dengar, sebaliknya sudah digunakan sejak dulu lagi, lebih-lebih lagi untuk lelaki yang terlalu manja dengan ibunya.

Mungkin tidak ada cacat-celanya perkara ini bagi si lelaki itu dan ibunya, tetapi tidak bagi kebanyakan wanita. Rata-rata, wanita rimas dengan lelaki begini, terutama wanita yang bersuamikan anak emak kerana anak emak ini sering kali tidak matang dalam membuat keputusan bijak, sekali gus mencerminkan mereka lelaki yang tidak pandai berdikari. Ramai melihat perkara itu, lebih banyak buruk daripada baiknya terutama apabila segala yang dilakukan untuknya tidak pernah nampak elok dan baik, hanya kerana tidak sama seperti ibunya. Masak tak sedap, tak macam emak masak; tak pandai kemas rumah, tak macam emak dan macam-macam lagi hal, yang boleh membuat isteri atau teman wanita jauh hati.

Si lelaki juga tidak terkecuali menerima kesan buruknya. Bagi lelaki bujang umpamanya, gelaran anak emak, membuatkan wanita sukar mendekati mereka. Wanita akan beranggapan lelaki begini tidak matang, membosankan dan tidak layak dijadikan suami!

Bagi yang berkahwin, tidak mustahil, isteri lama-kelamaan jauh hati, kecil hati dan tidak lagi mahu melayari kehidupan bersama.

Namun, tidak wajar rasanya hal sebegini menjadi punca rumah tangga berantakan. Jika bijak dan pandai mencari 'puncanya', mengenal pasti serta melakukan perkara yang membuatkan si suami atau teman lelaki melebihkan ibu mereka, bukan saja mereka akan lebih sayangkan kita, mungkin satu hari kita akan juga akan jadi anak emak kepada ibunya!
Hakikatnya, apabila berpacaran seterusnya mendirikan rumah tangga, kita bukan hanya berkawan dan berkahwin dengan pasangan malah keluarga mereka. Ibu isteri juga adalah ibu kepada suami dan begitu juga sebaliknya.

Sebagai anak, sewajarnya ibu harus terus disanjungi, tidak kira bila dan di mana. Namun, lelaki bergelar suami juga harus tahu peranan dan tanggungjawabnya kepada isteri dan keluarga. Tidak salah merujuk kepada ibu tetapi tidaklah dalam semua perkara, lebih-lebih lagi jika berselisih faham dengan isteri.

Isteri juga harus menghormati dan menyayangi keluarga suami sebagai tanda taat kepada suami. Bukankah syurga buat isteri terletak di tapak kaki suami.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Usahawan wanita

Posted: 24 Mar 2011 07:30 PM PDT

Ratu

Promosi bantu majukan perniagaan

HARI ini, semakin ramai wanita yang berminat menyertai bidang perniagaan dan bergelar usahawan. Kebanyakan bermula dari kecil-kecilan tetapi dengan usaha yang gigih, sudah ramai berjaya membina asas kukuh dan terus mengembangkan perniagaan dibangunkan.

Bagaimanapun, dalam dunia perniagaan meskipun sudah stabil dan dikenali, promosi produk harus dilakukan dari semasa ke semasa disusuli dengan jaringan hubungan dan kerja diperluaskan bagi meningkatkan lebih banyak peluang.

Bagi yang ingin memulakan perniagaan, mereka perlu banyak mengutip pengetahuan dan pengalaman serta mewujudkan jaringan hubungan supaya diri dan perniagaan diceburi dikenal di pasaran. Mencari dan membina rangkaian kerja, sememangnya diperlukan kerana langkah itu dapat memperluaskan peluang untuk menjalin kerja sama, bertukar-tukar pandangan serta tunjuk ajar daripada mereka yang lebih berpengalaman. Menyedari hal itu, Usahawan Laman Web, Siti Shuhada Abu Bakar tidak mahu melepaskan peluang menyertai Ekspo Perdagangan Khas Wanita - Tribute to Women Malaysia di Pusat Konvensyen Mid Valley, baru-baru ini.

Siti Shuhada, 38, yang sudah lebih setahun mengusahakan perniagaan coklat, dilihat begitu kreatif menghasilkan produknya dengan pelbagai reka bentuk dan sesuai dijadikan hadiah serta penyeri majlis, berkata peluang menyertai ekspo seumpama itu amat berguna terutama bagi usahawan talian maya sepertinya. "Setiap kali ada peluang menyertai mana-mana ekspo dan jualan bazar, saya akan rebut peluang itu. Tujuan utamanya ialah memasarkan dan mempromosikan hasil produk jualan terutama kepada orang ramai yang tidak berpeluang melayari blog yang dibangunkan.

"Melalui ekspo seperti inilah saya akan mengetengahkan lebih banyak produk, khususnya reka bentuk baru. Ia memberi peluang kepada pelanggan untuk melihat lebih dekat serta mengetahui aktiviti kami. Jika dibuat menerusi blog saja, usaha promosi ini mungkin agak terbatas," katanya ketika ditemui pada hari pertama dan pelancaran ekspo berkenaan.

Siti Shuhada turut berharap dapat bertukar-tukar pengalaman dengan peserta ekspo lain dan menyarankan supaya ekspo seumpama itu diadakan lebih kerap, sekurang-kurangnya dua tahun sekali.
Dua rakan kongsi, Siti Nusraq Aishah Maniyamin, 27, dan Habibah Jusoh, yang juga mengusahakan perniagaan melalui laman blog sejak dua tahun lalu, turut bersetuju penyertaan mereka dalam ekspo seumpama itu memberikan pengalaman serta pengetahuan baru, di samping berpeluang secara langsung menjual terus produk kepada pelanggan.

"Sebelum ini, kami tidak pernah menyertai mana-mana ekspo dan pengalaman ini ternyata memberikan pendedahan awal yang baik untuk kami menambah ilmu dalam dunia perniagaan," kata Habibah.

Siti Nusraq dan Habibah yang menjual pakaian wanita dan pelbagai jenis kain menjelaskan, walaupun terpaksa datang dari Terengganu untuk menyertai ekspo itu, mereka tidak kisah kerana banyak manfaat diperoleh khusus untuk jangka panjang bagi mengembangkan perniagaan.

Ekspo anjuran Yayasan Mahkota dan MSP Communication Sdn Bhd itu dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Turut hadir, Pengerusi Yayasan Mahkota, Tan Sri Dr Kamal Salih serta Penerbit dan Pengarah Acara Tribute to Women Malaysia 2011, Mahani Awang.

Sementara itu, Mahani berkata, program tiga hari itu bertujuan memperkasa dan memartabatkan kaum wanita dari aspek pembangunan dan kemajuan diri, kerjaya dan peranan dalam masyarakat.

"Ia adalah peluang terbaik buat usahawan tempatan dan luar negara untuk mempromosi dan menjual produk serta perkhidmatan kepada orang ramai terutama wanita," katanya.

Seramai 60 peserta menyertai pameran kali ini dan dianggarkan pameran berkenaan mampu meraih jualan sebanyak RM100,000. Antara produk yang dipamerkan pada ekspo itu adalah produk kecantikan, kesihatan, barangan elektrik, pelancongan, pendidikan, minuman dan makanan serta perkhidmatan kewangan.

Sempena acara itu, turut diadakan pameran khas bertajuk 'Srikandi Mutiara Negara', yang memaparkan kisah isteri Perdana Menteri dan tokoh srikandi wanita UMNO yang berkaliber.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pendidikan

Posted: 24 Mar 2011 11:43 PM PDT

Utusan Online - Pendidikan


SMK Jengka Pusat teruskan kecemerlangan SPM 2010

Posted:

SMK Jengka Pusat teruskan kecemerlangan SPM 2010

SMK Jengka Pusat teruskan kecemerlangan SPM 2010


Calon SPM 2010 bersama Hafidzah Jono (belakang tiga dari kiri) menunjukkan slip keputusan mereka di SMK Jengka Pusat, semalam.


MARAN 24 Mac - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka Pusat mengekalkan kecemerlangan sebagai antara sekolah terbaik peringkat tanah rancangan Felda di negeri ini dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang diumumkan semalam.

Pengetuanya, Hafidzah Jono berkata, seramai 74 calon yang menduduki peperiksaan itu mencatat keputusan 100 peratus lulus dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 3.45 berbanding 4.77 pada 2009.

Menurutnya, pencapaian paling membanggakan ialah bagi mata pelajaran Matematik Tambahan apabila mencatatkan 100 peratus lulus dengan empat calon mendapat A.

"Seramai 14 calon berjaya mencatatkan kejayaan cemerlang memperoleh sekurang-kurangnya 6A, 7A, 8A dan 9A dalam peperiksaan berkenaan.

"Berdasarkan keputusan itu SMK Jengka Pusat menduduki kedudukan ke-17 daripada 179 sekolah di Pahang dan tempat kedua selepas SMK Seri Jengka daripada 19 sekolah Maran.

"SMK Jengka Pusat turut menduduki tempat kesembilan daripada 22 sekolah tanah rancangan di Pahang dalam SPM 2010," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sehubungan itu, Hafidzah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama guru, ibu bapa, pengurusan Felda, persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) serta Jabatan Pelajaran yang memain peranan penting di atas kejayaan tersebut.

Sementara itu, pelajar terbaik SPM 2010, Nurul Farah Nadia Rusly yang memperolehi 9A 1B menyifatkan kejayaan tersebut adalah sokongan kedua-dua ibu bapa dan guru sekolahnya.

Dia memperoleh A+ untuk Bahasa Melayu, Sejarah, Pendidikan Islam dan Kimia manakala A dalam subjek Bahasa Inggeris dan Matematik, A- (Bahasa Arab Tinggi, Biologi dan Matematik Tambahan ) serta B+ untuk Fizik.

Menurutnya, dengan dorongan dan tunjuk ajar mereka, dia mempunyai keyakinan dan semangat untuk meraih kejayaan cemerlang.

"Memberi tumpuan ketika guru mengajar, membuat latihan, belajar berkumpulan dan bertanya guru jika kurang faham mengenai sesuatu tajuk antara rahsia kejayaan ini.

"Pelajar tidak harus malu untuk bertanya sebarang soalan dan jangan pendam di hati kerana ia merugikan diri sendiri," katanya.

Sementara itu, Guru Penolong Kanan Kurikulum, Mohd. Rozi Mat Sani berkata, pihaknya telah mengatur strategi dan program khas untuk memastikan keputusan SPM 2011 adalah lebih baik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

157 murid cemerlang terima anugerah

Posted:

157 murid cemerlang terima anugerah

157 murid cemerlang terima anugerah

KOTA TINGGI 24 Mac - Seramai 157 murid Sekolah Agama Bukit Lintang (SABL) termasuk kanak-kanak tadika menerima anugerah pada Majlis Malam Anugerah Kecemerlangan Tahun 2010 yang diadakan di sini baru-baru ini.

Majlis yang diadakan di dataran sekolah itu turut dihadiri ibu bapa dan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Halimah dalam ucapannya berkata, pengorbanan guru-guru serta sokongan ibu bapa telah menjadikan murid sekolah agama itu berjaya dan cemerlang dalam pelajaran mereka.

"Ini adalah satu pengiktirafan kepada guru-guru dan ibu bapa kerana tanpa sokongan semua pihak, anak-anak tidak akan berjaya cemerlang dalam pelajaran," katanya.

Beliau turut menekankan betapa pentingnya pendidikan agama bagi menghindari anak-anak daripada terjebak dalam masalah sosial.

"Kita jangan mudah terpengaruh dengan suasana hidup moden kerana bukan kejayaan di dunia sahaja yang harus dicari tetapi kejayaan dalam pendidikan agama perlu diutamakan.

"Kita harus meningkatkan kehidupan serta keterampilan masyarakat Melayu agar mampu bersaing dengan kaum lain sejajar dengan apa yang dimahukan pucuk pimpinan kita," katanya.

Pada majlis itu, beliau turut meluluskan peruntukan RM35,000 bagi menaik taraf kelas Tadika Agama Johor (TAJ) di sekolah itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Keluarga

Posted: 24 Mar 2011 01:45 PM PDT

Utusan Online - Keluarga


Makanan Jepun menyihatkan

Posted:

Makanan Jepun menyihatkan

Makanan Jepun menyihatkan

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar RASHID MAHFOF


Tempura


MALAYSIA merupakan sebuah negara kaya dengan adat resam dan budaya turut terkenal dengan pelbagai jenis masakan dan makanan yang mewakili setiap bangsa yang tinggal di negara ini.

Pada masa yang sama, Malaysia juga tidak terkecuali daripada menerima kemasukan pelbagai jenis masakan serta makanan dalam mempelbagaikan lagi cita rasa rakyat tempatan dan salah satunya makanan Jepun.

Selama ini makanan Jepun banyak diusahakan orang bukan Islam membuatkan ramai yang berasa was-was akan status halalnya.

Menyedari masalah tersebut, pasangan suami isteri, Asnidar Hanim Yusuf, 34, dan Nor Ashraf Abdul Wahab, 36, mengambil keputusan membuka restoran yang menawarkan pelbagai jenis masakan Jepun.

Perniagaan yang diusahakan sejak tahun 2009 itu, kini telah berkembang kepada tiga cawangan di sekitar Shah Alam.

Menurut Asnidar, dia dan suami memilih untuk mengusahakan restoran makanan Jepun kerana selain gemar menikmati makanan negara matahari terbit itu, masakannya juga merupakan makanan yang menyihatkan.

''Seperti yang diketahui, masakan Jepun merupakan masakan yang mudah disediakan kerana kebanyakan makanan mereka dimasak secara rebus ataupun panggang.

''Selain itu, makanan Jepun juga merupakan antara sajian yang unik, enak dan berkhasiat yang dihasilkan daripada bahan-bahan mentah yang segar,'' ujarnya ketika ditemui di Shah Alam, baru-baru ini.

Tambah Asnidar, O-Shima Cafe menyediakan sajian yang menjurus kepada cita rasa rakyat Malaysia dan kesemua sajian yang terdapat di restoran tersebut disediakan oleh chef yang berpengalaman.

Menurut graduan dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal ini lagi, antara hidangan yang terdapat di O-Shima Cafe ialah unagi don (nasi bersama belut), ramen (mi sup), ketam goreng berkulit lembut, sup miso, tempura, gyoza dan tidak ketinggalan manisan dan minuman jus.

Selain hidangan utama, turut dihidangkan di O-Shima Cafe ialah hidangan sushi dan restoran ini sesuai untuk seisi keluarga.

Bagi memenuhi selera peminat makanan Jepun, jelas Asnidar lagi, restorannya amat menitikberatkan soal kualiti dan ini dapat dilihat apabila pihaknya mengimport sesetengah bahan mentah seperti beras dan ikan segar dari Jepun.

''Makanan Jepun ini ringkas dan menyelerakan. Jadi tidak hairanlah ia semakin mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia hari ini.

''Peminat masakan Jepun tidak perlu bimbang kerana ikan-ikan yang dihidangkan segar dan diimport, begitu juga beras dan sesetengah bahan lain yang digunakan dijamin bersih dan segar," katanya.

Dibuka setiap hari bermula pukul 10.30 pagi hingga 10 malam (restoran di Seksyen 9) manakala hari Selasa hingga Ahad, 11.30 pagi hingga 9.30 malam (kafe di Plaza Alam Sentral), anda seisi keluarga boleh menikmati hidangan dengan harga serendah RM10.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rempah pedas garam masala

Posted:

Rempah pedas garam masala

Rempah pedas garam masala

Soalan

SAYA bercadang untuk membuat kek coklat pudina. Bagaimanapun dalam resipi saya perlu meletak gliserin. Saya tidak tahu apakah itu gliserin dan fungsinya di dalam kek. Maklumlah saya baru sahaja berjinak-jinak untuk belajar membuat kek. Diharap chef dapat menerangkan lebih lanjut apa itu gliserin.

LAILI ILAH

lailijohari33@yahoo.com

Jawapan

Gliserin adalah nama komersial untuk glycerol. Antara ciri-ciri gliserin adalah tidak berwarna (jernih), tidak berbau, konsistensi likat seperti sirap dan madu). Ia digunakan dalam makanan untuk mengekalkan kelembapan dan memberi kemanisan, Ia juga membantu gula dari membentuk kristal terutama di dalam pembuatan gula-gula, icing dan fondant yang digunakan untuk menghias kek.

Selain daripada digunakan dalam industri pemakanan gliserin juga digunakan dalam pembuatan kosmetik, dakwat dan gam.

Gliserin boleh dibeli di kedai-kedai menjual bahan-bahan kek. Dalam kes saudari, gliserin yang digunakan dalam resipi itu berfungsi untuk mengekalkan kelembapan dalam kek pudina. Jadi kelembapan kek pudina yang anda buat itu tidak akan kering dengan cepat kerana gliserin bersifat mengikat air.

SAYA ada terbaca resipi garam masala, iaitu campuran jintan manis, jintan putih, ketumbar, buah pelaga, lada hitam, kulit kayu manis, cengkih. Tapi kalau boleh saya hendak tahu berapa timbangan setiap rempah yang dinyatakan itu, terima kasih

NORISHAH,

norish004@yahoo.com

Garam bermaksud (pedas) dan masala pula adalah (campuran) yang membawa maksud rempah ratus yang dicampur bersama dan menjadikan satu bahan yang digunakan untuk menjadikan makanan berempah.

Ramai yang keliru dengan garam masala. Sebenarnya garam masala adalah rempah ratus yang dipanggang atau digoreng tanpa minyak.

Ia digunakan banyak dalam masakan India terutama makanan dari selatan India. Garam masala diperbuat daripada bahan-bahan seperti kulit kayu manis, buah pelaga, lada hitam, bunga cengkih, jintan manis, jintan putih, daun salam dan biji ketumbar namun ramuannya berbeza-beza mengikut daerah dan selera masyarakat India.

Ia boleh dibeli di pasar raya di bahagian rempah ratus. Di sini saya kongsikan sukatan bahan-bahan untuk membuat garam masala.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads