Kosmo Online Posted: 02 Mar 2011 07:45 AM PST Pesakit alzhiemer sesat 30km dari rumah Posted: Pesakit alzhiemer sesat 30km dari rumahPesakit alzhiemer sesat 30km dari rumah 02/03/2011 6:01pm KUALA LUMPUR — Seorang pesara guru yang menghidap alzhiemer dan dilapor hilang kira-kira seminggu lepas, ditemui di Jinjang Khamis lepas, kira-kira 30 kilometer dari rumahnya di Bandar Mahkota Cheras. Ooi Ho Chuah, 63, berkata, beliau hanya ingat keluar dari rumah dan selepas itu tidak dapat mencari jalan pulang. Menceritakan pengalamannya kepada pemberita di Biro Pengaduan MCA, di sini hari ini, Ho Chuah berkata, beliau bernasib baik kerana ada yang bersimpati dan memberinya makanan. "Saya tidur di merata-rata seperti hentian bas. Saya berterima kasih kepada dua anggota polis yang menemui saya dan memberitahu keluarga saya. "Saya kemudian dibawa ke hospital dan menerima empat jahitan di kepala," katanya yang tidak ingat bagaimana beliau mendapat kecederaan itu. Ketua Biro Aduan Awam MCA, Datuk Michael Chong menasihatkan mereka yang mempunyai anggota keluarga yang menghidap alzhiemer supaya memakaikan tag di tangan pesakit bagi membolehkan mereka dikenali dan dibantu. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | 13,500kg minyak masak cuba diseludup Posted: 13,500kg minyak masak cuba diseludup13,500kg minyak masak cuba diseludup 02/03/2011 4:42pm TAWAU - Sebanyak 13,500 kilogram minyak masak cuba diseludup ke negara luar dengan bot di sini, malam tadi. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) turut mengesan 240 kilogram gula cuba diseludup menerusi bot tersebut yang sedang menuju ke Tarakan, Indonesia, kira-kira 9.10 malam. Pegawai Unit Operasi APMM Tawau, Lt (Maritin) Norihan Ngah berkata, enam orang awak-awak dan tekong bot warga Indonesia ditahan di bawah Akta Imigresen 1959 kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah. Bot tersebut turut disita di bawah Akta Kastam 1967. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Geng Mamat di Tawau tumpas Posted: Geng Mamat di Tawau tumpasGeng Mamat di Tawau tumpas 02/03/2011 3:15pm KOTA KINABALU - Polis Sabah menumpaskan kumpulan perompak bersenjata dikenali "Geng Mamat", yang beroperasi di negeri itu dan di Semenanjung Malaysia sejak dua tahun lepas, dengan penahanan lima anggota itu di Tawau, bahagian pantai timur Sabah, dua minggu lepas. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, kelima-lima perompak warga asing berumur antara 22 dan 27 tahun itu dipercayai terlibat dalam 28 kes rompakan termasuk lima kes di Johor, satu kes di Terengganu dan selebihnya berlaku di sekitar Tawau. Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata, anggota kumpulan itu diberkas dalam operasi Ops Rantau di kawasan perkampungan Jambatan Putih, Kuhara, Tawau pada 14 Februari lepas, yang dilancarkan selepas mereka melakukan rompakan di sebuah rumah banglo di Taman Falma, dekat pusat bandar Tawau, dua hari sebelum itu. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Harian Metro: Mutakhir Posted: 02 Mar 2011 07:32 AM PST Nokia E7 masuki pasaran negara hujung minggu ini Posted: 02 Mar 2011 01:45 AM PST KUALA LUMPUR: Nokia akan melancarkan telefon pintar bisnes terbaru, Nokia E7, berharga RM1,995 pada hujung minggu ini.
Pengurus Besar Nokia Malaysia, Singapura dan Brunei, Vlasta Berka, berkata Nokia E7 akan ditawarkan bersama pakej menarik menerusi Maxis dan Celcom. Katanya, telefon itu telah direka cipta sebagai pejabat bergerak yang berkuasa, menyediakan penyelesaian produktiviti utama bagi profesional. "Kami yakin Nokia E7 akan menjadi telefon pintar perniagaan yang mesti dimiliki," katanya pada pelancaran telefon itu di sini, hari ini. Siri Nokia E7 dilancarkan di Singapura dan Indonesia pada minggu lepas. Pengguna boleh menikmati pelbagai pengalaman seperti muzik, kamera, perayauan web mudah alih, akses kepada pelbagai pilihan aplikasi dan kandungan daripada pemaju global dan tempatan, menerusi Ovi Store dan Ovi Maps, serta pengalaman pengemudian mudah alih terbaik dunia. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | 30,000 DVD permainan bernilai RM300,000 dirampas Posted: 02 Mar 2011 01:14 AM PST KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang asyik membungkus sebahagian daripada 30,000 DVD bernilai RM300,000 ditahan dalam serbuan di Taman Bilion, Cheras di sini, semalam. Ketua Pegawai Penguatkuasaan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Wilayah Persekutuan, Mokhtar Yeop berkata lelaki berumur 36 tahun itu ditahan selepas intipan selama dua minggu di rumah sewanya.\ "DVD yang dibungkus semula itu dipercayai datang dari gudang atau kilang dan untuk dijual secara runcit ke premis kecil," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata, lelalki itu ditahan reman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Hak Cipta 1987. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Dalam Negeri Posted: 02 Mar 2011 03:34 AM PST RM6.4b kos pembangunan sekolah Posted: RM6.4b kos pembangunan sekolahRM6.4b kos pembangunan sekolah Oleh YUSRI SAHAT dan MUHAMMAD NIZAM ABDUL HAMID utusanpahang@utusan.com.my
|
MUHYIDDIN Yassin bersalam dengan sebahagian warga pendidik dan ibu bapa yang hadir pada majlis Permuafakatan PIBG Parlimen Kuala Krau di Kerdau, Pahang, semalam. Turut hadir Adnan Yaakob dan calon Barisan Nasional DUN Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad. - Utusan/Mahathir Ali
|
KUALA KRAU 1 Mac - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM6.4 bilion untuk melaksanakan pelbagai projek pembangunan sekolah di seluruh negara pada tahun ini. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kos itu tidak termasuk perbelanjaan mengurus yang melibatkan pembayaran gaji tenaga pengajar dan pegawai akademik yang berjumlah RM26 bilion. "Usaha-usaha akan diteruskan bagi memenuhi kehendak ibu bapa yang mahukan sistem pendidikan berkualiti yang disediakan kerajaan," katanya. Beliau berucap ketika mengadakan perjumpaan dengan warga pendidik dan jawatankuasa permuafakatan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) Parlimen Kuala Krau di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kerdau dekat sini hari ini. Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, usaha yang dilaksanakan itu bagi memastikan kualiti pendidikan negara setanding dengan negara-negara maju. Kerajaan juga, jelas beliau, akan memperkasakan lagi bidang teknologi komunikasi maklumat (ICT) dan bahasa Inggeris dengan membina lebih banyak makmal di sekolah-sekolah seluruh negara. ''Setakat ini, kerajaan telah membina makmal bahasa Inggeris di 700 sekolah di seluruh negara. Mungkin bilangannya tidak mencukupi dan sekolah yang mempunyai makmal akan berkongsi dengan sekolah lain," katanya. Sepanjang tahun lalu juga, Muhyiddin memberitahu, kerajaan membina sebanyak 1,000 bilik darjah untuk menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah. Beliau turut sekali lagi mengumumkan sebanyak 23 sekolah akan dinaik taraf menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) pada tahun ini. Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Muhyiddin memberitahu, kerajaan belum menetapkan tempoh tertentu untuk melaksanakan sistem persekolahan satu sesi. Ini kerana kata beliau, kerajaan perlu mengambil kira pelbagai aspek sebelum sistem persekolahan seumpama itu dapat dilaksanakan. ''Sistem persekolahan satu sesi itu memang objektif kita. Pada masa ini, kira-kira 60 peratus daripada sekolah rendah telah melaksanakan sistem tersebut tetapi sekolah menengah masih kurang," jelasnya. Menurut beliau, bagi melaksanakan sistem tersebut, kerajaan perlu membina lebih banyak sekolah dan guru. ''Kita masih belum pasti bila kita akan dapat melaksanakan sistem ini," katanya. Muhyiddin menolak andaian kegagalan kerajaan melaksanakan sistem persekolahan satu sesi akan menggalakkan lagi gejala sosial di kalangan remaja. ''Banyak faktor yang menyebabkan berlaku gejala sosial seperti kurang kasih sayang dan didikan agama, bukan sistem persekolahan satu sesi," jelasnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Malaysia mampu sedia KPO setanding India Posted: Malaysia mampu sedia KPO setanding IndiaMalaysia mampu sedia KPO setanding India CYBERJAYA 1 Mac - Malaysia mampu menyediakan perkhidmatan penyumberan luar proses pengetahuan (KPO) setanding dengan India iaitu negara peneraju pasaran tersebut. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia mempunyai kos tenaga kerja yang kompetitif, lulusan universiti yang ramai daripada pelbagai budaya serta fasih dalam beberapa bahasa termasuk bahasa Inggeris. "Dalam jangka panjang, kumpulan bakat Malaysia sepatutnya mampu melakukan kerja-kerja seperti penyelidikan pasaran, analisis data perniagaan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D). "Kemampuan bakat KPO Malaysia boleh dizahirkan dengan menarik syarikat selain daripada bidang teknologi maklumat (IT) seperti perkhidmatan kewangan, pengangkutan dan logistik melabur di negara ini," katanya ketika berucap merasmikan pusat khidmat Advanced Micro Devices (AMD) Global Services (M) Sdn. Bhd. di sini hari ini. Hadir sama Naib Presiden Kanan Kawalan Korporat AMD, Devinder Kumar. Menurut Muhyiddin, kos dan kualiti prasarana telekomunikasi akan bertambah baik dengan adanya inisiatif jalur lebar yang digerakkan oleh kerajaan. Jelasnya, faktor utama kejayaan Malaysia dalam sektor KPO adalah kualiti kumpulan bakatnya yang berupaya melangkaui bidang IT terutama R&D kejuruteraan seperti khidmat kewangan. AMD merupakan penginovasi reka bentuk semikonduktor yang menerajui era baru pengalaman digital melalui Unit Pemprosesan Pecut (APU) AMD fusion terkini. Syarikat itu turut menerajui bidang grafik dan teknologi pengkomputeran dengan AMD menggerakkan pelbagai peranti termasuk komputer peribadi, konsol permainan dan komputer berkuasa tinggi yang memacu Internet dan perniagaan. Sementara itu Devinder berkata, AMD berhasrat menjadi peneraju perkembangan segmen pasaran. "Perkhidmatan global AMD akan melayani dan menyokong rangkaian global dalaman kami dalam bidang-bidang seperti kewangan dan perakaunan, teknologi maklumat, sumber manusia, perolehan dan perkhidmatan perniagaan yang lain. "Pasukan kami juga akan memungkinkan transformasi perniagaan menerusi perkhidmatan berdasarkan pengetahuan seperti pengurusan projek dan rekayasa semua proses perniagaan R&D aplikasi," katanya. Beliau menambah, AMD telah melakar sejarah yang panjang dan membanggakan di Malaysia sebagai sebuah syarikat elektronik perintis serta mengasaskan operasi pemasangan semikonduktor sejak hampir 40 tahun lalu. Menurutnya, pusat khidmat berkenaan merupakan yang pertama milik AMD yang mempunyai tiga rangkaian di negara ini. Pusat khidmat tersebut meletakkan AMD sebagai satu-satunya syarikat global yang mempunyai operasi global kewangan dan perakaunan yang bersepadu sepenuhnya di negara ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Muhyiddin ajak rakyat bantu kekalkan kecemerlangan Posted: Muhyiddin ajak rakyat bantu kekalkan kecemerlanganMuhyiddin ajak rakyat bantu kekalkan kecemerlangan KUALA KRAU 1 Mac - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak seluruh rakyat bersama-sama membantu kerajaan mengekalkan pencapaian cemerlang yang sedang dinikmati oleh negara ketika ini. Kata Timbalan Perdana Menteri, sokongan itu perlu dilihat atas semangat saling menolong antara satu sama lain termasuk dalam konteks rakyat dan kerajaan. ''Anggaplah dukungan itu sebagai kerja amal kerana kita berada pada situasi yang elok dan landasan yang jelas untuk membawa pembangunan dan kejayaan kepada seluruh rakyat,'' katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama penduduk Mukim Jenderak dan Lipat Kajang di Masjid Kampung Kuala Tekal, Kerdau di sini malam ini. Hadir sama Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Abdul Latiff Ahmad dan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad. Terdahulu, Muhyiddin menyertai tahlil dan bacaan Yasin serta mengimamkan solat Isyak bersama kira-kira 100 jemaah di masjid berkenaan. Muhyiddin menambah, rakyat juga perlu menilai tindak-tanduk pembangkang yang meletakkan negara dalam keadaan lemah dan berpecah-belah sehingga memudahkan pihak lain membuat tuntutan yang tidak sepatutnya. Beliau turut berkongsi pengalamannya ketika bertemu dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton di Washington baru-baru ini yang kagum dengan pencapaian dinikmati Malaysia. ''Rasa kagum beliau itu berteraskan kepada tiga faktor utama iaitu kerana suburnya semangat demokrasi di negara ini, kerajaan yang efektif dan pertumbuhan ekonomi yang pesat. ''Malangnya pembangkang pula cuba menafikan kejayaan dan kemajuan yang dikecapi oleh negara termasuk dari sudut ekonomi sedangkan negara luar telah mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh,'' katanya. Kerana itu kata Muhyiddin, rakyat termasuk pengundi di Kerdau perlu memberikan sokongan kepada BN dalam memastikan kesinambungan perjuangan dan pembangunan yang telah dibawa oleh kerajaan kepada penduduk di sini khususnya serta seluruh rakyat amnya. Sokongan itu juga kata beliau, berdasarkan pemerhatian kerajaan di Kerdau yang masih memerlukan pembangunan pesat dari sudut perniagaan, perindustrian dan penglibatan masyarakat bumiputera supaya dapat menjana pertumbuhan ekonomi pada masa depan. ''Walaupun pilihan raya di DUN Kerdau adalah pilihan raya kecil, namun ia membawa pengertian dan signifikan yang besar,'' katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Utara Posted: 02 Mar 2011 03:31 AM PST Pegawai kanan dipanggil semula Posted: Pegawai kanan dipanggil semulaPegawai kanan dipanggil semula Oleh Hamden Ramli utusanperak@utusan.com.my IPOH 1 Mac - Tidak puas hati dengan penjelasan, Jawatankuasa Kira- kira Wang Negeri (PAC) Perak akan memanggil semula pegawai kanan Bahagian Pinjaman Pelajaran Negeri bagi memberi penjelasan terperinci berhubung kegagalan jabatan itu mengutip semula tunggakan pinjaman berjumlah RM27.6 juta. Pengerusinya, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata, maklumat yang diberikan pegawai kanan tersebut mengenai status 181 peminjam yang masih gagal melunaskan hutang pinjaman pelajaran tidak begitu tersusun. "PAC negeri tidak puas hati dan akan memanggil beliau sekali lagi untuk memberi penjelasan mengenai isu berkenaan dalam mesyuarat 11 Mac ini," katanya. Beliau menjelaskan demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat PAC Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini. PAC Perak sebelum ini dilaporkan akan memanggil pegawai kanan Bahagian Pinjaman Pelajaran Negeri Perak bagi mendapatkan penjelasan berhubung kegagalan jabatan tersebut mengutip semula pinjaman pelajaran berjumlah RM27.6 juta yang tertunggak sejak 1981. Berdasarkan laporan dan siasatan jawatankuasa tersebut, jabatan itu dikatakan tidak mempunyai maklumat dan senarai terkini peminjam berkenaan selain gagal mengambil sebarang langkah untuk menuntut semula bayaran ter sebut. Dalam perkembangan lain, PAC Perak memuji langkah yang diambil MBI untuk mengatasi masalah longgokan sampah haram di sekitar bandar raya tersebut. Raja Ahmad Zainuddin berkata, sehingga bulan lalu, MBI berjaya mengurangkan tapak sampah haram kepada 352 berbanding 14,000 pada 2006. "MBI juga serius untuk mencapai sasaran tapak sampah haram sifar menjelang sambutan Hari Bandaraya Ipoh pada 27 Mei depan. "Selain itu, rancangan jangka masa panjang untuk membuka sebuah tapak pelupusan sampah seluas 81 hektar di Lahad di sini dalam masa terdekat seiring dengan komitmen menghapuskan kewujudan tapak sampah haram di bandar raya ini," ujarnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Kampung Lembah Ria kekal walaupun diapit pembangunan moden Posted: Kampung Lembah Ria kekal walaupun diapit pembangunan modenKampung Lembah Ria kekal walaupun diapit pembangunan moden
|
Zainab Mohd. Nor menyapu halaman rumahnya yang masih mengekalkan ciri-ciri kampung tradisional Melayu di di Jalan Air Itam, Pulau Pinang.
|
PULAU PINANG 1 Mac - Meskipun diapit oleh banyak bangunan moden dan projek pembangunan yang pesat, sebuah kampung tradisional di Jalan Air Itam di sini masih terus mengekalkan ciri-ciri warisan Melayu. Kampung Lembah Ria yang dikelilingi kawasan penempatan kaum Cina dan Melayu itu juga suatu ketika dahulu dikenali sebagai Happy Valley. Menurut salah seorang penduduk terawal kampung tersebut, Zainab Mohd. Nor, 78, hubungan di antara penduduknya juga akrab kerana masing-masing saling bermuafakat dalam segala aktiviti yang dijalankan. Jelasnya, pada setiap bulan, para penduduk akan menjalankan gotong- royong membersihkan kawasan persekitaran. Selain itu, tambah Zainab, sebarang majlis kenduri-kendara juga dilaksanakan secara gotong-royong khususnya oleh para suri rumah. "Gotong - royong masih diadakan cuma tidak serancak dahulu kerana ramai yang bekerja. "Paling meriah di kampung ini pada bulan puasa kerana diadakan pelbagai aktiviti keagamaan selain bertukar juadah," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini. Menceritakan sejarah kampung berkenaan, dia memberitahu, pada asalnya sekitar 1950-an hanya kira- kira 10 keluarga tinggal di situ. Sejak Perang Dunia Kedua terutama ketika kedatangan Jepun ke negara ini, jelasnya, semakin ramai orang datang menetap di kampung berkenaan. Dia berkata, rumah yang didiaminya sekarang pada mulanya adalah rumah sewa. "Ayah saya kemudian dapat membeli rumah ini pada 1959 selepas beberapa lama mengumpul wang dan kini saya menetap bersama dua anak dan cucu. "Bentuk asal rumah masih saya kekalkan terutama pada bahagian atas," ujarnya. Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Surau Al-Islah Islamiyah Kampung Lembah Ria, Azizah Basha, 57, menceritakan, jalan masuk ke kampung tersebut suatu ketika dahulu berbukit-bukau. Jelasnya, dahulu ia dipanggil Kampung Ria dan kerana terdapat sebuah lembah di situ maka kampung tersebut dinamakan Kampung Lembah Ria. "Orang British pula memanggilnya Happy Valley. "Akibat timbul kekeliruan, kampung ini secara rasminya dipanggil Kampung Lembah Ria selepas Pilihan Raya Persekutuan 1959. Menurutnya, kini terdapat kira-kira 200 orang mendiami kampung tersebut. "Kami tidak menyewakan rumah yang kosong kepada warga asing atau orang bujang kerana bimbang akan mengganggu ketenteraman kampung. "Selain itu, langkah ini diambil bagi mengelak kejadian jenayah," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Bantu kawasan pembangkang bukti BN adil Posted: Bantu kawasan pembangkang bukti BN adil Bantu kawasan pembangkang bukti BN adil
|
Abdul Raman Suliman menyampaikan sumbangan kepada penduduk miskin semasa sambutan Maulidur Rasul Parit Buntar, Perak baru-baru ini.
|
PARIT BUNTAR 1 Mac - Barisan Nasional (BN) membuktikan ia sebuah parti pemerintah yang adil apabila memberikan bantuan yang sama di kawasan yang dikuasai pembangkang. Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar, Datuk Abdul Raman Suliman berkata, BN tidak membezakan kawasan kerana apa yang penting adalah kesejahteraan rakyat di kawasan tersebut. "Walaupun kita tewas di kerusi Parlimen dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya lalu, kita masih mendapat bantuan sama seperti kawasan lain. "Jalan-jalan kampung yang rosak dinaik taraf, yang gelap diterangkan dengan dipasang lampu dan pelbagai lagi pembangunan," katanya. Beliau berkata demikian selepas menghadiri sambutan Maulidur Rasul anjuran Zon I, DUN Kuala Kurau di Dewan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Tanjong Piandang di sini kelmarin. Abdul Raman berkata, keikhlasan BN dalam menghulurkan bantuan tidak perlu dipersoalkan kerana ia dilakukan demi kesejahteraan rakyat. Menurut beliau, tindakan pemimpin pembangkang setempat yang lebih mengutamakan ceramah-ceramah termasuk di luar kawasan sehingga mengabaikan kebajikan terhadap rakyat perlu dikecam. "Mereka bukan sahaja tidak turun padang tetapi sudah mula lupa janji kepada rakyat. "Ini yang perlu diambil iktibar oleh semua pihak bagi mengelak masa depan yang suram kerana sikap pemimpin yang tidak bertanggungjawab," ujarnya. Beliau berkata, rakyat sudah bosan dengan sikap pemimpin pembangkang hari ini yang sanggup memburukkan kepimpinan negeri sekarang demi kepentingan politik sempit mereka. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Harian Metro: Setempat Posted: 02 Mar 2011 03:23 AM PST 3 polis bantuan subahat culik Posted: 01 Mar 2011 09:40 AM PST KRISHNAN...dikehendaki KUALA LUMPUR: Tiga anggota polis bantuan yang bertugas di sebuah syarikat di ibu negara diberkas dalam beberapa serbuan minggu lalu kerana dipercayai bersubahat dengan satu kumpulan penculikan membabitkan warga Pakistan. Ketiga-tiga lelaki berusia 30-an itu dipercayai bersubahat dengan kumpulan penculik yang didalangi warga Pakistan untuk menyamar sebagai polis dengan mereka berpura-pura memeriksa mangsa yang juga warga Pakistan sebelum menculik mereka. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata tangkapan itu dilakukan susulan kejayaan memberkas empat dalang utama kumpulan terbabit baru-baru ini yang turut menyelamatkan tiga mangsa culik. "Pada 19 Februari lalu, kami menahan empat suspek warga Pakistan yang dipercayai menculik tiga lelaki senegara untuk meminta wang tebusan dianggar RM620,000. "Susulan itu, siasatan mendapati tiga lagi suspek warga tempatan yang bekerja sebagai polis bantuan terbabit penculikan itu," katanya di sini, semalam.
Menurutnya, polis merampas beberapa gari dan pistol mainan yang dipercayai digunakan suspek untuk menyamar sebagai polis sebelum menculik mangsa dan menyerahkan kepada dalang kumpulan itu untuk urusan tuntutan wang tebusan. "Kami percaya ketiga-tiga suspek terbaru ini terbabit sekurang-kurangnya lima kes penculikan warga Pakistan sejak tahun lalu dan semuanya direman sehingga 6 Mac ini," katanya. Sementara itu, dalam kes berasingan, Ku berkata pihaknya kini memburu suspek utama berhubung dua kes samun van keselamatan membabitkan kerugian RM1.18 juta. Katanya, suspek yang juga pengurus syarikat keselamatan, S Krishnan, 53, dikehendaki bagi membantu siasatan kes samun di Kepong pada 20 Disember tahun lalu membabitkan jumlah wang RM850,000 dan satu lagi kes di Taman Segar Cheras membabitkan RM330,000. "Dua suspek berusia 50-an sudah ditahan dan suspek utama kes ini diburu, bagaimanapun serbuan ke rumah suspek baru-baru ini mendapati suspek sudah menghilangkan diri," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Beri ruang pewaris Kampung Baru perhalusi klausa Posted: 01 Mar 2011 09:35 AM PST PUTRAJAYA: Kerajaan akan menangguhkan bacaan kedua Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (RUUPPKB) sehingga Jun depan bagi memberi ruang kepada pemilik dan pewaris Kampung Baru memperhalusi klausa dalam rang undang-undang itu. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata ada beberapa klausa dalam RUUPPKB itu perlu diperhalusi dan difahami, malah pandangan pemilik dan pewaris terbabit perlu diberi keutamaan. "Atas dasar rakyat didahulukan, kita memberi kepentingan suara kepada pemilik dan pewaris Kampung Baru. Perkara ini bukan berkaitan dengan siapa menang atau siapa kalah. "Malah, kementerian juga bersetuju akan menubuhkan jawatankuasa khusus yang akan diketuai Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Ahmad Phesal Talib dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk memperhalusi klausa yang perlu diperbaiki," katanya selepas pertemuan dengan wakil pemilik dan pewaris Kampung Baru, di sini, semalam. Raja Nong Chik berkata, penangguhan pembentangan untuk bacaan kali kedua itu juga sudah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Kami akan selesaikan perkara ini secepat mungkin dan Jun sasaran kami. Sekiranya ada perkara yang belum selesai sebelum itu, kami akan melambatkan (pembentangan) kerana lebih penting suara pemilik dan pewaris ini diberi keutamaan," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Berita Harian: Mutakhir Posted: 02 Mar 2011 03:23 AM PST Pesara guru ditemui selepas hilang seminggu Posted: 02 Mar 2011 03:13 AM PST Mutakhir KUALA LUMPUR: Seorang pesara guru yang menghidap alzhiemer dan dilapor hilang kira-kira seminggu lalu, ditemui di Jinjang Khamis lalu, kira-kira 30 kilometer dari rumahnya di Bandar Mahkota Cheras. Ooi Ho Chuah, 63, berkata beliau hanya ingat keluar dari rumah dan selepas itu tidak dapat mencari jalan pulang.
Menceritakan pengalamannya kepada pemberita di Biro Pengaduan MCA di sini hari ini, Ooi berkata beliau bernasib baik kerana ada yang bersimpati dan memberinya makanan. "Saya tidur di merata-rata tempat seperti hentian bas. Saya berterima kasih kepada dua anggota polis yang menemui saya dan memberitahu keluarga saya. "Saya kemudian dibawa ke hospital dan menerima empat jahitan di kepala," katanya yang tidak ingat bagaimana beliau mendapat kecederaan itu.
Ketua Biro Aduan Awam MCA, Datuk Michael Chong, menasihatkan mereka yang mempunyai anggota keluarga yang menghidap alzhiemer supaya memakaikan tag di tangan pesakit bagi membolehkan mereka dikenali dan dibantu. - BERNAMA Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Kerajaan Pahang tidak bankrap: Adnan Posted: 02 Mar 2011 03:08 AM PST Mutakhir TEMERLOH: Kerajaan negeri Pahang tidak bankrap walaupun mempunyai jumlah pinjaman yang tinggi daripada kerajaan Persekutuan, kata Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob. Beliau berkata, perkara itu tidak perlu dirisaukan kerana setiap hasil dan pembelanjaan sudah dinilai untuk kepentingan rakyat.
"Kita semua kena faham ini semua untuk orang ramai...kita bina rumah kos rendah, gaji pegawai kerajaan kita bayar. "Nanti orang kata bolehlah bayar minta (duit) kerajaan persekutuan, apa? kerajaan persekutuan itu kerajaan lain? kerajaan pusat itu kerajaan kita (Barisan Nasional)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan negeri Pahang di sini, hari ini. Setakat ini, katanya, pinjaman terbabit berjumlah RM2.2 bilion.
Adnan berkata, dakwaan bahawa kerajaan Pahang gagal mentadbir negeri dengan cekap hanya satu tohmahan pembangkang yang sudah ketandusan isu untuk dibangkitkan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.
Katanya, sejak beliau memegang jawatan Menteri Besar pada 1999, kerajaan negeri hanya mengalami bajet defisit sebanyak dua kali berbanding enam lebihan dan tiga seimbang.
Ditanya sama ada isu berkenaan memberi kesan terhadap BN, beliau berkata, rakyat setakat ini tidak terpengaruh dengan dakyah itu, namun jika masih terdapat pihak yang cuba memutar belitkan perkara tersebut, ia dikhuatiri akan mengelirukan masyarakat.
Katanya, penduduk Kerdau lebih berminat memilih wakil rakyat yang mampu menggalas tanggungjawab membela nasib mereka.
Mengenai perjalanan kempen BN yang memasuki hari kelima, Adnan berkata, ia berjalan dengan lancar, namun kemenangan parti itu terletak pada pengundi. - BERNAMA
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Selatan Posted: 02 Mar 2011 03:14 AM PST Pelajar Mesir dihantar pulang 20 Mac Posted: Pelajar Mesir dihantar pulang 20 MacPelajar Mesir dihantar pulang 20 Mac Oleh Farabi Sheikh Said al Jabri utusan N9@utusan.com.my
|
Mohamad Hasan bersalaman dengan para pelajar Negeri Sembilan di Mesir di Seremban, kelmarin.
|
SEREMBAN 1 Mac - Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) memperuntukkan lebih RM500,000 bagi menghantar pulang semua pelajar tajaannya ke Mesir pada 20 Mac ini. Pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perbelanjaan itu ditanggung sepenuhnya oleh pihaknya bagi membolehkan semua pelajar dapat menyambung semula pengajian mereka di beberapa universiti di negara berkenaan. Katanya, jumlah tersebut meliputi perbelanjaan tiket penerbangan pulang ke negara bergolak berkenaan kepada 290 pelajar tajaan MAINS selain pelajar persendirian. "Perbelanjaan ini merupakan usaha pihak MAINS dalam memastikan kesemua pelajar dapat menyambung kembali pengajian mereka di sana berikutan kecelaruan politik bulan lalu. "Malah kita juga akan memberikan duit poket kepada mereka sebanyak RM500 setiap seorang bagi membolehkan mereka meneruskan kehidupan di sana," katanya. Mohamad yang juga Menteri Besar berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Pelajar negeri ini di Mesir di sini, semalam. Beliau juga menjelaskan, keputusan untuk menghantar semula mereka pada 20 Mac ini dengan penerbangan Qatar Airways itu tertakluk kepada keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sama ada langkah berkenaan boleh dilaksanakan ataupun tidak. Katanya, pihaknya tidak mahu sebarang keputusan itu dilakukan secara terburu-buru kerana dalam pergolakan politik di negara itu apa sahaja boleh berlaku. "Kita tidak mahu nanti apabila keadaan sudah kembali reda namun beberapa ketika negara berkenaan kembali bergolak semula dan ini akan menimbulkan kebimbangan di kalangan ibu bapa. "Kita berharap keadaan di sana kembali tenang supaya anak-anak negeri ini dapat menyambung sesi pembelajaran di sana setelah tergendala sejak sebulan lalu," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Kediaman mampu milik Taman 1Malaysia dibina Posted: Kediaman mampu milik Taman 1Malaysia dibinaKediaman mampu milik Taman 1Malaysia dibina JASIN 1 Mac - Sebuah kawasan perumahan kos sederhana dikenali Taman 1Malaysia akan dibina di Air Merbau, di sini dalam usaha kerajaan menyediakan kediaman mampu milik kepada rakyat di negeri ini. Projek dilaksanakan melalui agensi kerajaan negeri, Yayasan Melaka yang dijangka siap dua tahun lagi itu ditawarkan kepada semua kaum berpendapatan rendah, sekali gus mewujudkan satu komuniti penduduk pelbagai bangsa. Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pembangunan Taman 1 Malaysia membabitkan kawasan seluas 40.4 hektar yang mengandungi 1,560 unit rumah kluster. "Setiap unit rumah berkeluasan 66.9 meter persegi ini yang mempunyai dua bilik tidur, dua bilik mandi, ruang tamu dan dapur akan dijual pada harga antara RM60,000 dan RM72,000. "Taman ini akan turut mengandungi sebuah masjid, kuil, balai raya, tadika dan kawasan lapang untuk tujuan riadah dan projek dijangka siap dalam tempoh 24 bulan," katanya. Mohd. Ali yang juga Pengerusi Yayasan Melaka berkata demikian pada Majlis Pelancaran dan Pecah Tanah Taman 1 Malaysia di Air Merbau, di sini, baru-baru ini. Hadir sama Timbalan Pengerusi Yayasan Melaka, Datuk Tahir Hasan dan Pengurus Besar Yayasan Melaka, Sharabuddin Kudus. Menurut Mohd. Ali, sebanyak 114 unit rumah teres kos sederhana rendah berkeluasan 6 x 18 meter akan turut dibina dan dijual pada harga RM90,000 sebuah. Turut dibina, menurut beliau ialah 19 unit kedai satu tingkat bersaiz 6 x 19 meter dan setiap sebuah dijual pada harga RM145,000. "Antara kemudahan lain yang disediakan di Taman 1 Malaysia adalah sebuah sekolah rendah kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil. "Matlamat utama projek ini adalah memberi peluang kepada semua kaum khasnya di kawasan Air Merbau memiliki sebuah rumah yang sempurna dan lengkap dengan pelbagai kemudahan asas," katanya. Tambahnya, usaha itu juga selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk merapatkan jurang kemajuan antara masyarakat bandar dengan luar bandar. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Pelajar gagal tajaan MAINS di Mesir bakal dikena tindakan Posted: Pelajar gagal tajaan MAINS di Mesir bakal dikena tindakanPelajar gagal tajaan MAINS di Mesir bakal dikena tindakan SEREMBAN 1 Mac - Pelajar tajaan Majlis Agama Islam negeri (MAINS) di Mesir yang tidak menunjukkan prestasi cemerlang termasuk gagal dalam dua kali peperiksaan akan ditarik balik wang zakat mereka. Pengerusi MAINS, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau kecewa dengan prestasi ditunjukkan oleh pelajar terutamanya dalam bidang Pengajian Islam dan Perubatan. Beliau yang juga Menteri Besar berkata, walaupun keputusan pelajar di sana antara yang terbaik di seluruh negara dengan mencatatkan lebih 70 peratus, bagaimanapun ia gagal mencapai matlamat disasarkan sebanyak 90 peratus. ''Kita dah mula buat (wang zakat). Kita potong zakat kita bagi pinjaman kepada mereka. Kita mahu lihat mengapa perkara ini boleh berlaku kerana mereka yang dihantar ke sana semuanya cemerlang dalam peperiksaan. ''Sebelum 'penyakit' ini merebak, kita perlu lakukan sesuatu bagi memastikan masalah dihadapi dapat diatasi dan ditangani sebaik mungkin," katanya. Mohamad berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Pelajar negeri ini yang menuntut di Mesir, semalam. Tambahnya, satu post mortem akan dilakukan bagi mengkaji punca sebenar kegagalan pelajar dalam kedua-dua bidang berkenaan melalui laporan yang akan disediakan oleh pegawai pelajar di sana dan juga pihak MAINS. ''Kita nak lihat apa punca utama mengapa para pelajar ini gagal dalam kedua-dua bidang pengajian sama ada kurang dari segi latihan dan sebagainya dan kita akan dapatkan laporannya nanti. ''Kita tidak mahu perkara ini berterusan kerana kita mahu supaya pelajar yang dihantar ke sana belajar dan bukannya untuk berseronok. Jika perkara itu berlaku ia amat mendukacitakan sekali," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Timur Posted: 02 Mar 2011 01:38 AM PST PPK 25 semarak Islam melalui belia Posted: PPK 25 semarak Islam melalui beliaPPK 25 semarak Islam melalui belia Oleh MOHD. ISWAN SHAFIQ MAT ISA utusanterengganu@utusan.com.my KUALA TERENGGANU 1 Mac – Kerajaan negeri akan menggerakkan Program Pengisian Kerohanian Untuk Golongan 25 Tahun Ke Atas (PPK 25) bagi membudayakan ilmu sebagai sebahagian daripada cara hidup masyarakat Islam di negeri ini. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah berkata, program yang disasarkan khusus kepada golongan belia itu mendapat kerjasama penuh daripada warga akademik universiti tempatan itu. Katanya, kebanyakan program berbentuk keagamaan yang dirancang oleh kerajaan selama ini kurang mendapat sambutan di kalangan generasi muda dan memerlukan pendekatan baru. ''Oleh itu, kita harap program yang dilakukan melalui PPK 25 mampu menarik golongan tersebut untuk turut serta dalam program berbentuk keagamaan yang dirancang pada masa depan," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Multaqa Imam, Bilal dan jawatankuasa Masjid negeri di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam di sini semalam. Mazlan menyifatkan PPK 25 sebagai satu projek besar kerajaan yang dalam usaha memantapkan lagi keupayaan dan keberkesanan pengajaran, penyebaran dan pegangan agama Islam di kalangan rakyat. Katanya, ia seiring dengan usaha mengimarahkan masjid dan menjadikan institusi itu sebagai pusat kecemerlangan, membudaya al-Quran dalam kehidupan dan mewujudkan masyarakat yang memiliki kesedaran dan keprihatinan tinggi terhadap masalah sosial dan jenayah. Mazlan berkata, program tersebut merupakan sebahagian daripada siri ceramah kepimpinan yang dianjurkan kerajaan negeri bagi membentuk kekuatan dalaman dan jati diri para imam dan bilal di negeri ini. Program sehari itu dimulakan dengan majlis ilmu pada sebelah pagi bertajuk 'Survival menuju kemerdekaan' yang disampaikan Pengurus Besar Operasi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Kapt (B) Dr. Shamsuddin Haji Moner @ Munir. Pada majlis itu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said turut menyampaikan imbuhan RM800 dan RM600 kepada lebih 2,000 imam dan bilal daripada 448 masjid di seluruh negeri. Mazlan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Kursus Pengimarahan Masjid-Masjid Terengganu berkata, lebih 3,000 imam, bilal serta ahli jawatankuasa (AJK) masjid di seluruh negeri telah mengikuti kursus pengimarahan sejak Mei tahun lepas. "Kursus yang diadakan pada kali ini merupakan kursus kesembilan dan yang terakhir dijangka dapat diselesaikan menjelang bulan April tahun ini," kata beliau. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Beri perhatian kepada golongan berpendapatan rendah - Sultan Posted: Beri perhatian kepada golongan berpendapatan rendah - SultanBeri perhatian kepada golongan berpendapatan rendah - Sultan Sultan Muhammad V memeriksa perbarisan kehormat sempena istiadat pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Ke-12 penggal keempat di Kota Bharu, semalam.
KOTA BHARU 1 Mac - Kerajaan negeri perlu memberi perhatian kepada golongan berpendapatan rendah dan kurang mampu bagi memenuhi keperluan mereka untuk mendapatkan rumah kediaman. Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bertitah, baginda bagaimanapun mengalu-alukan usaha kerajaan negeri memberi tumpuan keperluan perumahan kepada golongan tersebut. Titah baginda, difahamkan beberapa projek perumahan seperti Program Perumahan Mampu Milik dan Projek Usaha sama dengan pemaju-pemaju swasta akan dilaksanakan tahun ini bagi memenuhi keperluan tersebut. "Beta juga berterima kasih kepada usaha murni sebuah yayasan yang memberi sumbangan 100 unit rumah kos rendah di Mukim Apam, Pasir Mas yang akan dibina pada tahun ini," titah baginda. Baginda bertitah merasmikan pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-12 penggal keempat di Kota Darulnaim di sini, hari ini. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Sultan Muhammad V turut menyarankan agar kerajaan negeri menambah peruntukan bagi melaksanakan projek-projek infrastruktur untuk kemudahan rakyat. Titah baginda, pada tahun ini kerajaan negeri telah memperuntukkan RM10 juta untuk pembangunan jalan dan jambatan baru di bawah program kesejahteraan rakyat melalui Jabatan Kerja Raya. Selain itu, titah baginda, kerajaan negeri juga memperuntukkan RM36 juta bagi pengurusan dan penyelenggaraan jalan-jalan negeri. Mengenai iklim pelaburan di negeri ini, baginda bertitah, ia dijangka bertambah rancak pada tahun ini antara lain disebabkan kewujudan 'halal park' seluas 43 hektar di Pasir Mas yang dijangka menyediakan lebih 2,000 peluang pekerjaan. Sultan Muhammad V bertitah, Kelantan sebenarnya mampu bersaing dengan negara jiran dari segi kos modal di mana kos sara hidup di negeri ini masih rendah berbanding Pantai Barat dan mempunyai tanah yang luas untuk menampung sektor perindustrian. Baginda bagaimanapun dimaklumkan bahawa kurangnya kemasukan pelaburan asing ke negeri ini adalah disebabkan faktor kemudahsampaian dan logistik. "Kelantan masih belum mempunyai lebuh raya yang cekap berbanding negeri-negeri lain. Tumpuan pelaburan di Semenanjung Malaysia masih lagi di negeri-negeri Pantai Barat. "Beta menyarankan bahawa perlunya jaringan lebuh raya yang cekap menghubungkan negeri ini ke negeri-negeri lain hendaklah mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan," titah baginda. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | RM1b bina empangan hidroelektrik kedua Posted: RM1b bina empangan hidroelektrik keduaRM1b bina empangan hidroelektrik kedua KUALA TERENGGANU 1 Mac - Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk pembinaan empangan hidroelektrik kedua di Tasik Kenyir yang telah bermula sejak tahun lepas. Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB) Terengganu, Md. Yuslan Md. Yusof berkata, kos itu merangkumi projek pembinaan melibatkan dua fasa yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 2015. Katanya, ketika ini, pembinaan itu masih lagi berada dalam fasa pertama iaitu pembinaan empangan, terowong air dan stesen janakuasa elektrik bawah tanah. "Kita jangkakan, menjelang tahun 2015 nanti, fasa terakhir pembinaan iaitu kerja-kerja mereka bentuk, memasang dan serta menguji peralatan mekanikal dan elektrik dapat disiapkan sepenuhnya," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas pertandingan boling antara TNB dengan wakil media di Terengganu Equestrian Resort (TER) di sini semalam. Empangan hidroelektrik kedua itu dibina di kawasan Sungai Tembat dan Sungai Puah, Hulu Terengganu dan mempunyai kapasiti sebanyak 250 megawatt. Selain empangan berkenaan, Terengganu mempunyai dua buah lagi stesen janakuasa hidroelektrik iaitu di Paka dan Tasik Kenyir. Stesen Janakuasa Elektrik Sultan Ismail di Paka mampu mengeluarkan tenaga dengan kapasiti 1,200 megawatt manakala Empangan Hidroelektrik Sultan Mahmud di Tasik Kenyir pula berkuasa sebanyak 400 megawatt. Sementara itu, Md. Ruslan berkata, Terengganu merupakan antara negeri yang mencatatkan kes kecurian elektrik paling minimum setakat ini. Katanya, ia berikutan rondaan dan pemeriksaan berkala yang dijalankan oleh TNB dengan pihak polis. "Pemeriksaan kini dilakukan dengan lebih kerap dan menyeluruh termasuk di kedai-kedai yang menjual barang lusuh serta besi terpakai," ujar beliau. Dalam perkembangan lain, Md. Ruslan memberitahu, hampir semua tempat di negeri ini telah menerima bekalan elektrik. "Kita percaya tidak ada kawasan yang tertinggal dalam hal ini (pengagihan bekalan elektrik). "Kalau ada pun mungkin beberapa 'rumah ketinggalan' yang terletak jauh dari kawasan tersebut," katanya. Md. Yuslan berkata, secara purata, 550 buah rumah di negeri ini telah dikecualikan daripada membayar bil elektrik pada setiap bulan. "Mereka ini dikecualikan kerana penggunaan elektrik yang kurang daripada RM20 seperti yang telah diputuskan oleh kerajaan Pusat sebelum ini," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Muka Hadapan Posted: 02 Mar 2011 01:20 AM PST 17.3j saman trafik disenarai hitam Posted: 17.3j saman trafik disenarai hitam17.3j saman trafik disenarai hitam Oleh ASSIM HASSAN pengarang@utusan.com.my
|
ABDUL Aziz Yusof pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, semalam.
|
KUALA LUMPUR 1 Mac - Sebanyak 17.3 juta saman yang gagal dijelaskan oleh pengguna kenderaan di seluruh negara akan disenaraihitamkan mulai hari ini. Tindakan itu diambil setelah tempoh yang diberikan untuk orang ramai membayar saman tersebut sejak Ogos tahun lalu, berakhir semalam. Ketua Trafik Pasukan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, jumlah itu adalah baki daripada 49.4 juta saman yang dikeluarkan oleh pihaknya atas pelbagai kesalahan sejak 2001 sehingga semalam. Menurutnya, daripada 49.4 juta saman yang dikeluarkan dalam tempoh 10 tahun itu, sebanyak 31.9 juta saman dibayar oleh pengguna kenderaan sehingga semalam. "Pengguna kenderaan yang belum menjelaskan saman tertunggak bagi semua kesalahan, mereka akan disenarai hitam bermula hari ini. "Pengguna yang enggan membayar saman tertunggak selepas tarikh semalam perlu bersedia menerima implikasi jika disenarai hitam. "Tempoh enam bulan sejak Ogos tahun lalu yang diberikan oleh kerajaan sebagai kelonggaran untuk pengguna yang mempunyai saman tertunggak menjelaskan saman mereka sudah memadai," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini. Semalam merupakan tarikh akhir yang diberikan oleh kerajaan kepada pesalah trafik untuk menjelaskan saman tertunggak mereka masing-masing sebelum dikenakan tindakan senarai hitam. Menurut Abdul Aziz, sepanjang tempoh pembayaran saman yang diumumkan kerajaan sejak Ogos lalu, sebanyak 5.5 juta saman dijelaskan oleh pengguna kenderaan. Daripada jumlah itu, katanya, sejumlah 1.5 juta saman diselesaikan pada minggu terakhir tempoh tersebut iaitu sepanjang minggu lalu mulai 21 Februari sehingga tengah malam tadi. Beliau memberitahu, pihaknya membuat anggaran sebanyak 187,417 saman dijelaskan sehari dalam seminggu sebelum tempoh itu tamat. "Jumlah ini menunjukkan peningkatan enam kali ganda daripada hari pembayaran biasa. "Semalam sahaja, sebanyak 375,248 saman berjaya dijelaskan sehingga pukul 12 tengah malam berikutan tarikh terakhir pembayaran sebelum tempoh menyenarai hitam dilaksanakan. "Situasi ini menunjukkan sikap segelintir masyarakat yang gemar menyelesaikan saman mereka pada saat-saat akhir," katanya. Ditanya mengenai pesalah trafik yang disenarai hitam, Abdul Aziz berkata, mereka akan menghadapi kesukaran antaranya untuk memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan kenderaan. Beliau juga berkata, berkuat kuasa hari ini, orang awam yang dikenakan saman baru akan disenarai hitam jika gagal membayar saman tersebut dalam tempoh dua bulan. "Ia akan berlaku secara automatik dalam sistem jadi bila disenarai hitam, seseorang itu tidak boleh memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu mereka," katanya. Mengenai aduan orang ramai yang sukar membayar saman berikutan sistem tergendala semalam, beliau berkata, keadaan itu berpunca daripada penggunaan yang terlalu tinggi dan tidak mampu ditanggung oleh sistem. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Tempoh bayar saman sudah lebih dari cukup Posted: Tempoh bayar saman sudah lebih dari cukupTempoh bayar saman sudah lebih dari cukup KUALA LUMPUR 1 Mac - Kaunter-kaunter pos yang sebelum ini sesak dengan kehadiran orang ramai yang mahu melunaskan saman kembali lengang setelah tempoh membayar saman yang diberi hingga semalam, berakhir. Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa pejabat pos di sini mendapati pelanggan tidak perlu lagi beratur panjang dan bersesak-sesak di dalam pejabat pos untuk melakukan sebarang urusan. Seorang pelanggan, Mohd. Husin Abu Bakar, 39, berkata, tarikh yang diberi kepada pesalah lalu lintas untuk melunaskan saman selama ini sudah lebih daripada mencukupi dan tidak perlu dipanjangkan tempoh pembayaran tersebut. "Tidak perlu ditambah tempoh pembayaran itu. Sepatutnya mereka yang disaman sedar kesan yang akan diterima sekiranya mereka menangguhkan pembayaran saman. "Pada pandangan saya tempoh dua bulan yang diberi itu sudah mencukupi untuk melangsaikan saman," kata Mohd. Husin yang merupakan seorang peguam ketika ditemui di sini hari ini. Tambahnya, orang ramai tidak harus mempersalahkan kerajaan yang selama ini telah memberi banyak peluang kepada mereka untuk melunaskan saman. "Ia memudahkan semua pihak sekiranya pesalah lalu lintas segera melunaskan saman yang diterima. Buat-buat lupa bahawa mereka telah disaman itulah punca kepada masalah yang timbul ini," katanya. Suri rumah, Hafizah Jusoh, 50, pula berkata, sikap sesetengah orang yang suka berlengah untuk melakukan sesuatu perkara menjadi punca kepada masalah yang dihadapi itu. Katanya, jika selama ini masyarakat mempunyai kesedaran akan pentingnya melunaskan saman, sudah tentu tidak timbul masalah akibat kelewatan membayar saman tersebut. "Biasalah orang kita, jika belum sampai saat terakhir jangan harap nak buat kerja. Sama juga dalam membayar saman, bila kerajaan umum mahu senarai hitam mereka yang tidak membayar saman baru berebut-rebut nak melangsaikannya. "Ini merupakan pengajaran kepada orang ramai supaya tidak melengahkan lagi membayar saman yang diterima pada masa depan," katanya. Seorang pelajar, Hong Tuck Cho, 21, berkata, walaupun kerajaan mahu menyenaraihitamkan pesalah lalu lintas yang tidak membayar saman sebagai sesuatu yang baik, dia berharap tempoh tersebut dilanjutkan. "Tempoh tersebut harus dilanjutkan lagi kerana kita dapat lihat beberapa hari lepas orang ramai menyerbu pejabat pos dan balai polis untuk melunaskan saman. "Saya yakin sekiranya dilanjutkan tempoh sekurang-kurangnya hingga minggu depan dapat meringankan beban orang ramai yang tidak sempat membayar saman semalam," ujarnya. Dalam pada itu, Samad Busakan, 24, pekerja swasta berkata, tindakan pihak polis membuka kaunter pembayaran hingga tengah malam tidak berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapi orang ramai. "Kita bersyukur kaunter dibuka hingga tengah malam, tetapi diharap tempoh membayar saman dilanjutkan lagi supaya pesalah lalu lintas berpeluang melunaskan saman dengan segera," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Lagi insiden kerajaan Selangor belakangkan Sultan Posted: Lagi insiden kerajaan Selangor belakangkan SultanLagi insiden kerajaan Selangor belakangkan Sultan Oleh ABDUL YAZID ALIAS pengarang@utusan.com.my
|
Sultan Sharafuddin Idris Shah menyampaikan watikah pelantikan Canselor Unisel kepada Raja Arshad Raja Tun Uda di Istana Bukit Kayangan Shah Alam, semalam. – UTUSAN/ Saharuddin Abdullah
|
SHAH ALAM 1 Mac – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua pihak agar mematuhi peruntukan perlembagaan Universiti Selangor (Unisel) yang menetapkan pemilihan dan pelantikan canselor universiti itu di bawah bidang kuasa baginda. Dalam perlembagaan Unisel, titah baginda, dinyatakan dengan jelas bahawa canselor universiti itu ialah Sultan Selangor atau wakil yang dilantik oleh baginda. "Justeru adalah tanggungjawab beta untuk menggunakan segala kebijaksanaan beta untuk memilih mereka yang beta percayai, sesuai dan berpotensi untuk mewakili beta menerajui Unisel ke arah kemajuan serta kecemerlangan. ''Oleh yang demikian, beta berkenan menitahkan kepada seluruh rakyat Selangor agar perkara ini tidak disalahertikan dan dipolitikkan," titah baginda. Baginda bertitah pada majlis penyerahan watikah pelantikan Tan Sri Raja Arshad Raja Tun Uda sebagai Canselor Unisel yang baru di Istana Bukit Kayangan di sini hari ini. Turut hadir Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi. Pada 14 Februari lalu, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr. Halimah Ali mengumumkan pelantikan Raja Arshad sebagai Canselor Unisel menggantikan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang menamatkan khidmatnya pada 5 Februari lalu. Tindakan Halimah mengumumkan pelantikan Raja Arshad yang juga Pengerusi Ekuiti Nasional Bhd. itu dilihat seolah-olah membelakangi bidang kuasa Sultan Selangor dalam soal itu. Ini kerana, meskipun pemilihan Raja Arshad telah mendapat perkenan Sultan Selangor, pelantikannya harus dibuat oleh baginda berdasarkan perlembagaan Unisel. Dalam pada itu, baginda mengingatkan Unisel supaya tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan politik kepartian yang akan menjejaskan kepercayaan pelbagai pihak kepada universiti itu. Titah baginda, penglibatan Unisel dalam politik kepartian hanya akan menimbulkan banyak masalah, malah merugikan universiti yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri sejak 1999. ''Para ibu bapa juga akan merasa ragu-ragu untuk membenarkan anak mereka melanjutkan pelajaran di universiti ini. Beta tidak mahu perkara seumpama itu terjadi kepada Unisel kerana aset utama sesebuah universiti ialah pelajar-pelajarnya," titahnya. Pada masa sama, baginda meminta kepimpinan tertinggi Unisel menjalankan fungsinya dengan baik untuk kemajuan pendidikan dan pelajaran anak bangsa, selain mematuhi setiap prosedur yang ditetapkan oleh pihak berwajib, khususnya Kementerian Pengajian Tinggi. Baginda juga mahu Unisel menumpukan kepada sukatan mata pelajaran terasnya untuk menghasilkan graduan berkualiti dalam bidang berkaitan perindustrian memandangkan Selangor merupakan negeri pertama yang mempunyai pembangunan industri pesat. ''Oleh itu, keperluan untuk melengkapkan industri-industri ini adalah penting. ''Maka, tugas Unisel untuk mengeluarkan graduan-graduan yang berkaliber adalah penting bagi memajukan lagi industri di Selangor, sekali gus meningkatkan taraf ekonomi negeri ini," titah baginda. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Harian Metro: BeritaUtama Posted: 02 Mar 2011 01:11 AM PST 20 gigit jari ditipu nyah Posted: 01 Mar 2011 10:38 PM PST GOMBAK: "Kami hanya berikan minuman dan makanan ringan kepada tetamu," kata seorang mangsa penganjur perkahwinan yang gagal menyediakan pakej dijanjikan menyebabkan pelanggannya bukan saja kerugian puluhan ribu ringgit, tetapi turut menanggung malu. Mangsa yang meminta identitinya tidak didedahkan berkata, dia sudah membayar RM37,000 kepada penganjur perkahwinan terbabit untuk pakej perkahwinannya merangkumi khidmat katering, kad jemputan, baju pengantin, gubahan hantaran, pelamin dan katil. "Malangnya, sehari sebelum perkahwinan saya pada September tahun lalu, dia menghubungi saya dan memaklumkan gagal menyediakan semua yang dijanjikan. "Tiada apa yang dapat dilakukan saya dan keluarga ketika itu kerana masa terlalu suntuk. Akibatnya, pada hari perkahwinan saya, kami sekeluarga hanya memberi minuman dan makanan ringan kepada tetamu," kata lelaki berusia lewat 20-an itu. Tidak puas hati dengan apa yang berlaku, dia berjumpa ibu penganjur perkahwinan terbabit, namun wanita itu mendakwa tiada kaitan dalam aktiviti anaknya.
"Malah, ibunya mendakwa sudah tiada hubungan dengan anaknya sedangkan sebelum itu semua wang dimasukkan ke dalam akaun ibunya," katanya. Penganjur perkahwinan terbabit yang juga seorang lelaki berpakaian wanita atau mak nyah berusia 37 tahun didakwa sudah mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit selepas memperdaya lebih 20 pelanggan sepanjang hampir enam tahun lalu.
Selain bijak berkata-kata, dia hanya menggunakan sepasang pakaian pengantin dan satu sampel cenderamata bagi memperdaya puluhan bakal pengantin dan keluarga mereka. Antara modus operandi mak nyah itu ialah meminta pelanggan memasukkan wang pendahuluan ke dalam akaun yang didaftarkan atas nama ibunya yang berusia lewat 50-an. Mangsa terbaru mak nyah terbabit ialah Ab Wahab SH Salim, 57, yang merancang mengadakan majlis perkahwinan anak ketiganya, Mohd Fitri, 27, pada Sabtu ini dan sudah membuat bayaran pendahuluan RM21,000. "Saya mengenalinya lima tahun lalu di pameran perunding perkahwinan. Apabila anak saya nak berkahwin, saya menghubunginya dan berbincang mengenai pakej perkahwinan yang dia tawarkan. "Dalam kunjungan ke rumah saya Oktober lalu, dia menawarkan pakej perkahwinan lengkap katering, pakaian pengantin, hantaran, katil dan pelamin, selain kad undangan perkahwinan dengan harga murah," katanya.
Menurut Ab Wahab, selepas dia membuat bayaran RM21,000, mak nyah terbabit lesap sebelum menghantar SMS mengatakan gagal menguruskan majlis perkahwinan itu. "Dia mengaku sudah menggunakan wang yang saya bayar dan berjanji akan melunaskan secara ansuran," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Gombak, di sini, semalam.
Ab Wahab berkata, dia tidak membayar wang yang diminta mak nyah terbabit secara terus, sebaliknya secara ansuran setiap kali diminta, namun transaksi itu dilakukan ke atas akaun ibunya.
"Selepas membuat laporan di Balai Polis Gombak, saya sekeluarga dimaklumkan terdapat beberapa mangsa lain yang turut berbuat demikian selepas ditipu lelaki terbabit," katanya.
Seorang lagi mangsa, Syed Danial Syed Shaffri, 26, mengalami nasib sama apabila dia dan tunangnya kerugian RM11,000 selepas diperdaya lelaki terbabit untuk urusan sama.
"Saya yakin dia mengamalkan ilmu salah seperti penunduk kerana setiap kali dia meminta wang, saya dan pasangan akan memberikannya dengan mudah.
"Cara dia menipu sama dengan mangsa lain. Biarpun mustahil untuk mendapatkan semula wang yang dilarikan itu, kami mendedahkan perkara ini bertujuan menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya tawaran pakej perkahwinan terbabit," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit. Komen Anda Hantar pendapat anda mengenai isu yang dipaparkan dalam artikel ini : Terima kasih diatas penyertaan anda. Harian Metro berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan. Balasan di akhirat kelak,merosakkan hari bhgia magsa...mmg sedih, banyk2 brsabar.. azie jangan berlebihan dlm apa jua keadaan oleh itu bersederhanalah kerana bersederhana mendidik diri kita menjadi lebih insaf.ingat hanya rezeki yg halal saja membawa keberkatan jngn jadi insan yg tamak.hidup kita tak lama.setiap perbuatan ada balasan . liza masyaallah..ada jgk manusia kita mcn ni ye...klu dpt tangkap spesis ni, kasi tambat kt pokok yg byk kerengga tu..biar dia rasa... rahimah Setiap yang berlaku, adalah satu peringatan. Allah maha mengetahui...ingatlah!!! Mungkin kita pernah melakukan perkara yang sama pada insan lain. Nani itu la..siasat dulu betul2 tanya kawan2 mohd roffle b zakaria xda tindakan polis sejak kes pertama ke??? smpi btmbh2 mangsa yg terkena ni... geram pulak bila dgr... duit dahla bkn seringgit dua... majlis bsejarah pulak tu... mmg nightmare la pada bakal2 pengantin. cadangkan... cakap je sapa nama nyah tak b'tanggungjawab tu.so that xda lg yg akan jd mangsa. sah2 mmg nk duit org je. janji sekian sekian sekian..tup2 majlis dah dekat... senang2 ckp xleh buat keje... banyak cantik. org mcm ni patut cari smpi lubang cacing. tuntut balik duit yg dia bw lari tu. miasara Subhanallah..cepat2 lah bertaubat mak nyah tu..tak baik menginaya orang yg hendak mendirikan masjid...kepada magsa banyak2 bersabar.. shazzy harap pihak berkuasa cepat ambik kes & tgkap org yg berkenaan..kesian dekat mgsa2 nie..nk wat kebaikan tpi dpt kejahatan.. luqman hakim Balik semula konsep gotong royong kenduri kahwin macam mak/bapak kita dulu. tahniah Taman Bunga Raya Temerloh mengamal konsep tersebut hingga meraih anugerah kejiranan terbaik. malayboy Pada sapa yang dah nak mendirikan rumah tangga tu...berhati2 la ng pakej perkahwinan mcm ni..senang2 je depa ambik duet kita.. Ungu Karmila hey mmg xptut btl..x berkat la tpu duit owg..x slmat dunia akhirat..kpd mngse, mgkin de hikmah di sebalik semua 2... mariani kpd mangsa banyakkan bersabar,tentu ada hikmah di sebalik kejadian ini. kepada pembaca yang lain berhati hatilah dengan tawaran yang tidak rasional.rujuklah kpd ahli keluarga kwn2 apabila ada sesuatu tawaran yang pelik2.tip kpd umat islam bacalah surah kursi jika dihampiri org yg tidak dikenali. hanya allah sebaik baik penunjuk jalan. majau boys 37,000? 21,000? 11,000? Kembalilah kepada ajaran Islam sebenar, pembaziran itu amalan syaitan! maktih takde pulak geng2 yang mengaku menegakkan kebenaran nak 'kutip' penipu2 camni. Mahmuda kalau nak nasihat orang ramai supaya berhati-hati, berilah tahu bagaimana nak dapat maklumat lanjut mengenai penipu ini supaya orang lain berhati-hati. Setakat cakap kena tipu tapi tiada maklumat penting nak buat ape?????. Fikirlah berapa ramai 'nyah' yang buat bisnes ni, lapuran tidak telus sebegini akan menyebabkan orang lain berpandangan serong kepada golongan ini. Sekurang-kurang nya bagi tau kawasan mana pejabat penipu ini terletak. abhadi Perkara sebegini, sebaik nya di pamirkan wajah orang telah membuat kesalahan,nama Ic nya juga dicatit, supaya orang lain tidak menjadi mangsanya lagi. mimimaznah abd.karim Hendaknya lain kali bakal pengantin beruruslah dengan penganjur perkahwinan dipejabat urusan mereka bagi membuktikan mereka menjalankan urusan yang sah. Kenapa polis tidak mengambil tindakan diatas aduan yang telah dibuat dahulu supaya tidak ramai yang tertipu. Terang2 akaun si ibu penipu itu digunakan, kenapa polis tidak siasat ibu atau penganjur perkahwinan itu.
Bagusnya sekiranya mangsa mendedahkan nama ibu dan penganjur perkahwinan tersebut agar tidak ada yang tertipu lagi.
Harap polis dan pihak bank dapat mengambil tindakan membekukan akaun ibu yang menerima wang daripada mangsa.
Setelah banyak tertipu baru keluar kisahnya....kenapa yang pertama tertipu mendiamkan diri sahaja sehingga lebih ramai yang kena tipu. Aira Masyarakat kota sekarang ni tidak pedulikan lagi jiran,jiran kita diangap semacam negara sebelah,tidak tegor siapa (ego).itu sebab selalu ditipu orang.kalau kenduri pangil orang satu taman tolong pun, tak habislah sampai puluh puluh ribu kan (RM oo.ooo). wan muhamad kamal berhati-hati kepada yg ingin melangsungkan majlis perkahwinan shahsheila msuk kn lokap je!! lpas tu suh dy gnti rugi... syidah sempoi itu lah nak sangat grand2..bersederhana dah ler...zz == botak Berhati2le, org mcm ni berada di mana2. Mereka sbnrnya syaitan menyerupai mnusia.Allah saje yg tau balasannya. pak cik din saya rasa dia tidak patut berbuat begitu...tapi dia tidak akan terlepas kerana setiap perbuatan itu ada pembalasan dari allah s.w.t. SITI NURASHIKIN BT ABD RAHMAN SEMUA MUSLIMIN TELAHPUN TAHU YANG KITA HANYA PERCAYA PADA ALLAH SEPERTI RUKUN IMAN JADI TAK LAH PERLU KITA PERCAYA SEPENUHNYA PADA HAMBA HAMBANYA.KALAU PERCAYA PUN BERPADA PADA.KESIAN PADA HAMBA ALLAH YANG DIPERDAYA.TAPI PERCAYALAH ALLAH MAHA MENGETAHUI APA YANG DIA LAKUKAN. ZHAN Saya terpanggil utk memberi komen dalam hal tersebut. Pendapat saya siarkan gambar & nama yg digunakan masa buat urusan dgn pelanggan beliau utk tatapan semua agar lebih berwaspada.Terima pada pengadu supaya tidak ramai yg akan tertipu. Siti Hawa Bte Ayob maknyah itu harus diberikan hukuman...ksian bakal2 pengantin...kejam btul!!!!! adeqya pak andam penipu yang mencemarkan nama ramai wedding planner lain yang bagus-bagus. Kepada pengantin-pengantin & bakal pengantin VillaPengantin, salah satu keutamaan kami ialah meminta anda DATANG sendiri ke majlis kendalian VillaPengantin atau ke butik kami, bagi memastikan anda puas hati dengan perkhidmatan dan keberadaan kami. JANGAN sekali-kali engaged dengan mak/pak andam yang sanggup datang berbincang ke rumah anda. Kebanyakan pak/mak andam yang 'sibuk' (banyak majlis) lebih gemar berbincang di opis daripada di rumah client atas banyak sebab. Memang anda akan selesa sebab tak perlu membuang masa datang ke butik pengantin, tetapi risiko penipuan sangat tinggi. kak raha memang nyah ni penipu!!kakak sepupu pon da terkena..pakej yg dijanjikan memang tak berbaloi dgn harga pastu ade ke patut si nyah ni nak wat baju pengantin yg baru, guna duit customer dulu??setahu saye ape2 pon seharusnya dahulukan duit sendiri baru claim kat customer..akhirnya Kantoi gak ko kan Nyah... asal dari selayang kalo jumpa maknyah yang macam tu ko bantai aje biar dia rasakan dan memalukan aje..orang macam ini tak bolih dibiarkan kena ambik tindakan mahkamah. remyazari @ remyzai macam macam dunia sekarang, orang menipu cara tercanggih.berhati hatilah pada mereka yang berwang. rohana bt taib selidiki latar belakangnya dulu. Tak sewajarnya kita terpedaya dengan hanya kata-kata dan janji manis seseorang. "Makyah" oh "makyah" ... "hebat" kau. Yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sepadan. ishak hassan contoh,antara perkahwinan yg x diberkati.semua kelengkapan yg melanggar sunnah.MAKA BILA ANDA NAK BERKAHWIN,X PERLULAH MEMBAZIR DGN YG X BERFAEDAH..IKUTI SUNNAH, LEBIH BERKAT.. syam Korang smua jangan trprdaya rlann bkr pengajaran: jangan dipercayai orang yang mengamalkan hidup songsang. kalau hidup sendiri pun dah salah, ni nak urus hidup orang lain lagi? tsk tsk. semoga mangsa mangsa tipu dibukakan pintu rezeki yang lain. amin. Kzee Tay Kasim Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ‘Goyang lalok’ rai hari lahir Posted: 01 Mar 2011 10:31 AM PST KUALA LUMPUR: Gara-gara mahu meraikan hari lahir rakan secara luar biasa, 25 lelaki dan lima wanita ditahan ketika 'goyang lalok' dalam satu parti liar dadah dan arak yang dianjurkan mereka di sebuah hotel di Jalan Pudu, Pudu Ulu di sini, Sabtu lalu. Difahamkan, semua suspek berusia antara 18 hingga 30 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras ketika asyik menari dipercayai di bawah pengaruh dadah dan alkohol. Malah, ada dakwaan mengatakan kumpulan terbabit turut melakukan hubungan seks ketika meraikan majlis hari lahir seorang daripada mereka. Semua mereka dipercayai saling mengenali antara satu sama lain. Dalam serbuan kira-kira jam 4 pagi itu, pihak berkuasa turut merampas pelbagai jenis dadah, antaranya Eramin 5, methapetamin dan Ecstasy. Menurut sumber, sepasukan polis bergegas menyerbu bilik hotel bertaraf tiga bintang itu selepas menerima aduan daripada penghuni lain kerana kumpulan terbabit dikatakan membuat bising sehingga mengganggu ketenteraman mereka.
"Ketika serbuan dilakukan, ada segelintir daripada kumpulan terbabit masih menari kerana dipercayai di bawah pengaruh dadah. "Semua yang ditahan kemudian dibawa ke balai polis untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh ketika dihubungi, mengesahkan penahanan kumpulan terbabit. "Hasil ujian air kencing yang dilakukan, 19 daripada mereka termasuk dua wanita didapati positif dadah. Malah, pihak berkuasa turut merampas pelbagai jenis dadah yang digunakan dalam parti berkenaan. "Mereka semua akan direman sehingga hari ini (semalam) dan akan dihadapkan ke mahkamah esok (hari ini)," katanya.
Mohan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Saya menasihatkan orang ramai terutama ibu bapa supaya sentiasa memantau perkembangan anak masing-masing bagi mengelak kejadian sama berulang," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
The Malaysian Insider :: Bahasa Posted: 02 Mar 2011 01:09 AM PST MB Selangor: BN usah pertikai, kami sudah laksana Buku Jingga Posted: 02 Mar 2011 12:58 AM PST SHAH ALAM, 2 Mac – Tan Sri Khalid Ibrahim menangkis serangan Barisan Nasional (BN) kononnya pakej Buku Jingga tidak realistik atas alasan inisiatif-inisiatif digariskan adalah berdasarkan polisi dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Dengan merujuk kepada air percuma 20 meter padu yang diberikan kepada rakyat Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur meskipun berhadapan dengan pertikaian pengambilalihan industri air, Menteri Besar Selangor (gambar) berkata, "kami sudah pun melaksanakan pembaharuan-pembaharuan ini." MENYUSUL LAGI Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | SPR: Undian pos DUN Kerdau bermula esok Posted: 02 Mar 2011 12:04 AM PST SPR berkata terdapat 54 pengundi pos di DUN Kerdau. — gambar fail TEMERLOH, 2 Mac — Proses pengundian pos pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau akan berlangsung esok dengan kertas-kertas undi pos akan dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 10 pagi. Jurucakap SPR ketika dihubungi Bernama berkata seramai 54 orang pengundi pos terdiri daripada 15 anggota polis dan 39 petugas SPR akan mengundi bermula pada 3 hingga 5 petang. "Anggota polis akan mengundi di Balai Polis Kerdau manakala petugas SPR akan mengundi di Dewan Majlis Perbandaran Temerloh di Temerloh esok," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Keputusan undi pos akan diketahui serentak selepas proses pengundian yang akan berlangsung pada 6 Mac ini. Pilihan raya kecil DUN Kerdau menyaksikan pertandingan dua penjuru antara BN diwakil Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, dan PAS diwakili Ketua Penerangan PAS Pahang Hasanuddin Salim, 43. Ia diadakan ekoran kematian penyandang kerusi DUN itu Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 12 Feb lepas. — Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Berita Harian: Wilayah Posted: 02 Mar 2011 01:08 AM PST Johor: Kena tipu warga asing Posted: 01 Mar 2011 11:04 AM PST Wilayah LETCHUMY menunjukkan laporan polis terhadap dua lelaki warga asing. Orang ramai dinasihat usah percaya lagak baik, dakwa susah JOHOR BAHRU: Madu diberi, tuba yang dibalas! Budi baik seorang pengusaha dobi membenarkan dua warga asing menumpang tidur di premis niaganya sebagai tanda simpati kepada mereka yang mendakwa terkandas di bandar raya ini mengundang malang, apabila tetamu itu melarikan sebuah beg berisi barangan berharga miliknya.
Berikutan pengalaman pahit itu, pemilik LRV Dobi yang terletak di Jalan Lee Thee Ng di sini, S Letchumy, 49, tampil menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada jika menerima kehadiran orang asing yang mendakwa dalam kesusahan, supaya tidak menerima nasib malang seperti beliau. Letchumy berkata, awal bulan ini, ketika berada di premis niaganya, beliau menerima kehadiran dua lelaki terbabit yang mendakwa ditipu ejen pekerjaan yang menyuruh mereka ke Johor, sejurus tiba di Kuala Lumpur dari India. Beliau berkata, dua lelaki terbabit kelihatan jujur dan tidak menimbulkan masalah sepanjang bermalam di kedainya, selain menyuruh beliau menyimpan pasport milik mereka di dalam laci meja pejabatnya.
"Menampil perwatakan baik, mereka merayu diberikan tempat tidur sementara, kerana mendakwa tidak mempunyai wang mencukupi bagi menyewa hotel, sebaliknya diminta orang tempatan pergi ke sini berikutan ramai orang India yang boleh diminta tolong.
"Jadi tanpa berfikir panjang, saya menumpangkan kedua-duanya kerana mereka mendakwa baru pertama kali sampai ke Johor dan sedang berusaha menghubungi ejen yang menawarkan pekerjaan," katanya yang juga seorang ejen pelancongan itu.
Letchumy berkata, pada 4 Februari lalu, beliau dan keluarganya terpaksa bergegas pulang ke Sungai Petani, Kedah, untuk menguruskan kematian bapanya hingga tertinggal barangan berharganya dalam kabinet di kedai dobi.
"Apabila menyedari tertinggal beg mengandungi komputer riba, enam cakera padat mengandungi maklumat sulit perniagaan serta deposit tunai milik beberapa pelanggan yang menyertai pakej pelancongan berjumlah RM4,800, saya menghubungi mereka supaya dapat menyimpan beg itu di tempat lebih selamat sepanjang ketiadaan saya.
"Namun, apabila kembali dari Kedah pada 8 Februari lalu, mereka sudah menghilangkan diri bersama beg berisi pelbagai barangan terbabit. Saya tidak menyangka perkara ini berlaku kerana sepanjang tiga malam menumpangkan mereka tidur di premis perniagaan saya, mereka tidak menunjukkan tingkah laku yang mencurigakan," katanya.
Letchumy berkata, sebelum membenarkan kedua-duanya menumpang tidur, beliau menghubungi keluarga isteri salah seorang lelaki terbabit di India bagi mendapatkan pengesahan, selain mengambil langkah keselamatan menyimpan pasport mereka di pejabat dan hanya diberikan kepada mereka ketika keluar dari kedainya bagi mengelakkan perkara tidak diingini.
Katanya, beliau tidak menyangka kebaikannya mempercayai orang luar yang baru dikenali mengundang padah apabila dua lelaki itu bukan saja melarikan barangnya dan mengambil pasport yang disimpan dalam laci, tetapi selepas diperiksa dengan Jabatan Imigresen, mereka sebenarnya menggunakan permit palsu.
Beliau berkata, usaha menghubungi dua lelaki terbabit juga mendapati talian telefon bimbit yang digunakan mereka sudah dimatikan dan tidak menghubungi anggota keluarga di India.
"Berikutan kejadian itu, saya membuat laporan polis dan menasihatkan orang ramai supaya berwaspada supaya tidak terpedaya dan menjadi mangsa warga asing yang mengambil kesempatan terhadap budi baik rakyat negara ini berbekalkan pasport dan permit kerja palsu," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | DUN Merlimau: Sekolah agama lengkap dibina Posted: 01 Mar 2011 11:02 AM PST Wilayah MUHYIDDIN (dua dari kiri), Mohd Ali (tiga dari kiri) dan Roslan (tiga dari kanan) hadir majlis perjumpaan dengan pegawai Masjid As-Sujjah, DUN Merlimau. BN sentiasa prihatin pembangunan pendidikan Islam generasi muda MERLIMAU: Keputusan kerajaan meluluskan peruntukan RM1.5 juta bagi pembinaan sebuah sekolah agama rakyat baru di sini, membuktikan Barisan Nasional (BN) sentiasa prihatin dengan pembangunan pendidikan Islam khususnya membabitkan generasi muda.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata langkah itu juga selari dengan konsep 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan' yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini. "Sekolah agama rakyat baru dengan kemudahan lapan bilik darjah yang dicadangkan akan dibina di Taman Muhibah, berhampiran Masjid As-Sujjah bagi menampung keperluan penduduk dari beberapa kawasan taman perumahan di situ. "Inilah bukti kerajaan BN mengutamakan kepentingan rakyat termasuk generasi muda bagi memastikan mereka mendapat pendidikan sebaik mungkin, " katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan pegawai masjid Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Masjid As-Sujjah, di sini, petang kelmarin.
Pengumuman bagi kelulusan peruntukan bagi pembinaan sekolah agama rakyat Taman Muhibah itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis berkenaan.
Muhyiddin menjelaskan, peruntukan itu sudah diputuskan lebih awal sebelum pilihan raya kecil DUN Merlimau, selepas menilai keperluan penduduk Islam di situ.
Turut hadir, Ahli Parlimen Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah; calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau, Roslan Ahmad dan pegawai dari tujuh masjid di DUN Merlimau.
Mohd Ali yang juga Pengarah Pilihan Raya BN berkata, sehingga kini 75 peratus daripada murid sekolah rendah yang beragama Islam di negeri ini meneruskan pengajian pada waktu petang di sekolah agama rakyat.
Katanya, kerajaan negeri dan kerajaan Pusat berusaha membolehkan baki 25 peratus lagi murid mendapat kemudahan itu secepat mungkin.
"Sebagai kerajaan bertanggungjawab, BN akan memastikan kemudahan sekolah agama rakyat dibina di kawasan yang belum memilikinya bagi memastikan generasi muda di situ dilengkapi pendidikan Islam sebaik mungkin," katanya.
Sementara itu, Mohd Ali berkata, pembangkang kini ketandusan modal untuk berkempen bagi mempengaruhi pengundi di DUN Merlimau apabila sentiasa mengulangi isu lapuk sejak hari penamaan calon Sabtu lalu.
Katanya, kerajaan BN sebelum ini sudah banyak kali memberi penjelasan mengenai isu berkenaan menerusi pelbagai saluran dan majoriti penduduk di negeri khususnya di DUN Merlimau sudah memahaminya.
"Tak apalah, biarkan mereka terus menggunakan isu itu. Saya pun boleh memberi jawapan sama berulang-ulang. Saya rasa mereka yang membangkitkan isu ini, mungkin penceramah dari luar. Penduduk di DUN Merlimau tahu mana yang benar dan tidak benar," katanya.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - Rencana Utama Posted: 01 Mar 2011 11:31 PM PST Lokasi kedai buku terbaik Posted: Lokasi kedai buku terbaikLokasi kedai buku terbaik Oleh WAN SHAHARA AHMAD GHAZALI
PENGGEMAR buku adakalanya bukan sahaja cerewet memilih buku tetapi juga lokasi terbaik mencari buku. Bagi yang mementingkan kualiti dan pilihan, mereka lazimnya akan mencari kedai buku yang besar dan selesa. Kepada yang mempunyai bajet terhad, akan ke kedai buku terpakai. Trend terkini ialah memesan buku secara talian yang amat sesuai bagi mereka yang sibuk dan tidak berkesempatan ke kedai buku. Bagi mencari dan mendapatkan cadangan lokasi pembelian buku terbaik khususnya di Lembah Klang, penulis melayari beberapa laman forum dalam talian dan blog pembaca tegar. Sebahagian besar pembeli buku memilih Kinokuniya di Suria KLCC atau BookXcess di Amcorp Mall Petaling Jaya untuk membeli buku baru. Bagi pencari buku-buku terpakai pula, gudang jualan Payless Book di Dataran Milennium Petaling Jaya, Junk Bookstore di Jalan Tun H.S. Lee dan tingkat atas Pasar Chowrasta, Pulau Pinang disebut-sebut sebagai lokasi terbaik pilihan mereka. Populariti Kinokuniya atau Kino di kalangan kebanyakan rakyat Malaysia mungkin dibantu oleh lokasi yang sangat strategik. Suria KLCC mudah diakses memandangkan ia mempunyai stesen LRT dan tempat letak kereta bawah tanah yang luas. Meneliti komen pembaca dalam forum dan blog masing-masing, empat faktor dapat dirumus yang menjadikan Kino sangat digemari ramai iaitu pilihan buku, persekitaran, layanan pekerja dan khidmat dalam talian. Gudang buku dua tingkat itu menawarkan pilihan tajuk buku yang sangat banyak dengan kepelbagaian genre yang mampu memuaskan keperluan bacaan kebanyakan pembaca di Malaysia. Pengurus Hal Ehwal Korporat Kino, Theresa Chong berkata, gudang itu menyediakan sekurang-kurangnya 250,000 judul buku pada satu-satu masa, meskipun beliau tidak pasti sama ada angka itu adalah koleksi jualan buku terbesar negara. MEMBELI buku secara talian amat sesuai bagi mereka yang sibuk dan tidak berkesempatan ke kedai buku.
Pengunjung kali pertama akan segera menyedari betapa luas pilihan buku yang ditawar oleh gudang buku yang mengkhususkan tingkat atas kepada naskhah seni dan sastera. Jika terasa rambang mata, pengunjung tidak perlu khuatir kerana tajuk-tajuk buku di Kino dikatalogkan dengan baik, kemas dan tersusun sekali gus memudahkan pengunjung mencari genre pilihan dengan cepat. Meneliti sampel Kino mengamalkan konsep rak buku terbuka. Pengunjung boleh memilih dan membaca sebanyak mungkin buku-buku yang dibuka atau sampel sebelum membuat pembelian. Seorang pengunjung mengakui perasaan selesa itulah yang menjadikan Kino lokasi pilihan untuk beliau meluangkan masa berkualiti dengan yang tersayang pada hujung minggu. "Pekerja Kino tidak akan mengganggu meskipun pengunjung mengambil masa seharian untuk memilih buku, berbeza dengan layanan pekerja di sesetengah kedai buku tempatan yang sering mengekori sambil merenung menyebabkan kita terasa dilayan bak pencuri," luahnya dalam satu laman forum. Seorang pengunjung yang lain pula selesa membenarkan anak-anaknya berlegar di dalam Kino selama yang mereka mahu kerana yakin dengan tahap keselamatan dan kebersihan gudang buku itu. "Saya pasti mereka tidak akan sesat, lagipun rak-rak buku yang rendah dan mesra kanak-kanak memudahkan mereka dipantau dari jauh selain membolehkan mereka mencari sendiri naskhah pilihan tanpa bantuan orang dewasa," katanya. Pengemar buku terutama dari luar Lembah Klang mungkin menghadapi masalah mencari buku idaman memandangkan pilihan kedai buku yang terhad di kawasan masing-masing. Di sinilah letaknya kepentingan perkhidmatan pembelian buku dalam talian Kino yang dinamakan BookwebMalaysia. Seorang penulis blog dari Ipoh, Perak memuji perkhidmatan BookwebMalaysia yang dianggapnya lebih cekap dan pantas, selain kos penghantaran murah berbanding pesanan buku melalui peruncit dalam talian utama dunia, Amazon.com. KEDAI buku di Pasar Chowrasta menawarkan buku-buku terpakai pada harga yang berpatutan.
Kata Chong, setiap pesanan buku akan diproses pada waktu yang sama setiap hari bagi memastikan pesanan tiba kepada pembeli dalam tempoh selewat-lewatnya dua hari dengan kos hanya RM8 untuk setiap penghantaran dan percuma jika jumlah buku berharga RM300. Buku mahal "Sambutan terhadap perkhidmatan ini amat memberangsangkan dan meningkat setiap bulan," katanya. Sambil meluahkan rasa penghargaan kepada masyarakat yang mempercayai khidmat Kino, beliau tidak menafikan ada kemungkinan mereka akan membuka cawangan yang baru jika menemui peluang dan lokasi yang sesuai. Penulis menyedari harga-harga buku yang menarik memang mahal untuk golongan pekerja kelas pertengahan, malah ia boleh dianggap bagai satu kemewahan jika ada wang kepada mereka yang berpendapatan rendah. Ini menyebabkan ramai yang tidak mampu berbelanja bagi memenuhi keinginan membaca kerana perlu menyimpan duit untuk keperluan hidup yang lebih penting. Bagaimanapun, semasa meninjau-ninjau di Amcorp Mall baru-baru ini, penulis terpandang sebuah buku bergambar kulit tebal Antarctica: A Call to Action yang dijual pada harga RM17.90 sedangkan harga asal yang tertera di kulit buku ialah RM111.00. Ia kedengaran mustahil, tetapi kedai buku BookXcess memang menjual buku-buku baru berbahasa Inggeris dengan potongan harga sekurang-kurangnya 50 peratus daripada harga asal. Ia lebih berbaloi jika dibandingkan dengan banyak kedai buku terpakai yang pernah penulis lawati. Jumlah judul buku di BookXcess mungkin hanya sekitar 10,000 judul yang dibahagikan kepada fiksyen, bukan fiksyen, remaja dan kanak-kanak, tetapi ia turut menempatkan banyak tajuk popular atau karya penulis ternama.
|
TABIAT membaca perlu dipupuk dari semasa ke semasa.
|
Ia termasuk karya laris novelis terkemuka seperti Dan Brown, Sidney Sheldon, Cecelia Aher, Danielle Steel, John Grisham dan Sophie Kinsella. Ada juga karya klasik dari Agatha Christie, Charles Dicken, J.R.R. Tolkien, Jane Austen, Sir Arthur Conan Doyle serta William Shakespeare. Golongan muda boleh memilih buku-buku popular seperti siri Twilight, Cirque Du Freak, Harry Potter, Percy Jackson, The Vampire Diaries selain Nancy Drew dan The Hardy Boys. Pengunjung dewasa pula boleh memilih pelbagai genre buku yang bersesuaian dengan minat termasuk biografi, sejarah, hobi malah pelbagai buku masakan terkini chef-chef selebriti termasuk Martin Yan, Ramsey Gordon, Jamie Oliver dan lain-lain. Pastinya peminat buku teruja apabila melihat perbezaan harga yang begitu besar di antara harga jual dan dan harga runcit sebenar. Merungkai pertanyaan penulis, pemilik BookXcess, Andrew Yap menjelaskan, kedai itu menjual buku-buku berlebihan atau buku terlebih cetak. "Buku berlebihan adalah buku-buku yang tidak dapat dijual dan dipulangkan semula oleh pengedar, manakala buku lebihan cetakan berlaku apabila penerbit terbuat anggaran permintaan yang lebih tinggi berbanding permintaan sebenar," jelasnya ketika ditemui baru-baru ini. Menurut beliau, syarikat penerbitan termasuk nama terkenal seperti Bloomsbury, HarperCollins, Headline-Hodder, Random House, Paragon, Penguin dan Walker perlu mengosongkan gudang mereka untuk terbitan terbaru. Ini bermakna, lebihan stok itu perlu dijual pada harga yang sangat rendah, dan memungkinkan buku-buku laris terkini untuk muncul di kedai itu dalam tempoh hanya beberapa bulan selepas diterbitkan. Untuk kemudahan pengunjung, BookXcess menyediakan sistem pangkalan data yang baik sama ada menerusi laman web atau laman sosial Facebook mereka. – Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Jenayah Posted: 01 Mar 2011 11:18 PM PST Junaidah tunggu anaknya pulang Posted: Junaidah tunggu anaknya pulangJunaidah tunggu anaknya pulang Oleh RADHUAN HUSSAIN pengarang@utusan.com.my
|
JUNAIDAH Mahmod menunjukkan gambar anak sulungnya, Nur Aqilah Mohamad ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru Seberang Takir, Kuala Terengganu, semalam. - UTUSAN/SHAIFUDIN MOHD. NOR
|
KUALA TERENGGANU 1 Mac - Rutin harian seorang ibu tunggal, Junaidah Mahmod, 38, adalah menghantar dan menjemput anak sulungnya, Nor Aqilah Mohamad, 16, dari, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim Fikri, dekat sini. Namun Ahad lalu, kelibat anaknya tidak kelihatan ketika dia ke sekolah itu di Seberang Takir untuk menjemputnya pulang ke rumah seperti biasa. "Itulah (27 Februari lalu) kali terakhir saya hantarnya ke sekolah dan ketika menunggu untuk menjemputnya pulang kira-kira pukul 1.30 petang, dia tak muncul-muncul sehinggalah sekarang. "Hari itu, saya tunggu hingga pukul 3 petang tapi kelibatnya tetap tidak kelihatan. "Telefon bimbitnya juga gagal dihubungi dan pada malam hari dia hilang, saya telah buat laporan di Balai Polis Gong Badak," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru Seberang Takir, di sini hari ini. Justeru, ibu kepada lima anak itu yang cemas dan gelisah merayu supaya Nor Aqilah pulang segera ke pangkuan keluarga kerana mereka sangat bimbangkan keselamatannya. Menurut Junaidah, keesokannya dia menemui guru kelas Nor Aqilah dan beberapa rakannya sebelum diberitahu bahawa anaknya itu tidak hadir ke sekolah Ahad lalu. "Ketika saya hantarnya ke sekolah pada Ahad lalu, saya nampak Nor Aqilah berdiri dekat pintu pagar utama sekolahnya dan pada hari itu, ada acara sukan di sekolahnya. "Dia anak yang baik dan tak pernah timbulkan masalah kepada keluarga, dia juga banyak uruskan adik-adiknya memandangkan dia anak sulung," katanya. Jelas Junaidah lagi, pelbagai usaha dilakukan oleh keluarganya termasuk meminta pertolongan orang kampung untuk mencari anaknya itu. "Saya bimbangkan keselamatannya kerana dia masih muda dan tak pernah berpisah dengan keluarga. Saya hanya mampu berdoa agar dia dapat pulang dengan segera," katanya. Junaidah meminta sesiapa yang mempunyai maklumat atau terjumpa Nor Aqilah supaya segera menghubunginya di talian 014-5367221. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Pemandu teksi mati dengan dua kesan tembakan Posted: Pemandu teksi mati dengan dua kesan tembakanPemandu teksi mati dengan dua kesan tembakan SANDAKAN 1 Mac - Seorang pemandu teksi ditemui mati dengan dua kesan tembakan di tapak pembinaan Universiti Malaysia Sabah di Kilometer 16, Jalan Sungai Batang di sini petang semalam. Mangsa, Junaidi Saman, 53, ditemui dengan kesan tembakan di kerongkong dan bawah kanan mulutnya dipercayai ditembak menggunakan pistol jenis Caliber .45. Mayat mangsa ditemui seorang pengawal keselamatan di tapak pembinaan itu dalam keadaan tertiarap tidak jauh dari teksinya kira-kira pukul 6.30 petang. Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Rowell Marong berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat pemandu itu kira-kira pukul 7 petang daripada orang awam. "Sebaik sahaja dimaklumkan, polis bergegas ke tempat kejadian dan menemui mayat seorang lelaki dengan kesan tembakan di bahagian kerongkong dan bawah mulut sebelah kanan. "Polis turut menemui dua kelongsong peluru berhampiran mayat tersebut dan kita percaya mangsa telah diarah keluar dari teksinya sebelum ditembak," katanya. Rowell berkata, sebaik sahaja polis sampai di tempat kejadian, enjin teksi jenis Proton Wira yang dipandu mangsa masih hidup dan tiga pintu kenderaan itu dalam keadaan terbuka. Katanya, berdasarkan maklumat pengawal keselamatan yang menemui mayat mangsa, dia mendakwa ternampak sebuah teksi melalui jalan di tepi tapak pembinaan berkenaan kira-kira pukul 6 petang. "Bagaimanapun, pengawal keselamatan yang bertugas itu tidak mendengar sebarang bunyi tembakan kerana ketika itu hujan turun dengan lebat," katanya. Rowell memberitahu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess Of Kent untuk bedah siasat. Beliau tidak menolak kemungkinan kes itu bermotifkan rompakan atau dendam berdasarkan kesan tembakan yang ditemui. "Pihak polis akan menjalankan siasatan daripada pelbagai sudut berhubung motif pembunuhan itu. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya sambil mengesahkan belum ada tangkapan dilakukan setakat ini. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi Balai Polis Sandakan di talian 089-212222 bagi membantu siasatan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Berita Harian: Nasional Posted: 01 Mar 2011 11:04 PM PST Sasaran sekolah satu sesi ditetap Posted: 01 Mar 2011 01:31 PM PST Nasional MUHYIDDIN menyampaikan sumbangan Program Khidmat Masyarakat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional kepada seorang penerima yang cacat penglihatan, Teo Guan pada majlis perjumpaan dengan warga pendidik dan PIBG Parlimen Kuala Krau di Temerloh, semalam. Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob (kiri); Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said (tengah) dan calon BN DUN Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad. Pelaksanaan menyeluruh apabila keperluan, kemudahan cukup TEMERLOH: Kerajaan menetapkan sasaran untuk melaksanakan sekolah satu sesi secara menyeluruh apabila keperluan dan kemudahan infrastruktur serta tenaga pengajar mencukupi. Pelaksanaan sekolah satu sesi itu bermaksud tempoh pembelajaran lebih anjal untuk murid dan guru, sekali gus dapat memberi tumpuan lebih kepada kegiatan kokurikulum. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ketika ini sudah ada antara 60 hingga 70 peratus sekolah rendah melaksanakan sekolah satu sesi, bagaimanapun pada peringkat sekolah menengah jumlahnya lebih rendah. "Sekarang, jika sesi pagi tamat pada jam 1 tengah hari kerana ada sesi kedua selepas itu dan sukar untuk pelajar menumpukan kepada kegiatan kokurikulum. "Jadi kesimpulannya, sekolah satu sesi ini memang ada faedahnya, cuma kita tidak pasti bila ia boleh dicapai," katanya pada sidang media selepas majlis perjumpaan Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dengan warga pendidik dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau di sini, petang semalam. Baru-baru ini, Pengerusi Panel Penasihat Sekolah Kluster Kecemerlangan, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad menyarankan kerajaan melaksanakan persekolahan satu sesi dari jam 8 pagi hingga jam 4 petang dengan memperkenalkan jadual kerja anjal untuk guru supaya tiada beban kerja berlebihan. Muhyiddin berkata, sekolah swasta misalnya tamat antara jam 3 atau 4 petang dan mereka turut menerapkan program sukan dan kokurikulum. Sementara itu, Muhyiddin berkata, Datuk Seri Najib Razak dan beliau akan menjelaskan mengenai implikasi jika rakyat terpengaruh dengan janji manis terkandung dalam Buku Jingga yang dilancarkan pembangkang pada siri turun padang Perdana Menteri ke seluruh negara. Kita (Barisan Nasional) tidak bimbang dengan Buku Jingga, cuma nanti sampai ke satu peringkat, Perdana Menteri dan saya akan ulas satu persatu supaya jangan ada pihak yang terpedaya dengan tarikan yang agak besar yang kononnya ditawarkan pembangkang. Sementara itu, beliau kesal dengan dakwaan tidak berasas pihak pembangkang yang mendakwa kerajaan kini tidak mempunyai wang dan terpaksa menambah sumber pendapatan menerusi saman ekor. Katanya saman ekor adalah berkaitan dengan penguatkuasaan undang-undang jalan raya dan pesalah trafik perlu menjelaskan kompaun. "Ini bukan soal kerajaan ada duit atau tak ada duit dan juga bukan soal politik," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ceramah di kampung Kuala Tekal, dekat sini, malam tadi. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Perwakilan Malaysia diarah lapor keadaan semasa Posted: 01 Mar 2011 01:29 PM PST Nasional PUTRAJAYA: Wisma Putra mengarahkan semua pejabat perwakilannya menyediakan laporan analisis bulanan mengenai perkembangan sosioekonomi semasa di negara mereka bertugas supaya kerajaan lebih bersedia menghadapi sebarang krisis jika berlaku pergolakan politik atau bencana alam. Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, arahan itu akan menjadi sebahagian daripada KPI bagi kedutaan, suruhanjaya tinggi dan wakil kerajaan Malaysia di luar negara supaya apa saja kemungkinan seperti krisis yang berlaku di Mesir dan Libya, dapat ditangani dengan lebih berkesan.
Katanya, kepekaan perwakilan Malaysia terhadap perkembangan semasa di sesebuah negara dapat membantu kerajaan menyelaras strategi bagi membawa pulang rakyat tempatan yang berada di sana selain mengambil langkah perlu melindungi kepentingan Malaysia di negara berkenaan. "Kita mahu tahu mengenai kepimpinan negara tertentu. Bila pilihan raya, apakah nasib parti yang ada sekarang, sama ada menang atau tidak. Ini semua tanggungjawab perwakilan di negara berkenaan. Tak perlu laporan terperinci tapi sekurang-kurangnya ada maklumat asas setiap bulan. "Saya minta ketua perwakilan kita mewujudkan hubungan erat dengan pihak tertentu di kalangan pucuk pimpinan di negara mereka bertugas selain terbabit aktif dalam semua mesyuarat, perjumpaan atau majlis supaya dapat menemui tokoh tertentu atau perwakilan negara lain.
"Mereka harus lakukan analisis terhadap kerajaan negara di mana mereka ditugaskan dan mengunjurkan kesan jangka pendek, sederhana dan jangka panjang terhadap rakyat kita di sana sekiranya berlaku musibah," katanya pada sidang media selepas majlis jamuan tengah hari di kementeriannya, di sini semalam.
Jamuan itu diadakan sebagai tanda terima kasih kepada 245 kakitangan Wisma Putra yang terbabit dalam Operasi Piramid bagi membawa pulang 7,746 rakyat Malaysia dari Mesir selepas berlaku pergolakan politik di negara itu.
Anifah berkata, sebagai permulaan lima perwakilan Malaysia yang akan memulakan tugas pada 8 dan 11 Mac ini di Brunei, Kanada, Laos, Qatar dan Ukraine selain bakal Presiden Pusat Persahabatan Perdagangan Malaysia ke Taiwan diberi penjelasan mengenai KPI itu.
Mengenai usaha membawa pulang rakyat Malaysia dari Libya berikutan pergolakan politik di sana, Anifah berkata 195 orang sudah dibawa pulang dengan bantuan Ranhill Berhad (Ranhill) dan 18 orang lagi dijangka sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi ini.
Katanya, lima pelajar Malaysia yang sebelum ini mahu terus menetap di Tripoli juga sudah dibawa keluar dengan bantuan Ranhill Bhd berikutan desakan keluarga yang khuatir keselamatan mereka apabila keadaan bertambah buruk.
"Mereka kini dalam perjalanan ke Tunisia sebelum di bawa ke Bangladesh dan terus pulang ke Malaysia. Setakat ini, semua rakyat kita yang berdaftar dengan Wisma Putra sudah dibawa keluar. Jika masih ada rakyat kita di sana, saya minta keluarga mereka maklumkan kepada Wisma Putra.
"Mengenai tiga rakyat kita yang dikatakan masih berada di Libya, seorang difahamkan kini sudah sampai di Dubai manakala dua lagi belum dapat pastikan kedudukan mereka. kalau ada anggota keluarga yang tahu, maklumkan pada kami supaya boleh kita kenal pasti dan bawa pulang," katanya.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Pahang Posted: 01 Mar 2011 08:11 PM PST Karnival Jom Masuk U di Kuantan Sabtu ini Posted: Karnival Jom Masuk U di Kuantan Sabtu iniKarnival Jom Masuk U di Kuantan Sabtu ini KUANTAN 1 Mac - Orang ramai khususnya lepasan sekolah yang ingin mendapatkan maklumat berhubung peluang pendidikan tinggi di negara ini boleh menghadiri Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah di sini bermula 5 Mac ini. Karnival jelajah seluruh negara bertemakan Jom Masuk U itu adalah anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian Pelajaran akan berlangsung selama dua hari di daerah ini. Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP), Profesor Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, dijangkakan sebanyak 120 institusi pengajian tinggi awam dan swasta, agensi pembiayaan termasuk Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) turut menyertai karnival tersebut. Menurut beliau, tahun ini merupakan kali ketiga UMP menjadi penganjur bersama karnival iaitu penganjuran kali ketujuh program itu sejak 2005. "Matlamat utama karnival tersebut bagi mendapatkan informasi tepat mengenai peluang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi, politeknik dan kolej komuniti, maklumat akreditasi serta bentuk pembiayaan bagi pemohon terdiri daripada lepasan sekolah atau setaraf dengannya. "Pemohon yang berhasrat mendapatkan tempat pengajian juga berpeluang menggunakan permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi melalui aplikasi dalam talian," katanya dalam satu kenyataan, di sini baru-baru ini. Pelbagai aktiviti menarik dirancang sepanjang karnival tersebut yang menyasarkan pengunjung sehingga 20,000 orang. Antara aktiviti tersebut ialah pameran pendidikan, maklumat kemasukan, kuiz Jom Masuk U, forum, cabutan bertuah, persembahan kebudayaan, pertandingan kuiz serta khidmat bimbingan dan kaunseling. Majlis penutup dijangka disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2 April depan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Daing Nasir berkata, universiti itu juga membuka ruang pameran untuk menyampaikan maklumat dan program pengajian ditawarkan kemasukan penuntut untuk sesi 2011/2012 bagi program pengajian diploma dan ijazah pada Jun dan September ini. "UMP merupakan institusi pengajian tinggi pertama menawarkan program kejuruteraan ijazah berkembar dalam bidang mekatronik yang diperkenalkan pada tahun lalu. "Program terkini iaitu dalam bidang automotif diadakan dengan kerjasama institusi di Jerman," katanya. Lebih menarik, katanya, penuntut yang mengikuti program itu akan memperoleh dua ijazah akademik yang dikeluarkan oleh UMP dan institusi di Jerman apabila tamat pengajian kelak. Lepasan matrikulasi, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan diploma kejuruteraan yang mendapat keputusan cemerlang dipelawa mengikuti program yang ditawarkan bagi kemasukan September ini. Selain itu, katanya, UMP turut menawarkan dua program baru iaitu Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) Teknologi Makanan dan Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian) Teknologi Bahan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | 17 pelajar sertai UMP Star 11 Posted: 17 pelajar sertai UMP Star 1117 pelajar sertai UMP Star 11 KUANTAN 1 Mac - Penuntut yang menyertai program Teknologi, Akademik dan Penyelidikan di Shanghai, China bermula 3 hingga 11 Mac ini diharap memanfaatkan peluang diberikan oleh Universiti Malaysia Pahang (UMP) bagi menguasai ilmu tersebut. Program yang dikenali sebagai UMP Star 11 merupakan sebahagian daripada program mobiliti penuntut bagi mencapai hasrat Kementerian Pengajian Tinggi dalam menyediakan graduan berkemahiran tinggi untuk pasaran kerja tempatan. Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, pendedahan di peringkat antarabangsa itu memberi peluang kepada penuntut memahami budaya dan meningkatkan keyakinan diri bersaing di peringkat global. "Dengan peluang diberikan, mereka boleh memperkaya pengetahuan dan pengalaman apabila menjalani latihan industri kelak. "Mereka perlu mengambil kesempatan sempena lawatan industri itu dan mengadakan perbincangan dengan universiti yang dilawati di sana," katanya. Beliau berkata demikian, ketika merasmikan Ekspo Intelektual dan program UMP Star 11 anjuran Exco Pembangunan Akademik dan Intelektual, Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (Saffad), di sini baru-baru ini. Selain ekspo, turut diadakan ceramah motivasi dan kecemerlangan yang disampaikan pensyarah Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan, Munira Abdul Razak kepada seramai 160 pelajar sekolah di daerah ini yang bakal menghadapi peperiksaan penting tahun ini. Pengunjung juga berpeluang melawat pameran buku, gajet komputer dan jualan produk makanan sepanjang dua hari program berlangsung. Dalam pada itu, seorang penuntut UMP, Tay Chze Huat yang merupakan peserta program UMP Star 11 berharap program itu nanti berjalan lancar mengikut jadual. Menurutnya, mereka dijangka mengadakan perbincangan dengan pihak industri automotif di negara itu bagi meninjau peluang penempatan latihan industri dan bekerja di sana. "Kami dijangka mengadakan sesi berkongsi idea dan kepakaran di kalangan penuntut dari Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar Universiti Shanghai dan melawat makmal perisian komputer di Universiti Fudan. "Secara tidak langsung, hubungan itu dapat memperkenalkan nama Malaysia ke persada dunia dan mempromosikan nama universiti ini di luar negara," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Mahkamah Posted: 01 Mar 2011 07:33 PM PST Saksi diarah periksa sel lokap Anwar Posted: Saksi diarah periksa sel lokap AnwarSaksi diarah periksa sel lokap Anwar Oleh AMIRUDDIN HARUN dan SUWARNI MOKHTAR pengarang@utusan.com.my KUALA LUMPUR 1 Mac - Sehelai bulu, botol air minuman, berus gigi dan tuala kecil 'Good Morning' merupakan barang yang dirampas oleh pasukan Siasatan Tempat Kejadian (CSI) Bukit Aman dari sel lokap tahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahagian Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) ibu negara pada Julai 2008. Bekas Ketua Bahagian CSI Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Amidon Anan, 60, berkata, beliau menjumpai bulu, berus gigi dan tuala tersebut di atas lantai sel lokap berkenaan. Sementara botol air minuman 'Cactus' ditemui di atas tembok tandas sel lokap tersebut, kata saksi pendakwa ke-15 itu pada perbicaraan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang itu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini. Anwar, 64, didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Amidon yang kini merupakan pensyarah pelawat di dua buah universiti tempatan berkata, beliau membuat pemeriksaan di sel lokap itu selepas diarahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II, Datuk Ku Chin Wah kira-kira pukul 11.40 pagi, 17 Julai 2008. Amidon yang memberi keterangan di mahkamah dalam lebih 900 kes memberitahu, beliau sebelum itu bersama pasukannya diminta oleh pegawai penyiasat, Deputi Supritendan (DSP) Judy Blacious Pereira untuk membuat pemeriksaan di unit 11-5-1 dan 11-5-2 di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara pada 30 Jun 2008. Dari unit 11-51-1, menurutnya, beliau hanya menemui dan merampas sehelai bulu manakala satu hamparan permaidani sutera China dan sehelai selimut tebal (blanket duvet) jenama Pasaya dirampas dari unit 11-5-2. Jelas saksi tersebut, kesemua barang itu yang dirampas dari kedua-dua lokasi bertujuan dijalankan analisis asid deoksiribonukleik (DNA) kemudiannya diserahkan kepada Judy. Menurut Amidon lagi, semasa pemeriksaan dan merampas barang-barang tersebut, beliau dan anggota pasukannya memakai baju keselamatan, sarung tangan dan kaki bagi mengelakkan barang- barang itu tercemar. Pada 23 Februari lalu, ahli kimia yang juga saksi pendakwa keenam, Nor Aidora Saedon memberitahu mahkamah bahawa ujian analisis DNA terhadap tuala, berus gigi dan botol minuman yang diserahkan kepadanya menunjukkan wujudnya profil DNA Lelaki Y. Enam hari sebelum itu, seorang lagi ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong menyatakan, ujian analisis DNA pada empat calitan putik kapas menunjukkan kehadiran profil DNA Lelaki Y di dalam rektum dan permukaan dubur (perianal) pengadu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Beliau bagaimanapun, sehingga hari terakhir memberi keterangan di mahkamah, tidak mengetahui identiti sebenar penyumbang DNA Lelaki Y itu. Sementara itu, saksi pendakwa ke-17, DSP Yahya Abd. Rahman berkata, Anwar turut membawa bersamanya sebotol air mineral ketika ditahan di dalam sel lokap D9 di tingkat tujuh IPK tersebut pada 16 Julai 2008. Menurut pegawai penyelia lokap D9 IPK tersebut, beliau membenarkan Ketua Pembangkang itu membawa botol minuman itu selain dua helai tuala mandi warna cerah ke dalam lokap atas budi bicara sekalipun barang-barang itu sepatutnya tidak diizinkan dibawa masuk. Bagaimanapun, katanya, pada pukul 12.10 tengah malam, 17 Julai 2008 beliau ada membawa satu bungkusan plastik mengandungi sehelai tuala kecil 'Good Morning', sebatang berus gigi, ubat gigi dan sabun kecil seperti yang biasa dibekalkan kepada tahanan, untuk diserahkan oleh anggota polis bertugas kepada Anwar. Dalam keterangannya, Yahya yang juga Pegawai Siasatan Kes Bunuh IPK Kuala Lumpur berkata, berdasarkan buku kehadiran lokap, Anwar dibawa masuk oleh Judy dalam keadaan baik dan terkawal pada pukul 11.05 malam, 16 Julai 2008. Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan, Yahya berkata, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu ditahan sehingga pukul 8 pagi keesokan harinya dan sepanjang tempoh tersebut, tiada tahanan lain berada di dalam lokap berkenaan. Menurutnya, di balai polis itu hanya terdapat sebuah lokap dan sebuah sel. Ujarnya, selepas Anwar dikeluarkan, beliau telah mengarahkan dua anggota polis yang bertugas mengunci sel lokap tersebut dan tidak membenarkan sesiapa masuk ke dalamnya. Beliau juga memberikan arahan supaya barang-barang kepunyaan Anwar di sel lokap tersebut tidak diusik, disentuh atau dialih dari tempat asalnya. Walaupun beliau mengaku selepas itu ada memasuki sel lokap tersebut untuk mengambil senaskhah Surah Yasin milik Anwar, beliau tidak menyentuh barang-barang seperti botol air, tuala dan berus gigi. Selain dua helai tuala, katanya, Anwar ketika itu tidak ada meminta barang-barang lain dibawa keluar. Menjawab soalan lain, saksi tersebut menyatakan, kawasan lokap IPK berkenaan dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) tetapi ia telah lama tidak berfungsi. Turut memberi keterangan pada sesi pagi ialah jurufoto polis, Lans Koperal Hazri Hassan yang mengambil gambar di lokap tersebut dan Inspektor Nur Ayuni Dayana Mohd. Puad yang membantu Amidon semasa mengumpul bahan-bahan bukti di tempat yang sama. Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah bersambung esok. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Peguam bantah barang kes, mohon bicara dalam perbicaraan Posted: Peguam bantah barang kes, mohon bicara dalam perbicaraanPeguam bantah barang kes, mohon bicara dalam perbicaraan KUALA LUMPUR 1 Mac - Barisan pembelaan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara rasmi mengemukakan bantahan ke atas beberapa barang kes terutamanya yang diperoleh dari lokap Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 17 Julai 2008. Barang-barang tersebut adalah sehelai tuala kecil 'Good Morning', sebatang berus gigi kecil warna putih, satu botol plastik jenama 'Cactus' dan dua helai bulu (termasuk sehelai bulu yang dijumpai oleh ahli kimia, Nor Aidora Saedon pada tuala kecil tersebut). Pada prosiding hari ini juga, peguam bela utama, Karpal Singh memohon agar bicara dalam perbicaraan (TWT) diadakan selepas mendakwa barang-barang kes itu diperoleh dengan cara yang tidak sah. Mendengar permohonan tersebut, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden memohon pihak pembelaan menyatakan dengan terperinci 'cara yang salah' yang digunakan oleh pihak dalam mendapatkan barang tersebut. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah kemudian mengarahkan kedua-dua pihak berhujah mengenai perkara tersebut esok. Pada 23 Februari lalu, peguam bela Sankara Nair membangkitkan bantahan terhadap beberapa barang kes sewaktu saksi pendakwa keenam, Nor Aidora sedang memberi keterangan. Bagaimanapun, pada waktu bantahan itu dikemukakan pihak pendakwaan mahupun saksi berkenaan masih belum mengemukakan mahupun menyebut mengenai sebarang barang kes. Setelah tuala, berus gigi, botol minuman dan bulu-bulu tersebut dikemukakan, barang-barang kes tersebut ditandakan sebagai 'ID' ekoran terdapat bantahan. Pada tarikh yang sama, Ketua Unit DNA Paterniti, Jabatan Kimia Malaysia dalam keterangannya memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa ujian analisis profil asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap tuala, berus gigi dan botol minuman menunjukkan wujudnya profil DNA Lelaki Y. Pada 17 Februari lalu, Ketua Unit Jenayah Berat, Bahagian DNA Divisyen Forensik, Jabatan Kimia, Dr. Seah Lay Hong menyatakan, ujian analisis profil DNA pada empat calitan putik kapas menunjukkan kehadiran profil DNA Lelaki Y di dalam rektum dan permukaan dubur (perianal) Mohd. Saiful Bukhari. Terdahulu, pada sesi pagi pemeriksaan utama, barisan pembelaan tidak menyoal balas tiga orang saksi pertama. Keadaan tersebut berubah apabila Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan selesai menyoal saksi pendakwa ke 17, Deputi Supritendan (DSP) Yahya Abdul Rahman. Bagaimanapun, soalan yang dikemukakan tidak mempunyai kaitan langsung dengan bukti mahupun kes tersebut. Sebaliknya, soalan yang ditanya berkaitan dengan tandas, bantal, tilam, selimut dan katil malah turut mempertikaikan keadaan lokap yang disifatkan menyerupai kandang haiwan. KARPAL (KS): Lihat gambar tandas. Adakah ia dicuci pada bila-bila masa. Kalau ada orang di tandas itu, kamera litar tertutup (CCTV) akan rakam. YAHYA (Y): Tak boleh nampak, kamera fokus kepada anggota yang mengawal dan pintu masuk. KS: Ada tak Anwar dibekalkan selimut, bantal? Y: Tidak. KS: Kenapa? Dia manusia bukan? Tahu kan dia ada sakit belakang? Y: Memang begitu. Barang-barang tersebut tidak disediakan jadi bagaimana saya nak beri. Lagipun saya ada benarkan dia bawa dua tuala besar. KS: Ada katil? Selimut? Semua lokap macam tu? Y: Tidak ada. Saya cuma jaga lokap saya, lokap orang lain saya tidak tahu. Sementara itu, empat anggota polis mengesahkan bahawa antara 11.05 malam, 16 Julai 2008 hingga 8.10 pagi, keesokan harinya, hanya Anwar yang ditahan di dalam lokap Bahagian Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Kuala Lumpur. Saksi-saksi tersebut ialah Lans Koperal Yusmadi Ismail, Konstabel Mohd. Azry Mohd. Toyab, Lans Koperal Mohd. Jasni Jaafar dan Lans Koperal Mohd. Adnan Masri Safril. Pada prosiding hari ini juga, Mohd. Adnan yang merupakan saksi pendakwa ke 21 benar-benar memberi 'kejutan' kepada semua yang berada di mahkamah. Ini kerana, lontaran suara anggota polis itu sangat kuat sehingga ada yang terjaga daripada lena atau hilang rasa mengantuk. Keadaan itu juga menyebabkan hampir semua yang berada dalam mahkamah termasuk pihak pendakwaan dan Nair ketawa. Suaranya yang kuatnya juga konsisten sepanjang dia memberi keterangan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Rencana Posted: 01 Mar 2011 03:06 PM PST Kg. Baru: Realiti atau retorik? Posted: Kg. Baru: Realiti atau retorik?Kg. Baru: Realiti atau retorik? ISU pembangunan Kampung Baru yang terletak di tengah bandar raya Kuala Lumpur bukanlah perkara baru kerana ia sering diperkatakan sejak lebih 20 tahun lalu. Bagaimanapun, isu itu kembali hangat dibincangkan apabila Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru 2010 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 14 Disember lalu dan dijangka diluluskan pada sesi Mac ini. Dalam mengupas isu itu, Utusan Online telah menganjurkan program Sembang Online dengan tajuk Pembangunan Kampung Baru: Realiti atau Retorik. Program kali ini disertai Pemangku Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, DATUK JOHARI ABDUL GHANI dan Pengarah Urusan Kumpulan Zikay, DATUK MOHD. KHAY IBRAHIM yang terlibat membangunkan hotel dan kondominium bernilai RM190 juta di kampung itu, bagi berkongsi pandangan dan pengalaman mereka. Berikut adalah sedutan wawancara dua panel jemputan tersebut bersama Pengarang Kanan Online, GAMAL NASIR MOHD. ALI. UTUSAN: Apakah cadangan terbaru pembangunan Kampung Baru masih retorik atau boleh menjadi realiti? JOHARI: Apabila kita hendak bercerita soal realiti atau retorik, kita perlu membahagikannya kepada tiga perkara iaitu akta, kewujudan perbadanan dan pembangunan. Jika kita lihat sekarang, kerajaan menerusi Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar telah membentangkan satu draf akta untuk pembangunan Kampung Baru. Bermakna hal ini sudah boleh dilihat secara fizikal, bukan lagi retorik. Kalau dibandingkan dengan 10 atau 20 tahun dahulu, kita bercakap..., tetapi tiada yang nyata. Cuma, draf akta ini mempunyai banyak perkara yang perlu dibincangkan secara terperinci dengan mengambil kira suara tuan-tuan tanah dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kampung Baru yang merasakan bahawa sebahagian daripada akta ini tidak bersesuaian dan tidak memenuhi cita rasa mereka. Keduanya, persoalan berkenaan perbadanan. Ia juga akan wujud. Namun perkara ketiga, iaitu pembangunan..., saya tidak nampak realitinya. Pembangunan adalah perkara paling sukar dilakukan kerana ia melibatkan tiga pihak iaitu kerajaan, tuan-tuan tanah dan permintaan pasaran hasil daripada pembangunan tersebut. Jika kerajaan dan tuan tanah telah bersetuju dalam soal harga, namun permintaan pasaran tidak bersesuaian, ia masih tidak berguna. Sebagai seorang penduduk Kampung Baru dan usahawan yang turut berpeluang untuk membangunkan perkampungan ini, bagaimana Datuk melihat cadangan terbaru ini? MOHD. KHAY: Saya bersetuju dengan Datuk Johari memandangkan kawasan Kampung Baru seluas 234 ekar (93.6 hektar). Jika tiada satu akta untuk menyelaraskan perancangannya maka berkecamuklah kawasan tersebut. Jika sudah berkecamuk, kita tidak akan dapat nilai sebenar terhadap tanah-tanah tersebut. Jadi, akta ini perlu tetapi intipati pada akta berkenaan perlu dibincang secara bersama antara pihak kerajaan dan penduduk. Tentang harga pula, kita andaikan harga satu kaki persegi RM350, kita ada 234 ekar maknanya nilai tanah di Kampung Baru adalah RM4.2 bilion. Itu kalau kita letak RM350 satu kaki persegi, kalau kita letak harga lebih tinggi iaitu RM500 atau RM600, harganya mencecah RM6 bilion. Jumlah ini memerlukan satu badan untuk menyelarasnya secara lengkap. Boleh Datuk terangkan secara ringkas berkenaan penambahbaikan yang perlu dibuat terhadap akta terbabit? JOHARI: Ketika dibentangkan kali pertama, akta ini telah menakutkan orang. Contohnya, kuasa menteri adalah mutlak maknanya tidak boleh didakwa. Apabila menteri itu berbuat sesuatu, ia harus dilaksanakan. Itulah maksud tersirat yang difahami pemilik tanah di Kampung Baru. Jadi, kuasa mutlak ini kena diubah sedikit. Akta itu turut mencadangkan pembubaran Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS). Bagi penduduk, apa salahnya dikekalkan kerana badan ini dianggap sebagai lambang yang menjaga kepentingan mereka. Selain itu, banyak orang Kampung Baru ingat apabila bentang akta itu, mesti bentang harga. Harga sebenarnya tertakluk kepada pasaran. Untuk menunjukkan keikhlasan kerajaan dalam menyatakan pasaran tanah di Kampung Baru ini bernilai tinggi, kerajaan perlu membuat pengisytiharan (dalam akta) bahawa seluruh tanah di Kampung Baru ini ditukar kepada tanah komersial. Ini sekali gus akan membolehkan harganya naik berlipat kali ganda. Pandangan Datuk terhadap sikap ragu kebanyakan pemilik tanah terhadap cadangan terbaru membangunkan Kampung Baru? MOHD. KHAY: Apabila sesuatu hal telah dibincangkan lebih daripada 20 tahun, tetapi tiada apa yang terjadi, saya pun berasa ragu. Tetapi kini, kita nampak usaha kerajaan yang lebih konkrit dalam membentangkan akta dan hendak menubuhkan perbadanan. Jadi saya sarankan, jika 20 tahun dulu tidak jadi, kini kita kena jadikan ia sebagai realiti kerana kita generasi ketiga. Kalau tidak buat sekarang, generasi keempat dan kelima tidak boleh buat kerana tanah itu akan dibahagikan kepada lebih ramai pewaris sehingga menyukarkan segala perancangan. Jadi, kita kena positif dan perlu memulakannya dahulu. Nescaya, ramai yang akan mengikutnya. Betulkah isu utama yang ingin diketahui pemilik tanah adalah berapa harga tanah mereka? JOHARI: Apabila kerajaan telah membuat keputusan untuk memberi status pusat bandar raya komersial dan mempermudahkan nisbah plot, itu secara tidak langsung telah meningkatkan nilai tanah daripada tanah pertanian biasa kepada nilai di dalam lingkungan RM800 sehingga RM1,200 sekaki persegi. Cuma saya mahu tekankan, pihak kerajaan atau mana-mana pemaju perlu mengambil kira bahawa tanah di Kampung Baru bukan seperti tanah di dalam hutan. Kebanyakannya menjadi penjana pendapatan kepada pemiliknya melalui sewaan rumah dan juga mempunyai orang yang menetap di situ. Perkara ini perlu diambil kira pemaju dan kerajaan sebelum memajukan tanah tersebut. Bersediakah pemilik tanah menyerahkan tanah yang kini menjana pendapatan tetap untuk dibangunkan? MOHD. KHAY: Saya rasa semua pemilik tanah perlu melihat ke depan. Memang semua tanah di sini telah menjana pendapatan, sewaan rumah sampai RM4,000 sebulan. Tetapi kalau kita bangunkan tanah tersebut, insya-Allah kita akan dapat berpuluh-puluh kali ganda lebih banyak. Memang ada satu soalan, iaitu hendak makan apa dalam tempoh tiga tahun tanah dimajukan. Oleh itu, sesiapa sahaja yang hendak memajukan tanah ini, kena mewujudkan mekanisme supaya pemilik tanah tidak 'mati kebuluran.' Kita pun tak nak orang Melayu daif dalam masa tiga tahun itu. Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Survival parti dalam PRU-13 Posted: Survival parti dalam PRU-13Survival parti dalam PRU-13 Oleh Saifuddin Abdullah SEMPENA ulang tahun ketiga Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada 8 Mac ini, Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) menganjurkan forum bertajuk 'Survival Parti Politik Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)'. Ahli panelnya terdiri daripada Nurul Izzah Anwar, Mohd Nasir Zakaria dan saya sendiri, manakala moderatornya ialah Profesor Dr. Mohd Redzuan Othman. Pada saya, PRU-13 akan ditentukan oleh amalan 'politik baru', yang menjadi judul buku saya (2008). Politik baru terdiri daripada dua komponen, iaitu integriti politik dan governans baru. Ia perlu dilengkapi dengan pemikiran politik progresif dan inovasi demokrasi. Integriti politik berasaskan perjuangan. Ia berdasarkan tiga rukun iaitu idealisme, aktivisme dan intelektualisme serta amalan politik ilmu, politik hikmah dan politik bakti. Governans baru merujuk kerangka pengurusan negara yang lebih segar. Kini, ia terlalu berorientasikan kerajaan/politik. Kerangka governans baru melibatkan ketiga-tiga sektor pembangunan (kerajaan/politik, perniagaan dan masyarakat sivil) sebagai rakan yang saksama. Dalam konteks ini, BN serius melakukan perubahan. Satu daripadanya ialah pemikiran progresif yang sesuai dengan keperluan universal dan kontemporari. Contohnya ialah Gagasan 1Malaysia serta transformasi kerajaan dan ekonomi yang diilhamkan Datuk Seri Najib Tun Razak. Sebahagian rakyat menolak BN atas faktor-faktor lazim, seperti politik wang, rasuah, sistem penyampaian lemah dan sebagainya. Tetapi, di samping itu, terdapat sebahagian intelektual, profesional, kelas menengah dan belia (termasuk mahasiswa), yang menolak BN kerana ketinggalan dalam pemikiran politik. Sebab itu, BN mula mencetuskan pemikiran politik progresif tentang demokrasi, penghakupayaan, partisipasi, kerajaan, kesaksamaan gender, pembangunan lestari dan sebagainya. Gagasan 1Malaysia ialah komitmen BN dalam membina masyarakat baik yang berteraskan budaya ilmu, pembinaan tamadun, keadilan sosial, partisipasi demokratik, pengagihan ekonomi dan kelestarian alam sekitar. Kita sedar terdapat rakyat, terutamanya belia yang skeptikal dan sinis terhadap politik. Mujurnya mereka masih percaya terhadap demokrasi. Namun, kepercayaan itu disekalikan dengan gesaan pembaharuan demokrasi yang melampaui sistem dan institusi yang diamalkan kini. Inilah antara iktibar daripada gerakan prodemokrasi di Timur Tengah sekarang. Justeru, kita perlu melakukan inovasi demokrasi. Matlamatnya ialah meningkatkan partisipasi rakyat dalam struktur dan proses membuat keputusan. Sebagai Ahli Parlimen, saya berinovasi dengan menubuhkan Majlis Perundingan Parlimen Temerloh (MPPT) yang dianggotai perwakilan kerajaan/politik, perniagaan dan masyarakat sivil. Antara kuasa utama PRU-13 ialah belia, iaitu 49.7 peratus daripada pemilih. Ini lebih besar daripada 40 peratus pada PRU-12. Prasyarat kefahaman terhadap partisipasi belia dalam politik ialah dengan mengiktiraf tiga permintaan utamanya iaitu belia mahu suaranya didengar, peranannya diiktiraf, dan isu-isunya ditangani dengan berorientasikan belia. Kita perlu menyelami ciri-ciri partisipasi politik belia iaitu hubungan belia dan politik yang bersifat multi-dimensi; bentuk, makna dan alasan belia untuk berpartisipasi; mengenal pasti bagaimana belia belajar tentang partisipasi politik; dan kesaksamaan gender, iaitu partisipasi belia wanita. Cara, corak dan citra politiknya mungkin berbeza dengan kita. Kita perlu menyelami minda mereka untuk menghakupayakannya agar dapat mengoptimumkan potensi politiknya. Sebahagian daripada belia ialah mahasiswa. Apabila saya mencadangkan mahasiswa dibenarkan menganggotai parti politik, ia mempunyai dua matlamat, iaitu memenuhi haknya sebagai warganegara dan mematangka demokrasi kita. Kini, BN memberi lebih tumpuan kepada belia. Satu daripada gelanggang yang diterjuninya lebih bersungguh-sungguh ialah dunia maya. Namun, ia masih perlu banyak penambahbaikan, terutamanya dari segi kandungan dan pendekatannya. Mutakhir ini, pelbagai langkah telah dilakukan untuk lebih memahami belia. Antaranya ialah perjumpaan tidak rasmi, perbincangan, konvensyen, kajian dan makmal yang melibatkan perwakilan belia. Melalui langkah-langkah ini, banyak idea telah diluahkan oleh mereka. Sebahagian daripada idea itu telah dilaksanakan dalam bentuk program dan aktiviti yang konkrit. Bagaimanapun, masih banyak belum diambil tindakan. Kini, belia menunggu, melihat dan menilai. Adakah kita benar-benar serius dalam merealisasikan idea mereka itu? Atau, kita sekadar mendengar kosong iaitu untuk menunjukkan yang kononnya kita meraikan mereka, tetapi tidak lebih daripada itu? Umpama melepaskan batuk di tangga sahaja? Justeru, menjelang PRU-13, jika ada perkara pokok yang mesti dilakukan untuk belia, maka, ia adalah untuk benar-benar memenuhi permintaan mereka. PRU-12 telah memberikan keputusan signifikan kepada pihak pembangkang. Mereka berjaya menafikan BN kedudukan dua pertiga dalam Dewan Rakyat. Pihak pembangkang kini menguasai empat buah negeri. Ada yang menjangka bahawa kehidupan yang diwarnai oleh BN selama lebih 50 tahun telah berakhir. Ia telah memberikan harapan kepada penyokongnya bahawa reformasi akan berlaku. Tetapi, kini perasaan optimis itu semakin pudar. Ini disebabkan beberapa faktor. Harapan penyokongnya bahawa pihak pembangkang akan menjadi kuasa yang benar-benar kuat ternyata meleset. Ramai pemimpin besar PKR keluar parti. Walaupun parti-parti komponen BN tidak terlepas daripada masalah sama, tetapi jumlah dan jawatan besar meninggalkan PKR dalam tempoh masa yang singkat menghampakan penyokongnya. Janji membentuk kerajaan pada 16 September 2008 gagal. Sebaliknya, sejumlah wakil rakyat pembangkang meninggalkannya. Penyokongnya menyaksikan pergaduhan dalaman di kalangan wakil-wakil rakyat pihak pembangkang. Terdengar tuduhan rasuah berlaku di kalangan kepemimpinannya. Mereka dipersoalkan sama ada berada dalam politik untuk berbakti kepada rakyat atau lebih memenuhi kepentingan peribadi. Pemilihan kepemimpinan PKR dilanda banyak masalah. Perkembangan-perkembangan negatif ini mula menghakis keyakinan penyokongnya. Ramai mula bertanya, mampukah mereka membetulkan diri sendiri? Mampukah mereka membentuk kerajaan yang berwibawa? Pada masa yang sama, BN memulakan transformasi politik. Dari satu segi, pindaan Perlembagaan BN tentang keahlian terus adalah manifestasi pemikiran politik progresif. Ia akan menghasilkan dua kesan. Pertama, ia memperkasa BN dan kedua, ia langkah ke hadapan ke arah pembinaan iklim politik yang lebih terbuka, inklusif dan segar, yang akan meningkatkan partisipasi rakyat, terutamanya belia dalam politik. Ketika pihak pembangkang masih tercari-cari formula pembentukan parti gabungan, BN telah melangkah ke hadapan dengan melakukan satu transformasi politik yang berasaskan pengharapan dan cabaran semasa dan sejagat. Kesimpulannya, dalam PRU-13, parti yang dilihat rakyat mengamalkan politik baru akan mendapat sokongannya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - Negara Posted: 01 Mar 2011 01:11 PM PST ‘Kami tiada niat lawan ulama’ Posted: 'Kami tiada niat lawan ulama''Kami tiada niat lawan ulama' Oleh FAUZI MOHD. berita@kosmo.com.my SEORANG pengunjung menyentuh jenglot yang dipamerkan dalam satu pameran di Kuala Terengganu pada 2007.
KUALA TERENGGANU – Penganjur pameran kontroversi bertemakan Masyarakat Berakidah, Dynasty Event Sdn. Bhd menegaskan, tidak timbul isu pihaknya menentang keputusan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan kerana program itu sendiri telah dirancang sealiran dengan tuntutan agama. Pengerusinya, Dr. Abdul Manan Embong berkata, pameran itu kelak bukan bertujuan untuk memaparkan artifak dan objek mistik semata-mata, malah untuk membendung akidah umat Islam daripada terus terpesong. Menurutnya, mereka sudah berbincang dengan pelbagai agensi termasuk Jabatan Mufti Terengganu dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bagi memastikan program itu mencapai objektif yang ditetapkan. "Kami cukup kesal kerana hasrat murni program ini telah disalah tafsir oleh sesetengah pihak dengan memberi gambaran negatif,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | 2,000 pengundi Merlimau ‘hilang’ Posted: 2,000 pengundi Merlimau 'hilang'2,000 pengundi Merlimau 'hilang' Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN zulsham@kosmo.com.my JASIN – Sebanyak 2,000 pengundi berdaftar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau 'hilang' dan gagal ditemui berikutan tidak lagi tinggal di alamat yang didaftar. Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, jentera BN telah berusaha menjejaki 'kehilangan' pengundi-pengundi tersebut ke semua alamat namun gagal menemukan mereka. "Kita akan terus berusaha mencari mereka supaya datang mengundi pada hari Ahad ini kerana undi mereka penting. "Kita yakin pengundi-pengundi ini ada di sekitar negeri ini tetapi telah berpindah daripada alamat lama dan mereka masih boleh membuang undi pada hari pengundian nanti," katanya yang juga Ketua Menteri Melaka. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Tiada lagi tolak ansur Posted: Tiada lagi tolak ansurTiada lagi tolak ansur Oleh ATIKAH DALI dan NAN HIDAYAT NAN AZMIE berita@kosmo.com.my PESALAH trafik beratur panjang untuk membayar saman di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu kelmarin.
KUALA LUMPUR – Kesemua 17.3 juta saman yang gagal dijelaskan oleh pesalah trafik setelah tempoh tawaran diskaun 50 peratus berakhir kelmarin kini disenarai hitam oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ia berkuat kuasa serta-merta semalam sekali gus bermakna kesemua pesalah trafik terbabit tidak boleh memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu selagi tidak membayar saman tersebut sepenuhnya. Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Aziz Yusof berkata, sebanyak 1.5 juta saman diselesaikan oleh pesalah trafik dalam tempoh seminggu sehingga tengah malam kelmarin iaitu tarikh akhir diskaun yang ditawarkan polis tamat. Bagaimanapun katanya, masih ada 17.3 juta saman yang belum dibayar. "Jadi untuk pemandu yang belum menyelesaikan saman, mereka telah disenarai hitam berkuat kuasa semalam,'' katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Kota Posted: 01 Mar 2011 11:43 AM PST Individu monopoli parkir Posted: Individu monopoli parkirIndividu monopoli parkir Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB kota@utusan.com.my
|
PERBUATAN beberapa individu 'menempah' petak letak kereta di Flat 11, Seksyen 1 Wangsa Maju sehingga menimbulkan kemarahan penduduk lain.
|
KUALA LUMPUR 1 Mac – Penduduk Perumahan Awam (PA) Seksyen 1 Wangsa Maju di sini kesal dengan tindakan sesetengah individu yang bertindak memonopoli kawasan letak kereta di perumahan tersebut. Apa yang menyakitkan hati ialah individu terbabit meletakkan kon bagi menghalang kenderaan lain diletakkan di situ walaupun kemudahan tersebut adalah untuk orang ramai. Perkara itu didakwa sudah berlarutan sejak lebih empat tahun lalu tanpa ada sebarang tindakan diambil oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Sikap tidak bertanggungjawab itu sedikit sebanyak telah menyusahkan penduduk perumahan itu untuk untuk meletakkan kenderaan. Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Cek Din, 60, yang enggan gambarnya dirakamkan berkata, tindakan individu terbabit memonopoli parkir jelas menyusahkan penduduk lain. Katanya, apabila ada penduduk bertindak mengalihkan kon dan meletakkan kenderaan mereka di situ, individu terbabit akan marah dan kadangkala turut mengugut mereka. "Pernah sekali, individu terbabit dengan angkuhnya berkata, anaknya adalah anggota satu pasukan beruniform dan meminta jangan sesiapa berani mengacau tempat parkir itu. "Lebih menyakitkan, jika ada juga penduduk yang meletakkan kenderaan di kawasan individu itu, dia akan meletakkan kon di atas kenderaan penduduk itu," katanya. Cek Din berkata, tindakan tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana kawasan tersebut adalah kawasan awam dan menggunakan sistem siapa cepat dia dapat. "Jika hendak mempunyai parkir sendiri, pindahlah ke rumah teres, jangan duduk di rumah seperti ini," katanya. Sehubungan itu, katanya, demi keadilan kepada semua penduduk, pihak berkuasa perlu bertindak tegas terhadap perkara tersebut dan menghentikan amalan monopoli yang berlaku itu. Seorang lagi penduduk, Mohd. Harun Sepian, 51, berkata, tidak mungkin individu terbabit tidak tahu 'prosedur' tinggal di perumahan awam seperti itu yang mengkehendaki semua penghuni berkongsi kemudahan yang disediakan. Katanya, kebanyakan individu yang memonopoli parkir itu adalah mereka yang sudah lama menetap di situ dan beranggapan mereka mempunyai hak terhadap lot letak kereta. Ujarnya lagi, tindakan meletakkan kon itu adalah salah dan mengundang rasa marah penduduk lain. "Saya menasihatkan individu-individu terbabit supaya jangan mementingkan diri, sebaliknya fikirlah juga tentang orang lain memandangkan kita tinggal secara berkelompok. "Biarlah semua orang boleh menggunakan kemudahan parkir yang disediakan di kawasan ini kerana ia adalah hak milik bersama," katanya. Rosminah Daim, 50, pula berkata, apabila ada individu meletakkan kon di kawasan parkir tersebut, penduduk lain yang tidak mahu mencari 'masalah' terpaksa beralah dan meletak kenderaan mereka jauh dari rumah. Katanya, tindakan itu memang menyusahkan penduduk lain sedangkan setiap penduduk mempunyai hak yang sama terhadap kemudahan yang disediakan. "Semua orang faham kemudahan parkir di sini memang sangat terhad, jadi setiap orang perlu bertimbang rasa. "Saya rasa masalah ini tidak berlaku di kawasan perumahan bertingkat yang lain di ibu negara tetapi sudah berlaku di sini sejak beberapa tahun lalu," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Penduduk LBJ mahu berunding Posted: Penduduk LBJ mahu berundingPenduduk LBJ mahu berunding KUALA LUMPUR 1 Mac - Baki 41 penduduk Ladang Bukit Jalil (LBJ) yang masih menetap di ladang itu berkeras tidak mahu berpindah selagi tuntutan mereka tidak dipenuhi. Mereka yang enggan menerima pampasan dan juga wang ehsan yang ditawarkan oleh kerajaan, meminta rundingan lanjut diadakan bagi mencari jalan penyelesaian kepada perkara tersebut Salah seorang daripada mereka, S. Thiakarajan berkata, penduduk hanya ingin menuntut hak mereka dan bukannya mengharapkan wang ehsan. "Kami tidak akan berganjak selagi pihak kerajaan tidak mengadakan perbincangan secara bersemuka untuk membincangkan tuntutan kami," katanya ketika ditemui di sini. Dia berkata, penduduk merasakan mereka tidak dilayan dengan adil kerana tanpa ada sebarang rundingan, kerajaan terus membuat keputusan. Katanya, penduduk di situ menuntut sembilan perkara dan berharap kerajaan sedia berbincang sebelum membuat sebarang keputusan. Antara tuntutan tersebut ialah pemberian perumahan rumah teres kos rendah dan isu gaji tertunggak bekas pekerja ladang antara 1980 dan 1995 yang masih belum dibayar. Selain itu, isu caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang tertunggak sepanjang tempoh yang sama turut dituntut oleh penduduk terbabit. Minggu lalu, kerajaan mengumumkan pemberian wang ehsan berjumlah RM922,088 kepada kesemua 116 bekas pekerja ladang, waris atau keluarga mereka dalam usaha menyelesaikan isu perpindahan pekerja terbabit. Mereka diberikan seminggu untuk membuat keputusan sebelum notis pemindahan akan dikeluarkan. Wang ehsan bersama beberapa perkara lain dianggap sebagai jalan penyelesaian terbaik setelah 20 rundingan antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan penduduk ladang itu sejak 2006 terus menemui jalan buntu. Thiakarajan berkata, mereka bukan berdegil atau keras kepala, cuma berharap kerajaan dapat duduk bersemuka dan membincangkan tuntutan mereka sehingga satu kata sepakat dicapai. Seorang lagi penduduk, K. Balakrisnan pula berkata, sudah hampir 30 tahun mereka tinggal di situ dan sepatutnya tuntutan mereka didengar oleh pihak berkuasa. "Kami juga mahukan isu ini diselesaikan dan perbincangan dengan kerajaan adalah yang kami harapkan kerana menerusi perbincangan, situasi menang-menang mungkin dapat dicapai," katanya. Tambahnya, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Muhibbah tidak sesuai dijadikan rumah gantian kerana rumah itu sempit dan tidak sesuai untuk kebanyakan penduduk di sini yang sudah lanjut usia. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Semua pihak puas hati Posted: Semua pihak puas hatiSemua pihak puas hati Oleh NUR NAZLINA NADZARI kota@utusan.com.my
|
SUASANA selesa dapat dirasai oleh pengguna dan pengusaha bas di Terminal Bersepadu Selatan Bandar Tasik Selatan yang mula beroperasi secara penuh semalam. - utusan/ Zulkarnain Mohd Saidin
|
KUALA LUMPUR 1 Mac - Hari pertama operasi penuh Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) di sini berjalan lancar walaupun ramai juga penumpang yang dilihat masih keliru. Tinjauan Utusan Malaysia ke terminal serba canggih itu mendapati, pengusaha bas telah memulakan operasi mereka di kaunter baru yang disediakan atas permintaan mereka sebelum ini. Hanya sembilan kaunter yang tidak beroperasi tetapi difahamkan pengusaha bas terbabit sudah mendaftar masuk ke terminal itu. Hampir semua kaunter yang beroperasi telah dan sedang memasang nama serta logo syarikat mereka untuk memudahkan pelanggan mengenal pasti kaunter mereka. Jika dibandingkan keadaannya sewaktu mula-mula dibuka, TBS-BTS pada hari ini kelihatan lebih hidup dengan semua syarikat bas ekspres ke selatan kini menawarkan perkhidmatan di bawah satu bumbung. Pengurus Qistina Express Sdn. Bhd., I. Rajendran, 53, berkata, dia amat berpuas hati dengan kaunter yang diberikan dan perkhidmatan yang baik daripada pihak pengurusan TBS-BTS. Katanya, memiliki kaunter sendiri lebih memudahkan mereka untuk memberi perkhidmatan yang terbaik dan juga menjaga keperluan penumpang syarikat itu. "Respon penumpang pada hari pertama ini juga amat baik dan saya yakin pada hujung minggu nanti, lebih ramai penumpang akan menggunakan terminal ini. "Penumpang juga tidak akan mempunyai masalah untuk datang ke sini kerana ada kemudahan awam seperti bas, transit aliran ringan (LRT) dan komuter," katanya. Sementara itu, Pengurus Syarikat Kenderaan S & S Sdn. Bhd., Mizar Zainon, 33, berkata, operasi hari pertama bagi mereka agak kelam-kabut memandangkan pelanggan masih belum biasa lagi di terminal baru itu. Katanya, sebelum ini, syarikat itu telah pun beroperasi di TBS-BTS dengan menggunakan sistem tiket di kaunter yang diuruskan oleh pihak pengurusan terminal tersebut. "Selepas mendapat kaunter, kami akan menjual tiket di kaunter sendiri dan tidak menggunakan sistem pihak pengurusan kerana syarikat ini mempunyai sistem e-ticketing sendiri. "Saya yakin apabila kami beroperasi di sini, masalah ulat dapat dihapuskan dan pelanggan boleh terus datang ke kaunter untuk membeli tiket tanpa diganggu," jelasnya. Sementara itu, seorang penumpang, Tan Lin Yen, 37, berkata, perkhidmatan di terminal itu sungguh memuaskan serta tempat itu jauh lebih selesa jika dibandingkan dengan Terminal Bas Sementara Bukit Jalil. "Ini merupakan kali pertama saya mendapatkan perkhidmatan bas di terminal ini. Tempatnya amat cantik, selesa dan dekat dengan pengangkutan awam. "Di sini juga terdapat ramai pekerja yang berada di sekitar terminal yang dapat memberi bantuan jika ada perkara yang kami tidak tahu," ujarnya. Seorang lagi penumpang, R. Devi, 47, berkata, dia telah ke Terminal Sementara Bukit Jalil kerana tidak tahu bas ke selatan telah berpindah sepenuhnya ke TBS-BTS mulai hari ini. "Sebelum ini, pengusaha tidak mahu pindah tetapi bila saya pergi (Bukit Jalil) hari ini, semua sudah tiada," katanya yang mendakwa rugi masa dan wang kerana tidak tahu perpindahan itu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Berita Harian: MukaDepan Posted: 01 Mar 2011 09:31 AM PST Dituduh tipu bekas PM Posted: 28 Feb 2011 01:58 PM PST MukaDepan BEKAS Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy diiringi anggota polis keluar dari bilik Mahkamah Sesyen Putrajaya, hari ini selepas didakwa atas tiga pertuduhan menipu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). - Foto Afendi Mohamed Kong Choy didakwa sengaja dorong Pak Lah beri kelulusan kepada Kuala Dimensi majukan Zon Bebas Pelabuhan KlangPUTRAJAYA: Bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy, mengaku tidak bersalah terhadap tiga tuduhan menipu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di Selangor, di Mahkamah Sesyen, di sini semalam. Beliau yang mengulas mengenai tuduhan itu kemudian berkata: "Saya terperanjat (dengan tuduhan), tetapi yakin dengan sistem perundangan negara... saya akan melalui semua ini dan membersihkan nama saya." Kong Choy adalah bekas Menteri Pengangkutan kedua didakwa berhubung skandal PKFZ selepas Tun Dr Ling Liong Sik pada tahun lalu. Beliau yang tidak bergari, tiba di pekarangan mahkamah jam 2.05 petang diiringi sepasukan polis. Turut sama, isterinya, Puan Sri Ann Chan dan anak perempuan, Chan Kai Xuan. Tertuduh yang memakai kemeja panjang biru muda dan berseluar kelabu, tenang ketika pertuduhan dibacakan. Beliau menghadapi tiga tuduhan berasingan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan kerana menipu Abdullah berhubung projek itu yang didakwa dilakukan antara Februari 2004 hingga Mac 2006 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di sini. Seksyen itu memperuntukkan penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan. Bagi tuduhan pertama, Kong Choy didakwa memperdayakan Abdullah untuk memberikan kelulusan kepada Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) selaku 'turnkey developer' untuk memajukan projek pembangunan Transshipment Hub di Pulau Indah Free Zone meliputi keluasan 1,000 ekar (404.68 hektar) secara fasa tunggal dengan kos pembangunan dianggarkan RM1 billion pada 24 Februari 2004 dan 25 Februari 2004. Tertuduh didakwa secara curang menyembunyikan fakta pembiayaan kos pembangunan itu akan dibiayai melalui terbitan bon oleh KDSB menerusi Transshipment Megahub Berhad dengan sokongan kerajaan melalui Menteri Pengangkutan. Tuduhan kedua ialah pada 11 Oktober 2005 dan 28 Oktober 2005, Kong Choy didakwa memperdayakan Abdullah supaya kelulusan diberi kepada KDSB melaksanakan kerja pembangunan tambahan di PKFZ, iaitu menaik taraf simpang masuk ke PKFZ berjumlah RM285.38 juta, kerja infrastruktur elektrik berjumlah RM135 juta dan pembinaan hotel kelas perniagaan berjumlah RM90 juta. Dia dituduh secara curang menyembunyikan fakta pembiayaan kos pembangunan itu dibiayai melalui terbitan bon oleh KDSB menerusi Valid Ventures Sdn Bhd dengan sokongan kerajaan melalui Menteri Pengangkutan. Kong Choy juga dituduh memperdayakan Abdullah untuk memberikan persetujuan supaya kelulusan diberi kepada KDSB melaksanakan kerja pembangunan tambahan di PKFZ iaitu kerja membina 'Concrete Trenching' kabel elektrik (RM140.2 juta), kerja elektrikal untuk bekalan 33kv ke Presint 2 dan 8 (RM80 juta), kerja infrastruktur PMU untuk PKFZ (RM30 juta), pembinaan jalan PKFZ ke Pelabuhan Barat (RM28.1 juta) dan pembinaan jalan masuk utama ke PKFZ dan CT4 Pelabuhan Barat (RM57.5 juta) dengan curang menyembunyikan fakta pembiayaan kos pembangunan. dibiayai melalui terbitan bon KDSB melalui Free Zone Capitol Berhad dengan sokongan kerajaan melalui Menteri Pengangkutan. Bagi semua pertuduhan, beliau didakwa dengan sengaja mendorong bekas Perdana Menteri memberi persetujuan kepada kelulusan itu yang mana Abdullah tidak akan memberikan persetujuan jika fakta itu dimaklumkan kepada beliau. Pendakwaan diketuai Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPP), Dzulkifli Ahmad dan TPP Manoj Kurup, manakala Kong Choy diwakili peguam Arthur Wang, Badrul Munir Bukhari dan Azad Bashir. Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menetapkan 31 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan Kong Choy dibebaskan dengan jaminan RM1 juta. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen firdaus rasuah juga boleh berlaku dengan berleluasa di peringkat sekolah. contohnya pemberian kontrak bahagian keselamatan, pembersihan dan kantin sekolah. pihak berkenaan harus memantau keadaan ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ‘Ada niat sebabkan kematian Aminulrasyid’ Posted: 28 Feb 2011 01:57 PM PST MukaDepan Koperal Jenain Subi SHAH ALAM: Koperal Jenain Subi yang diperintahkan membela diri oleh Mahkamah Sesyen semalam dikatakan mempunyai niat menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, ketika melepaskan tembakan ke arah kereta yang dipandu remaja berusia 15 tahun itu pada April tahun lalu. Dalam penghakimannya, Hakim Latifah Mohd Tahar berkata, tertuduh mempunyai niat menyebabkan kematian apabila melepaskan tembakan di Jalan Tarian 11/2 ketika kereta Proton Iswara bernombor pendaftaran BET 5023 yang dipandu Aminulrasyid sudah tidak lagi agresif dan tidak membahayakan pengguna jalan raya lain. Katanya, tiada tindakan oleh kereta dipandu Aminulrasyid membahayakan kereta peronda MPV polis yang mengejarnya, apatah lagi kereta itu memasuki kawasan perumahan dan dalam keadaan terhuyung-hayang dengan kelajuan di antara 60 dan 70 kilometer sejam. "Sebagai anggota polis, wajar untuk tertuduh tahu bila tembakan dilepaskan dan (apabila) terkena pada sasaran, ia boleh menyebabkan kematian. Apatah lagi dalam keadaan kes ini, tembakan dilepaskan oleh senjata sub mesingan. "Selepas mengambil kira keseluruhan kes dan penilaian maksimum, mahkamah mendapati pendakwaan berjaya buktikan kes prima facie terhadap tertuduh mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan dan tertuduh diperintah membela diri," katanya. Latifah turut menetapkan dua hari bermula 14 April depan untuk perbicaraan dan tertuduh memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah di kandang saksi. Jenain, 48, yang memakai kemeja lengan pendek berwarna merah dan berkopiah kelihatan tenang selepas keputusan dibacakan, manakala ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohamad, 62, yang duduk di galeri awam dilihat mengesat air mata. Tertuduh yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, dituduh menyebabkan kematian Aminulrasyid, di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini, jam 1.10 pagi 26 April tahun lalu. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen amir setuju dengan bujang, plus adil ikut taqwa, bukan fatwa semata. mohd rosly b mohd saupi koperal banyak2 bersabar lah ada hikmah lah tu,keluarga amirulpun d harapkan redha dengan pemergianya mana yang baik jadikan tauladan n yg buruk jadikan sempadan luqman kesian anggota polis, jalankan tugas tapi jadi kes lain pulak, yang emak bapak konon anaknya baik macam mana pulak, ibu bapak cuai. sapatutnya kesalahan ini ditanggung sama oleh ibu bapak si mati, bukan main tuduh-tuduh saja. Teruna Melayu Siapa bersalah sebenarnya?..rakyat Malaysia semestinya mahukan penghakiman yang adil bagi kedua-dua belah pihak. Semestinya kejadian ini menjadi tauladan dan panduan semua ibubapa dan anggota pengguatkuasa melaksanakan tanggungjawap dengan lebih teliti. Sebagai seorang anggota polis semestinya berjaga-jaga dan bertindak dengan sepatutnya apabila keadaan mencurigakan demi menjaga keamanan awam. Bertindak sebelum parah. Siapa yang bersalah membenarkan remaja berumur 15 thn berkereta di malam buta tanpa manusia dewasa? dan walaupun telah nyata remaja ini telah melakukan kesalahan lalulintas yang sepatutnya dipantau oleh keluarga..tetapi tidak seharusnya ditembak mati. Pengajaran ini kita renungkan bersama. kenapa keadaan ini terjadi...mungkinkah ada kebocoran institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan di Malaysia yang melihatkan keterencatan amalan kekeluargaan yang di amalkan oleh nenek moyang kita. Kita harap tiada lagi tragedi sebegini berlaku pada masa akan datang dan seharusnya semua pihak sama-sama bertanggungjawap.. bukan menunding jari kepada yang berkenaan sahaja...tragedi ini bukan melibatkan anggota pengguatkuasa dan keluarga mangsa tetapi masyarakat umumnya. bujang Lakukanlah penghakiman seadil-adilnya, kerana di akhirat kita juga akan diadili Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan