Sabtu, 5 Mac 2011

Edisi Semasa

Edisi Semasa


Berita Harian: MukaDepan

Posted: 05 Mar 2011 09:04 AM PST

Berita Harian: MukaDepan


Cubaan guling kerajaan

Posted: 04 Mar 2011 10:03 PM PST

MukaDepan

 SYED IBRAHIM  melawat pesakit kronik buah pinggang, Zanariah Ismail ketika  lawatan dari rumah ke rumah di Jengka 23, semalam.

SYED IBRAHIM melawat pesakit kronik buah pinggang, Zanariah Ismail ketika lawatan dari rumah ke rumah di Jengka 23, semalam.

'Usah cuba hasut rakyat': Pembangkang sengaja guna provokasi guling kerajaan: Muhyiddin

TEMERLOH: Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam memberi amaran kepada pemimpin pembangkang supaya 'tidak bermain dengan api' atas cubaan mereka menghasut dan memprovokasi rakyat bagi menggulingkan kerajaan seperti yang sedang berlaku di negara Asia Barat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan parti pembangkang itu sengaja mahu menimbulkan huru-hara dan juga bertujuan memporak-perandakan kerajaan, menggugat keamanan serta kesejahteraan rakyat.

Katanya, ia juga menunjukkan perbuatan tidak demokratik dan tidak bertanggungjawab pembangkang jika mahu membandingkan Malaysia dengan negara di rantau berkenaan yang sedang berdepan pergolakan politik. "Tujuan mereka hanya untuk membuat porak-peranda...mereka lebih seronok kalau negara ini hancur, ada krisis atau pertembungan antara kaum, sebab itu mereka nak membuat provokasi.

"Saya nak bagi amaran jangan bermain dengan api yang bahaya. Ini provokasi pembangkang. Bagi saya ianya tidak bertanggungjawab, tidak demokratik dan sengaja mahu mencetus huru-hara sedangkan semua orang tahu...pemberita pun tahu bahawa situasi negara ini aman, makmur dan membangun dengan pesat.

"Rakyat juga sedang menikmati kemajuan yang agak tinggi berbanding negara berkenaan," katanya selepas menghadiri majlis ramah mesra dengan penduduk Kampung Badok, di sini, semalam.

Muhyiddin sebelum itu turut solat Jumaat di Masjid Kampung Badok bersama penduduk tempatan. Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Datuk Ismail Mohd Said, Ketua Pemuda UMNO bahagian itu, Rodzuan Zaaba dan calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad.
Muhyiddin berkata, menteri Kabinet sudah diminta mengulas tindakan pemimpin pembangkang dalam siri ceramah mereka pada pilihan raya kecil DUN Kerdau yang cuba menghasut rakyat dengan mengadakan demonstrasi untuk menggulingkan kerajaan seperti berlaku di Asia Barat.

Beliau berkata, pembangkang sepatutnya membuat perbandingan dengan jujur dan tepat.

"Sebaliknya, mereka bukan buat perbandingan yang betul. Apatah lagi bila nak buat provokasi...macam main dengan api supaya rakyat bangkit menentang kerajaan sedangkan situasi di sini tidak begitu.

"Rakyat sendiri tidak ada perasaan sedemikian sehingga boleh mencetuskan keadaan huru-hara kerana mereka menghargai keamanan dan rakyat tahu ada saluran yang boleh digunakan untuk menyampaikan pandangan dan perkara yang perlu diberi perhatian kerajaan," katanya.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, kerajaan BN sentiasa mengamalkan sistem demokrasi yang segar apabila setiap lima tahun sekali diadakan pilihan raya umum.
"Ini sudah cukup membuktikan negara ini negara demokratik, bukannya mengamalkan autokrasi, diktatorial. Jika pembangkang mahu membandingkan Presiden sebuah negara (lain) dengan Malaysia, sebenarnya tidak boleh buat perbandingan.

"Dalam pilihan raya termasuk pilihan raya kecil, ada kalanya BN menang dan ada juga kita kalah dan keadaan sama berlaku kepada pembangkang, " katanya.
Ditanya tindakan kerajaan untuk menangani perkara berkenaan, Muhyiddin berkata, negara ini mempunyai sistem undang-undang keselamatan bagi memastikan perkara berkenaan tidak semakin buruk.

Sementara itu di MERLIMAU, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan mengesan gerakan dipercayai didalangi pembangkang yang cuba menimbulkan kekacauan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

kalau nak berpolitik pun,jangan lah sampai nak mengguling kerajaan...nanti rakyat yg sengsara...tak kesian ke kat anak2 kecil..

zul

Agama di dahulukan.....jgn angkoh dan takbur...

Manai Sarawak

Masing dah TUA.Tunjuklah sikap yang baik kepada yang MUDA.

mohd nordin mustafa

kerajaan jangan biarkan demotrasi jalanan yang di dalami tokoh pembangkang yang mencari kesempatan untuk membuat hasutan. guna akta hasutan jangan takut kepada p[enyangat negara yang jelas mempunyai metalamat peribadi spt DSAI. DSAI ni, dulu amat saya minat dan sanjung namun apabila DSAI berubah tingkahlaku dan corak politik porakperanda yang di propagandakan saya malu meletakkan DSAI sebagai pejuang AGAMA dan Pemimpin Rakyat. Anda DSAI di kuasai Syaitan. kembalilah ke pangkuan Al- Quran separti kita berjuang dalam ABIM dulu. Undurlah dalam kancah politik wahai DSAI ku sayang.

nurcahaya

Wahai warga Malaysia, negara kita telah lama merdeka. Mengulingkan kerajaan yang sedia ada akan menghancurkan negara dan kejatuhan ekonomi teruk akan melumpuhan negara kita yang tercinta ini. Anak-anak warisan kita akan menanggung penderitaan dengan hasil apa yang kita tempah untuk mereka pada hari ini. Marilah sama-sama kita renungkan dan fikirkan adakah kita akan mewariskan kepada anak cucu kita dengan kehancuran ataupun keharmonian negara Malaysia yang tercinta ini.

razi

pembangkang yang mengaku islam tetapi sengaja memecahbelahkan umat Islam, inginkan pertumpahan darah sesama umat Islam sedangkan pemimpin negara juga Islam yang solat bersama2 rakyat beragama Islam, mereka umpama golongan khawarij. di zaman pemerintahan saidina Ali, mereka dibunuh dan kumpulan mereka dihapuskan hingga ke akar umbi.

mat cikaro

melawat ada makna tu.... masa belum menang..dah menang dan ada jawatan nanti pasti sombong...orang tu dah lama sakit..ada PRK baru nak lawat...teruskanlah cara hang tu...bagus sangat..jangan layan..ada maknaaaaa tu...kata P Ramlee...tak percaya... kita bagi 1 bulan selepas dia menang....ada tak dia datang melawat n bagi sumbangan...kepada semua penduduk di kawasannya...

yotokuu

pada zahirnya memang kita tak sama dengan orang arab di Malaysia lain.Tapi laut yang tak semestinya tak bergeloga,sebagai kerajaan yang dipilih rakyat kelak janganlah sewanang-wenangnya mentadbir negara dengar rintihan gakyat,apa kehendak rakyat,jangan sewaktu pilihanraya saja mendekati rakyat,peluk rakyat,beri itu beri ini.Kalau boleh tiap-tiap bulan pemimpin menemuai rakyat.Rakyat tak minta bangunan mencakar langit,masjid berjuta-juta,banglo,kereta mewah yang mereka inginkan perihatian,pembelaan,pelindungan benda yang asas dalam kehidupan harian mereka dan yang penting jangan disakiti hati mereka,jangan dibohongi akhir sekali jangan dikianati.Insyak Allah tidak akan berlaku pekara seperti di Mesir dan di LIbya andainya kerajaan bersikap seperti yang saya nyatakan tadi.

al fansuri

kenapa rasa khuatir dan takut , jika tidak bersalah...

Rams

Ya ALLAH lindungilah negara ku seperti apa yang berlaku negara-negara yang kucar kacir.. limpahkanlah rahmatmu semoga kam semua rakyat malaysia hidup aman dan bahagia di samping berbilang kaum..

F

bagi mereka yang cuba nk guling kerajaan, buang mereka dari Malaysia.. lucutkan kenegaraan dan haramkan dari masuk Malaysia.. orang macam tu tak reti bersyukur dengan apa yang ada.hidup di Malaysia ni dah cukup aman dan harmoni berbanding di negara lain.

Fran

ada pilihan raya, jadikan ia sebagai medan tumbang-menumbang, cantas-mencantas. tak perlulah buat kacau. ingatlah diri sendiri sama ada suka di kacau atau tak.

Yangretibase

Guling kerajaan secara sah melalui pilihan raya yang adil mengikut sistem demokrasi yang tuntas.
Tahniah ZZR, anda seorang yang 'faham agama'.

ZZR

Ambillah agama dalam semua hal. Agama dan politik tidak boleh dipisahkan. Agama termasuk semua bidang dalam kehidupan. Jagalah akhlak yang baik. Antara contoh tidak sombong bila bercakap ertinya tidak menolak kebenaran dan memandang rendah atau hina orang lain, ujud (hairan diri), hasad dengki, riak, fitnah memfitnah , marah yang melampau dan berhenti menyakiti orang lain.

kepada mereka yang berniat untuk mengadakan pemberontakan seperti di mesir dan libya tu, lucutkan kenegaraan mereka, dan buang mereka ke tengah2 laut, biar mereka buat kerajaan sendiri! tu orang yang tidak menghargai apa yang mereka ada. menyusahkan betul!


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PRU-13 mungkin awal: Najib

Posted: 04 Mar 2011 02:28 PM PST

MukaDepan

Diiktiraf...PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima Ijazah Kehormat Doktor Persuratan Undang-Undang dari Universiti Monash daripada Dr Alan Finkel di Melbourne, semalam.

Diiktiraf...PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima Ijazah Kehormat Doktor Persuratan Undang-Undang dari Universiti Monash daripada Dr Alan Finkel di Melbourne, semalam.

Pilihan raya negeri Sarawak dijadikan kayu pengukur kehendak rakyat

MELBOURNE: Datuk Seri Najib Razak tidak menolak kemungkinan mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lebih awal dan menegaskan beliau tidak perlu mandat untuk meneruskan pembaharuan seperti pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan.

Perdana Menteri berikrar mengembalikan keyakinan pelabur di Malaysia dengan melakukan pembaharuan, termasuk perkenalkan penangguhan cukai berganda.

Pada temu bual, Najib berkata, prestasi baik dalam pilihan raya negeri Sarawak membantu penilaian kehendak rakyat dan mungkin menyediakan asas kukuh untuk mengadakan pilihan raya umum lebih awal sebelum tempohnya berakhir pada 2013. Barisan Nasional (BN) mempunyai 63 daripada 71 kerusi di Sarawak. "Ia persoalan mengenai penilaian, bagaimana perasaan rakyat terhadap kerajaan, sama ada kami memiliki faktor feel good dan rakyat mempunyai keyakinan dan kedudukan pembangkang.

"Saya tidak menolak sebarang kemungkinan (pilihan raya awal). Ia mungkin awal atau lewat. Saya masih menilai keadaan. Sarawak adalah sebahagian daripada penilaian itu," katanya dalam komen pertamanya mengenai kepentingan politik dalam pilihan raya Sarawak ketika melakukan lawatan ke Australia.

Sejak mengambil alih kepemimpinan pada 2008, Najib memperkenalkan langkah seperti meluluskan lesen bank baru dan memotong defisit bajet Malaysia yang mencecah tujuh peratus dalam masa 20 tahun pada 2009.

Beliau juga bersedia melonggarkan peraturan pemilikan bank dan menerima Kumpulan perbankan Australia dan New Zealand menggandakan saham dalam AMMB Holdings.
Di sebalik ikrar itu, Najib menangguhkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), mengurangkan subsidi minyak dan melonggarkan dasar tindakan afirmatif bagi orang Melayu.

Penganalisis berkata, Najib mungkin bersedia meneruskan pembaharuan seperti GST jika beliau mendapat mandat kukuh pada pilihan raya umum akan datang yang boleh diadakan seawal akhir tahun ini meskipun mandat sekarang hanya berakhir pada 2013, berikutan pertumbuhan ekonomi, selepas mengucup 1.7 peratus pada 2009.
Najib, bagaimanapun, berkata GST tidak memerlukan mandat pilihan raya umum.
"Saya tidak melihat GST sebagai satu-satunya isu yang memerlukan saya mengadakan pilihan raya, saya akan melakukannya bila masanya sudah tiba," katanya.

Najib berkata, beliau percaya GST yang bertujuan meluaskan pangkalan cukai yang sempit, boleh diperkenalkan lewat sedikit daripada tahun ini tetapi tiada tempoh masa ditetapkan.

GST, sepatutnya menggantikan cukai jualan sedia ada daripada 2011 dan menjana pulangan kira-kira RM8.8 bilion setiap tahun.

Beliau merujuk kemenangan Barisan Nasional dalam empat daripada lima pilihan raya kecil mengatasi pembangkang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini sedang dibicarakan di mahkamah atas tuduhan meliwat.

"Setakat ini semua kelihatan baik dan laporan agak memberangsangkan tetapi kami tidak boleh memandang ringan ancaman pembangkang yang lebih bersungguh-sungguh untuk cuba memasuki Sarawak.

"Ini semua memberikan keyakinan menjelang pilihan raya umum akan datang tetapi saya juga menerima hakikat pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri, bukan segala-galanya dari segi keputusan akhir berkaitan pilihan raya umum," katanya.
Pilihan raya umum kemungkinan diadakan selepas Najib membentangkan Bajet 2012 pada suku ketiga tahun ini.

Tetapi pilihan raya di Sarawak yang dijangka diadakan akhir bulan depan, akan menjadi ujian terbesar kepada kepemimpinan Najib.

Walaupun pembangkang tiada peluang menang, ketidakpuasan hati di kalangan pengundi minoriti Cina terhadap Ketua Menteri Sarawak boleh menyebabkan kerajaan gagal mempertahankan majoriti dua pertiga.

"Jika pembangkang berjaya menghalang kerajaan memperoleh majoriti dua pertiga di Sarawak, Najib pasti berfikir panjang untuk mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat dan mungkin menangguhkannya," kata penganalisis politik, Ong Kian Ming. – Reuters

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

daniel putra

baik awal. cadangan sebelum wakil dun dan parlimen nk bertanding, mintak2 p medical chekap lu.x da penyakit br masuk bertanding.

sri siantan

elok bebenor tu. lagi lambat lagi banyak prk nak dilalui. lagi banyak duit kerajaan nak belanjakan tapi lagi banyak keuntungan kat rakyat.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online

Posted: 05 Mar 2011 07:38 AM PST

Kosmo Online


Produk keluaran PPK Paya ke luar negara

Posted:

Produk keluaran PPK Paya ke luar negara

Produk keluaran PPK Paya ke luar negara

05/03/2011 5:04pm

KANGAR - Produk makanan ringan keluaran Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Paya bakal menembusi pasaran luar negara tidak lama lagi.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu berkata, bagi merealisasikan perkara itu, PPK Paya akan menjalin kerjasama dengan syarikat penerbangan tambang murah Air Asia bagi memasarkan produk yang dikenali sebagai "Vakum Fried Chip" itu di negara yang menjadi destinasi syarikat penerbangan itu.

Memorandum persefahaman antara pertubuhan peladang itu dan Air Asia dijangka diadakan Mei ini, katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran program Desa Harumanis di Padang Pauh Selatan dekat sini hari ini. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemilik rumah kedai rugi RM100,000 dalam kebakaran

Posted:

Pemilik rumah kedai rugi RM100,000 dalam kebakaran

Pemilik rumah kedai rugi RM100,000 dalam kebakaran

05/03/2011 4:57pm

GEORGE TOWN - Seorang peniaga kerugian lebih RM100,000 apabila dua rumah kedai miliknya hangus dalam satu kebakaran di Jalan C.Y Choy, di sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi negeri, Mohd Razam Taja Rahim berkata, dalam kejadian pukul 9.30 pagi tadi, punca kebakaran rumah kedai yang berstrukturkan batu dan kayu itu dipercayai daripada bumbung premis itu sebelum ia merebak ke rumah kedai berhampiran.

"Ketika sampai di tempat kejadian, api sedang marak dan memusnahkan tingkat atas dua premis terbabit, tindakan pantas anggota bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke beberapa rumah kedai yang lain," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya, 25 anggota dengan empat jentera bomba dari Jalan Perak dan Lebuh Pantai bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 9.32 pagi dan api berjaya dikawal kira-kira 30 minit kemudian.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.

Pemilik kedai, Chan Shoak Cheng, 40, berkata, kedua-dua premis yang terbakar itu adalah tempat tinggal kepada 10 orang pekerja warga asing yang bekerja di kedai papannya berhampiran premis itu.

"Ketika kebakaran ,tiada orang di dalam premis terbabit kerana kesemua pekerjanya bekerja di kedai papan," katanya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tangani gangguan seksual di tempat kerja

Posted:

Tangani gangguan seksual di tempat kerja

Tangani gangguan seksual di tempat kerja

05/03/2011 4:19pm

PETALING JAYA - Satu kod tata laku yang menangani isu gangguan seksual di tempat kerja merupakan antara perkara yang dibincangkan di makmal Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) yang disasarkan bagi menggalakkan lebih ramai penyertaan golongan wanita dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala berkata, ketika ini terdapat enam makmal yang membincangkan 51 cadangan dasar yang dibangunkan atas lapan SRI yang dikenal pasti dalam bahagian pertama laporan mengenai Model Baru Ekonomi.

Makmal-makmal yang dikendalikan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) itu melibat 400 orang yang membincangkan isu-isu penting dan dasar antara 1 Januari hingga akhir Mac.

Idris, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu berkata, daripada 14 juta wanita di negara ini, hanya 3.95 juta yang bekerja dan 1.2 juta ketika ini sedang meneruskan pengajian di universiti.

"Ramai wanita Malaysia berundur daripada bidang pekerjaan apabila mereka mencecah tahap umur melahirkan anak pada 30 tahun. Dengan makmal-makmal ini, kami berharap dapat mewujudkan persekitaran kondusif bagi mereka, dan pada masa yang sama, meningkatkan penyertaan mereka dalam ekonomi," katanya dalam ucapan yang bertajuk "Peluang dan Peranan Wanita dalam ETP), di Sidang Kemuncak Ekonomi Wanita Malaysia-China-Asia Pasifik, di sini, hari ini. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Setempat

Posted: 05 Mar 2011 03:39 AM PST

Harian Metro: Setempat


20 gerai dijilat api

Posted: 04 Mar 2011 10:22 AM PST

MUSNAH...gerai yang terbakar, semalam.
MUSNAH...gerai yang terbakar, semalam.

GOMBAK: Puluhan pengunjung yang menjamu selera di Medan Selera Greenwood, di sini, terkejut apabila premis berkenaan tiba-tiba terbakar, malam kelmarin.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, tiada kecederaan dilaporkan, namun 20 gerai makanan hangus dijilat api.


Saksi kejadian yang juga peniaga di medan selera itu, Wan Nor Shakila Wan Rahim, 25, berkata ketika kejadian dia duduk sebelum seorang pelanggan menjerit kerana melihat api di kawasan berkenaan.

"Saya mengarahkan pelanggan keluar sebelum cuba memadamkan api bersama empat pekerja.


"Usaha kami gagal kerana api merebak pantas. Kami melihat api menjilat gerai sambil menunggu bomba dan penyelamat. Saya terdengar lebih tiga letupan yang berkemungkinan letupan tong gas," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, kelmarin. Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Zakaria Aini, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.51 malam dan tiba di lokasi kejadian lapan minit kemudian.


"Empat jentera dari Balai Bomba Pusat Gombak Selatan dan Selayang dengan kekuatan 27 anggota dihantar ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran itu. "Api dipadamkan sepenuhnya jam 11.07 malam. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala jumlah kerugian serta punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

2 ‘polis’ perkosa di hotel bajet

Posted: 04 Mar 2011 09:41 AM PST

KLANG: Seorang wanita berusia 29 tahun menempuh detik hitam apabila dirogol bergilir-gilir dua daripada empat lelaki yang menyamar sebagai anggota polis di sebuah hotel bajet di bandar ini, kelmarin.

Ketika kejadian kira-kira jam 2 pagi, mangsa bersama teman lelakinya yang berusia 29 tahun berjalan pulang ke rumah mereka di Jalan Tengku Badar, Pelabuhan Klang, di sini, sebelum dipintas sebuah kereta dinaiki empat lelaki.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusup, berkata lelaki terbabit yang masing-masing berusia 24 hingga 36 tahun turun dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis.

Katanya, mereka memberitahu mahu melakukan pemeriksaan terhadap mangsa dan teman lelakinya.


"Selepas mendakwa mereka melakukan kesalahan, suspek mengarahkan teman lelaki mangsa menunggu mereka di balai polis manakala mangsa dibawa kumpulan terbabit.


"Teman lelaki mangsa yang menunggu di balai polis kawasan berkenaan mula curiga apabila kumpulan itu bersama mangsa tidak muncul sehingga jam 7 pagi," katanya.

Mohamad berkata, keempat-empat suspek membawa mangsa bersiar-siar di Kapar dan Shah Alam sebelum singgah ke sebuah hotel bajet di Bayu Perdana, di sini.


"Mangsa yang curiga sebaik tiba di hotel itu melawan sebelum seorang daripada suspek mengugut untuk mencederakannya menggunakan pisau.

"Seorang daripada suspek menggari mangsa sebelum membawanya ke bilik hotel. Di dalam bilik itu, mangsa dirogol bergilir-gilir oleh dua daripada suspek," katanya.


Menurut Mohamad, mangsa bagaimanapun bernasib baik kerana berjaya meloloskan diri keesokan harinya dan menghubungi teman lelakinya sebelum mereka ke balai polis membuat laporan.


"Sebaik menerima laporan, sepasukan anggota mengesan ahli kumpulan terbabit sebelum dua daripada mereka ditahan.


"Hasil pemeriksaan mendapati seorang daripada suspek anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan gari yang digunakan dalam insiden itu miliknya manakala tiga lagi suspek mempunyai rekod lampau membabitkan kes sama dan baru dibebaskan awal tahun ini," katanya.


Katanya, dua suspek masih diburu dan polis percaya kumpulan itu terbabit beberapa kes pemerasan, samun, rogol dan menyamar anggota polis.


"Semua mereka akan direman sehingga 9 Mac bagi membantu siasatan dan saya menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Mutakhir

Posted: 05 Mar 2011 03:33 AM PST

Berita Harian: Mutakhir


Pemandu lori maut kejadian tanah runtuh

Posted: 05 Mar 2011 03:24 AM PST

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori maut selepas tertimbus dalam satu kejadian tanah runtuh di sebuah bukit di kawasan perindustrian Taman Bukit Belimbing, Seri Kembangan, di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kajang, Supt Azman Ayob, berkata mangsa, B Acutsamenon, 32, sedang mengorek tanah di bukit berkenaan bersama beberapa rakannya pada 10 pagi apabila tanah tiba-tiba runtuh.

"Tiga rakan pemandu lori itu sempat menyelamatkan diri, manakala mangsa pula tidak sempat menyebabkan ia tertimbus dan meninggal di tempat kejadian. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kajang untuk bedah siasat," katanya. Azman berkata, polis kini menyiasat dakwaan beberapa penduduk bahawa kawasan bukit itu dikorek secara haram.

Sementara itu, seorang pekerja am warga Indonesia di kilang berhampiran, Ayub Jumaah, 40, berkata dia terkejut melihat kejadian tanah runtuh ketika mendaki tangga di tempat kerjanya.

"Habuk tanah berterbangan dari tempat kejadian, tidak lama kemudian saya segera bergegas ke situ bersama rakan lain yang juga sedang bekerja.

"Sampai sahaja di situ, ketiga-tiga rakan mangsa yang terselamat memberitahu kami bahawa salah seorang rakan mereka tidak sempat melarikan diri dan tertimbus di tempat kejadian," katanya.
Ayub berkata, mereka mengorek kawasan runtuhan dan menemui mayat mangsa 15 minit kemudian. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jangan benar orang luar buat kacau pada hari mengundi

Posted: 05 Mar 2011 03:16 AM PST

Mutakhir

TEMERLOH: Polis hari ini diarah memperketat kawalan dan tidak membenarkan mana-mana pihak atau individu dari luar membuat huru-hara ketika hari pengundian pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dan Merlimau esok.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kawalan

keselamatan perlu dipertingkat bagi membolehkan proses pengundian kedua-dua DUN itu berjalan lancar tanpa sebarang masalah. "Yang penting saya tekankan, orang ramai dapat keluar mengundi tanpa disekat
dan yang penting jangan benarkan orang luar membuat huru-hara," katanya kepada
pemberita selepas menghadiri taklimat tertutup polis di Markas Taktikal Polis
(Martek) di sini.

Mengulas mengenai pilihan raya kecil Kerdau, Hishammuddin berkata, beliau
berpuas hati dengan persiapan yang dirancang pasukan keselamatan.
"Saya diberi taklimat mengenai persiapan hari mengundi. Saya agak puas hati
dan yakin mereka (polis) membuat perancangan teliti untuk menghadapi apa
jua kemungkinan," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Kerdau menyaksikan pertandingan antara calon BN Syed
Ibrahim Syed Ahmad dan calon PAS Hassanuddin Salim, 43.

Pilhan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada BN pada 12 Februari lalu. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Utara

Posted: 05 Mar 2011 03:24 AM PST

Utusan Online - Utara


Arowana ikan hiasan bernilai tinggi

Posted:

Arowana ikan hiasan bernilai tinggi

Arowana ikan hiasan bernilai tinggi

Oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my


CHEW Seng Lye melihat ikan kelisa yang dipelihara dalam akuarium di Jalan Burmah, Georgetown, Pulau Pinang, baru-baru ini. - utusan/ Sazali Che Din


BUKIT MERTAJAM 4 Mac - Selain bentuk yang menarik, warna dan sisik yang berkilat menjadikan ikan arowana sebagai salah satu spesies ikan hiasan yang mempunyai harga tinggi di pasaran.

Ikan hiasan air tawar yang lebih dikenali sebagai ikan kelisa itu juga mendapat tempat di kalangan penggemar ikan hiasan akuarium.

Di kalangan orang Cina, ikan itu dipanggil 'dragon fish' atau 'bony-tongued dragon' yang gelaran 'dragon' (naga) diambil sempena sisik dan sesungut yang besar menyerupai naga yang menjadi legenda masyarakat Cina.

Tulang bergigi di dasar mulut ikan kelisa yang menggigit kepada gigi di lelangit mulutnya pula membawa kepada panggilan 'bony-tongued' yang bermaksud lidah bertulang.

Sementara itu di negara jiran Indonesia pula, ikan kelisa lebih dikenali dengan panggilan ikan peyang, tangkelesa, kelesa, siluk, kayangan serta beberapa nama lain.

Melihat kepada kepelbagaian namanya, tidak mustahil ikan kelisa memiliki keistimewaan tersendiri sehingga diangkat sebagai ikan hiasan yang berkualiti tinggi.

Namun, benarkah harga ikan kelisa yang tinggi dan kadang-kala tidak masuk akal itu dipengaruhi oleh kebolehannya menentukan 'tuah' pemiliknya?

Persoalan itu dijawab pemilik Chew Thean Yeang Aquarium Sdn. Bhd., Datuk Chew Seng Lye yang mengakui ikan kelisa sebenarnya memang berkebolehan untuk memberi petunjuk kepada pemiliknya sama ada individu berkenaan bakal mendapat kegembiraan atau kecelakaan.

Menurutnya, pernah berlaku satu kejadian di mana ikan kelisa peliharaan seorang individu sering melompat dalam air dan tidak berkelakuan seperti biasa sehingga menimbulkan kehairanan pemiliknya.

"Selang beberapa hari, individu terbabit ditimpa kemalangan dan ini membuktikan bahawa ikan kelisa terbabit seolah-olah mengetahui nasib yang bakal menimpa tuannya.

"Tapi kepercayaan ini hanya wujud di kalangan masyarakat Cina yang berpegang kepada feng shui," katanya yang berpengalaman lebih 40 tahun mengusahakan perniagaan itu dan memiliki perniagaan di Jalan Burmah dekat Georgetown.

Tambah Seng Lye, masyarakat Cina juga percaya jika disimpan di dalam rumah atau dipelihara di dalam premis perniagaan, ikan kelisa mampu memberi tuah kepada pemiliknya.

Jelasnya, mereka akan membela sekurang-kurangnya dua ekor ikan kelisa di pejabat manakala memadai seekor ikan dipelihara di rumah.

"Tapi bagi memastikan ikan itu benar-benar mampu membawa tuah kepada pemiliknya, lokasi bagi menempatkan akuarium haruslah diperiksa tukang tilik berpengalaman.

"Kalau diletak di tempat yang salah, ia mungkin akan membawa kecelakaan manakala pemiliknya akan mendapat tuah kalau diletakkan di tempat yang betul," ujarnya.

Pada masa sama katanya, pemilik ikan kelisa juga harus menjaga pantang larang seperti tidak boleh menyatakan hasrat untuk menjual ikan tersebut berhampiran dengan ikan kelisa yang dipelihara.

"Ikan tersebut dikatakan akan mati sama ada bunuh diri atau marah dengan tindakan pemiliknya yang berhasrat untuk menjualnya," katanya.

Ditanya tentang penjagaan ikan itu yang sensitif, Seng Lye berkata, ia tidak memerlukan penjagaan rapi, hanya sekadar pastikan makanannya mencukupi.

Jelasnya, penjagaan serta perbelanjaan memelihara ikan kelisa bergantung kepada saiz ikan kerana yang bersaiz besar memerlukan makanan seperti ulat dan anak ikan dalam kuantiti banyak.

"Biasanya ikan kelisa makan antara dua hingga tiga kali sehari dan sebungkus anak ikan bernilai RM1 yang mempunyai 15 ekor sudah cukup untuk dijadikan makanan ikan berkenaan bagi tempoh sehari.

"Selain makanan itu, ulat, katak dan lipan yang boleh didapati dengan mudah di kedai-kedai menjual ikan perhiasan pada harga yang murah juga boleh menjadi makanan ikan kelisa," ujarnya.

Justeru katanya, tanggapan sesetengah orang yang mengatakan kos memelihara ikan kelisa adalah mahal adalah meleset kerana ia menjanjikan pulangan berbaloi kerana ia sesuatu yang menyeronokkan dan memberi satu kepuasan kepada pemiliknya.

Tatkala diaju pertanyaan sama ada ikan kelisa sedap dimakan, Seng Lye mengakui dagingnya amat sedap jika digulai namun tidak digoreng kerana rasanya seakan-akan ikan siakap.

"Pada 1980-an memang ramai yang makan ikan kelisa kerana ia senang diperoleh di tasik dan lombong selain harganya yang rendah ketika itu.

"Tapi sekarang mana ada orang yang sanggup makan ikan yang harganya mencecah ribuan ringgit seekor," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

1,000 penduduk meriahkan Maulidur Rasul

Posted:

1,000 penduduk meriahkan Maulidur Rasul

1,000 penduduk meriahkan Maulidur Rasul


PEGAWAI dan anggota polis Baling bersama penduduk menyertai perarakan sempena Majlis Maulidur Rasul di Baling, baru-baru ini.


BALING 4 Mac. - Kira-kira 1,000 penduduk daerah ini menyertai perarakan sejauh dua kilometer sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat Baling di sini baru-baru ini.

Mereka merupakan peserta 50 kontinjen perarakan yang mewakili jabatan kerajaan daerah ini, badan politik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar.

Sambil berselawat memuji junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan membawa sepanduk jabatan masing-masing, mereka berarak dari pekarangan Sekolah Kebangsaan (SK) Baling hingga Dewan Tun Abdul Razak di sini.

Majlis yang pertama kali diadakan itu adalah anjuran Pejabat Majlis Daerah Baling (MDB) dalam usaha menjadikannya sebagai acara tahunan bagi penduduk daerah ini.

Yang Dipertua MDB, Ahmad Fisol Md. Noor berkata, walaupun pertama kali diadakan sambutan amat menggalakkan dengan jumlah penyertaan yang besar dan ia sekali gus membuktikan silaturahim tetap kukuh di kalangan umat Islam.

"Sambutan ini akan menjadi acara tahunan yang terkandung dalam kalendar jabatan bagi memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

"Kita berharap sambutan akan datang diadakan lebih besar lagi dan turut disertai oleh penduduk kampung," katanya pada majlis sambutan itu di Dewan Tun Razak di sini.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Baling, Supritendan Mat Daud Mat Hasan dan ketua-ketua jabatan.

Ahmad Fisol yang juga Pegawai Daerah Baling berkata, hubungan baik antara jabatan akan merancakkan lagi pembangunan kemanusiaan malah amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kakitangan kerajaan akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Tambahnya, dengan cara itu keutuhan dan keharmonian terus terjalin dalam menghadapi misi yang sama ke arah meninggikan syiar Islam sesuai dengan tema sambutan tahun ini Satu Malaysia Satu Ummah.

Sementara itu, Maybank Cawangan Baling turut menyediakan 1,000 botol air mineral bagi menyokong usaha yang dijalankan itu.

Pengurusnya, Azzahari Salleh berkata, sebagai sebuah institusi kewangan pihaknya turut bertanggungjawab bersama-sama menjadikan sambutan itu terus meriah malah akan disertai lebih ramai penduduk pada masa depan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MDKP buru peniaga liat bayar

Posted:

MDKP buru peniaga liat bayar

MDKP buru peniaga liat bayar

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

KUBANG PASU 4 Mac – Mulai 15 Mei ini, Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) akan memburu penyewa pelbagai ruang niaga di bawah kendalian pihak berkuasa tempatan (PBT) itu yang mempunyai tunggakan sewa.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa dan Tunggakan Hasil MDKP, Zakariya Ahmad berkata, tindakan tegas itu penting kerana jumlah tunggakan tersebut kini semakin meningkat sehingga kini ia melebihi RM500,000.

Menurutnya, mulai tarikh itu juga, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap penyewa yang tidak menjelaskan sewa melebihi dua bulan.

Katanya, sebelum tarikh berkenaan, MDKP masih bertolak ansur dengan memberikan tempoh bertenang dan peluang kepada mereka untuk menjelaskan tunggakan sewa masing-masing.

"Bagaimanapun mulai pertengahan Mei ini, kita akan melancarkan operasi besar-besaran sehingga hujung tahun bagi memburu penyewa yang masih berdegil termasuk dengan mengenakan tindakan sita premis dan menyenaraihitamkan nama mereka.

"MDKP terpaksa mengambil tindakan tegas ini demi menanam budaya bertanggungjawab di kalangan penyewa dan untuk melatih mereka menjelaskan bayaran sewa mengikut jadual," katanya di sini hari ini.

Zakariya berkata, pihaknya telah mengeluarkan notis peringatan dan menemui peniaga tetapi masih ramai yang ingkar menjelaskan sewa tertunggak.

Menurutnya, pada masa ini dianggarkan terdapat lebih 1,000 individu yang menyewa premis di bawah kendalian PBT itu.

Katanya, kebanyakan penyewa terbabit adalah peniaga gerai makanan dan pengusaha bengkel industri kecil dan sederhana.

"Sehubungan ini MDKP menyeru penyewa menjelaskan bayaran tunggakan sewa masing-masing demi kebaikan semua pihak," katanya.

Sementara itu, Zakariya memberitahu, MDKP berjaya mengutip sewa tertunggak premis perniagaan berjumlah RM200,000 hasil operasi sita sejak Januari lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Selatan

Posted: 05 Mar 2011 03:22 AM PST

Utusan Online - Selatan


Khabar gembira buat penduduk

Posted:

Khabar gembira buat penduduk

Khabar gembira buat penduduk

Oleh NAS NORZIELA NASBAH
utusanmelaka@utusan.com.my


R. PERUMAL (kiri) sempat meluangkan masa menaiki bas Mara Liner yang kini menyediakan kemudahan laluan sekitar Jasin-Merlimau pada majlis pelancaran laluan baru Mara Liner di Padang Politeknik Merlimau, Melaka semalam.


JASIN 4 Mac – Khabar gembira buat penduduk di Merlimau apabila Majlis Amanah Rakyat (Mara) hari ini melancarkan perkhidmatan bas henti-henti Mara Liner bagi laluan ulang alik dari Merlimau ke Jasin setiap hari.

Perkhidmatan Mara Liner yang dilancarkan itu memudahkan lagi urusan harian penduduk di dua kawasan tersebut yang tidak memiliki kenderaan sendiri.

Ketua Pengarah Mara, Ibrahim Ahmad berkata, sebagai permulaan, pihaknya hanya menyediakan sebuah bas yang akan bergerak setiap satu jam setengah.

Menurutnya, perkhidmatan tersebut adalah sebagai percubaan untuk melihat sambutan daripada penduduk di Merlimau dan Jasin serta mereka yang menetap di sepanjang laluan bas itu.

"Kami harap laluan baru dari Merlimau ke pekan Jasin akan mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat. Perkhidmatan ini akan memberi banyak pilihan kepada mereka untuk ke kedua-dua tempat tersebut," katanya.

Beliau berucap pada majlis pelancaran laluan baru Mara Liner Jasin-Merlimau di Padang Politeknik Merlimau, di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah Kanan Pelaburan Mara, Md. Rahim Salim.

Majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Penerangan dan Pengguna negeri, Datuk R. Perumal.

Menurut Ibrahim, pelancaran ini merupakan laluan bas henti-henti yang ke-11 di negeri ini dan yang ke-92 di seluruh negara.

Katanya, setakat ini Mara Liner Melaka mempunyai 14 buah bas yang beroperasi di 11 laluan termasuk laluan baru Jasin-Merlimau.

Ujar beliau, kemudahan pengangkutan yang disediakan itu adalah berbentuk perkhidmatan sosial yang mana keuntungan bukan menjadi matlamat utama Mara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Elak penularan wabak H1N1 – MB

Posted:

Elak penularan wabak H1N1 – MB

Elak penularan wabak H1N1 – MB

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 4 Mac – Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pelajaran negeri (JPNS) diminta mengambil langkah perlu bagi memastikan wabak Influenza A (H1N1) dapat dibendung daripada menular ke negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, langkah pencegahan perlu bermula dari sekarang bagi mengelakkan berlakunya kes berkenaan di negeri ini.

"Buat masa ini kita telah mengambil langkah bagi memastikan wabak ini tidak menular kerana kita tahu wabak ini amat berbahaya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas persediaan kerajaan negeri dalam membendung penularan wabak H1N1 yang kembali menular di negara ini dengan mencatatkan tiga kematian setakat ini.

Jelas Mohamad, saranan berkenaan turut ditujukan kepada semua pelajar dan guru serta ibu bapa bagi memastikan langkah pencegahan dapat diambil segera.

"Kita mahu supaya semua pihak bukan sekadar pihak jabatan menangani masalah ini. Segenap lapisan masyarakat perlu bersama-sama mengamalkan amalan kebersihan sepanjang masa.

"Ikutlah cara dan nasihat yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan kerana itu adalah cara terbaik dalam mengekang penularan wabak ini," katanya.

Mohamad juga mahu ibu bapa yang mendapati anak-anak mereka menghidap simptom H1N1 supaya menghantar segera anak mereka ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.

Malah kata beliau, pemantauan akan dilakukan secara berterusan oleh pihak Jabatan Kesihatan bagi memastikan langkah-langkah segera dapat diambil bagi mengekang penularan wabak itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SWM anjur kempen kesedaran KPI

Posted:

SWM anjur kempen kesedaran KPI

SWM anjur kempen kesedaran KPI


DR. Alashari Othman (barisan belakang, enam dari kanan) bergambar bersama pegawai-pegawai SWM selepas pelancaran kempen kesedaran Petunjuk Prestasi Utama Penswastaan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam di Seremban, baru-baru ini.


SEREMBAN 4 Mac - SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM) mengorak langkah menganjurkan kempen kesedaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Penswastaan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam di kalangan warganya dalam usaha memantapkan perkhidmatan syarikat itu.

Pengurus SWM Wilayah Negeri Sembilan /Melaka, Dr. Alashari Othman berkata, inisiatif itu bertujuan bagi melancarkan proses kerja kakitangannya sekali gus dijadikan platform kepada transformasi mutu perkhidmatan ke arah kecemerlangan.

Menurutnya, kempen kesedaran itu merupakan langkah awal SWM dalam proses peralihan mutu kerja daripada tempoh perkhidmatan secara interim kepada penswastaan nasional sepenuhnya, di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007.

"Diharapkan kempen ini dapat dijadikan garis panduan serta pendedahan awal kepada warga kerja SWM dalam melaksanakan tugas yang diberi secara efisien, pantas dan berkesan.

"Apa yang penting, segala urusan dan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang dijalankan haruslah berlandaskan kepada KPI baru yang disarankan kerajaan," katanya.

Alashari berkata demikian selepas melancarkan kempen berkenaan di pekarangan pejabat SWM di Taman Perindustrian Oakland, Seremban 2, dekat sini semalam.

Program tersebut turut dihadiri 350 kakitangan termasuk pegawai SWM.

Katanya, antara intisari kempen itu, warga kerja turut diberikan latihan dalam usaha memantapkan kualiti kerja berteraskan KPI yang ditetapkan.

"Bukan itu sahaja, malah kita akan menerbit serta mengedarkan sebuah buku KPI untuk dijadikan sebagai panduan dan motivasi kepada para pekerja untuk berusaha lebih gigih pada masa akan datang.

"Secara jelas, kempen ini akan terus menjadi teras utama syarikat ini ke arah mentransformasikan perkhidmatan SWM ke arah kecemerlangan sekali gus melaksanakan kerja dengan lebih berkualiti demi kesejahteraan umum," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted: 05 Mar 2011 03:07 AM PST

Utusan Online - Dalam Negeri


9,000 boleh sambung pengajian

Posted:

9,000 boleh sambung pengajian

9,000 boleh sambung pengajian

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my


SEBAHAGIAN daripada 719 penuntut Mesir yang merupakan anak jati Johor mendaftar pada Majlis Penyerahan Bantuan Kerajaan Negeri di Johor Bahru, semalam.


KUALA LUMPUR 4 Mac – Kira-kira 9,000 pelajar Malaysia yang dibawa pulang ekoran krisis politik di Mesir dibenarkan kembali ke negara tersebut untuk menyambung pengajian mereka.

Ia berikutan pengesahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bahawa keadaan di Mesir kini bertambah baik dan kehidupan rakyat di sana juga hampir pulih seperti sedia kala.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pejabat kerajaan, syarikat perniagaan dan universiti di Mesir telah mula dibuka seperti biasa.

"Pelajar bolehlah membuat keputusan untuk pulang semula ke Mesir bagi menyambung pengajian yang sebelum ini tergendala akibat krisis politik di sana.

"Seperti sedia maklum, tarikh mula pengajian di Mesir bermula seawal 12 Mac ini," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Ops Piramid yang dilancarkan kerajaan melalui kerjasama pelbagai pihak berjaya membawa pulang seramai 11,000 rakyat Malaysia dengan 9,000 daripadanya ialah pelajar.

Operasi tersebut terpaksa diambil selepas Mesir dilanda krisis politik yang berlanjutan selama 18 hari sehingga menyaksikan rakyatnya merusuh di jalan raya bagi memaksa Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.

Bagaimanapun, Mohamed Khaled berkata, meskipun keadaan semakin pulih tetapi kementerian berharap agar pelajar berkenaan sentiasa menjaga keselamatan diri.

Katanya, langkah berhati-hati itu perlu bagi memastikan tiada sebarang insiden buruk berlaku apabila mereka kembali untuk menyambung pengajian masing-masing.

"Mereka hendaklah sentiasa berhati-hati dan berhubung dengan pegawai di Jabatan Penuntut Malaysia di Kaherah (JPMK) untuk sebarang perkembangan," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga menyeru kepada pelajar yang masih belum berdaftar supaya berbuat demikian dengan segera di alamat jpt.mohe.gov.my/mesir.

Kata Mohamed Khaled, pendaftaran itu penting bagi membolehkan penyelarasan dibuat dengan pantas sekiranya berlaku sebarang keadaan yang tidak diingini.

Selain itu, katanya, pelajar terbabit juga boleh mendaftarkan butiran diri dan mengetahui maklumat terkini berhubung pengajian di Mesir melalui talian 1-800-88-6365.

Katanya, pusat talian tersebut dibuka setiap hari mulai Isnin hingga Jumaat, bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerajaan utamakan pembangunan seimbang

Posted:

Kerajaan utamakan pembangunan seimbang

Kerajaan utamakan pembangunan seimbang

TEMERLOH 4 Mac - Pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) adalah seimbang dan selari dengan tuntutan ajaran Islam yang mahu rakyat menjalani ibadah dengan selesa.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, agama Islam tidak hanya menekankan soal ukhrawi tetapi juga pembangunan bagi memastikan kehidupan rakyat terus dibela.

"Kemenangan calon BN penting kerana segala masalah penduduk Kerdau dapat disalurkan terus kepada kerajaan negeri untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama penduduk Kampung Ketam di sini.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri menunaikan solat Asar bersama penduduk di masjid kampung itu.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi pembinaan masjid baru kampung tersebut berikutan pertambahan jumlah jemaah khususnya para pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh berdekatan dengan masjid itu.

Ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama penduduk Rumpun Makmur dekat sini, Muhyiddin berkata, tindakan mengubah kerajaan termasuk memilih calon pembangkang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau hanya akan menyebabkan proses pembangunan terganggu.

Mengulas kehadiran Ummi Hafilda Ali dalam kempen BN, Muhyiddin menafikan BN mengupah adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali itu untuk membuka rahsia Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Siapa yang bayar Ummi Hafilda? Jangan kaitkan dengan kita, Dia datang ke sini kerana nak beri penjelasan mengenai Anwar dan Azmin yang juga abangnya,'' ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Guna teknologi tempatan - TPM

Posted:

Guna teknologi tempatan - TPM

Guna teknologi tempatan - TPM

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
pengarang@utusan.com.my


Muhyiddin Yassin diberi penerangan oleh Mohd. Yusni Abdul Ghani mengenai Tutor iLMS sambil diperhatikan oleh Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin (kanan) dan Idris Jusoh (dua dari kanan) di majlis pelancaran Tutor iLMS di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 4 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan syarikat swasta dan agensi kerajaan agar menggunakan teknologi yang dibangunkan oleh pusat-pusat penyelidikan tempatan di dalam operasi masing-masing.

Beliau berkata, ini kerana hasil penyelidikan tempatan seperti MIMOS Bhd. (MIMOS) dan Institut Standard dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) adalah bertaraf antarabangsa.

Beliau meminta syarikat swasta dan agensi kerajaan mencontohi Perfisio Solutions Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat milik penuh Utusan Melayu (Malaysia) Bhd. yang berkeyakinan menggunakan teknologi yang dibangunkan MIMOS.

"Saya gembira kerana syarikat ini berkeyakinan menggunakan teknologi yang dibangunkan oleh MIMOS. Selain MIMOS, ketika ini terdapat beberapa pusat penyelidikan tempatan yang aktif membangunkan teknologi baru setiap tahun seperti SIRIM," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Sistem Pengurusan Pembelajaran Pintar Tutor (Tutor iLMS) iaitu projek kerjasama antara Perfisio Solutions, MIMOS dan Majlis Amanah Rakyat (Mara), di sini hari ini.

Majlis itu turut menyaksikan pertukaran dokumen Perjanjian Perlesenan Teknologi di antara Mara dan MIMOS.

Turut hadir Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof; Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Madinah Mohamad; Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin dan Pengerusi Mara, Datuk Seri Idris Jusoh.

Hadir sama Pengerusi MIMOS, Datuk Suriah Abdul Rahman; Presiden serta Ketua Pegawai Eksekutif MIMOS, Datuk Abdul Wahab Abdullah; Ketua Pengarah Mara, Ibrahim Ahmad; Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Nasir Ali; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak dan Ketua Pegawai Eksekutif Perfisio Solutions, Fareed Abd. Ghani.

Perfisio Solutions juga telah dilantik oleh MIMOS sebagai pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan pembuktian konsep di beberapa institusi di bawah Mara iaitu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Institut Kemahiran Mara (IKM).

Muhyiddin turut yakin dengan kemampuan tenaga mahir di Perfisio Solutions kerana aplikasi e-pembelajaran itu dapat dikembangkan lagi bukan sahaja di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi, malah ke pusat latihan korporat swasta.

Katanya, projek sistem e-pembelajaran yang menyediakan objek pembelajaran yang sesuai dengan sifat dan ciri murid itu adalah hasil daripada ujian kognitif profil iaitu yang pertama dihasilkan di Malaysia dan Asia Tenggara.

Beliau turut menghargai usaha MIMOS dalam meletakkan fokus utama pada aplikasi inovatif teknologi maklumat dan komunikasi untuk sektor pendidikan dan percaya penyelidikan itu merupakan permulaan kepada peningkatan di dalam sektor pendidikan dan pembelajaran.

"Ia mampu mengenal potensi dan kecenderungan setiap pelajar dalam menentukan pengambilan kursus yang bersesuaian dengan profil kognitif mereka di peringkat pengajian tinggi kelak dan memberi maklumat tepat kepada pihak institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk menawarkan kursus bersesuaian," katanya.

Menurutnya lagi, sistem pengurusan pemantauan Tutor iLMS mampu menyalurkan maklumat pencapaian murid kepada ibu bapa, guru, pengetua, pegawai pelajaran daerah, pegawai pelajaran negeri dan juga Kementerian Pelajaran.

Sebagai permulaan katanya, projek rintis yang dilaksanakan di empat buah MRSM dan sebuah IKM jika bersesuaian boleh diaplikasikan di peringkat Kementerian Pelajaran.

"Kerjasama antara MIMOS dan Mara perlu selari dengan matlamat Mara untuk menjadi hab pembangunan bahan pengajaran dan pembelajaran melalui pelbagai media yang memudahkan pelajar mengadaptasi ilmu yang diajar pada waktu persekolahan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Muka Hadapan

Posted: 05 Mar 2011 01:18 AM PST

Utusan Online - Muka Hadapan


Pembangkang jangan bermain api - TPM

Posted:

Pembangkang jangan bermain api - TPM

Pembangkang jangan bermain api - TPM

KUALA KRAU 4 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran kepada pihak pembangkang supaya jangan bermain api dengan terus melakukan provokasi terhadap rakyat.

Beliau juga memohon rakyat supaya jangan benarkan mana-mana pihak menghancurkan negara hanya kerana kepentingan politik sempit dan semata-mata mahu menang pilihan raya.

Menurut beliau, provokasi pembangkang tidak demokratik dan sengaja mahu membuat huru-hara.

Tegasnya, pembangkang lebih seronok melihat negara hancur dan seronok jika ada krisis pertembungan kaum.

''Saya bagi amaran jangan bermain dengan api. Saya juga peringatkan rakyat jangan hancurkan negara hanya kerana provokasi pihak tidak bertanggungjawab ini. Provokasi pembangkang ini tidak demokratik dan sengaja mahu membuat huru-hara.

''Tujuan lain tiada kecuali mahu menimbulkan porak-peranda. Mereka (pembangkang ) lebih seronok melihat negara hancur dan seronok jika ada krisis pertembungan kaum," tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra dengan penduduk di Kampung Badok, Kerdau dekat sini hari ini.

Sebelum itu, beliau bersolat Jumaat bersama penduduk kampung di Masjid Kampung Badok.

Beliau mengulas tindakan agresif pembangkang yang menggunakan isu pergolakan politik di Mesir dan Libya sebagai modal kempen pada Pilihan Raya Kecil PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dan Merlimau ketika ini untuk meraih simpati pengundi.

Muhyiddin menegaskan, kerajaan memantau secara dekat terhadap apa yang dilakukan pembangkang untuk membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat.

''Kita ada sistem, kita ada pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap keamanan.

Kita tahu apa yang berlaku. Kita pantau kerana kita hendak mengelakkan daripada timbulnya huru-hara," tegasnya.

Jelas beliau, situasi politik di Malaysia dengan Mesir dan Libya tidak boleh diberi persamaan sama sekali.

''Mereka hendak membandingkan Malaysia dengan negara terbabit. Mereka boleh buat perbandingan tetapi mereka membuat perbandingan yang silap.

''Situasi negara kita amat aman, makmur dan membangun dengan pesat. Rakyat menikmati kemajuan yang tinggi," jelasnya.

Menurut beliau, rakyat negara ini menghargai keamanan dan mengetahui ada saluran yang boleh mereka gunakan untuk menyampaikan sebarang pandangan kepada kerajaan.

Dalam pada itu, Muhyiddin menjelaskan, sistem demokrasi di Malaysia amat subur apabila pilihan raya diadakan dalam tempoh lima tahun sekali.

''Parti-parti pembangkang pun menyertai pilihan raya. Mereka (pembangkang) menang, kita pun menang. Kita pun ada kalah.

''Ia sudah cukup untuk membuktikan negara ini demokratik, ia tidak dijalankan atas dasar autokrasi atau diktator, sesi persidangan Parlimen kita amat aktif apabila sesi perbincangan dibuat secara tersusun manakala undang-undang dijalankan dengan sempurna," katanya.

Terdahulu, Muhyiddin mengumumkan pemberian peruntukan sebanyak RM500,000 bagi pembinaan baru Masjid Kampung Badok.

Beliau juga menerima borang permohonan keahlian UMNO daripada belia kampung tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelabur Australia berminat

Posted:

Pelabur Australia berminat

Pelabur Australia berminat


NAJIB Tun Razak mengetuai delegasi Malaysia pada perbincangan meja bulat dengan tokoh-tokoh perniagaan Australia di Melbourne, semalam. Turut hadir Anifah Aman dan Ketua Pengarah yang juga Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Jalilah Baba. – AFP


MELBOURNE 4 Mac _ Pelabur-pelabur Australia menunjukkan minat mendalam untuk melabur di Malaysia setelah mereka mendapati Malaysia merupakan pusat tarikan pelaburan menarik dan menguntungkan berikutan banyak perubahan dasar-dasar pelaburan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, banyak pelabur asing termasuk dari Australia tidak mengetahui bahawa kerajaan telah melaksanakan banyak perubahan dalam dasar pelaburan dan apabila diberikan maklumat yang jelas mereka menunjukkan minat untuk melabur di Malaysia.

''Setelah diberi maklumat tentang perubahan dasar-dasar pelaburan dan pelan transformasi ekonomi di Malaysia, pelabur-pelabur Australia mendapati Malaysia merupakan pusat tarikan pelaburan yang menarik. Mereka lalu menyatakan minat mendalam untuk melabur di Malaysia,'' katanya kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatan tiga harinya ke Australia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang perbincangan meja bulat dengan pelabur-pelabur utama Australia dan persatuan-persatuan industri dan perdagangan Australia, di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata, selepas mengadakan perbincangan dengan mereka, beberapa syarikat utama Australia menunjukkan minat untuk melabur di Malaysia dalam bidang perbankan, industri dan minyak di Malaysia.

Menurutnya, sebuah bank tempatan ANZ Banking Group berminat meningkatkan pegangan mereka dalam Kumpulan AmBank (Arab Malaysian Bank) yang kini berjumlah 23 peratus manakala sebuah syarikat aluminium Rio Tinto berminat membuka kilang melebur aluminium di Sarawak.

Sebuah syarikat gas (LNG) di Queensland pula mempelawa Petronas untuk meningkatkan pelaburannya di Queensland.

Petronas kini mempunyai saham berjumlah 20 peratus dalam syarikat itu dan beberapa syarikat lain turut menunjukkan minat untuk melabur di Malaysia termasuk dalam industri mengeluarkan peralatan perubatan.

Masalahnya, kata Najib ialah maklumat mengenai peluang pelaburan, insentif menarik serta perubahan dasar-dasar tentang pelaburan tidak dikemas kini dan ia menjadi antara punca mengapa pelabur asing termasuk pelabur di Australia tidak nampak kebaikan melabur di Malaysia.

''Misalnya, mereka tidak mengetahui bahawa syarikat pembuatan boleh membuka kilang di Malaysia dengan pemilikan penuh 100 peratus dan mereka diberi pas menetap selama 10 tahun di Malaysia," tambah beliau.

Najib berkata, ketiadaan maklumat terkini berhubung perubahan dasar-dasar pelaburan yang dilaksanakan oleh kerajaan menyebabkan wujud jurang maklumat yang perlu diatasi jika mahu melihat Malaysia menjadi pusat tarikan pelaburan penting di dunia.

Sehubungan itu, katanya, Malaysia akan menjadikan perundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Australia sebagai platform untuk mengatasi jurang itu supaya rancangan transformasi ekonomi Malaysia dan perubahan dasar-dasar pelaburan dapat diterangkan dalam perjanjian itu.

''Selain itu, kerajaan akan membuka pejabat Konsul Besar Malaysia di Melbourne tidak lama lagi bagi membantu mengatasi masalah jurang maklumat ini supaya pelabur-pelabur Australia boleh mendapat maklumat terkini mengenai dasar pelaburan di Malaysia," katanya.

Ketika ditanya mengenai FTA, Perdana Menteri berkata, perjanjian FTA dengan Australia malahan dengan negara-negara lain sangat kompleks dan ia mungkin mengambil masa sedikit untuk ditandatangani.

Semalam, Najib semasa mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Australia Julia Gillard membayangkan FTA dengan Australia dapat ditandatangani menjelang mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada tahun depan.

Najib menyifatkan lawatannya ke Australia sebagai berjaya dan menyatakan bahawa Malaysia dan Australia turut menandatangani memorandum persefahaman mengenai pendidikan terutama dalam bidang pendidikan tinggi.

''Saya berpuas hati dengan hasil lawatan ini (ke Australia). Saya lihat hubungan antara pegawai dan secara peribadi adalah sangat baik," tambah beliau.

Kerajaan berharap untuk melaksanakan kaedah pemindahan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) bagi menggalakkan pelajar Australia belajar di Malaysia sekurang-kurangnya selama satu semester, katanya.

''Ini kerana bilangan pelajar Australia yang belajar di Malaysia terlalu kecil kira-kira 100 orang sahaja," katanya.

Beliau juga melihat Australia sebagai rakan strategik bagi Malaysia, bukan sahaja dalam bidang perdagangan, tetapi juga dalam bidang pendidikan, pertahanan, jenayah antarabangsa, memerangi keganasan dan penyeludupan manusia.

Najib sebelum itu, menerima Ijazah Kehormat Persuratan Undang-undang daripada Universiti Monash di sini. – UTUSAN

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Timur

Posted: 05 Mar 2011 01:18 AM PST

Utusan Online - Timur


Terengganu Hanelang buru kejayaan

Posted:

Terengganu Hanelang buru kejayaan

Terengganu Hanelang buru kejayaan

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
utusanterengganu@utusan.com.my


Barisan atlet bergambar kenangan pada pelancaran Kontinjen Sukma Terengganu di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu, baru-baru ini.


KUALA TERENGGANU 4 Mac - Ada yang berpendapat bahawa garis memisahkan antara kemenangan dengan kekalahan adalah ukuran semangat.

Semangat itulah yang kini menjarakkan Terengganu dengan pencapaian negeri lain dalam bidang sukan sejak tahun 2008 setelah muncul sebagai juara Sukan Malaysia (Sukma).

Ia disusuli sekali lagi tahun lalu yang menepis anggapan ia bukan sekadar jaguh kampung malah jaguh-jaguhnya dalam beberapa bidang telah mula mengharumkan nama negara dan menjadi kebanggaan.

Semangat itu masih terus membara dan diperlihatkan dalam perhimpunan pelancaran kontinjen Terengganu dengan tekad mengulangi kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut pada temasya Sukma ke-14 di Kuala Lumpur Jun nanti.

Tag 'Terengganu Hanelang' (handalan) sebagai slogan mengukuhkan semangat dengan maskot penyu belimbing yang menceriakan sebagai simbol negeri turut dilancarkan di sini baru-baru ini.

Kontinjen itu akan diterajui oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Ahamad Wan Muda yang selama ini memberi perhatian pembangunan sukan melalui Majlis Sukan Negeri yang terletak di bawah kawalan beliau.

Malah, beliau adalah antara pengasas kepada penubuhan pasukan lumba basikal profesional, Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG) yang mula beraksi di persada dunia.

Bagi membuktikan mereka benar-benar handal, Terengganu menyasarkan 24 pingat emas daripada 20 acara yang dipertandingkan pada temasya itu nanti dengan tumpuan kepada acara kanu dan berbasikal.

Kedua-duanya membekalkan atlet yang telah beraksi cemerlang di peringkat negara dan antarabangsa dengan kanu disasarkan mengagihkan 10 emas manakala berbasikal empat emas.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat berkata, pihaknya yakin mampu mencapai sasaran pungutan pingat emas itu berdasarkan jumlah acara yang dipertandingkan.

Katanya, pencapaian atlet Terengganu sewaktu beraksi di luar negeri ini termasuk kejayaan pada Sukma di Melaka tahun lalu menjadi penanda aras kepada misi memburu kejuaraan kali ketiga.

Terengganu yang disertai 246 atlet serta pegawai akan bersaing dalam 16 daripada 20 acara pada temasya selama 10 hari itu termasuk bina badan, bola jaring, bola baling, futsal, judo, kabaddi, kanu, lawan pedang, ping pong, ragbi, tenis dan sofbol.

Daripada sebuah pasukan yang kerap dilihat sekadar melengkapkan jumlah penyertaan, pencapaian dalam dua temasya dahulu meletakkannya sebagai sebagai kuasa baru sukan negara.

Pencapaian ini bertitik tolak daripada landasan awal yang disediakan sejak 2006 oleh kerajaan negeri bagi merangka dan menterjemahkan pendekatan berpadu dengan kewangan bagi menjayakannya bukan lagi suatu kekangan.

Sukan bukan lagi dilihat sebagai kegiatan riadah mengisi waktu luang atau kecergasan tetapi memburu kemenangan yang membanggakan, melonjakkan pencapaian diri sendiri dalam kehidupan dan kerjaya.

Jumlah simbol jati diri, kecintaan kepada negeri, suatu jasa yang dinilai penuh penghormatan apabila mengharumkan nama negeri dan negara.

Terengganu merangka gerak tersusun termasuk menyediakan pelan perodiasasi latihan masing-masing yang dirangka bersama pakar daripada Majlis Sukan Negara dan universiti tempatan.

Program pengukuhan semangat, latihan dan pendedahan melalui pertandingan luar negeri diberi perhatian manakala pelantikan pengurus pasukan dilakukan lebih awal bagi membantu memperkemaskan persiapan pasukan.

Peranan jawatankuasa antara Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) dengan persatuan sukan melalui jawatankuasa kerja yang telah menyelesaikan banyak masalah berkaitan birokrasi.

Selain itu, penambahbaikan struktur MSNT dengan penekanan kepada teras dan caretaker, iaitu peranan pegawai perhubungan sukan di setiap jenis sukan serta program pemantapan kerohanian yang diadakan dari semasa ke semasa.

Program penyediaan atlet terus dirangka bersama usaha menambah baik yang mana perlu seperti memperkemaskan mekanisme pemantauan latihan saban tahun.

Bagi merangsangkan lagi tekad ke arah kecemerlangan, Terengganu satu-satunya negeri yang menyediakan peruntukan paling besar setiap tahun sebagai ganjaran kepada anak negeri yang berjaya dalam pelbagai acara sukan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Terbaru, hampir RM100,000 diperuntukkan untuk Insentif Skim Kemenangan (Shake) dan Insentif Skim Wakil Negara (Swara) kepada 18 atlet dalam acara lumba basikal, skuasy, hoki lelaki, hoki wanita, sepak takraw, ragbi dan angkat berat.

Ini termasuklah ikon sukan berbasikal, Mohd. Azizulhasni Awang penerima ganjaran tertinggi yang berjumlah RM15,000 dengan pencapaian pingat gangsa di Sukan Komanwel (RM5,000) dan RM10,000 untuk emas yang dimenangi di peringkat Asia.

Sementara itu, Mohd. Nafiizwan Adnan, atlet skuasy memperoleh RM6,500 bagi insentif mewakili negara dalam Sukan Komanwel (RM1,500) dan RM5,000 lagi kerana memenangi perak dalam Sukan Asia.

''Kerajaan negeri tidak akan teragak-agak untuk menghargai jasa dan pengorbanan atlet dengan menyediakan insentif yang setimpal dengan kejayaan yang sudah dihasilkan.

''Malah, ia terbukti melalui pelbagai skim dan pengiktirafan yang disediakan kepada atlet sebaik sahaja mereka melakarkan kejayaan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penerima bantuan mesti jujur

Posted:

Penerima bantuan mesti jujur

Penerima bantuan mesti jujur

MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 4 Mac - Kerajaan Persekutuan membelanjakan RM7.7 juta melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan bagi membantu golongan miskin di negeri ini pada tahun lalu.

Pengarah JKM negeri, Md. Noor Chik berkata, bantuan itu membabitkan 31,232 penerima pelbagai kategori termasuk orang kurang upaya (OKU) dan warga emas.

"Kita mengharapkan bantuan itu dapat dimanfaatkan secara jujur oleh penerima, dengan rasa penuh keinsafan, bertanggungjawab serta amanah, bukan semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.

"JKM sedaya upaya ingin membantu semua golongan miskin mengikut kadar yang mampu, tapi sikap tidak amanah itu telah menyekat usaha JKM membantu golongan miskin lain yang lebih layak," katanya di sini malam tadi.

Md. Noor turut kecewa dengan sikap segelintir golongan miskin yang enggan mendedahkan status terkini mereka bagi mengelak bantuan ditarik balik.

"Setakat ini belum ada penerima bantuan yang tampil memaklumkan status terkini mereka.

"Mungkin bimbang bantuan akan disekat kalau bertindak demikian, sedangkan status terkini mereka telah berubah di mana kebanyakannya sudah bekerja dan memiliki pendapatan mencukupi serta tidak layak menerima bantuan lagi.

"Pihak JKM sedar ada yang tidak lagi layak menerima bantuan, tetapi tidak memaklumkannya kepada kami," katanya kesal.

Md. Noor berkata, rasa tanggungjawab untuk memaklumkan status terkini mereka sepatutnya ada dalam diri setiap penerima bantuan.

Beliau berkata, penerima bantuan JKM perlu menyedari perkara itu penting untuk semua pihak terutama individu yang lebih memerlukan pertolongan.

Ditanya sama ada JKM akan menarik balik bantuan individu yang menyembunyikan status sebenarnya, Md. Noor berkata, jabatan mempunyai mekanisme tertentu sebelum tindakan selanjutnya dibuat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

420 pelajar sertai majlis khatam al-Quran anjuran Penawar

Posted:

420 pelajar sertai majlis khatam al-Quran anjuran Penawar

420 pelajar sertai majlis khatam al-Quran anjuran Penawar


Fauziah Abdul Latiff (tengah) menyampaikan hadiah kepada pelajar yang khatam al-Quran di Madrasah Tok Ayah Omar, Rantau Panjang, semalam.


RANTAU PANJANG 4 Mac - Seramai 420 pelajar perempuan di negeri ini menyertai Majlis Khatam al-Quran anjuran Badan Amal dan Kebajikan Isteri Bekas Wakil Rakyat Barisan Nasional Negeri Kelantan (Penawar).

Pengerusi Biro Agama Penawar, Fauziah Abdul Latiff berkata, majlis khatam itu diadakan secara berperingkat mengikut kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri bermula hari ini.

Beliau berkata, seramai 30 pelajar menengah dan rendah akan terlibat pada setiap majlis khatam itu yang diadakan dalam usaha menyemarakkan penghayatan al-Quran di kalangan generasi muda.

"Kita berharap, selepas khatam, pelajar terbabit akan terus meningkatkan ilmu mereka dan menyampaikannya pula kepada rakan-rakan atau kaum keluarga yang lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Khatam al-Quran Peringkat Parlimen Rantau Panjang di Madrasah Tok Ayah Omar di sini hari ini.

Seramai 30 pelajar perempuan mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Gual Periok, Meranti dan Bukit Tuku menyertai majlis itu. Majlis itu turut meraikan ibu dan guru al-Quran pelajar terbabit.

Fauziah turut memberitahu, majlis khatam al-Quran itu diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul bagi memberi peluang kepada pelajar berkenaan khatam beramai-ramai dan mendapat restu daripada guru dan ibu mereka.

"Pembacaan al-Quran akan membentuk peribadi pelajar terbabit untuk menjadi anggota masyarakat yang mampu menyumbang kepada pembangunan agama, bangsa dan negara," katanya.

Sementara itu, guru al-Quran, Hamidah Daud, 53, berkata, majlis itu memberi peluang kepada pelajar untuk khatam al-Quran secara beramai-ramai dalam satu majlis formal.

Dia yang mengajar al-Quran lebih 20 tahun, berkata, tidak ramai ibu bapa mampu membuat majlis khatam al-Quran yang suatu ketika dahulu menjadi tradisi masyarakat tempatan.

"Inisiatif Penawar ini setidak-tidaknya memberi kepuasan kepada ibu-ibu dan anak-anak mereka yang telah khatam al-Quran," katanya yang mempunyai 30 orang pelajar.

Suri rumah, Wan Rohani Wan Ibrahim, 54, pula berkata, dia berpuas hati dapat menjalankan tanggungjawab iaitu mengajar anak-anaknya membaca al-Quran sehingga khatam.

Katanya, dia akan menyerahkan pula anak-anaknya itu kepada guru al-Quran bagi membolehkan mereka mendalami lagi bacaan dan ilmu tersebut.

"Di harap, mereka akan menjadikan membaca al-Quran amalan sehingga akhir hayat kerana ia sangat dituntut oleh agama," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: BeritaUtama

Posted: 05 Mar 2011 01:11 AM PST

Harian Metro: BeritaUtama


Kikis 80 teman lelaki

Posted: 04 Mar 2011 11:37 AM PST

KUALA TERENGGANU: Selepas diceraikan suami kerana curang, seorang wanita pertengahan umur sedikit pun tidak insaf, sebaliknya semakin ligat bertukar-tukar pasangan untuk mengikis wang mereka. Sasarannya ialah lelaki berusia 60 hingga 70 tahun.

Mahu dikenali sebagai Nora, wanita berusia 44 tahun itu berkata, sudah lebih lapan tahun dia mendapatkan wang dengan cara tidak bermoral itu dan sepanjang tempoh berkenaan kira-kira 80 lelaki veteran menjadi mangsanya. Dalam pengakuannya kepada Harian Metro, Nora memberitahu dia mula menjalin hubungan sulit dengan lelaki tua yang berduit ketika dia masih bergelar isteri orang.


"Kira-kira tujuh tahun saya curang di belakang suami saya. Terus terang saya lakukan itu semua kerana duit disebabkan suami saya kurang berkemampuan. Apabila tembelang saya dikesan suami, saya diceraikan awal tahun lalu. "Selepas menjanda, saya semakin ligat kerana tiada siapa yang menanggung hidup saya. Hasilnya, kini saya mampu membeli rumah, kereta, motosikal dan barangan kemas," katanya yang mempunyai seorang anak hasil perkongsian hidup dengan bekas suami.

Nora mendakwa dia mempunyai lebih 80 teman lelaki, majoritinya berusia 60 hingga 70 tahun yang sedia memberi wang kepadanya pada bila-bila masa dan balasannya dia perlu menyerahkan tubuhnya kepada mereka.


"Rakan rapat menggelar saya pisau cukur, tapi saya tak hiraukan gelaran itu kerana lebih penting saya dapat hidup mewah," katanya.


Menurutnya, setiap kali membeli-belah, dia akan meminta teman lelakinya membelikan pelbagai pakaian dan barangan dengan harga mencecah ratusan ringgit.

"Walaupun paras rupa tidak berapa cantik dan usia sudah lanjut, namun dengan menggunakan sedikit ilmu kebatinan yang dipelajari, saya mampu menundukkan mana-mana lelaki yang didampingi.


"Saya menganggap hubungan saya dengan mereka sebagai adil. Mereka mahu meniduri saya dan saya pula inginkan wang serta barangan berharga," katanya.

Katanya, dia selesa dengan apa yang dilakukannya kerana pada setiap waktu wang RM2,000 hingga RM3,000 pasti berada di dalam beg tangannya.


Menurutnya, dengan menggunakan taktik pujuk rayu sambil membelai lelaki 'hidung belang' dia bukan saja mendapat wang, malah rumahnya turut diubah suai oleh teman lelakinya.


"Perwatakan sopan dengan mengenakan pakaian menutup aurat membuatkan lelaki mudah terpikat pada saya dan selepas itu baru saya menjerat mereka dengan kata-kata manis dan berkesudahan di ranjang.


"Saya akui tahu perbuatan saya ini salah, namun perangai mengikis wang lelaki sukar untuk dibuang selepas lebih lapan tahun bergelumang melakukan kerja ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lisdawati menang saman fitnah

Posted: 04 Mar 2011 11:07 AM PST

KUALA LUMPUR: "Ini harga yang dia harus bayar atas apa yang berlaku pada saya selama ini," kata pelakon Lisdawati selepas menang kes saman fitnah terhadap pelakon Siti Naziyah Sheikh Mustafar atau Nadia Mustafar yang difailkan sejak awal 2005.

Merujuk surat Penghakiman Ingkar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bertarikh 29 Julai 2010 dan diterima Lisdawati pada 15 Disember lalu, Nadia diperintahkan membayarnya ganti rugi RM250,000 bersama faedah lapan peratus setahun.


Lisdawati, 32, atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin sambil ditemani suami, Fauzi Nawawi mengadakan sidang media menjelaskan keputusan mahkamah itu semalam selepas Nadia tidak memberi maklum balas terhadap perintah dikeluarkan.

"Saya mahu mempertahankan maruah diri dan keputusan ini membuktikan apa yang dikatakannya ke atas saya dulu adalah fitnah," katanya.


Menurutnya, fitnah terhadapnya itu berlaku penghujung 2003 dengan dakwaan kononnya dia meminjam sejumlah wang Nadia tanpa membayar semula dan mempunyai hubungan sulit dengan produser atau pengarah untuk mendapat tawaran berlakon.


Atas tekanan fitnah yang dihadapi selama setahun, Lisdawati mengambil tindakan mahkamah menerusi peguam, Karpal Singh.

"Fitnah ini menjejaskan maruah, pendapatan dan kepercayaan orang lain pada saya hingga ketika itu saya terpaksa ditamatkan kontrak awal sebagai duta satu jenama pakaian terkenal dan digugur selepas menjalani uji bakat berlakon.


"Selama ini saya berdiam diri tetapi dengan keputusan mahkamah ini saya perlu bersuara untuk membersihkan nama saya.

"Saya tidak pernah pinjam satu sen pun daripadanya. "Saya harap dia berjumpa dengan peguam saya untuk selesaikan perkara ini," katanya.


Malah, Lisdawati menyatakan dia pernah melakukan ujian pengesahan dara sebanyak dua kali di hospital swasta untuk membuktikan dirinya menjadi mangsa fitnah.


"Saya menunjukkan surat doktor itu sebagai bukti kepada peguam saya. Sebelum memfailkan saman, saya terlebih dulu membuat laporan polis pada pertengahan 2004.


"Pada awal 2005, saya mengambil tindakan mahkamah selepas nama saya disebut menerusi media. Bukan saya yang meletakkan harga tuntutan ini tetapi peguam yang tentukan.


"Apapun, saya tidak mempunyai masalah dengannya dan apa yang saya lakukan adalah mahu mempertahankan maruah diri," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

The Malaysian Insider :: Bahasa

Posted: 05 Mar 2011 01:04 AM PST

The Malaysian Insider :: Bahasa


Tarikh pilihan raya Sarawak tiada kaitan ‘sambutan’ 30 tahun era saya, kata Taib

Posted: 04 Mar 2011 10:33 PM PST

Tarikh pilihan raya Sarawak tiada kaitan 'sambutan' 30 tahun era saya, kata Taib

KUCHING, 5 Mac — Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini berkata tarikh memanggil pilihan raya negeri itu tiada kaitan dengan ulang tahun era kepimpinan beliau yang akan genap 30 tahun 26 Mac ini.

Di sebalik spekulasi Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan pertengahan bulan ini bagi membuka laluan kepada pilihan raya negeri kali ke-10, Taib yang akan genap usia 75 tahun 21 Mei ini berkata, pilihan raya negeri akan diadakan  tidak lama lagi.

Bagaimanapun beliau tidak membayangkan tarikhnya.

MENYUSUL LAGI
 

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penoreh getah maut diserang gajah di Gua Musang

Posted: 04 Mar 2011 10:25 PM PST

GUA MUSANG, 5 Mac — Seorang penoreh getah yang cuba menghalau sekumpulan gajah menggunakan mercun bola di sini, maut apabila diserang haiwan itu yang naik minyak akibat terkejut mendengar bunyi letupan mercun tersebut.

Lee Che Hassan, 46, maut selepas seekor gajah betina yang mempunyai anak mengamuk dan melilit beliau menggunakan belalai sebelum menghempas lelaki malang itu ke sebatang pokok dalam kejadian di Kampung Serian Batu 11, semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Saiful Bahri Abdullah berkata Lee sebelum itu cuba menghalau sekumpulan enam ekor gajah liar yang memusnahkan tananam di kebun getahnya.

"Lee mati di tempat kejadian dengan berapa kesan lebam di kepala serta badan," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata kejadian itu disedari rakan Lee di kebun getah bersebelahan, yang kemudian memaklumkan kejadian kepada penduduk kampung.

"Mereka ke tempat kejadian untuk membawa keluar mayat mangsa, namun gajah betina terbabit meluru ke arah mereka menyebabkan mereka menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bagi membantu menghalau kumpulan gajah tersebut," katanya.

Saiful Bahri berkata mayat Lee berjaya dikeluarkan kira-kira empat jam kemudian dan dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

Ini adalah insiden ketiga membabitkan serangan gajah liar di Kelantan sepanjang empat bulan kebelakangan ini.

Pada 23 Jan lepas seorang pekerja Ladang Fokus Bonanza Sdn Bhd, Bernardus Ngongo Naru, 24, cedera parah apabila dilibas dan dipijak seekor gajah liar, manakala pada 6 Dis lepas, seorang pemuda Muhamad Adnan Iberahim maut dipijak haiwan tersebut ketika beliau bersama empat rakan memasuki Hutan Bring dekat Pos Pasik, di sini bagi mencari buah keranji. — Bernama

 

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Nasional

Posted: 04 Mar 2011 11:32 PM PST

Berita Harian: Nasional


Pelabur Australia makin minat

Posted: 04 Mar 2011 03:34 PM PST

Nasional

Penjelasan PM mengenai perubahan dasar dorong tarik pelaburan asing

DATUK Seri Najib Razak berkata, pelabur Australia kini menunjukkan minat mendalam untuk melabur di Malaysia selepas mendapati banyak perubahan dasar dilaksanakan kerajaan sehingga ia menjadi pusat tarikan pelaburan baru yang menarik lagi menguntungkan.

Perdana Menteri berkata, ramai pelabur Australia dan pelabur asing lain tidak mengetahui bahawa kerajaan sudah melaksanakan banyak perubahan dalam dasar pelaburan dan apabila diberikan maklumat yang tepat mereka menunjukkan minat untuk melabur di Malaysia.

Beliau berkata, selepas diberi maklumat mengenai perubahan dasar pelaburan dan Pelan Transformasi Ekonomi (PTE) di Malaysia, pelabur Australia menunjukkan minat dan mendapati Malaysia sebenarnya pusat tarikan pelaburan yang menarik "Berikutan itu, mereka (pelabur Australia) menyatakan minat mendalam untuk melabur di Malaysia, cuma mereka tidak mengetahui secara jelas dasar yang ada," katanya pada sidang media kepada wartawan Malaysia pada hari terakhir lawatannya ke Australia di sini, semalam.

Terdahulu, Najib menerima Ijazah Kehormat Persuratan Undang-Undang dari Universiti Monash atas sumbangan beliau dalam pelbagai bidang dan juga sebagai pemimpin Malaysia.

Najib berkata, sebuah bank tempatan ANZ Banking Group berminat meningkatkan pegangan mereka dalam Kumpulan AmBank (Arab Malaysian Bank) yang kini berjumlah 23 peratus, manakala sebuah syarikat aluminium Rio Tinto berminat membuka kilang melebur aluminium di Sarawak.

"Sebuah syarikat gas (LNG) di Queensland pula turut mempelawa Petronas untuk meningkatkan pelaburannya di Queensland. Petronas kini mempunyai saham berjumlah 20 peratus dalam syarikat itu dan beberapa syarikat lain turut menunjukkan minat untuk melabur di Malaysia termasuk dalam industri mengeluarkan peralatan perubatan," katanya.
Sementara itu, ketika berucap pada majlis jamuan tengah hari anjuran Universiti Melbourne, Najib berkata kerajaan akan terus melabur dalam bidang pendidikan dalam usaha melahirkan lebih ramai rakyat berbakat bagi menjayakan transformasi ekonomi untuk menjadikan Malaysia negara maju dan berpendapatan tinggi.

Perdana Menteri berkata, pendidikan bukan satu perbelanjaan, tetapi ia adalah satu bentuk pelaburan jangka panjang bagi membolehkan negara mempunyai rakyat yang mampu membantu memajukan negara dan seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lelaki dakwa ‘isteri’ mati jatuh bilik air ditahan

Posted: 04 Mar 2011 03:33 PM PST

Nasional

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki berusia 33 tahun yang membuat laporan polis kononnya 'isterinya' mati akibat terjatuh dalam bilik air di rumahnya di Taman Sejati Indah di sini, pagi semalam, akhirnya diberkas selepas tembelangnya pecah.

Hasil siasatan awal polis mendapati, suspek bergaduh dengan 'isteri' yang sebenarnya teman wanita, lalu disyaki memukul kepala mangsa dengan objek tumpul hingga menyebabkan kematian wanita terbabit.

Lelaki itu ditahan kira-kira jam 9 pagi semalam selepas dia datang ke Balai Polis Sungai Petani, di sini untuk membuat laporan mendakwa 'isterinya' mati akibat terjatuh dalam bilik air. Bagaimanapun, polis mengesyaki sesuatu yang tidak kena apabila lelaki terbabit memberi maklumat mengelirukan ketika disoal siasat, lalu bertindak menahan suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Zakaria Ahmad, berkata sebaik lelaki itu ditahan, sepasukan anggota polis pergi ke rumah suspek untuk menyiasat dan menemui mayat seorang wanita dikenali sebagai K Magapulie, 33, terbaring di ruang tamu dengan kesan kecederaan di kepala dipercayai dipukul objek keras.

"Hasil soal siasat mendapati berlaku pergaduhan antara suspek dengan mangsa iaitu teman wanitanya pada kira-kira jam 4 pagi dan selepas itu, suspek keluar dari rumah.

"Tidak lama selepas itu, suspek pulang dan membuat laporan di balai polis pada jam 9 pagi mendakwa 'isterinya' mati kerana terjatuh dalam bilik air. Hasil siasatan juga mendapati mereka belum berkahwin dan mempunyai seorang bayi lelaki yang berusia tiga bulan," katanya di sini, semalam.
Mohd Zakaria berkata, ketika pergaduhan itu, suspek dipercayai memukul kepala mangsa dengan objek tumpul sehingga menyebabkan wanita itu mati.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Politik

Posted: 04 Mar 2011 11:20 PM PST

Utusan Online - Politik


Pembangkang jangan sampai 'bakar negara'

Posted:

Pembangkang jangan sampai 'bakar negara'

Pembangkang jangan sampai 'bakar negara'

Oleh AMRAN MULUP
utusan melaka@utusan.com.my

JASIN 4 Mac - Pemimpin-pemimpin pembangkang diingatkan agar tidak cuba 'membakar negara' menerusi usaha-usaha mewujudkan pergolakan politik seperti yang sedang berlaku di beberapa negara Asia Barat.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar) ketika memberi amaran tersebut memberitahu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mendapat maklumat, mereka sedang merancang untuk menghuru-harakan negara menerusi tindakan ganas dan mengajak rakyat bangkit menentang kerajaan.

Beliau memberitahu, tindakan itu juga menjurus kepada usaha pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan.

"ATM telah menghidu usaha pakatan pembangkang untuk menghuru-harakan negara seperti yang berlaku di Mesir, Yemen, Tunisia dan Libya.

"Saya ingin beri amaran kepada pembangkang terutama tokoh-tokoh mereka supaya jangan bakar negara kerana tindakan mereka sebenarnya cuba menggugat ketenteraman awam dan merosakkan demokrasi yang wujud di negara ini.

"Hasil maklumat diperoleh menunjukkan mereka kini sedang bergerak ke arah itu tetapi kita tidak tahu bila. Ada kemungkinan mereka gunakan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau sebagai landasan," katanya di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Common Center di sini hari ini.

Sehubungan itu, kata Ahmad Zahid, ATM menerusi tiga cabangnya iaitu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat (TD) sudah bersiap sedia menghadapi situasi tersebut.

"Jika ada ancaman cuba dilakukan oleh pembangkang untuk menghancurkan negara, ATM akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan untuk memastikan keamanan dan demokrasi dikekalkan," katanya.

Beliau berkata, usaha pakatan pembangkang itu dikesan sejak berlakunya konflik di beberapa negara Asia Barat dan ia semakin hangat menjelang Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau dan Kerdau.

Katanya, tokoh-tokoh pembangkang menggunakan pentas berkempen di kedua-dua DUN tersebut yang didapati cukup jelas cuba menghasut rakyat supaya menimbulkan kekacauan serta menanam bibit kebencian terhadap kerajaan.

Selain itu, katanya, pembangkang juga turut menghasut rakyat di DUN Merlimau dan Kerdau untuk membuat demonstrasi jalanan dan membenci Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pakatan perlu segera daftar – SPR

Posted:

Pakatan perlu segera daftar – SPR

Pakatan perlu segera daftar – SPR

JASIN 4 Mac – Parti-parti pembangkang digesa mengusahakan dengan serius rancangan untuk membentuk gabungan rasmi seperti Barisan Nasional (BN) bagi mengelakkan masalah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis pada setiap kali pilihan raya kecil.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, beliau tidak pasti apakah kekangan yang dihadapi oleh pakatan pembangkang itu tetapi pada pertemuan dengan suruhanjaya itu mereka memaklumkan 'ada syarat-syarat yang belum dipenuhi'.

Justeru, beliau meminta kepimpinan parti-parti pembangkang terus berurusan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menyegerakan pembentukan gabungan berdaftar tersebut.

"Pada setiap kali kempen pilihan raya kecil termasuk di Merlimau dan Kerdau ketika ini, masalah yang sama berulang iaitu parti-parti sekutu memasang poster dan sepanduk masing-masing sedangkan yang bertanding adalah salah sebuah parti pembangkang.

"Ini baru peringkat pilihan raya kecil tetapi cuba bayangkan masalah yang sama berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-13.

"SPR bukan hendak mengajar, SPR akui itu hak mereka tapi akibatnya kepada kita dan polis kerana akhirnya keadaan inilah punca kekecohan dan kekacauan. Apabila kita turunkan sepanduk, bendera dan poster parti-parti berkenaan, ia mencetuskan provokasi seterusnya kekacauan," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Dalam pilihan raya kecil lepas termasuk Pilihan Raya Umum, Pas, PKR dan DAP tidak dibenarkan menaikkan bendera dan sepanduk bagi tujuan kempen kerana tidak berdaftar sebagai satu gabungan di peringkat nasional.

ROS dalam kenyataannya sebelum ini menjelaskan, pakatan pembangkang boleh mendaftar sebagai sebuah parti gabungan kerana syarat tujuh anggota yang digariskan tidak terpakai bagi parti politik.

Syarat itu hanya terpakai untuk pertubuhan tidak berstatus kebangsaan yang ingin menjadi pertubuhan kebangsaan sedangkan parti politik sudah berstatus nasional.

Kali terakhir pembangkang membuat kenyataan berhubung gabungan secara rasmi itu adalah pada tahun lepas oleh sekretariat yang ditubuhkan khusus untuk merangka dan meneliti soal penggabungan.

Ketika itu salah seorang anggota sekretariat memaklumkan bahawa pakatan itu sedang dalam tahap akhir merangka draf mengenai penggabungannya sebagai sebuah parti di peringkat nasional.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted: 04 Mar 2011 11:17 PM PST

Kosmo Online - Rencana Utama


Semangat juang Ngah Ibrahim

Posted:

Semangat juang Ngah Ibrahim

Semangat juang Ngah Ibrahim

Oleh MOHD. ALIF ABU BAKAR



WALAU nista ditebar serata buana, memalit tanda hitam pada susuk insan bernama Ngah Ibrahim, tidak sekalipun dia tunduk merelakan tanah miliknya dijajah manusia yang tamakkan kekayaan alam sebuah daerah kecil di peta negeri Perak, Larut.

Kisah pilu pembesar Melayu yang digelar Raja Larut itu dibuang negeri ke Pulau Seychelles gara-gara dituduh berkrompromi bersama pejuang-pejuang Melayu lain menentang si lintah darat, British, begitu akrab dengan masyarakat hari ini.

Namun seintim manakah generasi kini mendalami riwayat hidup tokoh terbilang ini? Secara am, kita sekadar tahu pada permukaan sahaja dan enggan menyelami ke pusat dasar cerita.

Tatkala zaman kegemilangan Ngah Ibrahim menerajui Larut, kekayaan miliknya dikongsi tanpa rasa bakhil bersama penduduk tempatan. Terbinanya sebuah kota megah pada tahun 1856 berfungsi sebagai nadi pentadbiran Larut selain turut menjadi kediaman rasmi pembesar Melayu itu.

Kota yang berkeluasan 0.894 hektar itu mencoretkan pelbagai peristiwa penting yang pernah terjadi di Larut. Meskipun pada zahirnya masyarakat melihat ia hanya sebagai sebuah muzium bercirikan bangunan kuno namun jika melangkah masuk ke dalam kota sejarah itu, akan bercampur baur perasaan yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata, segala nostalgia kembali berputar secara kronologi.

Pusat Pentadbiran


PANDANGAN dari pintu utama kota Ngah Ibrahim.


Kota yang dibina berasaskan batu-batu dari Gunung Hijau, Taiping itu beroperasi sebagai pusat pentadbiran Ngah Ibrahim selain turut menjadi tempat tinggal bersama ahli keluarganya.

Waris kelima pembesar Melayu tersebut, Datuk Dr. Wan Mohd. Isa Wan Ahmad menyingkap riwayat gemilang moyangnya selaku pentadbir Larut terulung hingga penduduk setempat menggelar Ngah Ibrahim sebagai Raja Larut.

"Dia merupakan orang paling kaya di Larut dan segala kekayaan yang dimilikinya termasuklah sawah padi, lombong bijih timah dan ladang kopi yang diusahakan oleh penduduk yang kemudiannya membayar cukai sebanyak 1/10 setahun sekali.

"Segala barangan yang dipamerkan di kota tersebut seperti mesin pemprosesan padi dan kopi, peralatan perlombongan bijih timah dan lain-lain menunjukkan kebijaksanaan Ngah Ibrahim menerajui Larut sebagai kawasan pertanian dan perusahaan yang hebat," katanya yang kini memegang jawatan sebagai Orang Kaya Menteri Paduka Tuan, Orang Besar Jajahan Larut, Matang dan Selama.

Usaha mengekalkan penguasaan kota miliknya berakhir apabila termeterainya Perjanjian Pangkor 1874 yang secara halus menghakis kuasa Ngah Ibrahim sebagai pemerintah Larut terutama berkaitan urusan pengutipan cukai.

Nestapa Ngah Ibrahim memuncak apabila pembantu Inggeris yang dilantiknya, Kapten T.C.S Speedy, berpaling tadah apabila mengambil alih kota tersebut yang bertukar status sebagai kediaman dan pejabat mahkamah Speedy yang dilantik secara rasmi sebagai Penolong Residen Perak.

Tragedi pembunuhan


NGAH IBRAHIM (tengah) bersama anak-anaknya.


Kesumat Ngah Ibrahim dan pejuang Melayu Perak yang lain mengakibatkan terjadinya tragedi pembunuhan Residen Perak pertama, J.W.W Birch di Pasir Salak seterusnya membawa kepada kemurkaan British terhadap orang Melayu.

Menurut Mohd. Isa, Dato Maharaja Lela, Dato Sagor, Pandak Endut dan beberapa pejuang Melayu yang lain dipenjarakan di salah sebuah ruang bilik di kota tersebut pada Julai 1876.

"Kita tahu bahawa mereka boleh mengambil peluang untuk meloloskan diri namun mereka tetap tinggal di penjara tersebut sehingga ke hari perbicaraan.

"Mereka kemudiannya dibicarakan di mahkamah yang terletaknya di tingkat dua kota tersebut yang membawa kepada hukuman gantung sampai mati.

"Ngah Ibrahim bersama 40 orang Melayu yang lain pula dibuang negeri ke Pulau Seychelles kerana dituduh bersubahat dalam pembunuhan Birch," ujarnya. Kota Ngah Ibrahim yang diibaratkan khazanah utama Larut sekali lagi direntap penjajah apabila Jepun yang mahukan kota tersebut berfungsi sebagai markas pertahanan mereka selepas Perang Dunia Kedua.

Mimpi ngeri

Tempoh tiga tahun bermula dari tahun 1942 hingga 1945 merupakan tempoh ngeri kepada masyarakat Melayu yang hidup dalam ketakutan akibat pemerintahan kuku besi Jepun.

Selain bertindak sebagai markas, kota tersebut turut menjadi pejabat dan kediaman pegawai-pegawai Jepun. Kesan peninggalan yang paling jelas ialah runtuhan tembok yang mengelilingi kota tersebut yang dilanggar oleh sebuah pesawat Jepun yang terhempas di laman kota tersebut.


SALAH satu pejabat ruang pentadbiran British yang terdapat di kota Ngah Ibrahim.


Sebaik kesemua 'penderhaka' British diusir dari daerah sendiri, bermula dari tahun 1913 hingga 1922 menyaksikan terlakarnya sejarah penting membabitkan kota tersebut apabila ia secara rasmi bertindak sebagai Maktab Perguruan Melayu pertama di Tanah Melayu.

Legasi rumah agam tersebut sebagai kota pendidikan diteruskan apabila dijadikan pula sebagai Sekolah Melayu pada tahun 1923 hingga 1941. Bagaimanapun, keamanan tersebut digoncang kembali pada tahun 1942 ketika Jepun menyerang.

Tunduknya Jepun kepada British mengembalikan kota tersebut dilimpahi cahaya ilmu tatkala kembali dijadikan sebagai Sekolah Melayu yang kemudiannya berterusan menjadi Sekolah Kebangsaan Matang pada tahun 1946 hingga 1983.

Tinggalan barangan pembelajaran umpama papan hitam, meja dan kerusi yang diletakkan di satu sudut kota tersebut menghidupkan momen proses pembelajaran Melayu zaman dahulu.

Ngah Ibrahim menghembuskan nafas terakhir pada 4 Februari 1895. Beliau dimakamkan selama 110 tahun di Singapura.

Jelas Mohd. Isa, amanat moyangnya yang menginginkan jenazahnya disemadikan di kota yang dibinanya sendiri berjaya dijelmakan apabila jenazahnya dibawa pulang ke tanah air pada 9 September 2006.


MAKAM Ngah Ibrahim yang terletak bersebelahan kota.


"Operasi pencarian tidak mudah, saya menghabiskan banyak masa mengkaji sejarah beliau di beberapa buah perpustakaan universiti dan pergi sendiri ke Singapura bagi mendapatkan petunjuk.

"Semuanya berbaloi apabila saya berjaya membawa balik tulang-tulang beliau yang kini tenang disemadikan di laman kotanya sendiri," luah Wan Mohd. Isa.

Kepulangan pemilik asal kota warisan tersebut mengembalikan sinar kegemilangan kota itu semula yang kini menjadi Muzium Matang di bawah pentadbiran Jabatan Muzium Malaysia.

Semangat perjuangan Ngah Ibrahim terasa bersatu dengan pengunjung yang melewati kota tersebut umpama meminta generasi hari ini tidak sekali-kali alpa dalam mempertahankan maruah bangsa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Jenayah

Posted: 04 Mar 2011 11:06 PM PST

Utusan Online - Jenayah


Lelaki bunuh kekasih enggan jual anak

Posted:

Lelaki bunuh kekasih enggan jual anak

Lelaki bunuh kekasih enggan jual anak


ANGGOTA polis mengangkat mayat K. Magapugie yang ditemui mati dipercayai dipukul di Taman Sejati Indah, Sungai Petani, Kedah, semalam.


SUNGAI PETANI 4 Mac - Pasangan ini hidup bersekedudukan lebih setahun lalu dan hasilnya dikurniakan seorang 'cahaya mata' berusia kira-kira dua bulan.

Sepanjang tempoh tersebut, wanita itu kerap mengadu kepada jiran yang dia dipukul teman lelakinya.

Malah, difahamkan mangsa pernah lari ke rumah ibunya di Johor Bahru kerana tidak tahan dipukul tetapi kembali berdamai selepas dipujuk teman lelakinya.

Namun, segala-galanya berakhir hari ini apabila wanita terbabit ditemui mati dengan kesan lebam di bahagian kepala.

Mangsa dipercayai dipukul menggunakan objek tumpul yang ditemui di rumah sewanya di Jalan Indah 6, Taman Sejati Indah, dekat sini hari ini.

Mangsa, K. Magapugie, 33, dikatakan bertengkar dengan teman lelakinya berusia 23 tahun selepas didakwa enggan menyerahkan bayi mereka untuk dijual kepada orang lain akibat kesempitan hidup.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad, pada mulanya lelaki itu tampil membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani memaklumkan isterinya mati terjatuh di dalam rumah.

"Suspek membuat laporan polis kira-kira pukul 9 pagi. Bagaimanapun tingkah lakunya yang mencurigakan mendorong polis menghantar sepasukan anggota ke rumah terbabit untuk membuat pemeriksaan," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali.

Mohd. Zakaria berkata, polis yang tiba di rumah terbabit mendapati mayat mangsa ditutup rapi dengan kain dan diletakkan di ruang tamu.

"Pemeriksaan lanjut mendapati ada beberapa kesan kecederaan di bahagian badan dan kepala mangsa. Ekoran itu, suspek ditahan bagi membantu siasatan," katanya.

Beliau memberitahu, berdasarkan keterangan saksi, pasangan tersebut dikatakan bergaduh kira-kira pukul 4 pagi ini.

"Kedua-duanya bertengkar dengan kuat sehingga boleh didengari oleh jiran-jiran pada awal pagi. Tidak lama selepas itu, suspek dikatakan keluar dari rumah dan kembali semula tetapi jiran-jiran tidak lagi mendengar suara wanita terbabit," katanya.

Tambah Mohd. Zakaria, semakan lanjut mendapati, pasangan itu tinggal tanpa ikatan perkahwinan sejak lebih setahun lalu dan hasilnya mempunyai seorang anak lelaki berusia kira-kira dua bulan.

"Suspek tidak mempunyai pekerjaan tetap sementara mangsa pula tidak bekerja. Kita percaya, pasangan ini menghadapi masalah kewangan kerana didapati gagal membayar tunggakan bil elektrik serta air sejak beberapa bulan lalu," katanya.

Kata beliau, siasatan kes tersebut dianggap selesai berikutan penahanan suspek berkenaan.

"Polis mengklasifikasikan kes itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori," katanya.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk dibedah siasat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua suspek kes bunuh pemandu teksi ditembak mati

Posted:

Dua suspek kes bunuh pemandu teksi ditembak mati

Dua suspek kes bunuh pemandu teksi ditembak mati


HAMZA Taib (tengah) menunjukkan beberapa butir peluru dan pistol yang dirampas daripada penjenayah ditembak mati semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Kota Kinabalu, semalam.


KOTA KINABALU 4 Mac - Polis menembak mati dua penjenayah yang dikehendaki kerana dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan pemandu teksi di ladang kelapa sawit di Jalan Sungai Batang, Sandakan, Isnin lalu.

Dalam kejadian pukul 2.05 petang semalam, kedua-dua suspek itu ditembak kira-kira tujuh kilometer dari lokasi pemandu teksi terbabit dibunuh.

Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Hamza Taib berkata, penjenayah itu berjaya dikenal pasti hasil maklumat awam dan intipan pihak polis.

"Apabila sampai di tempat kejadian, lelaki berkenaan diarahkan menyerah diri tetapi telah bertindak melepaskan tembakan kearah polis.

"Pasukan polis terpaksa membalas tembakan dan mengenai kedua-dua penjenayah itu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Negeri, Senior Asisten Komisioner Omar Mamah dan Timbalannya (Risikan dan Operasi), Asisten Komisioner Mohd. Khalil Mohd. Kadir.

Pada Isnin lalu seorang pemandu teksi ditemui mati tertiarap berhampiran teksinya dengan kesan tembakan di mulut dan kerongkong di kawasan tapak pembinaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Jalan Sungai Batang, Batu 10, Sandakan.

Mangsa, Junaidi Saman, 53, dijumpai oleh seorang pengawal keselamatan tapak pembinaan tersebut dalam keadaan tertiarap kira-kira satu meter daripada teksinya pada pukul 6.30 petang.

Menurut Hamza, hasil pemeriksaan di lokasi kejadian menemui sepucuk pistol jenis Colt 45, empat butir peluru dan telefon bimbit daripada suspek-suspek.

Katanya, bagaimanapun tiada sebarang pengenalan identiti ditemui pada suspek-suspek berusia 30-an itu.

"Motif kejadian masih disiasat dan kita tidak menolak kemungkinan samun dan balas dendam.

"Pihak polis percaya penjenayah itu terlibat dalam pembunuhan pemandu teksi berdasarkan kepada jenis senjata yang digunakan," katanya.

Beliau berharap orang ramai terus memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membanteras jenayah di negeri ini.

"Jadi saya ingin merakamkan terima kasih kepada orang ramai yang beri maklumat tersebut kepada polis," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysiakini :: Berita

Posted: 04 Mar 2011 07:35 PM PST

Malaysiakini :: Berita


Muhyiddin ingatkan Pakatan jangan main api

Posted: 04 Mar 2011 02:26 AM PST

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memberi amaran kepada Pakatan Rakyat supaya tidak bermain api dengan menghasut rakyat menggulingkan kerajaan seperti yang sedang berlaku di Timur Tengah.

NONETimbalan Perdana Menteri berkata tindakan pemimpin Pakatan Rakyat membandingkan Malaysia dengan negara-negara tertentu yang sedang menghadapi krisis politik itu adalah sesuatu yang amat tidak bertanggungjawab.

"Ini provokasi pembangkang...tidak bertanggungjawab, tidak demokratik dan sengaja mahu membuat huru-hara bila mana buat perbandingan situasi di Malaysia bila semua orang tahu, adalah negara yang aman, makmur dan membangun dengan pesat, rakyat jelata menikmati kemajuan yang agak tinggi berbanding negara itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis beramah mesra dengan penduduk Kampung Badok di Temerloh.

egypt revolution mubarak steps down huge crowd 1Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan pemimpin Pakatan dalam siri ceramah pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Kerdau di Pahang dan pilihan raya kecil bagi kerui DUN Melaka kawasan Merlimau, yang seolah-olah mengajak rakyat berdemonstrasi menggulingkan kerajaan.

Muhyiddin berkata Pakatan seharusnya jujur jika mahu membandingkan Malaysia dengan negara-negara yang sedang dilanda krisis politik itu.

"Dia boleh buat perbandingan tapi sebenarnya bukan satu perbandingan (yang) betul, apa lagi membuat provokasi, macam bermain dengan api, memprovokasi rakyat bangkit dan menentang kerajaan," katanya.

Muhyiddin berkata kerajaan pimpinan BN sentiasa mengamalkan dasar yang membolehkan rakyat segenap lapisan menyampaikan apa sahaja pandangan atau perkara yang diperlukan untuk perhatian kerajaan menerusi pelbagai saluran.

NONE"Kita mengamalkan sistem demokrasi yang segar di mana setiap lima tahun sekali ada pilihan raya...dia (pembangkang) menang juga, kita pun ada menang dalam pilihan raya kecil, dia kalah, kita pun ada ada kalah.

"Dari segi amalan demokrasi, itu sudah cukup membuktikan negara ini sebuah negara demokratik, negara yang tidak dijalankan atas dasar autokrasi, diktatorial, kalau dibandingkan presiden sebuah negara (lain) dengan Malaysia, (sebenarnya) tidak boleh buat perbandingan," katanya.

- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis dakwa Anwar dimaklum alasan tangkapan

Posted: 04 Mar 2011 02:14 AM PST

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan peguamnya, SN Nair, sudah dimaklumkan bahawa penahanan ketua pembangkang itu pada 2008 dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan bertujuan membantu siasatan polis berhubung satu kes liwat.

Superintenden Ahmad Taufik Abdullah dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, memberitahu bicara dalam perbicaraan dalam kes liwat Anwar bahawa siasatan itu berdasarkan laporan yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan.

NONEPegawai dari Cawangan Jenayah Berat (D9) itu mengulangi bahawa beliau memaklumkan kepada Nair apabila peguam itu menghampirinya selepas beliau (Ahmad Taufik) dan pasukannya (polis) menahan kereta Anwar di Jalan Segambut kira-kira 1 tengah hari pada 16 Julai, 2008.

Saksi itu turut memberitahu mahkamah bahawa Anwar dimaklumkan tentang seksyen (undang-undang) yang digunakan untuk menahan beliau ketika tertuduh dibawa dengan kereta ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK KL).

Semasa pemeriksaan utama oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, Ahmad Taufik berkata waran penangkapan diserahkan kepada beliau oleh Pegawai Penyiasat Timbalan Superintenden Jude Blaciuos Pereira dan ia diserahkan kepada Anwar di balai polis berkenaan.

NONEBeliau berkata Anwar mengakui menerima waran penangkapan itu dengan menurunkan tanda tangannya pada waran berkenaan dan beliau (Ahmad Taufik) membuat salinan sebelum menyerahkannya semula kepada Pereira.

Salinan waran

Ditanya tentang tarikh waran itu dikeluarkan, Ahmad Taufik menjawab 15 Julai, oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Disoal selanjutnya oleh Mohamed Yusof mengenai sama ada beliau hanya menunjukkan waran itu atau membacakan kandungannya, saksi itu berkata beliau melakukan kedua-duanya.

NONEDi peringkat ini, Karpal membantah permohonan Mohamed Yusof untuk mengemukakan salinan waran itu atas alasan ia adalah keterangan sekunder.

Selepas hujah ringkas, Mohamed Yusof bersetuju supaya dokumen itu hanya ditandakan sebagai ID dan akan membuat penghujahan di akhir bicara dalam perbicaraan itu.

Ditanya mengenai orang yang mengeluarkan arahan untuk menahan Anwar, Ahmad Taufik berkata arahan itu dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.

"Beliau mengarahkan saya supaya membuat penahanan itu sekiranya Anwar, yang sedang dalam perjalanan dari Putrajaya (ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) gagal pergi ke IPK KL," katanya.

Ketika disoal balas oleh peguam Karpal Singh yang menegaskan bahawa terdapat dua penahanan terhadap Anwar pada hari berkenaan, Ahmad Taufik menjelaskan penahanan dibuat di Jalan Segambut dan waran diserahkan di IPK KL.

Tidak setuju

Beliau tidak bersetuju dengan cadangan Karpal bahawa beliau berbohong dengan menyatakan beliau telah memaklumkan Nair mengenai alasan penangkapan, padahal Nair dalam keterangannya berulang kali berkata pegawai yang menahan itu tidak berbuat demikian.

Ketika pemeriksaan semula oleh Mohamed Yusof, Ahmad Taufik berkata beliau tidak mempunyai sebab untuk tidak memaklumkan Nair mengenai alasan penangkapan.

Perbicaraan hari ini turut menyaksikan pertikaman lidah antara pasukan pendakwaan dan pembelaan ketika Anwar dipanggil semua oleh pihak pendakwaan untuk menjelaskan kenyataan saksi beliau mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah dan berhubung waran penangkapan itu.

Anwar memberitahu mahkamah bahawa beliau ada menandatangani beberapa dokumen dalam bilik mesyuarat di IPK KL.

Semasa diminta oleh Mohamed Yusof supaya meneliti kenyataan saksi yang asal, Anwar mengesahkan bahawa kenyataan itu direkodkan pada 16 dan 17 Julai 2008 dan beliau ada menurunkan tanda tangan di setiap muka surat kenyataan itu.

NONEBeliau mengakui Ahmad Taufik memaklumkan kepadanya tentang penahanan itu mengikut Seksyen 377B, namun beliau mendesak pegawai itu mengenai alasan penangkapan.

Ketika disoal balas oleh Karpal, sama ada Pereira memberitahu beliau mengenai alasan penangkapannya itu pada bila-bila masa, Anwar sekali lagi berkata beliau bertanyakan Pereira tentang penahanannya, tetapi tiada alasan yang diberi kecuali tuduhan dibacakan kepadanya.

Alasan penangkapan

Ditanya selanjutnya oleh Karpal mengenai kenyataan saksi yang asal dan salinan kenyataan itu, Anwar berkata terdapat perbezaan antara kedua-dua dokumen berkenaan.

NONEAnwar berkata pada muka pertama kenyataan saksi yang asal, terdapat tanda tangan beliau dan Pereira, yang disertai nama mereka. Bagaimanapun, dalam salinan, tidak terdapat tanda tangan.

Seorang lagi saksi pembelaan, peguam R Sivarasa (kiri), yang berada bersama Anwar semasa beliau ditahan di IPK KL, memberitahu mahkamah beliau bergegas ke ibu pejabat polis itu sebaik mendapat tahu Anwar telah ditahan.

Katanya, beliau juga mengikut Anwar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas diberitahu oleh Pereira bahawa polis mahu membawa Anwar ke hospital untuk pemeriksaan perubatan.

azlanSivarasa, Anggota Parlimen Subang, berkata Anwar telah meminta nasihat beliau mengenai permintaan Pereira untuk mendapatkan sampel darah, berikutan itu beliau berbincang dengan peguam lain yang berada di HKL sebelum menasihati Anwar supaya menolak permintaan itu.

Selepas Sivarasa menamatkan keterangannya, Karpal memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau ingin memanggil tiga lagi saksi, termasuk bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar.

Mohamed Yusof, ketika ditemui kemudian selepas kedua-dua pihak bertemu hakim yang mendengar perbicaraan, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah di dalam kamarnya, berkata Karpal membuat keputusan untuk menarik balik permohonannya untuk memanggil tiga saksi itu.

Mohamad Zabidin menetapkan Isnin ini bagi kedua-dua pihak membuat penghujahan bicara dalam perbicaraan itu sebelum membuat keputusan berhubung permohonan pihak pembelaan.


- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pahang

Posted: 04 Mar 2011 07:13 PM PST

Utusan Online - Pahang


Peneroka jadi duta kecil negara

Posted:

Peneroka jadi duta kecil negara

Peneroka jadi duta kecil negara

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my


DUA pelancong Jepun cuba mencanting kain sebagai tanda kehadiran mereka ke Inap Desa Felda Jengka 25 di Kuala Krau, baru-baru ini.


KUALA KRAU 4 Mac - Tanah Rancangan Felda Jengka 25 di sini merupakan satu kawasan penempatan peneroka yang bergantung kepada hasil sawit bagi menampung keperluan kehidupan seharian.

Kini masyarakat di situ boleh berbangga kerana wujudnya program inap desa, sekali gus memberi pendapatan tambahan kepada mereka.

Dikenali sebagai Program Inap Desa Felda Jengka 25, pelbagai kemudahan dan pakej pelancongan menarik disediakan kepada pelancong tempatan dan asing.

Tanah rancangan itu yang terletak dalam gugusan Jengka Segi Tiga begitu dikenali oleh pelancong khususnya dari luar negara.

Kawasan itu boleh dihubungi melalui jalan raya utama sejauh 20 kilometer (km) dari Bandar Jengka, 45km dari Temerloh dan 180 km dari Kuantan.

Inap Desa Jengka 25 yang mula beroperasi pada 2004 menawarkan pelbagai pakej pelancongan seperti kebudayaan, kehidupan masyarakat peneroka dan agropelancongan.

Kedudukannya yang hampir dengan Pusat Rekreasi Gunung Senyum menjadikan tanah rancangan itu lebih popular bagi pelancong asing untuk menerokai tujuh gua misteri di situ.

Penyelaras Inap Desa Felda Jengka 25, Mohd. Tamrin Zakaria berkata, tanah rancangan itu dibangunkan pada 1978 dengan tanaman kelapa sawit seluas 629.45 hektar dan 67.72 hektar pula untuk dijadikan sebagai perkampungan peneroka yang kini dihuni 1,450 orang.

"Felda Jengka 25 juga berdekatan dengan lokasi pelancongan bertaraf dunia seperti Gua Kota Gelanggi, Taman Negara, Jerantut, Pusat Penyelidikan Pertanian Sungai Tekam (PPPTR) dan Sungai Pahang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, aktiviti yang dijalankan ialah merasai kehidupan sebenar masyarakat peneroka tentang kegiatan memetik kelapa sawit, menyusuri Sungai Pahang, memancing ikan, membuat kuih tradisional dan majlis perkahwinan.


PEGAWAI dan kakitangan Felda melihat tapak semaian benih kelapa sawit menggunakan teknologi baru yang menjadi tarikan pelancong ke Felda Jengka 25 di Kuala Krau, baru-baru ini.


Jelasnya, produk pelancongan lain ialah aktiviti kembara jelajah 18 gua termasuk Jebak Puyuh yang terdapat di Gunung Senyum.

"Kita juga mempamerkan kebudayaan dan adat resam orang Melayu kepada pelancong asing yang datang ke situ seperti Silat Gayung Pattani, adat perkahwinan masyarakat Melayu dan aktiviti keagamaan," katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Tamrin berkata, cadangan mewujudkan program inap desa dibuat berikutan terdapat banyak potensi yang boleh dilakukan sebagai salah satu produk pelancongan di tanah rancangan itu.

Menurutnya, potensi produk pelancongan di situ mendorong penduduk bersetuju menjalankan program itu sekali gus meningkatkan pendapatan mereka.

"Inap desa Jengka 25 menawarkan pakej percutian menarik yang mana pelancong akan tinggal dengan keluarga angkat masing-masing bagi mengetahui kehidupan peneroka," katanya.

Katanya, kewujudan program itu turut mendapat sokongan Jabatan Pembangunan Masyarakat Felda dan pengurusan Felda Wilayah Jengka.

Selain itu, katanya, kerjasama kerajaan negeri, Majlis Tindakan Pelancongan Pahang, Persatuan Inap Desa Pahang, Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia turut mengangkat Jengka 25 sebagai destinasi pelancongan baru di negeri itu.

Tambahnya, antara pelancong asing yang melawat tanah rancangan itu adalah dari Jepun, China, Singapura, Amerika Syarikat, Indonesia, Pakistan dan Afrika Selatan.

Menurutnya, bagi memantapkan program tersebut, pengusaha terbabit perlu mengikuti kursus yang dianjurkan seperti protokol menyambut tetamu, bahasa, budaya dan personaliti.

Katanya, tanah rancangan itu turut menandatangani perjanjian persefahaman dengan dua ejen pelancongan dari Korea Selatan pada tahun lalu sebagai usaha mempromosikan kawasan itu kepada masyarakat di negara tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pertahankan Felda-GWGF

Posted:

Pertahankan Felda-GWGF

Pertahankan Felda-GWGF

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my


Syed Ibrahim Syed Ahmad (kanan) beramah mesra dengan pengundi semasa berkempen di Jengka 23, Kuala Krau, semalam.


KUALA KRAU 4 Mac - Generasi baru Felda digesa mempertahankan tanah rancangan daripada 'dijajah' oleh pihak pembangkang kerana mereka akan menghancurkan perpaduan dan kemakmuran di kawasan itu.

Timbalan Presiden Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF), Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, pembangkang hanya membawa kerosakan kerana mereka tiada idealisme untuk membela nasib warga Felda.

Beliau menyifatkan cubaan pembangkang untuk campur tangan dalam kehidupan warga Felda sebagai 'tikus membaiki labu' yang mengundang banyak keburukan kepada peneroka yang majoritinya adalah Melayu.

"Saya selaku anak peneroka dapat menilai secara jelas jasa Felda yang telah mengubah kehidupan peneroka dan generasi baru ke tahap yang lebih baik berbanding dahulu.

"Keluarga saya mula berpindah ke Felda Lembah Klau sehelai sepinggang, tetapi berkat kesabaran, ketekunan dan bantuan berterusan Felda semuanya berubah," katanya ketika menyampaikan ceramah di Felda Jengka 22 di sini semalam.

Abdullah yang juga Ketua UMNO Felda Lembah Klau meminta warga Felda khususnya generasi baru tidak melupakan sejarah hidup masing-masing bagi mengelak daripada dimanipulasikan oleh pembangkang.

Dalam pada itu, jelasnya, GWGF yakin majoriti pengundi Felda Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 25 dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau bertekad menyokong calon Barisan Nasional (BN), Syed Ibrahim Syed Ahmad pada pilihan raya kecil kawasan itu lusa.

Menurutnya, hasil tinjauan yang dilakukan oleh pihaknya mendapati sokongan pengundi terus meningkat kerana faktor calon yang dipilih pemimpin BN diterima majoriti pengundi.

"Di samping itu mereka melihat BN sangat prihatin terhadap masalah warga Felda dan berjaya menyelesaikannya dalam tempoh singkat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penduduk Gunung Senyum dapat sekolah, masjid baru

Posted:

Penduduk Gunung Senyum dapat sekolah, masjid baru

Penduduk Gunung Senyum dapat sekolah, masjid baru


Syed Ibrahim Syed Ahmad bertanya khabar penoreh getah, Sofian Osman ketika berkempen di Kampung Tekal, Kerdau, Kuala Krau, semalam.


KUALA KRAU 4 Mac - Penantian penduduk di Kampung Gunung Senyum untuk mendapat sekolah dan masjid baru akan berakhir tidak lama apabila kerajaan bersetuju menyediakan peruntukan RM8 juta bagi pembinaan dua kemudahan tersebut.

Berita gembira itu diumumkan oleh Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Datuk Ismail Said pada majlis ramah mesra Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama penduduk Rumpun Makmur di sini hari ini.

Ismail berkata, peruntukan sebanyak RM6 juta bagi membina sekolah baru itu akan disalurkan pada pertengahan tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan RM2 juta lagi untuk pembinaan masjid baru.

''Pembinaan sekolah itu akan menyelesaikan masalah penduduk di Gunung Senyum kerana sekolah sedia ada agak jauh dari kampung mereka," katanya ketika berucap pada majlis itu.

Hadir sama pada majlis itu ialah calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Ismail memberitahu, sebanyak enam projek kecil juga diluluskan oleh kerajaan untuk dilaksanakan di Kampung Gunung Senyum terutama yang melibatkan kemudahan awam.

Pada majlis tersebut, Timbalan Perdana Menteri turut menyerahkan surat persetujuan pemberian peruntukan RM2 juta bagi membina masjid baru untuk penduduk kampung terlibat.

Sementara itu, Pengerusi Masjid Kampung Gunung Senyum, Ahmad Abdul Ghani berkata, kedua-dua projek tersebut akan memberi keselesaan kepada mereka kerana kemudahan sedia ada terletak agak jauh.

''Sekolah dan masjid sedia ada terletak lebih lima kilometer dari penempatan penduduk di sini. Sudah dua tahun kami membuat permohonan itu kepada kerajaan bagi keselesaan penduduk," jelasnya.

Katanya, projek itu nanti akan memberi kemudahan kepada penduduk di Kampung Gunung Senyum, Rumpun Makmur, Kampung Pulau Raya dan Seberang Kuala Krau untuk menghantar anak mereka ke sekolah baru tersebut kerana ia lebih dekat.

Setiausaha Masjid Kampung Gunung Senyum, Azeman Mohamed, yang menerima surat persetujuan tersebut daripada Muhyiddin berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana memberi perhatian terhadap permohonan mereka itu.

Katanya, pembinaan masjid itu akan memudahkan lagi penduduk untuk beribadat kerana kedudukannya yang lebih dekat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Mahkamah

Posted: 04 Mar 2011 07:11 PM PST

Utusan Online - Mahkamah


ADUN Lenggeng bersalah

Posted:

ADUN Lenggeng bersalah

ADUN Lenggeng bersalah

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my



RASAH 4 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Mustafa Salim (gambar) didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Seremban di sini hari ini atas tuduhan menerima rasuah RM2,000 daripada seorang kontraktor bagi mendapatkan permit menjual pasir, dua tahun lalu.

Mustafa, 52, yang memakai kot berwarna hitam nampak tenang di kandang tertuduh sementara isteri dan beberapa penyokongnya di galeri awam kelihatan menggelengkan kepala apabila keputusan dibacakan oleh Hakim Amran Jantan.

Dia didapati bersalah menerima suapan RM2,000 daripada M. Manimaran di Restoran Jahrin Maju, Taman Bunga Raya 2, Mantin pada pukul 5 petang, 31 Ogos 2008.

Mustafa yang dipilih sebagai ADUN Lenggeng pada 2008 didakwa menerima suapan itu sebagai dorongan untuk mengeluarkan permit menjual pasir kepada pengadu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun serta denda lima kali ganda daripada nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi.

Amran menetapkan 1 April ini untuk menjatuhkan hukuman.

Mahkamah bagaimanapun membebaskan Mustafa daripada dua lagi tuduhan meminta wang daripada pengadu melalui orang tengah berjumlah RM2,000 dan RM3,000 di Lot 1321, Mukim Pantai pada 28 Ogos 2008 serta di pejabat SPRM di Jalan Dato' Kelana Makmur pada 30 Ogos 2008.

Terdahulu, Amran berkata, tertuduh yang memberi keterangan bersumpah mendakwa dia tidak menerima atau meminta wang itu daripada pengadu dan juga memberitahu bahawa kedatangannya di restoran tersebut disalaherti oleh pengadu.

''Bagaimanapun, seorang saksi pendakwaan yang juga anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berada di lokasi kejadian mendengar perbualan mereka mengenai surat sokongan untuk mendapatkan permit menjual pasir dan besi buruk.

''Keterangan saksi yang melihat kejadian tersebut konsisten dengan keterangan yang diberikan oleh pengadu dalam kes ini,'' katanya.

Ujar Amran, tertuduh juga mendakwa tidak mengambil dan hanya menyentuh wang RM2,000 dalam satu sampul surat yang diletakkan di atas meja oleh pengadu serta memberitahu bahawa dia tidak selesa dengan tindakan pengadu tersebut.

''Namun satu rakaman video menunjukkan tertuduh masih duduk ditempat duduknya dan dia juga dilihat berbual dan ketawa sambil menghisap rokok.

''Tindak-tanduk tertuduh menunjukkan dia gagal memberi penjelasan yang jujur,'' ujarnya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM, Kevin Morais manakala Mustafa diwakili peguam Datuk Taqiyuddin Yahya dan Feisal Mustapha.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anwar, peguam dimaklumkan

Posted:

Anwar, peguam dimaklumkan

Anwar, peguam dimaklumkan

Oleh AMIRUDDIN HARUN dan SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 4 Mac - Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan peguamnya, Sankara Nair telah dimaklumkan bahawa penangkapan Ketua Pembangkang itu pada 16 Julai 2008 adalah di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Supritendan Ahmad Taufik Abdullah, 49, dari Bahagian Unit Tindakan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman yang ditugaskan menangkap Anwar berkata, dia menyatakan demikian semasa ditanya oleh Nair setelah dia bersama pasukannya memintas kereta ahli politik itu di Segambut kira-kira pukul 1 petang pada tarikh tersebut.

''(Anwar ketika itu) berada dalam kereta, pintu (kereta) dah terbuka, kalau tak silap saya, dia sedang (bercakap di) telefon.

''Lepas itu saya bercakap dengan Datuk Seri (Anwar) dan lepas ditanya saya beritahu dan minta dia ikut,'' katanya sebagai saksi pendakwaan tunggal pada prosiding bicara dalam perbicaraan (TWT) dalam kes liwat membabitkan Anwar dan Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 26.

Anwar, 64, didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya itu mengikut Seksyen 377B kanun tersebut di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Bicara dalam perbicaraan tersebut diadakan selepas Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah membenarkan permohonan pasukan pembelaan yang mempertikaikan kemasukan barang-barang seperti tuala kecil 'Good Morning, berus gigi dan botol plastik jenama 'Cactus' untuk dijadikan bahan bukti dalam kes liwat tersebut.

Barang-barang tersebut dirampas dari lokap yang menempatkan Ketua Pembangkang itu ketika ditahan di Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) ibu negara pada 17 Julai 2008.

Ahmad Taufik berkata, selepas Anwar dibawa ke IPK, pegawai penyiasat, Deputi Supritendan Judy Blacious Pereira (kini Supritendan) telah memberinya satu waran tangkap untuk diserahkan kepada Anwar setelah diminta menurunkan tandatangan.

Menjawab soalan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden, saksi itu berkata, waran tangkap bertarikh 15 Julai 2008 dikeluarkan atas arahan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin kepadanya.

''Arahan yang saya terima ialah sediakan pasukan untuk tangkap Datuk Seri jika Datuk Seri dalam perjalanan dari Putrajaya tidak terus ke IPK Kuala Lumpur,'' katanya yang kini sedang bercuti melanjutkan pelajaran selama 18 bulan.

Ketika disoal balas oleh peguam Karpal Singh, saksi itu menjelaskan, hanya satu tangkapan dibuat iaitu di Segambut manakala penyempurnaan waran tangkap kepada Anwar dibuat di IPK.

Saksi itu juga tidak bersetuju dengan cadangan Karpal bahawa dia berbohong apabila menyatakan telah memaklumkan kepada Nair alasan penangkapan tersebut memandangkan peguam itu dalam keterangannya mendakwa dia (Ahmad Taufik) tidak berbuat demikian.

Terdahulu, Anwar yang dipanggil semula dalam prosiding TWT telah diminta membaca rakaman percakapannya yang antara lain menyatakan bahawa dia telah dijelaskan mengenai alasan penahanannya pada 16 Julai 2008 oleh Judy dan atas nasihat peguamnya, dia memohon agar tiada rakaman video dibuat sepanjang keterangannya diambil.

Selain itu, Judy telah memberitahunya tentang laporan polis yang dibuat oleh Mohd. Saiful Bukhari yang mendakwa dia telah diliwat oleh ahli politik tersebut.

Menurut Anwar, sebelum rakaman percakapan tersebut dibuat, dia juga ada menandatangani satu dokumen ketika berada di sebuah bilik di D9 IPK tersebut tetapi dia tidak dapat mengingati apakah dokumen tersebut.

Mohd. Yusof kemudiannya mengemukakan satu salinan waran tangkap kepada Anwar tetapi tindakan itu dibantah oleh Karpal ekoran dokumen yang dikemukakan hanya satu salinan dan bukannya dokumen asal.

Peguam Cara Negara II itu sebaliknya menyatakan, dokumen itu ditunjukkan untuk membantu Anwar mengingati apakah dokumen yang ditandatangani dan bukannya untuk dijadikan bukti.

Karpal terus membuat bantahan dan meminta anak guamnya agar tidak menjawab soalan tersebut menyebabkan Mohd. Yusof terpaksa 'beralah' buat seketika tetapi menyatakan beliau akan membangkitkan semula isu tersebut.

Sewaktu ditanya sama ada tertuduh ada melihat salinan dokumen rakaman percakapan itu yang telah diserahkan kepada peguamnya pada 14 November tahun yang sama, Anwar menyatakan dia ada melihatnya.

Dalam jawapannya juga, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memberitahu sewaktu melihatnya, dia tidak membuat sebarang aduan mahupun menyatakan bahawa ia bukanlah rakaman percakapan yang dibuat sebelum ini.

Bagaimanapun sewaktu disoal semula oleh Karpal, Anwar menyatakan terdapat perbezaan antara salinan yang diterima oleh peguamnya dengan dokumen asal yang dibaca di mahkamah hari ini.

Sementara itu, saksi pembelaan ketiga dalam TWT tersebut, peguam R. Sivarasa memberitahu, Judy membuat keputusan sendiri untuk menahan Anwar di lokap D9.

''Saya beritahu kalau sekadar hendak melengkapkan rakaman percakapan, saya sanggup beri akujanji sebagai peguam dan akan membawa Anwar semula ke IPK esok hari. Tetapi Judy tetap kata 'ini adalah keputusan saya, saya akan menahannya','' katanya.

Beliau kemudiannya meninggalkan IPK kira-kira hampir pukul 12 tengah malam dan datang semula ke balai berkenaan keesokan harinya.

Sejurus selepas Sivarasa selesai memberi keterangan, Karpal tiba-tiba memaklumkan hasrat untuk memanggil Mohd. Bakri, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan dan bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Tindakan itu bagaimanapun hanya mengundang rasa kurang senang Hakim Mohamad Zabidin terutamanya apabila peguam itu memaklumkan sapina masih belum dikeluarkan untuk memanggil ketiga-tiga individu itu.

Karpal bagaimanapun menarik semula permintaan itu selepas kesemua pihak terbabit menemui hakim tersebut di kamar beliau.

Mahkamah menetapkan Isnin ini untuk hujahan TWT.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Rencana

Posted: 04 Mar 2011 03:21 PM PST

Utusan Online - Rencana


Pas semakin tertekan, terdesak

Posted:

Pas semakin tertekan, terdesak

Pas semakin tertekan, terdesak


Roslan Ahmad melihat poster kempennya ketika melawat Bilik Gerakan BN Wilayah Persekutuan semasa berkempen di sekitar Merlimau, baru-baru ini. – BERNAMA



ROSLAN AHMAD, 44, calon Barisan Nasional (BN) di Merlimau terus menemui pengundi tengah malam tadi.

Beliau ke Ayer Merbau menemui pengundi Cina. Kehadiran sekitar 500 hingga

600 orang. Responsnya bagus, kata Roslan.

"Kita akan teruskan walkabout ini dan kita nak 'cover' satu dua tempat lagi, saya fikir hari ini selesailah.

"Saya tidak mahu sentuh pasal majoriti undi sebab kita tidak meletakkan apa-apa sasaran. Jika majoriti undi tinggi daripada lepas, kita bersyukur dan berterima kasih. Pengundi berhak menentukan pilihan mereka," kata Roslan kepada wartawan Utusan Malaysia, ZULKIFLI JALIL dan RAJA SYAHRIR ABU BAKAR di Merlimau, semalam.

UTUSAN: Bagaimana respons pengundi kepada BN setakat ini?

ROSLAN: Berdasarkan sambutan dan respons pengundi kepada BN dalam beberapa hari kempen ini, saya lihat memuaskan. Sebenarnya sokongan ini sejak dari dulu lagi, cuma dalam kempen pilihan raya Merlimau ini, ia lebih menyerlah.

Saudara yakin BN akan peroleh kemenangan besar?

Bukan berdasarkan terlalu yakin. Kita sentiasa sedar bahawa semuanya boleh berlaku. Namun maklum balas pengundi sendiri yang saya terima ialah mereka memang menyokong BN, Insya-Allah. Ini semua kerana prestasi BN dalam pembangunan dan menyelesaikan masalah rakyat.

Apa 'peluru' terakhir saudara pada hari terakhir kempen hari ini?

Kita sudah di penghujung. Dengan hari ini, sehari lagi sebelum pembuangan undi esok, saya akan lipat gandakan usaha untuk terus berjumpa dengan pengundi. Setakat ini, sudah 80 peratus pengundi sudah ditemui dan kita akan pergi lagi seberapa kerap dan sebanyak mungkin.

Bagaimana dengan baki 20-30 peratus itu?

Sejumlah 20-30 peratus ini adalah pengundi luar. Pendekatan yang akan terus kita lakukan ialah melalui Facebook yang telah saya lancarkan. Ini khususnya untuk mendekati pengundi muda dan luar Merlimau yang boleh berinteraksi terus dengan kita. Banyak juga pengundi luar hubungi saya secara terus.

Benarkah dakwaan Pas bahawa BN guna taktik kotor seperti mengugut sepanjang kempen?

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tradisi BN bela rakyat

Posted:

Tradisi BN bela rakyat

Tradisi BN bela rakyat


MESRA... Calon BN bagi PRK DUN Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad (kiri) beramah mesra dengan pengundi warga emas semasa berkempen di Rumpun Makmur. – BERNAMA



TEMPOH berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau semakin menghampiri penghujungnya.

Esok, seramai 8,999 pengundi akan menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi menentukan wakil rakyat yang baru selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Zaharuddin Abu Kassim meninggal dunia pada 12 Februari lalu.

Boleh dikatakan perjalanan kempen di PRK Kerdau agak bersih dan 'dingin' daripada kejadian-kejadian yang tidak diingini antara dua parti bertanding iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pas.

Dalam pertemuan dengan Utusan Malaysia di Kerdau baru-baru ini, calon Barisan Nasional (BN), SYED IBRAHIM SYED AHMAD atau Syed Ibra optimis bahawa BN mampu mengekalkan rekod bersihnya di DUN terbabit.

Ikuti wawancara wartawan Utusan Malaysia, YUSRI SAHAT dan MUHAMMAD NIZAM ABDUL HAMID dengan Syed Ibrahim yang berjanji untuk meneruskan segala usaha-usaha yang dijalankan oleh Zaharuddin demi kebajikan penduduk di kawasan terbabit.

Dalam pertemuan itu juga, Syed Ibrahim menghormati kredibiliti lawannya, Hasanudin Salim walaupun calon Pas itu pernah kecundang sebanyak dua kali di DUN tersebut pada pilihan raya lalu.

Utusan: Selepas hampir seminggu berkempen, adakah BN yakin dapat menambah undi majoriti pada PRK DUN Kerdau, esok.

Syed Ibrahim: Memang para pemimpin BN menaruh harapan supaya majoriti undi kita semakin meningkat atau dengan kata lain, menang bergaya.

Alhamdulillah, dalam siri pertemuan dengan pengundi di DUN Kerdau, kita dapati pengundi mempunyai komitmen yang tinggi terhadap BN dan ini saya nampak adalah faktor pucuk pimpinan yang berjaya mengekalkan tradisi membela rakyat sebagai asas perjuangannya. Tradisi itu dapat mereka rasai dalam kehidupan dan ia bukan cerita dongeng.

Sepanjang tempoh berkempen kali ini, seolah-olah tiada isu besar dibangkitkan oleh kedua-dua parti bertanding.

Hendak kata tiada isu memang mustahil. Isu yang dibuat-buat memang biasa dilakukan. Namun isu yang berkaitan dengan kemaslahatan pengundi, memang ada.

Misalnya, jalan sudah ada tetapi mereka minta dinaiktaraf, elektrik sudah ada tetapi 'power'nya masih kurang. Pendek kata, banyak perkara yang perlu ditambah nilai.

Begitu juga soal kebajikan, golongan warga emas dan orang kurang upaya (OKU) telah diberi bantuan, tetapi memerlukan penambahan berikutan kenaikan kos.

Bagi masyarakat Cina, mereka minta kerajaan membantu merancakkan pembangunan ekonomi. Mereka minta kita fikirkan.

Kalau difikirkan memang mudah, kita bina perumahan dan penduduk akan bertambah. Bagaimanapun, untuk melakukan projek-projek itu, kita memerlukan kekuatan daripada kita sendiri. Kita yakin kerajaan BN memang berusaha ke arah itu.

Bagaimana dengan isu-isu peneroka. Adakah telah diselesaikan.

Isu yang selalu mereka sebut ialah berhubung pembayaran ses. Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya mencari jalan keluar dengan mengumumkan opsyen ketika mengunjungi Felda Jengka 23, baru-baru ini.

Dengan keputusan itu, kerajaan tidak terbeban dan peneroka terbela. Keputusan itu memberikan situasi 'untung-untung' kepada kedua-dua pihak.

Dilaporkan sekurang-kurangnya 54 keluarga di Felda Jengka 23 dikatakan tegar parti pembangkang, adakah BN telah menemui mereka.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Negara

Posted: 04 Mar 2011 01:24 PM PST

Kosmo Online - Negara


Lampu hijau pulang ke Mesir

Posted:

Lampu hijau pulang ke Mesir

Lampu hijau pulang ke Mesir

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
megatlutfi.rahim@kosmo.com.my


Sebahagian pelajar Johor yang belajar di Mesir mendaftar untuk menerima bantuan di Johor Bahru semalam.


KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi sudah mendapat pengesahan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bahawa keadaan di Mesir kini pulih.

Ia sekali gus memberi lampu hijau kepada 13,000 pelajar Malaysia yang dibawa pulang dari negara bergolak itu bulan lalu untuk pulang ke Mesir bagi meneruskan semula pengajian.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, untuk itu, pelajar terbabit perlu mendaftarkan nama mereka dengan kementerian berkenaan sebelum berlepas pulang ke Mesir.

Katanya, pendaftaran tersebut penting bagi tujuan penyelarasan sekiranya berlaku perkara tidak diingini.

"Kehidupan rakyat di Mesir kini seperti biasa, begitu juga pejabat-pejabat kerajaan, syarikat-syarikat perniagaan dan universiti-universiti telah mula dibuka.

"Ini bermakna pelajar Malaysia yang belajar di Mesir boleh membuat keputusan untuk pulang semula ke Mesir bagi menyambung pengajian yang tergendala," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hutang penjawat awam perlu dipantau elak muflis

Posted:

Hutang penjawat awam perlu dipantau elak muflis

Hutang penjawat awam perlu dipantau elak muflis

Oleh ZULKIFLI MANZOR
zulkifli.manzor@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Seri Abu Bakar Abdullah (gambar) meminta ketua-ketua jabatan kerajaan supaya memantau tahap berhutang para pegawai dan kakitangan di bawah kendalian mereka bagi mengelakkan mereka muflis.

Menurut beliau, perkara itu perlu dilakukan bagi memastikan 1.27 juta penjawat awam yang ada ketika ini tidak dibebani hutang yang keterlaluan hingga menjejaskan perkhidmatan mereka.

"Pemantauan ini mudah dilakukan kerana ketua jabatan boleh berbuat demikian dengan memeriksa gaji pegawai dan kakitangan mereka," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jangan rencatkan pembangunan

Posted:

Jangan rencatkan pembangunan

Jangan rencatkan pembangunan


MUHYIDDIN (kiri) memerhatikan gelagat imam Masjid Kampung Badok, Isa Mat Seman yang memeluk Syed Ibrahim selepas solat Jumaat di masjid tersebut di Kerdau semalam.


TEMERLOH - Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau diingatkan agar tidak merencatkan usaha pembangunan dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan memilih wakil rakyat yang salah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rakyat seharusnya memilih calon yang boleh bekerjasama dengan kerajaan negeri dan Pusat untuk mempermudahkan menyelesaikan masalah dan keperluan mereka.

"Maka adalah lebih elok memilih calon yang boleh bekerjasama dengan pimpinan negeri dan Pusat untuk mempermudahkan urusan membantu rakyat daripada segi ekonomi, prasarana, pendidikan, perubatan dan kesihatan dan sebagainya.

"Saya lihat masih ada ruang kawasan Kerdau ini untuk dimajukan," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra di Rumpun Makmur di sini semalam.

Terdahulu, beliau bersama calon BN kawasan Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Kampung Badok, dekat sini.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kota

Posted: 04 Mar 2011 11:18 AM PST

Utusan Online - Kota


Macam jalan dalam kuari

Posted:

Macam jalan dalam kuari

Macam jalan dalam kuari

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
kota@utusan.com.my


KENDERAAN terpaksa dipandu perlahan apabila melalui kawasan yang rosak teruk di Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru, Kuala Lumpur. - utusan/ Firdaus Latif


KUALA LUMPUR 4 Mac - Orang ramai yang melalui Jalan Kuari di Kampung Cheras Baru di sini pasti merungut ekoran keadaan permukaan jalan tersebut yang sangat teruk.

Kata mereka, situasi seperti itu tidak sepatutnya berlaku bagi sebuah jalan yang menjadi laluan utama kepada ratusan ribu penduduk.

"Jalan ini betul-betul macam jalan di dalam kawasan kuari," kata pengguna jalan berkenaan.

Kata mereka, tidak perlu memandu melalui jalan itu untuk merasainya kerana pandangan mata kasar sudah cukup untuk memberikan gambaran sebenar kedaifan jalan tersebut.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati jalan tersebut sangat teruk dan membahayakan penggunanya.

Permukaannya yang berlubang, berlopak besar dan juga beralun akan membuat pemandu seolah-olah seperti sedang menaiki sampan di laut bergelora apabila melaluinya.

Memburukkan lagi keadaan, jalan tersebut juga dipenuhi dengan pasir dan berdebu dan keadaan itu ternyata sangat menggusarkan penunggang motosikal.

Seorang pengguna, Asrul Jasni Othman, 28, berkata, dia tidak ingat sejak bila permukaan jalan yang teruk ini mula berlaku tetapi mengakui ia sudah berlarutan untuk satu jangka masa yang agak panjang.

Katanya, walaupun keadaan jalan itu teruk, dia yang menunggang motosikal, tiada pilihan selain terpaksa juga menempuhnya setiap hari untuk berulang alik dari tempat kerja ke rumah.

"Saya hairan mengapa jalan yang sebegini teruk masih belum diturap semula untuk keselesaan dan keselamatan pengguna.

"Saya pasti ramai yang merungut tentang keadaan jalan ini dan mahu tindakan membaikinya dengan segera diambil," katanya.

Katanya, walaupun jarak sepanjang permukaan jalan yang rosak itu tidak jauh, namun risiko tetap ada terutama kepada motosikal dan kenderaan kecil.

Katanya, dia pernah hampir terjatuh akibat roda motosikalnya terjatuh ke dalam lubang ketika melalui jalan tersebut pada waktu malam.

Seorang lagi pengguna, Saiful Nizam Rashid, 24, berkata, apabila mengekori kereta ketika melalui jalan itu, debu dan pasir akan berterbangan dan ia sangat membahayakan penunggang motosikal.

"Saya berharap jalan ini segera diturap semula kerana orang ramai tidak sepatutnya berhadapan dengan risiko ketika menggunakan jalan ini.

"Jarak jalan yang rosak ini tidaklah sejauh mana dan rasanya tidak sukar untuk pihak bertanggungjawab menurapnya," katanya.

Dia berkata, sebelum ada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku, tindakan segera sewajarnya diambil.

Khalid Abd. Rahman, 26, pula berkata, pihak berkuasa tempatan sepatutnya memandang serius perkara itu dan segera memperbaikinya.

Katanya, selagi jalan tersebut tidak diturap, bukan sahaja orang ramai berdepan dengan risiko kemalangan, kenderaan juga mungkin mengalami kerosakan.

"Kereta saya sudah beberapa kali termasuk ke dalam lubang di sini dan mengalami kerosakan pada rim dan tayar sedangkan perkara itu boleh dielakkan jika pihak berkuasa lebih peka," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Warga miskin terharu dapat makanan

Posted:

Warga miskin terharu dapat makanan

Warga miskin terharu dapat makanan


SUKARELAWAN Pertiwi mengagihkan makanan percuma kepada golongan miskin tegar di Kuala Lumpur, kelmarin.


KUALA LUMPUR 4 Mac - "Perasaan saya ketika ini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Bersyukur dan terharu, itu saja yang mampu saya katakan untuk bantuan makanan ini."

Itulah kata-kata seorang daripada penduduk miskin tegar, Mukarramah Mahmud, 27, yang menerima bantuan makanan daripada Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi).

Pertiwi melalui Projek Dapur Mesra yang dilancarkan Mac tahun lalu menyediakan makanan percuma untuk diagihkan kepada golongan kurang bernasib baik itu di beberapa kawasan di sekitar ibu kota.

"Suami saya tidak mampu mendapatkan pekerjaan kerana statusnya sebagai bekas banduan menyukarkan dia diterima bekerja, lantas saya terpaksa memikul tanggungjawab untuk menyara suami.

"Dengan pendapatan sehari hanya sekitar RM10 hingga RM20, bantuan seperti ini sudah cukup besar bagi golongan miskin seperti saya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Menurut wanita itu, ketika menerima cahaya mata yang pertama, dia terpaksa menyerahkan anaknya itu kepada rumah kebajikan kerana kesempitan wang.

"Akibat tidak mampu membesarkan anak, saya terpaksa menyerahkan bayi pertama saya kepada rumah kebajikan sementara anak kedua dijaga oleh ibu saya di Sarawak.

"Perasaan rindu yang saya tanggung tidak dapat ditahan lagi. Saya tidak tahu bila baru dapat bertemu kembali dengan anak-anak saya," katanya.

Tambahnya, dia berharap lebih banyak badan bukan kerajaan (NGO) yang tampil memberikan bantuan kepada golongan sepertinya yang diibaratkan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Seorang lagi warga miskin, M. Selva, 38, berkata, makanan yang diterimanya melalui bantuan itu kadang kala merupakan makanan pertama yang dijamahnya pada minggu tersebut.

"Terima kasih kepada Pertiwi kerana memikirkan dan prihatin kepada kami yang miskin ini.

"Saya hanya boleh mengucapkan terima kasih dan berharapkan bantuan sebegini berterusan di masa hadapan," katanya yang hanya mampu menyara diri dengan menjual tin-tin kosong.

Sementara itu, Pengarah Projek Dapur Pertiwi, Munirah Abdul Hamid berkata, bilangan golongan miskin tegar yang tinggi menyebabkan Pertiwi memulakan program tersebut bagi meringankan beban mereka.

"Kami beroperasi empat hari dalam seminggu, bermula malam Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad di empat lokasi iaitu Chow Kit, Kompleks Dayabumi, Puduraya dan Masjid India.

"Kami akan berada di setiap lokasi kira-kira 30 minit untuk mengagihkan kirakira 200 bungkus makanan kepada penduduk miskin," katanya.

Menurutnya, program itu akan diteruskan selama yang mungkin kerana sambutan yang diterima daripada pelbagai pihak amat menggalakkan.

"Syarikat-syarikat yang mahu menunaikan tanggungjawab sosial korporat (CSR) serta penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) telah menyertai kami sebagai sukarelawan untuk membantu melicinkan perjalanan program ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pasar jadi pusat pelupusan

Posted:

Pasar jadi pusat pelupusan

Pasar jadi pusat pelupusan

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS
kota@utusan.com.my

KLANG 4 Mac – Peniaga di Pasar Besar Klang di sini kesal dengan kegagalan pihak berkuasa menguruskan pasar itu dengan sempurna sehingga keadaan prasarananya kini dilihat semakin daif.

Akibat kedaifannya itu, pasar itu menjadi tumpuan aktiviti pembuangan sampah oleh pihak luar termasuk lori-lori sampah yang mahu mengambil jalan mudah melupuskan sampah mereka.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, pihak terbabit mengambil kesempatan membuang sampah-sarap termasuk bahan buangan basah di pasar itu kerana pasar itu boleh dimasuki pada bila-bila masa.

Ia berpunca dari pintu pagar pasar itu yang sudah rosak dan tercabut manakala lampu di premis itu tidak menyala.

Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Besar Klang, Khairuddin Latif, 48, berkata, para peniaga yang terpaksa menanggung kos tambahan bagi melupuskan sampah yang dibuang oleh pihak luar itu.

"Orang luar berani membuang sampah kerana pada waktu malam, kawasan pasar ini gelap," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Katanya, keadaan pasar yang semakin teruk itu turut menyumbangkan kepada kemerosotan jumlah pelanggan.

Setiausaha persatuan tersebut, Abdul Rahim Razak, 47, pula memberitahu, semua pintu pagar di pasar itu sudah rosak menyebabkan lori dengan mudah memasuki kawasan pasar itu untuk membuang sampah.

"Bahan buangan basah seperti bulu dan perut ayam dibuang ke dalam tong sampah besar kami sedangkan di pasar ini tiada peniaga yang memproses atau menyembelih ayam," katanya.

Abdul Rahim berkata, ada pemandu lori sampah dari luar juga didakwa mengugut pengawal keselamatan pasar jika cuba menghalang mereka membuang sampah di situ.

Katanya, masalah pembuangan sampah secara haram yang mencecah enam tan sehari itu menyebabkan kos melupus sampah kepada Alam Flora turut meningkat.

"Kontraktor akan mengenakan bayaran sebanyak RM50 bagi satu tan sampah dan akibat sampah haram itu, kita perlu menambah sehingga RM300 sehari," katanya.

Seorang peniaga, Rahmat Jamil, 43, pula kecewa dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Abd. Rani Osman dan Majlis Perbandaran Klang yang gagal menyelesaikan masalah di pasar itu.

"Jangan tunggu musim pilihan raya sahaja baru turun padang," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: MukaDepan

Posted: 04 Mar 2011 09:24 AM PST

Berita Harian: MukaDepan


Banteras bersama

Posted: 03 Mar 2011 10:18 AM PST

MukaDepan

NAJIB bersalaman dengan Gillard ketika pertemuan di Canberra, semalam.

NAJIB bersalaman dengan Gillard ketika pertemuan di Canberra, semalam.

Malaysia-Australia sepakat tingkat kerjasama tangani pelbagai isu keselamatan serantau

MALAYSIA dan Australia sepakat meningkatkan kerjasama bagi menangani pelbagai isu keselamatan serantau terutama pemerdagangan dan penyeludupan manusia, kegiatan pengganas serta jenayah antarabangsa.

Perbincangan satu jam antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatnya, Julia Gillard di sini, semalam, turut memuktamadkan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-Australia dalam tempoh setahun, kerjasama dalam bidang pendidikan, sukan serta usaha menambah pelaburan dan meningkatkan industri pelancongan kedua-dua negara. Najib berkata, Malaysia akan memainkan peranannya dengan memastikan ia tidak

menjadi pusat transit atau pintu masuk bagi penyeludupan manusia, terutama ke Australia, termasuk dengan melaksanakan hukuman berat terhadap pesalah melalui beberapa akta sedia ada.

Mengenai cadangan Australia untuk menubuhkan sebuah pusat penahanan rantau di Timur Timor untuk memproses pelarian, Najib berkata isu itu akan dibincangkan pada Mesyuarat Menteri Proses Bali akan datang.

"Kita perlukan sedikit masa untuk mengkaji cadangan Australia," katanya pada sidang media bersama, semalam.
Terdahulu, Najib disambut Gillard di pekarangan Bangunan Parlimen Australia. Ketibaan Najib diberi sambutan meriah dengan tembakan meriam 19 das diikuti pemeriksaan barisan kawalan kehormat anggota keselamatan Australia.

Lawatan rasmi Najib ke Australia selama tiga hari bermula kelmarin, sebagai membalas lawatan Gillard ke Malaysia pada Oktober lalu. Bagaimanapun ketika lawatan Gillard yang memilih Malaysia sebagai destinasi pertamanya di rantau ini, Najib menghidap cacar.

Turut serta dalam lawatan itu Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Shabery Cheek; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hasan, dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Mengenai perdagangan, Najib berkata kerjasama ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara meningkat 16.1 peratus tahun lalu kepada kira-kira RM30 bilion, berbanding RM24 bilion tahun sebelumnya.

Najib turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Australia kerana membantu pelajar Malaysia yang terjejas akibat banjir di negara itu, terutama yang tinggal di Queensland baru-baru ini.

Katanya, kerajaan Malaysia simpati dan mengucapkan takziah kepada kerajaan Australia dan penduduknya yang terjejas teruk akibat banjir dan taufan yang melanda Timur negara itu.

Najib juga mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang Australia, Tony Abbott bagi membincangkan pelbagai isu bagi kepentingan bersama dan melawat serta meletakkan kalungan bunga di Memorial Perang Australia, di sini.

Sementara itu, Najib pada majlis makan tengah hari, menggesa sektor industri, pedagang dan ahli perniagaan Malaysia untuk menerokai dan menceburi bidang baru dalam usaha mempertingkat, memperkukuh dan memperluaskan hubungan ekonomi antara kedua negara pada masa depan.

Pada masa sama, Najib juga menghargai peranan penting Australia dalam mempertingkat hubungannya dengan ASEAN dan percaya dalam kerangka hubungan itu ia mampu memperluaskan lagi kerjasama tanpa batasan yang dapat memberi banyak manfaat kepada rakyat di rantau ini.

Sempena lawatan itu, Rosmah turut mempunyai majlis berasingan dengan melawat Sekolah Rendah North Ainslie, Canberra, di sini.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anggota tentera boleh sertai polis

Posted: 03 Mar 2011 10:17 AM PST

TEMERLOH: Mulai tahun ini, anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menamatkan perkhidmatan selepas 21 tahun boleh menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Proses penyerapan jawatan itu dirangka hasil kerjasama antara Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan menerusi program transformasi kerajaan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata setakat ini, 400 permohonan bekas anggota ATM diterima dan mereka yang diserapkan ke jawatan dalam PDRM itu akan memperoleh pendapatan mengikut skim gaji polis.

"Penyerapan jawatan dari ATM ke PDRM ini adalah satu daripada lima bidang kerjasama membabitkan kedua-dua pasukan keselamatan negara iaitu program kawalan bersama, perkongsian pusat latihan, kawalan sempadan dan pertukaran maklumat.

"Sejak November tahun lalu, 15 kawasan di sekitar bandar menjadi perintis apabila dikawal bersama anggota ATM dan polis dan jika selepas enam bulan tempoh percubaannya tamat dan didapati berkesan, ia akan diperluaskan ke seluruh negara," katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan veteran ATM serta keluarga masing-masing di Dataran Sri Ketumbit, Kerdau di sini, semalam.

Pada majlis itu, sembilan veteran ATM menerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) bagi mengiktiraf keperwiraan, keberanian, pengorbanan dan bakti cemerlang ketika berkhidmat dalam ATM.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM, Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan.
Ahmad Zahid berkata, kerjasama antara dua kementerian itu bertujuan memastikan keselamatan negara dan kebajikan bekas tentera terjamin.

"Kerjasama dijangka dapat memberi kesan dalam usaha memerangi jenayah apabila polis ditugaskan menangani jenayah berat, manakala tugasan lainnya dijalankan ATM," katanya.

Beliau berkata, sehingga kini, seramai 8,000 anggota ATM mengambil alih tugas Pasukan Gerak Am (PGA) di 89 depoh polis di sempadan, manakala kira-kira 100 kumpulan pertama rekrut polis kini dilatih di dua pusat latihan ATM.

Selain itu, Ahmad Zahid mengumumkan mulai semalam, kutipan Tabung Hari Pahlawan tahun lalu yang mencecah lebih RM6 juta akan diagihkan kepada PBTM di semua peringkat termasuk cawangan terpilih di seluruh negara.

"Sebagai permulaan, hari ini (semalam) PBTM Pahang menerima sebanyak RM100,740, manakala 15 cawangan persatuan itu di negeri ini pula menerima RM5,000, selain sumbangan kepada PBTM daerah Temerloh.

"Penyerahan wang ini kepada PBTM diharap dapat membantu ahli yang susah dan anak mereka yang akan melanjutkan pengajian ke universiti atau asrama," katanya.

Ahmad Zahid berkata, jumlah yang diagihkan berbeza di peringkat negeri, daerah dan cawangan kerana ia mengambil kira bilangan keahlian di peringkat masing-masing.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Mustafa bin Abdul Abdul Rahman

Kepada masni jasni kalau pencen pesara tentera dua atau tiga ribu sebulan rasanya kami pesara tentera tak perlu bekerja lagi... Biarlah komen tu dengan ikhlas.

ZOLMALDI ISMAIL

En/Cik mazni kalau kamu tidak tahu hal tentera jgn menulis yang bukan2, dalam tentera tiada keistimewaan, hanya kemudah untuk bekerja, tida semua bekas tentera berpencen ribuan ringgit, berapa kerat anak muda kita yg sudi menabur bakti utk negara, termasuk awak, layak xlayak bekas tentera di ambil bekerja dlm PDRM bukan tugas awak, awak tahu berapa ramai bekas tentera yg pencen kaki mereka putus semasa jaga negara, kamu tahu berapa ramai bangsa lain jadi tentera, termasuk kamu yg mempunyai keegoan, jgn perkecil tentera,ingat2, fikirkan2 kembali zaman kominis siapa yg berada dihadapan, hendak bagi kamu tidor nyenyak dan bermimpi xseindah mana pun. jgn cepat melenting dgn anggota keselamatan. apa yg menteri buat sangat betul, kamu tahu apa, nganga saja.

rabia

bagaimanakah cara-cara untuk memohon kemasukan bagi yg pencen awal 15thn tidak sampai 21thn sama ada layak atau tidak.....

felius magupin

bagaimanakah cara-caranya untuk memohon kemasukan daripada ATM ke PDRM selagi saya belum menghabiskan perkhidmatan selama 21 tahun dalam ATM?
adakah saya layak untuk berkhidmat didalam PDRM.sekiranya saya menamatkan perkhidmatan saya selama 12 thn sahaja di dalam ATM?

Jika pesara2 diserapkan ke mana2 Jabatan Kerajaan mengikut kemahiran pesara ia amatlah berbaloi kepada Jabatan dan Negara. Kerana mereka telah ada pengalaman dan disiplin yang tinggi. Kemahiran dan pengalaman mereka juga boleh disalurkan ke agensi berkaitan. Kita harus sedar ramai Pakar Pakar dalam bidang bidang tertentu berhenti di situ sahaja setelah mereka bersara. Apa salahnya kita gunakan aset negara yang bernilai

ahmadman

sepatutnya dah lama dulu dilaksanakan

mamat

antara perkhidmatan 21thn sja, jika berkhidmat 22thn adakah layak bekas ATM memohon. bagaimana
dengan pangkat dan gaji serta adakah pencen ATM akan hilang jika sambung ke khidmatan polis?

raihana natasha bt rosstam

Anggota ATM bawahan terima pencen tak sampai RM2000 sebulan.Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat dan anak-anak yang masih bersekolah,wajarlah diserapkan semula didalam sektor yang masih memerlukan kepakaran mereka sehingga umur 56-58 tahun seperti penjawat awam yang lain.Jangan disia-siakan latihan dan kepakaran yang ada.Ramai pesara yang masih bertenaga,berpengalaman luas dan boleh memimpin tapi akhirnya bertugas sebagai pengawal saja.TERIMA KASIH KERANA MENTERI PERTAHANAN BEGITU MEMAHAMI ANGGOTA BAWAHAN

WakJay

Saya setuju dengan pandangan Masni. Tentera sekarang sudah banyak faedah, gaji, pencen, gratuiti dan sebagainya. Ramai lagi rakyat Malaysia yang perlu pembelaan yang gajinya berada di garis kemiskinan khususnya pekerja swasta. Hidup mereka ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Lebih baik peluang diberikan kepada generasi baru yang memerlukan pekerjaan. Juga sekat kebanjiran pekerja asing yang tidak sudah memberikan impak yang kurang baik kepada budaya masyarakat tempatan.

ANIZAR BIN ABDUL AZIZ

Saya syorkan saudara MASNI JASNI agar memasuki perkhidmatan ATM untuk mendapat keistimewaan dari kerajaan, tq.

Hasrul Hassan

Disyorkan juga kepada bekas tentera yang menamatkan perkhidmatan singkat 13 tahun, 15 tahun dan 18 tahun kerana mereka masih muda lagi dan berpengalaman mengikut syarat-syarat menjadi anggota polis. Golongan bekas anggota tentera yang menamatkan perkhidmatan awal kadang-kadang peluang untuk mencari kerja di luar memang susah. Dengan adanya peluang ini anggota bekas tentera berikut dapat berpeluang bekerjasama dengan anggota polis.

ANIZAR BIN ABDUL AZIZ

Bagaimana nak mohon?

raihana010299

Purata pencen anggota ATM bawahan tidak sampai RM2000.Dengan kos sara hidup sekarang memang membebankan kerana perbelanjaan anak yang ramai dan masih bersekolah(memandangkan anggota ATM terpaksa bersara awal)Nak cari kerja lainpun sukar sebab umur 40an.Kalau penjawat awam lain boleh berkhidmat hingga umur 56-58 tahun, apa salahnya anggota ATM bawahan diberi peluang berkhidmat semula di sektor awam mengikut kepakaran yang diperolehi sewaktu berkhidmat dgn ATM. TERIMA KASIH KERAJAAN MALAYSIA KERANA PRIHATIN DENGAN ANGGOTA ATM BAWAHAN.

mahadi

kalau setakat dengar drp mulut org tak payah nak bercakap, kalau tak tahu situasi sbenarnya, kalau pencen tentera rm 2 ribu buat apa nak kerja lagi,jgn tau cakap je bro kalau tak tahu.yang penting keamanan negara terjamin

landaklaut1304

ada antara kita yang cukup keji menyangkakan bahawa tentera terlalu mengejar kekayaan. Sedangkan krisis dalam diri seorang tentera yang bersara adalah sangat berat. Mereka tidak boleh berhenti bekerja kerana sudah biasa bekerja berat. Manakala pihak polis pula memang memerlukan kepakaran sebahagian anggota ATM yang sudah melebihi 20tahun berkhidmat dalam beberapa bidang kritikal. Tentang asyik bela tentera dan tak cukup kerja, siapa kata tentera dan polis terbela? dikeji orang awam? takde yang tahu nk ucap terima kasih. Kerja merbahaya tetapi dituduh trigger happy. Masih banyak kekosongan dalam bidang pertahanan tetapi oleh kerana mentaliti keji sesetengah pihak yang cuma fikirkan duit, duit dan duit menyebabkan semangat berjuang itu tertinggal. Bersyukur dan jangan cari silap orang sahaja. Adakah setelah anggota lumpuh, patah kaki, ditembak, baru kita mahu peduli? atau mungkin kita langsung tidak peduli? fikirkan...

HJ MOHD YUSOP BIN HJ ABD RAHMAN

che/puan masni jasni. Kalau kami dapat 2 atau 3 ribu sebulan buat apa nak kerja jadi jaga atau pengawal keselamatan. Umur 40 tahun masih lagi bersemangat untuk berkhidmat dengan kerajaan. Apa tah lagi dengan keadaan sekarang. Jenayah makin menjadi2.Kerajaan puas menyeru pada anak2 muda supaya tampil kedepan menjadi tentera atau polis pada pada satu ketika tapi ramai mana yang sanggup ketengah.Bila kerejaan baru umumkan tentera yang bersara bolih pula mohon untuk diserapkan menjadi anggota polis, aduhai pedih pula rasa hati kami.

Shah Harith

saya tertarik dengan artikel yang MASNI JASNI katakan yang tentera tak perlu diambil berkerja lagi..rasanya kerajaan tidak memaksa bekas anggota tentera yang telah berkhidmat 21 tahun untuk berkerja lagi. banyak peluang kerja untuk penganggur di malaysia nie cuma nak tak nak jer berkerja..hidup ATM dan PDRM,terima kasih.

lipin man

saya rasa cadangan kerajaan tu sgt bermanfaat kepada anggota tentere yg akan berpencen.kerana anggota tentera yg berpencen sudah tentu banyak berpengalaman jadi kerajaan boleh menjimatkan sedikit kos untuk latihan. kerana sememangnya anggota tentera ini sudah terlatih. lgpun waktu berpencen umur pun masih muda lg..

Bekat TUDM

masni jasni,saya setuju..seperti di jabatan saya dahulu,ramai Pegawai waren menyambung perkhidmatan sampai ke 25 thn,hinggakan jawatan itu ditutup utk lain2 anggota..mereka sebenarnya takut untuk berhadapan dengan dunia awam yg bakal ditempuhi,sebab di dlm tentera terlampau banyak faedahnya.

Marniyati Mohd. Nor

Keputusan ini boleh dianggap bijak. Ramai pesara tentera yang masih bertenaga dan khidmat mereka sememangnya masih diperlukan. Sekurang-kurangnya boleh menjimatkan kos sesi latihan memandangkan anggota tentera kita sudah sedia terlatih dengan disiplin yang tinggi. Siapa kata pesara tentera mengumpul kekayaan dengan ribuan ringgit pencen sebulan? Mungkin benar untuk pegawai tinggi tentera, tetapi berapa ramai pula jumlah mereka berbanding anggota tentera berpangkat rendah?

yusrilatip

Saya setuju dengan hasrat ini, kebanyakan Tentera yang bersara agak sukar meneruskan hidup sebagai awam kerana kurang pendedahan. kebanyakannya selepas pencen hanya mampu bekerja sebagai pengawal keselamatan yang dilihat mudah bagi mereka walaupun pendedahan kursus peralihan yang pelbagai. Anggapan pencen mereka 3 ribu ke atas tidak benar kerana maksimum gaji peringkat bawah adalah RM3204.00.(Pangkat Tertinggi Peringkat Bawah) Pencen hanya separuh dari gaji. Dengan anggaran pencen 1500 dengan rata2 anak baru 12 tahun masih belum cukup untuk meneruskan hidup tanpa kerja lain. Perlu diingat pencen ini yang tertinggi pangkatnya, apatah lagi yg hanya pencen RM shj. Untuk itu, saya menyokong terus inisiatif ini.

zariah

Untuk pengetahuan En/Cik Masni kebanyakan tentera yang bersara berumur 40 jika masuk tentera semasa 18-19 tahun kecuali pegawai berpangkat ..

noraini ahmad

syor utk mendapat kerjasama yang erat antara anggota tentera & polis sentiasa adakan mesyuarat antara dua pasukan ini, latihan keamanan bersama, kursus,sukan dan apa aktiviti untuk mengeratkan persefahaman tersebut. jika masih bertenaga dan kuat masuk rela jaga keamanan kawasan di tempat kediaman dapat juga elaun.

mohd anuar bin ismail

peluang untuk semua pesara tentera terus berkhdmat untuk kerajaan malaysia.

masni jasni

tentera yg.bersara 21 thn ini sepatutnya tidak perlu diambil bekerja lagi, mereka ini sudah banyak keistimewaan yg telah diberi oleh kerajaan, cukuplah mengumpul kekayaaan, mengikut perkiraan seseorang anggota bersara 21 thn mendpt pencen bulanan mencecah dua tiga ribu sebulan, bagilah peluang kepada jenerasi baru yang masih ramai lagi yang menggangur.kerajaan jgn asyik bela tentera sahaja pandanglah org2 yang tiada pekerjaan, pekerja2 swasta yg bergaji tak sampai seribu, masyarakat inilah yg akan menentukan pemilihan seseorang ketua negara.Cukuplah keistimewaan yg telah diberi kepada anggota tentara walaupun tugas mereka menjaga keamanan & ketenteraman negara. sebenarnya hidup ini tak pernah cukup.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads