Sabtu, 12 Mac 2011

Edisi Semasa

Edisi Semasa


Harian Metro: Mutakhir

Posted: 12 Mar 2011 07:31 AM PST

Harian Metro: Mutakhir


Drebar teksi ditahan miliki ganja

Posted: 11 Mar 2011 10:21 AM PST

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi berusia 38 tahun ditahan kerana memiliki ganja seberat dua kilogram dianggarkan bernilai RM4,000 di rumahnya di Taman Bukit Angkasa, di sini, awal bulan lalu.

Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, suspek disyaki menjadi orang tengah bagi menghantar bekalan dadah kepada pelanggan tertentu di sekitar Kerinchi dan Pantai Dalam.

Katanya, polis turut menemui ganja seberat satu kilogram yang disimpan dalam kereta Proton Wira miliknya dipercayai untuk diedarkan kepada pengedar dadah kecil-kecilan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mayat mangsa lemas ditemui

Posted: 11 Mar 2011 10:16 AM PST

KAJANG: Mayat seorang pekerja kilang, M Ramesh, 28, yang dilaporkan lemas malam kelmarin selepas terjatuh ke dalam Sungai Langat berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Dukung, Lebuhraya Cheras-Kajang, di sini, ditemui kira-kira jam 10 pagi, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Penolong Penguasa Kanan Ahmad Shauqi Abdullah berkata, mayat mangsa ditemui terapung kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

Katanya, mangsa dipercayai lemas selepas terjatuh ketika ingin membuang air kecil dan gagal menyelamatkan diri berikutan arus deras kerana hujan lebat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online

Posted: 12 Mar 2011 07:13 AM PST

Kosmo Online


Lebih 23,000 anak penyu berjaya ditetaskan di Melaka

Posted:

Lebih 23,000 anak penyu berjaya ditetaskan di Melaka

Lebih 23,000 anak penyu berjaya ditetaskan di Melaka

12/03/2011 4:46pm

MELAKA - Sebanyak 23,677 ekor anak penyu jenis karah berjaya ditetaskan di Pusat Pengurusan Penyu Padang Kemunting di Masjid Tanah dekat sini, tahun lepas, dalam usaha memelihara spesies itu daripada pupus.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Datuk Md. Yunos Husin berkata jumlah itu meliputi 48.82 peratus daripada jumlah keseluruhan 48,503 biji telur penyu yang dieram di pusat itu tahun lepas.

Melaka merupakan lokasi pendaratan penyu karah tertinggi di Semenanjung Malaysia dan sejak 2006 hingga tahun lepas, sebanyak 2,031 ekor penyu karah mendarat di pantai sekitar Melaka, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Usahawan Industri Asas Tani Melaka di Kota Fesyen, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini, hari ini.

Beliau berkata, pusat yang ditubuhkan sejak 1997 itu mengesan 50 kes kematian penyu di sekitar pantai di Melaka sehingga tahun lepas antaranya disebabkan terperangkap pada pukat nelayan. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gender bukan penghalang ceburi sukan permotoran

Posted:

Gender bukan penghalang ceburi sukan permotoran

Gender bukan penghalang ceburi sukan permotoran

12/03/2011 4:45pm

ALOR SETAR - Kemahiran aksi lasak bermotosikal kini bukan sahaja dipelopori oleh kaum lelaki malah ia mampu ditandingi sama hebat oleh golongan wanita seperti dibuktikan oleh seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM).

Ilia Iryani Shuib, 25, membuktikan bahawa gender bukan menjadi penghalang untuk terlibat dalam sukan itu.

Bermula hanya sekadar suka-suka, kini aksi lasak bermotosikal sudah menjadi hobinya sejak dua tahun lalu.

"Pada mulanya saya hanya mencari tajaan untuk sebuah program sukan bermotosikal di USM pada 2008 dan apabila syarikat RK-M sudi menaja program itu, saya cuba melakukan aksi lasak dengan bantuan kakitangan syarikat tersebut," katanya ketika ditemui pemberita di Karnival Kedah Sejahtera, di sini, hari ini.

Beliau berkata, dia cuba melakukan aksi-aksi lasak itu kerana mahu memberi sokongan kepada program itu dan melalui program itu dia mula berjinak dalam sukan permotoran. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysia hantar Smart bantu mangsa gempa Jepun - PM

Posted:

Malaysia hantar Smart bantu mangsa gempa Jepun - PM

Malaysia hantar Smart bantu mangsa gempa Jepun - PM

12/03/2011 3:43pm

PEKAN - Malaysia akan menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) untuk membantu usaha menyelamat mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun, semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pasukan berkenaan yang terdiri daripada 15 anggota serta beberapa orang doktor dan pembantu perubatan akan berlepas pada 6 petang ini dengan dua buah pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia.

"Sebagai tanda simpati dan sokongan kita kepada kerajaan dan rakyat Jepun, kerajaan Malaysia akan menghantar Smart Team kita untuk membantu usaha menyelamat mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke kampus Universiti Malaysia Pahang Pekan di sini hari ini. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted: 12 Mar 2011 03:33 AM PST

Utusan Online - Dalam Negeri


Sungai Bonus punca adenovirus?

Posted:

Sungai Bonus punca adenovirus?

Sungai Bonus punca adenovirus?

Oleh WAN RAHIMAH WAN DRAMAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 11 Mac - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak kemungkinan keracunan makanan dan faktor persekitaran antara punca menyebabkan kematian seorang pelatih di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak di sini pada Selasa lalu.

Malah, Sungai Bonus yang mengalir di dalam pusat latihan tersebut dikatakan boleh menyumbang kepada punca merebaknya adenovirus, yang dikesan punca kematian ke atas pelatih Konstabel Mohd. Azizan Azizi, 21.

Yang pasti, virus 'maut' bawaan tikus yang melanda pusat latihan itu belum ditangani sepenuhnya apabila seramai 32 pelatih masih ditahan di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) akibat mengalami simptom jangkitan virus berkenaan sehingga pukul 4 petang ini.

Salah seorang daripada mereka pula ditempatkan ke pusat rawatan rapi (ICU) HKL.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin Ismail berkata, seramai 560 pelatih, termasuk enam staf kini ditempatkan di pusat pengasingan dalam Pulapol sebagai langkah berjaga-jaga.

Jumlah itu, katanya, didapati meningkat berbanding seramai 412 pelatih yang diasingkan untuk menerima rawatan lanjut semalam.

"Jumlah mereka yang ditahan di hospital dan pusat pengasingan dalam Pulapol akan bertambah dan berkurang bergantung kepada hasil pemeriksaan yang dijalankan secara berterusan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis serah dan terima tugas jawatan Pengarah Jabatan Logistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

Serangan adenovirus yang berpunca daripada kencing tikus itu meragut nyawa seorang pelatih Pulapol pada malam Selasa lalu.

Ekoran itu, pelbagai langkah dengan kerjasama beberapa agensi termasuk pasukan perubatan Kementerian Kesihatan terlibat dan kini giat menangani virus berkenaan daripada terus merebak.

Semua latihan dan aktiviti di Pulapol telah digantung sehingga ia disahkan selamat oleh pihak Kementerian Kesihatan.

Menurut Hussin, mana-mana pelatih dan individu sama ada di dalam atau luar Pulapol yang didapati ada tanda-tanda jangkitan seperti demam, batuk dan cirit-birit akan diarah menjalani pemeriksaan segera.

"Mereka ini akan terus ditempatkan di pusat pengasingan sama ada dalam Pulapol atau di hospital, bergantung kepada tahap jangkitan dialami.

"Tindakan segera ini penting segala langkah berjaga-jaga agar virus berjangkit ini tidak terus merebak," katanya.

Malah, tegas beliau, perkhidmatan pengusaha makanan di kantin dalam pusat latihan berkenaan juga telah dihentikan.

Sebarang aktiviti dan langkah seterusnya bergantung kepada laporan hasil ujian dan kajian dari Kementerian Kesihatan, katanya.

Bagi meningkatkan keselamatan tahap kesihatan para pelatih untuk jangka panjang, Hussin berkata, sebuah bangunan asrama dan pusat pentadbiran baru di Pulapol telah sedia untuk digunakan.

Kedua-dua bangunan bernilai RM114 juta itu kini dalam proses untuk diisi, tambahnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lanun: India mohon kerjasama Malaysia

Posted:

Lanun: India mohon kerjasama Malaysia

Lanun: India mohon kerjasama Malaysia

Oleh Marzuki Yusoff


Dr. Manmohan Singh menerima kunjungan hormat Muhyiddin Yassin di kediaman Perdana Menteri India itu di New Delhi, kelmarin. – BERNAMA


NEW DELHI 11 Mac – India berharap Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif (CECA) dengan Malaysia dapat berjalan lancar selain meminta kerjasama dalam memerangi ancaman lanun di perairan antarabangsa.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, harapan tersebut dinyatakan oleh Dr. Manmohan Singh dalam pertemuan mereka di kediaman Perdana Menteri India itu, semalam.

Menurut Muhyiddin, Manmohan begitu komited untuk melihat semua perkara yang dipersetujui oleh kedua-dua negara dapat dilaksanakan apabila CECA berkuat kuasa pada Julai tahun ini.

Mengenai ancaman lanun Somalia, kata Muhyiddin, beliau menyatakan pendirian Malaysia yang turut memandang serius isu tersebut.

''Saya telah memaklumkan kepada Perdana Menteri India bahawa beberapa orang lanun Somalia yang ditangkap kini dalam proses menghadapi perbicaraan.

''Usaha menangani ancaman lanun ini selain melibatkan komitmen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ia juga memerlukan kerjasama dari negara-negara yang menggunakan laluan perdagangan tersebut,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan bertajuk, Pentadbiran Global di Abad Ke-21: Isu-Isu Berbangkit dan Cabaran' di Hotel Taj Mahal di sini, hari ini.

Program itu anjuran Pertubuhan Perundingan Undang-Undang Asia - Afrika dengan kerjasama Kementerian Luar India. Muhyiddin dalam rangka lawatan rasmi lima hari ke negara ini atas jemputan Manmohan.

Mengulas lanjut, Timbalan Perdana Menteri berkata, Manmohan juga gembira dengan kerjasama yang semakin erat antara kedua-dua negara terutama dalam bidang pelaburan, perdagangan, sosial dan sebagainya.

''Manmohan juga berterima kasih atas penglibatan banyak syarikat Malaysia dalam usaha membangunkan projek infrastruktur di India.

''Dalam pertemuan itu, saya mengambil kesempatan memaklumkan kepada Manmohan mengenai harapan syarikat-syarikat Malaysia agar kerajaan India dapat membantu syarikat terbabit supaya dapat terus berkembang,'' tambahnya.

Menurut Muhyiddin, beliau juga turut menyentuh mengenai kerjasama baru yang lebih erat dengan India dalam bidang lain termasuk pelancongan, pendidikan dan teknologi maklumat yang negara itu lebih ke hadapan,'' katanya.

Pada sidang akhbar sama, Muhyiddin memberitahu, Manmohan berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat hadir ke upacara sambutan ke-20 memperingati hubungan India - ASEAN yang akan berlangsung di New Delhi.

Mengulas pertemuannya dengan Menteri Luar India, S.M. Krishna, Timbalan Perdana Menteri berkata, Malaysia berharap negara itu dapat menyelesaikan isu cukai berganda dan perkara-perkara berkaitan dengan kastam.

''Malaysia juga menyatakan harapan agar India dapat memberi sokongan terhadap kita dalam badan-badan antarabangsa yang Malaysia menjadi ahli seperti dalam Badan Hak Asasi Manusia, Majlis Perundingan Antarabangsa dan lain-lain lagi,'' ujarnya. – UTUSAN

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tadbiran global elak krisis dunia - Muhyiddin

Posted:

Tadbiran global elak krisis dunia - Muhyiddin

Tadbiran global elak krisis dunia - Muhyiddin

NEW DELHI 11 Mac - Bencana alam, isu kemiskinan, ekonomi dan ketidakstabilan politik sehingga menjejaskan sesebuah negara memerlukan satu mekanisme global bagi mengelak berlakunya lebih banyak krisis dan kekacauan di dunia ini.

Selain itu, negara-negara kecil perlu segera disediakan mekanisme agar suara mereka dapat didengari secara lebih berkesan di peringkat antarabangsa terutama dalam isu-isu berkaitan ekonomi dan kewangan global.

Ketika melontarkan pandangannya mengenai konsep pentadbiran global kepada para diplomat asing, ahli akademik dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa di sini hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, banyak isu dan permasalahan besar yang berlaku di sesebuah negara atau rantau, tidak boleh lagi dianggap sebagai masalah domestik negara atau rantau terbabit.

Perkembangan pesat dalam teknologi maklumat, kata beliau, menyebabkan masyarakat dunia pada abad ini menjadi semakin bergantung antara satu sama lain sehingga tragedi besar yang menimpa sesebuah rantau seperti bencana alam atau krisis kewangan termasuk akibat salah urus negara bakal memberi kesan kepada rantau lain dari segi ekonomi dan sosial.

''Jika sebuah kilang misalnya menutup operasi, ia menjejaskan peluang pekerjaan serta pasaran global. Apabila berjuta-juta penduduk menganggur, keadaan itu akan mewujudkan kekecewaan rakyat sehingga boleh mencetuskan ketidakstabilan dan huru-hara.

''Begitu juga jika sesebuah pemerintahan tidak berupaya menguruskan negara, ia boleh memburukkan lagi krisis kewangan bukan saja di negara mereka tetapi boleh menular ke seluruh dunia," tegasnya.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika menyampaikan ucapan bertajuk, ''Pentadbiran Global di Abad ke-21: Isu-Isu Berbangkit dan Cabaran'' pada program khas anjuran Pertubuhan Perundingan Undang-Undang Asia - Afrika (AALCO) dengan kerjasama Kementerian Luar Negara India di Hotel Taj Mahal.

Muhyiddin dalam rangka lawatan rasmi lima hari ke India atas jemputan Perdana Menteri negara ini, Dr. Manmohan Singh dan Menteri Luarnya, S.M. Krishna.

Dalam ucapannya itu juga, Timbalan Perdana Menteri berkata, cabaran yang dihadapi oleh pemerintah dunia pada abad ini ialah bagaimana mahu mewujudkan satu sistem pentadbiran global yang benar-benar efektif dan boleh pula diinteraksikan di kalangan negara lain atau rantau. - UTUSAN

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Utara

Posted: 12 Mar 2011 03:31 AM PST

Utusan Online - Utara


Iklan haram cemar Pulau Pinang

Posted:

Iklan haram cemar Pulau Pinang

Iklan haram cemar Pulau Pinang

Oleh ROKIAH ABDULLAH
rokiah.abdullah@utusan.com.my


S.M Mohamed Idris menunjukkan gambar-gambar iklan dirakam oleh penyelidik CAP yang didakwanya dipasang dalam kawasan sebuah sekolah di Pulau Pinang. – utusan/Zhafaran Nasib


PULAU PINANG 11 Mac – Kebanjiran iklan haram sama ada ditampal atau digantung di sekitar bandar raya ini nyata mencemarkan pemandangan dan menyakitkan mata sesiapa sahaja yang memandang.

Apatah lagi apabila mereka yang tidak bertanggungjawab itu semakin berani menampal iklan-iklan tersebut di merata tempat, terutamanya di perhentian bas, papan tanda jalan, dinding bangunan, tiang-tiang elektrik dan pondok telefon.

Malah, pokok, dinding premis dan kenderaan orang awam turut menjadi sasaran mereka untuk mengiklankan perkhidmatan seperti pinjaman wang termasuk oleh ah long.

Selain iklan ah long, perkhidmatan lain yang turut diiklankan dengan kaedah itu adalah rumah sewa, perkhidmatan membaiki bumbung atau paip, perkhidmatan urut, pengiring sosial, kelas tuisyen dan lelongan rumah.

Namun, tindakan pengiklan itu semakin melampau apabila turut menjadikan sekolah sebagai sasaran terbaru untuk mengiklankan perkhidmatan masing-masing.

Taktik terbaru itu didedahkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah membuat tinjauan di seluruh negeri ini, baru-baru ini.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, tindakan memasang papan iklan komersial yang besar dalam kawasan sekolah yang tidak ada sebarang kaitan dengan aktiviti sekolah itu perlu dihentikan dengan segera kerana menyalahi undang-undang malah, menyebabkan suasana sekolah tidak harmoni.

''Tindakan itu amat tidak bertanggungjawab. Sekolah adalah kawasan pelajar menimba ilmu dan bukannya satu kawasan untuk iklan-iklan ditampal. Tindakan tegas patut diambil terhadap pihak tidak bertanggungjawab ini.

''Kita tidak mahu minda dan pemikiran anak-anak tercemar dengan gambar-gambar tidak elok yang terpampang dalam iklan tersebut," katanya pada sidang akhbar di pejabat CAP di Jalan Masjid Negeri, di sini baru-baru ini.

Menurut S.M Mohamed, pihaknya turut menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) menyemak semula peruntukan undang-undang sedia ada bagi mengawal aktiviti pemasangan iklan ditempat terbuka yang semakin tidak terkawal di negeri ini.

Jelasnya, tindakan berkenaan perlu dilakukan kerana undang-undang sedia ada terlalu lemah sehingga membuka peluang segelintir pihak tidak bertanggungjawab dengan sewenang-wenangnya mengambil jalan mudah untuk mengiklankan perkhidmatan masing-masing.

Katanya, iklan serta promosi yang terdapat di mana-mana termasuk di batang pokok bukan sahaja menjejaskan pandangan malahan dalam keadaan tertentu boleh membahayakan orang awam.

''Hasil tinjauan yang dibuat CAP di sekitar negeri ini mendapati iklan berkenaan tidak kira saiz, bilangan, kepadatan dan kepelbagaian terdapat di mana-mana tanpa sebarang kawalan termasuk di kawasan sekolah.

''Pokok-pokok besar juga terpaksa ditebang untuk memberi peluang kepada pemasangan papan iklan selain jalan-jalan yang sibuk sudah bertukar menjadi galeri iklan," ujarnya.

Menurut beliau, semua itu berlaku kerana undang-undang yang ada di negeri ini terlalu lemah sehingga menyebabkan pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan.

Jelasnya, walaupun iklan di kawasan luar dan terbuka itu mendatangkan hasil kepada kerajaan negeri, namun, keselamatan orang awam dan memelihara kecantikan semulajadi serta landskap berkenaan perlu diutamakan kerana jika tidak, pelancong asing mungkin akan beralih ke destinasi lain.

S.M. Mohamed menambah, keadaan berkenaan berlaku di seluruh negeri itu termasuk kawasan luar bandar dan sepanjang lebuh raya.

''Papan iklan besar dalam kawasan sekolah, banting dan kain pemidang iklan pada pokok, papan tanda dan tiang lampu. Iklan bagi acara-acara yang telah berlangsung beberapa bulan juga masih terpasang.

''Begitu juga di beberapa persimpangan jalan dan bulatan utama seperti Jalan Masjid Negeri, Jalan Sultan Ahmad Shah dan Jalan Yap Chor Yee, iklan menjolok mata terpampang begitu sahaja.

"Tindakan segera perlu dilakukan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) supaya landskap semula jadi di negeri ini dapat dikekalkan," katanya.

Justeru, beliau menyeru PBT terlibat menjadikan negara-negara yang telah berjaya mengawal aktiviti pengiklanan di tempat terbuka seperti Brazil, China dan Singapura sebagai panduan dalam melaksanakan peraturan sama di negeri ini.

Katanya, negara terlibat telah membentuk satu dasar pengiklanan yang tidak menggalakkan pemasangan tanda iklan di sepanjang laluan pengangkutan utama termasuk jalan raya , jalan kereta api dan juga kawasan premis.

''Seruan ini bukan sahaja untuk negeri ini, malahan tindakan sama perlu dilakukan oleh semua PBT di negara ini. Satu garis panduan secara spesifik perlu dibuat.

''Jangan hanya memikirkan tentang hasil yang dapat dikutip daripada pengiklanan tersebut tetapi impaknya kepada persekitaran kita.

"Kita tidak mahu sektor pelancong negeri jatuh hanya kerana kurangnya keprihatinan MPPP membendung masalah ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peniaga kecewa tindakan MDKP

Posted:

Peniaga kecewa tindakan MDKP

Peniaga kecewa tindakan MDKP

Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my


Sebahagian peniaga di Sungai Korok, Jitra menunjukkan dokumen termasuk notis sita yang diserahkan kepada mereka pada hari sama premis mereka disita.


KUBANG PASU 11 Mac - Para peniaga di sekitar Sungai Korok di sini, tidak berpuas hati dengan tindakan Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) yang mengambil tindakan menyita premis perniagaan mereka tanpa memberi notis amaran terlebih dahulu.

Anggota penguat kuasa MDKP juga didakwa bertindak kasar dan tidak berhemah semasa menyita premis perniagaan di sekitar kawasan tersebut.

Seorang peniaga makanan, Rokiah Saad, 59 berkata, MDKP menyita kedai makannya yang terletak berhampiran pasar Sungai Korok, Isnin lalu.

"Tiada notis amaran diterima oleh peniaga dan bayaran sewa bulanan saya hanya tertunggak sebulan bernilai RM390.

"Mereka (pegawai MDKP) datang tanpa bercakap apa-apa dan dengan kasar terus menyita gerai saya," katanya ketika ditemui di gerai makannya di Sungai Korok di sini hari ini.

Menurutnya, di kawasan tersebut terdapat hampir 15 lagi gerai peniaga lain yang turut disita oleh MDKP tanpa memberi sebarang notis amaran.

"Sepatutnya mereka memberikan kami notis amaran terlebih dahulu dan kami akan cuba menjelaskan sewa secara beransur-ansur.

"Saya hairan kenapa MDKP mengambil tindakan tersebut kepada kami, sedangkan ada ramai lagi peniaga yang turut mempunyai sewa tertunggak tidak dikenakan sebarang tindakan," ujarnya.

Seorang lagi peniaga, Norhidayu Salleh, 17, berkata, sewa gerai bihun supnya juga tertunggak sebulan sebanyak RM180 dan ketika pegawai MDKP datang dia bersama ibunya di gerai tersebut.

"Saya terkilan apabila pegawai tersebut tidak menjawab persoalan kami dan terus dengan tindakannya menyita gerai ini," ujarnya.

Sobri Basirun, 45, seorang peniaga barangan elektrik berkata, kedainya juga menerima nasib yang sama seperti peniaga gerai makanan di kawasan tersebut.

"Ketika pegawai MDKP datang masih ada pelanggan di kedai saya dan saya tidak dapat berbuat apa-apa ketika itu.

"Sewa saya juga hanya sebulan tertunggak namun tiada notis diterima dan saya sangat tidak berpuas hati dengan tindakan MDKP ini," jelasnya.

Sobri berkata, peniaga-peniaga di kawasan tersebut mencadangkan kepada MDKP supaya bayaran sewa gerai-gerai mereka dibayar setiap hari dan bukannya secara bulanan bagi mengelakkan MDKP datang menyita gerai mereka.

"Saya rasa cara ini lebih baik berbanding secara bulanan dan pihak MDKP mesti datang mengutip bayaran sewa harian daripada kami kerana kami mahu pegawai MDKP yang menjalankan tugas bersikap lebih mesra dan berhemah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ubatan herba antara punca buah pinggang rosak

Posted:

Ubatan herba antara punca buah pinggang rosak

Ubatan herba antara punca buah pinggang rosak


Sebahagian daripada peserta Program Jalan Sihat, 10,000 Langkah Membawa Faedah di Taman Rimba, Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR 11 Mac - Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati mengambil ubat-ubatan berasaskan herba yang dipasarkan secara meluas di pasar atau kaki lima kerana dikhuatiri mengandungi bahan yang boleh mengancam kesihatan, termasuk kerosakan buah pinggang.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Marzukhi Mad Isa berkata, pemakanan ubat-ubatan herba yang dijual tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan turut menjadi antara punca yang boleh menyebabkan penyakit buah pinggang.

Katanya, mungkin ramai yang selesa mengambil ubat-ubatan herba, tetapi mereka sebenarnya tidak mengetahui ia mengandungi racun yang membahayakan kesihatan dalam jangka masa panjang.

"Ada ubat-ubat herba itu didaftarkan dengan nama Kementerian Kesihatan, tetapi ia tidak mendapat kelulusan kementerian, itu pun perlu diambil berat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Program Jalan Sihat, 10,000 Langkah Membawa Faedah' sempena Hari Buah Pinggang Sedunia 2011, peringkat negeri di sini hari ini.

Kira-kira 600 peserta termasuk 150 pesakit buah pinggang menyertai program berkenaan.

Marzukhi berkata, amalan hidup masyarakat pada masa ini juga menjadi antara punca kepada penyakit buat pinggang, seperti tidak menjaga pemakanan sehingga mendapat penyakit kencing manis.

Menurut beliau, punca utama penyakit buah pinggang kronik (CKD) adalah kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Katanya, jumlah pesakit buah pinggang di negara ini meningkat saban tahun yang mana seramai 21,159 pesakit menjalani rawatan dialisis pada 2009 berbanding 11,873 pesakit pada 2004.

"Sejak lima tahun lalu, terdapat antara 3,000 hingga 4,000 pesakit baru yang menjalani dialisis setiap tahun," katanya.

Marzukhi berkata, berdasarkan kajian, dijangkakan 10 peratus atau 2.8 juta daripada keseluruhan penduduk di negara ini mengalami penyakit buah pinggang.

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat supaya menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan hidup.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Mutakhir

Posted: 12 Mar 2011 03:30 AM PST

Berita Harian: Mutakhir


Insiden Adenovirus di PULAPOL tidak disorok: Ismail Omar

Posted: 12 Mar 2011 02:55 AM PST

Mutakhir

KOTA BHARU: Maklumat berkaitan jangkitan virus "Adenovirus" yang berlaku di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Jalan Semarak, Kuala Lumpur tidak akan disorok daripada pengetahuan ibu bapa pelatih Inspektor dan Konstabel pusat itu, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Katanya, semua maklumat akan disalurkan terus kepada ibu bapa pelatih itu dan dakwaan yang menyatakan mereka tidak mendapat maklumat sebenar adalah tidak tepat.

"Kita (polis) sudah letak pegawai di PULAPOL dan saya nasihat ibu bapa itu supaya mendapat maklumat terus daripada pegawai itu. "Kita sentiasa memberikan maklumat terkini dan laluan komunikasi kepada mereka," katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke Batalion Lapan Pasukan Gerakan Am (PGA), Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Jangkitan virus "Adenovirus" dilaporkan merebak di kalangan pelatih PULAPOL sejak 4 Mac lalu hingga mengorbankan seorang pelatih berumur 21 tahun dari Kuala Kangsar, Perak, yang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Selasa lalu.

Jumlah pelatih yang dirawat di HKL akibat jangkitan virus itu kini berkurangan kepada 24 orang hari ini berbanding 32 orang semalam.

Ismail berkata, beliau yakin keadaan yang berlaku di pusat itu akan kembali pulih jika semua pihak mengambil langkah seperti disyorkan Kementerian Kesihatan.
"InsyaAllah dan terkawal dan sehingga tengah hari ini tidak ada kes baru dan jika semua mengikut arahan saya percaya kes ini akan dapat dibendung sepenuhnya," katanya.

Ismail, yang enggan membuat andaian virus itu menular berpunca daripada masalah kebersihan di pusat itu, berkata pegawai Kementerian Kesihatan telah diminta membuat ujian terhadap pelatih bagi mengetahui punca sebenarnya insiden itu.

Sementara itu, Ismail meminta supaya jangan membuat andaian kononnya kadar penyeludupan banyak berlaku sejak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengambil alih sepenuhnya tugas mengawal sempadan Malaysia-Thailand daripada PGA sejak November tahun lalu.

"Keadaan di sempadan sangat terkawal. Jangan buat andaian mengenai perkara itu yang kononnya sempadan negara kita seperti tidak selamat dan semua keadaan yang berlaku di sempadan akan tetap di pantau.

"Di sempadan kita ada anggota tentera, kastam dan Unit Pencegah Penyeludupan (yang sentiasa menjaga sempadan negara). Apa pun PDRM tidak akan lepas tangan dalam soal menjaga sempadan ini," katanya.

Beliau berkata, Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi turut diminta membuat penilaian keadaan di sempadan itu dan sentiasa memberikan taklimat kepadanya tentang perkembangan semasa.

"PGA tidak akan ditarik sepenuhnya dalam usaha mengawal sempadan ini dan kita akan lihat perkara ini dari semasa ke semasa. Khidmat mereka diperlukan dalam menjaga keamanan di tempat lain buat masa ini," katanya.

Mengulas insiden kebakaran yang memusnahkan kediaman anggota PGA Pengkalan Chepa pada 19 Februari lalu, Ismail merakamkan perasaan sedih dan dukacitanya dengan keadaan itu.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu meringankan beban 16 keluarga anggota PGA yang terbabit. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis kawal pantai Terengganu susulan gempa bumi Jepun

Posted: 12 Mar 2011 02:36 AM PST

Mutakhir

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu menggerakkan anggotanya mengawal kawasan pantai terutama di lokasi sering dikunjungi orang ramai berikutan gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun.

Tinjauan Berita Harian di Pantai Batu Buruk di sini, mendapati polis mengarahkan orang ramai tidak menghampiri pantai malah peniaga dinasihat menutup premis masing-masing.

Ombak di Pantai Batu Buruk lebih tinggi dengan permukaan laut di beberapa bahagian bertukar kekuningan akibat bercampur pasir. Ketua Polis negeri, Datuk Jamshah Mustapa, berkata pihaknya meningkatkan pemantauan terhadap seluruh pantai sebaik menerima arahan Ibu pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Sementara itu, seorang pengunjung, Mohd Idris Ahmad, berkata beliau terkejut apabila polis membuat pengumuman meminta orang ramai menjauhi pantai.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Selatan

Posted: 12 Mar 2011 03:24 AM PST

Utusan Online - Selatan


Belajar menyelamat dalam air

Posted:

Belajar menyelamat dalam air

Belajar menyelamat dalam air

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my



RASAH 11 Mac – Mungkin ramai antara kita yang tidak mempunyai pengalaman cukup apatah lagi mempunyai teknik asas keselamatan dalam air apabila berlaku kecemasan.

Malah ada juga persepsi di antara kita yang seringkali memandang sebelah mata mengenai aspek keselamatan dalam air memandangkan kes-kes seperti lemas jarang berlaku di kawasan mereka.

Pun begitu bagi mereka yang menyedari kepentingan aspek ini, perkara seperti ini harus dijadikan sebagai asas bagi membolehkan segala bentuk bantuan dapat dihulurkan dan ia perlu bermula di peringkat kanak-kanak.

Bagi tujuan itu, program Aquakids merupakan salah satu platform terbaik bagi kanak-kanak mendalami serta bagi mendedahkan mereka mengenai teknik asas keselamatan dalam air baru-baru ini.

Program bersama-sama Yayasan Murad anjuran Kelab Wartawan Negeri Sembilan (i-Kwan) di adakan di Kompleks Sukan Seremban 2 dekat sini, melibatkan seramai 20 anak yatim yang berusia antara tujuh hingga 16 tahun.

Presiden i-Kwan, Muhammad Rais Yeop Johari memberitahu, aktiviti amal itu bertujuan memberi pendedahan kepada kanak-kanak itu mengenai teknik asas berenang di samping membina keyakinan diri mereka.

''Seperti mana yang kita ketahui peluang belajar asas renang ini selain memberi ilmu pengetahuan kepada anak-anak ini dapat mengelak risiko lemas sekali gus menguji tahap kecergasan mereka.

''Pelbagai langkah keselamatan telah dibuat yang mana para pelajar yang mengikuti program ini dilengkapi dengan jaket keselamatan sebelum diajar teknik asas renang dan risiko lemas secara individu," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Ditanya mengenai kursus yang diadakan selama dua hari itu, Muhammad Rais menjelaskan kanak-kanak itu turut diberi pendedahan berkenaan risiko semasa berada di dalam air dan teknik-teknik survival sekiranya berlaku kecemasan.

Tambahnya, program yang mendapat kerjasama Yayasan Murad dan Dolphin Swimming Academy (DSA) itu juga mampu memupuk minat terhadap aktiviti sukan air seperti renang dan sebagainya.

Sementara itu, Pengasas Yayasan Murad, Prof. Datuk Abdul Murad Ahmad melihat penganjuran program amal itu yang disifatkannya amat berlainan berbanding program yang lazimnya dianjurkan untuk anak yatim.

''Kita amat mengalu-alukan program seperti ini kerana ia dilihat mempunyai manfaat yang besar bukan sekadar berseronok akan tetapi ia berguna sekali terutamanya pada waktu kecemasan.

''Malah program ini memberi peluang kepada anak-anak yatim yang tidak pernah merasai kehidupan yang dilalui oleh anak yang mempunyai keluarga," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Program yang menyeronokkan

Posted:

Program yang menyeronokkan

Program yang menyeronokkan


AbdUL Murad Ahmad (barisan belakang, lima dari kiri) dan Muhamad Rais Yeop Johari (barisan belakang, enam dari kiri) bersama sebahagian anak-anak yatim pada Program Aquakids di Kompleks Sukan Seremban 2, baru-baru ini.


RASAH 11 Mac - Perasaan gembira selain ceria nyata menyelubungi hati anak-anak yatim di bawah naungan Yayasan Murad yang menyertai program Aquakids bagi mendedahkan mereka mengenai teknik asas keselamatan dalam air baru-baru ini.

Bagi mereka peluang ini merupakan satu pengalaman yang sukar dilupakan apatah lagi ia adalah satu manfaat besar apabila berlaku sebarang kecemasan kelak.

Bagi Mohd. Hakiman Sudirman, 11, peluang yang diberikan ini amat sukar sekali diperoleh apatah lagi beliau baru sahaja mempelajari teknik untuk berenang di dalam air.

''Memang saya rasa cukup bertuah. Tidak pernah saya terfikir untuk menyertai program seperti ini dan ia cukup menyeronokkan.

''Bagi saya inilah pengalaman cukup berharga dan saya berasa berbangga untuk menyertai program seperti ini," katanya di sini baru-baru ini.

Sementara itu, rakannya, Dian Suhailah Abdillah, 12, berkata, inilah kali pertama dia memasuki kolam renang dan lebih menyeronokkan pengalaman itu turut dikongsi oleh rakan-rakannya yang lain.

''Pada masa sama, saya juga diajar bagaimana untuk berenang kerana saya tidak tahu asas mengenainya. Bagi saya ia cukup memberikan manfaat kepada saya.

''Malah tidak semua orang mempunyai peluang seperti apa yang saya perolehi hari ini," katanya.

Sementara itu, Mohd. Haziq Abd. Razak pula berkata, peluang seperti ini menimbulkan rasa minatnya untuk menceburi sukan renang dan menyimpan hasrat untuk menjadi perenang terkemuka negara.

''Bukan itu sahaja teknik yang saya perolehi ini juga diharap boleh membantu orang lain dalam kesusahan lebih-lebih lagi ketika ada orang lemas sama ada di laut ataupun sungai.

''Walaupun pada awalnya saya berasa takut untuk terapung di dalam air namun ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus belajar.

''Tidak mustahil saya juga akan menjadi perenang terbaik satu hari nanti," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rumah penghulu Natar jadi inap desa

Posted:

Rumah penghulu Natar jadi inap desa

Rumah penghulu Natar jadi inap desa

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
utusanmelaka@utusan.com.my


RUMAH Pusaka Penghulu Md. Natar dilengkapi ruang memasak untuk kenduri dan pernah dijadikan lokap untuk penahanan sementara pesalah pada zaman pemerintahan British. - utusan/azli ahad


JASIN 11 Mac - Kerajaan negeri berhasrat menjadikan rumah tradisional Penghulu Md. Natar yang berusia kira-kira 180 tahun di Merlimau di sini menjadi produk pelancongan inap desa sekali gus membantu menambah pendapatan kepada waris keluarga terbabit.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, keunikan dan populariti rumah tradisional Penghulu Md. Natar wajar dikomersialkan melalui program inap desa selaras dengan imej Melaka sebagai negeri pelancongan.

Menurutnya, usaha itu selain meningkatkan pencapaian industri pelancongan negeri, ia turut menyumbang kepada pendapatan negeri dalam sektor berkenaan.

''Amat wajar keunikan dan keistimewaan rumah ini diketengahkan kepada masyarakat luar terutama pelancong asing yang belum pernah melihat sendiri rumah kampung tradisional seperti yang terdapat pada rumah tradisional Penghulu Md. Natar," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan program Jati Diri Seni Warisan Melaka di Rumah Tradisional Penghulu Md. Natar, Merlimau di sini baru-baru ini.

Rumah tradisional Penghulu Md. Natar dibina sebelum zaman pemerintahan British, direka bukan semata-mata untuk kediaman malah berfungsi sebagai sebuah pusat pengurusan mukim dilengkapi ruang memasak untuk kenduri dan pernah dijadikan lokap untuk penahanan sementara pesalah sebelum dihantar kepada polis.

Kata Mohd. Ali, selain keunikan jubin lama dan seni bina yang terdapat pada rumah tersebut, saiz rumah tradisional Penghulu Md. Natar yang agak besar dianggap sesuai dijadikan produk inap desa.

''Saiz dalam rumah ini agak besar, sesuai menampung kehadiran pelancong yang ramai untuk bermalam di rumah ini nanti," katanya.

Malah katanya, rumah tradisional tersebut juga pernah dinaik taraf dan termasuk dalam sebahagian projek pemuliharaan di bawah Jabatan Warisan Negara (JWN) bagi mengekalkan struktur bangunan rumah berkenaan dengan kos sebanyak RM1.7 juta.

Menurut beliau, pihaknya akan mengeluarkan modal perbelanjaan bagi membeli peralatan rumah seperti katil untuk ditempatkan di rumah tersebut.

''Hasil keuntungan daripada peniagaan inap desa ini, kita akan ambil 70 peratus manakala pemilik akan dapat 30 peratus," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Setempat

Posted: 12 Mar 2011 03:08 AM PST

Harian Metro: Setempat


Bertukar ganti ibu angkat

Posted: 11 Mar 2011 12:01 PM PST

KLANG: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun bukan saja terpaksa menahan sedih terpisah daripada ibu kandung, malah sering bertukar ganti ibu angkat yang tidak sah di sisi undang-undang selama beberapa tahun.

Selepas enam tahun hidup terpisah ibu kandung, kini Nur Fatin Nadira Abdullah mencari ibu kandungnya dan mula bersekolah semula seperti remaja lain.


Masalah yang dihadapi Nur Fatin Nadira selama ini bukan saja kehilangan kasih sayang ibu kandung, tetapi juga ketiadaan sijil kelahiran dipercayai berada dalam simpanan ibu kandungnya.

Tanpa sijil berkenaan, gadis terbabit tidak boleh memohon MyKad, malah tidak boleh bersekolah atau menjadi anak angkat yang sah kepada mana-mana keluarga.


Kali terakhir Nur Fatin Nadira bertemu ibu kandungnya, Rosnani Hanifah, ketika berusia lapan tahun dan sering ditinggalkan di beberapa rumah jagaan kanak-kanak sebelum Rosnani hilang tanpa khabar berita.


Gadis itu yang dilahirkan pada 10 Oktober 1997 tidak dapat mengingati dengan jelas memori bersama Rosnani disebabkan faktor usianya yang masih kecil ketika itu dan Rosnani yang berusia awal 40-an kini sering ke luar bandar untuk jangka masa lama. Apatah lagi jika ingin mengingati bapa kandungnya yang tidak pernah bertemu.

"Selepas saya lahir, ibu tinggalkan saya pada kawannya, Zubaidah Nazrul. Dia minta supaya menjaga saya buat sementara waktu. Selepas itu, nenek (ibu angkat Rosnani) pula menjaga saya," katanya pada sidang akhbar di Pusat Perkhidmatan MCA Klang, di sini, semalam.


Nur Fatin Nadira pernah memasuki sekolah pada usia tujuh tahun, tetapi terpaksa berhenti sekolah selepas tiga bulan untuk membantu neneknya menjual makanan proses seperti ikan masin.

Takdir menyebelahi Nur Fatin Nadira apabila terserempak adik Zubaidah yang dikenali sebagai Saripuan yang ingin mengambilnya sebagai anak angkat yang sah di sisi undang-undang. Nur Fatin Nadira ketika itu dilihat berkeliaran di tepi jalan sekitar Sungai Buloh.


Sementara itu, penjual sayur, Ker Poh Hong, 60, yang juga teman baik Zubaidah amat bersimpati melihat nasib Nur Fatin Nadira yang ditinggalkan sebatang kara dan Ker turut membantu menjaga remaja itu sekali-sekala.


Ker yang turut dipanggil dengan panggilan 'nenek' oleh Nur Fatin Nadira merayu Rosnani kembali untuk membantu anaknya itu meneruskan kehidupan.


Sesiapa yang mempunyai maklumat Rosnani boleh menyalurkannya di Pusat Perkhidmatan MCA Klang dengan menghubungi Ching Eu Boon di talian 019-3109897 atau Ker di 016-2028298.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pilu lihat anak digilis kereta

Posted: 11 Mar 2011 11:41 AM PST

SERENDAH: "Saya sedih melihat mayat anak digilis kenderaan dalam kemalangan itu," kata C Suppiah, 74, menceritakan tragedi menimpa anaknya, S Karuppiah, 35, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 38, Jalan Kuala Lumpur menghala Ipoh, dekat sini, kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.40 tengah hari ketika mangsa yang menunggang motosikal dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda dari arah belakang.


Menurut Suppiah, lebih memilukan sejurus mangsa tercampak dari motosikal, beberapa kenderaan lain gagal mengelak sebelum menggilis dan menyeret tubuhnya beberapa meter.

"Saya bergegas ke tempat kejadian selepas dimaklumkan anak terbabit kemalangan. Saya sebak selepas melihat mayat anak dalam keadaan menyayat hati dikerumuni orang ramai," katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendi, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.


Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk bedah siasat dan siasatan masih dijalankan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

The Malaysian Insider :: Bahasa

Posted: 12 Mar 2011 01:30 AM PST

The Malaysian Insider :: Bahasa


Gempa bumi Jepun: Letupan di loji tenaga nuklear Fukushima

Posted: 12 Mar 2011 12:44 AM PST

TOKYO, 12 Mac – Letupan didengar dan asap kelihatn di loji tenaga nuklear No. 1 Fukushima hari ini, lapor agensi berita Jiji memetik polis tempatan.

Awal hari ini, kerajaan Jepun memberi amaran elemen cairan di reaktor nuklear yang rosak ekoran gempa bumi dan tsunami semalam, tetapi berkata, risikonya kecil.

MENYUSUL LAGI

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysia hantar Pasukan Smart ke Jepun, kata Najib

Posted: 11 Mar 2011 11:38 PM PST

PEKAN, 12 Mac — Malaysia akan menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) untuk membantu usaha menyelamat mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun, semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pasukan berkenaan yang terdiri daripada 15 anggota serta beberapa orang doktor dan pembantu perubatan akan berlepas pada 6 petang ini dengan dua buah pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia.

"Sebagai tanda simpati dan sokongan kita kepada kerajaan dan rakyat Jepun, kerajaan Malaysia akan menghantar Smart Team kita untuk membantu usaha menyelamat mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke kampus Universiti Malaysia Pahang Pekan di sini hari ini.

Beliau (gambar) berkata enam ekor anjing pengesan akan turut dihantar bagi mengesan sekiranya terdapat mangsa yang terperangkap dalam runtuhan bangunan.

Mengenai keadaan rakyat Malaysia di negara tersebut, Najib berkata kesemua mereka terselamat daripada bencana itu.

MENYUSUL LAGI

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Timur

Posted: 12 Mar 2011 01:24 AM PST

Utusan Online - Timur


Longgokan sampah lubuk rezeki

Posted:

Longgokan sampah lubuk rezeki

Longgokan sampah lubuk rezeki

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my


Pencari barang buangan gigih mencari 'sesuap nasi' di Pusat Pelupusan Sampah Majlis Daerah Tumpat, Kelantan.


TUMPAT 11 Mac – Lokasinya yang kotor dan berbau busuk, dipandang jijik oleh kebanyakan masyarakat. Jangankan mendekati, terhidu baunya dari jauh sahaja sudah cukup meloyakan. Itulah 'nasib' kawasan yang menjadi pusat pelupusan sampah-sarap dan sisa buangan manusia.

Namun, sedar atau tidak, tempat busuk itu menjadi 'lubuk rezeki' kepada sebahagian penduduk dengan menjadikan Pusat Pelupusan Sampah Majlis Daerah Tumpat (MDT) di Kampung Pengkalan Nangka di sini lokasi utama mereka.

Utusan Malaysia baru-baru ini sempat meninjau suasana kira-kira 19 penduduk yang menjadikan pusat pelupusan sampah tersebut sebagai tempat mereka 'bekerja' setiap hari.

Meskipun setiap hari berhadapan dengan situasi kurang menyenangkan seperti persekitaran yang kotor dan bau meloyakan tekak, ia bukanlah halangan kepada kelompok masyarakat itu.

Bak kata pepatah, 'alah bisa, tegal biasa.' Mereka ini sebaliknya menganggap bau busuk itu ibarat 'satu haruman' pula dalam meredah timbunan sampah bagi mencari 'sesuap nasi.'

Jika kita menutup hidung tatkala berselisih dengan lori-lori sampah, mereka ini sebaliknya 'menyerbu' lori-lori berkenaan yang masuk ke pusat pelupusan sampah itu seawal pukul 8 pagi.

Sebaik sahaja lori tersebut memasuki kawasan tersebut, ibarat semut dengan gula, lori tersebut akan dikerumuni oleh golongan berkenaan untuk mencari barangan buangan yang boleh dikitar dan dijual semula bagi mendapatkan wang untuk menyara hidup keluarga.

Antara bahan buangan menjadi pilihan mereka ialah botol plastik, kertas, tin minuman dan besi buruk yang boleh memberikan hasil agak lumayan.

Seorang pengutip barangan terbuang, Mohd. Firdaus Sabri, 19, berkata, dia tidak berasa kekok dengan kerjayanya itu, malah berpuas hati dengan pekerjaan tersebut kerana mampu memperoleh pendapatan sekitar RM30 hingga RM80 sehari.

"Saya tidak kisah apa orang nak kata, janji rezeki yang saya peroleh ini halal dan cukup buat saya menyara isteri dan anak di rumah.

''Saya akan meneruskan kerja ini biarpun setiap hari tubuh di seliput bau busuk yang meloyakan kerana itulah punca rezeki buat kami," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Tambahnya, selain mengutip barang terpakai, dia dan rakan-rakan lain kerap mendapat 'durian runtuh' apabila menemui barang bernilai seperti barangan kemas dan wang tunai.

"Pernah saya menemui wang tunai sebanyak RM500 di dalam sampul surat, malah acap kali juga saya menemui wang sebanyak RM100. Selain wang tunai, saya juga menemui barang kemas yang dibuang bersama sampah.

"Kerja ini pun tidak ada tekanan daripada mana-mana pihak, siapa rajin dia dapat rezeki lebih," katanya.

Seorang ibu tunggal, Nor Akmani Abd. Wahab, 37, berkata, kerja mencari bahan terbuang bukanlah mudah kerana mereka perlu rajin dan bekerja di bawah terik matahari dan hujan.

Menurutnya, kerja tersebut turut memerlukan kesabaran tinggi kerana pendapatannya tidak menentu, selain terpaksa berdepan dengan bau busuk sampah dan risiko dijangkiti penyakit.

"Jika hujan lebat, kami sekeluarga berteduh di bangsal sementara yang dibina di dalam kawasan ini. Bangsal itu jugalah tempat kami makan dan berehat sambil menunggu lori MDT masuk membawa sampah.

"Kami sudah lali dengan bau busuk. Kaki juga sudah biasa memijak air sisa sampah berwarna kehijauan, malah anak-anak hanya memakai selipar saja ketika mencari bahan terbuang di sini," katanya yang berkerja sebagai pencari bahan terbuang di kawasan tersebut sejak tiga tahun lalu.

Tambahnya, hasil daripada menjual ratusan tin aluminium serta botol-botol minuman plastik yang dikutipnya, mampu menyara tiga orang anak berusia antara sembilan hingga 12 tahun sejak kematian suami tiga tahun lalu.

Nor Akmani memberitahu, semasa mencari bahan terbuang di situ dia pernah beberapa kali terpijak kaca serta mengalami kegatalan pada bahagian tubuh.

Namun dia mengakui, kejadian tersebut tidak membuatkannya serik untuk datang lagi ke pusat berkenaan semata-mata untuk mencari rezeki membesarkan tiga anaknya itu.

Menurutnya, anak-anaknya kadang kala turut datang membantu walaupun berdepan dengan risiko dijangkiti pelbagai penyakit di 'lubuk rezeki' mereka itu.

"Kebiasaannya, seawal pukul 8 pagi saya sudah berada di sini dan akan menunggu kedatangan lori-lori sampah.

''Bila nampak lori, terus kami berkejar ke arah lori untuk mencari tin-tin dan botol tanpa mempedulikan bau busuk sampah tersebut," akuinya.

Sementara itu, Zuhaima Harun, 23, berkata, walaupun pendapatan daripada pekerjaan mengutip bahan buangan tidak menentu, namun sedikit sebanyak ia meringankan beban suaminya, Mahmud Mohamad, 54, yang bekerja sebagai seorang buruh.

Menurutnya, pendapatan di pusat pelupusan tersebut bergantung kepada jumlah lori yang keluar masuk ke kawasan berkenaan.

Jelasnya, dia ada ketikanya mampu memperoleh pendapatan antara RM30 hingga RM80 sehari hasil daripada barangan kitar semula yang dikutip di pusat pelupusan sampah itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pas halang projek UDA Holdings

Posted:

Pas halang projek UDA Holdings

Pas halang projek UDA Holdings

Oleh TOREK SULONG
utusankelantan@utusan.com.my

BACHOK 11 Mac – Tindakan kerajaan Pas Kelantan melarang UDA Holdings Berhad (UDA Holdings) untuk melaksanakan sebarang projek pembangunan di negeri akan hanya merugikan rakyat, terutama peniaga kecil.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, peniaga kecil terutama di pusat bandar Kota Bharu, akan kehilangan tempat bergantung apabila kerajaan Pas Kelantan yang tidak memiliki aset kukuh dalam sektor perniagaan, gagal membela nasib dan kebajikan mereka.

"Kita memandang serius isu berkenaan. Apatah lagi agensi Kerajaan Persekutuan pula yang dipersalahkan," katanya.

Beliau menjelaskan demikian kepada pemberita selepas merasmikan kejohanan futsal briged Muda Rela di Kampung Cabang Tiga Melawi dekat sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan kerajaan Pas Kelantan yang dilaporkan telah memutuskan tidak akan membenarkan UDA Holdings melaksanakan sebarang projek pembangunan di negeri ini, berikutan kemelut Bazar Tok Guru.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata, UDA Holdings tidak sepatutnya dipersalahkan berhubung kemelut yang berlaku membabitkan perpindahan peniaga ke Bazar Tok Guru.

Beliau berkata, peniaga terbabit termasuk di Arked Uda, enggan berpindah disebabkan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) menawarkan harga tinggi antara RM80,000 hingga RM90,000 bagi satu ruang niaga bersaiz kecil iaitu 1.82 x 2.4 meter persegi.

Jelasnya, peniaga terbabit mempunyai hak untuk memilih mengikut kemampuan dan keupayaan mereka serta tidak sepatutnya ditekan supaya berpindah ke bazar berkenaan.

"Ia adalah di luar kemampuan peniaga tempatan, kerajaan negeri sepatutnya lebih bertimbang rasa terhadap peniaga terbabit kerana mereka merupakan golongan berpendapatan kecil dan perlu diberi bantuan sewajarnya," katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Pusat ternyata lebih prihatin dalam membangunkan sektor perniagaan membabitkan penyertaan lebih ramai usahawan dan peniaga Melayu di negeri ini sejak sekian lama.

Mengenai perkembangan politik di negeri ini, Awang Adek berkata, pelbagai isu termasuk masalah air berlarutan telah menyedarkan rakyat mengenai kegagalan kerajaan Pas Kelantan dalam memenuhi tanggungjawab mereka.

Beliau berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan terus mendekati rakyat terutama pengundi muda untuk terus menyedarkan mereka mengenai kegagalan Pas membawa perubahan di Kelantan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rumah hangus empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang

Posted:

Rumah hangus empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang

Rumah hangus empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang


Norhisham Syuhadah Wahab bersama dua anaknya melihat dengan sayu keadaan rumah mereka yang hangus dalam kebakaran di Kampung Bukit Jeruk Jabi di Besut, semalam.


BESUT 11 Mac - Sebuah rumah kecil yang dihuni satu keluarga musnah dalam kebakaran di Kampung Bukit Jeruk Jabi dekat sini petang semalam.

Dalam kejadian itu, Norhisham Syuhadah Wahab, 23, bersama dua anaknya hanya mampu melihat rumah mereka musnah dalam kebakaran.

Sebelum kejadian, Norhisham Syuhadah membawa kedua-dua -anaknya menziarahi rumah jirannya terletak kira-kira 30 meter dari rumahnya.

Suaminya, Zakaria Yunus, 35, juga tiada di rumah ketika itu kerana keluar bekerja sebagai tukang cat.

"Saya hanya menyedari kejadian itu apabila terdengar bunyi seakan berdesir dan kemudian salah seorang jiran memberitahu rumah saya terbakar.

"Saya berpaling dan terkejut melihat api sedang marak tetapi tidak mampu berbuat apa-apa selain memegang erat dua anak saya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Ekoran kejadian itu, mangsa keluarga malang itu tinggal sehelai sepinggang di samping kehilangan semua dokumen penting kerana tidak sempat diselamatkan selain peralatan rumah.

Kerugian dianggarkan kira-kira RM20,000 manakala punca kejadian masih disiasat.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Jabi, Ramlan Ali menziarah keluarga mangsa pagi ini dan menyampaikan sumbangan peribadi bagi meringankan beban mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Muka Hadapan

Posted: 12 Mar 2011 01:21 AM PST

Utusan Online - Muka Hadapan


Jepun dilanda gempa kuat

Posted:

Jepun dilanda gempa kuat

Jepun dilanda gempa kuat

TOKYO 11 Mac – Tsunami yang sangat ganas setinggi 10 meter kesan daripada gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter yang terkuat pernah dicatatkan melanda Jepun, meragut beribu-ribu nyawa penduduk ketika ia menghentam bot, kereta dan kediaman manakala kebakaran meletus tanpa kawalan.

Amaran tsunami dikeluarkan ke seluruh Pasifik, sehingga sejauh Amerika Selatan, Kanada, Alaska dan seluruh pantai barat Amerika Syarikat.

Menurut polis Jepun, dianggarkan antara 200 hingga 300 mayat ditemui di kawasan perairan Sendai, bandar paling dekat dengan pusat gempa bumi.

Polis berkata, setakat ini 88 orang disahkan terbunuh dan 359 orang masih dilaporkan hilang.

Angka kematian dijangka terus meningkat berdasarkan skala bencana alam berkenaan. Orang ramai diberi amaran untuk berpindah ke kawasan yang lebih tinggi.

Siaran televisyen turut memaparkan kebakaran dan kepulan asap hitam sekitar bangunan di Odaiba, pinggir bandar Tokyo dan perkhidmatan kereta api laju ke arah utara terpaksa dihentikan.

Rakaman televisyen turut menunjukkan bot, kereta dan trak terapung di atas air selepas tsunami kecil melanda bandar Kamaichi yang terletak di utara Jepun.

Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan berkata, kerajaan telah mewujudkan satu pasukan petugas khas bagi membantu kerja-kerja mencari dan menyelamat.

"Gempa bumi ini mengakibatkan kemusnahan besar di bahagian utara Jepun. Kerajaan akan menjalankan semua usaha yang perlu bagi memastikan keselamatan rakyat dan meminimumkan kerosakan," katanya pada satu sidang media khas.

Agensi berita Kyodo melaporkan, beberapa kebakaran turut berlaku di bandar Sendai, yang menyaksikan ombak besar menghanyutkan kenderaan di landasan lapangan terbang.

Di wilayah Wakayama, 20,000 penduduk diarahkan berpindah selepas amaran tsunami dikeluarkan dan beberapa gegaran susulan melanda.

Menurut wartawan Reuters, Mariko Katsumura, penumpang kereta api bawah tanah menjerit dan memegang tangan penumpang lain. Gegaran yang terlalu kuat membuatkan mereka sukar untuk berdiri.

Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) sebelum ini mengesahkan gempa bumi tersebut berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.

Pasaran saham Tokyo turut mengalami kerugian selepas gempa bumi itu diumumkan. Menurut bank pusat, mereka akan melakukan apa sahaja bagi memastikan kewangan kembali stabil. – Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rakyat Malaysia selamat

Posted:

Rakyat Malaysia selamat

Rakyat Malaysia selamat

KUALA LUMPUR 11 Mac – Kedutaan Malaysia di Jepun sehingga pukul 9 malam ini tidak menerima sebarang laporan mengenai rakyat negara ini yang cedera atau terbunuh dalam gempa bumi dan tsunami yang melanda negara itu hari ini.

Pegawai Kedutaan Malaysia di Jepun, Ahmad Rozian Abd. Ghani ketika dihubungi berkata, pihaknya berjaya menghubungi 13 daripada 23 rakyat Malaysia di Sendai dan kesemua mereka selamat.

Menurutnya, rakyat Malaysia yang lain masih gagal dihubungi kerana talian telefon terputus dan pihak kedutaan hanya boleh berhubung melalui Internet tetapi ia memakan masa kerana talian sesak.

"Buat masa ini kami tidak menerima sebarang maklumat rakyat Malaysia cedera atau terbunuh dalam gempa bumi dan tsunami tetapi kita akan berterusan memantau dan cuba berkomunikasi dengan mereka.

Sementara itu Kementerian Luar dalam satu kenyataan memberitahu, orang ramai yang mahu mendapat perkembangan terkini bencana boleh menghubungi Menteri Penasihat Kedutaan Malaysia di Jepun, Wan Aznainizam Yusri Wan Abdul Rashid di talian +819099753122.

Orang ramai juga boleh menghubungi Setiausaha Satu Kedutaan Malaysia, Rina Hanis Rodzli di talian +818035067636 atau bilik operasi Wisma Putra di talian 03-88874570, 03-88874770, 03-88892746 dan 03-88892830.

Dalam pada itu, Yayasan Pelajaran Mara (YPM) dalam satu kenyataan memberitahu, seramai 207 penuntut di bawah tajaannya di Jepun selamat dan perkembangan peserta Program Ijazah Berkembar Jepun (JAD) itu akan sentiasa dipantau.

Menurut kenyataan itu, penghantaran 84 pelajar ijazah kejuruteraan ke Jepun pula yang dijadual pada 19 Mac ini akan diputuskan kemudian.

Ibu bapa yang mempunyai pertanyaan tentang penuntut di bawah tajaan Mara boleh menghubungi talian 017-2911918 dan 012-3118715.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Najib jamin bahasa Melayu dipelihara

Posted:

Najib jamin bahasa Melayu dipelihara

Najib jamin bahasa Melayu dipelihara

Oleh ZULKIFLI JALIL dan THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak bersama para pemenang dan peserta Pertandingan Akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 2011 Piala Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya semalam. – UTUSAN/Zaki Amiruddin


PUTRAJAYA 11 Mac – Kerajaan akan memastikan dasar-dasar yang digubal sentiasa menyokong ke arah usaha mengembang dan memperkasa bahasa Melayu sama ada bersifat kenegaraan mahu pun keantarabangsaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, bahasa Melayu yang telah sekian lama menjadi bahasa pertuturan rasmi dan juga bahasa kebangsaan Malaysia akan terus terpelihara, diperkemas dan diperkembangkan di dalam dan luar negara.

Dalam aspek ini, beliau turut mengumumkan bahawa kerajaan akan mempertimbangkan untuk memberi peruntukan khas kepada Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) bagi tujuan menggalak dan merangsang aktiviti terjemahan.

Ia terutamanya melibatkan terjemahan karya-karya besar dunia ke dalam bahasa Melayu dan usaha-usaha pengukuhan keupayaan.

"Jumlahnya (peruntukan kepada ITNM) akan ditentukan nanti. Diharapkan dengan suntikan ini, ia akan mampu merancakkan lagi senario terjemahan tempatan.

"Apa yang mustahak, biarlah bahasa Melayu menjadi dinamik bersama perkembangan zaman kerana itulah sifat semula jadi sesuatu bahasa," katanya.

Beliau berucap ketika merasmikan Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini malam ini.

Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Perdana Menteri berkata, beberapa karya ulung sudah pun diterjemah ke dalam bahasa Melayu antaranya Siddharta dan Revival and Reform in Islam.

"Terkini, saya diberitahu, karya tersohor Jalaluddin al-Rumi bertajuk Masnawi yang asalnya dalam bahasa Parsi sedang dibuat penterjemahannya.

"Dalam pada itu, seperkara yang agak unik, buku tulisan saya bertajuk Menakhoda Zaman sedang giat diterjemahkan pula ke dalam bahasa Parsi," kata beliau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: BeritaUtama

Posted: 12 Mar 2011 01:16 AM PST

Harian Metro: BeritaUtama


300 terkorban

Posted: 11 Mar 2011 12:21 PM PST

TOKYO: Gempa paling kuat melanda Jepun semalam membentuk tsunami setinggi 10 meter dan menghanyutkan rumah serta menolak kapal ke darat.

Bencana terburuk dalam tempoh 300 tahun di Jepun itu turut mencetuskan kebakaran, termasuk di sebuah loji nuklear.

Sehingga malam tadi, sekurang-kurangnya 300 orang disenaraikan sebagai maut atau hilang akibat gempa bumi sekuat 8.9 magnitud itu.

Pakar seismologi Amerika Syarikat (AS) dan Jepun berkata, kejadian semalam adalah gegaran kelima paling dahsyat di seluruh dunia sejak 1900 atau yang ketujuh dalam sejarah.


Laporan menyatakan, ombak besar tercipta di Lautan Pasifik menghanyutkan sebuah kapal Jepun membawa 100 orang.


Lebih 300 rumah di bandar Ofunato turut musnah sama sekali.

Ombak besar juga memusnahkan apa saja yang ada di laluannya, termasuk kapal kontena, kenderaan dan ladang.

Kerajaan berkata, gempa yang dapat dirasakan sehingga ke Beijing itu menyebabkan kerosakan besar-besaran.

Di Sendai, imej televisyen menunjukkan ombak berlumpur bergerak ke darat pada kelajuan tinggi dan memusnahkan kawasan kediaman berhampiran Sungai Natori.

Pegawai kerajaan tempatan di Miyagi, Ken Hoshi berkata, dia tidak pernah melihat bencana seburuk itu.

Di Tokyo, sejumlah kecederaan dilaporkan apabila bumbung bangunan dewan runtuh ketika majlis penganugerahan ijazah berlangsung.

Di ibu negara Jepun itu juga, asap dilihat berkepul-kepul di sekurang-kurangnya 10 lokasi ketika penduduknya mengalami gangguan elektrik.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami menyeluruh sehingga ke Amerika Selatan, New Zealand dan Hawaii, menyebabkan pihak berkuasa mengarahkan orang ramai menjauhi pantai.

Pertubuhan Palang Merah pula mengingatkan, tsunami di antara empat dan 10 meter boleh menenggelamkan sebahagian daripada pulau yang ada di laluan ombak itu.

Sementara itu, kerajaan berkata, tiada sebarang kebocoran radiasi dikesan di loji nuklear di Onagawa walaupun ia terbakar.

Gempa pertama berlaku hanya kurang dari 400 meter ke timur laut Tokyo, diikuti lebih 40 gegaran susulan.

Satu daripadanya sekuat 7.1 magnitud.

Seorang pegawai kerajaan tempatan di Kurihara, Miyagi, berkata gegaran itu sangat kuat sehingga pekerja di situ terpaksa berpaut untuk mengelak daripada jatuh.

"Kami tak boleh keluar dari bangunan dengan segera kerana gegaran itu berterusan," katanya.

Perdana Menteri, Naoto Kan, mengadakan mesyuarat tergempar sejurus selepas bencana itu berlaku dan kerajaan menghantar kapal tentera ke Miyagi untuk memberikan bantuan.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang (1.46 petang waktu Malaysia) selama dua minit.

Bencana itu turut menyebabkan indeks pasaran saham Nikkei merudum, manakala nilai mata wang yen berbanding dolar AS terjejas teruk. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Saya tak tergamak'

Posted: 11 Mar 2011 11:25 AM PST

KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Maya Karin Roelcke, 32, menafikan gosip mendakwa dia pernah beberapa kali keluar bersama seorang bekas menteri kabinet di khalayak umum seperti hangat diperkatakan sekarang ini, malah menegaskan ia tidak mungkin berlaku bagi menghormati rakannya.

"Saya bersahabat baik dengan anak dan keluarga kepada bekas menteri itu, malah ketika Krismas akhir tahun lalu kami menghabiskan cuti bersama. Malah, saya dan anak bekas menteri berkenaan pernah merancang pergi bercuti bersama. Namun, kerana masing-masing sibuk ia tidak dapat dilakukan dalam waktu terdekat," katanya ketika ditemui pada sesi fotografi khas bersama Harian Metro di sini, semalam.

Keakraban terjalin antara dia dan anak bekas menteri berkenaan turut membuktikan tidak mungkin pelakon utama filem Cun itu tergamak melakukan perkara sedemikian, membelakangi rakan baiknya apatah lagi didakwa menjalin hubungan cinta dengan bapa kepada rakan baiknya sendiri.

"Saya mengenali isteri bekas menteri itu dan tidak mungkin saya tergamak melakukan perkara itu kepada orang yang saya kenal. Gosip yang tersebar itu mengarut dan tidak masuk akal," katanya.


Menurut Maya, dua perkara menjadi kepantangannya dalam memilih pasangan hidup, pertama menjalin hubungan dengan suami orang dan orang dimaksudkan itu mempunyai hubungan baik dengan dirinya.


Ditanya kemungkinan pertemuannya dengan bekas menteri berkenaan mempunyai kaitan dengan projek teater yang dilaksanakan isteri bekas menteri berkenaan, Maya berkata, dia gembira sekiranya perkara itu berlaku, tetapi ia tiada kaitan.

"Saya gembira sekiranya ia benar dan pertemuan itu mempunyai kaitan dengan projek yang mahu dilakukan, tetapi kami tidak pernah bertemu dan kalau benar sudah tentu dia akan menghubungi saya dan berbincang mengenainya," katanya.

Maya bagaimanapun tidak melenting apabila mengetahui gosip yang hangat diperkatakan itu kerana faham ia timbul disebabkan kekeliruan sesetengah pihak.

"Kadang-kadang manusia ini suka membuat andaian walaupun tidak tahu kesahihan perkara sebenar. Mengambil contoh ada orang melihat perempuan lain yang wajahnya mirip saya keluar dengan mana-mana lelaki berprofil tinggi, mereka membuat andaian saya menjalinkan hubungan dengan lelaki terbabit.

"Ada ketika andaian itu dilakukan berdasarkan sekilas pandang. Dia melihat wanita itu mempunyai mata seiras saya atau melihat dari belakang rambut dan susuk tubuh seperti saya dan mengesahkan orang yang dilihat itu saya.

"Untuk membuktikan kepada orang lain dia bercerita dengan temannya dan secara tidak langsung ia menyebabkan gosip itu tersebar," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Nasional

Posted: 11 Mar 2011 11:25 PM PST

Berita Harian: Nasional


Kren raksasa bergoyang di udara

Posted: 11 Mar 2011 03:56 PM PST

Nasional

Ketua Pengarang BERNAMA tempuh saat cemas elak jadi korban gempa

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarang BERNAMA, Datuk Yong Soo Heong, berdepan saat getir apabila gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter melanda timur laut Jepun semalam, menggegarkan bangunan di Tokyo.

Ketika bencana yang menggegarkan Jepun jam 2.50 petang waktu tempatan, Yong berada di tingkat satu Muji, sebuah kedai menjual aksesori pejabat di daerah Aoyama di sini, sebelum bertemu Duta Besar Malaysia ke Jepun, Datuk Shaharuddin Md Som, di kedutaan pada jam 4 petang. Yong yang berada di Tokyo bagi tugasan Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRIO), sebelum itu menemu bual Dr Akira Kojima, felo kanan penyelidik Pusat Penyelidikan Ekonomi Jepun dan Prof Pelawat Institut bagi Pengajian Dasar Graduan Kebangsaan.

Malah Yong sempat bertanyakan pegawai JETRO, Junko Tazawa, sama ada ia gempa bumi, apabila bangunan tempat mereka sedang berada di dalamnya, bergegar.

"Sebelum beliau menjawab, gegaran itu menjadi semakin teruk. Ia terlintas di fikiran saya bahawa ia adalah gempa bumi dan satu yang besar," katanya.

Ketika beliau menyaksikan rak terbalik, pembantu kedai memberi isyarat agar beliau turun menggunakan tangga berdekatan.
Tanpa membuang masa, beliau bersama Junko turun ke tepi jalan di luar bangunan.

"Kami nampak kren pembinaan raksasa bergoyang di udara. Saya tahu ia gempa yang besar tapi tidak tahu magnitudnya. Hanya selepas itu saya dimaklumkan bermagnitud 8.9.

"Ketika detik mencemaskan itu, orang ramai kelihatan bergegas keluar dari bangunan dan beberapa kanak-kanak kelihatan menangis di jalan," katanya.

Teksi pula sukar diperoleh dan operasi kereta api bawah tanah juga terhenti.
Junko berkata, ia adalah gempa bumi terbesar yang pernah dialami sepanjang hidupnya selama 28 tahun.

"Apabila ada dua gempa yang kecil awal minggu ini, saya seolah-olah merasai satu gempa yang besar akan berlaku dan lebih baik saya pergi sebelum ia datang.

"Saya bersyukur kerana masih hidup! Saya rasa bertuah. Saya banyak berjalan sejak beberapa hari di stesen bawah tanah. Sekarang, saya diberitahu, saya perlu berjalan jauh, mungkin dua jam. Ia perkara kecil berbanding dapat peluang terus hidup. Saya mungkin hilang berat badan dalam proses ini," katanya. – BERNAMA

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rakyat Malaysia selamat

Posted: 11 Mar 2011 03:53 PM PST

Nasional

Kedutaan pantau situasi kawasan dilanda gempa, tsunami

PUTRAJAYA: Wisma Putra mengesahkan sehingga petang semalam pihaknya tidak menerima sebarang laporan kecederaan atau kematian membabitkan rakyat Malaysia berikutan kejadian tsunami yang melanda Jepun.

Jurucakap Wisma Putra memaklumkan bahawa Kedutaan Malaysia di Tokyo sedang memantau situasi di negara itu dan berusaha menghubungi rakyat serta pelajar Malaysia yang berada di kawasan dilanda tsunami. "Malah, semua pegawai kedutaan dan keluarga mereka juga dilaporkan selamat.
Pada masa sama, Kedutaan Malaysia di Tokyo juga sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa Jepun untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung keadaan di negara itu," katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini, semalam.

Katanya, Wisma Putra juga sudah membuka bilik Operasi bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat terkini mengenai kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun.

Orang ramai yang ingin berbuat demikian boleh menghubungi Bilik Operasi Wisma Putra di talian 03-88874570/03-88874770/03-88892746 dan 03-88892830.
Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi Kaunselor Kedutaan Malaysia, Wan Aznainizam Yusri Wan Abdul Rashid di talian +8190 9975 3122 atau e-mel: wayusri@kln.gov.my atau Setiausaha Pertama kedutaan, Rina Hanis Rodzli di talian +8180 3506 7636 atau e-mel rina0377@kln.gov.my.

Semalam, Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami hingga menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted: 11 Mar 2011 11:23 PM PST

Kosmo Online - Rencana Utama


Budaya tempatan dalam komik

Posted:

Budaya tempatan dalam komik

Budaya tempatan dalam komik



KAKINYA yang berotot gagah diselubungi sut ketat, dadanya yang sasa dihiasi simbol kekuatannya selaku adiwira. Bagaimanapun, dia bukan hero popular Barat seperti Superman atau Batman. Dia adalah Shaktimaan, pelindung kepada manusia - sekurang-kurangnya di India.

Dunia animasi di India kini diwarnai dengan kehadiran komik-komik adiwira tempatan yang jauh berbeza daripada adiwira Barat.

Dalam satu komik lain, watak Nagraj yang digambarkan berkulit hijau dan beracun menentang kejahatan bersama ular-ular, iaitu makhluk yang dipuja di seluruh India.

Sementara itu, Shakti bermata tiga yang dibaluti pakaian kulit harimau bintang dan kalung tengkorak menyeru dewa kematian Hindu, Kali, bagi memerangi gejala pembunuhan anak perempuan.

Hero yang ditonjolkan dalam komik terbaru itu berasal daripada lingkungan dan mitos di India serta dikurniakan kuasa yang diberikan oleh dewa Hindu.

Tidak hairanlah, industri komik di India yang dianggarkan bernilai AS$65 juta (RM197 juta) membina harapan untuk diterjemahkan dalam media baru seperti animasi televisyen, filem aksi, pengiklanan dan pengedaran digital melalui Internet.

Penerbit komik India berkeras menyatakan kehadiran karektor tempatan adalah kaedah terbaik dalam menghubungkan kehendak masyarakat di samping mendidik mereka tentang budaya.

Bagi golongan itu, formula yang digunakan membenarkan mereka menandingi komik-komik Barat dan Jepun sejak tahun 1960-an, ketika komik pertama India dilancarkan melalui siri-siri Amar Chitra Katha yang berdasarkan epik Sanskrit purba Mahabarata dan Ramayana

"Kita tidak memerlukan adiwira baru, kita mempunyai banyak adiwira sebelum ini.

"Ideanya adalah menggunakan jalan cerita dan mitologi tempatan dalam format komik untuk mengajar kanak-kanak mengenai sejarah dan budaya mereka," kata Pengurus Permasaran ACK Media, Rushabh Sanghavi.

Syarikat itu terlibat menerbitkan siri-siri Amar Chitra Katha dan juga siri kegemaran kanak-kanak seperti Tinkle.

Komik Hollywood


WATAK Nagraj, adiwira berkuasa ular mendapat sambutan ramai di India.


Industri berkenaan pernah suram sekitar tahun 1990-an dengan kehadiran komik-komik Barat dan filem-filem Hollwood yang mengambil alih pasaran terbuka negara itu.

Bagaimanapun, dalam dekad-dekad terakhir ini, ia kembali bangkit melalui suntikan dana dan penggunaan teknologi baru dalam percetakan, animasi, pendigitan dan pengedaran.

Negara itu melihat potensi awal melalui penerbitan animasi pertama berciri panjang pada tahun 2005 yang mengambil ksah dewa Hindu, monyet Hanuman, Beberapa komik termasuk Shaktimaan juga diterbitkan ke siri televisyen.

Sejak itu, institut-institut animasi dan syarikat produksi semakin bertambah dan memberi peluang kepada generasi muda meneroka bidang itu berbanding pekerjaan tradisi seperti doktor dan jurutera.

Pengaruh komik juga semakin meningkat. Ia dieksploit untuk mengiklankan apa sahaja daripada gula-gula getah sehinggalah kepada mi segera.

Tentera India turut menggunakannya untuk tujuan pengambil rekrut baru, manakala pihak perbankan menggunakannya untuk menyampaikan arahan kepada kepada kakitangannya.

Persidangan Komik

Keterujaan itu semakin memuncak apabila India menjadi tuan rumah Persidangan Komik buat julung-julung kali yang dihadiri lebih 16,000 pengunjung. Ia satu jumlah yang agak kecil berbanding kehadiran 130,000 pengunjung ketika Comic Con yang berlangsung selama empat hari di San Diego tahun lalu.

Bagaimanapun, sebagai industri yang baru berputik, pencapaian itu amat membanggakan.

Menurut syarikat produksi Twenty Media Online, Jatin Varma, pihak penganjur berjaya mencapai sasaran pelaburan berjumlah AS$40,000 (RM121,000) dan menggalakkan sebahagian pengunjung memakai kostum sepanjang persidangan itu.


INDUSTRI animasi di India sedang berkembang pesat dan ia menjanjikan harapan buat syarikat pengeluar komik.


Berpakaian seperti karakter Jean Luc Picard dari Starship Enterprise, Varma berkata syarikatnya mahu menarik kepercayaan orang ramai terhadap industri itu.

Dalam tempoh tiga bulan lagi, syarikatnya bakal menganjurkan Comic Con selama dua hari di kompleks Dilli Haat di New Delhi.

Ia sekali gus bakal menarik penerbit untuk bertemu dengan juruanimasi bebas, penulis skrip dan mendegar maklum balas peminat-peminat dan pengedar untuk menghasilkan produk baru di pasaran.

"Industri ini semakin berkembang di India. Di peringkat permulaan banyak masalah yang timbul membabitkan pengedaran dan publisiti," katanya.

Adiwira Barat

Namun, terdapat salah faham yang meluas mengenai komik India. Verma menjelaskan, ada antara rakyat di negara itu lebih menggemari adiwira Barat dan menganggap komik India tidak cukup kompleks untuk diterjemahkan dalam bentuk filem.

Lebih daripada itu, banyak pihak di dalam industri tersebut juga tidak menyedari potensi karya mereka yang boleh diangkat menjadi karya filem dan pastinya menguntungkan.

"Kami mahu menghentikan salah faham ini. Kami mahu besarkan skopnya. Ketika ini, orang ramai belum bersedia melihat perubahan," ujarnya.

Sementara itu, ada pengunjung yang memberi pendapat untuk memastikan industri itu lebih berdaya cipta dan pada masa yang sama mengekalkan adiwira yang dapat dikenali masyarakat India.

Daanesh Anand, pelajar ekonomi berusia 21 tahun berkata, dia berharap komik-komik India dapat menonjolkan lebih banyak kelemahan pada watak utamanya.

"Adiwira Barat mempunyai kelemahan dan ia membuatkan jalan ceritanya sukar diduga. Kelemahan Superman ialah kriptonit, begitu juga Batman yang merupakan manusia biasa di mana mindanya boleh dikawal oleh makhluk asing dan sebagainya," katanya.

"Adiwira India pula tidak mempunyai sisi gelap. Mereka mempunyai berkuasa sepanjang masa," ulasnya.

Pencipta watak komik, Karan Vir Arora yang mengendalikan ruang pameran Vimanika Comics memberitahu, dia memanfaatkan watak dewa India seperti Shiva beradu dengan penjahat moden dari dunia abad ke-21.

"Saya meletakkan harapan tinggi dalam tempoh lima tahun yang akan datang," kata Arora.

Lelaki itu yakin kunjungannya ke persidangan komik di San Dieogo tahun lalu telah menyedarkannya bahawa komik adalah medium baru keagamaan dalam menyelesaikan hambatan agama, sosial dan kasta.


BANYAK pengeluar komik menjadikan naskhah mereka sebagai medium untuk menyampaikan pesanan khidmat masyarakat selain memperkukuhkan pemahaman generasi muda tentang isu seperti kesihatan, alam kerjaya dan keagamaan.


"Kami mahu melihatnya dari sudut agama yang mendasari suasana di India," katanya.

Penerbit berjaya

Diamond Comics, merupakan salah satu syarikat yang paling kukuh di India dengan pulangan tahunan sehingga AS$5.6 juta (RM17 juta) berjaya mengukuhkan tapaknya dalam industri.

Ia dilakukan melalui pengekalan karektor komik Everymen of India, iaitu watak lelaki berkumis Chacha Chaudhary, kanak-kanak nakal bernama Pinki dan Billu serta wanita gemuk yang penyibuk, Channi Chachi.

"Anda tidak akan menemui pembunuhan, misteri atau darah di dalam komik kami. Komik kami hanyalah berpaksikan fantasi, kegembiraan dan budaya. Kami mengekalkan adab resam budaya India," kata pengasas dan Pengarah Urusan Diamond, Gulshan Rai.

Bagaimanapun katanya, komik tetap merupakan wadah terbaik untuk mendidik sama ada mengenai kesusasteraan silam, pengundian semasa pilihan raya dan rawatan bagi penyakit kelamin.

Dengan misi berkenaan, Diamond telah menyasarkan komik berbentuk keagamaan bertujuan mengajar masyarakat tentang agama.

Ia juga telah menerbitkan beberapa siri tentang kempen kerajaan pada tahun 70-an. Antara lain ia memperkenalkan watak bidan Sudha yang menjawab persoalan tabu mengenai kesihatan, perancangan keluarga dan kesihatan seksual, lengkap dengan ilustrasi yang mudah difahami.

Setiap bulan, Diamond mengeluarkan kira-kira dua juta komik dan diterjemahkan kepada 21 bahasa sebelum diedarkan di kawasan perkampungan di negara itu.

Ia merupakan potensi besar dalam industri itu dengan kebanyakan penerbit dianggap bertuah sekiranya jualan mereka mencecah 1,000 salinan dan kebanyakan bacaan hanya diikuti oleh komuniti di sesetengah kawasan.

Katanya, mengenali sasaran pembaca, memastikan harga murah, halaman yang penuh warna-warni dan unsur komedi dapat memastikan jualannya mendapat sambutan.

"Kita seharusnya mempunyai keghairahan untuk meneroka pasaran," ujarnya sambil mencadangkan filem dan televisyen India yang selama ini teragak-agak untuk memahami industri komik tempatan agar memberi perhatian yang lebih serius terhadapnya. - Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pencemaran di China kritikal

Posted:

Pencemaran di China kritikal

Pencemaran di China kritikal


SELAIN daripasa asap yang dikeluarkan di kilang, China juga berhadapan dengan masalah pelupusan bahan kimia secara terbuka.


KUMPULAN pencinta alam sekitar, Greenpeace, pada Isnin lalu memuji China kerana menetapkan had pencemaran baru tetapi pendekatan yang diambil adalah tidak cukup berbanding paras yang diperlukan negara penyumbang karbon dunia itu.

Menurut media negara tersebut, Kementerian Perlindungan Alam Sekitar China hujung minggu lalu menyatakan ia telah memasukkan nitrogen oksida dan amonia nitrogen ke dalam senarai pencemar utama yang mahu dikurangkan sehingga 1.5 peratus tahun ini.

Nitrogen disertakan dengan keperluan oksigen kimia (COD) iaitu ukuran pencemaran air dan sulfur dioksida dalam senarai pengurangan yang disasarkan Beijing.

"Oleh kerana keadaan mendesak dalam krisis alam sekitar China, sekadar menetapkan sasaran untuk empat pencemar adalah tidak mencukupi," kata pengurus kempen iklim dan tenaga Greenpeace China, Yang Ailun.

Kementerian berkenaan menyatakan bahawa untuk mencapai sasaran, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap industri yang banyak menghasilkan pencemaran seperti pembuatan kertas, tekstil, kulit dan kimia selain menggandakan usaha untuk mengawal pencemaran asap kenderaan.

Kementerian juga akan melabur dalam pembinaan dan penaiktarafan loji rawatan air sisa serta membangunkan teknologi bagi mengurangkan pencemaran kilang.

Menurut Ailun, kerajaan perlu mewujudkan sistem pemantauan yang efektif bagi memastikan setiap langkah dilaksanakan dan tindakan pantas dikenakan ke atas mereka yang melanggarnya.

China yang pada November lalu mengakui 'peranan' sebagai pengeluar terbesar gas rumah hijau. Ia juga adalah antara negara dunia yang mengalami pencemaran udara terburuk berikutan perkembangan pesat sejak 30 tahun lalu. Perkembangan itu bagaimanapun turut menjejaskan alam sekitar.

Pembangunan ekonomi

China telah membelanjakan berbilion dolar untuk membersihkan alam sekitar namun setakat ini masih enggan mengurangkan kadar pencemaran, dengan alasan ia akan menjejaskan pembangunan ekonomi.

Republik itu pada tahun lalu menyatakan tekad untuk memperlahankan kadar pencemaran dengan mengurangkan penggunaan tenaga per unit KDNK kepada 40 hingga 45 peratus dari paras tahun 2005 hingga 2020, yang pada dasarnya merupakan 'sumpah' mereka terhadap penggunaan tenaga lebih efisien.

Menurut Kementerian Alam Sekitar China, pencemaran teruk dan penggunaan sumber yang besar menyebabkan China diselubungi masalah alam sekitar yang genting seterusnya berkemungkinan menjejaskan perkembangan ekonomi jika tidak diatasi dengan betul.

Menterinya, Zhou Shengxian juga memberi amaran bahawa kestabilan sosial yang menjadi isu penting kerajaan juga berdepan dengan risiko berikutan peningkatan kebimbangan masyarakat terhadap kesihatan.

"Dalam ketamadunan China sejak beribu-ribu tahun dulu, konflik antara manusia dan alam sekitar tidak pernah seserius seperti hari ini.

"Pengurangan, kerosakan dan kehausan sumber serta keadaan ekologi yang bertambah buruk kini menyekat pembangunan ekonomi dan sosial negara," tegasnya dalam satu esei yang disiarkan dalam laman web kementerian itu.

Penilaian risiko

Jelas Shengxian, pihak berkuasa akan mewujudkan sistem penilaian risiko perubahan pencemaran udara dan perubahan iklim. Ia akan mengambil kira risiko pemanasan global untuk mempertimbangkan pembangunan projek baru seperti pembinaan kilang.

"Kita akan menerima balasan buruk malah kerugian yang tidak dapat ditafsirkan jika kita tidak ambil peduli mengenai konflik antara manusia dan alam sekitar," ujarnya.

China selaku ekonomi kedua terbesar dunia, masih lagi dengan alasannya bahawa negara membangun perlu diberikan kelonggaran tentang pencemaran. Hakikatnya, 'selera' penggunaan tenaga di negara itu terus meningkat.

Tahun lalu saja menyaksikan peningkatan 5.9 peratus berbanding 2009 iaitu 3.25 bilion tan pembakaran arang jika mengikut data rasmi.

Negara itu banyak bergantung kepada penggunaan arang batu menyumbang kepada 70 peratus daripada jumlah keseluruhan pembekalan tenaga.

Sejak 2009, insiden keracunan yang besar berlaku berulang kali dan ia dikaitkan dengan pencemaran.

Bulan lalu saja, seramai 28 orang kanak-kanak termasuk beberapa bayi di Anhui, wilayah timur negara itu, dikejarkan ke hospital kerana keracunan plumbum akibat pencemaran dari sebuah kilang bateri tempatan.

Laporan awal bulan lalu pula memaklumkan bahawa sebanyak 10 peratus daripada padi yang ditanam di China mungkin dicemari dengan unsur logam berat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Politik

Posted: 11 Mar 2011 11:18 PM PST

Utusan Online - Politik


Anwar dicabar failkan saman

Posted:

Anwar dicabar failkan saman

Anwar dicabar failkan saman

Oleh SAFINA RAMLI
pengarang@utusan.com.my

KUBANG PASU 11 Mac – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar memfailkan saman terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad jika tidak berpuas hati dengan kandungan buku memoir bertajuk A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, ia adalah langkah yang sepatutnya diambil oleh Anwar dan bukannya melenting terhadap pendedahan bapanya itu.

"Nampaknya kalau dah melenting memang ada kebenaran di sebalik pendedahan yang dibuat oleh bapa saya.

"Tidak timbul soal nak pertahankan anak di dalam buku tersebut tetapi apa yang dibangkitkan di dalam buku tersebut ialah soal negara dan jika berani Anwar samanlah bapa saya RM100 juta atau RM200 juta," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Serentak Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kubang Pasu di sini hari ini.

Buku memoir bertajuk A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad setebal 800 muka surat itu nyata mendapat perhatian ramai apabila ia akan diulang cetak sebanyak 20,000 naskhah lagi bagi memenuhi permintaan orang ramai.

Antara yang disentuh dalam buku tersebut itu ialah bagaimana Dr. Mahathir terpaksa memecat Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 dan pendedahan itu dilihat menimbulkan reaksi kurang senang Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Menurut Mukhriz, beliau yakin bapanya bersedia untuk berhadapan dengan Anwar di mahkamah bagi membuktikan kebenaran yang ditulis di dalam buku tersebut.

"Buku tersebut memberi penerangan kepada orang ramai mengenai keputusan-keputusan yang terpaksa diambil oleh bapa saya sewaktu mentadbir negara dahulu.

"Sewaktu masih menjadi Perdana Menteri, bapa saya tidak berpeluang untuk menceritakan apa yang berlaku dan kini bapa saya sudah bersara dan masanya sangat sesuai untuk menjelaskan semuanya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

JMM minta penjelasan Pas

Posted:

JMM minta penjelasan Pas

JMM minta penjelasan Pas

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 11 Mac - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mahu Pas menjelaskan apakah hukum parti itu melindungi seseorang yang dikaitkan dengan kegiatan meliwat tetapi tidak berani bersumpah bahawa dia tidak terlibat.

Pengarah Kebangsaannya, Farahana Jamaludin berkata, Pas wajib menjelaskan hukum tersebut memandangkan kenyataannya sebelum ini, yang menyamakan imej Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Ayah Pin dianggap sebagai berdosa.

"Jika kenyataan saya sebelum ini dianggap oleh ahli dan penyokong Pas sebagai berdosa, apa pula hukum bagi Mursyidul Am Pas dan parti ini melindungi seseorang yang sampai sekarang tidak berani bersumpah tidak meliwat.

"Sedangkan, jika mangsa sudah bersumpah mengikut Islam bahawa dia telah diliwat oleh tertuduh, individu tersebut sepatutnya juga bersumpah bagi mencari kebenaran tetapi, Pas pula melindungi orang seperti ini.

"Bukankah pelik bagi sebuah parti yang mendakwa parti Islam tetapi dalam hal ini tidak pula mendesak tertuduh supaya bersumpah sebagaimana dituntut Islam," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas reaksi penyokong dan pemimpin Pas yang berang apabila imej Nik Abdul Aziz yang sering kali mengeluarkan 'fatwa politik' sehingga memecah-belahkan umat Islam di negara ini disamakan dengan Ayah Pin.

Baru-baru ini, Farahana berkata, kedua-dua pemimpin tersebut mempunyai persamaan dari segi imej kerana mereka bertindak mengaburi mata dan hati pengikutnya dengan agama demi kepentingan politik peribadi.

Kenyataan itu kemudiannya mengundang kemarahan pemimpin Pas, yang mendesak Farahana dan JMM memohon secara terbuka, selain laporan polis turut dibuat bagi mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan.

Dalam pada itu, Farahana mempersoalkan apakah reaksi 'luar biasa' yang ditunjukkan oleh pemimpin Pas terhadap kenyataannya itu, sebagai bukti bahawa parti tersebut mengamal pilih kasih terhadap pandangan wanita.

"Ini kerana kepimpinan Pas tidak pernah memberi reaksi terhadap kenyataan JMM sebelum ini tetapi apabila saya bersuara, mereka bertindak dengan cukup 'luar biasa'. Apakah ini usaha untuk menutup pandangan wanita," soalnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Jenayah

Posted: 11 Mar 2011 11:15 PM PST

Utusan Online - Jenayah


2 kapal ditahan pindah minyak

Posted:

2 kapal ditahan pindah minyak

2 kapal ditahan pindah minyak

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my


Dua buah kapal tangki asing bersama 34 anak kapal ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di perairan Tanjung Piai, Johor Bahru, kelmarin.


JOHOR BAHRU 11 Mac - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sekali lagi menumpaskan kegiatan memindah minyak secara haram setelah menahan dua buah kapal di perairan Tanjung Piai dekat sini, malam tadi.

Kedua-dua kapal iaitu MT Sentek 20 dan Farmosaproduct Alphine ditahan ketika sedang rancak menjalankan aktiviti tersebut di 2.8 batu nautika (5.18 kilometer) dari barat daya Tanjung Piai kira-kira pukul 8 malam.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Zulkifili Abu Bakar berkata, kedua-dua kapal tangki itu ditahan oleh bot laju Maritim Malaysia yang bertindak atas maklumat orang awam.

"Kita menerima maklumat pada pukul 6.20 petang mengatakan terdapat dua buah kapal yang berhimpit antara satu sama lain disyaki menjalankan kegiatan pindah minyak secara haram lalu menggerakkan bot laju untuk menjalankan siasatan.

"Ketika diperiksa, kami mendapati sejumlah 80,000 liter Marine Fuel Oil (MFO) sedang dipindahkan dari kapal MT Sentek 20 yang didaftarkan di Singapura ke kapal satu lagi didaftarkan di Monrovia, Liberia," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Sepanjang tahun ini sahaja, sebanyak lapan kes pemindahan minyak secara haram di Tanjung Piai dilaporkan dan yang terbaru berlaku pada 10 Februari lalu.

Mengulas lanjut, tambahnya, hasil siasatan mendapati, kedua-dua kapal terbabit gagal mengemukakan dokumen kebenaran atau permit daripada Pengarah Jabatan Laut untuk menjalankan aktiviti tersebut.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan juga mendapati terdapat 34 anak kapal berusia 22 hingga 58 tahun terdiri daripada 23 rakyat China, Indonesia (5), Taiwan (2), Filipina (2) dan masing-masing seorang Myanmar dan Singapura di atas kapal.

"Pemilik kedua-dua kapal boleh didakwa mengikut Seksyen 491B(1)(k) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 iaitu gagal memaklumkan kepada Pengarah Jabatan Laut untuk melakukan pemindahan minyak dari kapal ke kapal.

"Jika sabit kesalahan, pemilik kapal boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sifu Jujutsu maut selepas bertempur

Posted:

Sifu Jujutsu maut selepas bertempur

Sifu Jujutsu maut selepas bertempur

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com,my


Anggota polis mengangkat mayat lelaki sifu seni pertahanan diri yang mati dibunuh di Puncak Jalil, kelmarin.


KUALA LUMPUR 11 Mac - Seorang sifu seni mempertahankan diri yang berasal dari Jepun, Jujutsu ditemui mati dipercayai selepas bertempur dengan lebih tiga suspek menggunakan teknik seni tersebut di sebuah salun rambut di Jalan PUJ3/11, Puncak Jalil dekat sini semalam.

Kejadian dipercayai berlaku antara pukul 5 petang hingga 8 malam kerana mayat mangsa ditemui isterinya yang tiba di rumah kedai dua tingkat itu kira-kira pukul 8.30 malam.

Sebelum itu, mangsa tinggal bersendirian selepas isterinya menghantar anak lelaki mereka ke sebuah pusat tuisyen.

Mangsa yang berbadan tegap dan berusia 42 tahun ditemui mati dalam keadaan mulut, tangan dan kakinya diikat dengan kain terbaring di atas lantai tingkat dua premis itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias, pemeriksaan awal mendapati, pemegang tali pinggang hitam itu mati akibat masalah pernafasan kesan keadaan hidung dan mulut yang cedera.

Katanya, mangsa yang merupakan pengurus sebuah kilang dan salun tersebut turut memiliki pelbagai perniagaan lain termasuk pinjaman wang.

"Di salun tersebut, mangsa turut menyediakan tempat untuk melatih pelajarnya seni mempertahankan diri Jujutsu dipercayai baru beberapa bulan beroperasi.

"Siasatan awal mendapati, mangsa diserang lebih tiga suspek tanpa senjata menggunakan teknik seni mempertahankan diri berdasarkan kesan lokasi kejadian tidak mempunyai banyak kesan berselerak," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian malam tadi.

Abd. Razak memberitahu, motif kejadian masih disiasat namun dipercayai, suspek sudah membuat perancangan awal untuk melakukan pembunuhan tersebut.

Dalam kejadian itu, telefon bimbit dan sedikit wang tunai mangsa turut dilarikan.

"Pihak polis menjalankan siasatan dan mengambil kira semua aspek termasuk perniagaan yang dilakukan mangsa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Difahamkan, seni mempertahankan diri Jujutsu atau lebih dikenali sebagai Ju-Jitsu merupakan teknik mematahkan serangan menggunakan senjata atau tanpa senjata yang digunakan kumpulan samurai di Jepun.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pahang

Posted: 11 Mar 2011 07:47 PM PST

Utusan Online - Pahang


Dataran Tioman pelengkap keindahan

Posted:

Dataran Tioman pelengkap keindahan

Dataran Tioman pelengkap keindahan

Oleh ZAMZURINA AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my


Melakukan aktiviti snorkling melihat pelbagai jenis ikan memang mengasyikkan di Pulau Tioman. - utusan/Mahathir Ali


TIOMAN 11 Mac - Keindahan Pulau Tioman sebagai sebuah pusat pelancongan yang terkenal rasanya tidak perlu dicanang-canang lagi kerana umum mengetahui keindahan panorama semulajadi di pulau berkenaan.

Malah, pulau yang menjadi kebanggaan rakyat Pahang itu pernah mencatat sejarahnya tersendiri apabila disenaraikan dalam majalah Times pada tahun 1970-an antara 10 pulau tercantik di dunia.

Pulau yang sememangnya terkenal di kalangan peminat sukan menyelam itu memiliki keluasan 39 kilometer (km) panjang dan 12 km lebar.

Kedudukannya berhampiran dengan beberapa buah pulau kecil seperti Pulau Aur, Pulau Pemanggil, Pulau Dayang, Pulau Pinang dan Pulau Tulai.

Di pulau berkenaan terdapat beberapa kampung seperti Tekek, Paya, Juara, Air Batang, Salang, Mukut, Genting dan Nipah. Hanya Kampung Juara yang menghadap Laut China Selatan manakala perkampungan lain menghadap Semenanjung Malaysia.

Faktor itu menjadikan Kampung Juara antara lokasi yang tepat untuk dikunjungi sekiranya anda ke Pulau Tioman.

Ini kerana, keindahan laut di kampung berkenaan cukup berbeza jika dibandingkan dengan kampung lain iaitu cantik dan cukup mempesonakan.

Bagaimanapun, bagi menggalakkan lebih ramai kemasukan pelancong ke sana, sebuah dataran dibina dan siap sepenuhnya pada Disember lalu dengan diberi nama Dataran Tioman.

Dataran Tioman yang terletak di Tekek berperanan sebagai mercu tanda pulau berkenaan dengan megah berdiri sebuah replika burung tiung.

Bersebelahan replika tersebut dilengkapi sebuah pentas khas dan bilik persalinan bagi memudahkan perjalanan sesuatu acara yang bakal dianjurkan di situ kelak.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tioman, Datuk Mohd, Johari Hussain, pembinaan mercu tanda Tioman dilaksanakan melalui peruntukan Kementerian Pelancongan bagi menaik taraf kawasan persekitarannya.

"Dataran Tioman mampu memuatkan pengunjung seramai 500 orang dalam satu-satu masa dibina bersebelahan Taman Laut.

"Selain itu, persiar kaki sejauh dua kilometer berhampiran taman berkenaan juga dinaik taraf bagi kemudahan pengunjung pada masa akan datang," katanya kepada Utusan Malaysia di dataran berkenaan di Tekek di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, pemilihan burung tiung sebagai replika Dataran Tioman merupakan simbolik di sebalik legenda asal usul nama pulau berkenaan.

"Menurut legenda masyarakat dulu-dulu, tioman bermaksud tiung saya. Justeru, pemilihan burung tiung dilihat cukup sinonim dengan masyarakat," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perlu elak isu remeh-temeh

Posted:

Perlu elak isu remeh-temeh

Perlu elak isu remeh-temeh

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my


MOHAMAD Shahrom (kanan) menyampaikan replika cek bernilai RM14,000 kepada Tan Kok Ong di Kuala Lipis, baru-baru ini.


KUALA LIPIS 11 Mac – Masyarakat pelbagai kaum di kawasan kampung baru di daerah ini perlu bersatu dan mengelakkan segala isu remeh-temeh yang dibangkitkan pihak tertentu untuk merosakkan perpaduan.

Ahli Parlimen Lipis, Datuk Dr. Mohamad Shahrom Osman berkata, penduduk di daerah ini tidak perlu tunduk dengan dakyah pihak berkenaan yang boleh meretakkan perpaduan serta membantutkan pembangunan.

Beliau berkata, sebagai sebuah negara didiami masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya, Malaysia menjadi contoh di peringkat antarabangsa dalam mengamalkan gaya hidup harmoni dan bertoleransi.

''Oleh itu, nilai perpaduan mesti bermula di rumah, pendidikan di sekolah dan dijalin menerusi program kemasyarakatan di peringkat jawatankuasa kemajuan keselamatan kampung.

''Perpaduan boleh dimantapkan dengan syarat setiap rakyat terutama pemimpin politik, JKKK dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

''Semua pihak saling bekerjasama dengan kerajaan untuk memastikan keamanan serta perpaduan yang dizahirkan hari ini kekal selamanya," ujar beliau.

Beliau berkata demikian pada majlis pertemuan dengan anggota JKKK dan penduduk Kampung Baru Padang Tengku, dekat sini baru-baru ini.

Pada majlis itu, Mohamad Shahrom menyampaikan dana sebanyak RM14,000 kepada Ketua Kampung Baru Padang Tengku, Tan Kok Ong untuk perbelanjaan pentadbiran dan pengurusan program sepanjang tahun.

Turut menerima sumbangan hamper makanan daripada Mohamad Shahrom ialah seramai 20 warga emas, ibu tunggal dan penduduk miskin Kampung Baru Padang Tengku.

Terdahulu, Mohamad Shahrom mengadakan lawatan ke Kampung Baru Jerkoh, Benta dekat sini dan menyampaikan peruntukan bernilai RM7,500 kepada JKKK berkenaan.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta, Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak.

Menurut Mohamad Shahrom, kejayaan negara dalam sektor ekonomi dan pendidikan jauh berbeza dengan negara membangun lain yang mempunyai penduduk berbilang kaum.

Justeru, katanya, kesepakatan dan perpaduan antara kaum merupakan acuan utama membolehkan kerajaan bergerak di landasan betul untuk melaksanakan pembangunan demi keselesaan rakyat.

Jelas beliau, ada negara yang penduduknya hanya terdiri daripada satu kaum tetapi gagal mengekalkan keamanan kerana perpaduan rakyatnya yang rapuh.

''Sebab itulah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan konsep 1Malaysia kerana beliau mengharapkan rakyat saling bekerjasama," katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Shahrom meminta semua JKKK kampung baru di daerah ini mengadakan lebih banyak program yang boleh merapatkan perpaduan di kalangan penduduk pelbagai kaum di sesebuah tempat.

Kerajaan negeri, ujarnya, menyediakan peruntukan yang besar untuk membiayai pengurusan dan pentadbiran JKKK, bantuan kebajikan serta melaksanakan projek kemudahan asas yang boleh memberikan keselesaan penduduk.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nelayan hilang selepas terjun ke sungai

Posted:

Nelayan hilang selepas terjun ke sungai

Nelayan hilang selepas terjun ke sungai


Zainur Zakaria menunjukkan lokasi mangsa hanyut dibawa arus sungai di Kampung Tanjung Punai, Kuantan, semalam.


KUANTAN 11 Mac - Gara-gara panik dengan kehadiran anggota polis, seorang nelayan dilaporkan hilang selepas terjun ke dalam sungai kerana cuba melarikan diri di Sungai Kuantan Kampung Tanjung Punai di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa dipercayai penagih dadah berusia lingkungan 30-an hilang dibawa arus deras sungai berkenaan.

Berikutan itu, satu gerakan mencari dan menyelamat dijalankan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Kuantan untuk mengesan mangsa di sungai tersebut.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat daerah, Mohd. Zaki Mokhtarmin berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 12.33 tengah hari sebelum tiba di tempat kejadian 20 minit kemudian.

Menurut beliau, operasi mencari dimulakan kira-kira pukul 1 petang sebelum berhenti selama setengah jam kerana hujan lebat dan air pasang.

"Cuaca hujan menyulitkan operasi menyelamat dan setakat ini seramai 10 anggota dan seorang pegawai selain sebuah bot dan satu jentera terlibat dalam usaha itu.

"Jika mangsa masih tidak ditemui, kita akan memperluaskan pencarian sehingga ke Pantai Sepat," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Mohd. Zaki berkata, pihaknya juga akan menghentikan operasi itu jika masih belum ditemui lewat petang ini namun ia akan disambung pukul 8 pagi esok.

Sementara itu, seorang saksi, Zainur Zakaria, 50 memberitahu, dia ternampak mangsa terkapai-kapai kira-kira 15 minit sebelum tenggelam dan hilang daripada pandangan.

Menurutnya, dia terkilan dan sedih kerana tidak dapat menyelamatkan mangsa yang berasal dari Kuala Besut.

Seorang lagi penduduk, Tengku Mastura Tengku Bakri, 33, berkata, dia sempat berbual-bual dengan mangsa sebelum melarikan diri selepas menyedari kehadiran anggota polis di perkampungan setinggan itu.

Menurutnya, mangsa menyatakan ingin ke laut tetapi tidak menyangka berlaku insiden tersebut.

"Mangsa sudah saya kenali sejak remaja lagi dan dia tinggal di sini seorang diri. Mungkin mangsa mengalami kekejangan kaki kerana dia pandai berenang," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Mahkamah

Posted: 11 Mar 2011 07:17 PM PST

Utusan Online - Mahkamah


Perintah Anwar beri sampel DNA

Posted:

Perintah Anwar beri sampel DNA

Perintah Anwar beri sampel DNA

Oleh AMIRUDDIN HARUN
dan SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 11 Mac – Pihak pendakwaan dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memohon agar Mahkamah Tinggi di sini menggunakan kuasanya untuk memerintahkan Ketua Pembangkang itu memberikan sampel bagi tujuan ujian profil asid deoksiribonukleik (DNA).

Ini merupakan permohonan yang julung-julung kali dikemukakan dalam sejarah perundangan negara.

Hasil ujian tersebut pula akan digunakan untuk perbandingan dengan sampel DNA yang ditemui di dalam rektum (salur dubur) bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh ahli politik berkenaan.

Permohonan itu dikemukakan oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang mengetuai barisan pendakwaan selepas saksi pendakwa ke-26 dan terakhir, Supritendan Ahmad Taufek Abdullah selesai memberi keterangan.

"Permohonan ini adalah untuk mencari kebenaran dan keadilan terhadap semua pihak,'' tegas Mohd. Yusof.

Permohonan itu, menurut beliau, dibuat mengikut Seksyen 73 dan 165 Akta Keterangan 1950.

Mengikut Seksyen 165, seorang hakim dalam mengetahui atau mendapatkan bukti wajar mengenai fakta berkaitan, boleh bertanyakan sebarang soalan, dalam sebarang bentuk, pada bila-bila masa, kepada mana-mana saksi atau pihak, mengenai sebarang fakta sama ada berkaitan atau tidak berkaitan.

Beliau juga boleh memerintahkan supaya dikemukakan sebarang dokumen atau benda dan mana-mana pihak atau ejen tidak berhak membuat sebarang bantahan terhadap mana-mana soalan atau perintah sedemikian atau tanpa kebenaran mahkamah, menyoal balas saksi atas sebarang jawapan yang diberikan.

Bagaimanapun, peruntukan tersebut disertakan dengan syarat bahawa penghakiman atau perintah itu dibuat berdasarkan fakta yang ditetapkan oleh akta tersebut sebagai berkaitan dan dibuktikan dengan sewajarnya.

Tiga tahun lalu, Parlimen bersetuju meluluskan Akta Identifikasi DNA 2008 yang mengklasifikasi profil DNA dan maklumat sedia ada yang berkaitan dengannya disimpan serta disenggarakan oleh Jabatan Kimia Malaysia atau Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Undang-undang tersebut diwujudkan bertujuan memperoleh sampel DNA daripada orang yang disyaki bersalah, tahanan atau seorang penagih dadah untuk siasatan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, Bank DNA masih belum diwujudkan sehingga ini di negara ini.

Anwar, 64, dibicarakan atas dakwaan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pada prosiding hari ini, Mohd. Yusof turut memohon agar Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menyemak semula keputusan yang dibuat sewaktu bicara dalam perbicaraan (TWT) sebelum ini.

Ia berikutan keterangan pegawai penyiasat, Supritendan Judy Blacious Pereira dan keterangan Ahmad Taufek yang ditugaskan untuk menangkap Anwar pada 16 Julai 2008.

Dalam keterangan kedua-dua saksi, Judy telah memohon waran tangkap ke atas tertuduh pada 15 Julai tahun yang sama dan ia telah disempurnakan oleh Ahmad Taufek pada keesokan harinya.

Mahkamah menetapkan Isnin ini untuk kedua-dua pihak berhujah mengenai kedua-dua permohonan tersebut.

Selasa lalu, Hakim Mohamad Zabidin memutuskan untuk tidak menerima masuk sehelai tuala kecil Good Morning, sebatang berus gigi dan satu botol minuman plastik yang diambil dari lokap Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 17 Julai 2008 yang menempatkan Anwar, sebagai barang bukti.

Hakim terbabit memutuskan demikian selepas mendapati barang-barang berkenaan yang diambil bagi tujuan mendapatkan profil DNA, diperoleh dengan cara yang tidak sah.

Prosiding TWT diadakan ekoran bantahan barisan pembelaan terhadap barang-barang kes itu. Bantahan ditimbulkan pada 23 Februari lalu sewaktu Ketua Unit DNA Paterniti, Jabatan Kimia Malaysia, Nor Aidora Saedon memberi keterangan.

Dalam keterangan saksi pendakwa keenam itu, Nor Aidora menyatakan, ujian analisis DNA terhadap tuala, berus gigi dan botol minuman menunjukkan wujudnya profil DNA Lelaki Y.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Saiful nafi ada hubungan seks individu lain

Posted:

Saiful nafi ada hubungan seks individu lain

Saiful nafi ada hubungan seks individu lain

KUALA LUMPUR 11 Mac – Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dengan tegas menafikan bahawa dia ada melakukan hubungan seks dengan dua atau tiga individu lain dalam tempoh terdekat selepas kejadian pada 26 Jun 2008.

Dia turut menyatakan tidak boleh memberi komen terhadap cadangan peguam Karpal Singh yang mendakwa keterangan mengenai kehadiran dua atau tiga asid deoksiribonukleik (DNA) lain ditemui di permukaan duburnya (perianal) oleh ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong adalah tidak benar.

Bekas pembantu peribadi Anwar itu memberitahu demikian selepas Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan Karpal agar pemuda itu dipanggil semula memberi keterangan berkaitan penemuan beberapa profil DNA di dubur Mohd. Saiful Bukhari oleh Lay Hong.

Karpal membuat permohonan itu selepas saksi terakhir pendakwaan iaitu saksi ke-26, Supritendan Ahmad Taufek Abdullah selesai memberi keterangan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.

Dalam keterangannya, Mohd. Saiful Bukhari berkata, antara tarikh kejadian itu berlaku pada 26 Jun 2008 dan tarikh dia membuat laporan polis, 28 Jun 2008, dia ada pergi ke beberapa tandas tetapi tidak membuang air besar.

Semasa pemeriksaan semula oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden, saksi pendakwa pertama itu menyatakan, dalam tempoh tiga hari itu, dia tidak mandi tetapi membilas badannya.

Menurutnya, dia berbuat demikian semasa di tempat kejadian dan keesokan hari di rumahnya.

Sementara itu, pegawai penyiasat, Supritendan Judy Blacious Pereira, 58, sewaktu menyambung keterangan dalam pemeriksaan utamanya berkata, beliau memohon waran tangkap terhadap Anwar dari mahkamah pada 15 Julai 2008 setelah mendapati wujud syak munasabah bahawa tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Diminta menjelaskan perkara ini oleh Mohd. Yusof, beliau berkata, syak wasangka itu adalah berasaskan kepada rakaman percakapan Mohd. Saiful Bukhari dan saksi-saksi lain serta laporan kimia mengenai air mani yang ditemui pada calitan putik kapas (yang diambil daripada anggota badan pengadu) selain rakaman kamera litar tertutup.

Judy berkata, pada tarikh 15 Julai itu, beliau ada memaklumkan niat untuk melakukan tangkapan ke atas Anwar dengan menghantar surat melalui faksimile kepada peguam Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, Sankara Nair.

"Saya ada katakan dalam surat itu yang minta Anwar serah diri pada 16 Julai 2008 pada pukul 2 petang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan menyatakan kami memohon waran tangkap," katanya.

Sementara itu, ketika disoal balas oleh Karpal, saksi tersebut memberitahu, beliau ada merekodkan percakapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (ketika itu Timbalan Perdana Menteri) dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Menurutnya, rakaman percakapan Najib direkodkan selepas Mohd. Saiful Bukhari memaklumkan menemui beliau (Najib) pada 24 Jun 2008 untuk mengadu tentang beberapa kejadian yang berlaku sebelum tarikh itu.

"Sementara percakapan Rosmah dirakamkan pada 17 Julai 2008," kata saksi pendakwa ke-25 itu.

Judy sebelum itu berkata, berdasarkan rakaman percakapan pengadu, dalam tempoh antara 26 dan 28 Jun 2008, pemuda itu mengaku ada membuat aduan kepada rakannya, Rahimi Osman; bekas Setiausaha Politik Anwar, Senator Ezam Mohd. Nor; bapa saudaranya, Tuah Mohd. Alip dan Datuk Mumtaz Jaafar.

Mohd. Saiful Bukhari dalam keterangannya di mahkamah pada 12 Mei tahun lalu mengakui menemui Najib di kediaman pemimpin itu pada pukul 8.30 malam, 24 Jun 2008.

Dalam pertemuan itu, katanya, Najib tidak percaya, skeptikal (ragu-ragu) dan terkejut ketika dinyatakan dia dianiaya oleh Anwar.

Perbicaraan bersambung Isnin ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysiakini :: Berita

Posted: 11 Mar 2011 07:07 PM PST

Malaysiakini :: Berita


Sediakah k'jaan korban nyawa rakyat demi untung?

Posted: 11 Mar 2011 06:35 PM PST

Dua pertubuhan bukan kerajaan secara terbuka meluahkan bantahan mereka berhubung tindakan kerajaan meluluskan pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth) yang paling besar di dunia, di Gebeng, Kuantan.

Sehubungan itu, Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendesak kerajaan supaya segera membatalkan projek berkenaan.

"... amat khuatir dengan keputusan kerajaan negeri Pahang untuk meneruskan dengan cadangan kilang nadir bumi di Gebeng di sebalik hakikat bahawa kilang ini hanya menanti bencana untuk berlaku.

"Berdasarkan kepada semua risiko ini, adakah kerajaan bersedia untuk mengorbankan nyawa demi untuk mendapatkan keuntungan?" soal presiden dua pertubuhan itu, SM Mohamed Idris.

Menurutnya, SAM pada 2007 telah dijemput oleh kerajaan Terengganu untuk memberikan taklimat mengenai bahaya nadir bumi berdasarkan pengalamannya menangani pendedahan sisa radioaktif di Bukit Merah, Perak.

"Berikutan itu, projek berkenaan telah ditolak oleh kerajaan Terengganu.

"Dalam tempoh tiga tahun lalu, CAP dan SAM membantah dengan bersungguh-sunguh cadangan kilang nadir bumi memandangkan potensinya kepada kesan alam sekitar dan kesihatan awam daripada radioaktif dan sisa berbahaya yang dihasilkan olehnya," katanya.

Mohamed Idris juga mempertikaikan tindakan kerajaan BN yang membisu berhubung projek bernilai RM700 juta itu. Katanya, lebih membimbangkan projek pemprosesan tanah jarang itu tidak memerlukan penilaian kesan alam sekitar lengkap.

"Penilaian kesan alam sekitar lengkap tidak diperlukan memandangkan terdapat kelemahan dalam undang-undang kita. Oleh itu tidak terdapat sebarang ruang bagi orang ramai untuk meneliti cadangan langkah pencegahan dan potensi risiko dan mengemukakan bantahan mereka.

"Syarikat itu menyatakan terdapat pendedahan paras rendah kepada radiasi. Keadaan ini amat membimbangkan memandangkan tidak terdapat paras selamat atau nilai ambang pendedahan radiasi pengionan.

"Jangka panjang, pendedahan paras rendah (kronik) kepada radiasi amat berbahaya kerana tisu hidup dalam tubuh boleh mengalami kerosakan oleh radiasi pengionan," katanya.

Menurut Mohamed Idris, pendedahan kepada sisa radioaktif boleh menyumbang kepada peningkatan insiden leukaemia awal kanak-kanak, kanser, keguguran, mencacatkan system imun dengan bilangan sel darah putih rendah yang luar biasa, paras plumbum yang tinggi dalam kalangan kanak-kanak yang boleh membawa kepada keracunan plumbum.

"Kanak-kanak lebih mudah terjejas kepada kesan bahaya bencana radiasi berbanding penduduk umum kerana tubuh mereka menyerap dan memetabolismekan bahan secara berbeza, dan kerana mereka lebih cenderung mendapat kanser tertentu daripada pendedahan itu.

"Terdapat juga kemungkinan yang tinggi bahawa kanak-kanak yang lahir daripada ibu bapa yang terdedah kepada radiasi boleh terjejas oleh pendedahan itu juga," katanya.

Menurutnya, isu lain yang dikhuatirkan ialah tidak terdapat cara yang selamat untuk melupuskan sisa yang dijana daripada loji penapisan itu.

Justeru, kerajaan kata Mohamed Idris perlu menjawab sama ada mereka bersedia mengorbankan nyawa rakyat demi mendapatkan keuntungan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hassan Ali: Tiada larangan tutup kedai ekor di S'gor

Posted: 11 Mar 2011 05:49 PM PST

Kerajaan negeri Selangor akan menggunakan pendekatan tersendiri dalam menangani penjualan tiket loteri di negeri itu tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak, lapor TV Selangor.

NONEMemetik pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hassan Mohamed Ali yang juga ahli exco, menurut laporan itu, kerajaan negeri akan mendapatkan maklum balas ulama dan pengamal undang-undang, serta pakar dalam bidang berkaitan sebelum merumuskan sebarang keputusan.

Bagaimanapun kata Hassan, keadaan di Selangor tidak boleh disamakan dengan di Kelantan.

Beliau yang juga exco hal ehwal Islam, adat-adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam berkata orang Islam di Selangor diharamkan daripada membeli nombor ekor dan tiket loteri seperti yang termaktub dalam Enakmen Undang-Undang Islam kerajaan negeri.

Katanya, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) juga boleh mengambil tindakan terhadap orang Islam yang berjudi, meminum arak atau pun melakukan maksiat di tempat terbuka.

jais jabatan agama islam selangor 271106Ditanya mengenai kegiatan pihak tertentu mengedar risalah tilik nasib dan nombor ramalan empat ekor yang memaparkan pengalaman orang Islam yang kononnnya memenangi hadiah, Hassan berkata perkara itu akan dibawa dalam mesyuarat Jais tidak lama lagi bagi mengenal-pasti bentuk tindakan.

Isu ini menjadi sesuatu yang hangat kepada Pakatan Rakyat apabila ia dieksploitasikan oleh MCA dan Gerakan yangh mendakwa tindakan kerajaan negeri Kelantan yang dipimpin PAS mengeledah kedai menjual tiket loteri - sesuatu tindakan yang dianggap mengekang kebebasan bukan Islam.

Mereka mendakwa ia bukti bahawa PAS akan memperkenalkan lebih banyak dasar-dasar Islam jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Rencana

Posted: 11 Mar 2011 03:41 PM PST

Utusan Online - Rencana


Masa untuk lawan habis-habisan

Posted:

Masa untuk lawan habis-habisan

Masa untuk lawan habis-habisan

Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
saiful.hasam@utusan.com.my


Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud (tengah) bersemangat mengibarkan bendera Barisan Nasional (BN) pada majlis Konvensyen BN di Kuching.Turut kelihatan adalah pemimpin parti kompenan, dari Presiden Parti Rakyat Sarawak, James Jemut Masing; Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP),George Chan Hong Nam; Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu dan Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak ( SPDP ), William Mawan Ikom. - utusan/ AMIR HAFIZ ABD RAHMAN


Genap seminggu yang lalu, Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menghadiri Konvensyen Barisan Nasional (BN) Sarawak 2011 dengan mood yang cukup ceria.

Penampilannya juga bergaya. Jika 5,300 pemimpin dan perwakilan BN yang berkampung sehari di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) memakai kemeja biru parti dengan seluar berwarna gelap, Abdul Taib pula tampil serba biru, baik kemeja, seluar mahupun tali pinggangnya.

Bahasa badan Pengerusi BN negeri itu cukup menarik untuk diamati, bendera kecil BN dikibarnya bersungguh-sungguh mengikut rentak beberapa lagu rasmi yang berkumandang sebelum majlis dimulakan.

Ucaptamanya selama 55 minit pula 'berapi-api', umpama seorang jeneral yang meniupkan semangat perjuangan kepada kepada tentera yang bakal bertempur di medan perang.

Intonasi ucapan beliau agak tinggi terutama sewaktu meneriakkan frasa "lawan habis-habisan".

Beliau mengambil peluang untuk mengingatkan jentera BN supaya tidak lagi bertahan menghadapi fitnah pembangkang yang bertujuan membakar sentimen rakyat sewaktu BN mengamalkan politik realiti.

"Kenapa kita (BN) mesti bertahan terhadap propaganda yang dilancarkan pembangkang? Sedangkan selama ini BN telah membawa banyak perubahan kepada negara khususnya Sarawak.

"Jadi saya minta semua ahli BN untuk lawan habis-habisan pihak pembangkang kali ini," tegasnya.

Ucapan beliau ditafsir banyak pihak sebagai paluan gendang perang BN telah dibunyikan dan parti itu kini berada pada tahap terbaik untuk mengharung pilihan raya negeri pada bila-bila masa.

Di atas kertas, BN negeri yang diterajui, Abdul Taib langsung tidak bermasalah untuk mempertahankan kuasa malah beliau dalam perutusan sempena sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini turut menyatakan keyakinan itu.

"BN tanpa ada niat untuk bercakap besar mempunyai keyakinan membentuk kerajaan negeri baru pastinya dengan majoriti dua per tiga," katanya.

Bagaimanapun dalam perutusan yang sama, beliau mengakui sedikit risau dengan sikap pengundi di kawasan bandar yang menyokong pembangkang untuk membentak dan mengkritik kerajaan.

Kerisauan itu mempunyai kaitan dengan kemerosotan prestasi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang tewas di lapan daripada 19 kerusi majoriti Cina pada pilihan raya negeri yang lalu.

Lantaran itulah, Abdul Taib dilihat cukup 'sibuk' menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina di seluruh negeri, adakalanya melebihi satu majlis dalam masa sehari untuk menyatakan pandangannya mengenai sokongan orang Cina kepada BN.

Komitmen itu cukup terserlah sehingga beliau tidak menyertai lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Limbang dan Miri pada bulan lalu semata-mata untuk menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina.

Dalam satu majlis anjuran Persekutuan Persatuan-Persatuan Cina Bahagian Kuching dan Samarahan umpamanya, beliau mengingatkan orang Cina mengenai kepentingan mempunyai perwakilan yang kuat untuk bersuara dalam kerajaan BN.

"Adalah penting untuk masyarakat Cina memikirkan apa yang dapat dilakukan bagi memastikan kaum Cina kekal bersatu padu dan perpaduan itu dipupuk oleh pemimpin yang berfikiran baik tidak kira muka baru atau lama.

"Masa depan kaum Cina di Malaysia amat baik jika dibandingkan dengan negara lain.

"Adalah amat menyedihkan bagi saya memikirkan kemungkinan yang kita tidak ada kepimpinan Cina yang bagus, kuat dan pintar dalam BN," tegasnya.

Justeru, pada pilihan raya negeri kali ini, Abdul Taib mempunyai tugas yang besar iaitu memulihkan semula maruah BN Sarawak yang tercalar dengan peralihan sokongan kaum Cina kepada pembangkang.

Kerana itulah, beliau yang ditemui pemberita selepas Konvensyen BN itu memberitahu komponen BN yang terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) akan memberikan bantuan kepada SUPP untuk mengembalikan sokongan orang Cina.

Satu lagi aspek yang menarik untuk diperhalusi ialah keyakinan Abdul Taib terhadap pemimpin muda untuk membangunkan negeri sebagaimana yang dinyatakan beliau sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan Konvensyen BN yang berlangsung secara tertutup.

Menurut Naib Pengerusi BN negeri, Datuk Abang Johari Tun Openg, Abdul Taib dalam ucapannya berkata Sarawak selamat di tangan pemimpin muda kerana mereka adalah kesinambungan perjuangan membangunkan Sarawak sebagai negeri maju menjelang 2030.

"Pemimpin pelapis khasnya mereka yang berusia 40 tahun ke bawah perlu menyiapkan diri mereka untuk meneruskan usaha yang dikatakan Ketua Menteri kita," kata Abang Johari.

Pesanan itu amat bermakna, lebih-lebih lagi Abdul Taib sendiri pernah menyatakan pilihan raya negeri kali ini mungkin yang terakhir baginya.

"Mungkin saya bertanding dalam pilihan raya negeri akan datang untuk kali yang terakhir disebabkan usia semakin meningkat. Saya sangat menghargai sokongan rakyat di sini," katanya sewaktu berucap di Balingian yang merupakan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakilinya, baru-baru ini.

Sebelum itu, Abdul Taib telah membuat kenyataan bahawa beliau dan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang bersedia untuk berundur sekiranya ada pemimpin yang benar-benar berkaliber, bijak dan berpendidikan.

"Jika ada mereka yang ingin menggantikan kami...kami mahu tapi kami tidak akan melepaskan kuasa jika tiada jaminan seseorang itu baik atau pintar untuk memberikan pembangunan kepada rakyat Sarawak," katanya.

Pastinya, sebagai Ketua Menteri hampir 30 tahun, Abdul Taib tidak akan membiarkan pengundurannya kelak merencatkan pembangunan negeri atau merosakkan perpaduan parti komponen BN.

Dan pilihan raya negeri kali ini adalah medan terbaik untuk beliau mengembalikan sepenuhnya kekuatan BN Sarawak sewaktu parti pembangkang masih belum memuktamadkan pembahagian kerusi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

KL bandar raya selamat

Posted:

KL bandar raya selamat

KL bandar raya selamat


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah mengedarkan kad penilaian khidmat pelanggan kepada pengunjung di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.



SEBAGAI bandar raya berstatus ibu negara, Kuala Lumpur menjadi tumpuan segala jenis manusia yang datang dari dalam dan luar negara sama ada untuk mencari rezeki, menimba ilmu atau sekadar melancong.

Bandar metropolitan ini juga menjadi tumpuan segala aktiviti sama ada baik atau buruk termasuk kegiatan jenayah. Keadaan ini secara tidak langsung memberi tekanan dan cabaran kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melaksanakan tugas menjaga keselamatan awam.

Sempena Peringatan Hari Polis Ke-204 yang akan disambut pada 25 Mac ini, wartawan Utusan Malaysia, ANGELINA SINYANG berkesempatan menemubual Ketua Polis Kuala Lumpur, DATUK ZULKIFLI ABDULLAH untuk mengetahui tahap keselamatan dan inisiatif diambil oleh pasukan keselamatan itu untuk mencapai matlamat menjadikan Kuala Lumpur bandar raya selamat.

UTUSAN: Sejauh manakah PDRM khususnya Polis Kuala Lumpur melaksanakan usaha untuk menjamin keselamatan dan ketenteraman di ibu negara?

ZULKIFLI: Tahun lalu, jenayah indeks direkodkan di Kuala Lumpur menurun hampir 19 peratus berbanding 19.3 peratus pada 2009, manakala jenayah jalanan menurun 38 peratus.

Apabila saya dilantik sebagai Ketua Polis pada akhir tahun 2010, saya melihat semula bagaimanakah kita boleh memantapkan lagi usaha untuk mengurangkan kadar jenayah bagi memastikan masyarakat berasa selamat untuk tinggal di sini.

Menerusi Pelan Strategik 2011, kita percaya inisiatif-inisiatif diambil boleh menurunkan lagi kadar jenayah di Kuala Lumpur dan pada masa sama boleh meningkat atau mengurangkan rasa takut masyarakat terhadap jenayah.

Antara yang kita hendak beri penekanan dalam perkara ini ialah memastikan kehadiran polis dan menggalakkan mereka menyertai program Rakan Cop.

Selain itu, kita juga menggunakan khidmat bantuan Pasukan Gerakan Am (PGA), pasukan sukarelawan polis yang terdiri daripada Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk membantu tugas rondaan jenayah.

Yang kedua, kita juga memerlukan risikan atau maklumat lebih tinggi dengan menggalakkan masyarakat menjadi 'mata dan telinga' kepada polis.

Sebagai contoh, kita memanfaatkan keahlian Rakan Cop yang melebihi 90,000 orang di Kuala Lumpur untuk menjadi pemberi maklumat.

Ketiga, kita bekerjasama dengan agensi-agensi lain seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membincangkan kerjasama memerangi jenayah.

Apakah bentuk cabaran yang dihadapi oleh Datuk dan pegawai-pegawai polis dalam melaksanakan tugas kepolisan di Kuala Lumpur?. Bagaimana pula dengan trend jenayah di Kuala Lumpur berbanding tempat Datuk bertugas sebelum ini?

Bagi saya, Kuala Lumpur ibarat magnet atau dengan kata lain, umpama madu yang menjadi tumpuan lebah.

Maknanya, ramai orang suka datang ke Kuala Lumpur termasuk pelancong asing yang mungkin mempunyai niat tidak baik dan ada juga pelajar.

Satu cabaran kepada polis adalah kemasukan warga asing yang pada masa sama mengambil kesempatan melakukan jenayah terhadap pelancong dan rakyat tempatan.

Cabaran timbul apabila tidak mudah bagi kita untuk mengesan penjenayah dari negara-negara lain.

Apabila ini berlaku, kita memerlukan bantuan daripada pihak kedutaan negara terlibat untuk mendapatkan maklum balas dan jurubahasa bagi membantu kita apabila membuat tangkapan terhadap warga asing yang melakukan jenayah.

Kita juga berdepan dengan cabaran masa yang terlalu pendek kerana pelancong yang menjadi mangsa samun akan balik ke negaranya. Bagaimanakah kita mahu menyelesaikan kes itu sebelum mangsa kembali?.

Di Kuala Lumpur, pada 27 Februari lalu, berlaku perhimpunan haram. Ini bukan sekali perarakan atau perhimpunan haram diadakan di ibu negara kerana banyak agensi atau pertubuhan yang jika tidak puas hati akan datang ke Kuala Lumpur untuk menghantar memorandum.

Bila ini berlaku, Kuala Lumpur mengalami kesesakan teruk, berlaku ancaman keselamatan dan sebagainya.

Semasa saya di Perak dulu, perkara ini berlaku bermusim tetapi di Kuala Lumpur, ia tiada musim.

Di manakah kedudukan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar raya selamat didiami dan dikunjungi oleh pelancong seluruh dunia?

Ini satu soalan yang tidak mudah saya jawab secara spesifik kerana jika kita lihat garis panduan digunakan oleh pihak antarabangsa, ia banyak bergantung kepada keadaan kehidupan di negara tersebut.

Pada saya, hendak menentukan status Kuala Lumpur selamat atau sebaliknya, boleh dilihat kepada jumlah kehadiran pelancong datang ke sini.

Setiap tahun, kita dapati jumlah pelancong dari negara Timur Tengah, Eropah dan Asia ke Kuala Lumpur bertambah.

Bagi saya, pertambahan jumlah pelancong ini adalah penanda aras bahawa Kuala Lumpur merupakan bandar yang selamat.

Sebagai sebuah bandar raya berstatus ibu negara, Kuala Lumpur menjadi laluan keluar masuk orang luar termasuk kumpulan penjenayah atau sindiket terancang khususnya pengedar dadah sehingga ada menganggap Kuala Lumpur sebagai pusat transit dadah serantau. Bagaimanakah Datuk melihat trend ini?

Masalah dadah adalah satu perkara yang kita pandang serius.

Kalau dilihat dari segi tangkapan dan rampasan dadah di Kuala Lumpur sejak tahun lepas sehingga kini, ia terus menunjukkan peningkatan.

Saya tidak mengatakan Kuala Lumpur sebagai bandar transit dadah tetapi menerima hakikat bahawa di kawasan Asia, memang terdapat usaha menjadi wilayah kita sebagai transit dadah.

Begitu juga usaha ke arah menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar transit dadah, ia memang ada tetapi tindakan diambil polis setakat ini, berjaya mematah atau melumpuhkan usaha tersebut.

Saya percaya kerjasama antara Jabatan Siasatan Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur dan Bukit Aman menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa telah berjaya menutup laluan mengedar dadah ke ibu negara.

Sempena Peringatan Hari Polis Ke-204 yang akan disambut tidak lama lagi, apakah visi dan misi Datuk?

Saya sebagai pegawai polis dan penjawat awam, apa yang dilakukan di sini, tidak lari dari visi dan misi PDRM.

Visi PDRM adalah sebagai agensi peneraju dalam menjadikan Malaysia sebuah negara selamat, aman dan sejahtera.

Misi PDRM pula ialah menyediakan perkhidmatan profesional dan berkualiti dalam melindungi negara dan menjamin persekitaran selamat bagi Malaysia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Negara

Posted: 11 Mar 2011 01:15 PM PST

Kosmo Online - Negara


Terkuat dalam tempoh 140 tahun

Posted:

Terkuat dalam tempoh 140 tahun

Terkuat dalam tempoh 140 tahun


GAMBAR dari udara menunjukkan gempa bumi di utara Jepun mengakibatkan tsunami berair kehitaman menyapu kawasan pertanian di Sendai semalam.


TOKYO - Gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun berlaku di laut timur Jepun semalam sekali gus mencetuskan ombak tsunami setinggi 10 meter.

Pihak berkuasa Jepun berkata, gempa bumi dengan kekuatan 8.9 pada skala Richter itu menyebabkan beratus-ratus orang dilaporkan terbunuh (sehingga 11.30 malam waktu Malaysia) dan jumlahnya dilaporkan meningkat dalam tempoh enam jam akan datang.

Menurut Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi yang berpusat 130 kilometer dari pantai timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.

Kira-kira sejuta penduduk mendiami Sendai yang merupakan sebuah kawasan pertanian utama di Jepun.

Bencana alam itu berlaku pada pukul 11.45 pagi waktu tempatan.

Perdana Menteri Jepun, Naoto Khan dalam sidang akhbar semalam mengakui gempa bumi tersebut menyebabkan kerosakan besar di utara Jepun.

Ombak tsunami tersebut membawa tanah dan serpihan sebahagiannya dalam keadaan terbakar menenggelamkan kawasan tanah pertanian di bandar Sendai, timur Jepun yang mempunyai sejuta penduduk.

Sebuah hotel runtuh di bandar Sendai dan ramai orang dipercayai tertimbus di celah runtuhan.

Turut disapu tsunami ialah Iwate, Miyagi dan Aomori.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

100 rakyat Malaysia selamat

Posted:

100 rakyat Malaysia selamat

100 rakyat Malaysia selamat

KUALA LUMPUR - Kira-kira 100 rakyat Malaysia yang berada di wilayah Miyagi, Iwate dan Aomori, iaitu tiga wilayah yang teruk dilanda gempa bumi di Jepun disahkan selamat, demikian menurut Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo, Ahmad Rozian Abdul Ghani.

"Pihak kedutaan telah menghubungi rakyat Malaysia di sini (Jepun) dah sahkan mereka selamat.

"Tidak semua dapat kita hubungi kerana ada antara mereka pulang bercuti ke Malaysia atau wilayah berhampiran ekoran cuti semester ketika ini," katanya semalam.

Jelasnya, daripada jumlah itu, 67 orang adalah pelajar iaitu 43 orang di universiti di Miyagi, 18 orang di Iwate dan enam orang di Aomori.

Ujarnya, pelajar dan rakyat Malaysia juga telah sedia maklum langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan seperti hadir ke pusat-pusat evakuasi yang disediakan pihak kerajaan tempatan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemidato Turki, Malaysia juara

Posted:

Pemidato Turki, Malaysia juara

Pemidato Turki, Malaysia juara

Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB
yunus.yakkub@kosmo.com.my


NAJIB (tiga dari kanan) bersalam dengan Halil selepas menyampaikan hadiah juara kategori antarabangsa Pertandingan Pidato Bahasa Melayu (PABM) di Pusat Konvensyen Putrajaya malam tadi.


PUTRAJAYA – Halil Ibrahim, 22, dari Turki dinobatkan sebagai juara bagi kategori antarabangsa pada Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri yang berlangsung di Pusat Konvokesyen Antarabangsa Putrajaya di sini malam tadi.

Beliau yang menuntut di Universiti Istanbul mengalahkan empat peserta lain dalam kategori terbabit dan membawa pulang hadiah berupa wang tunai AS$5,000 (RM15,500), piala pusingan Perdana Menteri dan sijil penyertaan.

Halil memberitahu, beliau tidak menduga memenangi pertandingan tersebut kerana persaingan sengit terutama dari peserta Rusia, Daria Kamyshnikova.

"Bagi saya kemenangan ini sangat bermakna dan saya akan terus memartabatkan Bahasa Melayu" katanya ketika ditemui selepas pertandingan itu.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Naib juara kategori antarabangsa ialah Kamyshnikova dan tempat ketiga diraih peserta Australia, Genevieve Woods.

Seramai lapan peserta PABM berentap di peringkat akhir setelah empat hari berlangsungnya pertandingan tersebut yang diadili tujuh juri tempatan dan antarabangsa yang dilantik oleh Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia.

Lima daripada peserta terlibat berentap untuk kategori antarabangsa yang terdiri daripada peserta Rusia, China, Turki, Australia dan Korea Selatan.

Selebihnya adalah peserta dari Malaysia, Singapura dan Brunei untuk kategori nusantara.

Sementara itu, Amirrudin Abd. Rahman, 25, pemidato Malaysia menjuarai kategori nusantara dengan membawa pidato bertajuk 'Bangsa Berilmu Bangsa Bertamadun'. Beliau juga membawa pulang hadiah berupa wang tunai AS$5,000, piala pusingan Perdana Menteri dan sijil penyertaan.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Kota

Posted: 11 Mar 2011 11:29 AM PST

Utusan Online - Kota


Pengunjung lari, peniaga rugi

Posted:

Pengunjung lari, peniaga rugi

Pengunjung lari, peniaga rugi

Oleh RASMI ABDULLAH
kota@utusan.com.my


BENTENG penghadang ombak bersebelahan jalan ke Pantai Kelanang, Kuala Langat yang pecah membuatkan pengunjung dan peniaga bimbang.


KUALA LANGAT 11 Mac - Masalah hakisan dan tebing penghadang ombak yang rosak di pesisiran Pantai Kelanang di sini sejak hampir sebulan lalu membimbangkan penduduk kerana ia semakin menghampiri laluan alternatif menuju pantai berkenaan.

Penduduk mendakwa mereka diancam bahaya jika tiada tindakan segera diambil dan mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) berbuat sesuatu supaya keadaan tidak menjadi lebih parah.

Tinjauan Utusan Malaysia di kawasan berkenaan mendapati kawasan tebing yang dimaksudkan kini semakin dekat dengan laluan yang sering digunakan oleh penduduk untuk ke pantai tersebut dari Pantai Morib.

Difahamkan, kejadian seumpama itu bukan pertama kali berlaku malah ia adalah insiden ketiga selepas tebing itu dibina dan masalah dialami penduduk bertambah buruk setiap kali hujan lebat.

Lebih memburukkan keadaan apabila batu dari runtuhan tebing konkrit itu bertaburan di atas jalan menyebabkan kenderaan sukar untuk melalui jalan tersebut.

Seorang pekerja swasta, Saiful Bahari Abdul Jalil, 54, berkata, tebing berkenaan dibina untuk mengelakkan air naik ke jalan berhampiran tetapi kini struktur tebing itu tidak lagi dapat menahan limpahan air apabila hujan lebat dan air pasang.

"Saya lihat tebing ini seperti sudah hilang fungsi kerana keadaannya yang semakin hari semakin teruk menyebabkan hampir separuh jalan turut mengalami nasib sama.

"Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, pengguna terdedah kepada risiko kemalangan kerana sebahagian batu daripada hakisan tebing itu bertaburan di tengah jalan. Selain itu ia juga boleh menyebabkan kerosakan kepada kenderaan pengguna," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Seorang peniaga, Abu Saman Ahmad, 45, meminta pihak terbabit mengambil tindakan sewajarnya dengan menambak kawasan di pesisiran pantai itu bagi mengelak ia menjadi semakin teruk.

"Saya berharap kerja pembaikan atau kerja naik taraf tebing itu dilakukan dengan serius kerana tidak mahu perkara yang sama berulang.

"Oleh kerana masalah itu, pengunjung semakin berkurangan datang ke sini hingga mengakibatkan perniagaan saya semakin merudum.

"Sudahlah pantai ini kotor, ditambah pula jalan alternatif yang lebih dekat untuk ke sini pula rosak jadi bagaimana hendak tingkatkan hasil perniagaan," katanya.

Pekerja swasta, Halimah Abdul Karim, 35, pula berkata, dia khuatir sekiranya tebing itu terus dibiarkan begitu, tidak mustahil ia boleh runtuh sepenuhnya.

"Bayangkan jika ada pula kenderaan yang melalui jalan terbabit ketika itu, apa akan jadi sekiranya perkara ini benar berlaku? Siapa yang harus dipersalahkan?

"Sekiranya ia runtuh sepenuhnya, sudah tentu ia membabitkan peruntukan yang besar untuk membaik pulih pesisir pantai berkenaan. Sebelum keadaan menjadi lebih parah, lebih baik bertindak segera," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Spektra tingkatkan kualiti Nadi Putra

Posted:

Spektra tingkatkan kualiti Nadi Putra

Spektra tingkatkan kualiti Nadi Putra

Oleh HAKIMI ISMAIL
kota@utusan.com.my


Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mempamerkan pas bulanan bas Nadi Putra sambil diperhatikan Samsudin Osman dan pemandu bas Nur Hafiza Abd. Rani pada pelancaran Spektra di Putrajaya semalam. - UTUSAN/Zaki Amiruddin


PUTRAJAYA 11 Mac - Sistem Pengurusan dan Kawalan Transit Awam Putrajaya (Spektra) yang mula diperkenalkan di sini dijangka mampu meningkatkan kualiti perkhidmatan bas Nadi Putra dan tempat letak kereta awam.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, Spektra merangkumi empat komponen utama iaitu sistem pengurusan bas, maklumat bas, tiket elektronik dan tempat letak kereta automatik.

Beliau menjelaskan, sistem pengurusan bas melibatkan pemasangan on board unit (OBU) di atas bas yang memiliki ciri-ciri sistem penentu kedudukan global (GPS) dan sistem komunikasi radio paket (GPRS) yang akan menghantar data mengenai identiti bas, pemandu, laluan operasi dan bilangan penumpang kepada Sistem Komputer Berpusat Putrajaya (PutraNet).

"Dengan terlaksananya Spektra ini, Perbadanan Putrajaya mampu menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam dan tempat letak kereta awam yang terbaik dan lebih efektif kepada masyarakat.

"Selepas ini tiada lagi alasan pengguna untuk tidak menggunakan perkhidmatan bas kerana semua kemudahan telah disediakan dengan sempurna di Putrajaya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Spektra, di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Samsudin Osman dan Pengarah Perkhidmatan Bandar PPj, Datuk Abd. Ghani Ahmad.

Raja Nong Chik berkata, sistem maklumat bas akan berperanan sebagai pusat kawalan yang menyalurkan maklumat jangka masa ketibaan pada skrin yang dipasang di 16 buah perhentian bas terpilih bagi membolehkan pengguna mengetahui jadual perjalanan bas.

"Sistem tiket elektronik pula akan bertindak menguruskan kutipan tambang bas secara tunai dan penggunaan pas bulanan. Kesemua transaksi akan dihantar terus kepada sistem komputer di depot bas sebelum disatukan ke dalam PutraNet.

"Sistem tempat letak kereta automatik pula akan beroperasi di pusat Park and Ride (P&R) bagi mengendalikan bayaran secara tunai dan penggunaan pas bulanan secara harian dan bermalam pada kadar bayaran yang ditetapkan," katanya.

Dalam pada itu, Raja Nong Chik memberitahu, pelaksanaan Spektra menelan belanja RM17 juta dengan 115 buah bas telah dilengkapi sistem tersebut.

Sementara itu, katanya, kementeriannya akan menilai tahap keberkesanan Spektra Putrajaya sebelum diperluaskan ke ibu negara.

"Jika ia berkesan dan mampu menarik lebih ramai orang menggunakan perkhidmatan bas, kami akan menggunakan aplikasi yang sama di ibu negara," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Projek sambung LRT meningkat

Posted:

Projek sambung LRT meningkat

Projek sambung LRT meningkat

KUALA LUMPUR 11 Mac - Kerja permulaan untuk penyambungan trek sistem transit aliran ringan (LRT) kini telah mencapai 15 peratus untuk aliran Kelana Jaya, manakala 20 peratus bagi aliran Ampang.

Pengarah Kumpulan Divisyen Infrastruktur Syarikat Prasarana Nasional Berhad (SPNB), Zulkifli Mohd. Yusoff (gambar) berkata antara kerja-kerja yang sedang dilakukan ialah memindahkan peralatan utiliti dari tapak laluan trek ke tempat lain.

"Kerja pembinaan projek sambungan aliran Kelana Jaya dan Ampang dijangka akan meningkat pada penghujung Mac, dengan permulaan kerja-kerja struktur, tertakluk kepada kelulusan dari kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

"Kerja pembinaan terbahagi kepada tiga komponen, iaitu kerja permulaan, fasiliti dan sistem. Sehingga kini, kerja permulaan sedang dilakukan di kedua-dua aliran itu,

"Ini termasuk memindahkan kabel telekomunikasi, kabel voltan tinggi (bawah tanah) Tenaga Nasional Berhad, talian-talian penghantaran voltan tinggi, paip-paip saluran air utama dan paip pembetungan, serta paip-paip (utiliti) lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media mengenai projek penyambungan landasan LRT aliran Kelana Jaya dan Ampang di Menara UOA, Bangsar, di sini hari ini.

Zulkifli berkata, hampir 15 peratus kerja permulaan untuk aliran Kelana Jaya dan 20 peratus kerja untuk aliran Ampang sudah pun siap.

Namun, pemilikan tapak untuk penempatan semula Gas Malaysia masih tergantung disebabkan proses pengambilan tanah.

"Untuk kerja fasiliti pula, pemilikan tapak untuk aliran Kelana Jaya dan Ampang berjalan pada 20 Januari dan 23 Februari lalu.

"Bagaimanapun, kerja pembinaan secara fizikal dijangka bermula pada penghujung bulan ini bergantung pada kelulusan untuk arahan pembangunan dan permit kerja oleh pihak berkuasa tempatan," jelasnya.

Sementara itu, beliau berkata, pertambahan trek untuk aliran Kelana Jaya melibatkan laluan sepanjang 17 kilometer, manakala aliran Ampang pula 17.7 kilometer.

Tambahnya, pertambahan pada aliran tersebut melibatkan 13 stesen bagi bagi kedua-dua aliran yang akan berakhir di Putra Heights.

Zulkifli juga berkata, SPNB yakin bajet sebanyak RM7 bilion untuk projek penyambungan landasan transit aliran ringan (LRT) Kelana Jaya dan Ampang adalah mencukupi.

Ketika ini, ujarnya, pihaknya sudah memiliki RM2 bilion dan kini mereka sedang berusaha mengumpul jumlah selebihnya.

Katanya, bajet tersebut adalah untuk projek pembinaan LRT sahaja, manakala untuk bas pula mempunyai bajet yang berbeza.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

2 ulasan:

ads