Ahad, 13 Mac 2011

Edisi Semasa

Edisi Semasa


Kosmo Online

Posted: 13 Mar 2011 08:31 AM PDT

Kosmo Online


Bot pelancong terbakar, semua penumpang selamat

Posted:

Bot pelancong terbakar, semua penumpang selamat

Bot pelancong terbakar, semua penumpang selamat

13/03/2011 9:43pm

BESUT — Sebuah bot pelancong yang dalam perjalanan ke pulau peranginan Pulau Perhentian terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi ini, bagaimanapun kesemua 40 penumpang bot itu selamat.

Bot itu terbakar kira-kira setengah jam setelah berlepas dari Jeti Pelancongan Kuala Besut, di sini.

Kesemua penumpang bot itu yang terdiri tiga pelancong asing, 33 pelancong tempatan dari Melaka, dua penduduk Pulau Perhentian serta pemandu bot dan pembantunya diselamatkan oleh bot nelayan di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi berkata polis masih menyiasat kejadian itu. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Adenovirus: Dua masih dirawat di ICU

Posted:


Ruang

Sawah padi restoran buluh

BAYU senja bertiup lembut ke pipi tatkala krew Jurnal tiba di lokasi restoran yang terletak di sisi Jalan Hulu Kelang-Ampang ini. Lagi...

Infiniti

Bak kedai mamak dalam talian

KOMIK adalah satu medium grafik yang dihasilkan melalui susunan lukisan dalam petak bagi menggambarkan peristiwa yang ingin disampaikan dan mengandungi dialog supaya watak-watak dalam komik tersebut seolah-olah hidup. Lagi...

Kesihatan

Kahak litupi paru-paru

PADA malam itu anak perempuan Hanisah, Mia yang baru berusia enam bulan setengah tidak lena tidur. Sekejap-sekejap dia terjaga dan terbatuk. Lagi...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Seleweng: MoCS buat laporan polis

Posted:

Seleweng: MoCS buat laporan polis

Seleweng: MoCS buat laporan polis

13/03/2011 4:49pm

KUCHING – Pengerusi Gerakan untuk Perubahan Sarawak (MoCS) Francis Siah hari ini membuat laporan polis terhadap seorang pemimpin kanan politik Sarawak atas dakwaan penyelewengan.

Laporan yang dibuat di Balai Polis Sentral Kuching di sini itu juga mendakwa pemimpin tersebut terlibat pengubahan wang haram.

Siah dalam laporannya menggesa polis agar melakukan siasatan segera terhadap ahli politik tersebut. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Mutakhir

Posted: 13 Mar 2011 08:19 AM PDT

Harian Metro: Mutakhir


Koo Kien Keat-Tan Boon Heong kempunan juara

Posted: 13 Mar 2011 07:36 AM PDT

Pasangan negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong kempunan lagi untuk mencatat kejuaraan pertama musim ini apabila tewas kepada Mathias Boe-Carsten Mogensen dari Denmark 21-15, 16-21, 18-21 pada final Kejohanan Badminton Seluruh England, Arena Tertutup Birmingham, malam ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Wanita mati dalam kebakaran

Posted: 13 Mar 2011 07:20 AM PDT

PETALING JAYA: Seorang wanita terkorban selepas apartmen yang baru disewanya kira-kira sebulan terbakar pagi semalam, dipercayai berpunca daripada litar pintas.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi di sebuah apartmen 18 tingkat di Damansara Perdana, dekat sini, wanita berusia 25 tahun itu ditemui terbaring atas lantai bersebelahan katilnya dalam keadaan bogel akibat pakaian dan seluruh badannya terbakar.


Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan Meor Mohamad berkata, mangsa dipercayai mati akibat sesak nafas terperangkap di dalam kebakaran dan identitinya sudah dikenal pasti, namun pihaknya menunggu pengesahan daripada keluarga mangsa yang sudah dipanggil untuk proses pengecaman.

"Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk di bedah siasat dan punca sebenar kejadian serta kematian mangsa masih lagi dalam siasatan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Selatan

Posted: 13 Mar 2011 04:29 AM PDT

Utusan Online - Selatan


RM1 naik kereta perisai

Posted:

RM1 naik kereta perisai

RM1 naik kereta perisai

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusanN9@utusan.com.my


KOPERAL Betty Dandan memakaikan topi keselamatan kepada Arif Haikal sambil diperhatikan oleh kakaknya, Mirsha Maisara, ketika dua kanak-kanak itu menaiki kereta perisai Condor 4x4 di Muzium Tentera Darat, Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam. - mingguan / Abd Razak Aid


TELUK KEMANG 12 Mac - Anda cuma perlu membayar RM1 dan menikmati pengalaman menaiki dua kereta perisai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu Condor 4x4 dan Sibmas 6x6 ketika berkunjung ke Muzium Tentera Darat dekat sini.

Pengarah muzium berkenaan, Leftenan Kolonel Norhayati Mansor berkata, pengalaman itu merupakan antara program yang dijalankan pihaknya terutama pada musim cuti sekolah.

"Kita memberi peluang kepada orang awam merasai suasana berada dalam dua kereta perisai itu bermula hari ini hingga 20 Mac depan melalui aktiviti yang dipanggil Armour Joy Ride.

"Kita cuma kenakan bayaran RM1 kepada pengunjung. Ini hanyalah bayaran kecil untuk dimasukkan ke dalam tabung muzium berkenaan," katanya di Port Dickson dekat sini hari ini.

Selain itu, pengunjung juga akan diberikan pengalaman merasai makanan tentera yang dimasak melalui peralatan ketenteraan, selain berpeluang mengunjungi gerai pameran yang terdapat di dataran muzium tersebut.

"Ini merupakan sebahagian aktiviti promosi muzium ini, lebih-lebih lagi Port Dickson telah diisytiharkan sebagai Bandar Tentera Darat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Menurutnya, Armour Joy Ride merupakan tarikan terbaru dan pertama kali dilakukan di muzium ini untuk menarik minat pengunjung, terutamanya kanak-kanak mendekati suasana ketenteraan.

Dalam pada itu, Shahbani Shahabudin, 38, yang datang dari Johor bersama isterinya, Rozita Mohd. Akil, 36, dan dua anaknya, Arif Haikal, 5, dan Mirsha Maisara, 9, berkata, aktiviti seumpama itu amat menarik.

"Saya bercuti di sini selama sehari dan peluang menaiki kereta perisai ini bersama keluarga merupakan pengalaman pertama dan menyeronokkan.

"Pendekatan ini merupakan sesuatu yang baru dan boleh menimbulkan rasa mesra di antara pasukan tentera dan orang awam seperti kami," katanya.

Sementara itu anaknya, Arif Haikal dan Mirsha Maisara berkata, mereka berasa amat teruja dan pengalaman tersebut akan diceritakan kepada saudara dan rakan-rakan yang lain.

"Saya belum pernah menaiki kereta perisai ini. Selalu tengok gambar sahaja. Hari ini, saya dibawa bersiar-siar dalam kawasan sekitar dengan kereta perisai. Seronok sangat," kata Mirsha Maisara.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohammad Razi Kail berkata, program itu adalah permulaan untuk menarik minat orang awam terhadap pelancongan berkonsepkan ketenteraan.

"Selepas ini, kita akan melaksanakan pula program barrack stay atau inap ala tentera di dalam kem yang sedia ada supaya orang awam merasai kelainan dalam percutian mereka," katanya.

Katanya, program seperti itu dapat memantapkan pelaksanaan pakej pelancongan di Port Dickson termasuk beberapa pakej yang telah dirancang seperti Istiadat Pertukaran Kawalan Keselamatan atau Change Of Guard pada setiap hujung minggu yang dijangka turut menarik perhatian pengunjung.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Siti Aisha raih kejayaan tanpa ibu bapa

Posted:

Siti Aisha raih kejayaan tanpa ibu bapa

Siti Aisha raih kejayaan tanpa ibu bapa


SITI Aisha Senin menunjukkan piala yang diterimanya selepas diumumkan sebagai penerima Anugerah Pengarah Politeknik pada Majlis Konvokesyen Ke-8 Politeknik Merlimau di Jasin, Melaka, semalam.


JASIN 12 Mac - Majlis Konvokesyen ke-8 Politeknik Merlimau hari ini menjadi hari bersejarah buat Siti Aisha Senin, 22, apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Pengarah Politeknik kerana cemerlang dalam akademik dan kokurikulum sepanjang tiga tahun pengajian.

Namun, bagi Siti Aisha kegembiraan tersebut tidak bermakna tanpa kehadiran ibu bapanya, Senin Selamat, 70, dan Sapiah Rusman, 60, apabila kedua-duanya tidak menyaksikan dia menerima anugerah tertinggi di politeknik tersebut.

Ini kerana, ibu Siti Aisha sudah meninggal dunia sejak dia berusia 14 tahun manakala bapanya tinggal berasingan dengan mereka di Kulai, Johor dan jarang menjenguk Siti Aisha dan dua beradiknya yang tinggal bersama datuk mereka di Batu Pahat.

"Saya amat cemburu melihat rakan-rakan dipeluk dan dicium oleh ibu bapa mereka sambil ahli keluarga lain mengucapkan tahniah, perasaan saya amat sedih.

"Namun, saya bersyukur kerana hari ini, saya tidak datang seorang diri pada majlis konvokesyen kerana datuk, nenek dan seorang kakak saya ada datang menemani," katanya ketika ditemui selepas majlis Konvokesyen ke-8 Politeknik Merlimau yang dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Omar Abd. Rahman.

Selain menerima anugerah Pengarah, Siti Aisha pemegang Diplomasi Akauntasi dan seorang lagi pelajar, Nurul Nadia Mohd. Noh menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum (Politeknik) dan Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum (Jabatan).

Pada majlis itu, seramai 918 graduan sesi pengajian Julai 2010 menerima sijil dan diploma masing-masing.

Siti Aisha yang mendapat Gred Purata Mata Kumulatif (CGPA) 3.88 berkata, dia terpaksa mengharungi cabaran hidup seorang diri di politeknik tanpa ibu bapa untuk meluahkan segala masalah berbanding rakan sebayanya yang lain.

"Segala masalah saya tanggung sendiri dan saya luahkan kepada Allah SWT," katanya.

Katanya, sejak kecil, dia dan dua kakaknya dipelihara oleh datuk dan nenek saudara manakala ibu bapanya tinggal berasingan dengan mereka.

Kata Siti Aisha, kejayaan yang diperolehinya hari ini tidak datang dengan mudah dan didorong oleh perasaannya ingin membuktikan bahawa dirinya juga boleh berjaya.

Dia kini bekerja sebagai kerani bil di sebuah pakar di Kuala Lumpur sejak empat bulan lalu.

Perancangan Siti Aisha selepas ini ialah melanjutkan pengajian di Universiti Utara Malaysia dalam bidang perakaunan bagi merealisasikan cita-cita menjadi akauntan profesional.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

22 kawasan projek rumah kos rendah

Posted:

22 kawasan projek rumah kos rendah

22 kawasan projek rumah kos rendah

MELAKA 12 Mac - Sebanyak 22 kawasan di seluruh negeri melibatkan tanah seluas 240 hektar telah dikenal pasti terlibat dengan projek perumahan kos rendah.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pembangunan Pekan Kecil dan Pemuliharaan Projek negeri, Datuk Ab. Ghafaar Atan berkata, pelaksanaan projek itu terletak di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 15 Disember lalu.

Menurutnya, cadangan melaksanakan projek perumahan kos rendah itu telah dikemukakan kepada Jabatan Perumahan Negara bagi tujuan mendapatkan peruntukan.

"Pembahagian kawasan projek perumahan kos rendah ini dibahagikan mengikut kawasan parlimen, di mana kawasan parlimen Bukit Katil dan Jasin masing-masing menerima lima projek.

"Selebihnya di Alor Gajah (empat projek), Kota Melaka dan Masjid Tanah (masing-masing tiga projek) serta dua projek di Tangga Batu," katanya.

Selain itu katanya, kerajaan negeri tidak mempunyai cadangan membangunkan projek perumahan awam kos rendah dan sederhana di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Setempat

Posted: 13 Mar 2011 04:27 AM PDT

Harian Metro: Setempat


Lima dakwa ditampar guru

Posted: 12 Mar 2011 09:00 AM PST

[unable to retrieve full-text content]PORT DICKSON: Hanya kerana dikesan ponteng kelas, lima pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di sini, mendakwa terpaksa menanggung malu apabila ditampar oleh guru mereka di depan rakan lain, baru-baru ini.

Pelatih Pulapol dibenar pulang

Posted: 12 Mar 2011 09:00 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR: Lima daripada 30 pelatih Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur yang sebelum ini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, kerana diserang bakteria leptospirosis (kencing tikus) dan virus adeno sejak seminggu lalu, dibenarkan pulang ke rumah-masing, semalam.

Utusan Online - Utara

Posted: 13 Mar 2011 04:17 AM PDT

Utusan Online - Utara


Air Ganda dimaju sebagai agropolitan

Posted:

Air Ganda dimaju sebagai agropolitan

Air Ganda dimaju sebagai agropolitan

Oleh WARDAHTUL AIN NAWAWI
utusanperak@yahoo.com.my

GERIK 12 Mac - Kawasan seluas 1,376 hektar di Air Ganda, Temenggor dekat sini bakal dimajukan dengan projek pertanian getah berasaskan agropolitan bagi membantu masyarakat miskin dan miskin tegar supaya keluar daripada kepompong kemiskinan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad berkata, Kementerian Luar Bandar dan Wilayah telah bersetuju melaksanakan projek itu berdasarkan keluasan tanah selain keperluan membantu masyarakat di Hulu Perak menikmati hasil pembangunan negara.

Sehubungan itu katanya, beberapa agensi telah dilantik termasuk Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk melaksanakan tanaman pokok getah di kawasan tersebut.

"Kita yakin projek ini dapat dibangunkan kerana ia sesuai untuk dimajukan sejajar dengan usaha kementerian membasmi golongan miskin dan miskin tegar di seluruh Perak.

"Apabila projek agropolitan ini siap, kawasan Air Ganda akan menerima impak kemajuan melibatkan sektor penanaman getah," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia baru-baru ini.

Menerusi projek tersebut katanya, lebih 500 ketua isi rumah yang miskin dan miskin tegar bakal diberi peluang mengusahakan tanah seluas 2.6 hektar setiap seorang selain perkongsian ekuiti dalam ladang getah berkenaan.

Dalam pada itu, Saarani berkata, selain rumah, kerajaan juga menyediakan pelbagai kemudahan lain termasuk surau dan sekolah.

"Apabila projek agropolitan ini siap, kita akan memilih masyarakat daripada golongan yang benar-benar miskin dan miskin tegar di kawasan sekitarnya.

"Selepas itu, kita akan mengambil peserta lain di seluruh negeri Perak untuk ditempatkan di kawasan agropolitan tersebut," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MBI kutip cukai RM11j

Posted:

MBI kutip cukai RM11j

MBI kutip cukai RM11j


ROSHIDI Hashim (dua dari kanan) bersama beberapa kakitangan dan ahli Majlis Bandaraya Ipoh memilih cabutan bertuah cukai taksiran 2011 di Ipoh, baru-baru ini.


IPOH 12 Mac - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berjaya mengutip RM11 juta bayaran cukai taksiran dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, jumlah tersebut meningkat RM1 juta berbanding RM10 juta untuk tempoh sama tahun lepas.

''Peningkatan yang berlaku ini adalah tanda positif warga bandar raya menyambut baik program cabutan bertuah yang dijalankan oleh MBI," katanya pada Majlis Cabutan Bertuah Cukai Taksiran MBI 2011 di sini, kelmarin.

Sebanyak 220 hadiah termasuk 20 hadiah utama bernilai RM25,000 disediakan untuk warga bandar raya ini yang membuat pembayaran cukai taksiran setahun dari Januari hingga Februari lalu.

Antara hadiah utama ialah dua buah motosikal, empat unit televisyen LCD dan masing-masing dua unit peti ais, mesin basuh, kamera digital, ketuhar elektrik, ketuhar gelombang mikro, mesin vakum dan periuk nasi.

Seramai 20 pembayar cukai yang terpilih untuk cabutan hadiah utama akan membuat cabutan sekali lagi pada pertengahan April ini untuk menentukan hadiah yang bakal dimenangi.

Menurut Roshidi, bagi 2010, sebanyak RM78.4 juta bayaran cukai taksiran berjaya dikutip dan sebanyak RM37.2 juta sehingga 28 Februari lalu.

''Sehingga 28 Februari lalu, jumlah tunggakan cukai taksiran ialah sebanyak RM35.9 juta dan jumlah itu masih tinggi walaupun MBI sudah melupuskan sebahagian tunggakan.

''Oleh itu, saya harap orang ramai menjelaskan segera tunggakan cukai taksiran," katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, MBI akan menambah nilai barangan hadiah cabutan bertuah kepada RM30,000 pada tahun hadapan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

YB hadir 21 kenduri sehari

Posted:

YB hadir 21 kenduri sehari

YB hadir 21 kenduri sehari

SIK 12 Ma c– Percaya atau tidak jika ada individu yang menerima berpuluh jemputan kenduri perkahwinan dalam sehari sempena musim cuti persekolahan ini.

Itu yang berlaku ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantek, Mohd. Tajudin Abdullah yang menerima sebanyak 21 jemputan kenduri majlis perkahwinan hari ini.

Menurut beliau, semua jemputan itu diterima daripada penduduk dari seluruh Parlimen ini yang hampir sebesar Perlis dengan mengambil kesempatan memanggil wakil rakyat mereka apabila mengadakan kenduri.

Katanya, penduduk datang ke pejabat atau rumahnya bagi membuat jemputan berkenaan menyebabkan dia tidak boleh menolak.

"Musim cuti sekolah bermula hari ini menyebabkan kesempatan itu diambil oleh penduduk untuk mengadakan majlis kenduri perkahwinan anak masing-masing

"Saya sendiri menerima sebanyak 21 jemputan kenduri yang kesemuanya mengharapkan kehadiran pada majlis itu," katanya di sini, hari ini.

Mohd. Tajuddin yang juga Penyelaras Parlimen Sik berkata, oleh kerana terlalu banyak jemputan yang terpaksa dihadiri, beliau hanya mampu menjamah sedikit sahaja makanan pada setiap majlis.

"Bayangkan dengan jumlah jemputan yang banyak, mungkin tidak termampu saya hadirinya namun atas dasar bersama rakyat, saya tetap penuhi jemputan itu," katanya.

Katanya, sebagai seorang wakil rakyat, beliau berterima kasih kepada penduduk terbabit yang sudi menjemputnya ke majlis kenduri mereka.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Sik memberitahu, jumlah jemputan kenduri yang banyak bukan diterimanya untuk hari ini sahaja, tetapi sepanjang musim cuti sekolah ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted: 13 Mar 2011 04:16 AM PDT

Utusan Online - Dalam Negeri


371 rakyat Malaysia di Jepun dilaporkan selamat

Posted:

371 rakyat Malaysia di Jepun dilaporkan selamat

371 rakyat Malaysia di Jepun dilaporkan selamat

KUALA LUMPUR 12 Mac - Rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan paling teruk terjejas dalam kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun semalam, dipindahkan ke kawasan selamat oleh kerajaan negara itu.

Wisma Putra dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, kerajaan Jepun juga dilaporkan telah mengambil segala langkah perlu bagi membantu penduduk yang terjejas.

Kata kenyataan itu, Kedutaan Malaysia di Tokyo juga setakat pukul 3 petang ini telah berjaya menghubungi 371 rakyat dan pelajar Malaysia yang tinggal berdekatan kawasan bencana dan mereka disahkan berada dalam keadaan selamat.

''Selain itu, pihak kedutaan juga telah berhubung dengan rakyat dan penuntut Malaysia di kawasan lain di negara berkenaan.

''Setakat ini kesemua mereka selamat dan tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan. Wisma Putra dan kedutaan juga sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa Jepun untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung kejadian berkenaan,'' kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Wisma Putra meminta mereka yang ingin menghubungi ahli keluarga di Jepun supaya menggunakan laman web yang disediakan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) iaitu http://www.familylinks.icrc.org/Web/doc/siterfl0.nsf/htmlall/familylinks-japon-eng.

Selain itu, bilik operasi 24 jam turut dibuka di Wisma Putra dan kedutaan negara di Tokyo untuk memaklumkan perkembangan terkini.

''Pada masa sama, Malaysia juga menawarkan khidmat Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas (SMART) untuk membantu Jepun mencari dan menyelamatkan mangsa bencana tersebut,'' ujarnya.

Semalam, tsunami setinggi 10 meter kesan daripada gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter yang terkuat pernah dicatatkan melanda Jepun, meragut beribu-ribu nyawa penduduk ketika ia menghentam bot, kereta dan kediaman manakala kebakaran meletus tanpa kawalan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

'Pelajar kita selamat' - Khaled

Posted:

'Pelajar kita selamat' - Khaled

'Pelajar kita selamat' - Khaled

JOHOR BAHRU 12 Mac - Seramai 2,465 pelajar Malaysia yang mengikuti pengajian di Jepun dilaporkan selamat daripada bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda negara itu semalam.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memberitahu, daripada jumlah tersebut kira-kira 300 pelajar berada dalam kawasan yang dilanda bencana itu.

Katanya, seramai 12 pelajar yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Tohoku kini diletakkan di pusat pemindahan bencana dan berada dalam keadaan selamat.

"Terdapat pelajar kita yang menetap di Iwate masih tinggal di rumah masing-masing, namun kita sudah menasihatkan mereka untuk berpindah ke pusat pemindahan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau ditemui selepas merasmikan Pertemuan Nostalgia Bekas Pelajar English College (EC) yang kini dikenali Maktab Sultan Abu Bakar sempena majlis sambutan EC ke arah 100 tahun.

Difahamkan, daripada 2,465 pelajar, 1,327 merupakan pelajar tajaan kerajaan, 201 tajaan kerajaan Jepun manakala 937 orang pula membiayai sendiri pengajian mereka di sana.

Sementara itu, seramai 207 penuntut tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Jepun turut dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, ia berikutan kesemua penuntut terbabit tidak berada di kawasan gempa sebaliknya pusat-pusat pengajian mereka terletak jauh dari tempat berlakunya bencana.

Justeru, beliau meminta ibu bapa tidak perlu bimbang dengan tahap keselamatan anak masing-masing apatah lagi kedudukan penuntut Malaysia sentiasa diawasi dan dipantau oleh kedutaan di Jepun serta Wisma Putra di sini.

''Daripada 207 penuntut kita di sana, 131 berada di Tokyo manakala selebihnya berada di sekitar Tokyo. Jarak antara Tokyo dengan kawasan gempa juga adalah jauh.

''Saya minta ibu bapa tidak perlu bimbang. Tambahan pula Jepun merupakan sebuah negara yang sentiasa bersedia dengan setiap malapetaka dan saya juga dimaklumkan penduduk yang tidak berada di kawasan gempa telah mula menjalani kehidupan seperti biasa,'' katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pendidikan Mara Peringkat Kebangsaan 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gosip paling mengarut - Maya Karin

Posted:

Gosip paling mengarut - Maya Karin

Gosip paling mengarut - Maya Karin

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL shazryn.faizal@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 12 Mac - Aktres terkenal, Maya Karin Roelcke, 30, atau Maya Karin menafikan dia menjalin hubungan dengan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Effendi Norwawi, 62.

Bagi Maya, gosip tersebut adalah sesuatu yang tidak berasas dan langsung tidak masuk akal kerana dalam zaman serba moden ini, sesiapa sahaja boleh menyampaikan apa jua berita tanpa usul periksa terlebih dahulu.

Malah katanya, pepatah lama 'kalau tiada angin, masakan pohon bergoyang' pada hari ini dilihat tidak begitu relevan apabila ada pihak cuba mengaitkannya dengan cerita yang tiada asas kukuh dan bukti sahih.

"Saya menganggap gosip yang mengaitkan saya dengan beliau merupakan sesuatu yang bodoh dan seratus peratus mengarut. Semua itu tidak benar sama sekali.

"Sekarang ini sesiapa sahaja dapat mencetuskan cerita palsu sedangkan mungkin ketika itu mereka tersalah pandang atau barangkali ia pelanduk dua serupa.

"Tanpa menunggu lama, mereka terus menyebarkan cerita itu dan dari kecil ia dengan pantas menjadi besar.

"Bagi saya sudah tiba masanya untuk menghentikan adat menyebarkan gosip busuk seperti ini kerana mereka yang menyebarkan fitnah seperti ini dengan senangnya membuat orang yang tidak bersalah menderita," kata Maya dalam nada tegas ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, nama Maya dikaitkan dengan beberapa artis lelaki iaitu pengarah filem Hikayat Merong Mahawangsa, Yusry Abdul Halim dan pelakon kacak, Remy Ishak selepas bercerai dengan Steven David Shorthose pada tahun lalu.

Bagaimanapun, Maya juga menafikan dia mempunyai hubungan istimewa dengan Yusry dan Remy sambil menyifatkan mereka hanyalah teman seperjuangan dalam industri seni.

Tambah Maya, dia memang berkawan baik dengan salah seorang anak Effendi iaitu Elyna dan mereka juga sudah bertemu dua hari lalu untuk membincangkan soal tersebut yang pada hemat mereka merupakan satu lawak jenaka.

Namun begitu, pelakon yang akan muncul dengan filem terbarunya, Cun, tidak lama lagi itu tidak menafikan mengenali Effendi dan pernah bertemu di tiga buah majlis berbeza dan turut dihadiri isteri Effendi, Datin Seri Tiara Jacquelina.

Dalam masa sama juga, aktres berstatus janda itu melahirkan rasa bimbang jika hubungan baiknya dengan Tiara akan terjejas gara-gara cerita palsu itu.

"Saya percaya Tiara seorang yang berfikiran positif dan yakin segala apa yang tersebar itu adalah sesuatu yang tidak boleh dipercayai serta rekaan semata-mata.

"Begitu juga dengan saya, kerana apa yang penting buat saya sekarang ini adalah untuk terus menumpukan perhatian pada karier dan kehidupan saya. Saya mahu berfikir secara positif dan gosip yang tidak berfaedah ini langsung tidak memberikan apa-apa impak buat diri saya," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Mutakhir

Posted: 13 Mar 2011 04:10 AM PDT

Berita Harian: Mutakhir


2 lagi pelatih inspektor wanita dimasukkan ke HKL

Posted: 13 Mar 2011 01:42 AM PST

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Dua pelatih inspektor wanita dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini selepas dipercayai mengalami jangkitan virus 'Adenovirus', menjadikan jumlah pelatih dan kakitangan Pusat Latihan Polis (Pulapol) yang dirawat di hospital itu kini 31 orang.

Komandan Pulapol, Senior Asisten Komisioner Zulkifli Mohamed, berkata daripada jumlah itu dua pelatih lelaki ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Seramai 15 orang lagi adalah pelatih inspektor lelaki dan 10 pelatih inspektor wanita. Selebihnya tiga pelatih konstabel lelaki dan seorang kakitangan Pulapol," katanya kepada Bernama menerusi SMS di sini, hari ini. Beliau berkata jumlah pengasingan berkurangan kepada 583 orang iaitu 234 pelatih inspektor wanita, 251 pelatih inspektor lelaki, 90 pelatih konstabel lelaki dan lapan kakitangan.

Virus itu, yang dikesan pada 4 Mac lalu, menyebabkan seorang pelatih di institut itu Mohd Azizan Azizi, 21, dari Kuala Kangsar, Perak, meninggal dunia di HKL Selasa lalu. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemilik kenderaan tak puas hati dengan saman boleh mengadu

Posted: 13 Mar 2011 01:26 AM PST

Mutakhir

KLUANG: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Hussein berkata, pemilik kenderaan yang tidak berpuas hati dan berasa tidak adil dengan saman yang dikenakan boleh tampil membuat aduan bagi memperbetulkan keadaan.
"Kita tidak mahu menganiaya mana-mana pihak. Kalau ada yang tidak mampu bayar sekalipun, kita minta mereka tampil supaya kita dapat mencari jalan menyelesaikan saman tersebut," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat kelompok cawangan Umno Bahagian Sembrong, di Felda Kahang Barat, di sini hari ini, Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno, berkata beliau berterima kasih kepada pemilik kenderaan yang telah menjelaskan bayaran saman mereka. Beliau juga menyatakan puas hati dengan tempoh lanjutan bayaran saman dengan diskaun. Dalam pada itu, Hishammudin meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengadakan perbincangan bagi menyelaras sistem kutipan bayaran saman trafik. Beliau berkata sudah tiba masanya untuk agensi berkenaan mewujudkan satu sistem yang lebih efisyen dan koordinasi penguatkuasaan yang lebih baik. Sementara itu, Hishammuddin berkata beliau akan berlepas ke Riyadh, Arab Saudi esok bagi menghadiri perbincangan berkaitan keselamatan serantau.
Katanya, perbincangan sehari itu atas jemputan Timbalan Menteri Dalam Negeri Arab Saudi, Putera Mohammed yang merupakan anak Timbalan Perdana Menteri Kedua dan Menteri Dalam Negeri Saudi, Putera Nayef bin Abdulaziz Al-Saud.
"Kita hendak lihat isu keselamatan serantau, perjuangan Islam dan ummah dalam konteks landskap yang berubah.
"Semua ini adalah fenomena yang kalau tidak dibincangkan secara dua hala, kita bimbang bahawa anggapan dan pandangan kita berbeza dengan pandangan orang lain," katanya. - BERNAMA
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Timur

Posted: 13 Mar 2011 01:35 AM PST

Utusan Online - Timur


RM1.5 juta bina benteng

Posted:

RM1.5 juta bina benteng

RM1.5 juta bina benteng

Oleh SAPEE MAT JUNUS
utusanterengganu@utusan.com.my

DUNGUN 12 Mac – Kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM1.5 juta bagi membina benteng penahan ombak sementara di Pantai Teluk Lipat, Dungun untuk mengelakkan pantai terbabit terus lenyap ditelan hakisan teruk.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kerajaan negeri bersetuju membina tiga lagi benteng berkenaan sebagai tambahan kepada dua benteng yang siap dibina sebelum ini dan ia menelan kos RM500,000 setiap satu.

Katanya, sebahagian besar pantai terbabit kini semakin teruk ditelan hakisan dan pembinaan benteng penahan ombak itu adalah sebagai langkah sementara memandangkan kos untuk membina benteng pemecah ombak kekal adalah kira-kira RM150 juta.

"Langkah berkenaan adalah bagi menangani segera hakisan yang berlaku sementara menunggu permohonan yang dibuat kepada Kerajaan Pusat bagi membina benteng pemecah ombak kekal dengan kos kira-kira RM150 juta," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan tinjauan ke kawasan Peranginan Pantai Teluk Lipat dalam Program Lawatan Sehari Mesra Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura, di sini hari ini.

Ahmad berkata, pembinaan benteng penahan ombak itu akan diserahkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk disegerakan pembinaannya dan ia akan dilakukan dalam masa terdekat bagi menyelamatkan kawasan pantai tersebut.

Dalam perkembangan lain, ketika merasmikan Pejabat Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya (JKR) Dungun, Ahmad menyelar segelintir kakitangan kerajaan negeri yang menjadi 'duri dalam daging' dan tidak pernah berterima kasih serta bersyukur di atas apa yang dilakukan kerajaan.

Katanya, kakitangan kerajaan terbabit sepatutnya perlu berusaha keras membantu kerajaan melaksanakan semua agenda pembangunan yang dirancang dan bukannya bertindak 'menikam' kerajaan dari belakang dan menghasut rakyat.

"Sepatutnya mereka dapat memberikan khidmat yang terbaik bagi membantu rakyat menyelesaikan setiap masalah yang ada sekali dapat menguatkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan," katanya.

Ahmad juga berkata, terdapat segelintir kakitangan kerajaan bertindak mensabotaj agenda pembangunan yang dirancang kerajaan dan sekiranya mereka ini tidak berpuas hati serta menjadi 'gunting dalam lipatan', mereka perlu meletak jawatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pembangunan sukan peringkat daerah perlu diteruskan

Posted:

Pembangunan sukan peringkat daerah perlu diteruskan

Pembangunan sukan peringkat daerah perlu diteruskan


AWANG Adek Hussin membuat tendangan tanda perasmian Kejohanan Futsal Briged Muda Pasukan Ikatan Relawan Rakyat di Daerah Bachok yang disertai 100 peserta dari 24 kelab futsal di Bachok, kelmarin.


BACHOK 12 Mac - Pembangunan sukan khususnya bola sepak di peringkat daerah perlu diteruskan bagi mencungkil bakat-bakat muda dalam sukan paling diminati ramai itu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, usaha itu boleh dilakukan dengan menganjurkan klinik bola sepak, menubuhkan kelab dan liga di peringkat daerah.

Beliau berkata, usaha itu dapat melahirkan pemain-pemain pelapis buat mengisi skuad negeri pada masa hadapan.

Katanya, ketika ini usaha tersebut telah banyak digerakkan oleh pelbagai pihak termasuk agensi Kerajaan Pusat terutama di peringkat sekolah.

"Malah, penubuhan kelab bola sepak setempat dalam pertubuhan belia di semua daerah turut membanggakan.

"Saya yakin masalah kewangan untuk menganjurkan pertandingan bola sepak di pelbagai peringkat bukan persoalan utama," katanya selepas merasmikan Kejohanan Futsal Briged Muda Pasukan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) daerah Bachok, di sini semalam.

Awang Adek yang juga Ketua UMNO bahagian berkata, pihaknya sedia membantu mana-mana pihak yang berminat membangunkan sukan bola sepak di daerah ini.

Ini kerana, katanya, kemenangan Kelantan menjuarai Piala Malaysia dan beberapa kejohanan lain sebelum ini telah memberi semangat kepada golongan remaja serta belia tempatan untuk terlibat secara lebih aktif dalam sukan berkenaan.

"Semangat ini boleh dimanfaatkan untuk melahirkan bakat-bakat muda yang berpotensi. Mereka perlu digilap dan dilatih, jangan jadikan soal kewangan membataskan program sukan di daerah ini," katanya.

Awang Adek bagaimanapun berkata, ketika ini pembangunan sukan di peringkat daerah tidak begitu dipedulikan oleh kerajaan Pas Kelantan apabila gagal menyediakan prasarana sukan yang diperlukan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Skim Rumah Pertamaku dialu-alukan

Posted:

Skim Rumah Pertamaku dialu-alukan

Skim Rumah Pertamaku dialu-alukan

KOTA BHARU 12 Mac - Rakyat Kelantan menyambut baik dan mengalu-alukan langkah Kerajaan Pusat mewujudkan Skim Rumah Pertamaku bagi membantu golongan muda berumur 35 tahun ke bawah memiliki rumah sendiri.

Rata-rata penduduk yang ditemui turut menyatakan, penubuhan skim tersebut dapat merealisasikan impian generasi muda yang berpendapatan sederhana, untuk memiliki rumah sendiri dengan lebih awal.

Seorang mekanik, Mohd. Firdaus Zakaria, 23, berkata, pelaksanaan skim itu membolehkannya merancang memiliki rumah sendiri lebih awal, berbanding sebelum kewujudan skim tersebut.

"Skim yang diperkenalkan itu akan membolehkan kami memiliki rumah sendiri pada usia muda. Kebiasaannya rancangan memiliki rumah hanya boleh difikirkan padan usia 40-an disebabkan harga rumah semakin mahal," katanya kepada Mingguan Malaysia, di sini hari ini.

Pada Selasa lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan Skim Rumah Pertamaku yang membolehkan golongan muda berumur 35 tahun ke bawah dan berpendapatan kurang RM3,000 sebulan, memiliki rumah sendiri berharga RM100,000 hingga RM220,000.

Skim tersebut memberi kemudahan pinjaman 100 peratus kepada pembeli tanpa perlu membayar wang deposit sebanyak 10 peratus seperti kebiasaan prosedur pembelian rumah.

Rumah mampu milik mempunyai keluasan 800 hingga 1,000 kaki persegi itu dijual pada harga RM80,000 hingga RM120,000 untuk kos rendah manakala RM120,000 hingga RM200,000 bagi kos sederhana.

Bagi pekerja swasta, Nuraizi Azyyati Azmi, 20, pelancaran skim tersebut dapat membantu golongan muda sepertinya memiliki rumah sendiri yang lebih selesa dengan cepat.

"Skim ini satu kemudahan kepada orang seperti saya untuk memiliki rumah sebelum berusia lanjut. Bayangkan, untuk membeli rumah, ia memerlukan wang pendahuluan yang banyak dan skim ini sangat membantu," katanya.

Pekerja hotel, Shafira Che Hashim, 27, berkata, pelaksanaan skim tersebut membantu golongan muda merealisasikan impian mereka untuk memiliki rumah sendiri yang lebih selesa pada usia muda.

"Mempunyai rumah sendiri menjadi impian setiap orang supaya kehidupan harian lebih teratur dan dapat memberi tumpuan terhadap kerjaya. Impian itu kini mampu menjadi kenyataan dengan pengenalan Skim Rumah Pertamaku yang diperkenalkan oleh kerajaan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: BeritaUtama

Posted: 13 Mar 2011 01:15 AM PST

Harian Metro: BeritaUtama


Doa ayah cepat mati

Posted: 12 Mar 2011 09:42 AM PST

PETALING JAYA: Dia anak tunggal dalam keluarga tapi kerana dendam kesumat sejak kecil berikutan sikap baran ayahnya, seorang wanita bertindak umpama 'Si Tanggang' apabila tergamak mendoakan kematian lelaki itu.

Episod dendam itu bermula sejak Sara, 40-an, masih kanak-kanak apabila mendakwa sering dipukul dan dimaki hamun oleh ayahnya, Pak Atan, 74, meskipun kesalahan hanya kecil.


Kemarahan wanita itu makin membara selepas ayahnya bernikah dengan perempuan seberang kira-kira tujuh tahun lalu, iaitu selepas tiga tahun kematian isteri yang juga ibu kepada Sara.

Kemuncaknya pada September lalu apabila Sara didakwa menghalau ayah dan ibu tirinya keluar dari rumah mereka di sini, hingga terpaksa membina pondok kecil serba daif di tepi rumah itu.


Menurut Sara, dia dan ayah tidak mungkin berbaik semula kerana terlalu banyak kenangan pahit bersama lelaki itu sejak kecil lagi.


"Mungkin orang nampak saya jahat bila saya katakan saya selalu berdoa supaya Allah cepat cabut nyawa ayah sebab tidak mahu menanggung dosa lagi apabila selalu berfikiran negatif terhadapnya.

"Biarlah kami dengan dunia masing-masing sebab ayah sudah mewasiatkan kepada saudara mara tidak membenarkan saya menyentuh atau melihat mayatnya jika dia meninggal dunia kelak," katanya kepada Metro Ahad.


Dia berkata, punca perselisihan faham disebabkan sikap panas baran ayah sejak muda hingga kini.

Sejak kecil, dia sering dipukul dan dimaki hamun meskipun kesalahan dilakukan hanya kecil.


"Saya tidak rapat dengan ayah kerana kebanyakan masa dihabiskan bersama ibu. Mana mungkin saya mengadu masalah bersama ayah yang baran tidak kira masa.


"Jika anak tunggal lain, pastinya mereka disayangi dan ditatang bagai minyak penuh, malangnya situasi itu tidak pernah terjadi kepada saya.


"Saya masih ingat sewaktu kecil, arwah datuk dan nenek (sebelah ayah) pernah bergaduh hingga menggunakan senapang selain mengeluarkan perkataan tidak sopan, dan sikap itu mengalir dalam tubuh ayah," kata ibu kepada empat cahaya mata lelaki itu.


Menurut Sara, sikap ayah yang tidak boleh menerima pendapat orang lain dan merasakan diri selalu betul sungguh berbeza dengan sikap arwah ibu yang sentiasa sabar dan tenang.


"Tiada anak yang tidak sehaluan dengan bapa kandung tanpa sebab. Kadangkala kita terlepas pandang perkara remeh hingga tidak sedar kita membuatkan orang lain kecewa.


"Pernah saya diugut ayah jika buku laporan peperiksaan ada dakwat merah, dia menyuruh saya makan habuk buku selain dirotan hingga meninggalkan birat di punggung," katanya kesal dengan sikap bapanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rumah terbelah

Posted: 12 Mar 2011 09:42 AM PST

KUALA LUMPUR: "Beberapa rumah didiami pelajar Malaysia, terutama di Iwate dan Miyagi, retak teruk, malah ada antaranya terbelah umpama kek remuk akibat gempa yang melanda Jepun kelmarin.

"Suasana rumah macam kapal selepas perang dan ia boleh dilihat melalui gambar yang dimuatkan dalam blog atau laman sosial mereka (pelajar)," kata Razuan Md Radzi, pelajar tahun empat Universiti Iwate, Jepun.


Bagaimanapun, katanya, sehingga semalam tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan membabitkan rakyat Malaysia.

"Selepas gempa, saya mendapatkan perlindungan di kedutaan kita di sini, malah ketika bersama rakan lain, bangunan kedutaan turut bergoyang teruk dan bumbung runtuh.


"Kami kemudian berlari keluar dan berkumpul di tempat letak kereta sebelum keadaan kembali pulih," katanya.


Gempa berukuran 8.9 pada skala Richter itu menggegarkan bumi Samurai itu selain mengundang tsunami yang disifatkan terburuk dalam tempoh 300 tahun.

Kejadian berlaku tepat jam 2.46 petang waktu tempatan (1.46 waktu Malaysia) selama dua minit dan setakat ini mengorbankan hampir 1,000 nyawa manakala ribuan yang lain masih hilang.


Bagi Yusuf Abd Karim, 28, yang bekerja di sebuah syarikat di Tochigi, kira-kira 300 kilometer dari pusat gempa, kesan gegaran boleh dirasai kawasan penginapannya.

"Sehingga malam tadi (kelmarin) kediaman kami masih bergoyang, tetapi syukur tiada kejadian tidak diingini menimpa kami di sini," katanya.


Sementara itu, Panglima Operasi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Leftenen Jeneral Datuk Ackbal Abdul Saman ketika dihubungi berkata, pihaknya menunggu arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Wisma Putra untuk menghantar pasukan bantuan ke Jepun.


"TUDM bersiap-sedia menghantar bantuan ke negara berkenaan dan jika menerima arahan, pasukan saya akan terus bergerak ke sana.


"Kita tidak tahu jenis bantuan yang akan disalurkan kerana belum berada di sana, namun saya yakin pasukan yang akan dihantar mampu membantu rakyat kita di sana selain meringankan beban yang mereka tanggung," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Muka Hadapan

Posted: 13 Mar 2011 01:10 AM PST

Utusan Online - Muka Hadapan


Malaysia hantar Smart ke Jepun

Posted:

Malaysia hantar Smart ke Jepun

Malaysia hantar Smart ke Jepun

Oleh YUSRI SAHAT
pengarang@utusan.com.my


BANGUNAN-BANGUNAN rumah, kapal dan sampah-sarap berlonggokan setelah dihanyutkan arus tsunami di Minamisanrikucho, semalam. - AP


PEKAN 12 Mac - Kerajaan akan menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) serta pegawai perubatan ke Jepun bagi membantu usaha menyelamat mangsa gempa bumi dan tsunami semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pasukan Smart itu terdiri daripada enam anggota dan anjing pengesan untuk mengesan mangsa yang terperangkap dalam runtuhan bangunan di kawasan yang dilanda gempa bumi dan tsunami.

''Kesemua anggota pasukan penyelamat, anjing pengesan dan doktor bersama pembantu kesihatan itu akan berlepas ke Jepun dengan menaiki pesawat Charlie 130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada pukul 6 petang ini," katanya kepada pemberita selepas melawat kampus utama Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Kuala Pahang di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tragedi gempa bumi dan tsunami yang paling teruk melanda Jepun dalam tempoh 140 tahun semalam.

Gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter itu mengakibatkan berlaku tsunami setinggi 10 meter yang melanda pantai timur laut negara tersebut sehingga mengakibatkan kemusnahan rumah, kereta, bangunan, ladang dan bot.

Sehingga petang ini, lebih 1,300 mangsa bencana alam itu ditemui di wilayah terbabit dan ramai lagi dipercayai tertimbus di bawah runtuhan setelah sebuah hotel roboh di utara bandar Sendai.

Sementara itu, Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Tajudeen Abdul Wahab berkata, penghantaran pasukan Smart serta pegawai perubatan yang dijadualkan berlepas 6 petang ini ditangguhkan sementara menunggu lampu hijau negara itu.

Menurutnya, ini adalah ekoran berlaku letupan dan kebocoran radiasi di loji jana kuasa nuklear Tokyo Electric Power Co's (Tepco) Fukushima Daiichi.

"Jepun telah mengarahkan pasukan keselamatannya membuat pemeriksaan terlebih dahulu bagi memastikan pasukan menyelamat dari luar negara yang bakal tiba tidak terdedah kepada radiasi hasil letupan yang berlaku itu.

"Bukan sahaja Malaysia, malah kesemua 45 negara yang mahu menghantar pasukan misi menyelamat ke Jepun kini sedang menunggu lampu hijau dari negara itu," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata, misi itu disertai 51 orang kesemuanya dengan diketuai oleh Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan Sempadan Darat MKN, Khairil Hilmi Moktar yang akan berada di Jepun selama 14 hari.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tangani isu air dengan bijak

Posted:

Tangani isu air dengan bijak

Tangani isu air dengan bijak

Oleh M. SHAHRINNAHAR ABD. LATIB
nahar.latib@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak ditemani Douglas Uggah Embas dan Peter Chin Fah Kui melakukan gimik pelancaran dengan mengepam air ketika merasmikan Sambutan Hari Air Sedunia 2011 Peringkat Kebangsaan di Pekan, Pahang, semalam. Turut sama hadir,Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.


PEKAN 12 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, cabaran dan isu berkaitan air perlu ditangani dengan bijak bagi memastikan keperluan untuk generasi akan datang mencukupi.

Menurut Perdana Menteri, walaupun negara mempunyai jumlah taburan hujan yang banyak iaitu purata 3,000 mililiter setahun namun masih terdapat masalah bekalan air yang tidak mencukupi di beberapa tempat.

"Sebab itu kita melakukan pelbagai strategi dan tindakan supaya keperluan air di kawasan bandar dapat diuruskan dengan sebaiknya.

"Kerajaan amat prihatin kepada keperluan generasi akan datang, sebab itu kita perlu ambil langkah-langkah yang serius. Kajian juga sedang dilakukan dalam tempoh terdekat ini bagi mendapatkan mandat menerusi peruntukan undang-undang.

"Selain itu, Dasar Sumber Air Negara dan penubuhan institusi air negara dan negeri akan diwujudkan bagi memastikan pengurusan sumber air dapat dijalankan dengan lebih berkesan," katanya.

Beliau berucap merasmikan Sambutan Hari Air Sedunia 2011 Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas; Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Wira Chor Chee Heung.

Menurut Najib, urus tadbir bekalan air di peringkat persekutuan dan negeri perlu dilaksanakan secara bersepadu untuk menjamin keperluan kepada negara sentiasa mencukupi

"Saya ingin menyarankan supaya program pendidikan mengenai air dapat ditingkatkan supaya rakyat sedar mengenai peranan memelihara sumber air," katanya.

Bagaimanapun, beliau kesal dengan tindakan beberapa pihak yang menjadikan air sebagai isu politik.

"Perkara ini tidak seharusnya dijadikan isu politik kerana ia merupakan keperluan asas bagi rakyat. Ini merupakan keperluan rakyat untuk kehidupan seharian mereka," tegas beliau.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, isu dan cabaran air ini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu air yang berlebihan akan mengakibatkan banjir manakala jika berkurangan boleh membawa kepada kemarau selain aspek kualiti air yang tercemar.

"Antara cabaran yang kita hadapi saban tahun adalah banjir dan kemarau. Apabila hujan turun terlalu lebat banjir akan berlaku dan apabila hujan tidak turun dua tiga bulan masalah kemarau pula terpaksa kita tangani.

"Jelas sekali bahawa fenomena ini adalah global akibat daripada perubahan iklim dunia. Ini menunjukkan ancaman banjir dan kemarau tidak lagi mengikut musim dan waktu namun dikaitkan dengan fenomena perubahan cuaca di peringkat global," jelasnya.

Katanya, masalah tersebut bukan sahaja menyebabkan kerugian mencecah jutaan ringgit malah boleh menyebabkan kehilangan nyawa.

Oleh itu, katanya, kerajaan melancarkan Dasar Perubahan Iklim Negara pada tahun lalu yang mengandungi pelbagai strategi dan pelan tindakan strategik bagi mengurangkan impak daripada perubahan iklim ini kepada Malaysia.

"Saya ingin ingatkan semua kementerian dan jabatan terlibat dengan dasar ini memberi perhatian serius dengan apa yang telah berlaku di dunia dan negara ini supaya impak perubahan iklim ini dapat diketahui awal," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kurangkan 'politiking' rebut jawatan naib canselor

Posted:

Kurangkan 'politiking' rebut jawatan naib canselor

Kurangkan 'politiking' rebut jawatan naib canselor

PEKAN 12 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua universiti di negara ini mengurangkan 'politiking' dalam perebutan jawatan naib canselor yang dianggap sebagai budaya tidak sihat kepada pendidikan tinggi negara.

Tegas Perdana Menteri, budaya sedemikian tidak sewajarnya berlaku di beberapa universiti tempatan kerana pemilihan jawatan naib canselor ditentukan oleh badan penilai tertentu.

''Soal siapa yang bakal menjadi naib canselor, biarlah proses penilaian menentukan secara objektif kerana kita ada jawatankuasa atau badan penilai untuk berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke kampus utama Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Kuala Pahang di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd. Khaled Nordin dan Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim.

Najib menegaskan, sebagai pendidik, setiap naib canselor perlu memberi tumpuan pada usaha meningkatkan kualiti pendidikan terhadap penuntut universiti.

''Kita mesti beri tumpuan kepada tugas utama sebagai warga universiti. Apa yang penting sekali adalah mendidik anak-anak kita dengan ilmu secukupnya dengan membuka minda mereka," tegasnya.

Perdana Menteri bagaimanapun menyifatkan politik merebut jawatan naib canselor yang berlaku di beberapa universiti tempatan adalah terkawal.

Terdahulu dalam ucapannya, Najib berkata, masih terdapat jurang kemahiran di kalangan graduan tempatan yang menyebabkan pihak industri sukar mendapatkan tenaga kerja berkemahiran tinggi terutama dalam bidang kejuruteraan.

Sehubungan itu, jelas beliau, kerajaan akan mengkaji semula peranan universiti tempatan selain mengekalkan bilangan siswazah berkemahiran tinggi yang dihasilkan oleh institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

''Kita akan melihat semula perancangan melalui peranan IPT selain mengekalkan siswazah sedia ada yang telah dijana menerusi sistem pengajian kita," katanya.

Dalam pada itu, ujar beliau, kerajaan tidak bercadang membina universiti baru memandangkan bilangan sedia ada telah mencukupi.

Beliau juga mencadangkan UMP menjadikan Universiti Fachhochschule di Jerman sebagai model yang perlu dicontohi dalam usaha menjadikan universiti berteraskan teknikal dan teknologi.

''Sebenarnya universiti telah cukup. Sebagai universiti baru seperti UMP, saya syorkan ia menjadi universiti teknikal dengan memberi tumpuan pada disiplin teknikal melibatkan teknologi.

''Modelnya adalah universiti Fachhochschule di Jerman yang lebih merupakan universiti bersifat 'hands-on' dan praktikal dari segi latihan," katanya.

Selain itu, Najib menjangkakan warga UMP bakal mencecah bilangan seramai 20,000 orang dalam tempoh enam tahun lagi.

''Jika ada komuniti yang sebegitu ramai, permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan akan melimpah kepada masyarakat setempat," tambahnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

The Malaysian Insider :: Bahasa

Posted: 13 Mar 2011 01:02 AM PST

The Malaysian Insider :: Bahasa


Jamil Khir: Kos haji diumum waktu terdekat

Posted: 13 Mar 2011 12:13 AM PST

YAN, 13 Mac —  Kos mengerjakan ibadat haji akan diumumkan dalam masa terdekat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini.

Beliau berkata kerajaan telah meneliti kajian mengenai cadangan itu yang dibuat Lembaga Tabung Haji (TH) tahun lepas.

"Tunggulah sama ada berlaku kenaikan kos atau tidak. Semua faktor yang mempengaruhi kos menunaikan fardu haji diambil kira, namun kerajaan manila tambang yang bakal diumumkan nanti sebagai sesuai dan tidak membebankan jemaah," katanya.

Beliau yang ditemui pemberita selepas Majlis Jalinan Rakyat Bersama Menteri di sini, berkata antara faktor yang diambil kira TH dalam cadangannya ialah pembangunan yang berlaku di sekitar Masjidil Haram dan Kota Mekah.

Mengenai penghantaran balik pelajar Malaysia ke Mesir, Jamil Khir berkata kerajaan pusat sedia memikul tanggungjawab negeri-negeri yang tidak sanggup atau enggan menanggung kos tersebut.

"Dari awal lagi saya beritahu perkara ini. Jadi janganlah mempolitikkan isu ini," katanya.

Beliau turut kesal dengan penyebaran berita kerajaan Kedah pimpinan PAS terpaksa menghabiskan RM2.5 juta bagi menghantar pulang hampir 1,000 pelajarnya ke Mesir baru-baru ini, yang menggambarkan kerajaan pusat lepas tangan. — Bernama

 

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MoCS buat laporan salah guna pemimpin kanan Sarawak

Posted: 12 Mar 2011 11:54 PM PST

KUCHING, 13 Mac — Pengerusi Gerakan untuk Perubahan Sarawak (MoCS) Francis Siah hari ini membuat laporan polis terhadap seorang pemimpin kanan politik Sarawak atas dakwaan penyelewengan.

Laporan yang dibuat di Balai Polis Sentral Kuching di sini itu juga mendakwa pemimpin tersebut terlibat pengubahan wang haram.

Siah dalam laporannya menggesa polis agar melakukan siasatan segera terhadap ahli politik tersebut. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Nasional

Posted: 12 Mar 2011 11:13 PM PST

Berita Harian: Nasional


Jepun bantu kesan, selamat rakyat kita

Posted: 12 Mar 2011 03:32 PM PST

Nasional

DUA wanita Jepun ini berpelukan  sebaik berjaya menyelamatkan diri di Bandar Rikuzentakata, Iwate, semalam.

DUA wanita Jepun ini berpelukan sebaik berjaya menyelamatkan diri di Bandar Rikuzentakata, Iwate, semalam.

Tokyo hargai KL hantar bantuan, SMART

KUALA LUMPUR: Kerajaan Jepun dan semua agensi berkaitan berusaha untuk menyelamat mangsa dan cuba mengesan serta mengumpul maklumat mengenai keselamatan rakyat Malaysia yang berada di negara itu selepas kejadian gempa bumi kuat, diikuti tsunami setinggi 10 meter di utara Jepun, kelmarin.

Jurucakap Kedutaan Jepun, berkata mereka kini sentiasa berhubung dengan kerajaan di Tokyo bagi mengumpul maklumat serta bantuan kepada rakyat Malaysia terutama yang berada di kawasan paling teruk terjejas iaitu di Miyagi, Iwate, Amori dan Ibraki. "Kami sentiasa mengikuti rapat perkembangan keadaan di sana dan akan segera memaklumkan kepada pihak berkuasa di sini mengenai keselamatan rakyat Malaysia yang menetap atau melancong di kawasan yang teruk terjejas," katanya kepada Berita Minggu semalam.

Jurucakap itu berkata, pihaknya terharu dengan kesediaan Malaysia menghantar pasukan mencari dan menyelamat SMART bersama lapan anjing pengesan bagi membantu operasi menyelamat di kawasan bencana.

"Kami dimaklumkan perkara itu tengah hari semalam dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terhadap sumbangan yang dihulurkan itu," katanya.

Sementara itu, dalam kenyataan yang dikeluarkan pejabat kedutaan itu semalam, ia mengucapkan penghargaan terhadap ucapan takziah yang dihulurkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman serta seluruh rakyat Malaysia.
"Kami menghargai ucapan takziah yang disuarakan," kata kenyataan itu.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

tamar

Tahniah Dato' Seri Najib..cepat buat tindakan.

faiz

semoga aku jadi insan yang bertakwa kepada Allah.amin.

Orenji Crabby

terima kasih kepada pihak kerajaan Malaysia kerana mengambil bahagian membantu mangsa tsunami di Jepun. diharapkan bantuan akan berterusan. saya berdoa & berharap rakyat malaysia serta jepun yang disana berada dalam keadaan selamat. negara lain pun perlu berjaga-jaga dengan amaran tsunami.

rasyid rahman

sye mngucap beribu2 trima kasih kepada yg brnaan kerana sangup brkerja mnyelamat mngsa2 trk0rban.harap2 msih ade yg msih hdup..amin...

qhairizza rizza

harap2 rkyt malaysia yg brda di jepun slmt.,


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penipu tanpa wajah berleluasa

Posted: 12 Mar 2011 03:30 PM PST

Nasional

HANYA bermodalkan suara sindiket  memerangkap pengguna dedah maklumat sulit.

HANYA bermodalkan suara sindiket memerangkap pengguna dedah maklumat sulit.

Ejen telepemasaran pujuk dedah nombor pin kad kredit cari mangsa

KUALA LUMPUR: Telefon bimbit anda berdering, tetapi tidak terpapar pun nombor pemanggil pada skrin atau jika ada pun nombor - biasanya daripada talian tetap – selalunya tiada jawapan apabila ia dihubungi semula. Jika anda menjawab panggilan, suara di hujung talian memaklumkan anda adalah pelanggan istimewa atau terpilih menerima khidmat atau produk tertentu, diikuti penerangan mengenai khidmat atau produk berkenaan sebelum anda diminta membuat pembayaran menggunakan kad kredit.

Ada juga pemanggil meminta nombor pin atau nombor rahsia (CCV) bagi kad kredit, kononnya untuk mengesahkan persetujuan. Bagi yang tidak berhati-hati, anda mungkin menjadi mangsa sindiket penipuan yang berselindung di sebalik kaedah telepemasaran. Dapatkan naskhah Berita Harian hari ini untuk berita lanjut
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted: 12 Mar 2011 11:10 PM PST

Kosmo Online - Rencana Utama


Cara Jepun lawan tsunami

Posted:

Cara Jepun lawan tsunami

Cara Jepun lawan tsunami

Jika berlaku gempa bumi pada magnitud tertentu, kereta api laju dan loji nuklear akan terhenti secara automatik.


KEMUDAHAN gas asli di Miyagi terbakar selepas gempa bumi.


JAM dinding di pejabat akhbar Wall Street Journal yang terletak di tengah-tengah pusat perniagaan di bandar Tokyo menunjukkan pukul 6.57 pagi.

Wartawan akhbar itu, Yuka Hayashi bersama rakan-rakannya baru sahaja ingin memulakan rutin harian mereka apabila bilik berita yang menempatkan mereka mengalami gegaran kuat.

"Beberapa saat selepas itu, satu laporan diterima mengatakan timur laut Jepun dilanda gempa bumi yang besar.

"Untuk beberapa ketika, kami semua terpaku sehinggalah keadaan di pejabat kami bertukar kelam-kabut.

"Gegaran yang semakin kuat mengakibatkan ramai di antara kami tidak mampu berdiri sehingga terpaksa berpaut pada kerusi dan meja. Ada juga yang menyorok di bawah meja.

"Apa yang dapat diperhatikan dari tingkap pejabat yang terletak di tingkat 19, bangunan-bangunan tinggi yang berada di tengah-tengah pusat perniagaan Tokyo semuanya bergegar kuat dan ia berlangsung selama beberapa minit.

"Ada yang cuba untuk keluar dari bangunan menggunakan tangga kecemasan, ada juga yang mencapai topi keledar keselamatan dan menangis kerana terlalu terkejut.

"Lebih membimbangkan, cubaan untuk menghubungi keluarga gagal. Mujur juga e-mel masih boleh dikemas kini.

"Untuk mendapat perkembangan terkini, kami hanya bergantung kepada laman portal akhbar Jepun yang memberikan perkembangan terkini mengenai kejadian gempa dan tsunami," cerita Hayashi di dalam blog Japan Real Time-WSJ.

Gempa dengan kekuatan 8.9 pada skala Richter yang berpusat 130 kilometer dari pantai timur laut Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer (km) itu turut menghasilkan gelombang tsunami pada kelajuan 1,000 kilometer sejam. Sendai terletak 400 km dari Tokyo.

Puluhan bandar dan kawasan penempatan di sepanjang 2,100 km di pantai timur Sendai turut merasai gegaran gempa yang paling kuat sejak 140 tahun lalu itu.


KEMUDAHAN gas asli di Miyagi terbakar selepas gempa bumi.


Lebih menyedihkan, ombak panjang setinggi 10 meter yang mengganas itu bukan sahaja menggoncang plat bumi Jepun, malah turut menjadi pencetus kepada beberapa siri tanah runtuh dan kebakaran besar yang menyebabkan bekalan elektrik serta telekomunikasi terputus.

Air hitam

Di beberapa kawasan lain seperti di Isago, Yokohama, asap hitam menyelubungi sebahagian besar kawasan perindustrian tersebut sementara di bandar lain di utara Jepun seperti di Kamaichi dan Kensennuma, kapal-kapal, trak, kereta dan kenderaan ringan dihanyutkan air hitam yang dipenuhi sampah sarap.

Sebuah pelabuhan di bandar Iwaki dijilat api, begitu juga di bandar Yamada.

Selain puluhan ribu penduduk terutama di bahagian utara Jepun terpaksa berdepan dengan kemusnahan tempat tinggal, ribuan pekerja di loji nuklear di Dai-ichi, Fukushima pula terpaksa berdepan dengan risiko gas radioaktif dari kawasan kilang yang rosak teruk akibat bencana yang sangat dahsyat itu.

Lewat petang semalam, stesen televisyen Jepun melaporkan empat pekerja loji nuklear cedera parah dalam kejadian letupan di salah satu bangunan reaktor yang rosak teruk.

Sejarah


DETIK-DETIK ombak gergasi melanda pesisiran Iwanumi, Miyagi.


Sehingga semalam, pihak berkuasa Jepun telah mengeluarkan statistik rasmi di mana 413 mayat telah ditemui, 784 masih hilang manakala 1,128 mangsa dilaporkan cedera.

Angka tersebut dijangka bertambah memandangkan gempa skala besar itu masih baru dan misi menyelamat baru sahaja dimulakan.

Kedudukan Jepun yang terletak di dalam Lingkaran Api Pasifik meletakkan ia sebagai negara yang paling aktif menerima gempa bumi.

Lantaran itu, tidak mustahil jika Jepun diiktiraf sebagai negara yang mempunyai teknologi mengurangkan impak bencana alam dan kecekapan dalam sistem pengurusan bencana terbaik di dunia.

"Agensi Meteorologi Jepun mampu menyebarkan maklumat mengenai bencana tsunami dalam masa tiga minit," kata Dekan Fakulti Pengurusan Universiti Kyoto, Jepun, Dr. Kiyoshi Kobayashi.

Orang Jepun memperkenalkan istilah tsunami, bermaksud ombak gergasi, kepada dunia. Sememangnya fenomena laut naik ke darat itu menjadi sebahagian daripada sejarah Jepun.

Tsunami yang dijana oleh gempa bumi, berlaku beratus-ratus kali setahun di Negara Matahari Terbit itu.

Gempa pesisiran pantai pada tahun 1707 dikatakan menyebabkan Pulau Shikoku ditenggelami ombak tsunami dan membunuh beribu-ribu penduduk.

Sebelum itu pada abad ke-15, ombak gergasi telah memusnahkan sebuah dewan yang menempatkan Daibutsu iaitu sebuah patung Buddha gangsa yang besar di Kamakura, sebuah pekan di selatan Tokyo.

Jepun terletak di atas beberapa plat tektonik menyebabkan ia mengalami kira-kira 1,000 gegaran setahun.

Pada tahun 1923, satu gempa bumi besar melanda Tokyo. Dikenali sebagai gempa bumi Great Kanto, gempa sekuat 7.9 pada skala Ritcher itu mengakibatkan kebakaran rumah-rumah kayu dan membunuh 100,000 orang.

72 tahun kemudian, satu lagi gempa berukuran 7.9 melanda bandar pelabuhan Kobe di barat Jepun. Banyak lebuh raya bertingkat berguguran dan beribu-ribu bangunan hancur.

Kereta api laju


JEPUN mempunyai sejarah panjang kemusnahan akibat gempa bumi dan tsunami.


Dikatakan satu daripada lima buah bangunan di Kobe musnah sama sekali. Seramai 6,400 orang terbunuh dan lebih 400,000 cedera. Api marak di seluruh bandar itu.

Kerajaan Jepun telah memberi perhatian serius kepada bencana tsunami dan gempa bumi.

Apabila berlaku gempa, data yang mengandungi magnitud dan lokasi serta-merta disiarkan oleh stesen televisyen kebangsaan NHK.

Mesej itu turut memuatkan sama ada amaran tsunami telah dikeluarkan.

Di kebanyakan pekan dan bandar, sistem pembesar suara boleh menyalurkan maklumat kecemasan kepada penduduk.

Di kawasan luar bandar, penduduk juga memiliki radio yang diagihkan oleh kerajaan tempatan di mana arahan berpindah boleh didengar.

Kanak-kanak dilatih menyorok di bawah meja semasa gempa. Semua orang dewasa diberitahu di mana pusat penempatan sementara terdekat dengan kediaman mereka sama ada di padang atau taman.

Pemeriksaan infrastruktur tidak dilupakan. Bangunan-bangunan pencakar langit di bandar-bandar utama direka supaya boleh bergoyang mengikut gegaran gempa, menjadikannya lebih selamat.

Sesetengah kawasan pantai mempunyai tempat perlindungan tsunami, sementara yang lain membina pintu banjir untuk bertahan daripada ombak itu.

Jika berlaku gempa bumi pada magnitud tertentu pula, kereta api laju dan loji nuklear akan terhenti secara automatik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Zee leka bina kek

Posted:

Zee leka bina kek

Zee leka bina kek

Oleh SITI NOR AFZAN KASIMAN


ZEE menghias kek sempena ulang tahun sebuah syarikat swasta di rumahnya yang terletak di Setia Alam, Shah Alam, Selangor.


DALAM majlis sambutan ulang tahun kelahiran atau majlis resepsi perkahwinan, acara memotong kek dianggap sebagai momen kemuncak yang dinanti-nantikan.

Jika 10 atau 15 tahun dahulu, tradisi memotong atau memakan kek hanya dilihat pada hari-hari istimewa dan masih menjadi pilihan kedua selepas pulut kuning, kini keadaan telah berubah.

Sudah banyak kedai kek atau kafe yang menyediakan hidangan kek untuk masa santai seperti minum petang. Ini tidak termasuk pengusaha yang membakar kek di rumah dan menjualnya di laman maya seperti blog.

Antara individu yang aktif menjual kek di laman maya ialah Zee Helena Abdul Rahman, 32.

Ditegur

Dia yang tidak mempunyai pendidikan khusus dalam bidang pastri atau kulinari memilih untuk melepaskan jawatannya sebagai pegawai teknologi maklumat (IT) di sebuah syarikat di ibu kota dan mula membakar kek dan menjualnya di blog.

"Saya memang suka ke dapur, lebih-lebih lagi kalau dapat peluang membuat kek.

"Kebetulan, di kawasan rumah sewa semasa menuntut dahulu, ada seorang mak cik yang kerjanya membuat kek.

"Hari-hari saya menghidu bau harum daripada dapur rumahnya.

" Lantas, saya beranikan diri untuk berjumpa dengan mak cik tersebut dan menyatakan kesanggupan saya menjadi pembantunya.

"Sejak itu, saya akan ke rumahnya tiga atau empat hari dalam seminggu untuk belajar dan membantunya membuat kek," ujar ibu kepada seorang anak lelaki ini.

Mula fokus kepada perniagaan kek dari rumah sejak dua tahun kebelakangan ini, Zee cuba mengambil sebanyak mana peluang untuk memantapkan hasil kerja tangannya.

"Alhamdulillah, tentang rasa, memang ramai yang kata kek saya tidak terlalu manis, ringan dan gebu. Jika kek buah, ia tahan hingga berbulan-bulan.

"Pernah sekali ada pelanggan tegur bunga hiasan di atas kek nampak kurang stabil. Walaupun teguran itu bukan satu isu besar, saya tidak pandang remeh.

"Saya cari peluang untuk belajar hias kek dan kini sedang menjalani kursus tahap dua menghias kek di International Academy of Color Conciousness (IACC) di Damansara.

"Selepas belajar teknik yang betul, hasil yang diperoleh jauh beza daripada sebelum ini," ujarnya.

Tidak menolak pandangan masyarakat bahawa kek mudah dihasilkan, Zee memiliki pendapat yang berlainan.

"Mungkin ramai beranggapan kek akan 'menjadi' jika adunan bahan-bahannya tepat dan dibakar dengan suhu sepatutnya.

"Namun, sebenarnya, membuat kek tidak semudah itu. Untuk kek yang besar seperti kek perkahwinan atau kek hantaran yang bertingkat-tingkat, kerjanya lebih rumit.

"Cita rasa pelanggan memang berbagai-bagai. Ada pelanggan tidak mahu kek dicampur dengan telur, ada juga yang minta jangan gunakan tepung gandum.

Bertingkat


SELAIN kek perkahwinan dan kek hantaran, Zee juga menerima tempahan kek untuk acara khas seperti kek 1Malaysia ini.


"Ada yang mahukan kek bertingkat yang nampak seperti bercantum dan ada juga yang mahu ia kelihatan terpisah," katanya yang sering dibantu suami, Muhammad Saufi Maarof, 31.

Menurut Zee, teknik mencantum kek tidak mudah. Jika kek paling bawah tidak dibina dengan betul, ia akan memberi kesan kepada kek-kek lain yang berada di atasnya.

"Untuk membuat lubang pada kek juga tidak boleh sembarangan kerana ditakuti kek akan merekah dan membuatkan kek di tingkat atas tidak stabil," katanya yang sering mendapat tempahan kek perkahwinan setinggi lima tingkat.

Kagum dengan hasil kreativiti Zee menggubah bunga daripada krim khas, anak kelahiran Johor Bahru, Johor ini amat menjaga kualiti hiasan keknya.

Dia yang minat melukis sejak kecil sedikit pun tidak kekok mencantikkan sebuah kek kosong kepada kek yang mewah dan eksklusif.

Dengan bentuk seperti bantal yang dihias dengan reben besar, ataupun kek tiga tingkat bercantum dengan hiasan ala hidupan marin, Zee akui dia cukup asyik apabila menghias kek.

"Memang sedikit sukar kerana kita perlu berhati-hati terutama ketika menyalut kek dengan krim khas atau doh fondan yang telah dicanai," katanya.

Memberi tumpuan kepada pasaran di sekitar Lembah Klang, melalui blog cakes.cent2u.com, Zee menyediakan tiga jenis asas kek iaitu kek buah, kek coklat lembap dan kek mentega pada harga yang berpatutan.

"Kek seberat dua kilogram yang dihias secara asas dijual dijual pada harga serendah RM110.

"Jika pelanggan mahu kek dihias dengan tema yang mereka mahukan, harganya boleh dirunding," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Uri ditanam bersama paku

Posted:

Uri ditanam bersama paku

Uri ditanam bersama paku

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN dan MOHD. ALIF ABU BAKAR


DARAH yang terlekat pada uri dibersihkan menggunakan asam keping.


SELEPAS 12 jam bertarung nyawa di kamar bersalin Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Shayeeda Ziana Shariff, 24, akhirnya tersenyum tatkala mendengar suara tangisan si kecil yang dinanti-nantikan.

Walaupun ibu muda itu sudah tidak tertanggung keletihan, perasaan itu lenyap sebaik sahaja mendakap anak lelaki pertama yang baru dilahirkannya.

Selepas selamat bersalin dan bayi itu diazankan bapanya, tibalah pula masa untuk menguruskan uri yang keluar bersama bayi itu daripada rahim ibu.

Walaupun dunia semakin moden, kelaziman keluarga Shayeeda menanam uri masih mengikut adat dan pantang larang orang dulu-dulu.

Selain bertujuan menjamin kesejahteraan bayi tersebut, menurut Shayeeda seluruh keturunannya juga dipercayai akan kekal terpelihara dan dilimpahi kebaikan.

Nasib baik

Ibu mentuanya, Rusmah Jaafar, 63, diberi tanggungjawab menguruskan uri tersebut.

"Mula-mula uri itu dibasuh bersih sehingga tiada darah yang tertinggal. Kemudian tempurung kelapa yang dicuci luar dan dalam dijadikan bekas mengisi uri itu.

"Tempurung yang telah berisi uri itu perlu dibungkus dengan kain putih dan diletakkan di dalam lubang yang digali di halaman rumah.

"Sebelum lubang dikambus, saya letakkan paku, jarum dan asam keping yang diikat bersama dan ditanam sekali," jelas Rusmah yang berasal dari Hulu Langat, Selangor.

Menurut beliau lagi, barangan itu merupakan simbolik melindungi uri daripada dihurung ulat di dalam tanah.

Tidak habis di situ, tradisi diteruskan dengan menghidupkan bara api di permukaan tanah tempat uri ditanam.

Ia dipercayai mampu mengelakkan bayi mengalami kembung perut dan menangis sepanjang malam.

Seorang warga emas, Mas Mamat, 64, percaya uri yang ditanam mempunyai 'hubungan' dengan kehidupan bayi yang baru lahir.

Beliau juga mengakui tradisi pengurusan uri seperti yang dipraktikkan Rusmah turut dilakukan ke atas semua bayi yang lahir dalam keluarganya.

"Selepas uri dibersihkan dan direndam dengan air garam semalaman, ia mesti ditanam di kawasan yang orang sentiasa lalu lalang supaya anak yang bakal membesar dipermudahkan urusan dan mendapat rezeki yang mencurah-curah," ujarnya yang berasal dari Kelantan.

Selain itu, uri akan dibungkus menggunakan sarung bantal terpakai dan sebatang paku. Amalan itu dipercayai akan mengurangkan masalah bayi menangis malam.

Penghormatan

Namun begitu, penceramah bebas, Datuk Daud Che Ngah menolak perkaitan antara penanaman uri dengan masa depan atau nasib seseorang.

"Tiada kaitan antara kehidupan seseorang dengan uri wanita selepas bersalin.

"Namun, seelok-eloknya uri itu diuruskan dengan penghormatan yang tinggi," ujarnya ketika dihubungi Jurnal.

Katanya, uri memang perlu dibersihkan dengan air asam dan garam bagi menghilangkan bau dan kekotoran yang terlekat padanya agar tidak diselongkar oleh haiwan buas.

Tambahnya lagi, uri adalah sebahagian daripada jasad manusia dan sepatutnya perlu kembali ke tempat asalnya iaitu tanah.

"Uri dan manusia datang daripada tanah dan perlu kembali kepada tanah," katanya merujuk kitab Tanbihul Ghafilin.

Beliau turut memberitahu, bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang mengiringi upacara penanaman uri boleh dilakukan untuk memperoleh keberkatan.

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Kedah, Dr. Kamaruzaman Ali pula menjelaskan tiada upacara khas dilakukan pihaknya untuk menguruskan uri wanita selepas bersalin.

"Biasanya, uri akan dibersihkan menggunakan air bersih bagi menyucikan darah yang masih terlekat sebelum diserahkan kepada keluarga pesakit untuk urusan lanjut.

"Namun, bagi uri milik keluarga bukan Islam atau uri yang tidak dituntut, selepas dibersihkan ia akan dinyahkuman dan dibakar," ujarnya.

Tambahnya lagi, individu yang menyucikan uri perlu memakai sarung tangan bagi mengelakkan kebarangkalian virus atau kuman yang mungkin melekat pada uri menjangkiti individu terbabit.

Kamaruzaman menasihatkan agar uri ditanam di kawasan yang sesuai dan jauh daripada lokasi haiwan berkeliaran bagi mengelakkan uri itu digali.

"Seelok-eloknya uri perlu ditanam di dalam lubang yang digali lebih sekaki bagi tujuan membendung dihidu binatang buas," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Politik

Posted: 12 Mar 2011 11:07 PM PST

Utusan Online - Politik


Anwar dicabar beri sampel darah

Posted:

Anwar dicabar beri sampel darah

Anwar dicabar beri sampel darah

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 12 Mac – Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi sampel darah untuk ujian profil asid deoksiribonukleik (DNA) atas nama hak dan kebenaran bagi merungkai identiti sebenar peliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Katanya, Ketua Pembangkang itu tidak sepatutnya menjadi pemimpin yang dayus dengan 'menyorok' di sebalik aspek teknikal undang-undang dan peguamnya, Karpal Singh.

Katanya, Anwar sebaliknya perlu menjadi seorang manusia yang berani agar selari dengan cita-citanya mahu menjadi Perdana Menteri.

"Jika Anwar enggan memberi sampel darahnya, sudah pasti umat Islam dan rakyat akan tertanya-tanya apa sebenarnya yang hendak disorok sangat. Sumpah laknat pun beliau tak mahu buat sekarang hendak bagi darah demi membuktikan kebenaran pun tak mahu juga.

"Benarkah seperti yang disebut orang bahawa Anwar ada 'rahsia besar' yang mahu disembunyikan di sebalik keengganan memberi DNA," katanya dalam blognya, http://zul4kulim.blogspot.com semalam.

Buat pertama kali dalam sejarah perundangan negara, pihak pendakwaan dalam kes liwat Anwar terpaksa memohon perintah agar mahkamah mengarahkan Ketua Pembangkang itu memberi sampel darah untuk dibuat ujian DNA tetapi permohonan tersebut dibantah oleh Karpal.

Mengulas lanjut Zulkifli berkata, tiada sebab untuk Anwar membantah dan mengelak daripada memberi sampel darahnya kerana ia peluang terbaik untuk beliau membuktikan tidak pernah terbabit dalam aktiviti liwat sebagaimana yang didakwa.

Katanya, Anwar sepatutnya tidak perlu menunggu pihak pendakwa membuat permohonan kepada mahkamah untuk menyerahkan sampel berkenaan.

Ini kerana beliau yakin jika terbukti air mani yang ditemui dalam dubur Mohd. Saiful bukan miliknya, Ketua Pembangkang itu akan disanjung oleh rakyat.

"Yakinlah, di hadapan Allah nanti bahawa Karpal tidak akan boleh membantu lagi. Ingatlah di hadapan Allah nanti kita sudah tidak boleh menyorok. Semua benda (kecuali mulut) akan bercakap memberitahu Allah apa sebenarnya yang berlaku.

"Masa itu, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan dengar, Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) akan dengar, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan dengar, N. Gobalakrishnan pun akan dengar. Masa itu, Karpal pun tak sempat nak membela kamu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ummi: Buku Dr. M bukti saya tidak fitnah Anwar

Posted:

Ummi: Buku Dr. M bukti saya tidak fitnah Anwar

Ummi: Buku Dr. M bukti saya tidak fitnah Anwar

KUALA LUMPUR 12 Mac – Saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 iaitu Ummi Hafilda Ali lega dengan pendedahan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam memoirnya berhubung salah laku seks bekas timbalannya itu.

Menurut Ummi Hafilda, segala yang didedahkannya mengenai Anwar selama ini telah disahkan sendiri oleh bekas Perdana Menteri itu dalam buku bertajuk A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Justeru, katanya, tulisan Dr. Mahathir itu merupakan satu bentuk pengiktirafan kepadanya yang telah berjuang untuk menentang 'kemungkaran' Anwar sama ada di segi politik mahupun peribadi sejak 13 tahun lalu.

"Antaranya dalam muka surat 649 hingga 689, Dr. Mahathir ada menyebut bagaimana saya menghantar surat pertuduhan terhadap Anwar kepadanya sehinggalah saya menarik balik surat tersebut.

"Melalui buku itu juga, Dr. Mahathir menjelaskan beliau kemudian mengetahui saya telah disoal siasat secara kasar oleh pihak polis dan kerana tidak tahan, saya ambil keputusan untuk tarik balik surat itu," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Ummi Hafilda menambah, tulisan bekas Perdana Menteri yang menyentuh tentang kes itu turut menafikan tuduhan Anwar sebelum ini bahawa kononnya wujud konspirasi ke atasnya.

Oleh itu, katanya, Anwar diminta tampil menyaman Dr. Mahathir atau dirinya sendiri demi membuktikan segala pendedahan ke atas salah lakunya selama ini adalah tidak benar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysiakini :: Berita

Posted: 12 Mar 2011 07:21 PM PST

Malaysiakini :: Berita


Anwar: Hanya calon berwibawa untuk Sarawak

Posted: 12 Mar 2011 05:37 AM PST

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan ketua parti itu di Sarawak, Baru Bian untuk memilih hanya calon-calon yang berintegriti tinggi pada pilihan raya negeri yang bakal menjelang.

Pada ucapannya yang bersemangat pada konvensyen PKR di Batu Kawah, berhampiran Kuching, Anwar berikrar akan menolak calon yang tidak berwibawa.

NONEKatanya, pemilihan pemimpin tidak seharusnya dilihat dari sudut perkauman tetapi aspek yang penting perlu diambil kira adalah kebolehan mereka memimpin negara dan sekaligus memberi manfaat kepada rakyat.

"Isunya bukan Cina, India, Melayu, Melanau, Iban atau Bidayuh, isu dia, melantik orang yang berwibawa yang tidak curi wang rakyat," katanya.

Katanya, tugas pemimpin bukan mengumpul kekayaan untuk diri sendiri dan keluarga sahaja dengan cara membolot duit rakyat dengan rakus tetapi adalah melaksanakan agenda membela rakyat.

"Jadi isunya bukan isu kaum, isunya adalah mempastikan wakil tersebut pegang prinsip yang sama iaitu pegang amanah, bukan untuk memperkayakan diri, isteri dan anak-anak tapi untuk bela nasib rakyat semua kaum di negeri ini," katanya.

Anwar berkata Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang berjaya meletakkan negeri itu salah satu penyumbang pelaburan tertinggi di Malaysia membuktikan keupayaan pimpinan Pakatan Rakyat membela rakyat.

azlan"Sebab itu, masa dia (Lim Guan Eng) ambil alih Pulau Pinang, (kewangan negeri) itu defisit, kerugian negeri dari segi pendapatan sejumlah RM1 billion, dua tahun dia urus Pulau Pinang, pendapatan hasil Pulau Pinang ada lebihan RM2 billion ringgit," katanya.

Tambahnya, sebuah lagi negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat iaitu Selangor, kira-kira RM700 juta telah diperuntukkan kepada rakyat negeri berkenaan dalam program-program yang telah disediakan, tetapi masih lagi mempunyai lebihan pendapatan.

"Di Selangor macam mana boleh buat? Pendapatan bertambah, jumlah yang curah pada rakyat ini ratus juta ringgit, setakat sekarang ini kira-kira berjumlah RM 00 juta (dalam program TAWAS, SMUE, MES, dan lain-lain) tapi pendapatan bertambah, lebihan masih ada, pelaburan asing unggul di Malaysia masih Pulau Pinang dan Selangor," katanya.

Konvensyen ini menyaksikan lebih 500 orang hadir dengan keadan penuh sesak.

Turut serta dalam konvensyen itu, Ahli Parlimen Kuching, Chong Chien Jen dan puluhan pemimpin Pakatan Rakyat peringkat negeri dan pusat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bekas pesuruhjaya Suhakam tubuh Proham

Posted: 12 Mar 2011 05:22 AM PST

Bekas Pesuruhjaya-pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) telah menubuhkan Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) yang dipengerusikan Tan Sri Simon Sipaun.

Proham juga melantik Prof Datuk Hamdan Adnan sebagai timbalan pengerusi, Datuk Michael Yeoh (setiausaha), Datuk N Siva Subramaniam (penolong setiausaha), Datuk Dr Chiam Heng Keng (bendahari) manakala Datuk Karam Chand Vohrah dan Datuk Dr Denison Jayasooria sebagai anggota jawatankuasa.

Menurut kenyataan daripada Pproham, persatuan itu akan dilancarkan pada 21 Mac diikuti satu perbincangan meja bulat mengenai Konvensyen Bangsa Bersatu mengenai penghapusan diskrimasi kaum sempena dengan Hari Antarabangsa mengenai penghapusan diskriminasi kaum.

Moderator bagi panel meja bulat ini ialah Yeoh dan anggota panel terdiri daripada Prof Hamdan, Dr Chiam and Dr Denison.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Pahang

Posted: 12 Mar 2011 07:16 PM PST

Utusan Online - Pahang


TNB potong bekalan 52 kediaman

Posted:

TNB potong bekalan 52 kediaman

TNB potong bekalan 52 kediaman

Oleh MUSAZLILA MUSTAPAR
utusanpahang@utusan.com.my


PEKERJA Tenaga Nasional Berhad melakukan operasi pemotongan bekalan elektrik di rumah-rumah yang tidak
membayar bil di sekitar Temerloh, semalam.


TEMERLOH 12 Mac - Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengambil tindakan tegas dengan memotong bekalan elektrik di 52 kediaman sekitar daerah ini berikutan berlaku 'pengusikan meter' sehingga mengurangkan penggunaan bekalan pengguna.

Pengurus TNB daerah, Affendi Abdul Rahman menegaskan, tindakan itu dibuat selepas siasatan dilakukan di 157 kediaman yang disyaki melakukan pengusikan meter sehingga mengakibatkan syarikat itu kerugian sebanyak RM151,654.

Berikutan itu tegasnya, TNB memberikan notis kepada semua 157 pengguna terbabit dan daripada jumlah itu 52 pengguna gagal membuat bayaran.

''TNB terpaksa mengambil tindakan terhadap 52 pengguna terbabit di atas kesalahan di bawah Seksyen 37(1) Akta Bekalan Elektrik 1990 selepas notis dikeluarkan," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi di sini, hari ini.

Affendi berkata, siasatan terhadap pengguna elektrik terbabit dilakukan selepas mendapati tempoh penggunaan kutipan bil yang jatuh mendadak.

Beliau berkata, antara jenis kesalahan yang dikenal pasti ialah gangguan pada penutup meter, pintasan pada belakang panel papan meter, sambungan terus dalam meter dan penggunaan magnet.

''Kita mempunyai pakar yang mampu mengesan berlaku usikan atau gangguan pada meter TNB dan kita ada bukti-bukti kukuh.

''Hari ini sahaja kita telah memotong bekalan di 29 kediaman yang gagal memberikan respons dan mematuhi arahan dikeluarkan TNB.

''Tindakan ini diambil mengikut prosedur yang sepatutnya kerana kita telah mengeluarkan notis supaya mereka boleh berunding namun ada di kalangan mereka yang tidak memberi sebarang respons," katanya.

Menurut Affendi, TNB hanya meminta pengguna membayar balik jumlah yang tidak dilunaskan dan tidak menuntut sebarang bayaran tambahan.

Affendi menegaskan, TNB akan membawa kes itu ke mahkamah jika pengguna terbabit gagal membuat bayaran atau rundingan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

6,600 pelabur ASM Investment

Posted:

6,600 pelabur ASM Investment

6,600 pelabur ASM Investment

KUANTAN 12 Mac - Syarikat pengurusan saham amanah, ASM Investment Services Berhad (ASM Investment) cawangan Pahang mempunyai 6,600 pelabur individu dan 76 syarikat korporat sejak beroperasi di sini dua tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif ASM Investment, Nik Mohamed Zaki Nik Yusoff berkata, sehingga kini, terdapat 51 perunding unit amanah yang membantu memasarkan dana-dana kepada pelabur di sini.

''Di Pahang, kami berjaya mencapai jualan sebanyak RM3.5 juta dan sebagai anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (Mara), ASM Investment akan sentiasa memberikan khidmat nasihat pelaburan terbaik kepada pelabur," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan pampasan kepada seorang guru agama, Norasilah Muhamed Zin, 37, bagi pihak ibunya, Kalthom Othman yang meninggal dunia tahun lalu.

Norasilah menerima pampasan itu selepas ibunya melabur di dalam Dana Al-Iman, Dana Bestari dan ASM Dana Mutiara sejak tahun 2005.

Nik Mohamed Zaki memberitahu, ASM Investment sedang dalam perancangan untuk mewujudkan ASM Investment Advisory Desk (ASMAD) di pejabat-pejabat MARA terpilih untuk memberi khidmat nasihat pelaburan kepada pelabur dan bakal pelabur.

"Kami yakin dengan adanya ASMAD, ASM Investment akan terus dikenali ramai selain dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan dari semasa ke semasa.

"Pada separuh pertama tahun ini, kami bakal membuka 17 ASMAD di seluruh negara dan 13 lagi pada separuh kedua menjadikan 30 ASMAD sehingga hujung tahun ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mangsa rumah musnah akibat banjir mohon tempat tinggal

Posted:

Mangsa rumah musnah akibat banjir mohon tempat tinggal

Mangsa rumah musnah akibat banjir mohon tempat tinggal


MOHD. Lozi Mohd. Nasir (tiga dari kanan) bersama ahli keluarganya ditempatkan di dewan serbaguna Kampung Bharu, Jerantut, kelmarin.


JERANTUT 12 Mac - Hasrat tujuh sekeluarga untuk mendiami kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) selepas rumah mereka musnah akibat banjir kilat Selasa lalu, tidak kesampaian apabila kediaman sementara itu terlalu usang untuk diduduki.

Mangsa banjir berkenaan, Mohd. Lozi Mohd. Nasir, 36, berkata, mereka sekeluarga dipelawa duduk di kuarters JKR berhampiran rumahnya selepas kediamannya rosak teruk akibat dihanyutkan arus deras selepas banjir kilat melanda Kampung Bharu, di sini beberapa hari lalu.

"Kami dipindahkan ke dewan serbaguna buat sementara waktu kerana rumah yang rosak itu tidak lagi selamat untuk diduduki.

"Sebaik mendapat tawaran untuk menetap di kuarters JKR, kami sekeluarga bergotong-royong membersihkan rumah tersebut kerana kami tidak ada lagi tempat berteduh," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, semalam.

Mohd. Lozi berkata, selepas selesai membersihkan rumah tersebut, pihak JKR datang untuk membuat pemeriksaan dan impian mereka berkubur apabila kuarters berkenaan dikatakan tidak selamat untuk diduduki kerana terlalu usang.

"Kami semua amat sedih dan kecewa selepas mendapat penjelasan daripada pihak JKR mengenai kuarters tersebut. Kini kami tidak ada tempat berteduh dan terpaksa duduk di dewan serbaguna buat masa ini," katanya yang bekerja sendiri.

Sehubungan itu, dia meminta mana-mana pihak memberikan tempat kediaman sementara bagi membolehkan mereka berteduh dengan selesa.

Menceritakan kejadian Selasa lalu, Mohd. Lozi memberitahu, rumahnya yang didiami bersama enam lagi ahli keluarganya musnah dibawa arus deras selepas banjir kilat melanda Kampung Bharu.

Dia bagaimanapun bersyukur kerana isterinya, Rohana Wahab, 24, dan anaknya, Siti Norafida, 2, bersama empat lagi ahli keluarganya yang lain sempat menyelamatkan diri dengan bantuan Pasukan Bomba dan Penyelamat.

"Kami tidak tidur pada malam itu kerana menjangkakan air naik memandangkan hujan lebat dan rumah kami terletak di tebing sungai.

"Pada pukul 12 tengah malam, air mula memasuki rumah di kawasan dapur dan kami segera mengalihkan barangan di dapur ke tempat yang lebih tinggi di ruang tamu," katanya.

Mohd. Lozi memberitahu, kira-kira pukul 2 pagi, isterinya menghubungi bomba dan penyelamat kerana bimbang keselamatan kerana paras air semakin tinggi dan terlalu deras.

Menurutnya, sebaik pihak bomba tiba, mereka sekeluarga dibawa ke tempat yang lebih tinggi berdekatan dengan rumah menggunakan bot penyelamat.

"Kira-kira 10 minit selepas itu kami hanya berputih mata melihat rumah pusaka peninggalan orang tua isteri saya hanyut dibawa arus sebelum tersadai di pokok besar berdekatan," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Rencana

Posted: 12 Mar 2011 03:18 PM PST

Utusan Online - Rencana


Memanipulasi kebangkitan rakyat

Posted:

Memanipulasi kebangkitan rakyat

Memanipulasi kebangkitan rakyat

Oleh Ezam Mohd Nor


KEBANGKITAN rakyat di Timur Tengah cuba dimanipulasikan untuk tujuan politik.


SETIAP peristiwa yang berlaku di alam ini semestinya ada hikmah dan iktibar buat manusia. Begitu juga peristiwa di Timur Tengah hari ini tentunya ada pengajaran dan iktibar buat kita semua.

Justeru bukan sesuatu yang luar biasa apabila kita melihat saban hari pelbagai laporan, analisis, saranan, dilakukan terhadap peristiwa besar kebangkitan rakyat Tunisia, Mesir, Libya dan negara-negara lain di rantau itu.

Dalam keriuhan dunia menghadapi fenomena ini kita dapat melihat dengan jelas munculnya suara-suara lantang kelompok ahli politik pembangkang dengan pelbagai masalah peribadi dan parti politik mereka mengambil kesempatan atas peristiwa Timur Tengah untuk menutup kemelut yang melanda mereka akhir-akhir ini.

Kita faham benar kerenah dan gelagat mereka ini yang akan memutar belit setiap peristiwa yang berlaku di dunia ini untuk meraih keuntungan politik buat diri mereka demi mencapai cita-cita ke Putrajaya yang tidak kesampaian. Buat kesekian kalinya mereka memainkan politik pembohongan dan melampaui batas memanipulasi peristiwa ini untuk kepentingan politik sempit mereka.

Dari Tenang, Merlimau , Kerdau dan serata negara mereka menggunakan pentas ceramah cuba membangkitkan semangat kebangkitan rakyat terutamanya golongan muda untuk mengambil inspirasi kebangkitan rakyat Timur Tengah. Pemerintah dan pemimpin Malaysia disamakan dengan rejim Mubarak. Kegagalan Tunisia dan Mesir sebagai sebuah negara disamakan dengan Malaysia.

Yang paling lantang tentulah Ketua Umum PKR walaupun hakikatnya tokoh politik Malaysia yang paling banyak persamaannya dengan ciri kediktatoran Mubarak adalah dirinya sendiri. Mengangkat dirinya menjadi Ketua Umum tanpa dipilih sama sekali.

Malah sebenarnya kediktatoran Mubarak tidak mampu mencapai taraf kediktatoran Anwar kerana Mubarak tidak mampu meletakkan isterinya sebagai Presiden, orang yang paling istimewa bagi dirinya sebagai Timbalan Presiden, dan anaknya sendiri sebagai Naib Presiden parti dalam satu masa. Beliau jugalah yang mencipta sejarah politik tanah air dan mungkin juga di dunia ini dengan mengarahkan isterinya meletakkan jawatan sebagai ahli Parlimen sebaik setelah beliau ditangkap dengan salah laku jenayah.

Kebiasaannya seorang ahli politik akan melepaskan jawatan bila disabitkan dengan kes jenayah namun bagi Anwar dia mengarahkan isterinya meletakkan jawatan sebaik selepas beliau ditahan agar dia boleh bergayut dengan jawatan politik dalam menghadapi kes salah laku jenayah peribadinya dan mengheret kes peribadi itu menjadi kes politik. Maka seluruh negara di heret dalam menghadapi kes peribadinya. Masalah peribadinya menjadi masalah negara. Mubarak dan Ghaddafi sekalipun tidak punya kemampuan memutar belit 'menegarakan' masalah peribadi mereka sehebat yang dilakukan Anwar!

Kegagalan

Malah Ben Ali, Ghadafi dan Mubarak dalam segala kegagalan, kekurangan, kelemahan dan kezaliman mereka tidak tergamak menghina tanah air dan bangsanya sendiri hanya kerana mahu meraih populariti. Dalam hal ini Anwar sekali lagi lebih hebat daripada mereka. Anwar mampu dan tergamak secara terbuka menghina batik Malaysia buatan anak bangsanya sendiri di Indonesia hanya kerana mahu menjadi popular.

Sifat antinasional inilah yang menyebabkan negara ini menerima kesan dihina hinggakan dibaling najis di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta gara-gara ketegangan hubungan dua hala. Hidup berjiran apatah lagi serumpun adalah lumrah berlaku ketegangan dari masa ke semasa. Namun tidak pernah terjadi di dalam sejarah ketegangan dua hala sehingga kita dihina dengan dibaling najis di kedutaan kita. Ia gara-gara ada pemimpin kita sanggup menghina tanah air dan bangsanya sendiri di negara orang.

Sebusuk-busuk diktator Arab tidak sanggup menghina bangsa dan tanah airnya sendiri apatah lagi bila berada di negara orang. Diktator Melayu abad ini rupanya jauh lebih hebat kediktatorannya berbanding diktator-diktator Arab itu. Malah diktator-diktator Arab itu tidak pernah kita dengar menggelar diri mereka anugerah Tuhan dan menjual kalimah Allah dengan harga undi politik. Diktator Melayu ini jauh lebih hebat sifat melampaui batasnya.

Kalau diktator-diktator Arab ini dikatakan menjadi tali barut Yahudi, diktator Melayu ini juga pada hakikatnya jauh mengatasi mereka. Kononnya dia menuduh kerjaan bersekongkol dengan Yahudi kerana mangambil APCO sebagai konsultan tetapi hakikat yang diketahui oleh seluruh warga Bank Dunia beliaulah sebenarnya yang menjadi alat kepada Yahudi.

Kerajaan membayar APCO untuk membuat tugas-tugas demi kepentingan negara yakni hubungan dagangan dua hala Amerika -Malaysia tetapi diktator Melayu ini sanggup menjadi alat menutup skandal Pengerusi Bank Dunia, Wolwofitz, seorang Yahudi yang menjadi Menteri Pertahanan AS semasa Iraq diserang dan ribuan nyawa tidak berdosa menjadi korban.

Surat Anwar sebagai Pengerusi Yayasan Masa Depan kepada Bank Dunia untuk tutup pekung Yahudi Wolwofitz itu bukan rahsia lagi di Bank Dunia. Diktator Arab pun tidak sanggup meletakkan diri serendah itu untuk menjadi alat kepada seorang Yahudi yang telah membunuh ribuan nyawa manusia tidak berdosa. Dalam sejarah negara ini juga kita tidak pernah saksikan seorang pemimpin negara yang sanggup melakukan perbuatan sejijik itu.

Dari sudut pencapaian ekonomi dan kemajuan sebagai sebuah negara jauh sekali bezanya antara Mesir,Tunisia dan Libya ini berbanding kedudukan ekonomi kita. Pendapatan perkapita di Mesir hanya AS$2 (RM6.14) sehari bermakna sekitar RM200 sebulan .Bandingkan per kapita kita lebih RM2,000 bermakna lebih sepuluh kali ganda mereka.

Gaji seorang profesor di Mesir purata 1000 Pound Mesir kira-kira RM800 manakala minimum Profesor Malaysia hari ini berpendapatan RM10,000. Terlalu banyak data perbandingan yang boleh ditampilkan pokoknya ia terlalu jauh bezanya sehingga sebarang perbandingan ekonomi yang dilakukan pastinya kelihatan tempang.

Justeru hanya orang yang terdesak yang sanggup berselindung di bawah fakta yang jelas untuk mengabui mata rakyat. Rakyat sekali lagi menjadi mangsa putar belit, dibakar semangat mereka berasaskan fakta palsu. Mereka di minta mengutip peristiwa Mesir dan Timur Tengah sebagai punca inspirasi mereka untuk bangkit.

Hakikatnya anak muda Arab bangkit dengan menjadikan kejayaan Malaysia membina negara sebagai sumber inspirasi mereka. Kebetulan saya berada di Mesir semasa kebangkitan bermula. Saya tempuhi jalan yang disekat oleh anak-anak muda Mesir yang berdemonstrasi. Apabila mereka tahu kita dari Malaysia mereka akan bandingkan Mubarak dengan Tun Mahathir.

Kedua-duanya menjadi pemimpin negara mereka pada waktu yang sama, awal 80-an tetapi Malaysia jauh meninggalkan Mesir hari ini. Mereka kecewa dengan negara mereka, Mesir tetapi mereka amat menghormati Malaysia dan bagi mereka Malaysia adalah sumber inspirasi mereka untuk bangkit melakukan perubahan. Di Malaysia pula ada pemimpin politik terdesak yang buat kerja songsang.. Mengajak rakyat Malaysia pula untuk menjadikan Mesir sebagai sumber inspirasi. Cukuplah dia seorang melakukan perbuatan songsang. Janganlah heret rakyat melakukan perbuatan yang songsang juga.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Najib dan perjuangan bahasa

Posted:

Najib dan perjuangan bahasa

Najib dan perjuangan bahasa

Bisik-Bisik Mingguan

PARA pejuang bahasa dan orang Melayu di Malaysia seharusnya mendengar dengan penuh lapang dada ucapan Perdana Menteri, Najib Tun Razak pada malam kemuncak Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri di Putrajaya pada Jumaat lalu.

Ucapan itu akan memberikan mereka suatu perasaan dan gambaran betapa sayangnya pucuk pimpinan negara kepada Bahasa Melayu. Mereka akan tahu bahawa Bahasa Melayu bukan sahaja selamat, malah masa depannya akan diperkasakan oleh Najib dan kerajaan.

Pertandingan Pidato Antarabangsa itu yang pada tahun ini disertai 59 peserta dari 56 buah negara dari seluruh dunia adalah manifestasi iltizam Najib untuk memastikan Bahasa Melayu terus menjadi bahasa dunia. Beliau bertanggungjawab memulakan pertandingan itu lima tahun lalu ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri lagi.

Dalam ucapan Jumaat lalu, Najib mengakui Bahasa Melayu tidak terlepas daripada pelbagai cabaran dan hambatan dan beliau bertekad "akan memastikan dasar-dasar yang digubal sentiasa menyokong ke arah usaha mengembang dan memperkasa Bahasa Melayu, sama ada bersifat kenegaraan mahupun keantarabangsaan."

Di seluruh dunia, terdapat lebih 6,000 bahasa yang masih digunapakai, tetapi hanya 20 bahasa yang diberikan taraf bahasa rasmi. Menurut Perdana Menteri, Bahasa Melayu adalah salah sebuah daripada 20 bahasa itu dengan jumlah penuturnya lebih kurang 300 juta orang. Bahasa Melayu ialah bahasa kelima terbesar di dunia dari segi jumlah penuturnya.

Selepas Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2011 berakhir, Malaysia akan mempunyai berpuluh-puluh orang sahabat muda dari 56 buah negara. Esok, mereka akan berada di Trolak, Sungkai, Perak untuk menyertai program inap desa dengan keluarga peneroka Felda sebelum pulang ke negara masing-masing.

Usaha mengantarabangsakan Bahasa Melayu serta mempromosikan budaya, pelancongan dan keharmonian Malaysia pasti akan mendapat lonjakan besar daripada pertandingan pidato Bahasa Melayu itu dan program-program sampingan yang dijalankan. Melaluinya, Bahasa Melayu tidak mungkin mati, sebaliknya terus hidup, disegar dan disemarakkan.

Pengajaran daripada pertandingan itu pula amat banyak khususnya kepada penutur asli Bahasa Melayu. Jika anda berpeluang mendengar pidato juara antarabangsa pertandingan itu pada tahun ini, Halil Ibrahim dari Turki yang begitu pandai bermain kata ketika mengusik Najib dalam pidatonya, anda pasti akan terpesona. Tidak ramai dalam kalangan kita yang selancar Halil kalau diminta berpidato.

Kerana itulah, Najib mengingatkan bahawa kepetahan anak-anak muda dari negara luar menggunakan Bahasa Melayu dengan gaya dan susun kata yang begitu indah "sebenarnya memberikan sindiran tajam kepada ramai antara kita yang lebih cenderung menggunakan bahasa rojak dan bahasa pasar dalam percakapan harian, seringkali pula sarat dengan campuran bahasa dalam urusan penulisan rasmi."

Bahasa Melayu adalah bahasa kita tetapi kita mungkin tewas berpidato dengan anak muda Turki itu atau sahabat-sahabatnya dari Rusia, China, Korea Selatan, hatta dari Nigeria dan Sudan, jika kita tidak sayangkan bahasa sendiri dan tidak bersama-sama memperkasakannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Negara

Posted: 12 Mar 2011 01:29 PM PST

Kosmo Online - Negara


Loji nuklear meletup

Posted:

Loji nuklear meletup

Loji nuklear meletup



TOKYO - Ketika pihak berkuasa Jepun melaporkan lebih 80,000 orang dikhuatiri terkorban akibat gempa bumi dan tsunami terburuk dalam tempoh 140 tahun kelmarin, penduduk negara matahari terbit itu kini berdepan pula dengan kebocoran radioaktif yang boleh membawa maut.


SEJUMLAH bangunan yang musnah akibat tsunami diselubungi lumpur di bandar Minamisanriku, utara Jepun semalam.


Kebimbangan tersebut tercetus apabila sebuah akhbar di sini melaporkan bangunan Stesen Tenaga Nuklear Fukushima Daiichi 1 milik Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) meletup semalam.

Keadaan mencemaskan itu memaksa kerajaan Jepun memindahkan 45,000 penduduk ke tempat lain yang lebih selamat.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ratu porno selamat dalam gempa bumi

Posted:

Ratu porno selamat dalam gempa bumi

Ratu porno selamat dalam gempa bumi


MIYABI


JAKARTA - Nasib pelakon pornografi Jepun, Maria Ozawa menarik perhatian ramai selepas negara tersebut dilanda gempa bumi dan tsunami kelmarin.

Para peminatnya di Indonesia yang mengenalinya dengan gelaran Miyabi tertanya-tanya keadaan pelakon itu selepas bencana tersebut.

Akhbar Kompas semalam melaporkan Miyabi menulis di akaun laman sosial Twitter miliknya menyatakan bahawa dirinya selamat.

"Setelah gempa bumi, saya selamat dan berada di kem bersama semua anggota pasukan pengurusan saya," tulis Miyabi dalam bahasa Jepun.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bayi 3 bulan mati tersedak susu di taska

Posted:

Bayi 3 bulan mati tersedak susu di taska

Bayi 3 bulan mati tersedak susu di taska

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my


MAZUIN (kanan) dan Mohd. Idzwan menunjukkan laporan polis yang dibuat
di Kuala Lumpur semalam. (gambar kecil) Nur Alia Maisara


KUALA LUMPUR - Kegembiraan sepasang suami isteri menimang cahaya mata sejak tiga bulan lalu berakhir sekelip mata apabila bayi mereka mati didakwa akibat tersedak susu di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Presint 17, Putrajaya kelmarin.

Bayi perempuan berusia tiga bulan itu, Nur Alia Maisara Mohd. Idzwan (gambar kecil) yang baru diletakkan di taska tersebut sejak seminggu lalu disahkan meninggal dunia pada pukul 11.20 pagi.

Ibu bayi itu, Mazuin Mardzuki, 27, berkata, dia dan suami, Mohd. Idzwan Mohd. Yusuf, 29, menghantar anak tunggal mereka ke taska berhampiran rumah di Blok D, Presint 17 itu selepas dia habis pantang bersalin.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: MukaDepan

Posted: 12 Mar 2011 09:05 AM PST

Berita Harian: MukaDepan


Jepun ranap

Posted: 11 Mar 2011 02:51 PM PST

MukaDepan

Gempa bumi akibatkan gelombang tsunami 10m jejas ekonomi Tokyo

TOKYO: Gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun dengan ukuran 8.9 pada skala Richter, melanda timur laut Jepun semalam, mencetuskan gelombang tsunami sehingga setinggi 10 meter dan menyebabkan lebih 1,000 orang terbunuh.

Agensi berita Kyodo melaporkan, gempa bumi menyebabkan kerosakan besar kawasan di utara Jepun, manakala gelombang tsunami memusnahkan hampir apa saja di laluannya termasuk ladang pertanian, bangunan, rumah, kapal, kenderaan dan menyebabkan kebakaran. "Gempa menyebabkan banyak kecederaan, kebakaran dan gelombang besar memaksa beribu-ribu penduduk melarikan diri ke kawasan lebih tinggi untuk menyelamatkan diri," lapor Kyodo.

Beberapa loji jana kuasa nuklear dan pusat penyulingan minyak ditutup manakala sebuah firma pengeluar besi utama terbakar. Kira-kira 4.4 juta rumah di bahagian utara Jepun terputus bekalan elektrik.

Kyodo melaporkan, sebuah hotel di bandaraya Sendai runtuh, menimbulkan kebimbangan ramai penghuni mungkin terperangkap.

"Keadaan sungguh teruk dan saya ketakutan. Saya tidak pernah mengalami gempa bumi sekuat ini sejak 20 tahun lalu," kata seorang pengurus sebuah restoran di Akasaka, Hidekatsu Hata, 36.
Pengalaman beliau dikongsi koresponden Reuters di Tokyo Linda Sieg yang turut merasai gegaran kuat di pejabatnya.

"Bangunan pejabat kami bergegar kuat dan lama, menyebabkan ramai kakitangan mengambil topi keledar untuk melindungi kepala mereka, manakala yang lain bersembunyi di bawah meja," katanya.

Stesen televisyen NHK menyiarkan imej gelombang tsunami menghanyutkan sisa bangunan, kenderaan di kawasan pantai Sendai yang mempunyai sejuta penduduk manakala kapal yang biasanya berada di pantai, dilihat terdampar di pelabuhan.

Asap hitam dilihat berkepul ke udara dari sebuah bangunan di Odaiba di pinggir Tokyo ketika perkhidmatan kereta api laju Jepun ke utara, terpaksa dihentikan.

Syarikat gergasi elektronik Jepun, Sony Corp, menghentikan operasi di enam kilangnya, ketika pesawat tentera udara dikejarkan ke pesisir pantai timur laut bagi meninjau tahap kerosakan yang berlaku.

Bank of Japan yang sedang berusaha meningkatkan ekonomi negara itu berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya memastikan pasaran kewangan terus stabil, ketika pasaran saham dan nilai yen jatuh.

Sementara itu, Pertubuhan Palang Merah di Geneva berkata paras air laut dilaporkan lebih tinggi di beberapa kepulauan Pasifik manakala amaran tsunami di seluruh wilayah itu kecuali Amerika dan Kanada. – Reuters

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

ujang.moncheh boy

lihatlah kebesaran ALLAH teserlah sudah.suatu hari akan sampai masanya kiamat dunia ini akan hancur sehancur-hancurnya dan ALLAH akan ganti dengan akhirat yang kekal abadi.pilihlah antara syurga atau neraka.marilah kita renungkan bersama.INSYAALLAH.

Adam2win

tu la amaran drpd Allah swt..Kuasa Allah x der siapa yg boleh menahan nye melainkan kita sujud kpdNya serta tinggal segala kemungkaran,, kembali lah kpd Al Quran.. Takbirrr.. Allahuakhbar..

Lada kering

SubhanAllah.......

ZamTairen

Kuasa Tuhan tiada siapa yang mampu melawannya...

KHAIRUL EZAT

SEKARANG KEADAAN JEPUN DH STABIL @ MASIH DALAM KEADAAN HURU-HARA?HARAP MALAYSIA TIDAK TERKENE TEMPIAS ANGIN...

yem amat

semoga rakyat jepun bersabar dengan dugaan ini dan bangkit seperti selepas perang dulu

Wak Miss

Hanya Allah saja yang mengetahui apa yang terjadi... jadi ambillah iktibar dari kejadian seumpama itu...Takziah kepada semua rakyat Jepun

AAR

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu BERBAGAI BANGSA DAN BERSUKU PUAK, supaya kamu BERKENAL-KENALAN (DAN BERAMAH MESRA antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang LEBIH TAKWANYA di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu"(Al-Hujurat:13). "Dan hendaklah kamu TOLONG-MENOLONG DALAM PERKARA-PERKARA KEBAJIKAN dan KETAQWAAN dan JANGANLAH KAMU TOLONG-MENOLONG DALAM PERKARA-PERKARA KEJAHATAN DAN PERMUSUHAN." (al-Maidah: 2)

saint64

Ingatlah akan kebesaran..igtlah akan musibah...semuanya dugaan..tanda akan berakhirnya zaman...bumi sudah tua..

General Yamashita

Kasian. Bersabar ajelah ye. Kan kah tsunami tu bahasa Jepun. Apa kata kita tukar jadi ombakmi...

joelz agustine

God Bless them

ahli baru

bala Allah tak kenal sesiapa

Yolanda

sabar subur, tak sabar masuk kubur..
pegi tandas nak buang air kecil,tanda2 kiamat kecil..

D'diey Asnawi

Bumi Malaysia masih bertuah dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT..tp, segelintir masyarakat kita brtelagah sesama sendiri disebabkan kuasa..bila Allah SWT mnurunkan kuasaNya,...apa lg kita ada???skali bncana ini blaku..tinggallah segala2nya...

secret gurl

mari kita berdoa utk negara jepun.....semoga Tuhan melihat apa yg terjadi dan melindungi mereka....amin.....

semoga mereka yang terlibat dikurniakan ketabahan dan kesabaran. Samada ini ujian atau musibah, kita yang hidup aman dari bencana sedemikian perlulah bermuhasabah diri di samping mendoakan mereka yang mengalami bencana.

Rambli Sulaiman

Kuasa Tuhan tiada siapa yang mampu melawannya...


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads