Berita Harian: MukaDepan Posted: 27 Mar 2011 09:19 AM PDT Impak Lautan Biru Posted: 26 Mar 2011 11:52 AM PDT MukaDepan Kerjasama ATM, PDRM jimatkan kos operasi cegah jenayah KLUANG: Datuk Seri Najib Razak yakin penerapan strategi Lautan Biru dalam enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mampu mengurangkan kos dan menghasilkan objektif pada tahap maksimum untuk manfaat rakyat dan negara.
Perdana Menteri berkata, ketika ini, corak pemikiran di luar kotak menerusi strategi berkenaan diterapkan menerusi NKRA pertama iaitu ke arah mengurangkan kadar jenayah di seluruh negara. "Kita sedang fikirkan kaedah bagaimana aplikasi Lautan Biru dalam NKRA lain di mana objektif boleh dicapai dengan kos minimum yang lebih ketara berbanding menggunakan pemikiran konvensional seperti dilaksanakan menerusi perjanjian antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengurangkan kadar jenayah. "Dengan penjimatan ini, kita boleh gunakan untuk melaksanakan projek tambahan lain," katanya selepas melancarkan program pemulihan dan perasmian Pusat Pemulihan Pemasyarakatan yang menempatkan 200 banduan di Kem Mahkota di sini, semalam.
Enam NKRA yang digariskan adalah mengurangkan jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, meningkat taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman serta menambah baik pengangkutan awam.
Hadir sama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hasan dan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.
Perdana Menteri berkata, ketika ini, ATM dan PDRM bekerjasama untuk mengawal sempadan dan kawasan panas di bandar, latihan rekrut PDRM diadakan di pusat latihan ATM dan menerapkan anggota tentera pencen sebagai anggota polis.
"Langkah ini perubahan baru berbanding dulu apabila dua pasukan keselamatan ini saling mencemburui dengan masing-masing menjaga rapi serta melaksanakan tugas mereka dengan baik," katanya.
Mengenai pusat berkenaan, Najib berkata, penubuhannya bagi mengelak banduan jenayah ringan berhubung dengan penjenayah tegar seperti di penjara hingga menyebabkan berlakunya kemasukan semula ke penjara.
Katanya, menerusi fasa pertama itu, 1,200 banduan jenayah ringan akan ditempatkan di empat kem iaitu di Kem Syed Sirajuddin di Gemas, Negeri Sembilan dan Kem Tok Jalai di Alor Star, Kedah; Kem Batu 10, 4 Briged Mekanis di Kuantan, Pahang dan Kem Desa Pahlawan di Kok Lanas, Kelantan.
"Jika kita bina penjara baru, kosnya sehingga RM60 juta, berbanding pembinaan pusat seperti ini dengan kos RM4.5 juta.
"Banduan di sini juga akan didedahkan pelbagai kemahiran hidup," katanya sambil menambah mereka akan diberi elaun harian.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, projek perintis itu tidak menjejaskan sistem pentadbiran sedia ada antara kedua-dua kementerian yang terbabit dan ia akan diteruskan dalam beberapa projek lain.
Hishammuddin pula menganggap program yang membabitkan banduan muda itu adalah idea Perdana Menteri bagi mengelak banduan jenayah ringan terpengaruh dengan banduan tegar, selain dapat menyesuaikan diri dengan situasi semasa sebelum dibebaskan. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen jim aman PERTAMBAHAN BEKAS TENTERA DLM PDRM OLEH ITU
PERTAMBAHAN LOGISTIK DAN LAIN2 PENAMBAHBAIKAN HARUS JUGA DI TAMBAH N. V. Lunatic Pesara anggota tentera adalah asset dan bukannya liability Negara. Mereka merupakan pesara yang lengkap dengan pelbagai kemahiran dan softskill untuk berdikari. Jika mereka ini dibantu dengan prasarana dan modal yang mencukupi, adalah tidak perlu untuk kerajaan menyerapkan mereka ke dalam perkhidmatan kerajaan lagi. Secara politiknya, adalah lebih baik mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan muda negara yang memang amat memerlukan pekerjaan sebagai kerjaya, dan jaminan masa depan mereka. Ezam Zam Janji anggota tentera tidak membawa perangai mereka semasa menjadi tentera sudahlah. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Harian Metro: Mutakhir Posted: 27 Mar 2011 07:16 AM PDT Jangan beli berlebih Posted: 27 Mar 2011 12:53 AM PDT KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menasihati orang ramai agar berbelanja secara berhemah sepanjang kempen turun harga yang dijadual berlangsung dari 15 Jun hingga 31 Ogos depan. Setiausaha Agungnya, Muhammad Shaani Abdullah, berkata pengguna harus membezakan barangan keperluan yang harus dibeli untuk mengelak pembaziran kepada perbelanjaan pengguna itu sendiri. "FOMCA bimbang pengguna akan terpedaya dengan harga jualan murah itu sehingga berbelanja di luar kemampuan iaitu berbelanja melebihi pendapatan bulanan sehingga menyusahkan diri sendiri dan keluarga," katanya ketika dihubungi Bernama di sini ,hari ini. Beliau mengulas pengumuman Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam mengenai kempen penurunan harga barangan secara besar-besaran membabitkan 50 sektor perniagaan di seluruh negara. Menurut Ismail Sabri kempen itu merupakan usaha oleh kerajaaan untuk mengurangkan beban rakyat dan pada masa yang sama menjana pertumbuhan ekonomi negara.
Kempen berkenaan bakal disertai oleh pelbagai sektor perniagaan, antaranya perhotelan, pengangkutan, kraftangan, makanan ringan, pakaian dan barangan keperluan harian. FOMCA berharap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengadakan kempen kesedaran kepada pengguna di media massa berhubung pengurusan kewangan ketika berbelanja terutamanya ketika kempen turun harga di seluruh negara, katanya. Muhammad Shaani berkata walaupun kempen itu bertujuan menjana pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan beban, KPDNKK perlu memastikan pengguna tidak menjadi mangsa penipuan dengan memantau secara berterusan bagi memastikan harga barangan itu telah diturunkan atau masih pada harga yang sama. Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr Maamor Osman berkata KPDNKK harus membuat satu garis panduan kepada peniaga agar mereka tidak meletakkan harga sesuka hati semasa kempen itu. Katanya pengguna sebenarnya mempunyai kuasa untuk memberi tekanan dari segi penetapan harga jualan kepada peniaga kerana apa yang berlaku sebelum ini seperti ketiadaan bekalan makanan seolah-olah memberi isyarat bahawa peniaga lebih berkuasa daripada pengguna. Beliau berkata pengguna perlu menguruskan kewangan mereka dengan baik dan sentiasa berbelanja mengikut kemampuan dan sekiranya boleh mengurangkan penggunaan kad kredit untuk mengelakkan beban hutang yang banyak pada masa depan. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | JPS setuju lepas air empangan Posted: 27 Mar 2011 12:40 AM PDT KANGAR: Kira-kira 9,000 pesawah yang mengusahakan hampir 7,000 hektar sawah di 20 buah perkampungan di luar kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) di utara Perlis boleh menarik nafas lega apabila bakal menerima bekalan air mulai esok untuk mengerjakan sawah mereka pada musim pertama ini. Menerusi persetujuan yang dicapai antara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dengan pesawah dalam satu majlis dialog hari ini, JPS memberi jaminan untuk membekalkan air kepada pesawah menerusi Empangan Timah Tasoh. Majlis dialog tersebut dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Koperasi Perlis, Sabry Ahmad hari ini. Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Perlis, Shaidan Nordin dan Pengarah Pertanian Negeri, Ghazali Zakaria. Pesawah tersebut adalah dari kawasan Beseri, Santan Dan Bintong. "Pada mulanya pihak JPS berbelah bagi untuk melepaskan air empangan bagi pengairan sawah kerana mahu menyimpan air untuk keperluan domestik. "Bagaimanapun apabila melihat kepada perkembangan terkini termasuk hujan yang turun lebat di Perlis semalam, JPS memberi jaminan kesediaannya melepaskan air empangan mulai esok," kata Sabri kepada Bernama selepas majlis dialog tersebut. Sehubungan itu beliau menasihati para pesawah yang sebelum ini resah kerana masalah pengairan supaya memulakan segera kerja-kerja persawahan supaya air yang dibekalkan tidak membazir. "JPS hanya mampu melepaskan air ke sawah sehingga paras air empangan berada pada tahap 28.5 meter berbanding paras air dalam empangan sekarang 28.97 meter," katanya. Empangan tersebut kini dalam proses dinaik taraf dan apabila siap sepenuhnya lebih banyak air dapat dilepaskan masuk ke dalam sawah. Sabri menjelaskan fasa pertama projek tersebut membabitkan kerja-kerja naik taraf dinding empangan setinggi 3.5 meter dengan kos RM87 juta telah disiapkan dan kini menunggu peruntukan bagi projek fasa kedua. "Apabila siap sepenuhnya projek naik taraf menjelang 2015, empangan berkenaan mampu meningkatkan kapasiti takungan kepada 88 juta meter padu air berbanding kapisiti sekarang yang mampu menakung 44 juta meter padu," kata beliau. Empangan itu dibina dengan kos RM71 juta dan mula menakung air pada tahun 1992 sementara bekalan air ke sawah sekitarnya untuk tanaman padi dua kali setahun dibekalkan sejak tahun 1995.
- Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online Posted: 27 Mar 2011 07:12 AM PDT Penduduk Kluang lega Posted: Penduduk Kluang legaPenduduk Kluang lega 27/03/2011 4:06pm KLUANG - Penduduk Kluang boleh menarik nafas lega berikutan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam tentang persetujuan kerajaan terhadap pembinaan sebuah empangan dianggar bernilai RM105 juta di Kahang di sini bagi membekal air bersih. Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Mahkota Md Jais Sarday berkata, pengumuman Perdana Menteri itu menandakan masalah bekalan air yang dihadapi penduduk Kluang saban tahun bakal menemui jalan penyelesaiannya. "Tanpa empangan yang baru itu, kita tidak akan ada air untuk dibekalkan kepada seluruh penduduk Kluang dalam tempoh antara tiga hingga lima tahun," katanya yang juga merupakan Exco Belia dan Sukan Johor kepada Bernama hari ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Utara Posted: 27 Mar 2011 03:25 AM PDT Rakyat kecewa Sulihh belum dilaksana Posted: Rakyat kecewa Sulihh belum dilaksana Rakyat kecewa Sulihh belum dilaksana Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH utusankedah@yahoo.com ALOR SETAR 26 Mac - Rakyat negeri ini kecewa kerana projek Hab Hidrokarbon Sungai Limau (Sulihh) di Yan dekat sini yang ingin dibangunkan oleh kerajaan Pas Kedah belum dapat dilaksanakan. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, penduduk Kedah sepatutnya sudah dapat melihat pelaksanaan projek berkenaan yang dianggar melibatkan pelaburan RM35 bilion. Sebaliknya, kata beliau, rakyat terus diselubungi tanda tanya mengenai status projek itu dan punca sebenar penangguhannya kerana sehingga kini tiada jawapan yang konkrit dapat dikemukakan oleh kerajaan negeri. "Apakah benar dakwaan bahawa pelabur hilang keyakinan dalam projek itu? Jika ada masalah teknikal atau dengan pelabur, kenapa sehingga sekarang ia masih belum dapat diselesaikan? "Penangguhan Sulihh merupakan satu kerugian besar kepada rakyat kerana projek itu dapat menjana pendapatan lumayan kepada negeri ini termasuk mewujudkan peluang pekerjaan," katanya selepas merasmikan Program Merakyatkan Seni Budaya-Kawasan Bandar: Kuih Tradisional Kedah, di sini hari ini. Projek Sulihh yang dulunya dikenali sebagai Zon Industri Petroleum Yan diumumkan pada 2007 hasil perancangan rapi kerajaan BN semasa memerintah negeri ini. Selepas pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-12, kerajaan negeri bersetuju meneruskan projek itu dengan menggunakan kaedah lain iaitu menambak laut bagi memberikan laluan kepada pelaksanaannya. Menurut laporan akhbar, projek itu dijangka siap pada 2013 dan apabila beroperasi nanti ia dapat menjana pendapatan RM400 juta setahun kepada kerajaan negeri. Ahmad Bashah percaya pembangunan projek berkenaan sudah dapat dimulakan jika BN yang memerintah negeri ini kerana mempunyai perancangan yang tersusun. Malah, katanya, sewaktu berada di bawah perancangan kerajaan BN, pelabur juga mempunyai keyakinan tinggi terhadap potensi projek itu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Pandu Puteri disaran guna media baru Posted: Pandu Puteri disaran guna media baruPandu Puteri disaran guna media baru
|
Tuanku Bainun (tengah), Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah dan Sharifah Zulkifli bersama ahli Persatuan Pandu Puteri Perak di Taiping, semalam.
|
TAIPING 26 Mac - Persatuan Pandu Puteri Perak yang menyambut ulang tahun ke-90 penubuhannya hari ini disaran bergerak seiring dengan peningkatan penggunaan teknologi dan media baru pada masa kini. Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun bertitah, perubahan itu perlu dilakukan seiring dengan keperluan dunia tanpa sempadan. "Pandu Puteri mesti menjadi sebuah persatuan bukan kerajaan yang bergiat cergas memelihara kesejahteraan dan merapatkan jurang masyarakat," titah baginda. Baginda bertitah demikian pada majlis Perayaan Ulang Tahun Ke-90 Persatuan Pandu Puteri Perak di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Treacher Methodist di sini hari ini. Hadir sama, Yang Dipertua Persatuan itu, Raja Muda Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah dan isteri Menteri Besar, Datin Seri Sharifah Zulkifli. Sementara itu, Raja Nor Mahani yang juga Timbalan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertitah, Perak kini mempunyai 7,000 ahli daripada jumlah keseluruhan ahli Pandu Putri di seluruh negara yang berjumlah 70,000 orang. Titah baginda, dalam usia 90 tahun, persatuan itu mengalami pelbagai perubahan dan transformasi. "Apa pun perubahan dilalui, nilai-nilai murni yang menjadi teras persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri tetap tidak berubah," titah Tuanku Bainun. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Lelaki ditahan simpan daging babi dalam premis berbeza Posted: Lelaki ditahan simpan daging babi dalam premis berbezaLelaki ditahan simpan daging babi dalam premis berbeza PADANG BESAR 26 Mac - Tindakan seorang lelaki yang menyimpan sejumlah lapan tan daging babi hutan dalam premis yang berlainan, mengundang padah apabila dia ditahan oleh Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) di sini hari ini. Lebih malang buat lelaki berkenaan apabila dia terpaksa menanggung rugi apabila daging babi hutan yang telah diproses bernilai RM40,000 itu turut dirampas dan akan dilupuskan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). Komander UPP Padang Besar, Asisten Supritendan Noor Janihan Nanyan berkata, dalam kejadian pukul 3 petang itu, sepasukan anggota UPP diketuai Cif Inspektor Noor Hisham Jaafar membuat pemeriksaan di sebuah premis di Kampung Kolam di sini. "Ketika pemeriksaan dilakukan lelaki berusia 57 tahun itu sedang memunggah sejumlah daging babi ke dalam bilik beku di premis berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati lelaki tempatan itu memiliki lesen menyimpan daging babi namun alamat premis yang tertera pada lesen itu adalah berbeza. "Lesen yang dimiliki lelaki itu membenarkan dia menyimpan daging babi di Kampung Baru di sini tetapi dia menyalahgunakan lesen tersebut," katanya. Menurutnya, bekalan daging babi hutan itu dibawa dari Lenggong, Perak untuk pasaran tempatan dan negara jiran. Sementara itu, Penolong Pengarah Jabatan Perhilitan Perlis, Hamidi Jamaludin berkata, lelaki itu ditahan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 Seksyen 64 (2) kerana menyimpan hidupan liar di alamat premis lain. "Jika didapati bersalah, lelaki itu boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Berita Harian: Mutakhir Posted: 27 Mar 2011 03:22 AM PDT 200 ahli PKR Bayan Baru keluar parti Posted: 27 Mar 2011 03:08 AM PDT Mutakhir GEORGETOWN: Seramai 200 anggota Persatuan Sami-sami Hindu Pulau Pinang yang menganggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Bayan Baru di sini, mengisytiharkan keluar parti hari ini. Pengerusi Persatuan Sami-sami Hindu Pulau Pinang, S Dhinabalan, berkata keputusan meninggalkan perjuangan mereka bersama PKR dibuat kerana kecewa terhadap parti itu yang gagal membela nasib dan kebajikan kaum India di negeri ini.
"Mereka membuat keputusan keluar parti itu selepas hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung dakwaan video seks Anwar di Balai Polis Bayan Baru di sini. Beliau yang juga bekas Anggota Jawatankuasa PKR Bayan Baru berkata, hala tuju parti itu kini semakin tidak menentu dan hanya mementingkan perjuangan individu malah kepentingan serta hak kaum India di negeri ini tidak dijaga oleh kepimpinan pakatan pembangkang. Dhinabalan yang menyertai PKR sejak tahun 2008 telah mengambil keputusan keluar parti itu tahun lalu, diikuti 200 anggota persatuan itu hari ini.
Persatuan itu mempunyai seramai 280 anggota di sekitar Pulau Pinang. - BERNAMA Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Ezam tidak berminat tanding pilihan raya umum Posted: 27 Mar 2011 03:00 AM PDT Mutakhir BANTING: Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd Nor, berkata beliau tidak berminat untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang. Katanya, beliau akan menolak sekiranya ditawarkan Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di sebarang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen.
Katanya, ini kerana beliau sudah serik dengan senario politik semasa yang telah banyak mengikis nilai moral manusia. "Sehingga hari ini saya tidak ada perancangan ke arah itu (bertanding), bagaimanapun walaupun tidak bertanding saya akan tetap berjuang dan berusaha sedaya upaya membantu BN melawan mereka (pembangkang) dan membantu merampas kembali Selangor," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Bugis dan Mesyuarat Agung Kelima Persatuan Kebajikan Pekerja Bugis Sabah (PKPBS) di sini hari ini. Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat, Datuk Sulaiman Karli. - BERNAMA Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Harian Metro: Setempat Posted: 27 Mar 2011 03:14 AM PDT Padah duda hilang akal Posted: 26 Mar 2011 12:05 PM PDT PASIR PUTEH: Seorang penagih dadah tegar bertindak liar apabila cuba membakar rumah ibunya sebelum tindakannya itu berjaya digagalkan oleh adiknya sendiri dengan bantuan penduduk dalam satu kejadian di Kampung Haji Wan Omar, Tok Bali, di sini, tengah malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, suspek lelaki berusia 43 tahun dipercayai melakukan tindakan itu selepas dikatakan menelan pil kuda secara berlebihan. Sebelum kejadian, suspek yang juga duda anak dua itu dikatakan bertindak bagaikan orang hilang akal apabila sanggup menghalau ibunya, Mariam Daud, 73, dan juga adiknya yang cacat anggota, Rohani Salleh, 38, keluar dari rumah berkenaan, kononnya, serabut melihat mereka. Takut melihat tindakan suspek, Mariam dan Rohani terpaksa menumpang buat sementara waktu di rumah anak bongsunya, Mohd Hadi, 34, kira-kira 50 meter dari rumah yang didiami bersama suspek. Difahamkan, suspek dikatakan baru keluar dari lokap Rabu lalu, menjadi semakin ganas, malah sanggup memukul ibunya yang uzur, selain pernah menyepak perut Rohani yang ketika itu mengandung sebulan, dua minggu lalu.
Selain itu, gara-gara ketagih pil kuda, suspek dikatakan pernah memecah cermin keretanya sendiri termasuk mengoyakkan kusyen motosikal milik anak saudaranya. Mohd Hadi berkata, dia yang bekerja di sebuah kilang papan di Gua Musang terpaksa bergegas pulang ke kampung sebaik dimaklumkan abangnya itu baru dibebaskan dari lokap , Rabu lalu kerana bimbangkan keselamatan keluarga terutama ibu dan kakaknya itu. Katanya, pada malam itu (kelmarin), abangnya tiba-tiba mengugut hendak membakar rumah ibunya menyebabkan dia cuba menghalang, namun terus dimarahi sebelum diberi amaran supaya tidak masuk campur. "Dia sudah mengelilingi rumah ibu dengan minyak petrol sebelum menyalakannya dengan api rokok, namun ketika api hendak merebak, saya sempat memadamkannya. "Berlaku sedikit pergelutan antara kami ketika saya cuba merampas tong berisi minyak petrol daripada tangannya," katanya semalam. Menurutnya, abangnya terus melarikan diri sebaik menyedari penduduk datang beramai-ramai untuk memberi bantuan.
"Bagaimanapun, saya dan penduduk kampung berjaya menangkapnya pagi semalam, ketika dia pulang ke rumah ibu untuk mengambil 'barangnya' sebelum dibawa ke Balai Polis Cherang Ruku.
"Kami sekeluarga kini hidup dalam ketakutan kerana dia mungkin akan bertindak lebih ganas jika dia tidak segera dihantar ke pusat pemulihan," katanya yang sudah membuat laporan polis.
Sementara itu, kata Mariam, sebelum ini, anak ketiga daripada enam beradik itu adalah pemuda yang disenangi penduduk kampung kerana suka membantu.
Bagaimanapun, katanya, perangai anaknya itu mula berubah sebaik menjadi pemandu lori apabila dia berjinak-jinak dengan dadah.
"Saya buntu memikirkan nasib dirinya walaupun pernah memberi nasihat supaya kembali ke pangkal jalan, tetapi sebaliknya berlaku apabila dia menjadi lebih ganas apabila sanggup memukul ibu sendiri.
"Justeru, saya merayu kepada pihak berkuasa supaya menghantarnya segera ke pusat pemulihan dadah kerana itulah sahaja jalan terbaik bagi memulihkan keadaannya," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis daripada keluarga suspek berhubung kejadian itu dan siasatan kini sedang dijalankan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Dua pelajar OKU cemerlang Posted: 26 Mar 2011 10:27 AM PDT JOHOR BAHRU: Kecacatan fizikal yang dialami sejak dilahirkan tidak menjadi penghalang kepada dua pelajar kurang upaya untuk muncul pelajar cemerlang sempena Majlis Konvokesyen ke-46 Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di Skudai di sini, semalam. Pelajar berkenaan, Ruzimi Mohammed, 26, dan Nik Mohd Firdaus Nik Zainal Abidin, 27, yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan tidak pernah merasakan kekurangan yang ada sebagai kelemahan untuk menempuh cabaran kehidupan. Sebaliknya, Ruzimi yang mengalami kecacatan di bahagian kaki dan tangan, cekal menimba ilmu di peringkat program Sarjana Keusahawanan Teknologi Maklumat sejak tiga tahun lalu biarpun hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda. Berkat usaha gigih itu, dia yang juga anak bongsu daripada 10 beradik berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.94 sekali gus merangkul Anugerah Pelajar Terbaik Program Sarjana Keusahawanan Teknologi Maklumat. Ruzimi berkata, pada awalnya dia berasa keliru apabila ahli keluarga kurang bersetuju dengan cadangannya untuk menyambung pengajian di universiti itu berikutan bimbang keselamatan dan keadaan kesihatannya.
"Bagaimanapun, demi mengejar cita-cita untuk memperoleh sarjana dan muncul sebagai usahawan, saya berjaya memujuk mereka dan belajar berdikari ketika melanjutkan pengajian di sini. "Bagi individu seperti saya, kejayaan itu bukan sesuatu perkara yang mudah, namun dengan usaha gigih dan doa ibu bapa, ia bukanlah sesuatu yang mustahil. "Saya bersyukur kerana berpeluang menimba pengalaman sebagai usahawan sambilan dengan mengusahakan gerai menjual pelbagai jenis peralatan menulis di kawasan kampus universiti ini di mana pada setiap hari saya akan mengulang kaji pelajaran mulai jam 8 malam sehingga awal pagi," katanya. Sementara itu, bagi graduan program Sarjana Sains Komputer, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat, Mohd Firdaus, hidup sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) dan tinggal berjauhan dengan sanak saudara tidak semudah yang disangka. "Saya sentiasa berpegang kepada nasihat keluarga dan melipatgandakan usaha untuk berjaya. Alhamdulillah saya yang bergantung kepada kerusi roda banyak dibantu oleh rakan dan keluarga angkat di Johor.
"Saya bersyukur dengan kejayaan ini dan insya-Allah jika berpeluang saya akan sambung pengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD) dalam bidang keusahawanan," katanya yang memperoleh CGPA 3.62. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Selatan Posted: 27 Mar 2011 03:07 AM PDT Indeks jenayah NS turun 1,112 kes Posted: Indeks jenayah NS turun 1,112 kesIndeks jenayah NS turun 1,112 kes Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR utusanN9@utusan.com.my SEREMBAN 26 Mac - Kadar indeks jenayah di negeri ini sepanjang tahun lalu mencatatkan penurunan berbanding statistik bagi tempoh yang sama pada tahun sebelumnya. Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abd. Manan Mhd. Hassan berkata, perkembangan baik itu merupakan berkat usaha semua anggota dan pegawai pasukan itu dengan kerjasama semua lapisan masyarakat yang komited membanteras jenayah. "Berpandukan statistik, indeks jenayah bagi dua kategori iaitu jenayah keganasan dan harta pada 2010 di negeri ini didapati menurun berbanding 2009. "Jumlah kes dilaporkan bagi dua jenayah berkenaan pada tahun lalu adalah 6,851 berbanding 7,963 pada 2009. Ia menunjukkan penurunan 1,112 kes atau 13.96 peratus," katanya dalam kenyataan sempena sambutan Hari Polis Ke-204 peringkat Kontinjen Negeri Sembilan di sini, semalam. Jelasnya, indeks jenayah jalanan negeri ini turut menunjukkan perkembangan positif apabila menurun 522 kes bagi tahun lalu berbanding 683 kes dilaporkan pada tahun sebelumnya. "Daripada aspek siasatan dan penyelesaian kes terutamanya membabitkan jenayah harta benda, sebanyak 3,323 kes mewakili 48.5 peratus berjaya diselesaikan berbanding 2009 iaitu hanya pada kadar 48.27 peratus. "Bagi jenayah narkotik pula, tangkapan pengedar di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan di bawah Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985 telah meningkat 11.6 peratus berbanding 2009, iaitu 385 orang pada 2010 dan 345 pada 2009," ujarnya. Abd. Manan menambah, tangkapan berhubung kes memiliki dadah di negeri ini juga didapati meningkat iaitu 911 orang bagi 2009 kepada 1,031 orang bagi 2010. "Jumlah penagih yang diberkas juga turut meningkat sebanyak 15.7 peratus iaitu seramai 4,777 orang pada tahun lalu berbanding 4,127 bagi 2009," ujarnya. Sementara itu, Abd. Manan memberitahu, bagi kategori jenayah komersial pula, negeri ini turut mencatatkan penurunan sebanyak 11.6 peratus hasil daripada perbandingan tempoh dua tahun itu. "Bagaimanapun, perangkaan kes kemalangan jalan raya di negeri ini didapati meningkat dari 18,367 kepada 19,407 kes pada 2010. "Peningkatan itu juga telah menyebabkan kadar kematian akibat nahas jalan raya meningkat daripada 377 orang pada 2009 menjadi 399 pada 2010," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Sumbang 15 komputer Posted: Sumbang 15 komputerSumbang 15 komputer
|
Mohd. Radzif Mohd. Yunus menyampaikan komputer kepada Mohd. Ali Rustam di Jasin, kelmarin.
|
JASIN 26 Mac - SME Bank semalam menyumbangkan 15 unit komputer untuk diagih-agihkan kepada Perpustakaan Awam Cawangan Merlimau dan Perpustakaan Awam Desa Siber Ilmu Chenderah di sini. Pengarah Urusannya, Datuk Mohd. Radzif Mohd. Yunus berkata, sumbangan komputer itu merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) SME Bank terhadap aktiviti kemasyarakatan. Menurutnya, pemberian 15 unit komputer itu kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka menjadi titik permulaan kepada lebih banyak program yang akan membawa manfaat kepada pihak bank dan penduduk di negeri ini. ''Sumbangan komputer ini adalah sebagai membantu hasrat kerjaan dalam meningkatkan lagi pengetahuan di bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi isi rumah serta golongan pelajar," katanya berucap pada majlis penyampaian 15 unit komputer di Dewan Perpustakaan Awam Cawangan Merlimau di sini. Majlis penyerahan disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam. Menurut Mohd. Radzif, pemberian komputer itu diharap akan membawa kebaikan dan faedah untuk meningkatkan kualiti hidup dan mewujudkan nilai ekonomi penduduk di Merlimau. Katanya, jika mahir dalam bidang ICT ia boleh membantu hasrat kerajaan untuk melihat penduduk meneroka bidang kemajuan di kawasan mereka selain mampu menjana ekonomi dan melahirkan generasi digital. Beliau menambah, program yang diadakan itu adalah bertujuan menyahut seruan kerajaan supaya sektor korporat menjalankan program CSR untuk memberi bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Gagal iring KM pegawai MPAG tukar Posted: Gagal iring KM pegawai MPAG tukarGagal iring KM pegawai MPAG tukar MELAKA 26 Mac - Akibat gagal mengiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam sehingga habis sempena lawatan beliau ke Masjid Tanah dekat sini pada 18 Mac lalu, seorang pegawai kanan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) ditukarkan ke Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) berkuatkuasa 1 April ini. Mohd. Ali berkata, keputusan memindahkan Setiausaha MPAG, Salleh Md. Dom itu diputuskan dalam mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri Rabu lalu. "Buat masa ini jawatan barunya belum ditentukan tetapi beliau akan menjawat jawatan pegawai yang sesuai dengan grednya sekarang. "Beliau juga sudah berkhidmat di Alor Gajah selama 21 tahun," katanya di sini baru-baru ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Dalam Negeri Posted: 27 Mar 2011 03:03 AM PDT Beri masa polis siasat Posted: Beri masa polis siasatBeri masa polis siasat Oleh ASSIM HASSAN pengarang@utusan.com.my KUALA LUMPUR 26 Mac - Polis meminta semua pihak memberi masa kepada pasukan itu untuk menjalankan siasatan terperinci berhubung kes rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan secara profesional dalam kes berkenaan. Beliau menegaskan, pihaknya memaklumkan kepada pihak media dari semasa ke semasa setiap perkembangan kes tersebut. "Kes baru tiga hari dan tidak perlu tergesa-gesa kerana takut akan menjejaskan siasatan. "Kita harap orang ramai dan pihak media dapat beri polis masa untuk jalankan siasatan secara terperinci," katanya selepas melancarkan Program Gaya Hidup Sihat di Pusat Latihan Polis, di sini hari ini. Dalam pada itu, Ismail menasihatkan pegawai dan anggota polis menjaga kesihatan masing-masing termasuk menukar tabiat makan bagi mengelak diserang penyakit kronik seperti sakit jantung. Jelasnya, penyakit jantung boleh menjejaskan keupayaan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memberi perkhidmatan cemerlang kepada masyarakat. Beliau berkata, sebanyak 657 kes penyakit jantung dilaporkan di kalangan pegawai, anggota, penjawat awam dan pesara PDRM pada 2010 dan daripada jumlah itu, sebanyak 111 kematian direkodkan. "Program ini adalah kerjasama dengan Kementerian Kesihatan yang akan memberi pendedahan, pameran, kesedaran dan garis panduan kesihatan khususnya kepada warga PDRM mengenai kepentingan menjaga kesihatan masing-masing," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Jangan salahkan Datuk T Posted: Jangan salahkan Datuk TJangan salahkan Datuk T Oleh WANDA IDRIS pengarang@utusan.com.my KUALA LUMPUR 26 Mac - Masyarakat tidak harus menuding jari menyalahkan trio Datuk T semata-mata ekoran pendedahan mereka terhadap pembongkaran video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang. Setiausaha Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Tengku Amalluddin Sani berkata, orang ramai perlu bersikap positif terhadap pendedahan tersebut kerana ia bermatlamat untuk membongkar sebuah kebenaran. Justeru, tegasnya, adalah tidak adil untuk mendesak agar tindakan dikenakan terhadap trio tersebut semata-mata kerana dianggap bersalah membongkar video seks tersebut. "Pendedahan yang dilakukan itu adalah perkara yang berbeza dengan pemilikan atau tayangan video lucah untuk tayangan mahupun edaran kepada umum. "JMM yakin ia (pendedahan) dibuat bukan untuk merangsang perhatian umum seperti penayangan video lucah sebaliknya kerana mendedahkan sebuah kebenaran," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini. Awal minggu ini negara digemparkan dengan pendedahan satu rakaman video aksi seks seorang lelaki yang didakwa pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur dipercayai dari China di sebuah hotel di ibu kota. Rakaman video hitam putih itu dimiliki dan didedahkan oleh sekumpulan yang menggelarkan diri mereka Datuk T sebelum misteri mereka terungkai apabila bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim mengaku bahawa mereka adalah trio tersebut. Tengku Amalluddin berkata, pendedahan seperti yang dilakukan oleh Datuk T juga tidak boleh disamakan dengan matlamat penayangan video lucah yang lain yang mampu membuatkan penonton terangsang. Sebaliknya, kata beliau, tujuan video seks itu dipertontonkan kepada sekumpulan wartawan adalah untuk mencari kebenaran semata-mata. Malah beliau yakin dan optimis sekiranya dipertontonkan kepada umum, masyarakat akan berasa jengkel dan geli dengan aksi 'pelakon' dalam video seks tersebut. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Nik Aziz patut malu dengan diri sendiri Posted: Nik Aziz patut malu dengan diri sendiriNik Aziz patut malu dengan diri sendiri KUALA TERENGGANU 26 Mac - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sepatutnya malu dengan diri sendiri yang seolah-olah sedia menerima perlakuan tidak bermoral individu yang dikatakan bakal menerajui negara. Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Nik Sapiea Nik Yusoff berkata, Nik Abdul Aziz hanya mengecam mereka yang mendedahkan pelakuan buruk itu tanpa mempedulikan pelaku sebenar dalam video seks itu. ''Apakah hanya keaiban musuh politik kita sahaja boleh diterima dari sudut agama sedangkan keaiban rakan atau orang yang kita bertuankan, kita tidak boleh dedah pula. ''Tidakkah pendedahan ini, jika ada kebenarannya menjadi peringatan yang jelas agar kita tidak terlanjur dalam mengangkat siapa yang bakal menjadi pemimpin," katanya ketika ditemui di sini, hari ini. Nik Sapeia berkata, Nik Abdul Aziz yakin pembabitan pemimpin pembangkang itu sehingga tidak langsung menyentuh soal tersebut, sebaliknya menyerang musuh politik yang mendedahkan keaiban itu. Mengulas kecaman Nik Abdul Aziz terhadap mereka yang menayangkan rakaman video seks itu, katanya, adalah lebih wajar beliau menyelidik kesahihan video itu dan juga pelakunya daripada menolaknya secara membuta tuli. ''Jika terbukti ia suatu fitnah, maka ia suatu yang dapat membersihkan individu berkaitan malah pembangkang sendiri akan mendapat keyakinan rakyat. ''Tetapi bagaimana jika ia benar, apakah Pas sanggup terus bersekongkol dengan pemimpin yang bergelumang dengan persoalan moralnya dan terus mengangkatnya sebagai peneraju negara?" ujarnya. Katanya, Nik Abdul Aziz dan Pas tidak harus mengetepikan persoalan itu, semata-mata untuk terus mengekalkan pengaruh pembangkang agar akhirnya berpeluang mendapatkan kuasa. ''Belum terlewat jika Pas tidak bersekongkol dengan pembangkang agar pemimpinnya dilihat lebih cerdik, imejnya bersih apatah lagi ia mempunyai kekuatan sendiri tanpa perlu menumpang pemimpin lain," ujarnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Timur Posted: 27 Mar 2011 01:42 AM PDT Tubuh koperasi kariah masjid Posted: Tubuh koperasi kariah masjid Tubuh koperasi kariah masjid Oleh RADHUAN HUSSAIN utusanterengganu@utusan.com.my KUALA TERENGGANU 26 Mac - Kerajaan negeri bercadang menubuhkan koperasi kariah masjid di kesemua 480 buah rumah ibadat itu di negeri itu bagi membantu menjana ekonomi masyarakat setempat. Sekiranya menjadi kenyataan kelak, ia menjadikan Terengganu negeri ketiga selepas Selangor dan Pahang yang mempunyai koperasi kariah masjidnya sendiri. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Awang Tera (gambar) berkata, jika segalanya berjalan lancar, penubuhannya dijangka bermula pertengahan tahun ini. Beliau memberitahu, usaha itu dibuat memberi manfaat kepada masyarakat setempat bagi menjana pendapatan mereka melalui peluang perniagaan yang boleh diceburi. Selain menyediakan aktiviti ekonomi, usaha itu juga dapat mengembangkan lagi aspek kebajikan yang digerakkan bersama di kalangan masyarakat. "Kita sudah berbincang dengan Angkasa (Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad), SKM (Suruhanjaya Koperasi Malaysia) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sebelum bersetuju melaksanakannya," katanya selepas mengadakan perbincangan itu di Hotel Permai Inn, di sini semalam. Turut hadir, Presiden Angkasa, Prof. Datuk Dr. Mohd. Ali Baharum; Pengerusi Angkasa negeri, Mohamed Jais Hassan serta wakil SKM dan JHEAT. Mohamed berkata, sehubungan itu, satu seminar mengenai langkah serta kaedah bagaimana koperasi kariah masjid itu ditubuhkan akan diadakan di Taman Tamadun Islam pada 28 April depan. Selain itu, katanya, penubuhan koperasi seumpama itu seiring dengan hasrat kerajaan negeri untuk mewujudkan satu kampung satu koperasi dengan setiap koperasi dibantu kerajaan negeri menerusi peruntukan RM10,000 mengikut syarat tertentu. "Antara syaratnya ialah setiap koperasi perlu mempunyai projek yang hendak dilaksanakan, baru kita boleh beri bantuan RM10,000," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Buta, miskin tidak halang cemerlang SPM Posted: Buta, miskin tidak halang cemerlang SPMButa, miskin tidak halang cemerlang SPM
|
Nor Izati Mohamad (kiri) berkongsi kegembiraannya bersama Zulaina Hussin di rumahnya di Kampung Pauh Lima, Pasir Puteh, Kelantan, baru-baru ini.
|
PASIR PUTEH 26 Mac - Buta mata tidak bererti buta hati. Itulah yang dibuktikan Nor Izati Mohamad, 18, apabila membuktikan kekurangan itu bukan halangan untuknya memperoleh keputusan cemerlang 6A dan 3B dalam Sijil Pelajaran Malaysia SPM yang diumumkan baru-baru ini. Malah, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Ismail, Gong Kedak itu juga menjadikan kemiskinan keluarganya sebagai pembakar semangat untuk berjaya dan mencapai cita-cita menjadi seorang pensyarah. Justeru, anak tunggal kepada ibu tunggal, Zulaina Hussin, 41, ingin menghadiahkan kejayaan tersebut kepada ibunya yang hanya bekerja sebagai pembantu kantin di sebuah sekolah rendah dengan pendapatan RM15 sehari. "Bagi saya, kemiskinan bukanlah penghalang untuk menempa kejayaan, asalkan kita gigih dan sentiasa bekerja keras setiap masa," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Lima, dekat sini. Nor Izati mendapat A bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Islam, Matematik, dan Kimia, manakala B bagi Matematik Tambahan, Biologi serta Kimia. Dia sebelum ini pernah dianugerahkan pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah bagi kategori pelajar cacat peringkat negeri Kelantan pada 2010 setelah memperoleh 7A. Menurutnya, tanpa sokongan ibunya, dia pasti tidak menjadi seseorang yang berjaya kerana setiap hari ibunya perlu berulang-alik menghantar dan mengambilnya dengan berjalan kaki dari sekolah yang terletak kira-kira empat kilometer dari rumah mereka. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Ditahan selepas 3jam samun Posted: Ditahan selepas 3jam samunDitahan selepas 3jam samun KOTA BHARU 26 Mac - Kepantasan polis bertindak sejurus menerima laporan berjaya menahan seorang daripada empat suspek hanya tiga jam selepas menyamun seorang peguam di Kampung Peringat, Melor di sini awal pagi ini. Dalam kejadian pukul 4.20 pagi itu, kumpulan suspek berkenaan berjaya melarikan sejumlah barang kemas serta wang tunai dianggarkan berjumlah RM105,000. Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Idris Abd. Rafar berkata, suspek yang berusia 31 tahun itu ditahan sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, kira-kira pukul 7 pagi. "Polis turut menemui sebuah telefon bimbit milik mangsa, namun barang kemas dan wang tunai dilarikan masih belum ditemui," katanya di sini hari ini. Katanya, kumpulan suspek yang memakai topeng menceroboh rumah tersebut dengan mengumpil pintu depan ketika mangsa berusia 40 tahun dan ahli keluarganya sedang tidur. "Suspek kemudian ikat tangan mangsa menggunakan wayar sebelum arahkannya buka peti besi di rumah itu. Kesemua barang kemas berjumlah RM80,000 dan wang tunai RM25,000 dilarikan suspek," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
The Malaysian Insider :: Bahasa Posted: 27 Mar 2011 01:28 AM PDT Komponen BN diminta henti berbalah isu calon, kerusi Posted: 27 Mar 2011 12:56 AM PDT BATU GAJAH, 27 Mac — Ketua Penerangan Wanita Barisan Nasional (BN) Datuk Hamidah Osman meminta semua pemimpin parti komponen BN supaya menghentikan "perbalahan" mengenai isu calon dan pengagihan kuota kerusi yang akan ditandingi pada pilihan raya umum. Beliau berkata persoalan mengenai calon dan pengagihan kerusi adalah perkara yang akan ditentukan oleh pucuk pimpinan, keutamaan yang perlu diberikan oleh semua peringkat parti kini adalah untuk memastikan persediaan menghadapi pilihan raya. "Tiada guna bertelagah mengenai calon atau pengagihan kerusi jika tiada persediaan dibuat untuk memenangi pilihan raya," katanya kepada Bernama di sini hari ini. Hamidah berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mengenai perlunya parti-parti komponen bersedia memberi ruang kepada calon popular bukan daripada anggota BN untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang. Nazri yang juga Ketua Umno Bahagian Padang Rengas semalam berkata calon daripada NGO dan penyokong BN yang dikenal pasti "popular dan boleh menang" wajar diberi peluang jika calon daripada parti komponen tidak mempunyai harapan untuk menang. Hamidah berkata perkara itu perlu difikirkan secara rasional oleh semua parti komponen kerana ia sejajar dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa BN akan meletak syarat calon boleh menang sebagai kriteri pemilihan calon pada pilihan raya akan datang. "Sekiranya semua parti komponen betul-betul berjuang untuk parti dan BN, kita hendaklah melupakan soal individu dan tidak membesar-besarkan apa-apa kenyataan yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan ahli komponen. Apa yang penting, kita hendaklah berfikiran rasional dan terbuka serta mencari formula bagaimana untuk terus kekal memerintah di negeri dan pusat," katanya. Hamidah berkata semua pihak hendaklah bekerja keras bagi memastikan kerusi yang ditandingi menang dan menawan balik kawasan yang tewas dalam pilihan raya umum ke-12 sebelum ini. — Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | DUN Sarawak: Isu kerusi Pakatan hampir selesai, kata Guan Eng Posted: 27 Mar 2011 12:05 AM PDT GEORGE TOWN, 27 Mac — Perbincangan mengenai pengagihan kerusi antara pakatan pembangkang pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-10 dijangka selesai dalam masa terdekat. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata keputusan mengenai pengagihan kerusi itu akan diumumkan oleh pemimpin tertinggi parti terlibat tidak lama lagi. "(Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan bahawa perbincangan mengenai kerusi PKR dan PAS sudah siap. PKR dan DAP akan siap. Hanya tunggu pengumuman rasmi sahaja," katanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang kepada pemberita di sini, hari ini. Pakatan DAP-PKR-PAS-SNAP dilaporkan gagal bersetuju dengan pengagihan kerusi yang mahu ditandingi pada pilihan raya negeri itu, yang hari penamaan calon ditetapkan pada 6 April dan pengundian 16 April. Daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang akan dipertandingkan, PKR bertegas mahu bertanding di 52 kerusi, SNAP menuntut 40 manakala DAP dan PAS masing-masing 18 dan enam. — Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Muka Hadapan Posted: 27 Mar 2011 01:08 AM PDT Pulih banduan sebelum bebas Posted: Pulih banduan sebelum bebasPulih banduan sebelum bebas Oleh LUQMAN HAZIQ dan HAMDAN TAWADI utusanjohor@utusan.com.my
|
Najib Tun Razak bersalaman dengan para banduan selepas melancarkan Program Pemulihan dan Perasmian Pusat Pemulihan Pemasyarakatan di Kem Mahkota Kluang, Johor semalam. Turut sama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Besar, Johor Datuk Abdul Ghani Othman. – bernama
|
KLUANG 26 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Program Pemulihan Pemasyarakatan bukan sahaja membantu banduan melalui proses asimilasi dan interaksi sebelum kembali ke pangkuan masyarakat malah mampu mengurangkan kadar jenayah di negara ini. Perdana Menteri berkata, menerusi program itu, banduan turut berintergrasi secara positif dengan masyarakat sebelum mereka dibebaskan. "Berdasarkan perbualan saya dengan beberapa banduan tadi, mereka menyambut baik program ini dan sambutan amat menggalakkan. "Malah, mereka merasakan suasana di sini amat baik. Mereka boleh bergaul dan berinteraksi dengan masyarakat yang mampu menimbulkan keinsafan dalam diri mereka," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pusat Pemulihan Pemasyarakatan di Kem Mahkota, di sini hari ini. Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Terdahulu dalam ucapannya, Perdana Menteri menganggap kerjasama antara dua pihak iaitu Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri khususnya antara tentera dan polis sebagai 'unik' kerana kedua-duanya saling 'mencemburui' antara satu sama lain. "Tapi dengan program ini, kita lihat kedua-dua pihak, tentera dan dalam perkara ini Jabatan Penjara sudah boleh berganding bahu dan bekerjasama," katanya. Menurut Perdana Menteri, menerusi program itu, pelbagai pihak mendapat manfaat kerana banduan akan menjalankan kerja-kerja seperti memotong rumput, mencuci bangunan, mengecat bangunan dan pertanian. "Jadi, pihak tentera boleh jimatkan kos, manakala banduan mendapat pendapatan yang boleh digunakan mereka untuk membantu keluarga di luar. Banduan pun lebih seronok dan apabila keluar, mereka ada kemahiran dan tidak merasakan keadaan di sini seperti di penjara biasa kerana mereka lebih bebas, tapi janganlah sampai larikan diri," katanya. Beliau berkata, banduan yang mengikuti program itu tidak bercampur dengan banduan tegar supaya mereka tidak mudah dipengaruhi semula untuk melakukan jenayah apabila kembali ke pangkuan masyarakat dan ia sekali gus mampu mengurangkan kadar jenayah di negara ini. Perdana Menteri berkata, pada fasa pertama program itu terdapat lima kem tentera yang terlibat iaitu Kem Syed Sirajuddin, Gemas (Negeri Sembilan), Kem Tok Jalai, Alor Setar (Kedah), Kem Batu 10, 4 Briged Mekanis, Kuantan (Pahang) dan Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas (Kelantan) selain Kem Mahkota. Menurutnya, seramai 1,200 banduan terlibat dalam program itu pada masa ini termasuk 200 orang yang menghuni Kem Mahkota dan terdiri daripada pelbagai kaum. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Masyarakat perlu diberi keyakinan Malaysia negara selamat Posted: Masyarakat perlu diberi keyakinan Malaysia negara selamatMasyarakat perlu diberi keyakinan Malaysia negara selamat KUALA LUMPUR 26 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu rakyat di negara ini diberi keyakinan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang selamat. Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak khususnya Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) bersama-sama membantu kerajaan menyebarkan maklumat tentang kedudukan tersebut. Beliau berkata, rakyat perlu diberitahu bahawa sejak kerajaan melaksanakan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) indeks jenayah di negara ini telah menyaksikan penurunan dari semasa ke semasa. ''Sebagai contoh berdasarkan rekod Disember 2010 indeks jenayah telah turun sebanyak 15 peratus manakala jenayah jalanan pula turun sebanyak 35 peratus. ''Malah indeks jenayah bagi Januari dan Februari pada tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 11 peratus berbanding tempoh sama 2010 sementara bagi jenayah jalan penurunannya adalah sebanyak sembilan peratus,'' katanya. Beliau yang juga Pengerusi MCPF berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Agung yayasan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Turut hadir Ketua Polis Negara merangkap Timbalan Pengerusi MCPF, Tan Sri Ismail Omar serta tiga Naib Pengerusi MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye, Datuk Hendry Chin dan Datuk Kamaruddin Md. Ali. Selepas berucap beliau kemudian terus mempengerusikan mesyuarat agung hari ini. Muhyiddin berkata, penurunan indeks jenayah itu jelas menggambarkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) sangat peka kepada soal keselamatan masyarakat serta negara. Sungguhpun begitu, beliau di dalam ucapannya turut menyentuh mengenai peranan masyarakat bersama-sama menggembleng tenaga mengatasi masalah jenayah antaranya pembuangan bayi dan kelahiran anak di luar nikah serta jenayah remaja. ''Berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara dalam tempoh lapan tahun setengah (2000-2008) jumlah sijil kelahiran tanpa bapa mencapai 257,000 kes. ''Daripada statistik ini ia mencatatkan 2,500 kes sebulan atau 84 kes sehari. Berdasarkan statistik polis pula daripada tahun 2001 sehingga 2010 jumlah kes buang bayi yang dicatat adalah sebanyak 857 kes,'' katanya. Berhubung kes melibatkan jenayah remaja iaitu mereka yang berusia antara tujuh hingga 18 tahun, beliau berkata, sepanjang tahun lalu sebanyak 7,450 kes membabitkan golongan itu dicatatkan Sementara itu ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut beliau berkata, Kementerian Pelajaran tidak pernah berkompromi dalam isu buli dan gangsterisme di sekolah walaupun peratusannya kecil jika dibanding dengan jumlah pelajar secara keseluruhan. ''Saya telah mengarahkan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud untuk memberi perhatian tentang perkara ini walaupun jumlah mereka yang terlibat dengan isu ini terlalu kecil,'' katanya lagi. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Anwar cuba bawa isu seks ke jalanan Posted: Anwar cuba bawa isu seks ke jalananAnwar cuba bawa isu seks ke jalanan KUALA LUMPUR 26 Mac - Tertekan dengan pendedahan rakaman video seks dan perjalanan kes liwatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi cuba membawa isu tersebut ke jalanan dengan menjadikan orang ramai sebagai taruhan. Akibatnya, tercetus kekecohan antara penyokong Anwar dengan pihak berkuasa apabila polis cuba menghentikan ceramah haram ketua pembangkang itu di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Gombak, di Taman Melawati, malam semalam. Dalam sesi ceramah yang dihadiri lebih 1,000 orang tersebut, pihak polis tetap memberi peluang kepada Anwar, selaku penceramah terakhir untuk berucap selama 15 minit meskipun, perhimpunan itu tidak mempunyai sebarang permit. Namun, disebabkan tindakan ketua pembangkang itu yang sejak awal-awal lagi sudah mengapi-apikan kemarahan penyokongnya, sebahagian orang ramai mula bertindak ganas dengan membalik pelbagai objek ke arah polis. Keadaan itu memaksa pihak berkuasa memohon bantuan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bagi menyuraikan keadaan yang semakin tidak terkawal apabila semakin ramai penyokong Anwar cuba menghalang tugas polis. Terdahulu, dalam ceramahnya, Anwar tidak pula menafikan dakwaan yang mengatakan beliau sebagai 'aktor' dalam video tersebut, sebaliknya mempertikai kenapa pihak berkuasa tidak menghalang video itu daripada didedah. "Sudahlah dengan kes mahkamah memang nak kalah, pergi Parlimen kena gantung, kemudian tengok TV (televisyen) dia tunjuk video. Video seks. Kemudian orang yang tunjuk diagungkan walaupun berniat jahat. "Tanya polis-polis ini. Mana-mana orang yang sebar video lucah bolehkah dibiarkan? Tangkap terus. Ingat ini semua apa? Orang yang hadir malam ini semua bodoh ke? Kamu semua tahu undang-undang, tapi mereka cuba perbodohkan. "Ajar mereka, ajar pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang bodoh. Beritahu editor, beritahu wartawan, beritahu The Star, Utusan Malaysia. Beritahu mereka kita tidak bodoh," katanya. Dalam ceramah itu, Anwar memperlekehkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang sebelum ini membuat kenyataan bahawa siasatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapati ucapan Penasihat PKR itu menyokong amalan pluralisme. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi hari ini berkata, pihaknya telah menahan dua individu pada perhimpunan tersebut. Beliau berkata, mereka yang berusia awal 30-an itu ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan pihak polis. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Harian Metro: BeritaUtama Posted: 27 Mar 2011 01:04 AM PDT ‘Pinggul Fasha menggoda’ Posted: 26 Mar 2011 12:24 PM PDT KUALA LUMPUR: Istilah seksi dan artis seakan tidak dapat dipisahkan dalam industri seni, sama ada di Hollywood, Bollywood atau di negara kita. Berikutan itu, Metro Ahad terpanggil untuk menjalankan satu kajian bagi mencari '5 Artis Paling Seksi' tanah air melalui laman web rasmi Kumpulan Harian Metro, MyMetro, bermula 7 Mac lalu. Pilihan lima artis paling seksi dan panas itu membabitkan 29 selebriti wanita dalam negara. Sejak carta undian ini dikeluarkan, maklum balas yang diterima daripada peminat seni dan pembaca akhbar ini cukup memberangsangkan dengan kira-kira 2,000 pembaca melakukan undian. Setakat ini, pelakon penuh kontroversi, Fasha Sandha masih menduduki tempat pertama carta undian. Pada minggu pertama, undian teratas mulanya memihak Rozita Che Wan. Namun, nama Fasha membuat kejutan pada minggu berikutnya apabila mendahului semua artis lain dengan rating sebanyak 14.76 peratus sehingga kelmarin. Kedudukan carta berkenaan sentiasa berubah, namun setakat ini populariti pelakon filem Anak Halal dan Evolusi KL Drift itu masih belum dapat ditandingi. Rozita terus mengikut rapat di belakang Fasha, itupun perbezaan rating antara kedua-dua selebriti popular ini tidak jauh. Setakat ini, Rozita mendapat undian 10.31 peratus, dan hanya 4.45 peratus di belakang Fasha. Rozita satu- satunya artis berusia dan berstatus janda dalam senarai lima artis teratas.
Tiga artis lain dalam senarai lima teratas adalah Zila Bakarin, Rabecca Nur dan Jue Aziz. Rating ketiga-tiga artis ini sangat jauh tertinggal di belakang Fasha dan Rozita. Zila Bakarin menduduki tangga ketiga senarai dengan undian sebanyak 6.41 peratus. Tuah banyak menyebelahi pelakon lama ini dan lebih membanggakan Zila tidak pernah terkeluar daripada rating lima terbaik dalam carta. Agak mengejutkan, Rebecca Nur Al Islam menduduki carta keempat gadis paling seksi. Sekalipun sudah bergelar isteri kepada seorang usahawan, ternyata popularitinya masih belum merudum. Pelakon muda berusia 25 tahun ini mendapat undian sebanyak 4.19 peratus manakala kedudukan kelima milik Jue Aziz dengan undian sebanyak 3.27 peratus. Dalam senarai berikutnya, jika dikira mengikut rating ke enam hingga 10, pembaca MyMetro memilih Nora Danish (3.11 peratus), Nur Fazura (3.09 peratus), Ayu Raudhah (3.09 peratus), Zarina An Julie (2.91 peratus) dan Marsha (2.43 peratus). Nama artis lain yang turut tersenarai dalam carta undian terbabit ialah Maya Karin, Faradhiya, Diana Danielle, Scha Al-Yahya, Lisa Surihani, Nita Hamzah, Nasha Aziz, Tiz Zaqyah, Natasha Hudson, Sarimah Ibrahim, Miz Nina, Mimi One Nation Emcee, Juliana Evans, Yasmin Khanif, Maria Farida, Dayang Nurfaizah, Azharina, Watie Elite dan Julia Ziegler. Berhubung penyiaran undian '5 Artis Paling Seksi' ini, pelbagai reaksi dan persepsi daripada peminat dunia seni tempatan, terutama di kalangan pembaca Harian Metro dan Metro Ahad. Menurut seorang pembaca, Fauzi Latif, 30, sekalipun Fasha tidak pernah kering dengan pelbagai kontroversi, tidak dinafikan pelakon terbabit pandai menjaga penampilan.
"Artis macam Fasha ada pakej menarik. Saya suka melihatnya ketika dia tampil di khalayak, terutama di media.
"Dia ada rupa yang cantik dan pandai pula bergaya. Mata dan pinggul Fasha memang menggoda," katanya.
Dalam senarai lima artis paling seksi pada mata Fauzi, selain memilih Fasha Sandha sebagai artis paling sesuai dengan jolokan itu, dia turut memilih Tiz Zaqyah, Faradhiya, Rozita Che Wan dan Nasha Aziz.
Bagi Muhammad Ashraf, 36, dia meminati Fasha bukan saja kerana paras rupa pelakon berkenaan, bahkan daripada segi penampilan serta cara percakapan yang cukup menggoda dan manja.
"Apabila Fasha tampil di kaca televisyen, gaya pertuturannya berada dalam kelas tersendiri. Dia memang menggoda dan manja, lelaki yang mengenalinya mesti cair.
"Apapun, bagi pendapat saya, artis seksi tidak semestinya dinilai daripada segi kecantikan dan cara berpakaian. Seperti Nasha Aziz, dia tidak perlu berpakaian seksi tetapi dirinya itu sendiri secara semula jadi sudah seksi," katanya yang memilih Fasha Sandha, Nasha Aziz, Maya Karin, Faradhiya dan Sarimah Ibrahim sebagai artis paling seksi.
Selain itu, Nur Farahliza Azman, 29, pula berpendapat pemilihan Fasha di kalangan pembaca Harian Metro mungkin disebabkan dengan gosip panas yang menaikkan namanya kebelakangan ini. Bagi Farah, artis paling seksi sepatutnya diberikan kepada Rozita Che Wan.
"Pada pendapat saya, Rozita lebih seksi dan tubuh badannya lebih menggiurkan lelaki. Saya yang juga seorang wanita mengimpikan untuk memiliki tubuh badan sepertinya.
"Namun, secara jujur, istilah seksi tidak terletak kepada tubuh badan dan pakaian semata-mata sebaliknya ia perlu diukur daripada pelbagai segi seperti gaya percakapan, cara berpakaian dan sebagainya.
"Begitupun, tidak semua yang berpakaian terdedah sana sini boleh digelar seksi. Bagi saya, seksi itu adalah sesuatu yang subjektif," katanya.
MyMetro masih mengekalkan undian '5 Artis Paling Seksi' dalam MyMetro. Kepada pembaca yang ingin memberi sokongan pada artis kesayangan anda, sila buat undian anda dan layari laman web www.hmetro.com.my. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Sah hangat Posted: 26 Mar 2011 12:23 PM PDT KUALA LUMPUR: Kemunculan artis popular dan penyampai radio stesen radio tanah air dalam acara sukaneka bagi menjayakan persembahan Karnival Konsert Terima Kasih Harian Metro (HM) di Dataran Merdeka, di sini semalam, cukup hangat. Acara yang bermula jam 10 pagi itu diceriakan dengan kehadiran artis antaranya Almy Nadia, Joey BPR, Shahir AF, Black Mentor, Afee Utopia, Dafi, Arja Lee, Roslan Shah dan Amiza Adnan; manakala penyampai radio, Kieran, Fara Fauzana, Ag, Hanif, Feeya dan Ray. Sepuluh pasukan yang terbabit dalam sukaneka itu mewakili Hot.FM, Sinar.FM, Era.FM, Suria.FM, KLFM, Metro Arena, Metro Rap, Hip Berita Harian dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar berkata sokongan daripada stesen radio tanah air, termasuk kehadiran artis tempatan amat bermakna bagi sambutan karnival ini bagi meraikan Sambutan 20 Tahun HM. "Tidak dinafikan, kehadiran mereka (penyampai radio dan artis) memeriahkan lagi sambutan karnival dan secara tidak langsung mampu menarik perhatian pengunjung. "Saya percaya pengunjung terhibur dengan program yang kita adakan sepanjang hari dan ia adalah hadiah HM kepada pembaca selepas 20 tahun akhbar ini diterbitkan," katanya.
Hadir sama, Pengerusi Sambutan 20 Tahun HM yang juga Pengarang Eksekutif (Berita) HM, Othman Mamat. Bagi acara sukaneka yang berlangsung, juara keseluruhan diungguli kumpulan Hot.FM, tempat kedua dari KLFM dan Hip Berita Harian di tempat ketiga. Hadiah bagi acara ini disumbangkan Primeworks Studio Sdn Bhd, Skop Production Sdn Bhd, Tayangan Unggul Sdn Bhd dan Global Station Sdn Bhd dengan pemberian pelbagai hadiah menarik dan wang tunai membabitkan sumbangan bernilai lebih RM20,000. Tidak lupa juga, Mustapa merakamkan setinggi penghargaan dengan penaja utama karnival iaitu Kumpulan Ambank dan penaja bersama Astro serta penaja lain iaitu Nestle, Digi dan TM. "HM berbangga dapat berkongsi dengan rakan penaja menjayakan karnival konsert ini. "Apa yang kita lakukan adalah satu inisiatif kita sebagai akhbar utama negara bersama kumpulan korporat yang menaja anjuran karnival untuk mendekati orang ramai, khususnya pembaca HM di peringkat akar umbi," katanya. Sementara itu, tapak pameran Suria.FM agak riuh selepas dikerumuni pengunjung berikutan kehadiran pelakon popular, Maya Karin dan Remy Ishak. Selain ingin meraikan bersama sambutan karnival ini, dua pelakon popular terbabit hadir bagi mempromosikan filem, Cun! lakonan mereka yang bakal ditayangkan 31 Mac ini. Menyentuh penganjuran konsert HM, Maya memuji pendekatan akhbar ini mendekati pembaca dengan menganjurkan konsert berkenaan secara percuma kepada orang ramai. Maya berkata, ia adalah satu penghargaan yang pasti akan melekat pada jiwa pembaca setia HM bagi mengekalkan reputasi sebagai akhbar nombor satu negara. "Apa yang saya lihat, karnival dan konsert ini adalah medan terbaik buat HM untuk menjalin hubungan berterusan dengan orang ramai.
"Sebagai artis, saya percaya ini juga adalah ruang dan peluang untuk kami (artis) mendekati peminat yang membanjiri karnival ini sepanjang dua hari ia berlangsung," katanya.
Mengenai Konsert Terima Kasih HM yang berlangsung malam tadi, ia dihangatkan dengan kemunculan artis popular tanah air, antaranya Datuk Siti Nurhaliza, Ramli Sarip, Ella, Lan Typewriter, Black Mentor, Stacy AF, Alyah, Ahmad Jais, Bunkface, Min Yasmin dan Shahir AF. Ia turut dimeriahkan dengan kemunculan pelawak dari Raja Lawak, Zizan dan Johan sebagai hos konsert. Sebelum konsert itu berlangsung, terlebih dulu karnival dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik, antaranya sukaneka, persembahan jalanan 'Don't Panic Team' membabitkan persembahan kumpulan tarian, Indie, Buskers dan muzik; serta Metro Street Fashion Show. Hari ini, karnival terus berlangsung seawal jam 9 pagi dengan persembahan tarian poco-poco, persembahan jalanan (street perfomance), persembahan muzik dari kumpulan indie dan pertunjukan 'super car' serta 'super bike'. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - Rencana Utama Posted: 26 Mar 2011 11:28 PM PDT Rahsia parang Zamri tajam Posted: [unable to retrieve full-text content]Cicit Mat Tukang, seorang pandai besi di Negeri Sembilan, menggunakan paku landasan kereta api untuk membuat parang. | Keunggulan parang Limbang Posted: [unable to retrieve full-text content]BAGI pengumpul parang, kecantikan dan identiti memainkan memainkan peranan besar dalam pemilihan koleksinya. | Halau jin pakai CD Posted: [unable to retrieve full-text content]RUTIN harian Ahmad Husin, 35, seperti insan biasa lain. Usai bersarapan, pemegang diploma teknologi maklumat dari sebuah kolej tempatan ini bingkas bangun melayan pesakit yang bertandang ke premisnya yang terletak di hadapan Masjid Jumhuriyah, Taman Dato' Haron, Petaling Jaya, Selangor. | |
Berita Harian: Nasional Posted: 26 Mar 2011 11:05 PM PDT Strategi Lautan Biru jimat kos Posted: 26 Mar 2011 02:30 PM PDT Nasional NAJIB diiringi Ahmad Zahid dan Hishammuddin beramah mesra dengan banduan serta keluarga mereka yang melawat Kem Mahkota Kluang, semalam. Hasilkan objektif NKRA tahap maksimum untuk manfaat rakyat, negaraKLUANG: Datuk Seri Najib Razak yakin penerapan strategi Lautan Biru dalam enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mampu mengurangkan kos dan menghasilkan objektif pada tahap maksimum untuk manfaat rakyat dan negara. Perdana Menteri berkata, ketika ini, corak pemikiran di luar kotak menerusi strategi berkenaan diterapkan menerusi NKRA pertama iaitu ke arah mengurangkan kadar jenayah di seluruh negara. "Kita sedang fikirkan kaedah bagaimana aplikasi Lautan Biru dalam NKRA lain di mana objektif boleh dicapai dengan kos minimum yang lebih ketara berbanding menggunakan pemikiran konvensional seperti dilaksanakan menerusi perjanjian antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengurangkan kadar jenayah. "Tentunya dengan penjimatan ini, kita boleh gunakan untuk melaksanakan projek tambahan lain," katanya pada sidang media selepas melancarkan program pemulihan dan perasmian Pusat Pemulihan Pemasyarakatan yang menempatkan 200 banduan di Kem Mahkota di sini, semalam. Enam NKRA yang digariskan adalah mengurangkan kadar jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, meningkat taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman serta menambah baik pengangkutan awam. Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hasan dan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman. Perdana Menteri berkata, ketika ini, ATM dan PDRM bekerjasama untuk mengawal sempadan dan kawasan 'panas' di bandar, latihan rekrut PDRM diadakan di pusat latihan ATM dan menerapkan anggota tentera pencen sebagai anggota polis. "Langkah seperti ini sesuatu perubahan baru di negara berbanding dulu apabila kedua-dua pasukan keselamatan ini saling cemburu mencemburui antara satu sama lain dengan masing-masing menjaga rapi serta melaksanakan tugas mereka dengan baik," katanya. Mengenai pusat berkenaan, Najib berkata, penubuhannya bagi mengelak banduan jenayah ringan berhubung dengan penjenayah tegar seperti mana yang berlaku di penjara hingga menyebabkan berlakunya kemasukan semula ke penjara. Beliau berkata, menerusi fasa pertama itu, seramai 1,200 banduan jenayah ringan akan ditempatkan di empat kem lain iaitu Kem Syed Sirajuddin di Gemas, Negeri Sembilan; Kem Tok Jalai di Alor Star, Kedah; Kem Batu 10, 4 Briged Mekanis di Kuantan, Pahang dan Kem Desa Pahlawan di Kok Lanas, Kelantan. "Jika kita membina penjara baru, kosnya antara RM50 juta hingga RM60 juta, berbanding pembinaan pusat seperti ini dengan kos RM4.5 juta saja. "Banduan di sini juga akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran hidup seperti penyelenggaraan bangunan, potong rumput, penternakan ikan dan penanaman herba sebagai persediaan sebelum dibebaskan," katanya sambil menambah mereka juga akan diberikan elaun harian. Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, projek perintis itu tidak menjejaskan sistem pentadbiran sedia ada antara kedua-dua kementerian yang terbabit dan ia akan diteruskan dalam beberapa projek lain. Hishammuddin pula menganggap program yang membabitkan banduan muda itu adalah idea Perdana Menteri bagi mengelak banduan jenayah ringan terpengaruh dengan banduan tegar, selain dapat menyesuaikan diri dengan situasi semasa sebelum dibebaskan. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | 'Perjelas maklumat keselamatan' Posted: 26 Mar 2011 02:23 PM PDT Nasional MUHYIDDIN menyampaikan hadiah kepada juara Akademi al-Quran Musim Kelima (AQ5), Mohd Syahriansyah sambil diperhatikan Johan (kanan) di PICC, Putrajaya, malam tadi. Rakyat perlu diberi keyakinan keadaan sebenar dalam negara: Muhyiddin KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penurunan indeks jenayah yang ketara menerusi pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) tidak bermakna jika masyarakat masih mempunyai persepsi negatif mengenai keselamatan negara ini.
Justeru, Timbalan Perdana Menteri berkata, maklumat yang jelas mengenai keselamatan negara perlu disebarkan kepada masyarakat supaya rakyat yakin bahawa negara ini sebenarnya selamat. Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah (MCPF) berkata, pihak berkaitan termasuk ahli MCPF perlu memberikan keyakinan kepada rakyat dengan menyampaikan maklumat yang betul mengenai keselamatan negara. "Masyarakat juga perlu didekati bagi membudayakan pencegahan jenayah dalam usaha kerajaan merealisasikan impian menjadi negara maju dan selamat," katanya berucap pada Mesyuarat Agung MCPF ke-18 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.
Hadir sama, Timbalan Pengerusi MCPF yang juga Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan tiga Naib Pengerusi MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye; Datuk Henry Chin dan Datuk Kamaruddin Ali.
Indeks jenayah menerusi NKRA berkurangan sebanyak 15 peratus, manakala indeks jenayah jalanan menurun sebanyak 35 peratus sehingga Disember tahun lalu. Indeks jenayah dua bulan pertama tahun ini juga menurun sebanyak 11 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, manakala indeks jenayah jalanan bagi Januari dan Februari lalu menurun sebanyak sembilan peratus.
Muhyiddin yang juga Pengerusi MCPF berkata, semua masyarakat dunia inginkan kehidupan yang sejahtera dari segi ekonomi, sosial dan keselamatan.
Sementara itu, ketika sesi pembentangan usul dan soal jawab, Muhyiddin berkata, cadangan Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah rendah sedang diteliti Kementerian Pelajaran dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau juga menjelaskan Kementerian Pelajaran sentiasa mengambil berat isu buli di sekolah rendah dan menengah walaupun jumlah kes yang dilaporkan berlaku sangat kecil.
Sementara itu di PUTRAJAYA Muhyiddin dan Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaaffar, menyampaikan hadiah kepada juara Akademi al-Quran Musim Kelima (AQ5) terbitan stesen televisyen TV9, di sini malam tadi.
Pelajar Fakulti Pendidikan Islam Universiti Malaya (UM), Mohd Syahriansyah Apin, 25, dari Sandakan, Sabah dinobatkan juara mengalahkan tiga peserta akhir lain, iaitu Suhailah Zulkifly, Muhamad Nasir Mohamad Salleh dan Mohamad Husaini Mahmur dalam saingan yang disiarkan secara langsung melalui TV9 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Mohd Syahriansyah membawa pulang hadiah utama bernilai RM150,000 termasuk wang tunai RM30,000, al-Quran bertinta emas berharga RM35,000; pembiayaan yuran pengajian, pakej haji dan umrah, lawatan ke Syria, songket, perabot jati bernilai RM20,000, trofi dan hamper.
Suhailah, Muhamad Nasir dan Mohamad Husaini pula menerima wang tunai RM2,000, yuran pengajian, pakej haji dan umrah. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Politik Posted: 26 Mar 2011 11:02 PM PDT PM yakin BN rampas kembali kerusi Posted: PM yakin BN rampas kembali kerusi PM yakin BN rampas kembali kerusi
|
Najib Tun Razak menunjukkan tanda 1 Malaysia pada Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Rakan Facebook di Hotel Prime, Kluang, Johor, semalam.
|
MUAR 26 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Barisan Nasional (BN) mampu merampas kembali kerusi Parlimen Bakri dan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terletak dalam daerah ini selepas ia jatuh kepada pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) lalu. Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, dengan usaha keras dan kerjasama setiap pihak dalam menggerakkan jentera parti, sokongan masyarakat di kawasan ini mampu kembali kepada pangkuan BN. "Pengaruh UMNO Johor bermula di Muar, jadi kubu UMNO yang mana tersasar sebelum ini, perlu kembali semula ke pangkal jalan dengan menyokong BN supaya Muar terus maju berjaya. "Saya yakin Johor akan menempa masa depan yang lebih baik bersama-sama kerajaan sekarang. Insya-Allah, rakyat negeri ini akan mendapat banyak manfaat hasil perjuangan kerajaan BN," katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Rakyat di Kampung Kenangan Tun Dr. Ismail 2, Sungai Abong, di sini hari ini. Dalam PRU-12, kerusi Parlimen Bakri dan DUN Bentayan yang disandang BN dimenangi DAP manakala Pas memenangi kerusi DUN Sungai Abong selain DUN Maharani yang terletak di dalam Parlimen Muar. Pada masa sama, Najib berkata, kerajaan bukan sahaja merancang pembangunan di bandar besar seperti Kuala Lumpur tetapi turut mengambil kira bandar-bandar kecil seperti Muar. "Dua projek telah dirancang untuk bandar ini iaitu membabitkan perparitan bagi mengatasi masalah banjir bernilai RM4.8 juta dan naik taraf Uptown Muar yang mana kerajaan Pusat akan menyalurkan RM1.5 juta sementara RM1.5 juta lagi disediakan kerajaan negeri," katanya. Tambah beliau, rakyat harus bersyukur dengan keadaan di Malaysia yang makmur ketika mana negara Eropah sendiri seperti Greece dan Sepanyol berdepan kadar pengangguran yang tinggi. "Insya-Allah, sebaik fajar menyingsing tahun 2020, kita akan menjadi negara maju berpendapatan tinggi. Ini bukan impian kosong tetapi rancangan yang disusun rapi dan hanya akan tercapai dengan kestabilan politik dan pemerintahan yang mempunyai kesinambungan," ujarnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Pertimbang lebih seorang calon Posted: Pertimbang lebih seorang calon Pertimbang lebih seorang calon KLUANG 26 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak akan meneliti lebih daripada seorang calon untuk dipertimbangkan bertanding di setiap kerusi yang ditandingi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri Sarawak 16 April ini. Perdana Menteri berkata, kriteria calon yang akan dipilih adalah pemimpin terbaik untuk memberi kemenangan kepada BN di semua 71 kerusi berkenaan. "Saya akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud tidak lama lagi. "Kita akan pilih calon-calon yang berpotensi dan terbaik untuk menang," katanya. mengenai kriteria calon yang akan ditampilkan BN pada pilihan raya negeri itu bulan depan. Najib ditemui selepas merasmikan Pusat Pemulihan Pemasyarakatan di Kem Mahkota, di sini hari ini. Turut hadir ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Ditanya sama ada beliau mempunyai rekod sendiri mengenai calon-calon yang akan dipertimbangkan, Perdana Menteri menjawab: ''Itu rahsia." Menurutnya, pada kebiasaannya senarai nama calon yang diberikan untuk dipertimbangkan lebih daripada satu nama. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 6 April ini manakala hari penamaan calon pada 16 April. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Malaysiakini :: Berita Posted: 26 Mar 2011 07:28 PM PDT 'Isteri terbiar': MCA kata Nazri tak perlu undur Posted: 26 Mar 2011 06:27 PM PDT Naib Presiden MCA Datuk Seri Dr Ng Yen Yen mengulangi bahawa parti itu tidak meminta Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz meletak jawatan atau memohon maaf di atas kenyataan kontroversinya mengenai MCA, MIC dan Gerakan. Ng yang juga Menteri Pelancongan berkata setiap orang berhak menyuarakan padangan mereka dan pada masa yang sama harus mematuhi etika BN. "Bagi MCA, orang yang pandangannya paling penting bagi kami ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. "Jadi kami tak ambil peduli kenyataan Nazri," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam bagi mengumpul dana Yayasan Perubatan 1MCA, di Georgetown malam semalam. Beliau mengulas laporan Nanyang Siang Pau pada Rabu yang memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu membandingkan kedudukan MCA sekarang sebagai "isteri yang dizalimi tetapi enggan meminta cerai". Buat masa ini, Ng berkata parti itu memberi sepenuh tumpuan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. Terdahulu, Ng yang juga Pengerusi MCA negeri mengumumkan MCA Pulau Pinang berjaya mengumpulkan RM1 juta untuk yayasan tersebut. "Kami jangka akan membelanjakan RM5 juta untuk membantu golongan yang memerlukan wang bagi tujuan perubatan kerana kami telah mengumpulkan RM10 juta di seluruh negara," katanya. Mereka yang memerlukan bantuan itu boleh memohon menerusi MCA bahagian di kawasan masing-masing, katanya.
- Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Eskay didakwa kata 'buat sampai Anwar jatuh' Posted: 26 Mar 2011 07:14 AM PDT Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dikatakan membuat perancangan mengumpul bahan tertentu di Siam dalam usaha membalas dendam terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, dakwa bekas pegawal peribadi allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, hari ini. Mohamad Mahti Abdul Rahim, 63, berkata pada 8 Mac, Eskay memberitahunya bahawa beliau menyalahkan Anwar terhadap saman RM20 juta ringgit yang didengar di mahkamah berhubung komisyen projek 'jambatan bengkok'. "Saya telefon dia (Eskay) pada 11 Mac. Dia marah-marah (mengatakan) Datuk Seri Anwar tak guna, Datuk Seri Anwar dah curi duit kita, saya akan buat dia sampai jatuh. Saya nak balik pi (pergi) Siam, nak kumpulkan bukti-bukti nak jatuhkan Datuk Seri Anwar," kata Mahti seorang bekas pegawai polis yang pernah rapat dengan Eskay. Eskay adalah bekas Konsul Thailand di Malaysia dan dilaporkan mempunyai jaringan kenalan yang luas di negara jiran itu. Pada 21 Mac lalu, Eskay menayangkan sebuah video seks lucah yang didakwa seorang ahli politik kanan mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur di Kuala Lumpur. Panggilan telefon Selain Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim juga mengaku bertanggungjawab di atas penayangan video lucah itu. Mahti berkata selepas mendedahkan pada sidang akhbarnya semalam bahawa Eskay sakit hati dengan Anwar Ibrahim yang dikatakan enggan membalas 'jasanya', beliau dihubungi Shuib. Katanya, panggilan telefon diterima petang semalam dan Shuib menwarkan untuk berjumpa dengannya bagi menerangkan apa yang berlaku. Namun, pertemuan itu tidak menjadi kenyataan. "Saya percaya Shuib (anggota ketiga kumpulan Datuk T) dan (bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri) Rahim Thamby Chik tidak terlibat dan mungkin dipengaruhi dia (Eskay). "Ni semua jadi mangsa, Datuk Shuib dan Tan Sri Rahim Thamby Chik," katanya pada sidang media kedua di ladang ternakan kambingnya di Kundang, Selangor, hari ini. "Saya percaya Najib tak tahu menahu pasal benda ni. Tak ada konspirasi kerja dia seorang. Dia mungkin mempengaruh orang. Dia ada kepentingan. Dulu dia boleh masuk dengan (Tun Dr) Mahathir (Mohamad), sekarang mungkin nak tackle (Datuk Seri) Najib (Abdul Razak). Pada sidang media semalam, Mahti seorang anggota polis yang kemudian menjadi pengawal peribadi kepada Megat Junid berkata Eskay sakit hati kerana Anwar enggan menjadi saksi dalam kes saman sivil yang membabitkan projek 'jambatan bengkok'. Tambahnya hari ini, pertemuannya dengan Eskay dengan tiga rakan yang lain berlangsung di Starbucks, Midvalley Mall, Kuala Lumpur pada 19 Januari lalu di mana dia terdengar Eskay membuat ugutan. "Saya tanya bicara nanti siapa jadi saksi? (kes saman ke atas Merong Mahawangsa dan pengarahnya, Datuk Yahya A Jalil berhubung kontrak 'jambatan bengkok') Si Kitol (Mahti melabel Eskay, sebagai SK yang ditakrifnya Si Kitol) kata Anwar. "Saya tanya betul ke Anwar nak mai (mari), dia kata dia mesti mai kalau tak saya akan buat sampai dia jatuh. Lapan telinga dengar," katanya. [Baca berita penuh] Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Pahang Posted: 26 Mar 2011 07:13 PM PDT 170 kompaun dikeluarkan Posted: 170 kompaun dikeluarkan 170 kompaun dikeluarkan Oleh NOREHAN SALEH utusanpahang@utusan.com.my
|
PEGAWAI Perkeso menjalankan pemantauan di salah sebuah restoran di Jalan Beserah, Kuantan, kelmarin.
|
KUANTAN 26 Mac - Sebanyak 170 notis kompaun telah dikeluarkan terhadap majikan yang didapati gagal mendaftarkan caruman pekerja kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Pahang sejak 15 Mac lalu. Timbalan Pengarahnya, Rosmasita Mohamed berkata, notis tersebut dikeluarkan apabila pihaknya melancarkan Operasi Kesan bagi mengesan majikan yang gagal berbuat demikian terhadap caruman keselamatan pekerja mereka. Menurutnya, operasi yang dijalankan selama 10 hari di sekitar negeri ini bertujuan menyedarkan mereka tentang kepentingan caruman pekerja supaya terdapat jaminan keselamatan di tempat kerja. "Malangnya, rata-rata majikan kurang mengetahui kepentingan itu menyebabkan mereka enggan berbuat demikian terhadap pekerja," katanya pada sidang akhbar selepas operasi tersebut di Jalan Beserah, di sini semalam. Dalam tempoh operasi itu, Rosmasita berkata, pihaknya membuat pemantauan di dua lokasi di bandar ini melibatkan restoran dan kedai makan yang didapati tidak mencarum kepada pekerja. Tambahnya, Perkeso mengenakan kompaun sebanyak RM114,000 kepada majikan yang gagal berbuat demikian dan RM11,120 berjaya dilunaskan oleh majikan terlibat dalam tempoh seminggu ditetapkan. Jelasnya, pada tahun lalu, pihaknya mengeluarkan 111 notis kompaun kepada majikan yang gagal mencarumkan pekerjanya dalam operasi sama dan diharap akan berkurangan pada masa akan datang. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Jangan pandang remeh mesyuarat PIBG Posted: Jangan pandang remeh mesyuarat PIBGJangan pandang remeh mesyuarat PIBG TEMERLOH 26 Mac - Ibu bapa diingatkan supaya tidak memandang remeh terhadap mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan guru (PIBG) yang diadakan di sekolah masing-masing. Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, banyak keputusan yang dibuat dalam mesyuarat PIBG mendapat perhatian serius oleh kerajaan. ''Jangan pandang ringan mesyuarat PIBG. Banyak dasar yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran selepas mengambil kira pandangan atau idea yang dilontarkan ibu bapa dan guru dalam mesyuarat itu," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mengkarak, dekat sini hari ini. Ismail Sabri yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memberitahu, mesyuarat PIBG diadakan bertujuan menambah baik sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P) di peringkat sekolah. Mesyuarat itu juga, jelas beliau, mempertingkatkan lagi sistem pengurusan dan pentadbiran sekolah. ''Anak-anak juga akan lebih bersemangat untuk bersekolah jika ibu bapa melibatkan diri dalam program sekolah termasuk mesyuarat PIBG," katanya. Dalam pada itu, Ismail Sabri memberitahu, Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta untuk menangani masalah bekalan air termasuk di sekolah-sekolah di seluruh daerah ini. Menurut beliau, pihaknya menyedari banyak sekolah di daerah ini menghadapi masalah bekalan air berikutan keadaan paip yang uzur dan sering berlaku kebocoran. ''Kita menjangkakan masalah bekalan air yang sering berlaku di sekolah-sekolah daerah ini dapat diselesaikan dalam tempoh setahun dua ini," tambahnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Dua nelayan terselamat bot terbalik Posted: Dua nelayan terselamat bot terbalikDua nelayan terselamat bot terbalik KUANTAN 26 Mac - Dua nelayan nyaris maut apabila bot yang mereka naiki terbalik akibat dipukul ombak besar di persisiran pantai Kuantan, di sini kelmarin. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, dalam kejadian itu, mangsa, Mohd. Zaini Omar, 39, dan Mat Roni Pakcik Na, 25, dikatakan terjatuh ke dalam laut berhampiran Kampung Balok di sini awal pagi sebelum dilaporkan hilang. Bagaimanapun, kata beliau, kedua-dua mangsa itu ditemui di persisiran pantai Kampung Pasir Panjang, Pekan, kira-kira 25 batu nautika dari Kampung Balok kira-kira pukul 3.30 petang semalam. "Kedua-dua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan kesihatan mereka adalah baik," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini semalam. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Rencana Posted: 26 Mar 2011 03:09 PM PDT Rakyat masih perlu perubahan Posted: Rakyat masih perlu perubahanRakyat masih perlu perubahan
|
Para pemimpin UMNO dan BN perlu peka terhadap tentangan dan tuntutan rakyat walaupun kita sedar tidak mungkin semua masalah dapat diselesaikan.
|
PERTEMUAN dengan TUN DAIM ZAINUDDIN berlangsung Rabu lalu. Banyak isu dan kontroversi dibangkitkan sepanjang 'perbualan'. Ada yang boleh ditulis, banyak juga yang perlu disimpan. Seperti kebiasaan Daim tenang menjawab setiap soalan. Tumpuan kepada setiap butir percakapannya mestilah seratus peratus lantaran nada suaranya tidak berubah - sama ada teruja, tegas mahu pun ketika detik mencuit hati. Yang pasti bekas Menteri Kewangan dan Menteri Tugas-Tugas Khas itu tetap segak biar pun mencecah usia 73 tahun. Penampilan juga ringkas - berbaju batik dan berselipar dengan gaya amat santai. Kepada wartawan Mingguan Malaysia, Zin Mahmud, Mowardi Mahmud, Noraini Abd. Razak, Ainul Asniera Ahsan dan Hafizahril Hamid, dan jurugambar ISMAIL KAMADIN, Daim memberitahu, beliau sentiasa mencatatkan perkara-perkara penting sepanjang dalam Kabinet dan juga dunia politiknya. Adakah itu bermakna akan lahir memoir Daim tidak lama lagi, beliau hanya tersenyum sambil berkata: ''Ramai yang bertanya dan menunggu memoir saya.'' MINGGUAN: Apa perkembangan terbaru Tun sekarang memandangkan sudah agak lama menyepi dari arena politik negara? TUN DAIM: Sibuk macam biasa juga. Walaupun tidak bertugas dengan kerajaan, saya masih sering bertemu para pelabur asing baik yang datang ke sini atau yang di luar negara, membantu mereka di mana perlu supaya negara kita tetap kelihatan dalam radar pelaburan mereka. Sejak berlaku krisis kewangan dunia saya banyak meluangkan masa di negara Teluk. Krisis kewangan itu menyebabkan mereka yang tidak menjadi mangsa mencari tempat pelaburan yang lebih stabil dan selamat seperti negara kita. Pelabur kita pula cari peluang baru di Afrika. Ramai pelabur dari China dan India di Afrika. Satu ketika dahulu, Malaysia pelabur nombor tiga terbesar di Afrika. Apa komen mengenai pandangan oleh Tun Dr. Mahathir mengenai Tun dalam bukunya A Doctor in the House : The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad? TUN DAIM: Soalan ini paling susah hendak dijawab. Patut minta orang lain beri pandangan. Secara jujur dan terus terang, saya berasa totally embarrassed dan humbled dalam erti terharu, terpegun, tersentuh hati dan amat rendah diri. Saya tak pernah jangka Tun Dr. Mahathir sanggup berterus terang begini. Saya juga sangat berterima kasih kepada Tun Dr. Mahathir kerana memberi penjelasan yang terang dan candid mengenai tindakan-tindakan saya yang pernah menjadi tanda tanya sewaktu saya menjadi Menteri. Saya berasa sangat bertuah kerana dapat peluang bekerja dengan seorang negarawan yang terbilang. Bagaimana pandangan Tun mengenai perkembangan politik tanah air? TUN DAIM: Keadaan politik kita secara keseluruhannya, bertambah tenang. Rakyat nampaknya semakin matang dalam hal-hal politik. Kebijaksanaan rakyat dalam membuat penilaian politik semakin jelas dan ini bermakna harapan dan aspirasi kita untuk membentuk masa depan yang lebih baik bagi Malaysia bukanlah satu impian kosong. Usaha Dauk Seri Najib, sejak menjadi Perdana Menteri, untuk membina kembali keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah faktor utama yang menenangkan keadaan itu. Saya lihat Datuk Seri Najib sangat jujur dan ikhlas berusaha untuk membantu meninggikan taraf keselesaan hidup rakyat terutama bagi golongan rendah pendapatan dan miskin. Setiap warga kita berhak hidup dalam keadaan aman, selesa, bebas dan makmur. Mereka mahu kerajaan yang bersih dan bertanggungjawab. Dan bagi majoriti rakyat, tugas dan tanggungjawab kerajaan adalah menyediakan kemudahan-kemudahan asas, peluang ekonomi yang adil, keamanan, keselamatan dan kebebasan. Contohnya, baru-baru ini pun Perdana Menteri melancarkan program bantuan memiliki rumah pertama bagi golongan yang belum mempunyai rumah. Ini satu skim yang wajar dan penting. Memang setiap keluarga ingin mempunyai rumah sendiri. Dan kerajaan patut membantu setiap keluarga tanpa rumah memiliki rumah. Rumah adalah harta dan aset ekonomi bagi setiap keluarga. Kerana ia skim baru, pasti ada beberapa kekurangan. Misalnya, bantuan kerajaan dari segi kewangan itu akan jadi tak bermakna jika harga rumah terus melipatganda lebih cepat dari peningkatan gaji para pekerja. Jadi bagaimana kerajaan hendak halang atau mitigate supaya perkara itu tidak jadi begitu? Dan jika berlaku juga bagaimana kita hendak alas supaya impak ke atas golongan sasar tidak terlalu perit? Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Mingguan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Anwar Ibrahim, masa depan pembangkang dan politik Timur Tengah Posted: Anwar Ibrahim, masa depan pembangkang dan politik Timur TengahAnwar Ibrahim, masa depan pembangkang dan politik Timur Tengah Bagaimana Tun melihat Datuk Seri Anwar sejak beliau menyertai politik dan masa depan sebagai pemimpin pembangkang serta kes liwat yang dihadapinya? TUN DAIM: Tun Dr. Mahathir membawa Anwar masuk UMNO di awal tahun 1982, sebaik saja beliau menjadi Perdana Menteri. Sejak itu saya kenal Anwar. Ini kerana Tun Dr. Mahathir menyokong Anwar di semua segi, Anwar naik dengan mendadak dalam kerajaan, dari Timbalan Menteri hingga Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dalam jangka kira-kira 10 tahun saja. Dalam UMNO pula dia naik dari Ketua Pemuda UMNO hingga ke Timbalan Presiden pada jangka masa yang sama. Semua ini termungkin kerana Tun Dr. Mahathir melihat Anwar sebagai calon utama untuk ganti beliau bila tiba waktunya. Jadi ketika itu seluruh jentera di belakang Presiden UMNO juga bergerak serentak menyokong Anwar. Tanpa Tun Dr. Mahathir dan jentera UMNO di belakangnya, Anwar tak mungkin menjadi Timbalan Presiden parti. Apa yang berlaku sehingga beliau dipecat daripada UMNO bukan satu konspirasi politik. Teori konspirasi politik itu sengaja dicipta Anwar kerana mahu dirinya dilihat sebagai 'The Fall Guy, iaitu insan yang dianiayai guna meraih simpati serta sokongan bagi menutup hakikat kecacatan peribadi sendiri. Pada pengamatan ramai, Anwar tak menunjukkan kebolehan luar biasa sebagai pentadbir. Tidak nampak sebarang 'reformasi' di mana-mana kementerian yang dipegangnya ketika menjadi Menteri. Kehebatannya lebih kepada seorang, yang pintar berpidato bagi membakar semangat dan emosi khalayak walaupun isi ucapan cuma igauan politik saja. Berdasarkan ini, sekarang ini rakyat tak yakin Anwar boleh jadi pemimpin yang berkesan, meskipun setelah kesnya di mahkamah selesai. Apakah pakatan pembangkang masih lagi relevan atau semakin kehilangan arah? TUN DAIM: Pakatan Rakyat, saya pernah berkata, hanyalah satu konspirasi politik. Saya lihat kumpulan ini tak akan dapat capai kata sepakat dalam hal penting mengenai kebaikan negara kerana masing-masing parti taksub kepada pendirian dan prinsip sendiri. DAP itu parti chauvinis kecinaan, PAS pula perguna Islam, bukan sebagai ad-Din tapi sebagai topeng politik untuk mengabui mata orang-orang Melayu di kampung. PKR hidup kerana Anwar dan untuk Anwar. Tanya kawan Anwar, mereka kata Anwar pakai macam-macam topeng sejak masih di universiti. Waktu dia jadi pelampau bahasa Melayu, bahasa Inggeris diketepikan hingga ramai anak kita yang lahir selepas tahun 1969 hilang kompetensi dalam bahasa Inggeris. Dalam dunia globalisasi, Internet dan teknologi komunikasi sekarang, kekurang fasihan warga kita dalam bahasa Inggeris adalah satu kemunduran. Tapi sekarang ini Anwar menjadi pejuang multi-culturalism dan 'liberalisme utopia' pula, sehingga ada di kalangan mereka mempersoalkan kedudukan Raja-raja Melayu. Sikap dan tindakan politik begini yang menggadai segala harga diri, maruah, martabat dan prinsip untuk mendapat sokongan tertentu mengingatkan kita kepada watak utama drama Christopher Marlowe, Dr Faustus. Bukan saja Pakatan Pembangkang tak mempunyai asas politik yang kukuh, dalam parti pun PKR terus bergelumang masalah. Bolehkah PKR menjadi teras kepada kumpulan ini dan bolehkah pakatan begini meyakinkan rakyat yang ia boleh menjamin masa depan bangsa dan negara lebih baik daripada UMNO dan BN yang sudah membina negara seadanya selama lebih 50 tahun? Dalam setiap demokrasi berparlimen, perlu ada parti pembangkang. Jadi dari segi relevansi, ya, pembangkang itu relevan setiap masa. Bukan pembangkang yang bangkang-bangkangan semata, yang menolak semua usaha kerajaan walaupun usaha itu jelas memberi faedah kepada rakyat. Pembangkang yang relevan ialah yang menjadi check and balance kepada kerajaan, yang tidak chauvinistic dan tidak berpandangan sempit (tunnel vision), yang boleh menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa. Jika kita perhati kepada keadaan parti pembangkang sekarang, jelas mereka tidak hilang arah. Cuma, masing-masing ada arah sendiri. Mereka mengamalkan prinsip kahwin monyet (marriage of convenience). Mereka juga mencedok format BN tapi secara setengah jalan saja, bukan sepenuhnya. Ini bukan satu alternatif yang unggul bagi rakyat. Parti pembangkang di luar yang ingin mengambil alih kerajaan ada "shadow cabinet. Mana shadow cabinet Pakatan Rakyat? Jika mereka benar-benar jujur ingin menjadi parti alternatif, mengapa tidak bubar semua parti dalam pakatan dan tubuh satu parti saja yang dianggotai rakyat semua kaum? Berdasarkan kepada perkembangan yang berlaku di negara timur tengah, bagaimana Tun melihat kesannya dari segi geopolitik, kebebasan dan hak asasi serta mungkin sebagai kuasa baru kebangkitan ekonomi? TUN DAIM: Saya rasa masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan mengenai situasi di Timur Tengah ini. Bagi negara-negara yang bergolak seperti Tunisia, Mesir, Yemen, Bahrain dan Maghribi, proses perubahan dan peralihan masih berterusan. Tapi setakat yang dapat kita baca sekarang, lanskap politik di sana akan berubah. Bagaimana bertukarnya tergantung kepada siapa atau pihak mana akhirnya yang akan menguasai kerajaan di negara-negara itu. Apabila semua keadaan di sana tenang semula, saya jangka persoalan negara bebas untuk Palestin akan menjadi agenda utama. Kita harap persoalan itu dapat diselesaikan segera supaya sebuah negara Palestin yang berdaulat dapat dilahirkan. Dan jika salah satu punca utama keresahan rakyat di Timur Tengah iaitu Palestin jadi reda, potensi negara-negara Teluk dan lingkungan Arab itu, baik dari segi politik ataupun ekonomi, akan lebih terserlah. Soal kebebasan dan hak asasi manusia, saya kira bukan penyebab utama kepada pergolakan di Timur Tengah. Yang lebih penting ialah soal kelembapan ekonomi, peluang pekerjaan dan pembangunan serta kurangnya infrastruktur yang asas dan moden. Revolusi bermula dari Tunisia. Sebelum krisis kewangan, Tunisia tidak menghadapi apa-apa masalah. Rakyat sanggup mengorbankan kebebasan, hak asasi manusia, dan sebagainya. Selagi ekonomi kukuh. Apabila ekonomi menurun, kebanyakan rakyat kehilangan pekerjaan. Sebelum ini, mereka boleh berlari ke Eropah tetapi sekarang pintu itu sudah tertutup. Mereka harus hidup untuk mengisi perut yang kosong. Tetapi apabila mereka melihat pemimpin, isteri dan keluarga mereka hidup dengan penuh mewahnya dengan mengguna jet persendirian untuk membawa makanan dari Eropah dihidangkan kepada sahabat handai, mereka tidak dapat menerima pembaziran dan juga kemewahan di hadapan mereka. Pemimpin dan keluarga tidak peduli kesengsaraan disekeliling mereka dan tidak membantu sehingga rakyat membangun memberontak. Sama juga dengan Mesir dan Libya. Negara telah menjadi hak peribadi di mana pertukaran kuasa pemimpin-pemimpin hendak serahkan kepada anak-anak mereka. Kita ingin melihat Timur Tengah bertukar menjadi lebih baik dan pemimpin-pemimpin berkhidmat kepada rakyat dan bukan untuk kepentingan Amerika Syarikat. Diktator-diktator ini hidup dengan bantuan dari Amerika yang telah memberi rasuah supaya Israel selamat di atas kesengsaraan rakyat Palestin. Tetapi bagi Malaysia, kita kena melihat dari sudut ekonomi. Harga minyak akan naik buat masa terdekat. Inflasi akan berlaku. Kita harus bersiap sedia kerana ini akan melembapkan pertumbuhan ekonomi. Ini lebih mustahak kepada kita. Kerajaan harus merancang supaya rakyat tidak merana. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Kosmo Online - Negara Posted: 26 Mar 2011 01:34 PM PDT Titik gempa hampiri Malaysia Posted: Titik gempa hampiri MalaysiaTitik gempa hampiri Malaysia Oleh MOHD. ALIF ABU BAKAR dan AFIFI HAFIZ MOHD. NOR berita@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR – Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia. Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan. Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Budak hanyut depan ibu Posted: Budak hanyut depan ibuBudak hanyut depan ibu Oleh MANIRAH OTHMAN HULU TERENGGANU – Seorang ibu hanya sempat melihat kelibat anaknya yang timbul sebanyak dua kali sebelum hilang dihanyutkan arus deras dalam kejadian di Sungai Telemong, dekat Kampung Nibong di sini kelmarin. Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 petang apabila mangsa, Mohd. Hazrin Hakim Daud, 11, tergelincir bersama basikalnya ketika melalui sebuah jambatan di situ. Jambatan kayu berkenaan yang menghubungkan perkampungan dengan kawasan kebun itu ditenggelami air sedalam kira-kira 15 sentimeter berikutan hujan lebat beberapa hari lalu yang menyebabkan paras sungai naik kira-kira 3.5 meter. Saksi yang juga rakan baik mangsa, Wan Muhammad Amirul Syafiq Wan Rohadi, 11, memberitahu, sebelum itu mereka bersama seorang lagi rakan, Muhammad Ilham Daniel Mohd. Yusuf, 11, bermain-main di atas jambatan berkenaan. "Selepas itu saya ajak Mohd. Hazrin balik, tetapi dia kata tunggu sekejap. "Sebaik saya menyeberangi jambatan, tiba-tiba saya tengok dia terjatuh dalam sungai dengan basikal," katanya ketika ditemui semalam. Katanya, Ilham pula ketika itu sudah jauh melepasi jambatan berkenaan menuju ke rumahnya. Wan Muhammad Amirul Syafiq berkata, melihat kejadian, dia segera berlari ke arah Hakim, tetapi kanak-kanak itu hilang menyebabkan dia terus meminta bantuan orang ramai yang turut memaklumkan kejadian kepada ibu Hakim, Milah Jusoh, 48. Katanya, penduduk kampung dan Milah yang datang ke tempat kejadian sempat melihat mangsa timbul dua kali sebelum terus hilang. "Masa tu emak Mohd. Hazrin (Milah) tak boleh nak buat apa-apa sebab terkejut tetapi ada orang kampung terjun sungai cuba selamatkan Hakim tetapi tak sempat," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | 200,000 ghaib elak bayar hutang PTPTN Posted: 200,000 ghaib elak bayar hutang PTPTN200,000 ghaib elak bayar hutang PTPTN KUALA KRAU - Seramai 200,000 peminjam Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Negara (PTPTN) gagal dihubungi berhubung pembayaran balik pinjaman. Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, pihaknya telah menggunakan pelbagai saluran termasuk media bagi mengingatkan peminjam namun masih ramai yang gagal berbuat demikian. "Saya memohon kepada ibu bapa atau penjaga kepada peminjam terbabit menasihati anak-anak mereka yang menerima pinjaman tersebut supaya menjelaskannya dalam tempoh ditetapkan," katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru di Sekolah Kebangsaan Jengka 18 di sini semalam. Menurut Ismail, sasaran kutipan hutang pinjaman itu ialah sebanyak RM4.1 bilion pada tahun lepas tetapi jumlah yang berjaya dikutip hanya RM2 bilion atau sebanyak 48 peratus sahaja. Dalam pada itu beliau berkata, PTPTN memperuntukkan RM6 bilion sebagai pinjaman kepada 235,000 pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta pada tahun ini. Jelas Ismail, para pelajar perlu membuat permohonan melalui dalam talian dan akan ditawarkan pinjaman itu untuk sesi pengajian September ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Utusan Online - Kota Posted: 26 Mar 2011 11:26 AM PDT 6 inisiatif banteras rasuah berjaya Posted: 6 inisiatif banteras rasuah berjaya6 inisiatif banteras rasuah berjaya Oleh SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM pengarang@utusan.com.my KUALA LUMPUR 26 Mac - Kerajaan berjaya melaksanakan enam daripada sembilan inisiatif 'Big Win' dalam Pelan Hala Tuju Program Transformasi dalam usaha membanteras rasuah di negara ini. Enam inisiatif itu adalah memperkukuhkan unit-unit pematuhan di agensi penguat kuasa, menjelaskan parameter surat sokongan serta mendedahkan butiran kontrak perolehan melalui portal MyProcurement dan MyPartnership. Selain itu, pengwujudan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, pendakwaan kes rasuah dalam tempoh setahun serta membangunkan pangkalan data pesalah rasuah berjaya dilaksanakan. Menurut Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Membanteras Rasuah, Datuk Hisham Nordin, tiga inisiatif lain masih di peringkat pelaksanaan dan tindakan berterusan semua agensi kerajaan yang terlibat untuk dilaksanakan pada tahun ini. ''Tiga inisiatif itu adalah menjalankan kajian pembiayaan parti politik, memperkukuhkan kebebasan institusi utama dan penguatkuasaan hukuman lebih keras. ''Bagaimanapun, semua usaha dalam tahun lalu memberikan petanda awal kejayaan apabila kajian Barometer Global Rasuah (GCB) menunjukkan tahap keyakinan rakyat terhadap usaha kerajaan memerangi rasuah meningkat kepada 48 peratus berbanding 28 peratus pada tahun sebelumnya,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata, kerajaan menggunakan dua pendekatan ke arah usaha tersebut iaitu melalui kerangka kerja dari atas ke bawah dan bawah ke atas. Katanya, strategi tersebut memerlukan iltizam daripada kepimpinan negara dalam menyokong penguatkuasaan undang-undang yang berkesan di samping kerjasama daripada rakyat. ''Berita kejayaan memerangi rasuah ini perlu diuar-uarkan supaya masyarakat antarabangsa dapat melihat perubahan ini sekali gus membuat pelaburan,'' katanya. Bagi menarik sokongan antarabangsa dalam konteks itu, beliau berkata, sebahagian inisiatif kerajaan telah dibentangkan di Mesyuarat Petugas Khas Rasuah di Amerika Syarikat pada 26 Februari lalu. Katanya, usaha tersebut mendapat perhatian dan pengiktirafan negara-negara peserta serta maklum balas positif. ''Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) mempelopori tindakan ini apabila pelancaran maskot pembanteras rasuah dilancarkan pada 17 Mac lalu serta talian bebas tol laporan rasuah 1-800-88-6000,'' katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Tingkat kesedaran pencemaran cahaya Posted: Tingkat kesedaran pencemaran cahayaTingkat kesedaran pencemaran cahaya
|
Mustafa Din Subari menerangkan teropong teleskop kepada pengunjung Hari Terbuka Planetarium Negara dan kempen pencemaran cahaya sempena Earth Hour 2011 di Planetarium Negara, semalam.
|
KUALA LUMPUR 26 Mac - Golongan muda perlu mendalami ilmu sains untuk meningkatkan kesedaran terhadap isu pencemaran cahaya yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada manusia dan bumi. Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Dr. Mustafa Din Subari berkata, bumi pada masa kini terdedah kepada pelbagai jenis pencemaran yang boleh menjejaskan ekosistem terutamanya pencemaran cahaya. Sehubungan itu, katanya, Angkasa menyokong kempen Earth Hour yang dilancarkan sejak tiga tahun lalu sebagai langkah menyelamatkan bumi daripada kesan buruk pencemaran berkenaan. "Justeru, golongan muda memainkan peranan penting untuk meneruskan kempen ini supaya kualiti hidup mereka dapat ditingkatkan," katanya selepas merasmikan Hari Terbuka Planetarium Negara yang diadakan sempena kempen Earth Hour 2011, di sini hari ini. Dalam majlis itu, kira-kira 3,000 pengunjung disajikan dengan program menarik secara percuma seperti pameran sains, syarahan umum, tayangan perdana dan cabutan bertuah kepada pengunjung sepanjang hari. Sementara itu, pelajar Program Permata Pintar, Bellen Sharon, 16, berkata, kempen itu amat baik kerana dapat menjimatkan elektrik dengan cara yang lebih efisien. "Tahun lalu, saya menyambut Earth Hour di Sabah bersama keluarga sebagai tanda sokongan kepada kempen ini,'' katanya. Dalam pada itu, Zairul Zaimy Ahmad Idrus, 16, berkata, kempen Earth Hour merupakan satu langkah yang bijak untuk menjaga bumi. Jelasnya, walaupun hanya sejam bergelap, ia dapat menyejukkan bumi sekali gus mengurangkan tahap pencemaran cahaya. "Biarpun kesannya kecil, yang penting kesan pemanasan global dapat dikurangkan dengan cara yang mudah dan selamat," katanya. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Rapat, Ipoh, Chong Merril, 17, berkata, dia turut menyokong kempen Earth Hour yang kerana ia boleh mendidik generasi baru untuk lebih menghargai bumi. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | Pelajar dibelasah 10 lelaki, terima 10 jahitan Posted: Pelajar dibelasah 10 lelaki, terima 10 jahitanPelajar dibelasah 10 lelaki, terima 10 jahitan KUALA LUMPUR 26 Mac - Seorang pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Selayang, terpaksa menerima 10 jahitan di kepala setelah dibelasah kira-kira 10 lelaki yang tidak dikenalinya semalam. Kejadian kira-kira pukul 1 petang itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari sekolah ke rumahnya yang terletak berdekatan. Bagaimanapun, mangsa didatangi kumpulan lelaki berkenaan lalu bertindak memukulnya sehingga mengakibatkan kecederaan parah di kepala. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi hari ini berkata, setakat ini, pihaknya menahan seorang suspek bagi membantu siasatan. "Suspek direman empat hari sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan. Polis masih mengesan rakannya yang lain," katanya sambil mengklasifikasikan kes itu disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Berita Harian: MukaDepan Posted: 26 Mar 2011 09:27 AM PDT Rahim nafi ditahan Posted: 25 Mar 2011 11:55 AM PDT Bekas Ketua Menteri Melaka beri keterangan
Bukti penting ditemui, wanita dalam video dicari
KUALA LUMPUR: Bukit Aman semalam menahan dua individu dipercayai boleh membantu siasatan kes rakaman video seks yang didakwa mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama seorang wanita muda warga asing.
Tanpa menyatakan identiti kedua-dua individu terbabit, Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Ghazali Md Amin, berkata polis juga memperoleh bahan bukti penting, termasuk salinan rakaman video berkenaan daripada mereka.
Katanya, salah seorang individu ditahan turut membawa polis ke sebuah bilik hotel mewah yang terletak di Daerah Dang Wangi dipercayai lokasi rakaman adegan seks berkenaan dilakukan.
"Unit Forensik dari Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras dihantar bagi membantu siasatan pasukan khas di tempat kejadian, termasuk menjalankan pemeriksaan ke atas rakaman CCTV di hotel berkenaan pada tarikh dan masa kejadian," katanya kepada pemberita, di sini semalam.
Ghazali turut mengesahkan kedua-dua individu terbabit dibebaskan dengan jaminan polis selepas soal siasat dijalankan ke atas mereka, namun boleh dipanggil pada bila-bila masa bagi melengkapkan proses siasatan.
Penahanan kedua-dua individu terbabit menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan media dan orang ramai, termasuk mengaitkannya dengan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang membuat pendedahan berhubung rakaman video seks berkenaan.
Bagaimanapun, Rahim ketika dihubungi menafikan beliau salah seorang daripada dua individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan semalam.
"Mana ada saya ditahan... saya yang pergi sana (Bukit Aman) petang semalam (Khamis) untuk memberi keterangan, termasuk menyerahkan bahan bukti. Itu sekali saja saya pergi Bukit Aman dan sampai sekarang saya belum dipanggil (polis). Cerita fasal saya kena tahan ini mungkin timbul dari salah faham.
"Cerita fasal tangkapan ini atau siapa yang ditahan, semuanya saya percaya satu propaganda... tidak pastilah untuk tujuan apa sebenarnya. Yang paling penting sekarang, siapa pelakon dalam video itu. Bagi saya, itulah isu utamanya... itu yang rakyat mahu tahu," katanya.
Justeru, beliau meminta cerita mengenai penahanan atau penangkapan itu dihentikan segera kerana boleh membuatkan rakyat keliru dengan isu yang sebenarnya.
"Tidak timbul saya ditahan atau tidak... saya ke sana (Bukit Aman) hanya untuk beri kenyataan dan membantu siasatan polis. Persoalan utama sekarang, siapa yang muncul dalam video itu. Persoalan itu yang harus dijawab," katanya.
Rabu lalu, Rahim bersama Eskay dan seorang lagi rakan mereka, Datuk Shuib Lazim yang juga Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) membuat pengakuan bahawa mereka adalah Datuk T atau Datuk Trio yang bertanggungjawab mendedahkan rakaman video seks didakwa membabitkan Anwar kepada media.
Pengakuan itu menyusul tiga hari selepas sekumpulan media, termasuk wakil agensi berita asing dipertontonkan kepada rakaman adegan seks berkenaan di sebuah bilik dikawal rapi di Carcosa Sri Negara.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, ketika ditemui di majlis Sambutan Hari Polis Ke-204 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL KL), di sini semalam, berkata siasatan kes rakaman video seks membabitkan seorang lelaki yang didakwa mirip Anwar kini sedang dilakukan dengan mengambil kira pelbagai aspek, termasuk mengenalpasti motif utama rakaman video berkenaan didedahkan.
Beliau berkata, siasatan itu bagi mengenalpasti identiti sebenar individu lelaki yang muncul dalam rakaman video selama 19 minit itu, termasuk wanita yang mengadakan hubungan seks dengan lelaki terbabit, dipercayai dilakukan di sebuah bilik hotel mewah di ibu negara bulan lalu.
"Ini bagi memastikan kesahihan identiti lelaki terbabit... kita mahu tahu siapa dan bagaimana dia boleh berada dalam rakaman video itu. Hari ini adalah hari ketiga siasatan berlangsung. Jadi, kita semua pihak jangan buat apa-apa kesimpulan awal hingga boleh mengganggu proses siasatan.
"Biarkan pasukan khas kita mengumpul semua maklumat dan fakta melalui penyiasatan terperinci," katanya.
Dalam perkembangan lain, Shuib sudah pun berada di Bukit Aman untuk memberi keterangan berhubung pendedahan itu.
Ditanya mengapa ketiga-tiga individu terbabit tidak ditahan bagi membantu siasatan, Ismail berkata, semua tindakan yang dilaksanakan PDRM adalah berdasarkan dasar profesionalisme pasukan itu dan mengikut prosedur undang-undang.
"Atas kesalahan apa mereka perlu ditahan?... kalau sudah sampai, cukup semua bukti dan disahkan kesalahan mereka, barulah kita akan bertindak mengikut undang-undang.
"Kita sudah memanggil dua daripada tiga individu itu untuk diambil kenyataan. Jika tahan mereka tetapi kita tidak cukup bukti untuk tindakan seterusnya, orang ramai akan mentertawakan polis pula," katanya.
Sementara itu, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Getah (RISDA) menafikan terbabit dalam penempahan dan pembiayaan dua hotel yang dijadikan lokasi tayangan video seks mirip Anwar dengan wanita muda warga asing.
Pengurusan RISDA dalam satu kenyataan, berkata pihaknya tidak terbabit langsung dengan isu berkenaan dan tidak pernah membuat tempahan atau membiayai mana-mana bilik di Carcosa Seri Negara dan Hotel Flamingo.
"Sejak terbongkarnya kisah video seks yang didedahkan sekumpulan Datuk T, segelintir pihak menuduh RISDA turut terbabit dalam kes berkenaan," katanya.
Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komen aini Sama-sama kita tunggu hasil siasatan..harap jgn ada anasir luar yg akan memutarbelit fakta..Allah lebih tahu segalanya.Berdoa semoga negara terus aman. Jinih Bin Matrin Saya ingin bertanya kepada KPN, adakah menyebarkan Video Lucah dan mengugut seseorang itu tidak menjadi KESALAHAN dalam undang-undang negara? Sekiranya pelaku kes ini adalah bukan orang UMNO, adakah pihak Polis akan mengambil pendekatan yang sama??? mahmood Rentetan kejadian menjejaskan institusi yang diwakili oleh individu terbabit. Mungkin inilah buruknya bila orang politik yang tidak berakhlak dibenar memegang jawatan dalam organisasi nasional atau GLC. jony dodong Kita tunggu dan lihat apakah kesudahan cerita ini. arizain Orang yg menyebar tu pun bukannya bagus sangat Dr Sam Kenapa dah nak dekat pilihanraya sarawak, baru berita seks video melibatkan Datuk Anwar Ibrahim? Adakah ini cara kotor BN untuk menjatuhkan Anwar dan Pembangkang...Dah lah tu..BN dan UMNO ..tak sudah2 nak buat dosa...ingatlah kamu semua akan diperhitungkan amalan kamu walau sebesar zarah sekalipun....Wallahualam Bisawab... wwe "Sesungguhnya telah Kami jadikan manusia dalam sebaik-baik bentuk kemudian Kami kembalikannya ketempat yang paling bawah, kecuali mereka yang beriman dan beramal saleh"(At-Tiin:4-6). Tom Kurus Bagaimana dengan kes liwat,adakah sudah bertukar topik atau ini satu permainan sesetenah pihak.? suhaimi Pada masa ni kita biarkan pihak polis buat siasatan dgn adil dan pihak lain jgn masuk campur sehingga siasatan selesai.Dah 204 umur polis tahu lah mereka buat kerja,percaya la siti keliwon sebagai rakyat, saya lebih nak tahu kenapa penyebar video lucah mcm ni tak ditahan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan