Khamis, 30 Jun 2011

03 di chiku - Google Blog Search

03 di chiku - Google Blog Search


GEGEGURL: Hari mggu <b>di chiku</b>...

Posted: 11 Feb 2011 11:54 PM PST

          Hujung minggu ni aku xblk umh family aku...biasa nya klu datang je ari kamis msti aku nk blk...tp mggu ni xde pl rase nk blk...hehehe..
oppss...lupa nk bgtau aku ni kerja kt Felda Chiku 1, Gua Musang...emm..kira jauh la jg ngn umh family aku...klu naik bas henti-henti (bas mini) kne tukar 4 kali bas tau...adui...penat n leceh tukar2 bas ni...yang paling aku tension bila bas xikut masa...haru jd nye..pasti aku smp mlm kt kg aku....
         Aku cuti jumaat n sabtu...smlm aku ngan housemate bgn pagi2 lagi...kitorng plan nk pegi joging...hehehe..pas smyg subuh terus kitorng kuar umh...yg xtahan nye joging pakai selipar jepun...ahahaha..dh lame xjoging ni..bila dh joging huiii...pnt nye yg amat..abis skt 1 badan...tp xpe la kami enjoy....joging kn baik utk kesihatan so kawan2 yg lain ptt amalkan joging ni...blk dr joging kami mkn nasi abis sebungkus..mcm xpecaya plk...mcmne nk kurus ni....:))
         Tghari pl kami masak2...member aku beria nk buat gulai ayam..so kami pn buat la..aku tulun sediakan bahan utk msak je...yg lain tu member aku la yg buat...aku plk goreng ikan je...bkn aku xpndai tp al mklum la xbiasa buat...kihkihkih....
        ni aku share kt sni gmbr gulai ayam ni....sedap beb..xcaye cuba rase.....:)

                                                  




kira menjadi jg la gulai ayam ni....hehehe
      Petang pl kami lepak2 je kt umh smbil tgk tv smp la ke mlm...byk nye aku taip kt sni...xsangka pl aku yg menulis..hehehe Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di machang - Google Blog Search

03 di machang - Google Blog Search


Maharaja Lawak Sepah Akan Berlawak <b>Di Machang</b> | KelantanFC - Gomo <b>...</b>

Posted: 30 Jun 2011 12:00 AM PDT

Kemeriahan Karnival The Red Warriors di Padang SMK Machang makin dirasai setelah juara Maharaja Lawak b_250_200_16777215_0_http___2.bp.blogspot.com__diPGZ-oQJCw_SZ14j6DvzAI_AAAAAAAAHQE_wLjpjSauhy8_s1600_sepah.jpgpertama kumpulan Sepah akan turut dibawa ke program bersama perdana menteri ini. Pelbagai acara istimewa disusun rapi pihak penganjur bagi memastikan karnival ini mendapat sambutan ramai dan menarik perhatian barisan kepimpinan negara yang hadir untuk terus berbakti kepada rakyat Kelantan dan kemajuan bolasepak Kelantan.

Selain pada kumpulan Sepah, pengunjung juga akan dihiburkan band indie anak Kelantan Secretype yang popular dengan lagu kombinasi Ultra Kelate The Red Mania pada pukul 2 petang. Rekaan stadium baru idaman semua peminat The Red Warriors turut dipamerkan buat julung kali untuk tatapan perdana menteri dan seluruh rakyat Kelantan.

Maghilah pakat gi kelih replika stadium baru, kumpulan Sepah dan Band Secretype ni……..

260945_100001870036702_894260_q.jpgTan Sri Annuar Musa :MAHARAJA LAWAK DAN BAND SECRETYPE AKAN TURUT MERIAHKAN ACARA TRW BERSAMA YAB PM JAM 2PTG 2 July DI MACHANG…DATANG DGN MEMAKAI JERSEY TRW….anda munkin memenangi hadiah!!!

ANDA INGIN MELIHAT GAMBARAN ARKITEK/REKABENTUK DAN LOKASI STADIUM BOLASEPAK BARU KLATE DAN KAMPUS ALHAMRA RED WARRIORS ACADEMY?….KUNJUNGILAH GERAI PAMERAN TRW DI KARNIVAL TRW MACHANG PD HARI SABTU 2 July…..YAB PM AKAN TURUT MELIHATNYA…TQ PM!!…ATAS KEPEDULIAN DAN TERUS CAKNA PD TRW…..

Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo…..Gomo Kelate Gomo

Related posts:

  1. Perdana Menteri Dijangka Rasmi Karnival The Red Warriors di Machang
  2. Sepah Dibuang @ Membuang Diri?
  3. Karnival Hari Keluarga The Red Warriors Akan Turut Disertai Penaja Rasmi
  4. Kelantan Akan Pertahankan Misi Ke Final
  5. Tiada Kompromi Dan Akan Terus Didakwa
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


LAMAN KL-TODAY.COM » Blog Archive » Nik Aziz dimaki hamun <b>di Galas</b>

Posted: 30 Oct 2010 09:03 PM PDT

Posted by admin on October 31st, 2010

Seorang bekas calon BN telah memaki hamun Datuk Nik Aziz Nik Mat ketika menteri besar Kelantan berkempen melawat  rumah bekas Adun Galas dari Parti Semangat 46,  Omar Mohamad semalam.

Mohd Nor Idris yang pernah bertanding di Pengkalan Chepa turut enggan bersalam dengan mursyidul am PAS itu ketika berada di dalam rumah Omar.

Turut serta dalam rombongan adalah Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan pegawai-pegawai kanan Yayasan Islam Kelantan (Yik).

Mohd Nor sebaliknya berkata dengan nyaring "Ana tidak mahu bersalam dengan anta selagi PAS berkawan dengan DAP".

Tindakannya itu menyebabkan semua para tetamu terkejut. Malah, beliau turut mengajak mursyidul am PAS itu berdebat.

Mohd Amar cuba menenangkan beliau namun beliau kelihatan tidak mengendahkan kata-kata itu.

Nik Aziz membalas "Kita sebagai tetamu perlu hormat tuan rumah. Saya datang bukan untuk berbahas dengan sesiapa, cuma hendak menziarah tuan rumah"

Kata-kata menteri besar Kelantan sebaliknya disambut dengan sindiran "semuanya hendak berpolitik".

Sebaik air minuman dihidangkan, Nik Aziz meminta Mohd Nor (gambar kiri)   untuk meminum air tersebut bagi menyejukkan emosinya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di gua musang - Google Blog Search

03 di gua musang - Google Blog Search


Kemalangan ngeri <b>di Gua Musang</b> | Isu Semasa & Terkini Malaysia

Posted: 11 Sep 2009 11:52 PM PDT

Seorang bapa terkejut melihat satu kemalangan ngeri yang berlaku di Gua Musang merupakan anaknya sendiri. Ismail Ngah, 53, bapa kepada Md. Nasarudin, 21, salah seorang mangsa yang maut berkata, dia kebiasaannya menunggang motosikal ke kebun getahnya di Kampung Kundur melalui Jalan Pulai Lama setiap pagi.

 

dari kiri Nasarudin, Shamin dan Aliff

(tiga sahabat yang terkorban)

Menurut Kosmo Online;

GUA MUSANG – Seorang bapa yang dalam perjalanan ke kebun getah terkejut apabila ternampak salah seorang daripada tiga mangsa yang terkorban dalam kemalangan di Kilometer 3, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis di sini semalam merupakan anaknya sendiri. 

Ismail Ngah, 53, bapa kepada Md. Nasarudin, 21, salah seorang mangsa yang maut berkata, dia kebiasaannya menunggang motosikal ke kebun getahnya di Kampung Kundur melalui Jalan Pulai Lama setiap pagi.

Bagaimanapun, katanya, pada pukul 7.30 pagi semalam, dia mengubah laluan dengan melalui jalan ke bandar kerana perlu mengisi minyak motosikal.

"Setibanya di tempat kejadian saya melihat orang ramai mengerumuni sebuah kereta Mazda dan sebuah lori lima tan yang terlibat dalam kemalangan.

"Saya berhenti dan menghampiri lokasi kemalangan itu sebelum ternampak seorang mangsa terkorban yang masih duduk di tempat duduk belakang kereta. Saya dapati dia ialah sahabat karib anak saya.

"Hati saya mula berdebar kerana kemungkinan anak saya juga ada dalam kereta itu sebelum tersentak melihat pemandu kereta itu ialah anak saya," kata Ismail ketika ditemui di Hospital Gua Musang di sini semalam.

Email Marketing 3.0

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rabu, 29 Jun 2011

03 di mengkebang - Google Blog Search

03 di mengkebang - Google Blog Search


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Umno Kuala Krai: CERAMAH PERDANA <b>DI MENGKEBANG</b>

Posted: 26 Jun 2011 12:27 AM PDT

Ingatlah firman Allah Taala: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْدُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ (118) هَا أَنْتُمْ أُولَاءِ تُحِبُّونَهُمْ وَلَا يُحِبُّونَكُمْ وَتُؤْمِنُونَ بِالْكِتَابِ كُلِّهِ وَإِذَا لَقُوكُمْ قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا عَضُّوا عَلَيْكُمُ الْأَنَامِلَ مِنَ الْغَيْظِ قُلْ مُوتُوا بِغَيْظِكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (119) 
Maksudnya:"Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. Awaslah! kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada Segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), Katakanlah (Wahai Muhammad): "Matilah kamu Dengan kemarahan kamu itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) yang ada di dalam dada." [Ali Imran: 118 & 119].

03 di kok lanas - Google Blog Search

03 di kok lanas - Google Blog Search


Mega Guest House <b>di Kok Lanas</b> Kelantan | Holiday Rentals <b>...</b>

Posted: 11 Mar 2011 07:00 AM PST

Lokasi di Taman Puspa Jaya B,Kok Lanas.
Berhampiran jalan utama Kota Bharu-Machang-Kuala Krai-Gua Musang.

** 15-20 minit Pusat Bandar Kota Bharu

Kemudahan yang berdekatan:
Pasar Kok Lanas,Politeknik Kota Bharu,Kolej Komuniti,Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman,Pasaraya,7 Eleven,Bank BSN,Bank Muamalat,Kedai Makanan,dll.

Tingkat atas : 5 bilik dan 4 bilik air
Tingkat bawah : 4 bilik dan 4 bilik air

**Selesa untuk ahli keluarga yang ramai**

Kemudahan yang disediakan:
-Mesin Basuh
-Peti sejuk
-Meja Makan
-Tv
-Bilik Berhawa Dingin dan Berkipas
-Set Sofa
-Papan gosok & seterika
-Kemudahan memasak
-Kemudahan tilam dan bantal tambahan
-Persekitaran rumah yang luas
-Kemudahan parking kereta yang selesa

Sewa Harian : RM 150.00 untuk 1 tingkat.
***Harga istimewa untuk penginapan melebihi 2 malam @ penginapan untuk 2 tingkat.

**Hubungi dengan segera jika berminat.

Nota : Tempahan awal adalah digalakkan kerana penginapan adalah sangat terhad terutama di musim perayaan dan juga cuti sekolah.

Hubungi:
Cikgu / Kak Yam :09-7889419 @ 019-9109535

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search

03 di jelawat kelantan - Google Blog Search


Anti Jumud: Lagi kes buang bayi <b>di Kelantan</b>...!

Posted: 29 Jun 2011 03:11 AM PDT

KOTA BHARU - Seorang bayi lelaki masih bertali pusat ditemui selamat di bawah rimbunan serai kayu berhampiran tali air di Kampung Permatang Machang, Jelawat, semalam.Bayi seberat 2.8 kilogram berkenaan ditemui seorang penduduk berusia 29 tahun kira-kira jam 11.30 pagi semalam dipercayai ditinggalkan di kawasan semak dipercayai selepas dilahirkan beberapa jam sebelum itu.

Ia dikatakan diletakkan dalam beg kertas sebelum ditemui penduduk dan dipercayai baru dilahirkan kira-kira sejam sebelum ditinggalkan di tepi semak tersebut.

Bayi berkenaan juga bernasib baik kerana ia ditemui dengan segera dan sekiranya ditinggalkan dalam jangka yang masih lama kemungkinan akan mati kelemasan.

Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Mazlan Lazim berkata, bayi yang sihat tubuh badan tersebut dihantar ke sebuah klinik di Jelawat sebelum ia dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) sejurus ditemui.

"Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung penemuan bayi itu supaya terus melaporkan di balai berdekatan dan kita kini masih mengesan ibu dan bapa kepada bayi ini.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan," katanya ketika ditemui di ketika melawat bayi berkenaan di HRPZ II semalam.

Sementara itu, Pengarah HRPZ II, Datuk Dr Ghazali Hasni Md Hassan berkata, pihaknya menerima bayi berkenaan kira-kira jam 1.44 petang semalam di unit kecemasan sebelum di bawa masuk ke Wad 2 pada jam 4 petang.

Katanya, hasil pemeriksaan awal pihak hospital mendapati bayi yang masih bertali pusat itu berada dalam keadaan baik, cukup sifat tanpa sebarang kecederaannya.

"Bayi ini akan berada di bawah pemerhatian pihak hospital sebelum menerima sebarang arahan daripada pihak berkuasa," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Yahya Salleh mengesahkan kes tersebut.

Sumber berita : SH

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


Qul Amirul Hakim: Ziarah Guru Mursyid Jalaa ul Qulub <b>di Kuala Krai</b> <b>...</b>

Posted: 11 Jun 2011 09:06 PM PDT

Assalamu'alaikum,

Setelah beransur dari Kuala Lipis, Pahang, kami bertolak ke Gua Musang. Perjalanannya memang memakan masa dan rasa tak sampai2. Apatah lagi dengan jalan yang kecil dan kereta yang berduyun-duyun. Namun, kelihatan 'lebuhraya' baru sedang dibina dan harap2nya, perjalanan akan lebih mudah kelak apabila jalinan 'lebuhraya' baru ini siap. Ini kali kedua hamba melalui jalan ini. Di pertengahan jalan, kami berhenti di tepi jalan, beli buah dokong dan buah ??? Dalam 5 minit sebelum maghrib, kami sampai ke Masjid Gua Musang. Hamba dan anak-anak ambil kesempatan untuk mandi dan bersolat. Namun begitu, pihak masjid perlu memberi perhatian ke atas bilik air yang tidak dapat digunakan. Hamba lihat masjid ini menjadi satu tempat para musafir berhenti sekejap sama ada untuk berehat, mandi, makan dan solat. Hamba yakin pihak masjid tidak akan rugi apa-apa jika mereka menjadikan bilik air dan tandas lebih bersih dan boleh digunakan untuk para musafir dan penduduk setempat. Kalau diperhatikan, masjid negeri Kelantan (Masjid Muhammadi) mempunyai bilik air yang bersih dan bilik mandi untuk para musafir.  Kalau di Indonesia, masjid sememangnya menjadi tempat para musafir berhenti, berehat, makan, solat dan sebagainya.

Selepas solat, kami menuju ke Kuala Krai. Hamba sebenarnya tersilap jangkaan. Ingat Kuala Krai tak jauh dari Gua Musang, rupa2nya 2 jam perjalanan juga, ingat sejam saja. Hamba menghubungi Tuan Sangbogoroyo untuk memaklumkan kelewatan kami. Mula2 ingat dalam jam 9-10 malam boleh sampai, jadi dah terlewat, jadi kena bagitau balik.  Kami singgah di Kawasan Rehat dan Rawat Gua Musang - Kuala Krai di pertengahan jalan untuk makan malam. Kawasan R&R ini luas tapi malang sedikit banyak serangga berterbangan, dok pakat terjun masuk dalam makanan anak2 hamba dan hamba juga...:-)... Kena cari jalan untuk mengurangkan masalah ini. Kebersihan itu sebahagian daripada iman...Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Krai.

Hamba sekeluarga dah ziarah PokTeh pada 10 Muharam 1432 yang lalu (Pok Teh Enggong), bulan Disember 2010. Selepas hampir 6 bulan ini ziarah kali kedua. Tentang Pokteh, anak muridnya dah buka blog khusus di http://poktehenggong.blogspot.com/  . Anda boleh dapat pelbagai info di blog tersebut. Ini kali kedua kami ziarah Pokteh. Pokteh berumur 73 tahun, masih sihat, dah 30 tahun berdakwah, mengajak manusia ke jalan Allah. Walaupun umur dah 73 tahun, PokTeh masih boleh mengusahakan kebun getahnya jika perlu. Setakat nak potong rumput, biasa je tu...
PokTeh telah dipanggil bermuzakarah dengan Mufti Kelantan dan beberapa ulamak pada tahun 1996.  Majlis Agama Islam Kelantan dah jelas, PokTeh diberi lampu hijau, tak ada yang salah. Pihak majlis juga nak isytihar tentang benda ni tapi PokTeh tak nak dengan ada dalilnya yang tersendiri (dari Al-Quran).  Kisah ii ada diceritakan dalam http://poktehenggong.blogspot.com/ . Kekadang ada orang tariqat yang 'terhijab' dengan PokTeh kerana jalan PokTeh bukan seperti jalan tariqat yang ada ,ada 'salasilah rasmi', salur-galur, rantaian emas para guru.  Di situ, kekadang kita terlupa ada keharusan disisi Allah orang yang tidak bertariqat dikurniakan ilmu-ilmu seperti PokTeh...Ada beberapa orang guru hamba yang bukan orang tariqat tetapi dilimpahkan Allah dengan pelbagai kurniaan dan anugerah. 

Kami sampai dalam jam 1045 malam di rumah PokTeh di Kampung Enggong, Kuala Krai, Kelantan.  12 jam 15 minit dalam perjalanan. Letih ??? Memang letih, tapi itulah jihad dalam menuntut ilmu dan mencari pengalaman buat bekal masa hadapan. Anak-anak semua dah letih, lepas minum teh mereka pun tidur. Tuan Sangbogoroyo, anak murid PokTeh dan juga cucu-menantunya juga ada selain menantunya dan  seorang anak muridnya. Kami bersembang sampai 230 pagi. Esok selepas subuh, kami menadah ilmu lagi sampai jam 800 pagi. 

Tentang PokTeh sendiri, dahulunya, ada seorang alim di Kampung Enggong/berdekatan telah menyatakan firasatnya akan  ada seorang ahli agama yang tinggi ilmunya di Kampung Enggong. Cuma orang kampung ni 'terhijab' dengan PokTeh, susah mereka nak terima yang PokTeh lah orang yang dimaksudkan. Tentang ilmu PokTeh, ringkasnya hamba katakan Ilmu Laduni. Ini jelas apabila PokTeh sendiri menerima ayat 65, surah al-Kahfi yang khusus mengenai Ilmu Laduni, cuma dalam al-Quran dirujuk ilmu laduni ini kepada Nabi Khidir A.S.  Sebab itu, PokTeh tak perlu kitab waktu mengajar, dan ada beberapa kisah lagi yang tidak dapat dibuka di sini.  Bagi mereka yang biasa ziarah mana-mana guru yang dikurniakan Ilmu Laduni, mereka akan tahu perbezaannya.

Yang menarik dalam ziarah kali ini ialah isteri hamba turut serta mendengar. Puas juga nak didengar dan difahamnya loghat Kelate, yang mana beliau tak faham tu, hamba akan menerangkan. Hamba sendiri faham juga sedikit-sebanyak loghat Kelate ni sebab rajin bercampur dengan budak2 Kelate masa di pra-universiti dan di universiti. Apa lagi yang menarik dalam ziarah ini? PokTeh tidak berkias dengan hamba dan isteri. Sebagai guru mursyid, beliau tahu mana duduk seseorang itu dan kesesuaian isu yang dibincangkan. Banyak juga yang dibualkan seperti Malaikat Muqorobin, tentang Roh meninggalkan jasad, tentang alam Barzakh, tentang hakikat solat, dan lain2. Bab2 ni tak boleh dibuka di sini, cuma apa yang PokTeh utarakan, tidak berlawanan dengan ilmu dan pengalaman dalam perjalanan hamba, ataupun bahasa pasarnya, 'ngam' ....Antara nasihat PokTeh yang mudah sesiapa nak ikut adalah "Lebih baik sedekah sedikit berbanding banyak kalau yang banyak itu asyik terfikir dek minda sedangkan yang diterima dek Allah adalah yang ikhlas. Kalau sedekah sikit, tak teringat pun". 

Tentang kaifiat amalan PokTeh, memang panjang juga...cuma antara induknya adalah Amalan 41 kali surah Al-Fatihah. Hamba sendiri ada 'amalan 40 kali al-Fatihah', cuma pakai bila terdesak saja...jadi sekarang kena baca setiap hari 41 kali Fatihah. PokTeh pun pesan macam tu, kalau tak ada masa, sibuk, jangan tinggal 41 kali Fatihah setiap hari. Banyak benda yang dibualkan, tapi nak buek camno, bukan untuk tatapan awam.


Esoknya, Sabtu, 4 Jun, selepas bersarapan pagi, kami ke Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubur.  Alhamdulillah, jam 115 pagi, 2 Rejab 1432, tercapai juga hajat di hati. Terima kasih kepada Tuan Sangbogoroyo kerana membantu dalam urusan ziarah ini. Kepada para pembaca yang ingin ziarah PokTeh, sebaik2nya buat sunat istikharah dahulu, kalau ada lampu hijau pergilah. Kalau rajin, buat solat hajat dahulu sampai dapat petunjuk Allah, dapat petunjuk baru pergi. Kalau di peringkat boleh pergi dengan ikut gerak hati, ikutlah gerak hati. Kena ingat dan faham , tidak semua guru itu bahagian kita. Ada guru bahagian untuk kawan kita tetapi bukan bahagian untuk kita dan begitulah sebaliknya. Kat bawah ni ada Fatihah Adam,  ada dalam kitab2 lama. Hamba salin dan tampal dari http://poktehenggong.blogspot.com/ .  Bukan maksud memberi izin, cuma membuka ruang untuk sama-sama berfikir dan mengkaji. 

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

ads