Rabu, 29 Jun 2011

03 di kuala krai - Google Blog Search

03 di kuala krai - Google Blog Search


Qul Amirul Hakim: Ziarah Guru Mursyid Jalaa ul Qulub <b>di Kuala Krai</b> <b>...</b>

Posted: 11 Jun 2011 09:06 PM PDT

Assalamu'alaikum,

Setelah beransur dari Kuala Lipis, Pahang, kami bertolak ke Gua Musang. Perjalanannya memang memakan masa dan rasa tak sampai2. Apatah lagi dengan jalan yang kecil dan kereta yang berduyun-duyun. Namun, kelihatan 'lebuhraya' baru sedang dibina dan harap2nya, perjalanan akan lebih mudah kelak apabila jalinan 'lebuhraya' baru ini siap. Ini kali kedua hamba melalui jalan ini. Di pertengahan jalan, kami berhenti di tepi jalan, beli buah dokong dan buah ??? Dalam 5 minit sebelum maghrib, kami sampai ke Masjid Gua Musang. Hamba dan anak-anak ambil kesempatan untuk mandi dan bersolat. Namun begitu, pihak masjid perlu memberi perhatian ke atas bilik air yang tidak dapat digunakan. Hamba lihat masjid ini menjadi satu tempat para musafir berhenti sekejap sama ada untuk berehat, mandi, makan dan solat. Hamba yakin pihak masjid tidak akan rugi apa-apa jika mereka menjadikan bilik air dan tandas lebih bersih dan boleh digunakan untuk para musafir dan penduduk setempat. Kalau diperhatikan, masjid negeri Kelantan (Masjid Muhammadi) mempunyai bilik air yang bersih dan bilik mandi untuk para musafir.  Kalau di Indonesia, masjid sememangnya menjadi tempat para musafir berhenti, berehat, makan, solat dan sebagainya.

Selepas solat, kami menuju ke Kuala Krai. Hamba sebenarnya tersilap jangkaan. Ingat Kuala Krai tak jauh dari Gua Musang, rupa2nya 2 jam perjalanan juga, ingat sejam saja. Hamba menghubungi Tuan Sangbogoroyo untuk memaklumkan kelewatan kami. Mula2 ingat dalam jam 9-10 malam boleh sampai, jadi dah terlewat, jadi kena bagitau balik.  Kami singgah di Kawasan Rehat dan Rawat Gua Musang - Kuala Krai di pertengahan jalan untuk makan malam. Kawasan R&R ini luas tapi malang sedikit banyak serangga berterbangan, dok pakat terjun masuk dalam makanan anak2 hamba dan hamba juga...:-)... Kena cari jalan untuk mengurangkan masalah ini. Kebersihan itu sebahagian daripada iman...Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Krai.

Hamba sekeluarga dah ziarah PokTeh pada 10 Muharam 1432 yang lalu (Pok Teh Enggong), bulan Disember 2010. Selepas hampir 6 bulan ini ziarah kali kedua. Tentang Pokteh, anak muridnya dah buka blog khusus di http://poktehenggong.blogspot.com/  . Anda boleh dapat pelbagai info di blog tersebut. Ini kali kedua kami ziarah Pokteh. Pokteh berumur 73 tahun, masih sihat, dah 30 tahun berdakwah, mengajak manusia ke jalan Allah. Walaupun umur dah 73 tahun, PokTeh masih boleh mengusahakan kebun getahnya jika perlu. Setakat nak potong rumput, biasa je tu...
PokTeh telah dipanggil bermuzakarah dengan Mufti Kelantan dan beberapa ulamak pada tahun 1996.  Majlis Agama Islam Kelantan dah jelas, PokTeh diberi lampu hijau, tak ada yang salah. Pihak majlis juga nak isytihar tentang benda ni tapi PokTeh tak nak dengan ada dalilnya yang tersendiri (dari Al-Quran).  Kisah ii ada diceritakan dalam http://poktehenggong.blogspot.com/ . Kekadang ada orang tariqat yang 'terhijab' dengan PokTeh kerana jalan PokTeh bukan seperti jalan tariqat yang ada ,ada 'salasilah rasmi', salur-galur, rantaian emas para guru.  Di situ, kekadang kita terlupa ada keharusan disisi Allah orang yang tidak bertariqat dikurniakan ilmu-ilmu seperti PokTeh...Ada beberapa orang guru hamba yang bukan orang tariqat tetapi dilimpahkan Allah dengan pelbagai kurniaan dan anugerah. 

Kami sampai dalam jam 1045 malam di rumah PokTeh di Kampung Enggong, Kuala Krai, Kelantan.  12 jam 15 minit dalam perjalanan. Letih ??? Memang letih, tapi itulah jihad dalam menuntut ilmu dan mencari pengalaman buat bekal masa hadapan. Anak-anak semua dah letih, lepas minum teh mereka pun tidur. Tuan Sangbogoroyo, anak murid PokTeh dan juga cucu-menantunya juga ada selain menantunya dan  seorang anak muridnya. Kami bersembang sampai 230 pagi. Esok selepas subuh, kami menadah ilmu lagi sampai jam 800 pagi. 

Tentang PokTeh sendiri, dahulunya, ada seorang alim di Kampung Enggong/berdekatan telah menyatakan firasatnya akan  ada seorang ahli agama yang tinggi ilmunya di Kampung Enggong. Cuma orang kampung ni 'terhijab' dengan PokTeh, susah mereka nak terima yang PokTeh lah orang yang dimaksudkan. Tentang ilmu PokTeh, ringkasnya hamba katakan Ilmu Laduni. Ini jelas apabila PokTeh sendiri menerima ayat 65, surah al-Kahfi yang khusus mengenai Ilmu Laduni, cuma dalam al-Quran dirujuk ilmu laduni ini kepada Nabi Khidir A.S.  Sebab itu, PokTeh tak perlu kitab waktu mengajar, dan ada beberapa kisah lagi yang tidak dapat dibuka di sini.  Bagi mereka yang biasa ziarah mana-mana guru yang dikurniakan Ilmu Laduni, mereka akan tahu perbezaannya.

Yang menarik dalam ziarah kali ini ialah isteri hamba turut serta mendengar. Puas juga nak didengar dan difahamnya loghat Kelate, yang mana beliau tak faham tu, hamba akan menerangkan. Hamba sendiri faham juga sedikit-sebanyak loghat Kelate ni sebab rajin bercampur dengan budak2 Kelate masa di pra-universiti dan di universiti. Apa lagi yang menarik dalam ziarah ini? PokTeh tidak berkias dengan hamba dan isteri. Sebagai guru mursyid, beliau tahu mana duduk seseorang itu dan kesesuaian isu yang dibincangkan. Banyak juga yang dibualkan seperti Malaikat Muqorobin, tentang Roh meninggalkan jasad, tentang alam Barzakh, tentang hakikat solat, dan lain2. Bab2 ni tak boleh dibuka di sini, cuma apa yang PokTeh utarakan, tidak berlawanan dengan ilmu dan pengalaman dalam perjalanan hamba, ataupun bahasa pasarnya, 'ngam' ....Antara nasihat PokTeh yang mudah sesiapa nak ikut adalah "Lebih baik sedekah sedikit berbanding banyak kalau yang banyak itu asyik terfikir dek minda sedangkan yang diterima dek Allah adalah yang ikhlas. Kalau sedekah sikit, tak teringat pun". 

Tentang kaifiat amalan PokTeh, memang panjang juga...cuma antara induknya adalah Amalan 41 kali surah Al-Fatihah. Hamba sendiri ada 'amalan 40 kali al-Fatihah', cuma pakai bila terdesak saja...jadi sekarang kena baca setiap hari 41 kali Fatihah. PokTeh pun pesan macam tu, kalau tak ada masa, sibuk, jangan tinggal 41 kali Fatihah setiap hari. Banyak benda yang dibualkan, tapi nak buek camno, bukan untuk tatapan awam.


Esoknya, Sabtu, 4 Jun, selepas bersarapan pagi, kami ke Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubur.  Alhamdulillah, jam 115 pagi, 2 Rejab 1432, tercapai juga hajat di hati. Terima kasih kepada Tuan Sangbogoroyo kerana membantu dalam urusan ziarah ini. Kepada para pembaca yang ingin ziarah PokTeh, sebaik2nya buat sunat istikharah dahulu, kalau ada lampu hijau pergilah. Kalau rajin, buat solat hajat dahulu sampai dapat petunjuk Allah, dapat petunjuk baru pergi. Kalau di peringkat boleh pergi dengan ikut gerak hati, ikutlah gerak hati. Kena ingat dan faham , tidak semua guru itu bahagian kita. Ada guru bahagian untuk kawan kita tetapi bukan bahagian untuk kita dan begitulah sebaliknya. Kat bawah ni ada Fatihah Adam,  ada dalam kitab2 lama. Hamba salin dan tampal dari http://poktehenggong.blogspot.com/ .  Bukan maksud memberi izin, cuma membuka ruang untuk sama-sama berfikir dan mengkaji. 

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads