Khamis, 9 Jun 2011

03 di galas kelantan - Google Blog Search

03 di galas kelantan - Google Blog Search


Video kekecohan <b>di</b> Pilihanraya Kecil <b>Galas</b> – Ketua Polis <b>Kelantan</b> <b>...</b>

Posted: 04 Nov 2010 06:49 AM PDT

sumber- www.youtube.com/user/BHonline1

Proses pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas hari ini dicemari dengan pergaduhan, dipercayai berpunca daripada provokasi penyokong PAS yang memasuki kawasan khemah Barisan Nasional (BN) untuk meraih undi di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seri Wangi, di sini.

Dalam kejadian pada 8.15 pagi, sekumpulan penyokong PAS telah memasuki kawasan di sebelah BN, menyebabkan penyokong BN meminta mereka supaya keluar dari kawasan itu.
Seorang saksi, Mahmud Ismail, 56, berkata keengganan penyokong PAS untuk berpindah ke kawasan khemah parti mereka mencetuskan insiden maki-hamun antara kedua-dua pihak sehingga menyebabkan penyokong PAS mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penyokong BN.
"Reaksi daripada kata-kata kesat itu mendorong penyokong BN hilang sabar dan berlakunya pergaduhan antara kedua-dua pihak namun tiada kecederaan serius berlaku berikutan kepantasan polis bertindak," katanya.

Dalam tempoh beberapa minit, polis tiba bersama empat trak kecil dan beberapa anggota Pasukan Penggempur Ringan untuk meleraikan pergaduhan itu.

Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Kontijen Sarawak Datuk Ahmad Soffian Md Yassin yang juga Timbalan Pengarah Operasi Markas Taktikal Polis (Martek) DUN Galas, berkata pihaknya telah mengarahkan kedua-dua penyokong parti supaya bersurai dan berada di khemah parti masing-masing.

"Kita juga telah menggantung garisan kuning polis untuk membuat sempadan bagi membahagikan kawasan kedua-dua penyokong parti itu dan tiada sebarang tangkapan dibuat," katanya. – BERNAMA

petikan-berita harian

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads