03 di kelaboran - Google Blog Search |
Posted: 23 Jun 2011 10:25 PM PDT BERSIH 2.0 semakin hangat dan hampir. Pelbagai pandangan diberikan oleh pelbagai pihak sama ada menyokong atau menentang Himpunan BERSIH tersebut. Malah Perkasa dan Pemuda Umno juga turut menyatakan hasrat mereka untuk turut berhimpun tetapi untuk menentang Himpunan BERSIH. Himpunan rakyat yang menuntut pilihan raya yang lebih adil dan telus itu menuntut lapan perkara daripada pihak kerajaan terutamanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagaimana berikut: 1. BERSIHKAN SENARAI UNDI 2. MENREFORMASI UNDI POS 3. GUNA DAKWAT KEKAL 4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI 5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL 6. KUKUHKAN INSTITUSI AWAM 7. HENTIKAN RASUAH 8. HENTIKAN POLITIK KOTOR Pihak polis pula telah mengeluarkan amaran supaya tidak menyertai himpunan tersebut. Tindakan akan diambil sekiranya ada pihak yang engkar. Malah yang paling mengejutkan lagi apabila pihak polis bertindak merampas baju-baju BERSIH yang dijual serta mengarahkan agar ianya ditanggalkan oleh orang yang memakainya sebagaimana yang berlaku semasa ceramah Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub di Dun Kelaboran pada 24/06/2011. Pada mulanya pihak polis mengarahkan supaya baju tersebut disimpan serta tidak dijualkan kepada umum. Namun mereka kemudian bertindak merampas baju tersebut walaupun arahan mereka supaya baju tersebut disimpan sebelum ini dipatuhi. Bahkan anggota polis juga turut mengarahkan orang yang memakai baju BERSIH agar menanggalkannya dengan segera. Amaran turut diberikan kepada penceramah agar tidak menyentuh isu Himpunan BERSIH 2.0 sekiranya pihak penganjur tidak mahu permit ceramah dibatalkan oleh polis. Apakah justifikasi yang boleh diberikan oleh polis terhadap tindakan mereka sehingga ke tahap tersebut? Tidakkah ianya bertentangan dengan hak asasi manusia berhak untuk memilih pakaian yang mereka hendak pakai asalkan tidak bertentangan dengan agama? Published with Blogger-droid v1.7.2 Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di kelaboran - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan