03 di mengkebang - Google Blog Search |
Bekas Pengawal Keselamatan Tidak Mengaku Rogol Anak Jiran <b>...</b> Posted: 22 Jun 2011 02:54 AM PDT KOTA BHARU – Seorang bekas pengawal keselamatan hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan merogol anak jirannya, tiga tahun lalu. Tertuduh, Edry Shah Rimiey Ghani, 23, ketika pertuduhan dibacakan mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Salam Yusof di hadapan hakim Rofiah Mohamed. Sehubungan itu, Rofiah mencadangkan tertuduh supaya melantik peguam bela dalam perbicaraan akan datang. Edry Shah dari kampung Gertak Kangkong, RPT Mengkebang, Kuala Krai dituduh melakukan perbuatan berkenaan pada 26 Julai 2008 di antara pukul 7.30 pagi hinggga 2 petang di dalam sebuah rumah, Jalan KTMB Kuala Krai terhadap mangsa yang pada ketika itu berusia 12 tahun. Kesalahan tersebut dibawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat. Mangsa ditahan pada 29 Julai 2008 dan direman selama 14 hari tetapi dibebaskan kerana tidak cukup bukti pendakwaan. Bagaimanapun pada 16 Jun 2011 lepas, dia ditangkap kerana terlibat dengan kes narkotik dan dilaporkan ujian air kencingnya positif. Sehubungan itu, polis yang mempunyai rekod terhadapnya dan telah mempunyai bukti yang cukup telah mendakwanya ke mahkamah. Sebutan kes ini akan didengar semula pada 21 Julai depan. Berita Berkaitan:Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di mengkebang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan