Isnin, 6 Jun 2011

03 di pasir mas - Google Blog Search

03 di pasir mas - Google Blog Search


buletin prihatin: Mengitai PAS <b>di Pasir Mas</b>.

Posted: 04 Apr 2011 10:40 PM PDT

SAYA mendokong penuh kerajaan pimpinan YAB PM kerana itulah pilihan mejoriti rakyat Malaysia. Pun begitu, saya berdoa dan berharap agar PAS akan terus kuat dan mantap demi membawa wadah perjuangan Islam di Negara ini.

Saya mendapat tahu PAS kawasan Pasir Mas akan mengadakan mesyuarat agongnya pada 30 April akan dating. PAS kawasan Pasir Mas buat masa ini dipimpini oleh Ustaz Ismail Nuh. Saya difahamkan sejak dulu lagi beliau ingin melepaskan jawatan YDP namun dihalang oleh pendokong-pendokong di Pasir Mas. Ustaz Ismail dikehendaki bukan kerna pitis di sakunya. Beliau dikehendaki kerana keikhlasan dan ilmu yang dapat dirasai oleh rakyat di sana.

Pada mesyuarat agong kali ini, saya rasa selain perkiraan jawatan YDP, apa yang lebih wajar dibincangkan dan diusulkan ialah siapakah yang menjadi wakil PAS dalam PRU 13 kelak di Pasir Mas.

Saya tahu Datuk Him begitu giat menjalankan program termasuklah menyebarkan baju kuning kepada mereka yang dikatakan ahli Perkasa. Bahkan gelombang Merah di Pasir Mas pun dikatakan Datuk Himlah penaja utamanya.

Datuk Him di Pasir Mas sama dengan wakil UMNO dah sekali pandang. Demikian kuatnya Datuk Hing berkerja. Justeru, perlulah mereka yang benar-benar padan untuk berhadapan dengan Dautk Hing di Pasir Mas. Bahkan telah ada sungutan di kedai kopi mengatakan UMNO akan menyerah kerusi Pasir Mas kepada Datuk Hing.

Satu pandangan di kalangan pekerja-pekerja tegar di Pasir Mas, mereka "setuju angin" benar kalau Mad Sabu dibawa ke Pasir Mas untuk mewakili PAS dalam PRU kelak. PAS bukan tiada calon hebat di Pasir Mas. Abang Pa ADUN Pengkalan Pasir misalnya, merupakan seorang yang bijak dalam pelbagai percaturan.

Namun tokoh-tokoh hebat ini amat diharapkan untuk mengukuhkan kerajaan Islam di Kelantan. Saya kira hal-hal inilah yang patut diberi perhatian dalam muktamar Pasir Mas 30 April kelak.

Sebagaimana kata Ketua Penerangan Negeri, dalam usaha merampas Malasia, Kelantan tidak kebal dari serangan UMNO. Maka sesuai benarlah percaturan strategic dibuat mulai semalam lagi.

Saya benar-benar mendoakan PAS akan bertambah kuat dengan pengisian keislamannya dalam masyarakat. – 2 Jamadil Awal 1432H.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads