Jumaat, 3 Jun 2011

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


Banjir <b>di Rantau Panjang</b>

Posted: 02 Nov 2010 07:42 AM PDT

RANTAU PANJANG: Limpahan air Sungai Golok yang menenggelami daerah Rantau Panjang kini menyebabkan kawasan bebas cukai itu lumpuh bahkan pekan Sungai Golok di Narathiwat yang terletak bersebelahannya di Thailand juga turut terjejas.

Paras air Sungai Golok melebihi paras bahaya 9.00 M,bacaan sekarang 10.19 M.

Tinjauan mendapati, penduduk di Rantau Panjang bukan sekadar terputus hubungan dengan penduduk di luar daerah itu bahkan aktiviti perniagaan yang dijalin setiap hari membabitkan dua negara turut terhenti.
Biarpun menjangkakan kehadiran musim bah, rata-rata penduduk sempadan yang ditemui bagaimanapun meluahkan kebimbangan terhadap limpahan lebihan air di kawasan tadahan air terdekat iaitu di Sukirin, Narathiwat, Thailand yang akan menyebabkan air meningkat lebih mendadak.

Seorang penduduk, Nita Mat Ann, 31, berkata beliau kini semakin diburu kebimbangan sekiranya keadaan hujan tidak reda yang akan menyebabkan peningkatan di kawasan tadahan air itu.
"Banjir mula sejak semalam air naik, jadi hari ni memang tak niaga dah…Kita bimbanglah, kalau setakat air sungai tidak apa, tapi kalau hujan lebat lagi malam ini air tadahan itu limpah, kita akan susah kerana akan banjir besar, boleh gulung tikarlah," kata penduduk Sukirin yang juga peniaga di Rantau Panjang, di sini hari ini.
Sementara itu Setiausaha kepada Datuk Bandar Sungai Golok, Fauzi Abdul Majid ketika ditemui berkata, pihaknya juga bimbang dengan hujan yang dijangka turun berterusan dan turut mengeluarkan arahan berjaga-jaga kepada rakyat di sempadan Thailand.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads