Ahad, 5 Jun 2011

03 di rantau panjang - Google Blog Search

03 di rantau panjang - Google Blog Search


Ketua Cabang PKR <b>Rantau Panjang</b> Dibicara Pada 4 Julai Ini

Posted: 09 May 2011 01:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 4 Julai ini sebagai tarikh perbicaraan kes Ketua Cabang Pakatan Rakyat (PKR) Rantau Panjang, Kelantan, Mohammad Agos Mohd Noor, yang didakwa bersubahat dengan seorang ibu tunggal untuk menerima rasuah RM50,000 berhubung pengangerahan 'Dato Diraja' daripada sebuah persatuan kerabat, tahun lepas.

Dalam prosiding sebutan semula kes itu pada Isnin, Hakim Rosbiahanin Ariffin menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa untuk kes tersebut dibicara bersama.

Abdul Razak sebelum itu memberitahu mahkamah bahawa seorang lagi Hakim Mahkamah Sesyen, Rozilah Salleh, telah membenarkan kes Mohammad Agos dipindahkan untuk dibicara bersama dengan Nor Azimah Jamaludin, 31, di hadapan Hakim Rosbiahanin.

Katanya kes Nor Azimah di Mahkamah Sesyen Shah Alam iaitu dua lagi tuduhan menerima suapan RM150,000 daripada seorang ahli perniagaan, selain dua pertuduhan pilihan menipu bagi mendapatkan anugerah yang sama, turut dibicarakan bersama.

Beliau memaklumkan seramai 10 saksi pendakwaan akan dikemukakan untuk memberi keterangan sepanjang prosiding itu.

Mohammad Agos, 52, didakwa bersubahat dengan Nor Azimah untuk menerima suapan berupa sekeping cek Public Bank Bhd bernilai RM50,000 bertarikh 7 Dis 2010 daripada Izuldin Hani Mohd Noor di Restoran McDonald, Lot 3644 dan 8081, Taman Melati, di sini, pada 8 Dis tahun lalu.

Cek itu didakwa diberikan sebagai dorongan kepada tertuduh bagi mendapatkan anugerah 'Dato' Diraja' daripada Persatuan Kerabat Diraja Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Long Yunus Negeri Kelantan.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 28(1)(C) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda minimum RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, yang mana satu lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Mohammad Agos turut didakwa mengikut pertuduhan pilihan iaitu bersubahat dengan Nor Azimah menipu Izuldin Hani dengan memperdayakan lelaki itu untuk mempercayai bahawa Nor Azimah boleh mendapatkan anugerah 'Dato' Diraja' padahal ia tidak sah mengikut Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Negeri Kelantan.

Perbuatan itu mendorong Izuldin Hani untuk menyerahkan sekeping cek Public Bank Berhad, cawangan Jalan Raja Chulan di sini, bernilai RM50,000 bertarikh 7 Dis 2010.

Mohammad Agos didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Restoran McDonald, Taman Melati, Setapak, di sini, pada 5 petang 8 Dis tahun lepas.

Sementara itu, Nor Azimah pula didakwa menerima suapan RM50,000 dan pertuduhan pilihan iaitu menipu pada masa, tarikh dan tempat yang sama mengikut Seksyen 16(a)(A) akta tersebut dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Mohammad Agos diwakili peguam Amir Khusyari Mohd Tanusi dan Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud manakala Nor Azimah diwakili peguam Mohd Nashir Hussin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads