Jumaat, 8 Julai 2011

03 di demit kelantan - Google Blog Search

03 di demit kelantan - Google Blog Search


PAPISMA <b>Kelantan</b>: Selamat Datang Musafir Baru

Posted: 18 Jun 2011 12:00 AM PDT

Selamat datang, ahlan wasahlan buat sahabat yang dira'ikan, pelajar-pelajar ijazah lanjutan terutamanya yang baru mendaftar di USM. Kami ikhwan di Kelantan amat mengalu-alukan kedatangan sahabat sekalian ke qaryah ini. Didoakan semoga semuanya selamat sudah mendaftarkan diri dan berjaya     menyesuaikan diri di tempat baru. Jika ada sebarang masalah, usah segan silu menghubungi kami.


Alhamdulillah, baru-baru ini, Unit Kampus PAPISMA Kelantan berjaya mengadakan satu pertemuan dengan sahabat-sahabat yang baru mendaftar di USM. Pertemuan santai menjanjikan detik tersebut amat bermakna bertemu sahabat-sahabat baru, yang akan bersama-sama memerah tenaga keringat memberi khidmat kepada rakyat di negeri Kelantan khusunya.



Pertemuan tersebut dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh exco Unit Kampus USM, Dr. Najib Mat Pa dan kemudian diteruskan dengan sesi taaruf ringkas oleh sahabat-sahabat PAPISMA yang hadir. Majlis turut diselitkan dengan perkongsian ilmu oleh senior PAPISMA Kelantan, Prof. Abe Jak dan Dr. Kak Nik Ros.
Antara sahabat baru yang hadir pada pertemuan itu ialah Dr. Asrof Firdaus Ahmad, Dr. Mohd Nor Azri Abd Wahab (Temerloh) , Dr. Zul Fahmi Bahari (Dentist-Sabah), Dr. Ahmad Syakiran Fauzi  (Sabah) dan Dr. Mohd Faizul Suhaimi (Sabah). Ribuan terima kasih juga buat pimpinan PAPISMA Kel serta ahlinya yang sudi hadir bagi meraikan para 'musafir baru'...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads