03 di gua musang - Google Blog Search |
Utusan Malaysia Online - Terkini Posted: 05 May 2011 10:25 AM PDT Bekas tentera dakwa tanah pusaka di Gua Musang diceroboh05/05/2011 3:22pm KOTA BHARU 5 Mei - Seorang bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia mendakwa tanah bergeran milik keluarganya seluas 2.4 hektar di Kampung Kijang Relai, Gua Musang, telah diceroboh sebuah syarikat swasta yang dipercayai terlibat dengan projek Ladang Rakyat. Abdul Rahman Mohamed, 31, berkata, bahawa sejak pencerobohan di tanah pusaka itu bermula awal tahun lepas, beberapa rundingan dengan pihak syarikat telah diadakan namun gagal menyebabkan beliau melantik peguam bagi membuat tuntutan ganti rugi daripada syarikat yang didakwa milik bukan Bumiputera itu dan berpejabat di luar Kelantan. "Tanah ini mempunyai geran atas nama bapa saya, Mohamed Noh yang meninggal dunia pada tahun 1998. Keseluruhan tanah adalah seluas 9.6 hektar tetapi syarikat ini telah menceroboh sebahagian tanah itu meskipun saya sendiri sudah beberapa kali cuba menghalang mereka," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini yang turut dihadiri peguamnya, Norazli Ahmad. Abdul Rahman berkata, tanah itu sepatutnya dibahagikan antara beliau dan lapan adik-beradiknya tetapi pembahagian itu kini terjejas disebabkan pencerobohan yang berlaku. Beliau berkata, aduan telah dikemukakan kepada Pejabat Tanah dan Galian Gua Musang manakala laporan polis telah dibuat pada 24 Mac lepas. - Bernama |
You are subscribed to email updates from di gua musang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan