Sabtu, 9 Julai 2011

03 di kota bharu - Google Blog Search

03 di kota bharu - Google Blog Search


Eny @ 30: Rasukan <b>di Kota Bharu</b> Day 3

Posted: 27 Jun 2011 09:42 PM PDT

Pejam celik, pejam celik dah masuk last day kat KB. Kejap aje rasa. For breakfast, I requested nak ke kedai yang jual roti hayat tu lagi. Agak-agak kat sini mana nak cari eh. Roti gebu yang sedap dan tak berminyak. Healthy alternative for roti canai.

I baru perasan yang I tak beli apa-apa pun untuk Abah lagi so last day ni I nak cari sesuatu untuk Abah pulak. Yuzi bawak ke kawasan dekat depan masjid. Ada banyak gerai jual pakaian lelaki macam jubah, baju melayu semua tu. Dah alang-alang beli baju Abah, I beli la jugak baju untuk the boys sekali. Harap-harap diorang pakai la. Last time I pernah beli sampin songket yang cantik tapi sudahnya jadi perhiasan dalam almari aje. Pastu I pernah beli kemeja batik untuk Eman. Tapi dia tak suka sebab susah nak jaga. Dia suka kemeja batik Valentino ke, Durban ke, Alain Delon ke macam yang jual kat Parkson tu. Padahal cantik lagi batik I beli tu. Sebab tu I macam malas sikit nak beli untuk diorang. Asyik belikan t-shirt aje pun tak best la. Dah selalu sangat. Tesc

Lepas beli baju lelaki, we went to Mydin pulak. Yuzi nak beli barang rumah. Humang ai besar betul Mydin kat KB ni. Dah macam Tesco aje. Seronok la orang KB bershopping kat Mydin. Tak macam Mydin kat Putrajaya tu. Sempit dan sesak. Memang Mydin sangat tau. Mydin KB pulak tak macam Mydin tapi macam pasaraya besar lain. Selain tu, ada sesuatu yang menarik kat Mydin KB ni. I tak perasan pulak masa kat Tesco aritu macam ni jugak or not.


Cuba tengok signage kat atas casheir counter tu

Wanita sahaja ok. Selain tu ada yang lelaki sahaja and keluarga sahaja. Menarik kan


Aisle semua ada tulisan jawi


Yang ni untuk keluarga sahaja

Kalau Kelantan boleh buat macam tu (signboard semua dalam tulisan jawi and asingkan lelaki perempuan) I don't why we can't apply this elsewhere. Mudah kan. I rasa Kedah pun kena start buat camni la. Hehehe.....


2 pasang jubah untuk Abah and kemeja untuk yang lain

Balik dari Mydin terus pack barang. I memang dah bawak extra bag haritu. Padat bag tu ok. I bayar untuk 15kg je. Risau jugak kalau terlebih ni. Tapi check-in luggage hanya yang bag besar tu je. I masih boleh angkat so maybe tak cecah 15kg kot. Around 2pm keluar lunch. Then balik bersiap and bertolak ke airport around 5pm. Nak tau berapa berat bag besar I tu? 12 kg ok. Hehehe..... Kalau campur dengan backpack I tu 17kg so backpack tu I bawak as hand carry je lah.


Bag I dah terberanak la. Hari tu datang satu bag aje. Ni dah berdua. Berat pulak tu

Settle check in semua seperti biasa, kena makan dulu. Yuzi belanja makan wrap yang sedap and KFC. Kenyang betul. No word can describe how thankful I am towards the great hospitality shown by Yuzi. Dialah host, dialah driver, dialah tourist guide, dialah porter (tolong angkat bag berat I tu) dialah segala-galanya kat sana. Thanks to her hubby jugak sebab membenarkan isteri dia menemani I all the time. Kitorang keluar berjalan and suami dia dok rumah je. Hehehe.... Lepas ni tak tau bila lagi boleh ke sana sebab Yuzi akan start cuti belajar untuk buat master dia kat USM tak lama lagi. Maybe kita ke Penang pulak la lepas ni kot. Hehehe.....


Host terbaeeekkkkk


BFF


Ramainya nak pegi KL

Macam biasa, tak Airasia la kalau tak delay kan. Patut flight pukul 7.15pm tapi pukul 8pm baru take off. Sampai LCCT and settle semua around 9pm. I mintak tolong Eman jemput. Lagipun kereta I kat dia sekarang. Selesai la perjalanan penuh rasukan I kali ni. Next trip tak tau lagi nak pegi mana. Yang pasti, 2 bulan ni kena makan pasir je lah I. Hehehe..... Mana taknya. I spend almost 2k there. Dah balik baru teringat yang bulan ni kena renew road tax, insurance and kereta pun dah due for service. Duit gaji dah selamat I laburkan kat KB. Hehehe.... Moral of the story, never go for holiday on the day you got your salary. Confirm rasa macam banyak je duit tu. Kannnn.....


Dah sampai LCCT


Tamat sudah pengembaraan yang penuh rasukan. Jom balik rumah....

Terasa macam best pulak travel sorang-sorang ni. Memang boleh dibuat lagi ni. Yang penting fulus mau ada la. And kena ada host la kat tempat yang nak pergi tu. If not kena la berteman sebab bahaya jugak sorang-sorang ni actually. I berani ke KB sorang sebab ada member kat sana. Kalau tak de I pun tak berani.

So lepas ni YB KB kena buat kunjungan balas la pulak ye. Mana la I nak bawak dia jalan-jalan kalau kat sini eh. IKEA confirm la wajib bawak kan. Hehehe..... Anyway, thanks a lot buddy. Entah bila dapat jumpa lagi lepas ni. I had a great time under your care. Lepas ni kita terjah Penang la pulak kan. Kalau nak terjah KB lagi kena tunggu demo abis study la. Kannn.....

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads