Rasanya 2 soalan pun dah terkulat-kulat untuk Najib jawab, jadi Najib akan serahkan pada PenChaChai untuk jawab dalam ruangan komen dibawah dan rasanya PenChaChai tak kan jawab, PenChaChai akan spin pada isu lain macam biasa... apa-apa lahhh...PAS belum tahu lagi akan tumbang atau tidak di Kelantan dalam Pilihanraya Umum akan datang, yang pastinya Stadium Gong Badak yang nilainya beratus-ratus juta Ringgit Malaysia dah lama tumbang sebelum sempat digunakan.
Yang ni PenChaChai UMphorNO kena jawab dengan Mat Said sebab dia sedang "Kesal".Ahmad Said kesal siasatan Stadium Gong Badak masih lagi tertangguh
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, semalam secara terbuka melahirkan kekesalan kerana kajian struktur Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin berharga RM292 juta di Kompleks Sukan Gong Badak, yang sebahagian bumbungnya runtuh lebih dua tahun lalu masih belum siap.
Kerja-kerja pembersihan runtuhan stadium dilaporkan sudah selesai
Beliau berkata, sepatutnya Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah mengemukakan keputusan laporan kajian mengenai struktur stadium itu yang dibuat syarikat perunding awal bulan ini, tetapi sehingga kini belum siap.
Katanya, lebih mengecewakan perkembangan terbaru yang dimaklumkan oleh JKR negeri bahawa laporan kajian perunding itu dijangka siap pada September pula.
"Saya sebenarnya rasa dukacita dan kecewa sebab dulu JKR beritahu kita bahawa menjelang Jun (bulan ini) kajian perunding akan siap.
"Tetapi, bila mesyuarat rasmi, saya dimaklumkan oleh JKR sendiri jadi September pula," katanya kepada pemberita selepas melawat Stadium Negeri dan Terengganu Ekuestrian Resort (TER) di sini yang akan digunakan untuk program sukan tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional SeMalaysia (SERIKANDI) selama lima hari mulai 5 Julai ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan