Sabtu, 2 Julai 2011

03 di pasir puteh - Google Blog Search

03 di pasir puteh - Google Blog Search


20000 SOKONG UMNO <b>DI PASIR PUTEH</b> ISYARAT RAKYAT TOLAK PERHIMPUNAN <b>...</b>

Posted: 02 Jul 2011 02:52 AM PDT

PASIR PUTEH, 2 Julai (Bernama) — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kebanjiran lebih 20,000 penduduk Pasir Puteh pada majlis perhimpunan Perdana Menteri Bersama Rakyat di sini hari ini memberikan isyarat jelas bahawa rakyat menyokong UMNO dan menentang perhimpunan haram pada 9 Julai ini.

Perdana Menteri berkata jika kehadiran rakyat yang menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) di negeri yang diperintah oleh PAS begitu tinggi, sudah tentu sokongan di negeri-negeri kalau sudah pasti lebih tinggi lagi. Berdasarkan jumlah hadirin di sini, Najib berkata Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk S. Ambiga seharusnya sedar bahawa ramai rakyat menyokong perjuangan dan dasar BN dan menentang perhimpunan haram anjuran kumpulan pengacau itu.

"Ambiga jangan fikir kuat sangat. Kita tidak akan tunduk kepada Ambiga sama sekali, kita akan perjuangkan yang benar. Kita akan simpan kuku kita," katanya semasa berucap di Sekolah Kebangsaan Sri Aman di Kampung Tok Nik di sini. Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads