Isnin, 4 Julai 2011

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


Dunia Senja, Bertukar Malam: Karguzari Khuruj <b>di</b> Surau Kg. <b>Tanah Merah</b>

Posted: 27 Jun 2011 09:16 AM PDT


Allah, Ya Allah.. Sedih banyak lagi umat yang menderita diluar sana. Alhamdulillah, Allah telah memilih saya untuk keluar ke jalan Allah pada 25-26 hb 6. Sudah dirancang untuk khuruj semenjak dari sem 1 lagi namun apakan daya. Allah tidak memilih kami untuk keluar ke jalan Allah untuk belajar-belajar memahami Islam dan cara dakwah Nabi serta para sahabat.
Mesyuarat untuk besok pagi, saya diputuskan oleh amir jemaah untuk bayan lepas solat subuh. Ya Allah, saya tidak pandai cakap ya Allah, namun itu merupakan keputusan amir jemaah dan saya terpaksa patuh.

Petangnya Ghast (Ziarah), dalam mesyuarat saya diputuskan oleh amir untuk menjadi mutakkalim. Pengalaman pertama saya. Ya Allah saya gugup ya Allah untuk menyampaikan tazkirah kepada penduduk Kampung yang kami temui. Namun saya redha, sebab saya keluar di jalan Allah adalah untuk belajar-belajar cakap kebesaran Allah.

Namun, Alhamdulilah semua penduduk kampung yang ditemui sudi untuk meluangkan masa sekitar 5 minit untuk mendengar tazkirah saya. rata-rata penduduk kampung berbangsa Dusun. Jadi saya ambil kesempatan iniuntuk member tazkirah dalam bahasa Dusun.

Ya Allah, untuk makluman para pembaca semua, Semua orang yang ikut dalam usaha agama ini datang dalam pelbagai latar belakang dan sejarah masing-masing. Ada yang ada Tatoo..huih, dasyat. Namun, Alhamdulillah berkat usaha mereka untuk menjadi baik (Usaha atas iman) mereka begitu tekun melakukan amal ibadah. Subahanallah. Inilah yang dikatakan oleh saya. Walaupun sejahat-jahat manusia tetapi apabila dia nekad untuk berubah dan insaf serta masuk dalam jemaah, maka Allah akan bagi mereka kekuatan iman yang luar biasa. Lebih kuat lagi daripada kita. Jadi nasihat saya, jika kita jumpa orang seperti itu, jangan pandang rendah kerana sejarah hitam dalam hidupnya kerana mungkin dia lebih mulia di sisi Allah daripada kita.

Hati berdebar-debar untuk menunggu hari esok kerana esok saya akan memberikan bayan (kuliah) subuh.

"Insyallah tuan-tuan yang mulia mari duduk rapat-rapat, insyallah. Dulu para sahabat Nabi duduk rapat-rapat sampai jika daun gugur daripada dahannya daun itu tidak akan jatuh kepermukaan tanah. Sebaliknya ia akan jatuh di badan para sahabat"

Itulah kalimah pertama saya untuk memulakan bayan, namun ada bergegar sikit lah juga sebab ada juga penduduk kampung yang turut serta dan imam rawatib masjid tersebut. Alhamdulillah, ..

"huh, panjang juga bayan kau ah,, lebih dari 30 minit" Kata imam tersebut.

Para pembaca diluar sana, walaupun kita tidak pernah masuk sekolah agama untuk belajar agama, tetapi jangan jadikan itu sebagai alasan untuk malas mempelajari agama. Belajar, belajar dan terus belajar..

Penulis juga bertuah kerana pada malamnya ada pengajian kitab-kitab lama yang disampaikan oleh ustaz yang berasal dari Kampung Kota Ayangan. (Hajat saya selama ini termakbul juga akhirnya)..
Antara isi yang saya belajar.

1. Keaiban dapat ditutup dengan mempelajari ilmu dan mempunyai harta.

2. Keaiban akan terbuka jika kita jahil dan tidak mempunyai harta (Fakir miskin)

3. Menuntut ilmu, perbandingan antara abid (ahli ibadah) dengan orang yang belajar ilmu umpama terangnya bulan purnama dan bintang-bintang kecil dilangit. Orang yang mempelajari ilmu mempunyai cahaya seperti bulan dan ahli ibadah terang seperti bintang-bintang kecil di langit.

4. orang yang menuntut ilmu, sebelum kakinya melangkah (langkah pertama) dosanya sudah diampunkan oleh Allah.

5. para malaikat akan merendahkan sayapnya untuk dijadikan hamparan jalan untuk orang yang keluar menuntut ilmu.

6. seluruh makhluk di darat, langit dan lautan memohon ampun kepada orang yang menuntut ilmu.

7. kepentingan menziarahi orang alim, sesiapa yang menziahrahi orang alim (ulamak). Alim= untuk perkataan mengambarkan 1 orang alim. Ulamak= untuk mengambarkan banyak orang alim (kata jamak). Maka seolah-oleh menziarahi nabi. Dan barangsiapa yang menziarahi nabi maka seolah-olah dia menziarahi Allah.

8. Allah menyediakan "madinah" (kota) di bawah arsy khas untuk orang yang menuntut ilmu.

9.Diangkat darjatnya kerana kemuliaan ilmu yang ada pada orang tersebut.

Insyallah ada banyak lagi yang saya pelajari dalam pengajian 2 jam selepas isyak itu, namun ini semua kelemahan saya yang mudah lupa ini.

Insyallah,
"Debu yang melekat pada orang yang keluar dijalan Allah, Allah haramkan apai neraka untuknya"

aku lemah ya Allah,

aku hina Ya Allah,

aku tidak pandai dalam agama-Mu ya Allah,

ampunkan ku ya Allah dan kedua ibu bapaku..

Kekalkanlah aku dalam kerja agama-Mu ya Allah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads