Ahad, 17 Julai 2011

03 di tanah merah - Google Blog Search

03 di tanah merah - Google Blog Search


.:Kembara Memburu Syahid:.: KL Sentral - <b>Tanah Merah</b> - Pulau <b>...</b>

Posted: 13 Jul 2011 05:08 PM PDT

perjalanan yang panjang... mula dengan musafir sabtu lalu hinggalah tiba di rumah malam tadi. boleh tak tak tahu nak tulis apa? 4 hari di bukit jelutong, biarlah rahsia. standard jalan-jalan saya biasanya 3 hari sahaja, itupun saya tidak statik di satu tempat.. nomad.

saya berada di sana kerana perancangan bulan lalu. namun rencana asal dibatalkan tetapi tiket tidak lagi dapat dianjakkan masanya. lalu akhirnya saya putuskan untuk berada jua di sana walau tak ada sebarang perancangan rapi. ya, saya kehilangan arah kerana sekolah sedang bercuti panjang hingga september. padahal, saya tak sedar ramai yang menghabiskan masa di sekolah!

jika tidak ada sebarang rencana, saya pasti tidak akan jejak kaki ke kuala lumpur. namun, dari 3 perancangan, satu sahaja batal. teringin mahu menyertai perhimpunan aman sebagai alternatif, tetapi tidak jumpa teman. saya senyum sahaja mengubat hati.

isnin, rencana pagi dan petang. hari itu juga beli tiket untuk pulang malam esoknya. sudah beli barulah ayahanda sampaikan dia mahu ke kuala lumpur juga tapi tunggu pengesahan. saya beritahu dia, saya sudah beli tiket berharga rm56.

isnin, rencana malam yang menarik! wacana tarbawi dengan naib mursyidul am ikhwanul muslimin. jika sudah biasa dengan tokoh-tokoh ikhwan, isinya adalah berkaitan. sudah dengar sekali, lepas tu nak dengar lagi. tersentuh, tertampar, tergerak, termove on (haha!).. semua ada. dan dewan malam itu dipenuhi penonton hingga ke luar pintu.


menaiki keretapi jam 8.30 malam hari selasa. sebelumnya, melepak di kl sentral. main-main dengan seorang kanak-kanak lelaki berusia 15 bulan tak silap saya. dia dibawa ayahnya bertemu maklongnya yang mahu pulang ke dabong. nama tak tahu... tapi mula-mula sampai, sibuk makan pau.

bila keretapi dah mula bergerak, saya menyedari bahawa tren yang dinaiki tetap penuh walau hari biasa. dan ramai budak-budak tahap bayi. saya beli tiket sehari sebelum pun dah dapat katil hujung... dan koc katil ada sampai 5! dan saya sedap tergelak bila penumpang-penumpang claim dia punya katil padahal dia salah koc! hehe

esok pagi, lama lepas solat subuh (dekat pukul 7) ayahanda telefon. dia bagi dua pilihan; turun di tanah merah atau wakaf bharu. saya tahu lah rencana dia hari rabu nak ke pulau pinang.. tapi turun di tanah merah? jalan lagi? bibir sudah mengukir senyum. awalnya memang kena turun di wakaf bharu sebab ayahanda dah malas tunggu. lepas tu ada penumpang cakap dah tak lama nak sampai tanah merah. tahu tak tak lama tu berapa minit? hampir satu jam!

saya terus hantar sms pada ayahanda kata tak lama. pukul 9 sampai, naik inno dan terus ke pulau pinang pula. father and daughters punya perjalanan. bonda dan 5 putera di rumah. haha. sampai penang, ambil sorang lagi. perempuan. lepas tu makan tengahari di kafe recsam. ingatkan sempat kacau kak luna tapi tak sempat... lepas tu hantar ayah dan solat di USM. lepas tu lepak di queens bay.

petang sebelum bertolak pulang, singgah rumah kawan ayah. ada baby lelaki. macam ku kenal. "nama ikram mursyidi.." sebut abahnya. macam ku kenal.. memang la! kan ikram ni anak teacher aliya. ikram takmau dengan orang. tapi masa nak balik, angkut letak dalam kereta tak menangis pula. jalan-jalan, ok saja dia.. tapi sebelum tu dah main-main dengan dia.. ikram.. ikram... tak jumpa maknya, jumpa anaknya saja..

kami bergerak balik ke kutan hilir lepas hantar nombor 4 ke sekolahnya. sekian perjalanan jauh saya dari KL Sentral nak balik rumah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads